Ahad, 8 Julai 2018

Hujan luar biasa menyebabkan banjir dan tanah runtuh di barat Jepun. 7849.



Rabu, 8 Julai 2015 @ 2:35 PM
Najib beri WSJ 14 hari
Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Sekarang bekas Perdana Menteri) beri masa 14 hari bermula hari ini kepada Wall Street Journal (WSJ) untuk mengesahkan laporan mereka berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri menyalahguna wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB, sebelum tindakan undang-undang diambil.

Melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Najib atas kapasiti peribadi mengemukakan surat tuntutan itu terhadap Lembaga Pengarah WSJ, Dow Jones & Company yang beribu pejabat di New York.

Berdasarkan kenyataan media oleh peguam Wan Azmir Wan Majid, surat pengesahan itu bukan tindakan undang-undang tetapi ia bagi mendapatkan pengesahan berhubung pihak dan individu yang bertanggungjawab dalam artikel yang dikeluarkan oleh WSJ pada 3 Julai lalu.

"Kami diminta untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam penulisan, pengedaran dan penerbitan artikel itu. Ia bagi membolehkan pihak kami menamakan individu yang betul dalam tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

"Maklumat yang diperoleh juga akan menentukan sama ada tindakan undang-undang terhadap WSJ dibuat secara bersama atau terhadap 'rakan subahat' yang dinamakan di dalam artikel itu," katanya.

Syarikat yang didakwa mempunyai kaitan adalah International Petroleum Investment Co, Tanore Finance Corp, SRC International Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

WSJ melalui artikel yang bertajuk 'Malaysia Leader's Account Probed' pada 2 Julai lalu didakwa mengesan wang sebanyak AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik perdana menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 2:35 PM

SUMBER:
Najib beri WSJ 14 hari | Harian Metro

Jepun arah 4 juta penduduk pindah
Reuters
LEBIH empat juta orang diberi arahan berpindah dari barat Jepun semalam selepas hujan luar biasa menyebabkan banjir dan tanah runtuh di barat negara itu dengan angka kematian meningkat kepada 66 orang manakala 1,000 lagi terkandas di bandar Kurashiki.

Daripada kalangan yang terkandas, 100 daripadanya berada di hospital manakala beribu-ribu anggota penyelamat dan anggota keselamatan terbabit dalam operasi keselamatan selepas air melimpah di beberapa sungai.

Kurashiki yang mempunyai hampir 500,000 penduduk adalah yang paling teruk dilanda hujan lebat dan hujan luar biasa, tiga kali ganda daripada biasa.

Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai termasuk pesakit dan petugas perubatan menunggu untuk diselamatkan di sebuah anjung Hospital Memorial Mabi dengan banyak kereta terapung dalam air berlumpur manakala seorang penduduk diselamatkan dari sebuah rumah orang tua.

Banjir memaksa berjuta-juta orang keluar rumah mencari tempat perlindungan, kata Agensi Kebakaran dan Pengurusan Bencana.

Seramai 60 orang lagi hilang dengan hujan dijangka berterusan untuk sehari lagi yang dikhuatiri memerangkap lebih ramai orang kata stesen NHK.

Hujan kali ini menjadi punca tanah runtuh dan paras air sungai meningkat sekali gus memerangkap ramai orang sama ada di dalam atau di bumbung rumah.

“Kami tidak pernah alami hujan seperti ini. Tahapnya amat bahaya sekarang,” kata seorang pegawai di Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kepada media.

Antara yang hilang ialah seorang budak lelaki berusia 9 tahun dalam rumahnya akibat tanah runtuh yang turut membunuh tiga lagi termasuk lelaki berusia 80-an.

Kerajaan Jepun membentuk pusat pengurusan kecemasan di Pejabat Perdana Menteri dengan 54,000 anggota tentera, polis dan jambatan bomba sudah dihantar ke tempat terbabit.

“Masih ada ramai yang hilang dan orang lain pula perlukan bantuan,” kata Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Amaran kecemasan kerana hujan luar Ular masih dikekalkan di tiga wilayah termasuk 300 mm (11 inci) yang diramalkan pagi ini (Isnin) di pulau Shikoku.

Hujan bermula lewat minggu lalu ketika tinggal saki baki puting beliung yang tiba dari lautan Pasifik. Jalan raya dan kereta api sudah ditutup.

Fakta nombor
* 1,000 terkandas di Kurashiki
* 66 terbunuh
* 54,000 askar, polis jadi penyelamat
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Julai 2018 @ 6:37 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/global/2018/07/355796/jepun-arah-4-juta-penduduk-pindah

Kemudahan untuk Pesara Kerajaan Malaysia

ALAMAT: 

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Telefon : 03-8887 8777
Fax : 03-8887 8770
Email : mypesara@kwap.gov.my

Pilih satu sahaja: 

*pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Nombor Akaun Bank"
**pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan "Pertukaran Alamat"






































Tiada ulasan: