Isnin, 2 Julai 2018

Berani kerana benar, takut kerana salah, itu yang lari ke Indonesia? Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua akhirnya. 7828.


Hero Umno tertangkap sudah. POLRI (Polisi Republik Indonesia) yang tangkap. Berani kerana benar, takut kerana salah, itu yang lari ke Indonesia? Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua akhirnya. Umno takkan berubah, buruan PDRM pun boleh menang jawatan. 

BERITA » Kes Isnin, 2 Julai 2018 | 8:22pm

Jamal ditahan POLRI


KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunus (dua dari kiri) 
ditahan POLRI jam 6.15 petang tadi
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang tadi.
Penangkapan Jamal diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka," katanya.
Pada 25 Mei lalu, Jamal menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.
Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.
Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444225/jamal-ditahan-polri

BERITA » Kes
Isnin, 2 Julai 2018 | 10:27am
Ahmad Zahid beri keterangan di SPRM
Oleh Hidir Reduan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor cnews@nstp.com.my
AHMAD Zahid tiba di Ibu Pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB dan Yayasan miliknya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9.50 pagi bagi memberi keterangan berhubung dua siasatan yang berasingan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam tiba dengan kawalan oleh anggota SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna oren, kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan dan sempat melambai kepada media.

Difahamkan, hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Pada 27 Jun lalu, Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

Semalam beliau mengesahkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung sebuah yayasan.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/443998/ahmad-zahid-beri-keterangan-di-sprm



















Tiada ulasan: