Ahad, 29 Julai 2018

Bukan warga negara semakin menunjuk belang kejahatan di Malaysia dan sering memangsakan rakyat negara ini. 7947.


29 JULY 2018
Kurang Ajar : 9 Myanmar Belasah Polis Parah
POLIS menahan sembilan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bekas anggota polis cedera parah dipukul sekumpulan suspek dalam kejadian di Surau Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sembilan lelaki dari etnik Rohingya berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Butterworth bermula jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi semalam.

“Berdasarkan siasatan sebelum kejadian pukul itu berlaku, ketua kampung Bagan Ajam mengadakan perbincangan dengan empat lelaki Myanmar pada 8 malam bagi menyelesaikan perselisihan faham antara dua kumpulan secara aman di surau berkenaan dan selepas selesai perbincangan, ketua kampung terus beredar.

“Namun dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki Myanmar memaklumkan berlaku pergaduhan di situ dan terus ke surau serta mendapati seorang lelaki dikejar dan dikepung sekumpulan warga Myanmar sebelum dipukul,” katanya.

Beliau berkata, ketua kampung itu meleraikan pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera parah dipukul itu mendakwa dia sebagai polis.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati mangsa adalah bekas anggota polis yang digantung kerja pada 2013.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul disebabkan berjumpa dengan beberapa lelaki Myanmar di situ dan memberi amaran serta menegur beberapa lelaki Myanmar agar tidak menganggu seorang wanita yang juga adik iparnya, malah mereka sering meminta wang daripada wanita itu.

“Disebabkan teguran itu, beberapa lelaki Myanmar berkenaan tidak berpuas hati sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang disaksikan isteri serta adik ipar mangsa,” katanya.

Noorzainy berkata, lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan kayu, topi keledar dan kerusi sehingga parah iaitu luka pada bahagian kepala, lebam di tangan serta badan dan patah empat batang gigi.

Beliau berkata, mangsa dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan tidak nampak siapa yang memukulnya kerana semasa kejadian kawasan itu agak gelap namun percaya dia dipukul sekumpulan lelaki Myanmar yang ditegurnya berdasarkan cara percakapan mereka.

“Sembilan lelaki yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 dan 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: Kurang Ajar : 9 Myanmar Belasah Polis Parah

Sunday, July 29, 2018
Menemui Hafizuddin di New Delhi...
CATATAN PERJALANAN

Masjid Burhnia wali diselamatkan dengan dibangunkan Madrasah Tahfiz dan Akademik. 

DI NEGARA kita khususnya dalam kalangan ahli dan pemerhati politik berpolemik mengenai istilah atau perkataan Hafizuddin, apabila perkataan itu disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dalam ucapan sulungnya kepada kaki tangan kementeriannya di Jabatan Perdana Menteri.

Dr Mujahid membuat huraian erti dan makna perkataan itu, tetapi dikritik oleh setengah pihak, khasnya pembangkang sebagai pengertian dan pemahaman Dr Mujahid itu salah sehingga menjejaskan akidah. Lebih menyedihkan ada yang cuba memberi tafsiran Dr Mujahid sebagai memberi erti perkataan itu kononnya ikut sama memelihara agama lain sama darjat dengan kedudukan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan. Walhal makna dan pengertian sebenarnya bukan persis yang dieksploitasikan itu

Jika semua orang mahir dalam memahami maksud Perlembagaan, apa dimaksudkan Dr Mujahid itu tidak perlu menimbulkan polemik dan salah anggap kerana perlembagaan menjelaskan dengan nyata kedudukan dan fungsi agama lain di negara ini berbeza dengan kedudukan dengan agama Islam. Islam adalah agama rasmi negara ini sementara agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan.

Lawat dua masjid terbiar.

Berintraksi dengan 11 pelajar perintis di Madrasah Abrar.

Ekoran polemik itu maka kita semua lalu mencari dan mengenal siapa Hafizuddin sebenarnya. Siapa dan keadaan macam mana orang atau pihak yang membela agama sesungguhnya. Ada bagusnya juga perkataan atau pengertian Hafizuddin itu menjadi polemik kerana ia mengenalkan kita warak dan peranan Hafizuddin sejati.

Pelajar di Madrasah Talha Quraan tekun mengahaf.

Semasa saya di New Delhi dua tiga hari lepas bersama Husam Musa, kami menemui Hafizuddin (pemelihara dan penjaga agama) yang saya kira jauh lebih prihatin dan rela berkorban, menjadi pembela dan pemelihara agama berbanding dengan sesetengah orang kita yang kebanyakan membela agama di pentas-pentas politik atau pun di mihrab-mihrab masjid, atau di kaca-kaca televisyen  dengan mendapat upah setiap kali menyampaikan kuliyyah dan sebagainya.

"Hafizuddin" yang kami temui itu merupakan dua orang sahabat yang sedang giat menjalankan usaha pemeliharaan dan penjagaan agama dengan mengambil inisiatif menyelamatkan masjid-masjid terbiar dan uzur di sekitar Delhi khasnya, dengan membangunkan madrasah sebagai menyediakan peluang pendidikan (ilmu) kepada masyarat dhaif serta sebagai aktiviti mengimarakkanya.

Mereka dimaksudkan ialah, Dr Abdul Khalique dan Tayyab Ahsan. Dr Abdul Khalique merupakan seorang doktor pakar bedah dalam bidang Uro Surgeon berkhidmat di sebuah hospital pakar swasta di Delhi, manakala Tayyb Ahsan pegawai perbankan Islam di Delhi. Kedua-dua mereka merupakan hafiz.

Dari kanan: Dr Abdul Khalique, dan kiri Tayyab Ahsan.

Mereka berpakat menubuhkan sebuah badan bernama; Samra Education Acedemy yang juga bertindak sebagai badan perubatan dan badan penyelidikan. Ia berdaftar dengan kerajaan India bagi mengurus atau mengorganisasikan kerja-kerja mereka. Badan ini ditubuhkan 1990.

Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab mereka berat dan mulia. Calang-calang orang sedia mengambil peranan itu jika jiwa mereka tidak mempunyai nilai Hafizuddin yang teguh. 

Seperti dinyatakan tadi yang menjadi tumpuan mereka ialah menyelamatkan mana-mana masjid lama yang uzur dan terbiar, dibangunkan madrasah atau sekolah Tahfiz campur akademik. Semua kerja itu dilakukan dengan sukarela dan mengorbankan sebahagian pendapatan dan masa mereka.

Ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi dan tentangan daripada pihak-pihak tertentu khasnya yang cemburu dan tidak senang dengan Islam. Namun berkat sabar, keikhlasan dan takwa kepada Allah serta sokongan simpatis Islam lain ia berjalan lancar.

Ruang berwujuduk ini masih utuh.

Menurut mereka buat masa ini terdapat beberapa masjid bersejarah di Delhi yang terbiar dan berhadapan dengan dimusnahkan dalam perhatian mereka. Sebanyak 12 masjid dalam rangka pemeliharaan oleh badan dikendalikan mereka itu pada masa ini. Setakat ini dua buah masjid telah diselamatkan dengan penubuhan madrasah Tahfiz Akademik sebagai perintis.

Inilah tempat tidur 11 pelajar di Madarsah Abrar.

Dua Masjid itu ialah Burhia al Wali dibangunkan Madrasah Abrar dibawah jagaan Dr Abdul Khalique dan Masjid Sherjang dibangunkan Madrasah Talha Mul Quraan dibawah jagaan Tayyab Ahsan, kedua-dua mereka bertindak sebagai pengetua.

Saat mengunjungi masjid Burhnia al Wali ia sungguh menyedihkan dan  saya tidak dapat menyekang air mata saat melihat keadaannya yang sangat dhaif. Masjid itu banyak merakam sejarah kegemilangan Islam di Delhi, bukan sahaja usang tetapi tidak ada rupa sebagai sebuah masjid lagi. Ia tidak layak dinamakan Rumah Allah, kerana yang ada hanya rangkanya sahaja. Sebahagian besar strukturnya sudah rosak dan roboh, suasananya penuh berhabuk. Hanya mihrab dan tempat berwuduk sahaja masih terpelihara dengan baik.

Masjid ini berdepan dengan matapetaka akan dirobohkan kerana arus pembangunan berlaku di sekitarnya.  Beberapa buah jentolak kelihatan sedang menjalankan kerja-kerjanya saat saya mengunjungi masjid itu. Alhamdulilah atas usaha Dr Abdul Khalique bersama umat Islam di situ, yang minoriti, ia berjaya mendapat pengecualian (sementara) daripada dirobohkan oleh pihak berkuasa. Justeru untuk mempertahankan masjid itu dan mengimrakkanya maka ia dibangunkan Madrasah Abrar itu di mana saya lihat ia sebagai penahannya.

Kesedihan keadaan masjid usang itu ditambah lagi dengan ketabahan 11 pelajar perintis yang menginap di situ demi untuk menambah ilmu. Di tingkat atas dijadikan sebagai tempat tidur dan juga membasuh kain baju serta memasak. Mereka hanya tidur di atas lantai beralaskan tikar robek tanpa bantal apa lagi tilam.

11 pelajar itu berumur sekitar 12 hingga 17 tahun, dibawa dari beberapa daerah di luar Delhi yang kebanyakan sudah pun menjadi Hafiz. Madrasah itu menyediakan ilmu akademik kepada mereka. Walaupun hafiz tetapi mereka tidak mengenali abjab dan angka lantin, A, B, C, 1, 2, 3. Buat masa ini mereka sedang mempelajari abjad A. B. C dan angka, kemudian akan dilengkapi dengan ilmu akademik lain sesudah menguasainya. Seorang guru yang berkhidmat secara sukarela akan mengajar mereka asas-asas matemetik, sains, geografi  dan sebagainya.

Sebuah lagi masjid lama terbiar yang dibangunkan yang sempat dilawati, ialah masjid Sherjang yang dibangunkan Madrah Mul Tahla Quraan yang terletak kira-kira beberapa kilometer daripada masjid Burhia Wali. Berbeza dengan keadaan masjid Burhnia, masjid Sherjang ini  agak terjaga dan mempunyai halaman yang agak luas dan lapang. Pelajarnya juga terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Bukan hanya saya, Husam juga terkedu melihat keadaan masjid berkenaan kontras dengan apa yang dilihat. Saya nampak beberapa jurus beliau terdiam dan terpaku tatkala melihat kemerduan anak-anak Madrasah itu membaca dan hafal Quran. Kemerduan dan kefasihannya mencabar iman saya. Mereka ralik menghafal tanpa melihat dan merasa jengkil dengan keadaan sekitar yang serba dhaif.

Apa yang lebih dirasai ialah mengenai kesungguhan dan keikhlasan dua sahabat itu membangun madrasah dan dalam masa sama menjaga dan memelihara masjid terbiar demi mempertahankan martabat Islam. Dalam tilikan saya peruwujudan madrasah di masjid itu kepada menjadi benteng agar masjid itu tidak dirobohkan.

Memandangkan usaha keduanya sangat murni elok kalau umat Islam semua turut membantunya. Mungkin untuk kita bergerak seperti mereka tidak mampu atau terhalang atas sebab-sebab kelemahan dan ketidakmampuan kita, tetapi partisipasi masih boleh dilakukan dengan membantu yayasan atau badan dibangunkan oleh kedua sahabat Hafizuddin itu.

Terfikir oleh saya, elok kalau Yayasan Darul Hijrah (YDH) yang dinaungi Husam Musa, yang sebelum ini terbukti dapat memainkan peranan dan tanggungjawab insannya menerusi NGOnya dalam membantu menyediakan kebajikan kepada rakyat seperti membantu mangsa banjir di Kelantan, membantu pelarian Syria dan lain-lain, turut sama memainkan peranan untuk membantu usaha pemeliharaan masjid dan pembangunan sekolah tahfiz di Delhi itu.

Dalam kata lain DH dapat menjadi mediator untuk membantu usaha Dr Abdul Khalique dan Tayyab Ahsan itu dengan bekerjasama dengan Samra Education Academy itu. Dan sesiapa yang berminat untuk mengetahui kerja amal Hafizuddin itu boleh hubungi DH atau emailkan saya. [wm.kl.9:00 am 29/07/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 10:17:00 AM
.: Menemui Hafizuddin di New Delhi...

Dua kem, seorang menteri dan ‘kronisme’ PKR
FMT Reporters

PETALING JAYA: PKR Selangor kini berkecamuk dan ini terserlah dalam siri peletakan jawatan yang berlaku dan dakwaan kronisme terhadap pemimpin negeri parti itu.

Menurut sumber, perkembangan ini tidak banyak berkait dengan perpecahan parti yang berlaku akibat persaingan sengit dalam pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Banyak pihak mengaitkan peletakan jawatan setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan ketua Pemuda PKR Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad dengan “2 kem” dalam parti itu, iaitu kem naib presiden, Rafizi Ramli dan kem timbalan presiden, Datuk Seri Azmin Ali.

Kedua-dua pemimpin itu, yang tidak mesra antara satu sama lain sejak kebelakangan ini, dijangka bertembung merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR pertama selepas parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan Mei lepas.

Sumber dalaman parti berkata, Rafizi dan Azmin bukanlah faktor penyumbang kepada rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin akar umbi parti itu.

Isu utama yang mencetuskan rasa tidak puas hati itu ialah pelantikan ahli majlis tempatan di Selangor, dengan dakwaan hirarki parti diketepikan dan individu yang dilihat rapat dengan pemimpin tertentu dipiih.

Justeru jika bukan Rafizi atau Azmin, maka persoalannya sekarang ialah siapa?

“Ia berkait dengan seorang menteri pusat,” kata sumber yang enggan dikenali itu kepada FMT.

“Menteri itu melantik individu yang dikehendakinya sebagai ahli majlis, dan dengan berbuat demikian beliau membelakangkan menteri besar Selangor,” katanya, merujuk kepada Amirudin Shari, yang dilihat oleh banyak pihak berada dalam “kem Azmin”.

Sumber itu memberitahu, biasanya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili parti akan mencalonkan seorang ahli majlis, sementara bakinya dipilih oleh ketua cabang PKR.

“Tetap ramai yang tidak terpilih kerana menteri yang juga merupakan pemimpin tertinggi parti memilih calon yang dikehendakinya.”

Sumber yang enggan menamakan menteri terbabit berkata, majoriti ketua cabang PKR di Selangor berpihak kepada Azmin.

“Individu yang berada dalam kem Azmin pun diketepikan,” katanya.

“Menteri tersebut membuat keputusan tanpa memberikan apa-apa sebab. Sepatutnya menteri besar membuat keputusan berhubung ahli majlis.

“Nampaknya sekarang menteri terbabit yang membuat semua keputusan, sekali gus membelakangkan Amir,” katanya, merujuk kepada menteri besar, Amirudin Shari.
at 7/29/2018 01:39:00 PTG
KERENGGA: Dua kem, seorang menteri dan ‘kronisme’ PKR

Sunday, 29 July 2018
Ahmad Maslan Bersuara Lagi.

Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa harga barangan pasti akan naik 1 September ini selepas Pakatan Harapan (PH) melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ahmad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kenaikan itu berlaku susulan pelaksanaan SST yang tidak telus.

“Saya tak kata saya pakar SST dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 124 negara buat GST daripada 194 negara dalam dunia.

“SST ini negara dalam dunia dah tak buat, kenapa? Sebab ada kelemahan.

“Kita mengatakan yang benar. Percayalah harga barang, ‘confirm’ akan naik September ini. Kita (rakyat) juga yang jadi mangsa,” katanya ketika berkempen di Kampung Jawa, hari ini.

Beliau turun ke DUN Sungai Kandis bagi membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkempen.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan SST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 September 2018.

Pengenalan semula SST itu bagi menggantikan GST yang dikenakan pada kadar 0% bermula 1 Jun lalu.

Ahmad turut menyenaraikan 3 kelemahan pelaksanaan SST iaitu rakyat tidak tahu mereka dikenakan cukai tersebut, sedangkan cukai itu ada dalam harga barang.

“Ia diambil daripada pengimport 10% dan pengilang 10%. Mereka letak sebagai kos dan dimasukkam dalam harga barang,” katanya.

Kedua, Ahmad berkata berlakunya cukai atas cukai dengan berkata: “Kalau RM100 dicampur keuntungan, daripada kilang ia akan jadi RM110 dan RM110 itu tidak akan jadi RM110 apabila sampai kepada pengguna, mungkin RM120.

“Sedangkan GST dulu, cuma RM106 apabila sampai di hujung pembeli barang,” katanya.

Selain itu, katanya, pengilang dan pemborong boleh menipu cukai.

“Apa yang dikatakan sebagai ‘the black economy’ ataupun ekonomi gelap. Itu sebab apabila kutipan SST itu cuma RM21 bilion berbanding GST RM44 bilion,” katanya.

Beliau menambah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengakui kelemahan SST berbanding GST di Dewan Rakyat.

“Saya bertanya kepada Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat, kenapa tukar? Bukankah GST lebih telus berbanding SST?

“Beliau akui bahawa GST lebih telus. Kenapa mereka tidak mahu yang telus? Sedangkan bukankah kerajaan sekarang mahukan ketelusan?

“Ini perkara penting saya nak katakan, PH ini penipu hebat, penipu macam-macam,” katanya. -free malaysia today
Addin: Ahmad Maslan Bersuara Lagi

Sunday, 29 July 2018
SETELAH PAS SOKONG UMNO, KE MANA HALA PENGUNDI BUKAN MELAYU DI SUNGAI KANDIS?

Semalam Najib Razak turun lagi ke Sungai Kandis untuk berkempen bagi calon BN, Lokman Noor Adam dan ini adalah kedatangannya buat kali kedua setakat ini.

Kehadiran Najib turun berkempen ini agak ganjil dan menghairankan, seolah-olah tidak sedar beliau telah ditolak rakyat dan merupakan punca utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 9 Mei lalu.

Apakah tujuan Najib turun berkempen dan menyibuk lagi di Sungai Kandis?

Bukankah, selepas meletakkan jawatan dan ditolak rakyat dan jadi sejarah ketika ini, Najib sebaiknya berdiam diri saja serta menumpukan sepenuh perhatiannya kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya?

Adakah dengan turun berkempen itu Najib serius mahu membantu kemenangan atau  sebenarnya ingin melihat calon BN dapat kekalahan yang lebih besar?

Jika calon BN menang, adakah nantinya Najib akan mendakwa beliau adalah  penyumbang utamanya? 

Kalau kalah BN pula, adakah Najib akan tersenyum akhirnya kerana UMNO dan BN yang dipimpin Zahid Hamidi tidaklah lebih baik dan diterima rakyat selepas ketiadaannya?

Bermakna, dalam apa juga keputusan yang bakal menjelma di Sungai Kandis nanti, Najib sudah sedia dengan perangkapnya yang akan dua-dua mengena.

Sedarkah Zahid Hamidi akan hal ini?

Tidak mustahil, sebelum 4 Ogos nanti, Najib akan turun lagi berkempen di Sungai Kandis, walaupun seperti dalam dua kedatangannya sebelum ini, tiada seorang pun pemimpin UMNO Pusat yang hadir menemaninya.

Dalam waktu yang sama, semakin dekat hari pengundian, muslihat Pas tidak turun bertanding di Sungai Kandis akhirnya terdedah juga apabila parti itu kini secara terbuka menyokong calon BN.

Daripada gegak gempita sejak penubuhannya mahu menjadi lawan UMNO, Pas kini secara automatik adalah kawan kepada UMNO. Daripada mahu menjadi pengganti kepada UMNO, Pas kini juga adalah teman sejati UMNO.

Amat malang sebenarnya kerana perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pas ini berlaku ketika UMNO sudah pun hilang kuasa dan digelar parti penyamun oleh kebanyakan rakyat negara ini.

Bukankah jika tidak sibuk nak jadi "king maker" dan sedia bergabung dengan UMNO sebelum PRU14 dulu, Pas hari ini sudah pun jadi sebahagian daripada kerajaan?

Apakah dengan sokongan terbuka Pas ini, ahli dan penyokong akar umbinya yang selama berpuluh tahun ditarbiah dan ditanam dengan kepercayaan bahawa UMNO adalah parti taghut, assabiyah dan kafir akan sedia memberikan undi kepada BN?

Atau lebih ramai yang akan memboikot dan tidak keluar mengundi?

Apalah  gandingan UMNO dan Pas yang begitu diagungkan di Sungai Kandis ketika ini, bermakna BN tidak lagi memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu yang merangkumi 12 peratus Cina dan 16 peratus India?

Bolehkah BN menang dengan sokongan Pas semata-mata dan tanpa undi bukan Melayu? (ShahbudinHusin 29/07/2018)
Shahbudin dot com: SETELAH PAS SOKONG UMNO, KE MANA HALA PENGUNDI BUKAN MELAYU DI SUNGAI KANDIS?

PAS dan Umno tak sepakat : 3,000 penyokong PAS akan undi saya -Zawawi

SG KANDIS | Calon Pilihan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin 3,000 penyokong PAS akan mengundinya pada 4 Ogos ini.

Zawawi berkata, sokongan itu dilihat berdasarkan pertemuan dengan penyokong parti Islam itu ketika berkempen di Sungai Kandis.

“Ahli ada pilihan untuk memilih calon yang dirasakan wajar dan layak mewakili mereka, jadi saya yakin hasil pertemuan pagi, petang malam saya di masjid, surau dan pasar, saya mengenali sebahagian pengundi PAS kali ini beri undi wakil Pakatan Harapan.

“Di DUN Sungai Kandis ada 7,000 pengundi PAS pada PRU lalu dan kita sasar 50 peratus atau 3,000 akan mengundi saya kali ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bilik Gerakan PKR, di DUN Sungai Kandis, hari ini.

Zawawi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pimpinan PAS agar anggota parti itu mengundi calon Umno pada PRK Sungai Kandis.

Malam tadi dua pemimpin pusat parti itu mengarahkan anggota PAS supaya memenangkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam yang bertanding dalam usaha pembangkang merampas kerusi berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata anggota dan penyokong parti itu perlu mengundi Lokman jika mahu melihat HARAPAN dikalahkan.

PAS, Umno tak sepakat

Katanya, PAS berpendirian tidak boleh menerima cara pemerintahan kerajaan sekarang.

Semalam bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan partinya agar lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan PAS untuk terus diterima masyarakat.

Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan parti Islam itu pada PRK Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Zawawi berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan kedua-dua parti itu tidak sepakat dalam menghadapi kejutan selepas tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Saya melihat pihak sana tak sepakat apabila menghadapi kejutan besar tewas pada PRU lalu masing-masing hilang pedoman dan ada ketimur, kebarat, keaatas, dibawah,ada yang koma.

“Jadi kesempatan ini kita lihat mereka dalam keadaan terumbang ambing, kita yakin kita berada di landasan yang betul memperjuangkan nasib rakyat dan kita yakin akan membangunkan komuniti setempat,” katanya.
-malaysiakoni
at 7/29/2018 03:29:00 PTG
KERENGGA: PAS dan Umno tak sepakat : 3,000 penyokong PAS akan undi saya -Zawawi

Bekas ADUN, Mat Tere tinggalkan Umno
N Faizal Ghazali

Seorang wakil rakyat Umno disebut-sebut bakal meninggalkan parti itu tidak hadir ke program khas pengumuman mengenainya di Machang, Kelantan, hari ini.

Dalam program yang dinamakan Hijrah 2.0 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan itu, spekulasi mengenai kedudukan anggota dewan undangan negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha, akhirnya ditamatkan.

Namun tanpa Bakri, program Hijrah 2.0 itu tetap diteruskan seperti dijadualkan. Lebih 500 pimpinan Umno di peringkat akar umbi parti terbabit mengisytiharkan keluar dari parti tersebut.

Mengetuai mereka ialah ADUN Bukit Tuku, Datuk Mohd Zain Ismail.

Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata, beliau sememangnya mengadakan perbincangan dengan beberapa wakil rakyat Umno Kelantan yang berhasrat untuk keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun katanya setakat ini belum ada antara ADUN terbabit yang memutuskan untuk bersama BERSATU.

"Ini kerja Tuhan belaka, mungkin bukan hari ini. Tapi akan berlaku juga nanti, mereka (Umno) tak boleh nak tahan.

"Hari ini 500 bekas pemimpin akar umbi Umno berhijrah," katanya ketika berucap di program tersebut.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan spekulasi seorang ADUN Umno Kelantan akan menyertai BERSATU.

Bagaimanapun, Mohd Bakri yang dijangka ADUN yang terbabit semalam muncul membuat penafian.

Sementara itu, program Hijrah 2.0 turut dihiburkan dengan kemunculan Mat Tere yang tidak ketinggalan mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno.

Mat Tere - atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum - merupakan orang kurang upaya (OKU) yang pernah menggemparkan negara apabila dikatakan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui satu rakaman video, tahun lalu.

"Saya Mohd Zul Apis Baharum isytihar keluar Umno, dan akan berjuang bersama BERSATU, " katanya ketika diminta berucap sebentar.

Hadir sama Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.
-malaysiakini
at 7/29/2018 04:49:00 PTG
KERENGGA: Bekas ADUN, Mat Tere tinggalkan Umno

https://wordpress.org/download/
Download | WordPress.org

FALAKONLINE.NET – Ringkas . Padat . Tepat – Solusi Persoalan Astronomi Anda

Musytari ada tambahan 12 bulan baru! Salah sebuah daripadanya err.. degil sikit!


Tiada ulasan: