Isnin, 2 Julai 2018

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah. 7829.






BERITA » Nasional
Isnin, 2 Julai 2018 | 12:23pm
Bharian Berita Nasional

ADUN Sungai Kandis meninggal dunia
Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@nstp.com.my
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya, dekat sini kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Allahyarham yang baru saja dipilih semula menjadi wakil rakyat kawasan itu (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) bagi penggal ketiga, dipercayai dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak awal Jun lalu ekoran menghidap penyakit kanser limfoma.

Jenazah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurusselesai urusan di hospital.

Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar petang ini.

Mat Shuhaimi yang berasal dari Perak tetapi menetap di Klang dipilih menjadi ADUN Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis apabila berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor awal tahun ini.

Berita kematian Allahyarham tersebar selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin, memuat naik mesej mengenainya melalui akaun Twitter @AzminAli kira-kira jam 11.15 pagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dalam satu kenyataan media berkata, Allahyarham seorang ADUN yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan.

"Allahyarham juga sahabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada Kerajaan Selangor serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah SWT memberi ganjaranyang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham.

"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Haji Shuhaimie Shafie atas pemergian ini.

"Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dalam mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah SWT serta dikurniakan husnul khatimah," katanya.

Turut mengucapkan takziah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah.
Allahyarham MAT Shuhaimi Shafiei
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444036/adun-sungai-kandis-meninggal-dunia

Berita lain: 
Isnin, 2 Julai 2018 | 12:04pm
Bharian BeritaNasional
13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah
KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Susulan 13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu sudah mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas.

Istiadat yang bermula 11 pagi itu didahului dengan kumpulan pertama Jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Istiadat angkat sumpah hari ini diakhiri oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis yang dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Kesemua mereka masing-masing turut menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Richard dan Ali. Istiadat itu berakhir dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, kemudian mengangkat sumpah mengetuai barisan 13 anggota Kabinet pada 21 Mei lalu.

Upacara mengangkat sumpah hari ini pula menyaksikan pelantikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri. Berikut adalah senarai mereka yang mengangkat sumpah hari ini:

MENTERI

1. Saifuddin Abdullah dilantik Menteri Luar

2. Mohd Redzuan Md Yusof dilantik Menteri Pembangunan Usahawan

3. Dr Xavier Jayakumar dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan

5. Baru Bian dilantik Menteri Kerja Raya

6. Teresa Kok dilantik Menteri Industri Utama

7. Saifuddin Nasution Ismail dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

8. Dr Mujahid Yusof Rawa dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah

10. Liew Vui Keong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

11. Ignatius Darell Leiking dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

12. Mohamaddin Ketapi dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

13. Yeo Bee Yin dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

TIMBALAN MENTERI

1. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dilantik Timbalan Menteri Wilayah

2. Dr Md Farid Rafik dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

3. Amiruddin Hamzah dilantik Timbalan Menteri Kewangan

4. Eddin Syazlee Shith dilantik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

5. Shamsul Iskandar Md Akin dilantik Timbalan Menteri Industri Utama

6. Sim Tze Tzin dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

7. R. Sivarasa dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

8. Fuziah Salleh dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Dr Lee Boon Chye dilantik Timbalan Menteri Kesihatan

10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

11. Chong Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

13. Hannah Yeoh dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14. Teo Nie Ching dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan

15. Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan

16. Dr Ong Kian Ming dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. Mahfuz Omar dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia

18. Mohd Anuar Mohd Tahir dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya

19. Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20. Mohamed Hanipa Maidin dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

21. Datuk Kamarudin Jaffar dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan

22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri

23. Isnaraissah Munirah Majlilis dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444024/13-menteri-dan-23-timbalan-menteri-angkat-sumpah

Isnin, 2 Julai 2018 | 12:23pm
PENGERUSI Amanah Negeri, Zulkefly Mohamad Omar mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang baharu pada persidangan pertama (KHAS) penggal pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kali ke 14 di Wisma Negeri. - Foto Hazreen Mohamad
Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN
Bharian Berita Politik Oleh Nur Aqidah Azizi nur@nstp.com.my

SEREMBAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Zulkefly adalah satu-satunya nama yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun untuk jawatan itu dan cadangan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teoh Kok Seong ketika Mesyuarat Pertama Khas DUN, hari ini.

Zulkefly yang memiliki ijazah Sarjana dalam Sains Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Komunikasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkhidmat sebagai pegawai kanan di beberapa syarikat serta pensyarah sambilan di UiTM dan Infrastructure University Kuala Lumpur.

Selain menjadi Pengerusi Amanah negeri, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Pusat parti berkenaan.

Jawatan Timbalan Speaker juga diperkenalkan buat kali pertama pada sidang khas DUN Negeri Sembilan kali ini yang menyaksikan ADUN Seri Tanjung, M Ravi dilantik untuk jawatan itu.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/444035/pengerusi-amanah-negeri-sembilan-dilantik-speaker-dun

Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM
ARIF ATAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) antara sembilan agensi kerajaan yang tidak lagi tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kesemua agensi terbabit diletakkan sebagai entiti bebas dan melapor terus kepada Parlimen berkuat kuasa 1 Julai.

Tujuh lagi agensi berstatus demikian menurut surat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa kepada JPM bertarikh 26 Jun itu adalah seperti berikut:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
Pejabat Pendakwa Raya Negara (Fungsi pendakwaan)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Parlimen Malaysia
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Sementara itu, 10 lagi agensi atau jabatan kerajaan dibubarkan termasuk 19 pejabat kecil di bawah Pejabat Perdana Menteri:

Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China
Pejabat Duta Khaske India dan Asia Selatan dalam Bidang Infrastruktur (sehingga tamat kontrak pada 31 Disember 2018)
Pejabat Penasihat kepada Perdana Menteri (Prof Datuk Seri Wira Khairil Annas Jusoh)
Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri ((Datuk Seri Shaziman Mansor)
Pejabat Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
Pejabat Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (sehingga tamat kontrak pada 30 Jun 2018)
Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
Pejabat Penasihat Sains kepada Perdana Menteri
Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita
Pejabat Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri
Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan
Institut Wasatiyyah Malaysia
Bahagian Penjenamaan Negara (Brandworth Corporation)
Special Implementation Task Force (SITF)
Pasukan Komunikasi Negara
Pejabat Penasihat Transformasi Negara
Duta Khas Keganasan
Fasilitator Mindanao
CSDU & Sekretariat TN50 – (EPU, JPM).

Senarai sembilan lagi agensi kerajaan yang lenyap ketika Pakatan Harapan (PH) buat julung kalinya mendapat mandat ke Putrajaya adalah:

Unit Kawal Selia Felda (UKSF)
Majlis Profesor Negara (MPN)
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) – Bubar dan pindah fungsi ke Kementerian Pengangkutan
Institut Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERI)
MyWin Academy
International Multilateral Partnership Against Cyber-Threats (IMPACT)

Rombakan besar-besaran JPM turut menyaksikan 40 jabatan/agensi kerajaan dipindah fungsi dan lima digabung manakala 26 lagi kekal di bawah JPM.

Langkah mereformasi institusi pentadbiran dan politik antara janji utama Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ jika dipilih menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu. at 7/02/2018 10:04:00

Sumber:
KERENGGA: Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM

Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB
KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir Ogos 2019.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada Nazir.

“Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas mengulas status Nazir selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo barunya hari ini.

Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan, namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.

Terdahulu, pada majlis itu, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata, buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974 sehingga menjadi sebuah koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.

Menurutnya, pengenalan logo baru koperasi itu sejajar usaha menarik ahli baru menjadi tenaga pelapis, di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.

“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio ekonominya, jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited.”

Turut hadir Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh. at 7/01/2018 11:05:00 PTG

Sumber: 
KERENGGA: Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

Isnin, 2 Julai 2018 | 10:42am
KELIBAT Adam Riezman Roslam dapat dilihat pada aksi pusingan ke-16 membabitkan tuan rumah, Russia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, pagi tadi.
Anak Malaysia pembawa bola Piala Dunia
Bharian Sukan Bola

KUALA LUMPUR: Meskipun Malaysia tidak menghantar pasukan bola sepaknya ke Piala Dunia Russia, namun setidak-tidaknya ada anak Malaysia yang mencipta sejarah 'muncul' di temasya itu.

Ia selepas seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang Selangor terpilih untuk 'terbang' ke Russia menggalas tanggungjawab selaku pembawa bola untuk aksi berprestij itu.

Kelibat Adam Riezman Roslam dapat dilihat pada aksi pusingan ke-16 membabitkan tuan rumah, Russia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, pagi tadi.

Ini sekali gus menyaksikan Adam menjadi anak Malaysia pertama yang terpilih sebagai pembawa bola bagi temasya penuh gemilang yang setakat ini sudah memasuki pusingan kedua.

Pelajar bertuah itu berpeluang ke Russia selepas mengungguli Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan hadiah wang tunai RM800.

Namun wang tunai itu mungkin kecil nilainya jika dibandingkan dengan peluang Adam untuk membawa bola pada aksi terbabit sekali gus berada dalam satu barisan bersama pemain terkemuka seperti Gerard Pique, David de Gea dan Igor Akinfeev.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/07/444002/anak-malaysia-pembawa-bola-piala-dunia










Tiada ulasan: