Khamis, 26 Julai 2018

Kalah PRU Nasional tuu hari, banyak bendera parti dibuang. 7928.



BERITA»Kes
Khamis, 26 Julai 2018 | 7:00am
DATUK Seri Najib Razak (kiri) dan Tony Pua. - Foto NSTP

RUU 355: Najib tarik balik saman terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini akan mendengar permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu menarik balik saman terhadap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung saman Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Ia berikutan Pua sebagai defendan membantah permohonan Najib yang mahu menarik balik saman terhadapnya.

Selain itu Pua sendiri sebelum ini sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu kes saman yang dikemukakan oleh Najib pada tahun lalu.

Jika mahkamah menolak permohonan itu, kes yang disebut di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab akan diteruskan dengan perbicaraan.

Sebelum ini, Najib sudah memperoleh perintah injuksi menghalang Pua daripada menerbitkan sebarang fitnah membabitkan kenyataan dan klip video berhubung RUU 355.

Melalui pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa Pua pada 6 April 2017, ada memuat naik rakaman video langsung mengandungi pernyataan fitnah.

Pua membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama Tony Pua bertajuk 'BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member's Bill'.

Hari ini juga, Mahkamah Tinggi akan mendengar sebutan semula kes saman Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia Sophian A Yusuf terhadap ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin

Ia berhubung fitnah membabitkan pakaian kanak-kanak perempuan dalam pertandingan catur tahun lalu.

Kes akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail dan difahamkan terdapat kemungkinan bahawa kes itu akan diselesaikan secara baik.

Bagaimanapun, ia hanya akan diketahui selepas kes disebut semula nanti.

Berdasarkan penyata tuntutan 20 Julai tahun lalu, Sophian memfailkan saman itu dengan menamakan Zuraida yang kini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai defendan mendakwa wanita itu secara melulu dan berniat jahat ada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada 29 April tahun yang sama.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453935/ruu-355-najib-tarik-balik-saman-terhadap-tony-pua

BERITA»Nasional
Khamis, 26 Julai 2018 | 7:00am
DEWAN Rakyat di Bangunan Parlimen. - Foto NSTP
Isu PR1MA, SL1M dan MRT3 di Dewan Rakyat hari ini
Oleh Najmuddin Najib dan Nor Akmar Samudin cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Soalan mengenai perancangan dan inisiatif oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini - Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Mass Rapid Transit 3 (MRT3) - menjadi persoalan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan kertas perintah Dewan Rakyat pada hari Khamis, Ahmad Hassan (Warisan - Papar) membuka prosidingnya dengan menimbulkan persoalan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai pandangan kerajaan berhubung cadangan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia yang beralih ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, serta rancangan untuk terbang dari Sabah ke India, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia.


Soalan-soalan mengenai rancangan kerajaan untuk pelbagai projek pentadbiran terdahulu bermula dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria (BN-Parit) sama ada terdapat jaminan dan komitmen oleh kerajaan untuk meneruskan Projek PR1MA.

Zuraida sebelum ini mengatakan bahawa kementerian akan melancarkan penyelidikan terhadap aktiviti perniagaan, urusan dan prestasi PR1MA.

Katanya, PR1MA, hanya menyelesaikan kira-kira 11,000 unit kediaman berbanding sasaran 500,000 rumah yang akan diserahkan menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas - Pasir Puteh) meminta penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran mengenai status program SL1M, sama ada ia akan diteruskan atau tidak.

SL1M, sebuah program yang diwujudkan pada tahun 2011, bertujuan mengurangkan penderitaan golongan belia yang menganggur dengan memadankan kemahiran graduan dan keperluan syarikat.

Program itu dilaporkan berjaya membantu 46,700 pencari kerja.

Satu lagi inisiatif BN adalah projek MRT3. Nancy Shukri (BN - Batang Sadong) meminta penjelasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sama ada kerajaan merancang akan meneruskan projek pengangkutan bandar itu.

Pada 30 Mei, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan meneruskan projek MRT3, yang menurutnya akan menelan kos pembinaan hingga RM40 bilion.

Che Alias ​​Hamid (Pas - Kemaman) meminta penjelasan Menteri Kerja Raya Baru Bian sama ada kementerian itu akan memenuhi janji untuk menghapuskan caj lebuh raya seperti yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Kos sara hidup juga menjadi topik utama di Dewan Rakyat, dengan persoalan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Ahmad akan meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail memberikan 10 sebab utama mengapa majoriti harga barang tidak turun, serta langkah-langkah dan garis masa untuk menyelesaikannya.

Kemungkinan penghapusan hukuman mati juga dibincangkan. Ramkarpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) berhasrat meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada moratorium diperkenalkan, jika kematian penalti dimansuhkan.

Abang Ramkarpal iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, akan menjawab soalan daripada Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN - Lenggong) mengenai apakah rancangan kementerian untuk membasmi monopoli di sektor swasta, seperti kes Astro dalam industri penyiaran.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453936/isu-pr1ma-sl1m-dan-mrt3-di-dewan-rakyat-hari-ini

BERITA»Politik
Khamis, 26 Julai 2018 | 7:55am
Markas PKR dan bendera di Bukit Badak, Klang. menjelang Pilihan Raya Kecil N.49 Dun Sungai Kandis.
Perang bendera, sepanduk belum meletus
Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Nasaruddin Parzi cnews@nstp.com.my

SHAH ALAM: Tiada perang bendera dan sepanduk berlaku setakat hari keenam kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Malah, Barisan Nasional (BN) juga tidak membuka bilik gerakan jentera negeri yang kebiasaannya akan berkampung di kawasan PRK bagi membantu calonnya.

Kebiasaannya BN akan mengerahkan jentera dari seluruh negara sebagai sebahagian kempen mereka untuk mendekati setiap pengundi.

Pemerhatian sepanjang hari berkempen sejak penamaan calon Sabtu lalu juga mendapati belum ada lagi bendera parti dipasang menghiasi jalan-jalan utama oleh parti politik termasuk PKR.
Simpang Jalan Kebun laluan Shah Alam dan Klang yang sesak menyebabkan pengguna Taman Maznah dan Kampung Sungai Kandis mengalami kesukaran melintas terutama ketika waktu puncak. - Foto Faiz Anuar

Apa yang kelihatan ialah bendera yang sudah uzur di tiang-tiang tepi jalan, dipercayai bendera yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu.

Di kawasan persimpangan jalan juga, belum kelihatan sepanduk-sepanduk dan kain rentang kempen dipasang yang kebiasaannya menjadi antara bahan utama 'perang' antara parti politik yang memeriahkan suasana PRK.

Hari ini, kedua-dua calon meneruskan program kempen mereka seperti biasa, iaitu sesi ramah mesra dengan pengundi dan masyarakat di kawasan sekolah, pasar pagi dan restoran serta gerai makan.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, bakal meninjau penduduk dan perusahaan di sekitar Kampung Jawa Kampung Pandan, Kampung Sungai Kandis, Teluk Menegun dan Johan Setia manakala calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, akan seharian dalam program bertemu pengundi setempat di Johan Setia.
Petugas PKR, Ujang Johari memasang bendera dan poster Calon Pakatan Harapan, Zawawi Ahmad Mughni ketika Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis di Jalan kebun Shah Alam. - Foto Syarafiq Abd Samad

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembungan tiga penjuru pada 4 Ogos itu turut membabitkan calon Bebas, K Murthy.

Pada PRU-14, DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya apabila mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi), Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah (76 undi).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/453952/perang-bendera-sepanduk-belum-meletus



Tiada ulasan: