Jumaat, 20 Julai 2018

Dewan Rakyat pada era Malaysia Baru ini berdebat hal berkaitan kepentingan rakyat bukannya lagi terlalu riuh hingga di luar kawalan seperti pasar borong. 7894.


BERITA»Nasional
Khamis, 19 Julai 2018 | 8:03pm
Kasut hitam di sekolah mulai tahun depan
Oleh Norzamira Che Noh cnews@nstp.com.my
SHAH ALAM: Pelajar di seluruh negara tidak lagi memakai kasut berwarna putih mulai sesi persekolahan tahun depan, sebaliknya mereka akan mengenakan kasut berwarna hitam.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, keputusan membenarkan pelajar memakai kasut sekolah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan sejak beliau menjadi menteri.

"Saya akan menyaksikan pelajar sekolah tidak memakai kasut putih lagi... mereka akan memakai kasut hitam.

"Itu harapan daripada ibu bapa. Bermula tahun depan, kita (murid) akan pakai kasut hitam di sekolah,"

katanya dalam program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di sini, petang tadi.

Beliau berkata, kebenaran itu adalah antara pembaharuan yang akan dilakukan bagi menarik minat ibu bapa untuk memilih sekolah kebangsaan ketika menghantar anak masing-masing menuntut ilmu.
Pada masa sama, pihaknya mahu memastikan pelajar sekolah di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa melalui sistem pendidikan negara.

Katanya, hasil pertemuannya dengan Duta Finland baru-baru ini, beliau dimaklumkan pelajar di negara itu menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

"Justeru, saya berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam lima tahun ini," katanya.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan moderator, Tan Sri Johan Jaaffar di Majlis Bicara Minda Malaysia Baharu dan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Sekesyen 15. - Foto Roslin Mat Tahir
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451300/kasut-hitam-di-sekolah-mulai-tahun-depan

BERITA»Nasional
Khamis, 19 Julai 2018 | 7:07pm
Patuhi peraturan pilihan raya - SPR
Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Semua pihak diminta sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, ia bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman, harmoni serta tidak ada gangguan.

"Seksyen 24A, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] memperuntukkan mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan semasa hari penamaan calon seperti penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan kenderaan.
 
Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood semasa sidang media pilihan raya kecil (PRK) Dun N.49 Sungai Kandis, Selangor di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Putrajaya, 9 Julai lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
"Orang ramai juga dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon, jika ada mana-mana pihak melanggar peruntukan seksyen ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, SPR berharap proses penamaan calon akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Sementara itu, Othman berkata, tempoh masa untuk mengemukakan kertas penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

"Kertas penamaan calon yang sudah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus oleh salah seorang daripada calon, pencadang dan penyokong, mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

"Selain itu, SPR mengingatkan bakal calon yang hendak membayar deposit calon RM5,000 boleh berbuat demikian secara deraf bank atau secara tunai.

"Bayaran itu boleh juga dibuat sebelum hari penamaan calon dan mereka perlu membawa resit berkenaan pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran," katanya.

Katanya, bagi bakal calon yang bertanding mewakili parti politik, mereka diingatkan supaya membawa surat kebenaran daripada parti yang membenarkan mereka menggunakan simbol parti.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma. Berikutan itu, SPR menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451278/patuhi-peraturan-pilihan-raya-spr

BERITA»Kes
Khamis, 19 Julai 2018 | 6:59pm
Permohonan prosiding hina mahkamah terhadap Tengku Adnan ditarik balik
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Seramai 16 bekas ahli UMNO menarik balik permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap mantan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mereka menarik balik permohonan itu berikutan perkembangan mutakhir politik negara, iaitu perubahan kerajaan memerintah dan Tengku Adnan bukan lagi Setiausaha Agung UMNO.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili kesemua pemohon itu, ketika ditemui pemberita berkata beliau diarahkan oleh anak guam untuk menarik balik permohonan berkenaan dan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

"Dalam prosiding di kamar Hakim Datuk Nordin Hassan, hari ini, mahkamah kemudian membatalkan permohonan berkenaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, rayuan kes utama bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kesahihan UMNO yang didakwa melanggar perlembagaannya, tetap diteruskan.

Katanya, rayuan itu sudah difailkan di Mahkamah Rayuan dan anak guamnya berhasrat meneruskan kes berkenaan jika isu undang-undang, iaitu Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966, dipersetujui Pejabat Peguam Negara untuk digugurkan atau diatasi.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah berhubung isu menghalang mahkamah daripada mendengar pertikaian ahli dalam parti politik.

"Oleh itu, kami akan berunding dengan Pejabat Peguam Negara mengenai isu berkenaan dan akan mengemukakan representasi bertulis," katanya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, Mahkamah Rayuan akan menentukan sama ada Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika menolak permohonan kebenaran difailkan anak guamnya dan jika bersetuju dengan pihaknya, kes itu akan dikembalikan untuk didengar di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi seterusnya akan memutuskan sama ada parti itu tidak sah disebabkan ketiadaan pemilihan untuk cawangan, bahagian dan ahli Majlis Tertinggi, atau sebaliknya.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman selepas membenarkan bantahan awal Pejabat Peguam Negara.

Dalam permohonan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dinamakan selaku responden pertama, manakala Datuk Ab Rauf Yusoh selaku Setiausaha Kerja UMNO ketika itu, dinamakan sebagai responden kedua dalam kapasitinya sebagai penjawat awam UMNO.

Mahkamah Tinggi memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara membabitkan pertikaian ahli dalam parti politik, dan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menetapkan bahawa keputusan parti politik atau perkara membabitkan hal ehwal perjalanan parti adalah muktamad, tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipertikaikan di mana-mana mahkamah.
Peguambela, Mohamed Haniff Khatri Abdulla (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Duta berkenaan permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan perintah supaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikenakan perintah komital berhubung kenyataan media berkaitan tindakan menfailkan semakan kehakiman membubarkan parti kerana menangguhkan pemilihan parti. - Foto Hafiz Sohaimi
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/451274/permohonan-prosiding-hina-mahkamah-terhadap-tengku-adnan-ditarik-balik

THURSDAY, JULY 19, 2018
Perghhh Tedia !!! Guru BerDemo minta tukar pengetua
Demo minta tukar pengetua
Demo minta tukar pengetua
Sebahagian guru yang mendesak pengetua sekolah ditukar.
KOTA BHARU – Kumpulan guru sebuah sekolah menengah di Kota Bharu nekad mengangkat sepanduk mendesak pengetua mereka ditukarkan alasan dakwaan memberikan tekanan mental kepada warga sekolah berkenaan.

Seorang guru wanita berkata, suasana persekolahan berada dalam keadaan dingin apabila guru-guru, pekerja sekolah tidak seronok untuk bekerja dan pelajar pula tidak selesa belajar berikutan tertekan dengan pentadbiran beliau.

“Kami sudah lama bertahan dengan perkara ini dan merasakan apa yang beliau lakukan untuk menaikkan moral pelajar dalam pembelajaran tidak kena padanya.

“Beliau sentiasa mengeluarkan kata-kata ugutan kepada kami sehingga sudah terbiasa dengan ugutan akan ditukarkan tempat perkhidmatan dan bagi markah kurang jika dia tidak berkenan dan sebagainya,”  katanya.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah berkenaan mendapati guru-guru menaikkan sepanduk dan melaungkan kata-kata mendesak pengetua ditukarkan segera.

Sementara itu, seorang guru lain pula berkata, mereka sudah buntu untuk bekerja dalam keadaan tertekan sebegitu sehinggakan kesan tersebut turut dirasai oleh pelajar-pelajar mereka.

“Kami mohon pihak atasan iaitu JPN sendiri agar turun padang mendengar suara hati tenaga pendidik di sekolah ini.

“Kami bertahan kerana sayangkan pelajar, kami kuatkan semangat dan tetap meneruskan pengajaran berikutan persediaan untuk peperiksaan mereka, namun JPN perlu bertindak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JPN Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, beliau sudah maklum berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
http://kachipemas.blogspot.com/2018/07/perghhh-tedia-guru-berdemo-minta-tukar.html

Hikmah disebalik peristiwa di bawah ialah adanya beza keadilan zaman Yang Di-pertua Dewan Rakyat di masa pihak lain sebagai penguasa. 

Dewan Rakyat dilanda ‘ribut’ lebih sejam, Ramkarpal dikritik ramai penyokong PH
MALAYSIA DATELINE
Keengganan Ramkarpal menarik balik panggilan ‘samseng’ menyebabkan Parlimen pagi semalam berterusan bising lebih sejam sehingga Dewan Rakyat berhenti rehat.

Rakyat berbilang kaum termasuk penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) rata-ratanya mengkritik Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang dianggap bersikap tidak selari dengan semangat Malaysia Baru.

Reaksi awam itu termasuk di Facebook rasmi anak mendiang Karpal Singh itu yang menasihatkannya supaya lebih menjaga bahasa yang diucapkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Kekecohan di Dewan Rakyat semalam berlaku apabila Ramkarpal berdalih dan enggan menarik balik perkataan ‘gengster’ terhadap Pemuda Umno yang didakwanya terbabit dalam insiden pergaduhan dengan mendiang ayahnya beberapa tahun lalu.

Akibatnya, dewan menjadi riuh seperti pasar borong ketika sesi perbahasan titah diraja itu sehingga menyaksikan sesi pagi Dewan Rakyat itu terus hingar lebih sejam.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang tegas menuntut Ramkarpal akur terhadap arahan Timbalan Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada awal sesi perbahasan supaya menarik balik penggunaan perkataan samseng.

Bagaimanapun, perang mulut antara pembangkang dan penyokong kerajaan berterusan hingga Dewan Rakyat berhenti rehat selepas Rashid menganggap pertikaian isu penggunaan perkataan itu sudah selesai sejurus mengeluarkan arahan kepada pihak berkaitan untuk tidak mengulanginya.

Mengulas insiden itu, pengguna Facebook Norma Abdullah dalam komentarnya di Facebook Ramkarpal mengakui Umno sememangnya samseng tetapi beliau juga menasihatkan pemimpin DAP itu supaya tidak mengeluarkan bahasa kesat di Parlimen.

“Anda mewakili rakyat. Jangan lupa hal itu,” katanya.

Sementara itu, Tilega Vathi menulis, “Kami memilih anda untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi anda perlu bekerja dengan baik dan menghormati orang lain.”

Bagi Janice Thomas pula, beliau juga tidak menafikan Umno samseng tetapi pada masa sama, tegasnya, wakil rakyat PH mesti bijaksana dalam meletakkan kata-kata selain mengucapkan sahaja minta maaf jika sudah terlepas cakap.

Pada masa sama, ramai memuji sikap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang disifatkan memulakan tanggungjawabnya dengan baik tanpa pilih kasih.

Ariff yang kemudiannya mengendalikan sidang sesi petang membuat keputusan drastik mengarahkan Ramkarpal keluar Dewan Rakyat dan menggantung Ahli Parlimen DAP itu selepas amaran kali kedua supaya Ramkmenarik balik kenyataan itu tidak dipatuhi.

Ariff, 69, yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Pengerusi Lembaga Tatatertib AMANAH itu mengeluarkan perintah tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2).

Sehubungan itu, rakyat mengingatkan wakil rakyat sama ada dari blok kerajaan dan pembangkang supaya menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk berdebat secara bijak dan matang.

Ramai berharap perbahasan di Dewan Rakyat pada era Malaysia Baru ini berdebat hal berkaitan kepentingan rakyat bukannya lagi terlalu riuh hingga di luar kawalan seperti pasar borong lantaran mementingkan sentimen peribadi dan politik kepartian.
at 7/19/2018 12:20:00 PTG
KERENGGA: Dewan Rakyat dilanda ‘ribut’ lebih sejam, Ramkarpal dikritik ramai penyokong PH

Parti AMANAH, buktikan kamu parti Islam terbaik
  12:17 PTG      Pejuang Perubahan   

Islam bermula dari pertengahan abad ke tujuh masihi. Sejak dulu lagi, parti politik bukanlah wacana yang boleh digunakan untuk mendukung cita-cita luhur Islam.

Malah konsep konsep seperti kabilah, kaum, mazhab, malah dinasti, pula yang tidak putus-putus dikaitkan dengan Islam dalam pelbagai acuan. Apa yang ketara dari kesan-kesan ini adalah Islam yang berpecah belah, bukan sahaja dari segi mazhab sahaja tetapi visi kesuluruhannya.
Para pemimpin AMANAH kini mendapat tempat utama 
dalam pimpinan negara.
Misalnya konsep ummah. Seharusnya umat Islam harus bersatu, dan berdasarkan penyatuan sebegini membantu umat lain yang mungkin papa kedana, atau mengalami segala malapetaka duniawi, biar dari segi perperangan atau bencana alam.

Tapi realitinya pula agak berlainan. Umat Islam merupakan umat yang kucar kacir. Malah OIC atau “Organization of Islamic Cooperation” langsung tidak bermaya untuk menjadi sebuah organisasi yang boleh membela nasib umat Islam.

Pada saat ini, AMANAH merupakan sebuah parti politik yang berwibawa. Dengan lebih 11 menteri, iaitu menteri (5), timbalan menteri (5) dan ketua menteri (1), AMANAH merupakan satu-satunya parti Islam yang boleh menonjol lagi.

Hamas di Palestin telah tersepit di Israel. Ikhwan Muslimin sedang dikekang oleh Presiden Al Sissi di Mesir serta Saudi Arabia dan sekutunya.

Eh Nahda di Tunisia belum menunjukkan taringnya sebagai sebuah parti yang berkaliber. Malah Jamaat Islami di Pakistan belum matang lagi. Pas di Malaysia kelihatan hilang pedoman sama sekali kerana ingin bersekongkol dengan Umno.

Sekiranya AMANAH menjadi sebuah parti yang kakinya berpijak di bumi nyata, maka peluangnya untuk menjadi simbol Islam yang moden dan berkeupayaan amatlah tinggi sekali.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sopan dan tidak mempunyai perangai yang melulu. Timbalan presidennya Salahuddin Ayub pula amat berbudi bahasa. Khalid Samad pula tegas, dan sedang menangani pemasalahan Kuala Lumpur.

Ketiga-tiganya juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.

AMANAH juga dihormati Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah, serta suaminya Anwar Ibrahim yang bakal menganti Tun Dr Mahathir Mohammad satu hari kelak.

Tetapi, AMANAH juga berada dalam situasi yang agak berbahaya. Sekiranya para menterinya tidak boleh memimpin kementerian mereka dengan telus, maka ketajaman mereka akan menjadi tumpul pula. Situasi ini boleh menganggu kelancaran pergerakan AMANAH.

Tun Dr Mahathir ingin mencapai hasratnya untuk membangunkan Malaysia dengan secepat mungkin. Pada ambang 93 tahun, kerjaya politik Dr Mahathir mungkin boleh bertahan sepenggal sahaja.

Dalam penggal ini, bukan manifesto 100 hari sahaja yang harus direalisasikan tetapi Visi 2020 juga, di mana Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bermoral dan membangun juga menjadi sasaran beliau.

Intinya, Tun Dr Mahathir tidak boleh mencapai segala gala ini selain daripada bantuan yang boleh diberikan tanpa berbelah bagi oleh AMANAH.

AMANAH merupakan tombak yang bakal menebusi kubu Pas dan Umno juga, dan sekali gus memecahkan monopoli mereka terhadap orang Malayu dan orang Islam yang masih terbawa-bawa dengan arus politik yang menyebelahi puak bangsawan, dan ahli ahli yang menpunyai pemikiran yang kuno.

Sekiranya AMANAH boleh membebaskan orang Melayu, dan umah Islam sejagat dari belenggu pemikiran yang terlalu konservatif, maka AMANAH akan menjadi tunjang pemikiran Islam yang terbaru di Malaysia dan seluruh dunia.

*Phar Kim Beng pernah menjadi pensyarah kanan Asia Timur dan perhubugan antarabangsa di Harvard University. Dia pernah berlajar sejarah, ekonomi antarabangsa dan teori strategi di University Cambridge.
mdl
Parti AMANAH, buktikan kamu parti Islam terbaik ~ AGEN PERUBAHAN ®

Thursday, 19 July 2018
PENYEBARAN BERITA PALSU LEBIH MENGGILA SELEPAS UMNO TIADA LAGI KUASA
Ketika era pemerintahan BN, penyebaran berita palsu, adu domba, fitnah dan penyelewengan fakta boleh dikata dapat ditemui setiap hari melalui media-media arus perdana dan saluran televisyen tertentu.

Betapa meluatnya rakyat kepada perkembangan itu sehingga ramai yang akhirnya membuat keputusan tidak lagi mahu membeli akhbar-akhbar serta menonton televisyen.

Akibatnya jualah akhbar merosot dengan teruk dan siaran berita televisyen tidak lagi ditonton. Syarikat media rugi berjuta-juta dalam setahun, tetapi oleh sebab masih dipayungi oleh UMNO sebagai kerajaan, mereka terus dapat beroperasi seperti biasa.

Tetapi, dengan tumbangnya BN, akhbar arus perdana dan saluran televisyen tertentu tidak lagi berani menjadi penyebar berita palsu, adu domba, fitnah mahupun penyelewengan fakta seperti dahulunya.

Mereka tiba-tiba menjadi lunak dan mula memberi tempat kepada berita-berita baik mengenai apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan.

Individu tertentu yang selama ini kerap menghiasi dada akhbar dan televisyen dengan fakta karut, syak wasangka dan firnah semberono menyerang Tun Mahathir juga turut tidak kelihatan lagi kemunculannya.

Kalau ada pun cubaan mengadu domba dan menyeleweng fakta, kadarnya hanya di tahap paling minima dan sipi-sipi saja. Berita-berita palsu dan fitnah hampir tiada lagi kerana pemilik akhbar dan televisyen berkenaan sedar risiko yang bakal dihadapi jika mereka terus berperangai buruk seperti dahulu.

Perubahan itu bukan saja seiring kerana media arus arus perdana dan saluran televisyen berkenaan sedar tauke mereka adalah UMNO, manakala kerajaan yang berkuasa adalah Pakatan Harapan, tetapi juga disebabkan peneraju media-media terbabit ramai yang sudah ditamatkan perkhidmatan atau diminta meletakkan jawatan.

Semua itu memberi erti bahawa media arus perdana dan saluran televisyen tertentu itu tahu dan sedar perangai buruk dan kesalahan mereka selama ini.

Kiranya tiada apa-apa yang ditakut atau dibimbangi, mereka seharusnya terus mengekalkan ketua pengarang atau pengawal bilik berita yang sama, meskipun kerajaan bertukar kerana hakikatnya pemilikan atau syarikat akhbar arus perdana atau saluran televisiyen itu tidak pun berubah dan kekal dipunyai oleh UMNO.

Walaupun demikian, penyebaran berita palsu oleh pemain media sosial pro UMNO dan BN yang kini sudah menjadi pembangkang sebenarnya tidaklah terhenti begitu saja.

Cuma, ia sudah bertukar daripada media arus perdana dan saluran televisyen kepada medium media sosial. Sebab itu, kebelakangan ini begitu kerap tersebar petikan berita atau tangkap layar yang kononnya merupakan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang disebarkan secara meluas menggunakan logo portal-portal berita bebas tertentu.

Antaranya yang dikesan sebelum ini ialah mengenai isu Raja, Melayu dan Islam, kandungan manifesto, berkaitan cukai SST serta kadarnya, tempoh lupus kenderaan dan macam-macam lagi. 

Hampir saban hari, tatap saja media sosial, pasti terjumpa berita palsu yang pro kepada UMNO dan BN. Tahapnya makin rancak dan kerap. Ia hampir sama dengan dulu di mana selak saja akhbar atau buka televisyen, tidak lain akan kedapatan penuh dengan berita palsu, fitnah, adu domba dan menyeleweng fakta yang memburuk-burukkan Pakatan Harapan.

Semua berita palsu itu yang kononnya merupakan kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu, tetapi tidak pernah diucapkan, disebarkan secara meluas melalui media sosial tidak lain dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan mencambahkan kebencian terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan.

Pengendali dan pemain media sosial pro UMNO dan BN kini sedar media arus perdana serta saluran televisyen tertentu tidak boleh lagi digunakan untuk perkara-perkara buruk seperti itu. Media tersebut seolah-olah sudah jadi baik, tetapi kejahatan menyebarkan berita palsu disandarkan pula kepada media sosial.

Petunjuknya cuma satu, menyebar berita palsu, fitnah, adu domba dan menyeleweng fakta bukan saja tidak dapat dipisahkan daripada UMNO dan BN, malah tahapnya makin menggila setelah mereka menjadi pembangkang sekarang ini.

Ia berbeza dengan pemain media pro Pakatan Harapan yang dulu hanya menumpu kepada menyerang kredibiliti, mendedah penyelewengan, mengkritik dan mengapungkan kebenaran bagi kefahaman rakyat betapa buruknya cara pemimpin UMNO dan BN mentadbir negara selama ini.

Itulah yang akhirnya menyedarkan rakyat untuk berani membuat perubahan dan menumbangkan BN.

Malah hari ini, setelah menjadi kerajaan, pemain media sosial pro Pakatan Harapan terus berpaksikan  perjuangan kebenaran seperti dulu, bahkan sama sibuk menangkis berita-berita palsu yang disebarkan oleh mereka yang pro UMNO dan BN dengan tujuan rakyat tetap mengetahui kebenaran di penghujungnya. (ShahbudinHusin 19/07/2018)
Shahbudin dot com: PENYEBARAN BERITA PALSU LEBIH MENGGILA SELEPAS UMNO TIADA LAGI KUASA

Thursday, July 19, 2018
PTPTN: Janji PH betul tapi maklumat kewangan negara tidak telus
Posted By: Pentadbiron: July 19, 2018
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan seorang bekas menteri Barisan Nasional kononnya manifesto Pakatan Harapan mengenai soal bayaran balik pinjaman tabung itu dibuat tanpa memikirkan sedalam-dalamnya.

Beliau berkata dakwaan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengenai perkara tersebut adalah tidak benar, sebaliknya manifesto itu dibuat tanpa maklumat dan data tepat yang diberikan kerajaan BN dahulu.

“Saya rasa Khairy perlu sedar bahawa semasa mereka berada dalam kerajaan mereka tidak memberikan maklumat kewangan kerajaan yang sebenar kepada kami di pihak pembangkang dan kami terpaksa menulis manifesto berdasarkan maklumat-maklumat yang sedikit.

“Bila kami masuk ke dalam kerajaan barulah kami tahu keadaan sebenar seperti kedudukan hutang negara. Sekarang dia (Khairy) mendakwa kami menulis manifesto tanpa berfikir. Bukan tanpa berfikir tapi sebenarnya tanpa data lengkap sebab mereka tidak memberikannya kepada kami,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini dipetik Bernama.
PTPTN: Janji PH betul tapi maklumat kewangan negara tidak telus
Beliau diminta mengulas kenyataan Khairy hari ini yang dilaporkan berkata PH membuat janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 termasuk mengenai pinjaman PTPTN, tanpa berfikir sedalam-dalamnya sehingga kini dilihat tidak mampu menunaikannya.

Wan Saiful yang juga Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata ekoran kedudukan kewangan negara ketika ini, kerajaan terpaksa memikirkan semula bagaimana untuk melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto terutamanya 10 janji dalam masa 100 hari yang antaranya termasuk mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN.

Menjelas lanjut mengenai janji itu, Wan Saiful berkata PTPTN telah menawarkan peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah yang hendak menangguhkan pembayaran balik untuk memohon kepada PTPTN dengan menyediakan maklumat pendapatan.

“Jika peminjam tidak memohon kepada PTPTN maksudnya mereka mempunyai pendapatan lebih daripada RM4,000 atau mereka mempunyai kemampuan untuk membuat bayaran walaupun pendapatan kurang daripada RM4,000,” katanya.

Katanya, maklumat pendapatan itu boleh diserahkan kepada PTPTN menerusi laman web perbadanan itu selewat-lewatnya 25 Julai ini

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, July 19, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PTPTN: JANJI PH BETUL TAPI MAKLUMAT KEWANGAN NEGARA TIDAK TELUS

Thursday, July 19, 2018
Najib tak tolong Melayu – DPMM
Posted By: Pentadbiron: July 19, 2018
Pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib tidak membantu orang Melayu dan jika adapun ia dalam bentuk Ali Baba, jelas Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Fauzi Hassan.

Fauzi memberikan contoh pemberian projek-projek balak sebelum ini.

“Tanya menteri-menteri besar Umno dan PAS, berapa banyak projek balak diberi kepada Melayu?
“Yang memberi balak ini adalah kuasa menteri besar, selama 60 tahun mereka memerintah di Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain berapa banyak pembalak Melayu? Kalau ada pun (cara) Ali Baba sahaja,” katanya menjawab soalan mengenai nasib Melayu tertindas di bawah kerajaan HARAPAN seperti yang didakwa sesetengah pemimpin Umno.

Mengulas lanjut isu perniagaan Ali Baba ini, Fauzi juga mendakwa pemimpin Umno sebelum ini bijak dalam memperdayakan orang Melayu untuk dipergunakan sebagai proksi pihak yang membuat keuntungan sebenar.

“Ini cara pemimpin Umno. HARAPAN baru pimpin 65 hari dah dipertikai, kenapa mereka yang pimpin 60 tahun tak dipertikai?” Soal Fauzi.

Bekas Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas juga bersetuju bahawa dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menindas Melayu adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau mendakwa pihak yang menindas kaum Melayu adalah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“Yang menindas adalah Datuk Seri Najib dan kumpulan menterinya.

“Di Johor, siapa yang dapat tanah? Projek pasang papan tanda, siapa dapat? Seorang Melayu pun tak dapat dan jangan haraplah, kena marah pula lagi ada.

“Ahli saya, orang Melayu datang ke majlis perbandaran kena marah, bukan kata nak beri tender kena galah pula lagi. Siapa yang dapat?” Tanya beliau dalam sidang media di Ampang, Selangor, hari ini.
Bahkan, Syed Ali berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti mereka yang mendapat tender kerajaan.

“Kita juga akan senaraikan nama-nama peniaga yang dapat dan malukan mereka, siapa pun mereka dan dari atas hingga akar umbi kita akan namakan mereka,” katanya.

Sebelum ini, Najib yang juga bekas perdana menteri mendakwa Melayu menjadi mangsa penindasan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Malah, Najib yang juga bekas presiden Umno menyifatkan, orang Melayu kini menjadi terbangsat di negara sendiri, sejak parti itu kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke 14 lalu.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) memaklumkan Kongres Ekonomi Bumiputera kali ketujuh akan diadakan pada 25 Ogos ini yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Syed Ali juga berkata YDKP juga akan mengadakan satu majlis makan malam perdana pada 2 September ini bagi meraikan kemenangan Tun Mahathir dalam PRU14.

Kata Syed Ali, pada majlis makan malam itu juga YDKP akan melancarkan Tabung Untuk Negara Malaysia atau TUNM.
Najib tak tolong Melayu - DPMM
Menurut Syed Ali, setakat ini pihaknya telah mengumpulkan sejumlah RM500,000 dalam tabung tersebut dan melalui TUNM pihaknya akan menyalurkan RM125,000 kepada Tabung HARAPAN.

Manakala baki tiga perempat jumlah tabung tersebut akan dibahagi kepada fakir miskin, tabung dana pendidikan dan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, July 19, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: NAJIB TAK TOLONG MELAYU – DPMM

Nasib Husam di awang-awangan
N Faizal Ghazali
Selepas ramai pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) dilantik memegang jawatan dalam kabinet, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib naib presidennya, Husam Musa.

Husam dilihat berperanan besar khususnya di Kelantan, walaupun gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) tewas teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di negeri itu.

Pastinya ramai yang terkesan khususnya di kalangan rakan-rakan parti apabila sehingga hari ini, pengerusi HARAPAN Kelantan itu belum diberi sebarang jawatan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad.

Kini, kepimpinan AMANAH Kelantan di pelbagai peringkat mula menyampaikan mesej bersolidariti dengan Husam.

Penyelaras HARAPAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pihaknya sedar isu itu menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan masyarakat sama ada di media sosial atau di kampung-kampung.

"Ia jelas bahawa isu pelantikan Husam ini sangat diambil berat oleh setiap ahli masyarakat (Kelantan).

"Pada saya, pelantikan Husam merupakan suatu detik yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan.

"Hari ini, dengan rendah diri saya mengajak untuk sama-sama bersolidariti untuk Husam. Semoga Kelantan lebih hebat dan cemerlang," katanya dalam tulisan di Facebook.

Terdahulu, nama Husam dikatakan bakal diangkat sebagai timbalan menteri di salah satu kementerian, namun Malaysiakini difahamkan beliau menolak tawaran tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda AMANAH Pasir Puteh, Mohd Sabri Salleh turut bersolidariti buat Husam.

Malah, beliau memberi ancaman untuk keluar parti sekiranya bekas ADUN Salor itu tidak dilantik ke sebarang jawatan penting.

“Ambo (saya) akan pertimbang keluar daripada AMANAH," katanya di Facebook.

Bagaimanapun bagai Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan, pihaknya yakin dengan kebijaksanaan Dr Mahathir untuk meletakkan Husam di posisi terbaik khususnya buat negeri Kelantan.

"Ramai yang bertanya apa kedudukan Husam selepas PRU14, ramai yang bersedih apabila nama beliau tidak diangkat sebagai senator baru-baru ini.

"Namun, saya yakin beliau seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Husam juga seorang yang tidak mudah berputus asa," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
at 7/19/2018 03:30:00 PTG
KERENGGA: Nasib Husam di awang-awangan

Pemilihan PKR: Pertembungan Rafizi-Azmin jawatan timbalan presiden?
Timbul spekulasi yang mengatakan bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli dijangka bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Sekiranya benar, ia akan menyebabkan pertembungan Rafizi dengan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika dihubungi, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa dia belum membuat keputusan tentang perkara itu.

"Saya belum buat apa-apa keputusan," katanya ringkas.

Spekulasi itu timbul selepas artikel yang disiarkan The Star memetik Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut nama Rafizi ketika membincangkan rancangan masa depannya termasuklah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ditanya sama ada jawatan timbalan perdana menteri akan disandang Mohamed Azmin atau Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar berkata, "Macam mana nama Rafizi tak ada?"

"Boleh petik saya, tapi tolong nyatakan saya katakan ini dalam nada bergurau," katanya sambil ketawa.

Susulan itu, spekulasi mengatakan Anwar lebih cenderung memilih Rafizi sebagai timbalannya dalam PKR.

Penganalisis politik Faisal Hazis berpendapat pertembungan antara Rafizi dan Mohamed Azmin akan memudaratkan PKR.

"Jika kedua-dua mereka bertembung, ia akan melemahkan dan memecah belahkan parti itu," kata Faisal yang merupakan penganalisis di Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Malaysiakini.

Konflik dalaman

Tambah Faisal, pertembungan itu juga akan menjejaskan usaha menyatupadukan parti itu yang sebelum ini sedia terjejas akibat konflik dalaman.

"Anwar perlu menyatukan partinya kerana wujud persepsi PKR adalah titik lemah dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) meskipun mempunyai kerusi paling banyak. Persepsi ini disebabkan konflik dalaman," katanya.

Perselisihan antara penyokong Mohamed Azmin dan Rafizi mendominasi politik PKR sejak 2014 susulan Langkah Kajang.

Langkah Kajang dilihat sebagai pilihan raya kecil yang disusun oleh Rafizi untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor.

Pensabitan Anwar dalam kes liwat dan ketegangan yang dengan pihak istana Selangor akhirnya menyaksikan Mohamed Azmin menjadi menteri besar.

Bagaimanapun, ada kemungkinan pertembungan Rafizi dan Azmin itu tidak terjadi.

Beberapa pihak di dalam PKR dipercayai memberi gambaran agar Mohamed Azmin mencabar Anwar bagi jawatan presiden.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan media semalam berkata PKR perlu bersedia untuk tidak menghalang sesiapa bertanding sebarang jawatan termasuk presiden.

Dalam kenyataan itu, Zuraida turut menyorot kepimpinan Mohamed Azmin ketika menjadi menteri besar Selangor.

Mohamed Azmin sendiri berkata beliau belum membuat keputusan jawatan parti yang akan ditandinginya, sementara setiausaha politiknya Hilman Idham berkata menteri hal ehwal ekonomi itu tidak akan mencabar Anwar.

Pemilihan PKR akan bermula pada penghujung Ogos dan nama calon perlu diserahkan pada 27 Julai hingga 29 Julai.
-malaysiakiniq
at 7/19/2018 05:00:00 PTG
KERENGGA: Pemilihan PKR: Pertembungan Rafizi-Azmin jawatan timbalan presiden?

Warga sekolah gempar, ‘bom’ dilontar ke tingkap bilik kaunseling
Bernama
KOTA BHARU: Cermin tingkap bilik kaunseling sebuah sekolah menengah berhampiran Jalan Pantai Cahaya Bulan rosak selepas dipercayai dilempar bahan letupan dibuat menggunakan mercun bola oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.

Dalam kejadian jam 11.00 pagi itu, bahan letupan itu dilontar dari luar pagar sekolah ke dalam bilik tersebut dan ketika ketika kejadian dipercayai hanya terdapat seorang guru dalam bilik berkenaan namun beliau tidak cedera.

Seorang guru, yang namanya tidak mahu disiarkan, berkata kejadian itu berlaku ketika sesi pembelajaran dan warga sekolah itu digemparkan dengan bunyi letupan kuat tersebut.

Beliau berkata sebaik terdengar letupan itu beberapa guru terus ke lokasi kejadian dan terkejut melihat cermin tingkap bilik itu pecah.

“Turut kelihatan, beberapa serpihan dipercayai mercun bola. Kami tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan itu dan percaya ia dibaling dari luar pagar sekolah yang terletak kira-kira 10 meter dari bilik berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.
at 7/19/2018 05:59:00 PTG
KERENGGA: Warga sekolah gempar, ‘bom’ dilontar ke tingkap bilik kaunseling


19 JULY 2018
Najib nafi arah tulis surat minta bantuan pada CIA

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menulis surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat (AS) bagi memohon sokongan negara itu, menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Bekas perdana menteri juga berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan surat itu dan apa yang dilaporkan berkaitan surat-menyurat yang mencadangkan bertujuan mendapatkan sokongan AS selepas, bukan sebelum pilihan raya.

“Saya terkejut,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

“Saya tidak tahu pun kewujudannya.

"Bukan semua surat kena lalu saya,” katanya.

Baca: JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis

Najib berkata, agensi kerajaan, termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.

“Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya.

“Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya – tetapi selepas pilihan raya,” katanya.

Najib berkata surat itu mungkin dihantar dengan niat memelihara kestabilan kerajaan selepas kerajaan jika terdapat kemenangan tipis.

“Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham,” tambahnya.

Setelah melihat tiga halaman surat bertarikh 4 Mei kepada pengarah CIA ketika itu Gina Haspel, Malaysiakini sebentar tadi melaporkan surat itu meminta dukungan AS terhadap pentadbiran Najib jika BN menang mudah atau hanya menang satu kerusi.

Surat itu menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu memimpin barisan pembangkang, sebagai “anti-Barat”.

Seorang jurucakap pentadbiran Mahathir mengesahkan kesahihan surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Najib menyuarakan rasa kecewa dengan tuduhan Najib khianat pada negara dengan kewujudan surat itu.

“Sedangkan ia dilihat seperti dihantar dengan hasrat baik supaya negara ini tidak jatuh ke kancah sengketa awam atau demonstrasi besar selepas PRU14 jika kerajaan tergantung atau kemenangan tipis berlaku,” katanya.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: Najib nafi arah tulis surat minta bantuan pada CIA

JPM hantar surat pada CIA minta AS sokong Najib
Lima hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menterit yang disebut sebagai unit risikan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel.

Surat tiga halaman yang dilihat Malaysiakini itu menyatakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memenangi pilihan raya dengan hanya undi secukupnya untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, surat itu meminta AS menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan 'majoriti mudah atau hanya satu kerusi'.

"Saya berharap pihak tuan akan dapat melaporkan kepada setiausaha negara mengenai kerumitan mengurus pilihan raya ini oleh Perdana Menteri Najib dan keperluan untuk mendapat dukungan AS bagi kerajaan sekarang walaupun kami memenangi pilihan raya dengan mudah majoriti atau hanya satu kerusi.

"Sebarang petunjuk bahawa kerajaan AS akan terus menyokong Perdana Menteri Najib dan kerajaannya pasti akan memperkuat kestabilan kami dan meningkatkan hubungan mesra sedia ada yang didorong oleh hubungan erat antara kedua pemimpin," katanya.

Jurucakap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kesahihan surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) mendakwa tidak tahu mengenai surat tersebut dan berkata risikan sepatutnya memastikan keselamatan negara dan mengenai bukan pilihan raya.

"Saya tidak fikir risikan harus terbabit dalam usaha memenangi pilihan raya.

"Perisikan tidak sepatutnya melakukan apa-apa dalam pilihan raya. Pilihan raya adalah mengenai kehendak rakyat, pilihan raya adalah mengenai demokrasi,"katanya.

Surat dialamatkan kepada pengarah CIA yang dilantik pada akhir Mei di bawah pentadbiran Donald Trump itu turut menyentuh mengenai Mahathir bekerjasama dengan pembangkang.

"Tuan mesti dimaklumkan dengan baik bahawa Mahathir, pada dasarnya bukanlah seorang tokoh pembaharuan yang dapat meningkatkan kepentingan negara kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan diri sendiri.

"Sementara itu, pembangkang berharap dapat mempergunakan kehebatannya (Mahathir) dalam politik untuk mengalahkan perdana menteri Najib," kata surat yang ditulis oleh ketua pengarah bahagian penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid.

'Mahathir anti-barat, Najib pro-AS'

Surat itu turut menyebut Mahathir yang berusia 93 tahun pada masa lalu merupakan seorang yang "anti-Barat, anti semitik, kuku besi dan mendiamkan kritikan melalui kekerasan, tidak mempedulikan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. "

"Sepanjang tempohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahgunakan untuk agenda politiknya sendiri dan membenarkan beliau memerintah Malaysia selama lebih dua dekad," katanya.

Sebaliknya, surat itu mengatakan sepanjang 9 tahun pentadbiran Najib, beliau menunjukkan rekod yang baik bukan sahaja dasar asing yang progresif tetapi juga menyumbang kepada keselamatan melalui penglibatan aktif dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini .

Walaupun pengkritik termasuk Mahathir menuduh Najib berpaling kepada China, surat tersebut menyatakan bekas perdana menteri itu akan memihak kepada AS.

"Tidak seperti Mahathir, Najib dikenali sebagai sekutu Amerika yang kuat dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.

"Tanpa Najib yang bertanggungjawab ke atas negara ini, Amerika Syarikat akan kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara memandangkan Filipina telah melepaskan diri dari Washington, Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk membuat impak dan Thailand serta Indonesia dibelenggu masalah domestik mereka sendiri.

"Sementara itu, negara-negara Indo-China kecuali Vietnam terlalu cenderung ke arah China, "katanya.

Menurut surat itu, Malaysia juga mengalu-alukan kehadiran AS di rantau ini, terutamanya Laut China Selatan untuk memberi keseimbangan terhadap ketegasan maritim China.

Malaysiakini, Sarawak Report turut disebut

Surat itu juga menyebut Malaysiakini dan Sarawak Report dengan mendakwa pembangkang menyebarkan cerita negatif mengenai dasar politik dan sosio-ekonomi melalui portal berkenaan.

"Terdahulu, mereka (pembangkang) telah menubuhkan NGO seperti BERSIH Global untuk menganjurkan pemberontakan seperti Arab-Spring di Malaysia.

"Pada tahun 2016, harapan pembangkang untuk menjadi kerajaan kelihatan agak menjanjikan kerana Mahathir menyertai mereka.

"Ironinya, selama 20 tahun gerakan 'reformasi' oleh Anwar Ibrahim adalah untuk menentang dan melawan kezaliman Mahathir," tambahnya.

Saifuddin, dalam temu bualnya dengan Malaysiakini, berkata kerajaan sekarang mempunyai pandangan berbeza mengenai soal risikan.

"Sekiranya kita mempunyai unit perisikan atau jabatan, yang bukan perkara luar biasa bagi mana-mana kerajaan, risikan mestilah mengenai memastikan keselamatan negara dan rakyatnya dan bukan mengenai politik," katanya.

Menteri itu juga mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengkaji semula peranan anggota Cawangan Khas Polis dalam memantau ahli-ahli politik.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak (Menteri Dalam Negeri) (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tetapi saya percaya beliau melihat aspek ini di mana urusan utama pasukan polis adalah mengenai keselamatan dan bukan untuk memastikan pihak tertentu memenangi pilihan raya atau sesuatu seperti itu," tambahnya.
at 7/19/2018 07:00:00 PTG
KERENGGA: JPM hantar surat pada CIA minta AS sokong Najib

Esok bakal catat sejarah untuk demokrasi di Kuala Lumpur
MALAYSIA DATELINE

Esok Jumaat 20 Julai 2018 bakal mencatat sejarah demokrasi di Kuala Lumpur apabila kesemua ahli parlimennya mendapat pengiktirafan selepas dilibatkan secara rasmi dalam mentadbir ibu kota itu.

Kesebelasan ahli parlimen di Kuala Lumpur akan menyertai mesyuarat pertama Majlis Menteri yang bakal diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia adalah inisiatif Menteri Wilayah Khalid Samad yang mahu memberikan hak kepada wakil yang dipilih oleh pengundi ibukota untuk turut terlibat dalam mentabir bandaraya itu.

Mesyuarat esok akan dipengerusikan oleh Khalid dengan disertai sama oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan para empat pengarah eksekutifnya dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah dan pegawai kanannya.

Melalui inisiatif ini, majlis ini akan berperanan untuk menasihat Menteri Wilayah bagi menggunakan kuasanya selaku menteri.

“Kita mahu memberikan hak demokrasi yang lebih baik kepada penduduk bandaraya apabila wakil yang mereka pilih melalui pilihan raya boleh berperanan dalam mentadbir bandaraya,” kata Khalid dalam satu sidang media sebelum ini.

Sejak sekian lama, para wakil rakyat yang menang di Kuala Lumpur, khasnya dari DAP dan PKR tidak pernah mendapat tempat dalam mentadbir bandaraya.

Dalam PRU 14 lalu, kesemua 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur di menangi oleh Pakatan Harapan.
at 7/19/2018 11:04:00 PTG
KERENGGA: Esok bakal catat sejarah untuk demokrasi di Kuala Lumpur

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
BN memang tepati janji, tengok ni
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap pemimpin Pakatan Harapan sebagai munafik apabila mengemukakan pelbagai helah dan alasan apabila gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu.

Jom tengok video ni pulak .. yang ni munafik ke tak? penggal dah habis pun. Ni kira macam mana Zahid Hamidi?

Top 5 Janji Tidak Ditepati Najib & Kerajaan!

Diterbitkan pada 8 Feb 2018
Apakah yang perlu kita lakukan dengan orang yang selalu tak tepati janji? Boleh tak kalau kita gantung je jawatan mereka? Jadi tak perlu untuk kami buat video-video janji pelesu mereka ni, memalukan betul.

Apabila rakyat, katanya, sudah memberikan harapan terhadap janji-janji yang ditaburkan dan ia tidak dapat dilaksanakan, merupakan satu penipuan kepada rakyat.

“Aku janji dalam manifesto tetap aku janji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto ataupun janji ini bukan kitab suci. Tak boleh buat, tak boleh buatlah...jangan nak memesongkan dan cari alasan.

“Apakah ciri-ciri orang munafik? Apabila berjanji tidak ditepati...bila bercakap, bohong. Kalau tahu tidak boleh laksanakan, jangan berjanji. Ini menipu rakyat, rakyat percaya dan meletakkan harapan akhirnya tidak dapat melakukannya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ka Siong di dalam pencelahannya memohon penjelasan daripada Zahid mengenai implikasi Pakatan Harapan tidak melaksanakan janji-janji manifesto setelah rakyat mempercayai janji-janji tersebut dan memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/tidak-tunai-manifesto-perbuatan-munafik-1.712120
BN memang tepati janji, tengok ni ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Thursday, 19 July 2018
PENGUNDI PAS UNDI DACING?

Melalui khabar yang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, Pas dilaporkan setuju untuk tidak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Sungai Kandis yang ditetapkan 4 Ogos depan.

Persetujuan itu dengan maksud untuk memberi laluan kepada UMNO untuk berhadapan satu lawan satu dengan PKR dalam pilihanraya tersebut.

Perkara itu kemudian disahkan oleh Pas Selangor yang menyatakan pertembungan satu lawan satu antara BN dengan PH akan memberi peluang yang lebih baik kepada pembangkang.

Jarang benar Pas berpendirian tidak meletakkan calon sebagaimana pendiriannya di Sungai Kandis kali ini. 
Ketika Pas sama-sama sebagai pembangkang dengan Pakatan Harapan sebelum ini, seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar misalnya, parti tetap berkeras untuk meletakkan calon atas keyakinan mereka adalah parti Islam yang banyak sokongan, lebih berpeluang mencapai kemenangan, selain dakwaan memperjuangkan kebenaran serta berkewajipan menyertai pilihanraya sebagai satu cara untuk berdakwah dan berjihad.

Pas juga selama ini tidak kisah dengan pertandingan tiga penjuru atau empat penjuru sekali pun, malah mengatakan kemenangan di akhirat jauh lebih penting berbanding kejayaan di dunia.

Tetapi, sejak Pas dan UMNO sama-sama bergelar pembangkang sekarang ini, perubahan sikap dan pendirian Pas nampak begitu ketara sekali.

Mereka kini setuju tidak bertanding semata-mata untuk memberi laluan kepada UMNO berhadapan satu lawan satu dengan calon PH daripada PKR.
Makanya, dalam kempen pilihanraya nanti, apakah Pas akan turut berkempen untuk UMNO?

Apakah buat pertama kalinya juga kita akan menyaksikan Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pemimpin Pas duduk sepentas dengan Zahid Hamidi dan Annuar Musa?

Bagaimana pula dengan ahli dan penyokong Pas di Sungai Kandis?

Sediakah mereka memangkah dacing kali ini? (ShahbudinHusin 19/07/2018)
Shahbudin dot com: PENGUNDI PAS UNDI DACING?

Ha ha ha mudah sangat TPM DS Wan Azizah tibai lebai PAS kat Parlimen
at 7/20/2018 03:37:00 PG
KERENGGA: Ha ha ha mudah sangat TPM DS Wan Azizah tibai lebai PAS kat Parlimen

Friday, July 20, 2018
Pengetua Maahad Tahfiz calon PKR Sungai Kandis

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim mengumumkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis malam tadi..
Pengetua Maahad Tahfiz calon PKR Sungai Kandis
Nama Mohd Zawawi,48, diumumkan Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran Jentera PKR Pilihan Raya Kecil N49 Dun Sungai Kandis, di Padang Rakyat Jalan Kebun, Shah Alam, malam tadi, di hadapan penyokong dan ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Mohd Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005, sudah terbabit dengan politik sejak zaman Reformasi lagi.

Beliau menjadi ahli PKR secara rasmi pada 2012 selain terbabit dengan banyak siri program ceramah dan latihan ahli serta pemimpin PKR di Cabang Kota Raja serta Ranting Jalan Kebun.

Mohd Zawawi juga adalah Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR Pusat.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ke-3 berturut-turut dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan 4 penjuru.
sumber m.Dateline

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, July 20, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PENGETUA SEKOLAH AGAMA CALON PKR

BISNES»Korporat
Khamis, 19 Julai 2018 | 8:35pm
AirAsia muktamadkan pembelian 100 Airbus A330neo bernilai AS$30 bilion
Oleh Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Indonesia Sulistyo Nugroho Hanung (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Thailand Nadda Buranasiri (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail (dua dari kanan) Dendy Kurniawan (kanan) ketika bercakap semasa sidang akhbar di Sepang, Kuala Lumpur. - Foto AFP
SEPANG: AirAsia Bhd hari ini mengesahkan pembelian 100 unit pesawat Airbus A330neo bernilai AS$30 bilion untuk AirAsia X.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata keputusan itu dimuktamadkan selepas pihaknya membuat analisis selama dua tahun untuk memilih pesawat paling sesuai dalam proses penambahan pesawat AirAsia X.

"Sebelum ini kita melakukan rundingan bersama Airbus dan Boeing untuk menentukan pemilihan pesawat paling sesuai.

"AirAsia X akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia menggunakan A330neo dengan penghantaran pesawat itu dijangka bermula antara penghujung suku ketiga dan suku keempat 2019.

"Pesawat A330neo akan dikendalikan oleh AirAsia X di Malaysia, Thailand dan Indonesia," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, CEO Kumpulan AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan; CEO AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail; CEO AirAsia X Thailand, Nadda Buranasiri dan CEO AirAsia X Indonesia, Kapten Sulistyo Nugroho Hanung.

Tony berkata, perjanjian pembelian itu ditandatangani oleh Pengasas Bersama AirAsia dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz di International Farnborough Airshow di London minggu ini.

Pesawat A330neo adalah versi terbaharu model A330. Ia menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 7000 generasi baharu dan bahan komposit yang lebih ringan.

Tony berkata, menerusi gabungan elemen itu, ia menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 25 peratus berbanding pesawat generasi lama yang mempunyai saiz sama.

Katanya, pembelian pesawat itu juga adalah untuk penerbangan jarak jauh ke Eropah termasuk Prague, Vienna dan Sweden.

"Penumpang juga boleh menjangkakan tahap keselesaan tinggi ketika menaiki A330neo menerusi ciri-ciri yang ditawarkan.

"Pesawat ini juga mempunyai kemampuan penerbangan tanpa henti ke Eropah, termasuk dari Kuala Lumpur ke London.

"Ia membolehkan AirAsia X meluaskan model penerbangan jarak jauhnya dengan kos operasi lebih rendah serta membolehkan penumpangnya menaiki penerbangan lebih jauh dengan bayaran lebih kompetetif," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/451318/airasia-muktamadkan-pembelian-100-airbus-a330neo-bernilai-as30-bilion

BERITA»Kes
Khamis, 19 Julai 2018 | 6:42pm
SPRM keluar 2 waran tangkap
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadap dua bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dua waran tangkap yang dikeluarkan atas nama Jasmine Loo Ai Swan dan Casey Tang Keng Chee itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi hari ini.

"Ya, dua waran itu dikeluarkan terhadap kedua-dua mereka," katanya ringkas.

Difahamkan, Jasmine Loo dan Casey Tang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Kedua-duanya tidak pernah dituduh atas sebarang salah laku, namun tidak dinyatakan waran tangkap dikeluarkan atas kesalahan apa.

Pada Jun lalu, Jasmine Loo dan Casey Tang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC).

Turut dipanggil memberi keterangan adalah bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan Eric Tan Kim Loong.

Menerusi laporan sebuah portal berita antarabangsa, sebelum ini, pihak berkuasa Singapura turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan Eric Tan sejak 2016 dan juga ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kedua-duanya terpalit skandal puluhan bilion ringgit yang turut disiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Menurut laporan itu, Jasmine Loo yang melanjutkan pendidikan dalam bidang perundangan di United Kingdom (UK) juga adalah pegawai seranta antara 1MDB dan syarikat kewangan antarabangsa, Goldman Sachs Group Inc.

Jasmine Loo dikatakan membantu mendapatkan bantuan kewangan AS$6.5 bilion (RM26.4 bilion) daripada Goldman Sachs dan sebagai balasan, dia dikatakan menerima AS$5 juta (RM20 juta)

"Casey Tang pula terbabit dalam 1MDB ketika ia syarikat itu lebih dikenali sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA) sehingga tahun 2011, namun tidak dipastikan bila Casey Tang meninggalkan syarikat itu.

"Bank Negara Malaysia (BNM) memanggil kedua-duanya untuk dirakam keterangan sejak 2015, namun mereka tidak pernah datang memberi kenyataan," lapor portal itu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/451266/sprm-keluar-2-waran-tangkap

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 12:09am
Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof cnew@nstp.com.my
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR : Wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan sebanyak 63.4 peratus atau kenaikan sebanyak 910 kes untuk tempoh seminggu iaitu 1,436 kes (minggu ke 27) berbanding 2,346 kes (minggu ke 28).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada minggu ke 29, sebanyak 722 kes dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah keluruhan daripada minggu pertama hingga kini ialah 33,425 kes.

"Kecuali Sabah dan Sarawak, untuk tempoh sama, kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding 2017. Ia didapati meningkat sejak Mac 2018, namun tiada laporan kematian direkodkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lalu, sebanyak 18 premis ditutup membabtikan enam taska dan 12 buah tadika serta pra-sekolah.

Jumlah premis yang ditutup sehingga kini adalah 419 iaitu 198 taska, 197 tadika dan prasekolah serta 23 sekolah.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun kes HFMD didapati meningkat tetapi ia masih dalam keadaan terkawal dan terus dipantau.

Katanya, orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska, tadika atau pra-sekolah serta pihak sekolah terbabit diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk tidak membawa anak dijangkiti ke tempat awam.

"Kerjasama semua pihak dan agensi berkaitan adalah amat diharapkan agar dapat kita bersama-sama menangani situasi ini," katanya.

Beliau berkata, selain daripada promosi kesihatan mengenai kebersihan diri, pengasingan kes dan saringan kanak-kanak sebelum menghadiri sesi di taska, tadika, pra-sekolah dan sekolah, penutupan premis yang mengalami wabak HFMD juga dilakukan.

"Penutupan akan dilakukan selama 10 hari bagi memastikan rantaian jangkitan diputuskan dan pembersihan premis dilaksanakan," katanya.

Wabak tangan, kaki dan mulut didefinisikan sebagai dua atau lebih kes dalam satu lokaliti pada satu tempoh inkubasi yang sama.

Untuk sekolah, lazimnya hanya kelas yang terbabit sahaja yang akan ditutup.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Antara gejala ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.

INFO :

Langkah Pencegahan Wabak HFMD

* Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

* Bawalah anak ke kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

* Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

* Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

* Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

* Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451395/wabak-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-meningkat

BERITA»Nasional
Khamis, 19 Julai 2018 | 6:32pm
'Road To Nationhood' papar 2 sejarah penting negara
Oleh Syalikha Sazili dan Amira Eizan Azman cnews@nstp.com.my
Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (empat kiri) dengan Penerbit Eksekutif Rak Fokus Filem, Ahmad Yazid Ahmad Puad (tiga kanan) mengambil gambar kumpulan selepas menandatangani MOU antara The New Straits Times Press dan Rack Focus Film Sdn Bhd untuk dokumentari siri "Jalan ke Nationhood: Season 3" diiringi oleh Ketua Pegawai Komersil NSTP, Alfian Abu Talib (tiga kiri) dan Filem Rak Producer Rack, Robin Nevis (dua kanan). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
KUALA LUMPUR: Dokumentari Road To Nationhood musim ketiga terbitan Rack Focus Films (Rack Focus) dengan kerjasama Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) membawa kelainan dengan paparan dua sejarah penting negara.

Diarahkan Ahmad Yazid Ahmad Puad, dokumentari kali ini mengkisahkan sejarah pembentukan Sarawak dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang akan disiarkan di Saluran Astro serta The History Channel Asia.

Beliau berkata pembikinan dokumentari itu adalah kesinambungan dokumentari terdahulu yang bertujuan memberi pemahaman mendalam kepada masyarakat mengenai sejarah tanah air.

"Maklum balas penonton bagi dokumentari yang pertama dan kedua cukup memberangsangkan sehingga mereka tertunggu-tunggu untuk menonton yang seterusnya.

"Justeru, pada musim ketiga, saya memilih sejarah pembentukan Sarawak dan cerita di sebalik Konfrontasi Indonesia-Malaysia, yang saya lihat sebuah kisah yang cukup istimewa.

"Ini juga tahun ketiga kami bekerjasama dengan NSTP, menunjukkan kepercayaan Rack Focus terhadap syarikat ini dan kami berbesar hati untuk berkongsi sejarah menerusi koleksi simpanan Pusat Sumber NSTP," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama NSTP yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Turut hadir, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib; Pengurus Besar, Perniagaan Digital dan Pembangunan NSTP, Azizi Othman serta Penerbit Rack Focus, Robin Nevis.

Abdul Jalil berkata program dokumentari itu juga adalah sebahagian daripada usaha syarikat menjana pendapatan menerusi pihak ketiga yang berminat dengan koleksi arkib NSTP.

"Koleksi arkib NSTP mengandungi beribu-ribu gambar dan berjuta artikel bersejarah. Justeru, kerjasama ini adalah sesuatu langkah dan peluang baik bagi NSTP untuk dijadikan bahan arkib sebagai terbitan untuk dokumentari," katanya.

Road To Nationhood musim ketiga ini adalah slot tiga jam dan akan disiarkan di pada 31 Ogos depan serta Hari Malaysia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451260/road-nationhood-papar-2-sejarah-penting-negara

BISNES»Korporat
Khamis, 19 Oktober 2017 | 2:21pm
AirAsia terima AS$172 juta bagi pindahan 17 pesawat dan aset
KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) menerima hasil kasar AS$172 juta untuk pemindahan 17 pesawat serta aset di bawah perjanjian bagi cadangan penjualan operasi pajakan pesawatnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AAGB, berkata pihaknya kini menepati jadual penjualan berperingkat yang dirancang bagi baki 54 pesawat lagi dan 14 enjin pesawat.

AAGB berkata setakat ini, jumlah terkumpul pesawat yang telah dipindahkan adalah 30 dan syarikat telah menerima hasil kasar berjumlah AS$355 juta.

Pada 1 Mac, unit AAGB, AirAsia Bhd, mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Asia Aviation Capital Ltd, menandatangani perjanjian untuk menjual operasi pajakan pesawatnya kepada entiti yang diuruskan oleh BBAM Limited Partnership pada AS$1.18 bilion.
-- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/10/339410/airasia-terima-as172-juta-bagi-pindahan-17-pesawat-dan-aset

Royalti minyak: Terima kasih Tun M
MyMetroMutakhir
Oleh Wan Faizal Ismayatimwfaizal@nstp.com.my
KERAJAAN Sabah mengalu-alukan pengumuman kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.

Sambil merakamkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia menunjukkan Perdana Menteri mengambil berat mengenai hak-hak Sabah dan pengumuman itu adalah berita gembira untuk rakyat Sabah.
“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kami sangat bersyukur. Ini berita baik untuk Sabah dan ia adalah janji yang dipenuhi dalam tempoh 100 hari (kerajaan Pakatan Harapan),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan akan memenuhi janji menyalurkan royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Pakatan Harapan (PH), dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji untuk meningkatkan royalti bagi semua negeri pengeluar petroleum kepada 20 peratus, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak menerima royalti petroleum lima peratus. Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), menegaskan tuntutan 20 royalti minyak adalah sebahagian manifesto parti itu dan janji pilihan raya dibuat bersama dengan rakan PH.

“Ini adalah gambaran jelas bahawa kerajaan baharu di Malaysia dan Sabah serius dalam memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

“Kerajaan yang dipimpin oleh WARISAN akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan lebih banyak autonomi untuk Sabah, sejajar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan hasil tambahan dapat digunakan untuk faedah rakyat Sabah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 9:24 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359573/royalti-minyak-terima-kasih-tun-m

....

Tiada ulasan: