Ahad, 22 Julai 2018

Inilah antara sebab mengapa Tanah Melayu dijajah dan akhirnya terpaksa berkongsi kerakyatan dengan bangsa lain, atas syarat untuk mencapai kemerdekaan dari tuan penjajah. 7906.






IKLAN 01
Saturday, 21 July 2018
SURAT KEPADA CIA AMERIKA, BILA LAGI POLIS MAHU SIASAT?

Setelah beberapa hari sejak terdedahnya tentang sepucuk surat yang ditulis oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (sebenarnya unit risikan untuk menjaga politik Najib Razak) kepada Pengarah CIA yang bertujuan memohon sokongan jika BN menang tipis dalam PRU14 lalu, apa yang menimbulkan tanda-tanya banyak pihak ialah apakah pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengenai perkara itu?

Jika dilihat berdasarkan kandungan surat tersebut, ia jelas merupakan suatu percubaan mengundang campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Mujurlah BN kalah dalam pilihanraya 9 Mei lalu, jika tidak, sudah pasti kuasa besar Amerika sudah pun bertapak kukuh pada hari ini di belakang pentadbiran Najib.

Bermakna, surat tersebut ada impikasi yang bahaya kepada kedaulatan negara serta berupa satu bentuk pengkhianatan.

Sebagaimana yang diketahui umum, menjemput campurtangan asing dalam mana-mana negara berdaulat adalah suatu kesalahan yang serius. 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri ketika ini belum habis disiasat berhubung dakwaan pasukan kempennya mempunyai hubungan dengan Russia.

Campurtangan itu didakwa berkaitan penglibatan Russia untuk memastikan kemenangan Trump dan dalam waktu yang sama memburuk-buruknya pencabarnya, Hillary Clinton dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Siasatan kes itu bukan saja melibatkan FBI, tetapi juga Kongres Amerika Syarikat.

Dalam konteks apa yang berlaku kepada Trump itu, ia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan surat yang dihantar oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri kepada Pengarah CIA kira-kira lima hari sebelum pengundian pada 9 Mei lalu.

Dalam hal ini, meskipun Najib menafikan beliau mengarahkan surat itu ditulis, malah mendakwa tidak tahu dan terkejut dengannya, pihak polis harus segera menyiasat Hasanah Ab. Hamid, selaku Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri yang menandatangani surat tersebut.

Kecuali jika Hasanah sedia dihukum penjara atau menerima hukuman lain yang lebih berat kerana khianat kepada negara dengan mahu mengakui surat itu ditulis atas usahanya sendiri tanpa diarahkan oleh sesiapa, pilihan lain baginya tentulah berterus-terang mengenai kebenaran tentang surat tersebut.

Jika beliau mendedahkan memang Najib yang mengarahkan surat itu ditulis, maka bekas Perdana Menteri itu juga wajib berdepan satu lagi pengadilan dan seterusnya dihukum dengan seberat-beratnya.

Persoalannya, bilakah pihak polis mahu menyiasat atau membuka kertas siasatan terhadap Hasanah?

Adakah dalam hal ini, pihak polis perlu menunggu ada mana-mana pihak membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum siasatan dapat dimulakan?

Jika demikian, kepada NGO-NGO yang bersepah-sepah kononnya sayangkan negara ini, kenapa belum ada satu pun yang tampil membuat laporan polis? (ShahbudinHusin 21/07/2018).
Shahbudin dot com: SURAT KEPADA CIA AMERIKA, BILA LAGI POLIS MAHU SIASAT?




















Tiada ulasan: