Selasa, 3 Julai 2018

Jangan xcaya DSNajib xPM Malaysia dah ke dalam. Penyokong jadi fobia dan terus dengan sindrom penafian. 7832.


BERITA » Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 5:58pm
NAJIB ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok. - Foto fail NSTP
Najib bermalam di lokap SPRM
Bharian Berita Nasional
Oleh Mohd Husni Mohd Noor; Teoh Pei Ying dan Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba jam 4 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini.

Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Media sebelum ini melaporkan yang siasatan SPRM menemui bukti sejumlah RM42 juta (AS$10.6 juta) dipindahkan daripada dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib pada akhir 2015, sebelum membuat cadangan supaya siasatan lanjut dijalankan tetapi ditolak peguam negara ketika itu.

Susulan langkah pihak berkuasa Malaysia membuka semula siasatan kes terbabit, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia berhubung skandal itu.

Pada 2016 dan 2017, DOJ mengambil tindakan melucutkan hak terhadap aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang disyaki hasil penyelewengan dana 1MDB.

Berdasarkan aduan, sejumlah lebih AS$4.5 bilion dana daripada 1MDB, didakwa diselewengkan menerusi pelbagai syarikat dan akaun bank yang terletak di Amerika Syarikat dan negara lain.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444599/najib-bermalam-di-lokap-sprm

BERITA » Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 8:43pm
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz after briefing Council of The Eminent Persons at Ilham Tower selepas taklimat di Menara Ilham, semalam. - Foto Hafiz Sohaimi

Zeti nafi tahu kewujudan dana RM2.6 bilion
Bharian Berita Nasional

Oleh Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri itu.

Zeti yang kini menggalas tanggumngjawab sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, beliau dipaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dana RM2.6 bilion itu.

"Merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri (Najib) dalam temu bual bersama MalaysiaKini bertarikh 2 Julai lalu yang menyatakan saya menyedari transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri itu pada 2013.

"Saya mahu tegaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar," kata ahli Majlis Penasihat Kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Zeti berkata, pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke pejabat Perdana Menteri dan Najib memintanya mengeluarkan kenyataan yang bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan kesalahan di dalam akaunnya.

"Saya memberitahunya (Najib) bahawa saya tidak dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak tahu transaksi yang berlaku dalam akaunnya.

Zeti menambah, beliau turut dihubungi seorang Menteri Kabinet pada masa itu yang memintanya berbuat perkara sama.

"Saya juga memberikan jawapan yang sama bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak tahu apa yang berlaku dalam akaun Najib," katanya.

Berhubung perkara yang berkaitan dengan urus niaga oleh pemegang akaun dalam sistem perbankan, Zeti menjelaskan bahawa BNM bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan pelapor.

Katanya, komuniti perbankan menyedari sepenuhnya kawal selia dan garis panduan mengenai laporan sebarang urus niaga yang meragukan dan penilaian wajar yang diperlukan terhadap operasi mana-mana akaun sedemikian.

"Melainkan institusi perbankan yang berkaitan melaporkan kepada BNM mengenai salah laku dalam akaun atau jika BNM menerima maklumat yang memberi sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku, maka bank pusat tidak dapat memulakan penyiasatan terhadap akaun berkenaan," katanya.

Dalam temubual ekslusif bersama portal berita Malaysiakini, baru-baru ini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara menyedari kewujudan dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum 2013, namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, BNM sepatutnya memberitahu beliau jika ada keraguan berhubung dana berkenaan.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444687/zeti-nafi-tahu-kewujudan-dana-rm26-bilion

BERITA » Kes
Selasa, 3 Julai 2018 | 5:38pm
GAMBAR fail, menunjukkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada media selepas disoal di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pada 24 Mei 2018. - Foto AFP
Najib tiba di SPRM Putrajaya
Bharian Berita Kes Oleh Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 3 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada jam 3.35 petang tadi.

Sumber berkata, Najib tiba di SPRM dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Inspira warna merah dengan diiringi empat buah kereta lain.

Bagaimanapun, ketibaan Najib di Ibu Pejabat SPRM di sini langsung tidak disedari oleh wartawan dan jurugambar memandangkan kebanyakan mereka berada berdekatan lobi bangunan bagi mengikuti isu siasatan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib terus menuju ke tempat letak kereta bawah bangunan tanpa melalui lobi bangunan SPRM.

Najib difahamkan terus di bawa ke bahagian lokap SPRM yang terletak di aras bawah bangunan.

Sumber:


BERITA » Kes
Selasa, 3 Julai 2018 | 5:09pm



Najib didakwa esok
DATUK Seri Najib Razak ditahan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang tadi. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Pasukan Petugas Khas 1MDB hanya menahan Najib seorang dan dijangka dihadapkan ke mahkamah esok untuk tindakan pertuduhan.

Tangkapan ke atas Najib oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan siasatan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia.

Mereka yang terbabit menahan Najib di kediamannya di Jalan Langgak Duta, terdiri dari pegawai SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, dalam satu kenyataan mengesahkan membuat tangkapan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekitar jam 3 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

"Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
KENYATAAN media Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444571/najib-didakwa-esok
[UPDATE] Najib didakwa esok
Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok.

Hari ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan menahan Najib 2.35 petang tadi berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

"Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.

Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Berita berkaitan
Najib Razak ditahan
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 5:06 PM
Sumber:

Najib ditahan: 'Detik bahagia' buat Justo
Syalikha Sazili syalikha@nstp.com.my
PENAHANAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada dalam dan luar negara.

Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo berkata, penahan itu adalah detik yang dinantikan dan memberi kepuasan buat beliau sekeluarga.

"Ini adalah detik bahagia buat saya dan keluarga kerana kami membayar harga tinggi dalam mendedahkan jenayah ini.

"Kami akan berehat apabila semua rakan sekerjanya (Najib) akan dipenjarakan. Sebenarnya masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Saat semua penjenayah terbabit ditangkap dan Malaysia kembali pulih, kami akan meraikannya" katanya ketika dihubungi menerusi Facebook.

Justo juga mendakwa Pegawai tertinggi PetroSaudi, Tarek Obaid dan Patrick Mahony mencuri setengah bilion dolar daripada rakyat Malaysia namun keduanya hanya disiasat namun tidak dipenjarakan atas kesalahan besar ini.

"Sudah tiba masanya semua penjenayah ini dimasukkan ke dalam penjara. Saya terseksa selama 18 bulan di dalam penjara kerana mendedahkan jenayah ini. Saya harap mereka akan meringkuk dalam penjara lebih lama dari tempoh itu.

"Selain itu saya juga berbesar hati kerana dapat membantu siasatan ke atas kes ini, ini adalah hari yang wajar diraikan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, sungguhpun beliau antara pihak yang banyak mengkritik bekas Perdana Menteri itu namun tetap mendoakan keadilan buatnya sekeluarga.

"Berita tersebar @NajibRazak ditahan @SPRMMalaysia.

"Saya antara orang yang banyak kritik beliau. Tetapi saya berdoa beliau dilayan baik sebagai seorang bekas Perdana Menteri, dijaga maruah dan air muka.

"Saya berdoa beliau dan keluarga diberi keadilan sebaik-baiknya, itulah perjuangan reformasi," katanya menerusi akaun Twitter.

Reaksi berbeza daripada pihak pembangkang apabila Wanita UMNO mengajak orang ramai mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan mantan Presiden UMNO itu.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad, berkata Wanita UMNO melahirkan rasa dukacita atas penahan bekas Perdana Menteri itu selain menuntut keadilan.

"Kami mendesak supaya beliau diberikan hak sepenuhnya kepada perbicaraan yang telus, adil dan diberi layanan seharusnya dalam proses penahanan dan pendakwaan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Pemantau Malaysia Baru, Lokman Adam, pula mahu mengadakan himpunan solidariti di ibu pejabat SPRM malam ini sebagai bantahan terhadap penahan Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu ditahan SPRM di kediamannya dekat Langgak Duta, 2.35 petang hari ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Berita berkaitan

• Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan

• Najib bermalam di lokap SPRM

• Najib tiba di SPRM Putrajaya

• Najib didakwa esok

• Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 7:57 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354315/najib-ditahan-detik-bahagia-buat-just

Najib Razak ditahan
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta jam 3 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.

Berita selanjutnya menyusul...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 4:30 PM

Sumber:

Bharian BeritaNasional Selasa, 3 Julai 2018 | 7:57pm
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hadir ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berhubung isu penyaluran dana oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Foto Abd Rahim Rahmat

Akaun Shahrir, UMNO Johor Bahru dibekukan

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mengesahkan akaun peribadinya serta akaun UMNO Bahagian Johor Bahru antara yang dibekukan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung dana RM1 juta diberikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada November 2013.

Susulan itu, akaun peribadinya turut dibekukan selain dikehendaki hadir memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

Shahrir berkata, beliau tidak tahu mengenai punca dana yang disalurkan kepadanya oleh Najib, namun menganggap pemberian itu diberikan oleh Presiden UMNO.

"Saya bertemunya untuk memohon dana itu atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO ketika itu dan saya pula sebagai ketua bahagian UMNO.

"Saya memohon dana itu untuk membantu membiayai kegiatan politik di Johor Bahru dan dana itu saya anggap sebagai dana politik," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444675/akaun-shahrir-umno-johor-bahru-dibekukan

BERITA » Nasional Selasa, 3 Julai 2018 | 10:52am
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my
SHAHRIR hadir ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berhubung isu penyaluran dana oleh Najib. - Foto Abd Rahim Rahmat

Shahrir hadir ke SPRM beri keterangan
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung isu penyaluran dana oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dilihat memasuki bangunan jam 9.45 pagi.

Shahrir dalam kenyataannya pada Ogos 2015 memaklumkan pernah meminta bantuan daripada Najib untuk tujuan pentadbiran di bahagian Parlimennya.

Ia berikutan tuduhan yang dilemparkannya mengenai penerimaan dana RM1 juta daripada Najib seperti didedahkan portal berita kontroversi Sarawak Report.

Sarawak Report dalam laporannya mendakwa Najib mengagihkan dana kepada beberapa pemimpin UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 termasuk Shahrir sendiri.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444419/shahrir-hadir-ke-sprm-beri-keterangan

Selasa, 3 Julai 2018 | 3:26pm
GAMBAR fail, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos ketika sidang media Perhimpunan Merah 2.0 membantah pihak pembangkang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada 23 Julai 2016. - Foto Saddam Yusoff

PDRM berurusan dengan POLRI bawa Jamal pulang - KPN

Bharian Berita Kes
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berurusan dengan pihak Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) untuk menyelaraskan proses membawa pulang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ke Malaysia bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap beliau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung tangkapan terhadap beliau.

"Susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, PDRM mengesahkan bahawa pihak berkuasa Indonesia sudah menghubungi PDRM untuk memaklumkan tangkapan ke atas Datuk Seri Jamal Yunos di Indonesia.

"PDRM sedang berurusan dengan pihak Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) untuk menyelaraskan proses membawa pulang Datuk Seri Jamal ke Malaysia bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap beliau.

"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

NSTP melaporkan penangkapan Jamal yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah di Indonesia pada jam 6.15 petang semalam yang disahkan oleh Muhyiddin menerusi satu kenyataan.

Berdasarkan sumber, Jamal dipercayai ditahan pihak berkuasa negara itu di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta.

Sebelum ini, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang, 25 Mei lalu.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, ketika diburu, Jamal pernah memuat naik video menyatakan masih berada dalam negara dan memaklumkan bahawa usaha kerajaan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa negara luar termasuk polis antarabangsa (Interpol) adalah tindakan sia-sia.

Malah, Mohamad Fuzi sebelum ini memaklumkan bahawa waran tangkap dikeluarkan ke atas Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444533/pdrm-berurusan-dengan-polri-bawa-jamal-pulang-kpn

'Pak Jamal kok santai aja?'
Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my
TUKANG gunting rambut di Alexandro Barber, Jakarta, Indonesia terkejut apabila dimaklumkan bahawa lelaki yang selesai menggunting rambut di situ adalah Datuk Seri Jamal Yunos, orang buruan polis yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

Tukang gunting yang ingin dikenali sebagai Yudi, ketika dihubungi semalam berkata, dia tidak mengesyaki bahawa lelaki itu dikehendaki berikutan ketika menggunting rambut, Jamal bersikap bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik atau kerisauan.

"Ketika dia (Jamal) masuk, saya tahu dia orang dari Malaysia berdasarkan tutur katanya yang mahu menggunting rambut, tetapi tidak tahu pula dia dikehendaki polis.

"Saya cuma tahu dia dikehendaki polis apabila sekumpulan lelaki berpakaian biasa menahannya di hadapan kedai selepas selesai menggunting rambut," katanya.

Semalam, kira-kira 6.15 petang, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Penangkapan Jamal disahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam dan memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Pengerusi Gerakan Baju Merah itu.

Menurut sumber, Jamal ditahan selepas POLRI membuat pengawasan dan pemantauan pergerakan pemimpin UMNO itu lebih sebulan.

Jamal ditahan selepas selesai menggunting rambut di kedai gunting rambut di Jakarta.

Sebelum ini, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang, 25 Mei lalu.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, ketika diburu, Jamal pernah memuat naik video menyatakan masih berada dalam negara dan memaklumkan bahawa usaha kerajaan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa negara luar termasuk polis antarabangsa (Interpol) adalah tindakan sia-sia.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa waran tangkap dikeluarkan ke atas Jamal di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 12:30 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354160/pak-jamal-kok-santai-aja

BERITA » Kes Selasa, 3 Julai 2018 | 11:31am
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my
MOHD Imran Tamrin
Peguam Jamal ke Indonesia

SABAK BERNAM: Peguam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin akan dijadualkan berlepas ke Jakarta, pagi ini bagi bertemu dengan anak guamnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan pihak berkuasa negara itu petang semalam.

Beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp berkata, Jamal yang sebelum ini menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO dan tewas dalam pemilihan lalu, kini ditahan di Polda Metro Jaya, Jakarta.

"Saya telah berhubung dengan rakan peguam di Indonesia dan pada masa sama juga menghubungi Pegawai Kedutaan Malaysia.

"Segala perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Semalam, NSTP melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang, semalam.

Muhyiddin berkata, PDRM sudah dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke Malaysia.

Jamal, 48, sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu dan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang sama.

Jamal didakwa atas pertuduhan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor, 5 Oktober tahun lalu.

Selain itu, beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444432/peguam-jamal-ke-indonesia

Saya sudah bayar balik... - Ahmad Zahid
Mohd Husni Mohd Noor dan Suhaila Shahrul Annuar dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada sebarang penyelewengan dana dikesan membabitkan Yayasan Akalbudi yang diterajuinya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, apa yang berlaku sebenarnya adalah kesilapan dilakukan pegawainya yang membuat pembayaran kad kredit menggunakan dana yayasan itu.

Menurutnya, sepatutnya pembayaran kad kredit itu menggunakan cek daripada akaun peribadinya, bukan menggunakan duit yayasan itu.

“Saya sudah menjelaskan perkara itu kepada pasukan penyiasat SPRM hari ini, malah, saya sudah membayar balik sepenuhnya kepada akaun yayasan itu pada 2016.

“Saya juga sudah menyerahkan salinan cek bayaran balik ke akaun yayasan itu kepada SPRM sebagai bukti," katanya ketika ditemui media sejurus selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu dana yayasan itu, di ibu pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid meluangkan masa lebih tujuh jam memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu itu sejak 9.53 pagi tadi sebelum meninggalkan bangunan itu, jam 5.15 petang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikehendaki hadir oleh SPRM hari ini bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna dana yayasan lebih RM800,000 dipercayai bagi membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Berita berkaitan

• Ahmad Zahid hadir semula di SPRM... [METROTV]

• Lapan jam beri keterangan [METROTV]

• Belum selesai beri keterangan

• Ahmad Zahid tiba di pejabat SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 7:13 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354297/saya-sudah-bayar-balik-ahmad-zahid

Berita hilang dari radar: Sambung beri keterangan SPRM
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444409/ahmad-zahid-sambung-beri-keterangan

‘Perangai Mengalahkan Pondan’ – Anak Zahid Hamidi Selar Individu Cuba Jatuhkan Ayahnya
July 2nd, 2018 | by faris

Datuk Seri Zahid Hamidi telah diumumkan sebagai presiden baru UMNO bagi penggal 2018-2021. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendapat undi tertinggi dengan 93 undi.

Tidak lama selepas kejayaan menyandang jawatan itu, ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan UMNO sudah tergelincir dari landasan asal. Terbaru, anak Zahid, Nurul Hidayah memuatnaik satu pos yang seperti memberi bayangan tentang apa yang berlaku.

Tak suka dabik dada

Nurul menjelaskan, mereka sekeluarga tidak suka berbangga dengan kebaikan yang dilakukan. Antaranya adalah sekolah tahfiz yang dinaungi selain masjid dan surau.

Kami tidak suka mendabik dada akan setiap kebajikan. Namun ini perlu dinyatakan. Kami mempunyai banyak sekolah tahfiz yang dinaungi, masjid-masjid dan surau-surau. Setiap dari tahfiz, masjid n surau ini dibiayai oleh Yayasan keluarga kami.

Ada sekolah di Masjid Tanah yang Ahli Parlimennya keluar parti

Tambahnya lagi, antara sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah yang mempunyai ahli parlimen yang telah keluar parti. Menurut Nurul, semua itu menuntut kos penyelenggaraan tinggi daripada mereka dan turut menerima zakat daripada penderma.

Sebagai contoh, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab yang telah menjadi sekolah yang terbaik di MASJID TANAH Melaka (jika masih ingat Masjid Tanah mempunyai seorang Ahli Parlimen yang telah keluar dari Parti walaupun Masjid Tanah membangun dengan hebat, lebih dari 3 Masjid besar).

Ini semua memerlukan kos maintenance yang tinggi dan ada yang tahu kami menguruskan beberapa perkara ini dan memberi serta ‘akad’ hasil pendapatan sebagai zakat. Ini bukan Tabung Harapan untuk diwar-warkan.

Apa lagi selepas ni?

Nurul juga menyifatkan cubaan menjatuhkan ayahnya itu semakin menjadi-jadi setelah dipilih sebagai orang nombor satu UMNO. Malahan dia turut melabel perbuatan itu ‘mengalahkan pondan’.

Usaha untuk menjatuhkan Abah saya semakin aktif setelah dipilih sebagai Presiden UMNO. Sangat jijik! (tidak keterlaluan saya untuk menyatakan perangai ‘mengalahkan pondan’ tidak terima kenyataan pemimpin kesayangan tidak terpilih. Pondan pun berani tunjuk dia pondan)

Apa lagi selepas ini? Nak robohkan masjid dan tahfiz yang kami telah sumbangkan? Allahuakbar! Semoga balasan setimpal mengiringi kalian.

Sumber: Nurul Zahid

Tiada ulasan: