Isnin, 16 Julai 2018

Jalan tu jauh sikit. 7877.


tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

16 July 2018
P/raya kecil Sungai Kandis...
Image may contain: 1 person, text
Pas tidak mahu terpalit dengan sebarang isu melibatkan Umno sekaligus memungkinkan tiada kerjasama antara 2 parti itu pada prk nanti.

Menarik untuk kita saksikan perkembangan yang berlaku pada prk pertama selepas pru14.

1. BN akan menggunakan logo Umno dan bukannya BN...pertama kali dalam sejarah pilihanraya sejak BN ditubuhkan.

2. Pas tidak mahu perlawanan 3 penjuru, sedia tarik diri jika Umno meletakan calon dengan tujuan memberikan peluang yang lebih besar bagi mengalahkan PH.

3. Pas tidak mahu bergabung & mengadakan sebarang kerjasama dengan Umno kerana tidak mahu terpalit dengan isu2 keburukan Umno.
Image may contain: 1 person, text and closeup
Pas sebenarnya memang sudah pun terpalit dengan taik Umno sejak dari tahun 2015 lagi bila mana Pas mula kelihatan begitu lunak dengan Umno dan dikaitkan dengan penerimaan duit Umno (dari dana 1MDB) sebanyak RM90 juta seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report.

Takan baru sekarang Pas sedar Umno terpalit dengan berbagai skandal penyelewengan dan rasuah??

Takkan baru sekarang Pas sedar Umno adalah liabiti dan dibenci rakyat terbanyak??
Image result for umno-pas
Berkuburnya Pakatan Rakyat, terkeluarnya G18 (kumpulan Jebon) dari Pas, kenyataan2 Hadi yang dilihat menyokong dan mempertahankan penyamun 1Msia (Najib Razak) sehinggalah berlakunya perlawanan 3 penjuru di mana Pas pada kali pertama dalam sejarah meletakkan seramai 158 calon bagi kerusi parlimen adalah bukti2 nyata Pas bersekongkol & bekerjasama dengan Umno selama ini walaupun secara rahsia & tidak secara rasmi.

Mungkin Pas sudah tersedar dari mimpi dan mulai menerima realiti politik semasa di Malaysia setelah kecundangnya Umno/BN dan Pas sendiri hanya mampu memenangi hanya memenangi 18 kerusi.

Lebih menarik, mampukah UMNO mengalahkan PH pada 4 Ogos nanti...??

Tun M dan Anwar akan berceramah sepentas dikuatkan lagi dengan PH sebagai kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan...- f/bk

Politikus ‘mulut celupar’ sebar kebencian...
Brigadier Jeneral bersara Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menyelar Lokman Adam dan Nasrudin Hassan kerana ‘bermulut celupar”.

Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.

Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.

Arshad yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata pemimpin Umno dan PAS yang gagal menyedari perkara ini “patut dilabelkan sebagai bodoh”.

Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

“Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek.

“Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan,” katanya dalam satu kenyataan.
Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan(gambar,atas).

Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.

Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.

“Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.

Aeshad Raji berkata, rakyat perlu menyokong perdana menteri dan Kabinet beliau bagi menghadapi cabaran di hadapan. - malaysianreview

Will Najib show his face in Parliament on monday? 
Najib Razak is no longer the head of Barisan Nasional. He is also no longer a national Umno leader.

So, where will the former prime minister sit on Monday, when Parliament convenes?

“Najib is different from past prime ministers. He is the first to be defeated in a general election, and also charged with criminal breach of trust,” said Universiti Teknologi Malaysia lecturer Dr Mazlan Ali.

Moreover, said Mazlan, Najib is no longer Umno president or its national leader, although the party seems to be defending him in the criminal case by organising a vigil and going on a fundraising exercise.

“But I think he’s likely to be in the second row.

“It would be odd if he were to be seated in the front row.”  

International Islamic University Malaysia political science lecturer Dr Tunku Mohar Mohd Tunku Mokhtar also feels that the second row would most likely be Najib’s new place.

“The first line is normally reserved for senior Umno office-bearers, such as (president Ahmad) Zahid (Hamidi) and the deputy president and vice-presidents, although among them, only Mahdzir Khalid (Padang Terap) and Ismail Sabri Yaakob (Bera) are MPs.

“If Najib is placed in the second row, it means that Umno has reorganised its Parliament strategy.”

Traditionally, the first seat on the government bench – on the right side closest to the speaker – is taken up by the prime minister as the leader of the government and head of Parliament.

After the prime minister, the bench is filled by ministers according to the different portfolios, with the more important ones, such as home, finance, economic affairs and defence, in front.
No automatic alt text available.
On the opposition aisle – on the left side of the speaker – the first seat is for the opposition leader. This seat is expected to be taken up by former deputy prime minister Zahid.

According to parliamentary convention, the opposition’s seating order sees parties with the most number of representatives in front, followed by smaller parties.

Going by 14th general election results, the order should be BN (54), followed by Gabungan Parti Sarawak (19), PAS 18 and Parti Warisan Sabah (8).

Unlike the 12th and 13th Parliament sessions, Mazlan is not anticipating any MPs from PAS and the new GPS taking up front-row seats this time.

In the now-defunct Pakatan Rakyat, there was an informal coalition of sorts, enabling the pact to request different seating arrangements.

“After losing several Sabah and Sarawak parties, BN has not arranged anything with other opposition parties yet. If we see PAS president Abdul Hadi Awang sitting next to Zahid, then the two parties could be cooperating in Parliament,” said the east coast politics researcher.

In 2013, there was a departure from the Parliament seating convention when Pakatan Rakyat made a special request to the Parliament office to seat the MPs differently.

Then Permatang Pauh MP Anwar Ibrahim, who was the opposition leader, sat at the head of the opposition aisle, followed by Hadi, and DAP’s Lim Kit Siang and Lim Guan Eng. The other seats were allocated based on party seniority.

Mazlan said another interesting thing to look out for is where Umno will seat Rembau MP Khairy Jamaluddin.

“In the recent elections, Khairy received a substantial number of votes (61 divisions), and although Zahid (99) ultimately won, the younger leader cannot be dismissed.

“To acknowledge the support for Khairy within the party, he should be seated in the front row. His performance in the party polls showed that many want reform in Umno.”  

He added that it would be good for BN to pit Khairy against Pakatan Harapan ministers and backbenchers who are relatively young.  – themalaysianinsight
Lost my bet...siot!!!
Novak Djokovic bt Kevin Anderson 6-2, 6-2, 7-6(3) Won this bet...ha!ha!ha!
GAME OVER untuk Rizal Mansor, PA Rosmah Mansor 

Image may contain: 9 people, people smiling, crowd and text

Image may contain: 7 people, text

YB Gobind Singh bersama rakyat Puchong menonton perlawanan final France vs Croatia.
Image may contain: 1 person, smiling, stadium, crowd and outdoor
Separuh mati ahli-ahli UMNO berkorban mintak derma bagi cukupkan wang tabung sebanyak RM500,000 sebab nak tolong Najib bayar ikat jamin.Anak dia steady je tengok final World Cup dekat Rusia.Takziah juga kepada mak cik Wanita UMNO yang gadai barang kemas demi Najib...
Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri telah selamat menjalani pembedahan pada hari Khamis lalu. Beliau sekarang berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.
Image may contain: 3 people, people smiling

cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM
tumpang sekole...?: P/raya kecil Sungai Kandis...

Sunday, July 15, 2018
LOBAI SALLEH PART 6: SHORT CUT.
Gambar hiasan hasil carian Google.

Perbualan antara Haji Dahan dengan Lobai Salleh kat surau lepas sembahyang 'Asar petang semalam.

Haji Dahan: "Selalunya awak datang surau ikut jalan mana?"

Lobai Salleh: "Ikut jalan besar lepas tu belok kanan ikut jalan Tasik Melati".

Haji Dahan: "Jauhnya .. tak ada jalan shortcut ke?"

Lobai Salleh: "Ada .. ikut jalan Gajah Mati".

Haji Dahan: "Habis .. kenapa tak ikut jalan tu?"

Lobai Salleh: "Jalan tu jauh sikit".

Posted by al-lavendari at 6:24 PM
KomenSen: LOBAI SALLEH PART 6: SHORT CUT.
* Nak tahu siapa lobai Salleh, klik sini. Atau seperti di bawah:
Saturday, November 8, 2014
LOBAI SALLEH PART 1: BUBUR LAMBUK CEPAT HABIS
Gambar hiasan hasil carian Google.
Mulai bulan puasa yang lalu, saya ada mewujudkan watak Lobai Salleh dengan membawa pelbagai cerita yang mempunyai maksud tersirat di laman fesbuk saya. Saya postkan dalam status saya dari masa ke semasa bila mana ada isu atau bila idea tiba. 

Dia adalah watak rekaan semata-mata berasaskan pergaulan saya dengan orang sekeliling. Dia boleh jadi membawa watak saya dan boleh jadi juga menyamai watak anda.

Memandangkan ia mendapat sambutan yang agak baik dari pembaca, saya memutuskan untuk memindahkan cereka Lobai Salleh itu di blog saya ini untuk bacaan rakan-rakan blogger yang tidak menjadi friends di fesbuk saya. 

Part 1:

Hari ni bubur lambuk cepat habis kat surau sebab Lobai Salleh ambil banyak. Katanya untuk diagih-agihkan kepada jirannya yang tidak datang sembahyang 'Asar berjemaah !

Sekian buat sementara waktu. Part seterusnya akan menyusul. 

Posted by al-lavendari at 8:18 AM
KomenSen: LOBAI SALLEH PART 1: BUBUR LAMBUK CEPAT HABIS

15 JULY 2018
Dua Bekas EXCO Perlis Sertai PPBM
BEKAS EXCO Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail 
(dua kanan) bersalaman dengan Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan 
selepas menyerahkan borang keahlian PPBM.- Foto Dziyaul Afnan Abdul Rahman
ARAU: Dua bekas EXCO Perlis antara lebih 900 ahli UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Arau sejak bulan lalu.

Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu adalah Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh dan bekas ADUN Guar Sanji, Jafperi Othman.

Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan, berkata keahlian Syed Razlan diterima pada hari ini selepas bekas ahli Parlimen Arau itu mengemukakan permohonan tiga minggu lalu.

"Pengalaman beliau khususnya dalam bidang pertanian diharapkan dapat membantu melonjakkan ekonomi dalam bidang berkenaan di negeri ini.

"Beliau memasuki PPBM bukan untuk mencari kedudukan tetapi membantu parti. Sebelum ini saya menawarkannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian tetapi beliau tolak kerana ingin menumpukan kepada pertanian," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra PPBM di kediamannya di sini, hari ini.

Pada majlis itu juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan turut diumum sebagai Setiausaha PPBM Perlis.

Amier yang juga Ketua PPBM Bahagian Arau, berkata permohonan Jafperi untuk menjadi ahli PPBM Arau sebelum ini pernah ditolak dan diterima semula pada bulan lalu.

"Selepas mendengar nasihat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), mereka (bekas ahli UMNO) perlu diberi sedikit masa untuk perubahan. Kita bagi masa kepada mereka untuk jadi lebih baik," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang mahu menyertai PPBM tetapi ditolak, Amier berkata, pintu untuk adik kepada bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu masih terbuka.

"Jika saya tolak tidak bermakna beliau tidak mempunyai tempat di PPBM. Beliau berhak merayu kepada PPBM Pusat.

"Pusat menentukan bukan saya. Saya hanya meletakkan satu garis panduan untuk tidak menerima tetapi ada pengecualian... pengecualian itu biarkan pimpinan pusat yang tentukan," katanya.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: Dua Bekas EXCO Perlis Sertai PPBM

Poster Syerleena, ADUN Seri Selina 'halal' dibunuh tular di Facebook
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengecam sebaran poster di Facebook yang mengugut untuk menamatkan riwayatnya kerana didakwa mengkhianati agama Islam.

Salah satu poster, yang menjadi tular di media sosial menggesa Syerlena dibunuh dengan kapsyen berbunyi "Darahnya halal, tidak berdosa dibunuh, dia pengkhianat Islam"

Selain itu kapsyen berbunyi: "Dia wajar dibunuh, kerana sebagai seorang Islam dia bersekongkol dengan Cina kafir harbi untuk menyerang institusi Islam."

Mengiringi poster itu adalah imej beliau ketika memberikan ucapan dengan kapsyen "Saya bersumpah akan menyerang institusi Islam, khususya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam), demi DAP."

Syerleena menafikan dakwaan itu yang mula timbul tahun lepas, tetapi muncul semula ketika kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menurut anggota parlimen DAP itu, poster yang mengandungi ancaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook, oleh pengguna Facebook bernama Yanz AB Rahman dan Fitri AMRR.

Poster yang sama dimuat naik pengguna Facebook bernama Khairul Anwar Ismail dengan komen berbunyi: "Benar dan sungguh benar. Aku dah standby dah. Hanya tunggu semboyan berbunyi je. Berbunyi je aku onlah.."

"Ini adalah ugutan bunuh yang jelas dan ancaman terhadap keselamatan saya," kata Syerleena.

"Komen yang paling teruk adalah pada posting Facebook oleh seorang bernama Ja Gmum, yang memuat naik poster berkenaan pada 13 Julai, yang telah dikongsi lebih 379 kali.

"Saya menyeru polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas. Keadaan ini serius, saya takut jika ini tidak dihentikan segera, nyawa saya dalam bahaya," katanya.

Minggu lepas, Syerleena membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya.

Nota tulisan tangan itu berbunyi "Maut menanti mu".

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi selepas PRU14. - malaysiakini

at 7/15/2018 10:31:00 PTG
KERENGGA: Poster Syerleena, ADUN Seri Selina 'halal' dibunuh tular di Facebook

Akar umbi mahu PKR angkat Wan Azizah ketua umum, Rafizi layak tanding timbalan
Faiz Zainudin 

PETALING JAYA: PKR digesa tidak meminggirkan terus Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail susulan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim mahu bertanding jawatan presiden parti itu dalam pemilihan bulan depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP), Azan Ismail membuat desakan itu sambil mencadangkan Wan Azizah diberi peranan sebagai ketua umum.

“Kedudukan Wan Azizah begitu strategik dalam kepimpinan PKR dan pengalaman beliau mengemudi parti selama belasan tahun sangat berguna. Beliau juga adalah lambang kepimpinan wanita di Malaysia dengan status sebagai wanita pertama menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

“Wan Azizah perlu diletakkan di kedudukan sebagai ketua umum dan Anwar sebagai presiden. Beliau boleh berfungsi sebagai peneraju pembangunan wanita di bawah Malaysia baru.

“Beliau juga menteri wanita, jangan biarkan hanya menjadi ahli biasa, itu kami tak setuju,” kata Azan yang juga pengerusi PKR Terengganu kepada FMT.

Azan berkata PKR Terengganu turut berpandangan, selain Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli juga antara individu yang layak diangkat sebagai timbalan presiden bergandingan dengan Anwar menerajui parti.

“Kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing terutamannya Rafizi yang masih muda dan belum ‘lelah’ dan tidak dibebani dengan jawatan besar dalam negara. Dalam masa sama Azmin mempunyai kedudukan penting dalam negara juga boleh membantu memperkuatkan parti kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan.

“Dua-dua individu ini layak untuk jawatan timbalan presiden dan keputusannya akan ditentukan ahli PKR,” katanya.

Bekas Adun Bandar itu juga berkata beliau tidak gemar membuat perbandingan antara individu yang layak, tetapi adalah penting jawatan timbalan presiden diisi mereka yang boleh membantu presiden menerajui parti.

“Calon timbalan presiden mesti sanggup menggalas kedudukan memperkukuh kedudukan Anwar, memperkuat kedudukan presiden bagi tugas besar menerajui PKR,” katanya.

Anwar hari ini secara rasmi menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh pucuk pimpinan PKR bagi merebut jawatan yang kini disandang Wan Azizah.

Azan berkata PKR Terengganu sebulat suara menyokong keputusan Anwar dan ia merupakan penantian yang lama ahli parti untuk melihat “Bapa Reformasi” itu menjadi presiden.

“Ini adalah perkembangan yang lama ditunggu terutama oleh rakyat Terengganu yang merupakan negeri terawal menyambut gelombang reformasi pada tahun 1998,” katanya.

at 7/15/2018 09:54:00 PTG
KERENGGA: Akar umbi mahu PKR angkat Wan Azizah ketua umum, Rafizi layak tanding timbalan


Tiada ulasan: