Ahad, 8 Julai 2018

Durian Burung di daerah Padang Terap, Kedah., pintu masuk ke Thailand. 7848.


laporan khas
ARKIB : 10/05/2014
Durian Burung pintu masuk ke Thailand

BERBANDING Bukit Kayu Hitam, pekan sempadan Malaysia Thailand di Durian Burung di daerah Padang Terap, Kedah tidaklah begitu popular.

Selain baru dibuka pada 2010, pekan di sebelah Thailand yang berdekatan dengan Durian Burung iaitu Yala tidak sepopular Dannok yang terletak bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam.

Namun di Durian Burung itu tersimpan cerita yang memperlihatkan betapa para pahlawan negeri Kedah mempunyai rasa cinta terhadap saudara seagama serta bangsa serumpun biarpun ditekan untuk berperang sesama sendiri.

Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, tercatat dalam Syair Sultan Maulana yang ditulis pada 1812 mengatakan bala tentera Kedah yang dipaksa Siam untuk menggempur masyarakat Pattani berhenti di situ untuk melengah-lengahkan masa kerana tidak mahu bertempur dengan masyarakat Pattani yang beragama Islam, serumpun dan seketurunan.

“Sultan Ahmad Tajiddin Halim Shah II lalu menghantar bala tentera baginda untuk membantu dan mereka mengambil masa enam hari untuk tiba di Durian Burung sebelum mencari helah melambat-lambatkan perjalanan supaya tidak perlu berperang dengan Pattani," katanya.

Katanya, tentera berkenaan berhenti di tempat ‘Segenting Batu Pengasah’ dan duduk di situ beberapa lama tanpa melakukan apa-apa selain menghiburkan diri dengan bermain menora.

“Akhirnya hanya askar Siam yang bertempur. Siam tidak marah kerana mereka tahu bala tentera Kedah sudah bergerak untuk membantu tetapi tidak sampai ke destinasi," ujarnya,

Jelasnya, berdasarkan penyelidikan Persatuan Sejarah Negeri Kedah, masih terdapat kesan di tempat tentera itu ‘bersembunyi’ iaitu batu pengasah senjata.

“Sayangnya kami belum sampai ke situ kerana tempat itu dikawal tentera Malaysia. Kami sedang berusaha mendapatkan kebenaran untuk ke situ bagi melihat batu tersebut," katanya.

Ditanya siapa yang menulis syair berkenaan, Wan Shamsudin memberitahu adalah menjadi kebiasaan pada zaman dahulu, para pencatat manuskrip tidak mencatat nama mereka di situ.

“Namun dipercayai penulis syair ini merupakan salah seorang tentera terbabit," katanya.

Sementara itu apabila ditanya mengenai sempadan di Bukit Kayu Hitam, beliau memberitahu kawasan itu hanya popular sebagai laluan masuk ke negara jiran pada sekitar tahun 1970-an.

“Dahulu kalau masuk ke Siam, perlu melalui Padang Besar yang nama lamanya Padang Jangam. Sehinggalah pada 1960-an, kawan saya memberitahu beliau ke Hatyai melalui Padang Besar sebelum kembali turun ke Sadao di selatan Thailand.

“Dahulu juga, segala urusan akan berakhir di Changloon termasuk urusan mengecop passport sementara di Dannok juga tidaklah mempunyai begitu ramai penduduk. Hanya tiga atau empat buah kedai saja di sesebuah kawasan," ujarnya.

Edit Sumber:
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140510/lk_06/Durian-Burung-pintu-masuk-ke-Thailand © Utusan Melayu (M) Bhd

BACA JUGA: 
http://www.ukm.my/jebat/images/upload/J.%20Chandran%201.pdf

Sempadan Lama Semenanjung Tanah Melayu dengan Siam. 
sempadan lama semenanjung tanah melayu dengan siam - Carian Google

FRIDAY, APRIL 16, 2010

Dan Malayu: 

Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam

Tidak ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong (Rundung), Thailand, terdapat sebuah Batu Tanda yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman silam. 

Batu Tanda tersebut (sebagaimana gambar di atas) dinamakan sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu. 

Ia merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan bahagian barat Segenting Kera, iaitu kira-kira 45 kilometer sahaja. 

Soalannya, bagaimanakah tanda sempadan Melayu ini boleh didirikan ratusan kilometer daripada wilayah sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini?

Jawapannya boleh dirujuk kepada maklumat sejarah di zaman silam. 

Jika dirujuk kepada sejarah, wilayah Segenting Kera merupakan sebuah kawasan yang amat penting kerana menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah Kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya (Sri Wijaya sebenarnya berasal dari tanah Semenanjung, akan diterangkan dalam penulisan yang akan datang). 

Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari Yunnan, China, secara berterusan iaitu sejak dari era Kerajaan Sukothai, Ayutthaya, hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini.

Pencerobohan pertama pendatang T’ai terhadap Segenting Kera bermula pada kurun ke-13 dan 14 dimana gerakan ketenteraan Bangsa T’ai ini telah bertembung dengan tentangan daripada beberapa buah negeri Melayu pasca-Sri Wijaya, termasuklah Grahi (Kra), Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Tammarat), dan Cahaya (Ch’aiya). Pertempuran demi pertempuran telah dicatatkan dalam “Yuan-Shih”, sejarah rasmi bagi Dinasti Yuan di China. 

Yuan-Shih telah mencatatkan dalam Titah Diraja (Imperial Decree) pada tahun 1295 yang mengarahkan gencatan senjata antara Hsien (Siam) dengan Ma-li-yu-erh (Melayu). 

Bagi mengecam orang T’ai, titah tersebut menyatakan “Memandangkan kamu Hsien telah menimbulkan peperangan dengan Ma-li-yu-erh selama ini, kini kamu mesti mematuhi titah ini dan berjanji tidak akan mengganggu Ma-li-yu-erh lagi” 

Hsien (Siam) telah diharamkan daripada memasuki sempadan alam Melayu yang ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan pada garisan Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok pada masa sekarang.
Kejatuhan Kerajaan Sukothai dan digantikan dengan Kerajaan Ayutthaya terus membawa bencana apabila dasar perluasan kuasa terhadap Segenting Kra diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya. 

Antara Raja-raja Ayutthaya yang agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra ialah Ramadhiraja, Naresuan, Maha Chakrapat, Prasat Thong, Narai dan Petra Raja. 

Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68). 

Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong. 

Ketika inilah Meriam Terbesar di Nusantara iaitu Sri Negara, Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam.

Akhirnya, kejatuhan Kerajaan Ayutthaya dan naiknya Raja Thaksin dan diikuti oleh Dinasti Chakri membawa petaka yang paling besar apabila satu demi satu negeri-negeri Melayu di Segenting Kera jatuh ke tangan Siam. 

Negeri terakhir yang jatuh ke tangan Siam adalah Patani yang dianggap sebagai kejayaan yang maha gemilang berdasarkan kepada tentangan hebat yang diterima oleh pihak Siam daripada negeri tersebut selama ini. 

Pertembungan antara Melayu dengan Siam berakhir pada tahun 1909 menerusi perjanjian berat sebelah yang hanya melibatkan pihak British dan Siam menerusi Anglo-Siamese Treaty yang membahagi-bahagikan semananjung Tanah Melayu sesuka hati mereka seumpama memotong-motong kek harijadi. 

Masyarakat Melayu-Patani di selatan daerah Legeh dan Reman bernasib baik apabila wilayah mereka dimasukkan sebagai sebahagian daripada Negeri Perak dan kini dikenali sebagai daerah Hulu Perak. 

Namun, malang bagi nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerah Tabal (Tak Bai) apabila mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat, Thailand.

Semenanjung Tanah Melayu terus mengecut apabila pada tahun 1965, akibat daripada kesilapan sendiri, pulau Singapura diserahkan untuk diperintah oleh puak Ultra-Kiasu menerusi pemerintahan Republik yang bersifat autokratik sehingga ke hari ini. 

Justeru itu, jika para pembaca ada melalui sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini menerusi Bukit Kayu Hitam ataupun Sungai Golok, ingatlah sesungguhnya sempadan wilayah milik kita sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa dahulu.


Untuk makluman lain, sila rujuk juga artikel lama http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-semenanjung-melaka.html

Rujukan :
1) Kijang Mas Perkasa “Patani : Behind the Accidental Border”
2) Abdul Razak Mahmud (2005) “Ikhtisar Sejarah Kelantan” Pustaka Aman Press

Ulasan-ulasan. 
Lihat gambar Batu Peringatan .Kra Isthmus Segenting Kra...Teringat....masa tu saya ada sekali gambar tu penulis dari majalah pengasuh kelantan kalau tak salah ..kalau tak salah ..kami menyertai rombongan anjuran persatuan sejarah kedah dalam misi "Den Melayu"..bersama Pak Wan (Dato Wan Samsudin)..teringat ketika kemuncak Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II merupakan Sultan yang memerintah negeri Kedah,pada tahun 1710 hingga 1778[1].....Empayar Kedah ketika itu meliputi Segenting Kra hingga ke Pulau Pangkor ,Perak ...dari Pulau Sembilan(Ko Samilan). Tanah Seri(Tenasserim)turun hingga ke Rundung(Ranong) Salang, Bukit(Phuket),Punggah(Phangnga),Ghraibi(Krabi),Trang,Setoi(Satun),Perlis,Kedah,P.Pinang/S.Perai,Perak Persisiran Krian-Taiping,Pantai Remis,P.Pangkor dan Pulau Sembilan.....indah ya..menariknya Sultan Muhammad Jiwa sendiri sentiasa dibimbing dan dinasihati ulama sejak sebelum jadi Sultan lagi....hingga baginda ini merantau mencari Ilmu ke Sumatera,India..hingga gurunya sendiri tak tahu bahawa beliau adalah putera Raja.....


Terima kasih kepada anon-anon yang memberikan pandangan.

untuk Tuan Dahalan Fazil, ya, gambar di atas adalah koleksi Encik Abdul Razak Mahmud. Saya ambil dari buku beliau. Dan sememangnya wilayah negeri Kedah pada masa silam meliputi pantai barat segenting Kra pada hari ini.

Untuk Dr. Srikandi, terima kasih atas maklumbalas. Tak sabar saya nak tunggu artikel terkini dari Dr. Untuk kumpulan yang masih nak menegakkan benang basah tentang apa yang didakwa 'sejarah realiti' tu, terpulanglah. Ni masalah orang yang ada krisis identiti. Terlalu fanatik dengan Siam, sebab tu mereka sampai sekarang tak nak guna nama-nama Melayu bagi tempat di Segenting Kra. Sebab pada mereka, nama-nama tempat kat semenanjung Tanah Melayu berasal dari perkataan Siam. Sedangkan realitinya, nama-nama tu adalah sebaliknya, perkataan Melayu yang di'Siam'kan...

Itu baru dari segi nama tempat. Selagi mereka tak keluar dari fantasi ciptaan sendiri, selagi itulah realiti yang mereka cari takkan sampai bila2 pun temui...

Salam hormat,


mmm....boleh tuan penulis blog terangkan kenapa Maharaja China menitahkan 'Imperial Decree' bagi melaksanakan gencatan senjata antara Melayu dan Thai..mesti ada kaitan yg perlu diterangkan....itu saja...baru nak mengenal sejarah Melayu yang hilang....sekian

Assalamualaikum saudara Zan,

Untuk lebih tepat, sebenarnya bukan Maharaja Cina, tetapi Monggol yang menguasai tanah besar China ketika itu.

Pada masa tersebut, empayar Monggol termasuk Dinasti Yuan sangat berpengaruh dan memiliki wilayah yang amat luas.

Ringkasnya, bayangkan seperti kuasa Amerika pada hari ini yang keputusannya boleh mempengaruhi negara lain untuk mematuhinya.

Salam hormat.
W'salam anon 12:01,

memang pelik apabila tiba2 nama Melayu itu seolah2 menjadi terlalu hina pada pandangan puak2 sejarah fantasi Siam-Ayutthaya ini. Pada mereka, Melayu ini adalah ciptaan Inggeris. Kesultanan Melayu Melaka yang beragama Islam tiba2 dipandang sebagai pesalah sementara Siam-Ayutthaya yang beragama Buddha yang tak henti2 menyerang orang2 Melayu sehingga kini diangkat pula sebagai wira.

Apakah ini sebahagian daripada mainan 'Hidden-Hand' yang ingin mengelirukan umat Islam di rantau Nusantara terutamanya Melayu yang amat kuat dengan Islam? Tidak mustahil selepas ini, mungkin Kerajaan Byzantin pula dikatakan Islam sementara Kesultanan Turki Uthmaniyyah pula sekadar Raja Daerah yang bersekongkol dengan penjajah? Apa sebenarnya motif mereka ini? sama2 kita renungkan...
Nampaknya saya memang keturunan Melayu Semenanjung sebab bapa saya berasal dari Baling, Kedah dimana loghat Baling berbeza dengan loghat Kedah biasa yang lain kerana ia hampir menyerupai loghat Kelantan dan Pattani.

Arwah datuk saya menurunkan cerita secara lisan kepada saya mengenai keturunan kami adalah keturunan hulubalang Kedah iaitu 'Mekong' Abdul Rahman Misai Baik. 'Mekong' bermaksud ketua dalam Bahasa Siam (perkataan 'Mekong' itu betul atau tidak saya kurang pasti). Arwah datuk saya menceritakan bahawa Abdul Rahman Misai Baik seorang hulubalang yang kebal tetapi akhirnya syahid akibat ditembak peluru berantai emas oleh pihak tentera Siam (wallahualam). Kejadian ini mengingatkan saya kepada kisah dalam buku 'Musuh Bisik' iaitu kisah perang Siam dan Kedah.

Saya ada cuba mencari siapakah Abdul Rahman Misai Baik ini tapi masih belum jumpa dari mana - mana sumber walaubagaimanapun saya menganggap ia sebagai info sejarah untuk dijadikan iktibar menunjukkan bahawa orang Melayu berhempas pulas menentang penjajahan tak kira siapa pun yang ingin merampas tanahair kita.
Salam Tuan Ibnu Rusydi,
sebagai anak jati kedah saya terpanggil untuk beri sedikit nukilan dimana saya berterima kasih dengan artikel2 ini. Saya juga dalam rangka kerja mencatat kisah perang Musuh Bisik dan Perang Fisabilillah di kedah menentang Siam.Mungkin saudara boleh bantu jika terdapat info2 berkaitan. Scop saya adalah mencari susurgalur pahlawan2 yg ada disebutkan terlibat dalam perang tersebut. Kemudian buat cross cheking dgn universiti, buku rujukan dll untuk melihat keserasian.

Berkenaan dakwaan melayu kedah rata2 siam ni saya nak sangkal habis-habisan la sebab siam di kedah selalunya banyak dijumpai di kawasan2 sempadan Thai-Selatan Thai sekarang. Di sebelah tengah etniknya kebanyakan melayu nusantara campuran, saya berdarah Minang, Arab & Siam disebelah Ayah serta sebelah Ibu Melayu kedah. Saya ada sahabat berketurunan SIAM Islam dan mereka berkata mereka bukan melayu...mereka SIAM walaupon mereka Islam. Jadi jika dikatan melayu ini dulunya siam saya sangkal 100%. Tetapi dlm blog tersebut ada kisah2 yang perlu kita rungkai dan kaji kerana ada point2 yg jelas dan logik.

Orang tua-tua dulunya sebut SIAM perut hijau, semua depa bunuh tak kira pompuan ka budak2 ka. Jadi terfikir kenapa mereka tak kata Thai or Khmer or whatever istilah bangsa yg serang kedah walhal dizaman itu bukannya kolot dan bodoh2 belaka orang melayu ni. Kita ambil yang baik dan kaji serta buang setiap prasangka untuk jernihkan hati sendiri. wallahualam

Sumber:
IBNU RUSYDI: Dan Malayu : Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam

Sempadan asal Tanah Melayu.

Batu sempadan di Tanah Melayu di Ranong (Rundung) Thailand...
Batu sempadan di Tanah Melayu di Ranong (Rundung) Thailand...
Sempadan Semenanjung Tanah Melayu adalah jauh lebih luas sebelumnya... meliputi daripada pulau Singapura di bahagian selatan hinggalah ke utara di segenting Kra yang di bawah wilayah Negara Thai dan Myanmar pada hari ini...

Dahulunya... semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar... Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Kedah... 

Penduduk Melayu di kawasanini bukanlah pendatang,... sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman... yakni warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka... 

Anglo-Siamese Treaty, 1909... yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian... 

Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan... Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani... Singgora... Setul hinggalah ke segenting Kra... telah di ilhakkan @rampas (annex) olih British dan diberi hak kepada Thai...

Ketika era pemerintahan Phibun Songkram... Perdana Menteri Thai pada tahun 1938... dia telah menukar nama Negara Siam kepada Prathet Thai/Thailand... Secara umumnya... Thailand bermaksud “Negara Bagi Orang-orang Bebas”... tetapi secara metaforiknya... ia bermaksud “Tanah Orang-orang Thai”... Phibun Songkram memerintah secara kuku besi dan berhasrat menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya Kaum T’ai dan agama Buddha Theravada... Kaum-kaum minoriti termasuklah Melayu telah dipaksa untuk “menjadi Thai” melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom...

Selain daripada itu... nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai... 

Di bawah ini di senaraikan  nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan bersama serta generasi akan datang khasnya...

Phuket... asal dari "Bukit... Nama lain ialah Tongkah...
Thalang... asal dari "Tanjung Salang"...
Yala... asal dari "Jala"...
Betong... asal dari "Betung"...
Bannang Sata... asal dari "Benang Setar"...
Raman... asal dari "Reman"...
Kabang... asal dari "Kabae / Kabe"...
Krong Pinang... asal dari  "Kampung Pinang"... 
Narathiwat... asal dari "Menara"...
Tak Bai... asal dari "Tabal"...
Rueso... asal dari "Rusa"...
Su-ngai Kolok... asal dari "Sungai Golok"...
Su-ngai Padi... asal dari "Sungai Padi"...
Tanyongmat... asal dari "Tanjung Mas"...
Buketa... asal dari "Bukit Tar"...
Pattani... asal dari "Pantai Ini"...
Sai Buri... asal dari "Selindung Bayu @ Teluban"...
Yaring... asal dari "Jaring"...
Krue Sae... asal dari "Gersik"...
Panare... asal dari "Penarik"...
Yarang... asal dari "Jarang @ Binjai Lima"...
Songkhla... asal dari "Singgora"... bermaksud ‘BandarSinga’...
Chana... asal dari "Chenok"...
Na Thawi... asal dari "Nawi"...
Thepha... asal dari "Tiba"...
Saba Yoi... asal dari "Sebayu"...
Ranot... asal dari "Renut"...
Sadao... asal dari "Sendawa"...
Samila Beach... asal dari "Pantai Bismillah"...
Satun... asal dari "Setul"...
Khuan Don... asal dari "Dusun"...
Phang Nga... asal dari "Pungah"... Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'...
Ko Similan... asal dari "Pulau Sembilan"...
Ko Panyee... asala dari "Pulau Panji"...
Ko Phi Phi...asal dari "Pulau Pi Ah Pi"... pulau api-api...
Takua Pa... asal dari "Kupa"...
Phattalung... asal dari "Bedalong / Merdelong"... 
Trang... asal dari "Terang"... 
Ranong... asal dari "Rundung"... 
Krabi... asal dari "Ghraibi"... 
Chaiya... asal dari "Cahaya"...
Nakhon Si Thammarat (Nagara SriDharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma)... asal dari nama negeri ‘Tambralingga / Ligor’...
Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini...

Pada hari ini... Kaum Melayu hanya masih menjadi majoriti di Negeri Setul... empat daerah di Negeri Singgora iaitu Tiba... Chenak... Sebayu dan Nawi serta di Negeri Patani.... (Hari ini telah dipecahkan kepada Patani... Yala... dan Narathiwat)... Hanya masyarakat di wilayah-wilayah ini sahaja yang masih mampu bertutur dalam Bahasa Melayu mengikut loghat tempatan...Sementara masyarakat Melayu Islam di wilayah asal Melayu lainnya disebabkan menjadi kaum minoriti dan di paksa... kebanyakannya telah berintegrasi dengan kaum Thai dan tidak mampu lagi untuk bertutur dalam bahasa Melayu... 
Hanya agama Islam sahaja yang menjadi petunjuk mereka merupakan keturunan Melayu... Walau bagaimana pun... masyarakat Melayu di wilayah Pulau Dua (Kawthoung)... Myanmar... masih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Kedah pada hari ini...

Tidak ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong (Rundung) Thailand... terdapat sebuah Batu Tanda yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman silam... Batu Tanda tersebut dinamakan sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu... Ia merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan bahagian barat Segenting Kera... iaitu kira-kira 50 kilometer...

Merujuk kepada sejarah... wilayah Segenting Kera merupakan sebuah kawasan yang amat penting kerana menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah Kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya (Sri Wijaya sebenarnya berasal dari tanah Semenanjung)... Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari Yunnan... China... secara berterusan iaitu sejak dari era Kerajaan Sukothai... Ayutthaya... hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini...

Pencerobohan pertama pendatang T’ai terhadap Segenting Kera bermula pada kurun ke-13 dan 14 dimana gerakan ketenteraan Bangsa T’ai ini telah bertembung dengan tentangan daripada beberapa buah negeri Melayu pasca-Sri Wijaya... termasuklah Grahi (Kra)... Negara SriDharmaraja (Nakhon Si Tammarat)... dan Cahaya (Ch’aiya)... Pertempuran demi pertempuran telah dicatatkan dalam “Yuan-Shih”... sejarah rasmi bagi Dinasti Yuandi China... Yuan-Shih telah mencatatkan dalam Titah Diraja (Imperial Decree) pada tahun 1295 yang mengarahkan gencatan senjata antara Hsien (Siam) dengan Ma-li-yu-erh (Melayu)... Bagi mengecam orang T’ai... titah tersebut menyatakan “Memandangkan kamu Hsien telah menimbulkan peperangan dengan Ma-li-yu-erh selama ini... kini kamu mesti mematuhi titah ini dan berjanji tidak akan mengganggu Ma-li-yu-erh lagi”... Hsien (Siam) telah diharamkan daripada memasuki sempadan alam Melayu yang ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan pada garisan Petchburi-Ratchburi... berdekatan dengan kota Bangkok pada masa sekarang...

Segenting Kra diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya... Antara Raja-raja Ayutthaya yang agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra ialah Ramadhiraja... Naresuan... Maha Chakrapat... Prasat Thong... Narai dan Petra Raja... Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini adalah mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68)... 

Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong... Ketika inilah meriam terbesar diNusantara iaitu Sri Negara... Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam...

Malanglah nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerahTabal (Tak Bai) apabila mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat... Thailand... 

Harus di ingatl... sesungguhnya sempadan wilayah milik kita sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa dahulu... Kita kini hanya mewarisi sebahagian daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu... 

Sumber:
Sempadan asal Tanah Melayu.











Tiada ulasan: