Khamis, 26 Julai 2018

Terlate. 7929.


terlambat sudaaa... 
Pak Samad ...yang offer orang baru dari grop baru. 

RENCANA»Sastera
Khamis, 26 Julai 2018 | 10:56am
Samad Said sifatkan tawaran kembali ke DBP terlambat
Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my
Temubual Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said mengenai koleksi bukunya. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menyifatkan hasrat itu sebagai sudah terlambat, A Samad berkata, beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu.

"Saya sendiri fikir itu tidak perlu, tak payah bawa saya ke DBP menjadi apa pun, saya kira sudah lambat. Lebih baik saya duduk bilik sendiri yang ruang pejabatnya pun sama dengan pejabat di DBP," katanya kepada BH.

Isnin minggu lalu, Maszlee dalam kunjungan mengejut ke kediaman A Samad di ibu negara, dilaporkan berkata, beliau berhasrat membawa sasterawan itu kembali ke DBP, sekali gus berjanji memastikan nasib semua SN diberi perhatian sepenuhnya.

A Samad berkata, penolakan itu tidak bermaksud suara SN atau orang sastera tidak akan didengar, sebaliknya mereka masih tetap didengar.

"Bertukar kerajaan pun sama sahaja, cuma (menteri) yang baharu. Tentu kerana masih baharu, beliau bersemangat. Sesiapa pun seperti itu, tetapi apakah ada stamina untuk melihat saya jalan betul atau tidak? Tuju atau tidak ke tempatnya?

"Melepaskan saya berjalan itu biasa, sama ada saya sampai ke jalan yang dituju, saya tidak fikir menteri berminat, saya tidak fikir itu," katanya sambil menafikan, keputusannya itu adalah kerana beliau merajuk dengan DBP.

"Bila saya merajuk? Saya tidak pernah merajuk. Orang cuma suka-suka guna kata-kata itu untuk memperkecilkan saya.

Bual bicara A Samad Said di https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/07/454012/saya-bersuara-apabila-berasa-sangat-diperlukan
Keratan akhbar BH pada 18 Julai lalu.
Tidak pernah merajuk

Saya tidak pernah merajuk, saya cuma membayangkan bahawasanya dalam keadaan macam mana pun, saya bergerak sendiri tidak dipengaruhi oleh organisasi," katanya.

Ditanya sama beliau 'terasa' hati dengan DBP kerana tidak mengulang cetak hasil karyanya, A Samad berkata, tugas DBP adalah mencetak buku dan mempersoalkan badan bahasa berkenaan jika tidak melaksanakan tanggungjawab itu.

"Tetapi saya tidak pernah merajuk, orang tua tidak mudah merajuk. Orang suka mengatakan orang tua merajuk, orang tua sebenarnya tidak merajuk tetapi berdendam mungkin.

"Saya cuma senang kalau buku saya yang diterbitkan oleh DBP itu diterbitkan semula tetapi jika itu tidak berlaku tentunya mereka mempunyai alasan sendiri," katanya.

Untuk rekod, hubungan A Samad dan DBP kurang mesra sejak awal 1990-an yang menyaksikan beliau mengisytiharkan 'mogok seni'. Ia disebabkan kegagalan DBP mencetak ulang karyanya yang pernah diterbitkan badan bahasa itu.

Antara yang paling diingati apabila naskhah pentas, Lantai T Pinkie: Sebuah Drama Nostalgia hanya dicetak sebanyak 500 salinan ketika dipentaskan di Singapura pada Jun 1996.

DBP juga gagal menunaikan janji mementaskan teater itu sebelum diambil alih pihak ketiga pada 1997.
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/07/454010/samad-said-sifatkan-tawaran-kembali-ke-dbp-terlambat

BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Khamis, 26 Julai 2018 | 9:18am
9 Lembaga Pengarah Khazanah Nasional letak jawatan
SENARAI ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd setakat hari ini.

KUALA LUMPUR: Sembilan pengarah Khazanah Nasional Bhd termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu memutuskan kepimpinan dan hala tuju syarikat pelaburan kerajaan itu, demikian menurut laporan The Straits Times, Singapura.

Mengikut laporan itu, sembilan pengarah berkenaan menandatangani surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh ketika mesyuarat lembaga pengarah khas pada Selasa.

Pengarah lain yang turut meletak jawatan termasuk Datuk Seri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah Nasional kerana menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya untuk membantu Bumiputera.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/453975/9-lembaga-pengarah-khazanah-nasional-letak-jawatan

Lembaga pengarah Khazanah letak jawatan
MyMetroMutakhir
Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) mengesahkan laporan bahawa semua ahli lembaga pengarahnya sudah meletak jawatan.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan berkata, langkah berkenaan bagi memastikan proses peralihan teratur dan lancar di bawah kepimpinan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

“Ahli lembaga pengarah berterima kasih kerana dapat berkhidmat dan berpendapat bahawa adalah sesuai untuk menawarkan kerajaan baharu bagi melantik ahli pengarah.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mempunyai maklumat berhubung lembaga pengarah yang baharu,” katanya.

Sebelum ini, portal berita dalam talian melaporkan bahawa sembilan pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif Tan Sri Nor Md Yusof, meletak jawatan.

Portal itu yang memetik laporan The Straits Times yang berpangkalan di Singapura berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu memutuskan kepimpinan dan hala tuju dana kekayaan kedaulatan itu.

Akhbar itu berkata, semua individu terbabit memeterai surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh semasa mesyuarat lembaga pengarah khas, pada Selasa.

Pengarah lain terdiri daripada tokoh terkemuka seperti Datuk Sri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datok Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah kerana menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.

Berikut ialah senarai syarikat milik penuh atau sebahagian kepentingannya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd:

1. Makanan agrikultur

- Blue Archipelago Bhd

- Malaysian Agrifood Corporation Bhd

- Biotropics Malaysia Bhd

- The Holstein Milk Company Sdn Bhd

2. Penerbangan

- Malaysia Airports Holdings Bhd

- Malaysia Airlines Bhd

3. Media dan kreatif

- Astro Malaysia Holdings Bhd

- Pinewood Iskandar Malaysia Studios

- Granatum Ventures Sdn Bhd

4. Pendidikan

- LeapEd Services Sdn Bhd

5. Perkhidmatan kewangan

- ACR Capital Holdings Pte Ltd

- CIMB Group

- Sun Life Malaysia

- Acıbadem Sigorta

6. Penjagaan kesihatan

- Acibadem Healthcare Group

- IHH Healthcare Bhd

- Regen Rehabilitation International Sdn Bhd

7. Infrastruktur dan pembinaan

- UEM Group Bhd

- PLUS Malaysia Bhd

- UEM Edgenta

8. Inovasi dan teknologi

- Aemulus Holdings Bhd

- Alibaba Group

- Cainiao Network

- Fractal Analytics

- ​General Fusion

- SilTerra Malaysia Sdn Bhd

- Sea

9. Pelancongan

- Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd

10. Sains hayat

- Xeraya Capital

11. Tenaga

- Tenaga Nasional Bhd

- Shuaibah Water and Electricity Company

12. Hartanah

- Iskandar Investment Bhd

- UEM Sunrise Bhd

- Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd

- Pulau Indah Ventures Sdn Bhd

- 8990 Holdings

- M+S Pte Ltd

13. Pembangunan mapan

- Cenviro

- Cenergi SEA

- RedT Energy

14. Telekomunikasi

- Axiata Group Bhd

- Telekom Malaysia Bhd (TM)

- TIME dotCom (TIME)

- edotco Group Bhd

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 9:50 AM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361775/lembaga-pengarah-khazanah-letak-jawatan

BERITA»Nasional
Khamis, 26 Julai 2018 | 1:10pm
'PM tentukan hala tuju Khazanah'
Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my
Cari Kata Kunci
MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Mohaamd Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada peletakan jawatan sembilan pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) diterima atau sebaliknya, akan ditentukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Perdana Menteri memiliki prerogatif untuk menentukan hala tuju Khazanah, termasuk melantik pengarah baharu atau mengekalkan pengurusan sedia ada.

"Perdana Menteri akan membuat keputusan terakhir dan kita serahkan pada kebijaksanaannya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng diminta mengulas peletakan jawatan sembilan pengarah termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Nor Md Yusof, bagi memberi laluan kepada kerajaan baharu memutuskan kepimpinan serta hala tuju Khazanah.

Pengarah lain membabitkan Datuk Seri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Dr Mahathir mengkritik Khazanah yang didakwa menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.

Guan Eng berkata, keputusan peletakan jawatan itu adalah bagi memberi peluang Perdana Menteri membuat keputusan mengenai masa depan Khazanah.

"Itu keputusan mereka, mungkin mereka ingin memberi peluang kepada Perdana Menteri membuat keputusan mengenai hala tuju seterusnya, sama ada pengarah yang dilantik kerajaan lama dikekalkan atau melantik pengarah baharu.

"Itu adalah langkah bijaksana untuk memberi pilihan kepada Perdana Menteri membuat keputusan," katanya.

Ditanya sama ada pelantikan dan peletakan jawatan pengarah Khazanah dibincang oleh jemaah Menteri, Guan Eng berkata, ia tidak berbangkit dalam mesyuarat Kabinet semalam.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskan langkah seterusnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454096/pm-tentukan-hala-tuju-khazanah

Kolumnis
Khamis, 26 Julai 2018 | 11:00am
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Mohd Yusni Ariffin dan Aizuddin Saad

Pemilihan PKR: Karisma Anwar atau potensi Azmin
Oleh Dr Ainul Adzellie Hasnul bhnews@bh.com.my

PROSES pemilihan kepemimpinan PKR yang akan bermula akhir bulan ini bukan sahaja dinanti-nantikan ahli parti itu, malah juga ditunggu-tunggu penuh minat oleh semua pihak.

Ia juga bakal mencipta sejarah tersendiri kerana kali pertama pengundian dibuat dalam talian menerusi sistem 'e-voting', setanding pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang menggunakan sistem sama dua tahun lalu.

Sesuatu yang menarik mengenai 'e-voting', proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.

Bagi pemilihan kali ini, walaupun mandat penyandang setiap jawatan dalam parti berkenaan sah sehingga 22 Februari tahun depan, proses mencari kepemimpinan baharu dilakukan lebih awal yang akan membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.

Pemilihan akan bermula dengan penamaan calon pada 27 hingga 29 Julai ini, sebelum pengundian selama sembilan minggu bermula 24 Ogos dan keputusan akan diumumkan ketika Kongres Nasional PKR pada November depan.

Pertandingan dua penjuru?

Paling menarik perhatian pada pemilihan kali ini adalah pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Wan Azizah yang dilihat cemerlang memimpin sehinggakan PKR berjaya memperoleh 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14, lebih awal menyatakan kesediaannya memberi laluan kepada Anwar untuk menerajui parti terbabit.

Malah, beliau dilaporkan berkata, tidak akan terkesan jika tidak mempertahankan jawatan presiden parti kerana masih memiliki jawatan dalam Pakatan Harapan (PH) selain kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun, ada pihak menjangkakan Anwar tidak akan 'dihadiahkan' jawatan tertinggi parti, sebaliknya berpotensi dicabar terutama oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, anak didiknya sendiri.

Walaupun belum membuat keputusan rasmi kerana sibuk dengan tugas sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, pemerhati politik berpendapat ia sekadar alasan Azmin untuk mencuri masa bagi mencongak peluangnya dan menilai sama ada mempunyai sokongan akar umbi parti bagi mencabar Anwar.

Petunjuk yang menyokong desas desus Azmin akan bertanding jawatan presiden datang dari 'kem' bekas Menteri Besar berkenaan sendiri, paling ketara adalah kenyataan Ketua Wanita PKR merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang dilihat sebagai penyokong setia Azmin dilaporkan berkata, PKR perlu bersedia untuk tidak menghalang sesiapa pun bertanding sebarang jawatan termasuk presiden, seolah-olah gambaran mahu melihat Anwar dicabar.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang pada masa sama sempat menyorot kejayaan kepemimpinan Azmin ketika menerajui Kerajaan Selangor sebelum ini.

Mereka yang menyokong Azmin pasti mahu melihat beliau mengambil alih kepemimpinan tertinggi parti yang akan membolehkan Ahli Parlimen Gombak itu melonjak lebih jauh dalam karier politiknya, disokong pula jawatan senior disandangnya dalam kerajaan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Dalam usia jauh lebih muda berbanding Anwar, Azmin pasti mahu mengukuhkan kedudukannya dalam persada politik negara selepas cukup setia dengan perjuangan PKR, melalui pelbagai ranjau dan duri sepanjang memperjuangkan reformasi dan menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri.

Persoalannya, sebagai 'anak didik' Anwar, adakah bekas Menteri Besar Selangor itu sanggup mencabar 'sifu' beliau dan adakah kenyataan Setiausaha Politik Azmin, Muhammad Hilman Idham bahawa bosnya tidak akan menentang Anwar akan menjadi kenyataan?

Penting bagi Anwar untuk menjadi presiden PKR kerana akan memudahkan laluan beliau menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamed berbanding kedudukannya ketika ini di luar Kabinet dan bukan sebagai Ahli Parlimen.

Oleh yang sedemikian, langkah pertama harus diambil beliau adalah memegang tampuk kepemimpinan PKR yang dilihat sebagai tulang belakang PH dan kemudian bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil.

Naib Presiden PKR, Tian Chua jelas menyokong Anwar sebagai peneraju parti apabila berpendapat sudah tiba masanya bekas Timbalan Perdana Menteri itu diangkat menjadi presiden, sekali gus mengembalikan haknya yang dinafikan.

Sanjungan Tian Chua dilihat sebagai simbolik sokongan reformis dalam PKR terhadap karisma Anwar yang sekian lama menjadi ikon menyatukan ahli parti berkenaan, melakukan banyak pengorbanan dan melalui pelbagai penderitaan kerana berulang kali dipenjarakan.

Tunggu November

Jawatan tinggi lain yang diramal bakal menyaksikan persaingan sengit adalah Naib Presiden PKR walaupun setakat ini, hanya Penasihat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyatakan hasratnya merebut jawatan itu.

Johari yang sebelum ini menolak tawaran menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana ingin memberi perhatian kepada tugas selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, yakin dengan peluangnya memenangi jawatan ketiga tertinggi dalam hiraki parti berdasarkan sokongan yang diterima.

Tokoh lain dijangka menawarkan diri bertanding jawatan sama walaupun belum membuat pengumuman rasmi adalah Zuraida, selain penyandang jawatan naib presiden seperti Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ada juga kemungkinan pemimpin kanan lain seperti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Sekretariat PH merangkap Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar turut menawarkan diri merebut jawatan naib presiden.

Bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula, dijangka muka baharu seperti Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan timbalannya, Dr Afif Bahardin akan mencuba nasib, selain muka lama mempertahankan jawatan seperti Ahli MPP, Latheefa Koya; Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong.

Sama ada berlaku pertandingan bagi semua jawatan utama, jawapannya akan diketahui selepas 29 Julai ini apabila mereka yang berminat bertanding, mula mencalonkan diri.

Sama ada Anwar bakal dinobatkan selaku presiden parti yang diasaskannya 19 tahun lalu atau terpaksa bersaing dengan pemimpin lain, sama-sama kita tunggu jawapannya pada November nanti.

Penulis adalah Penganalisis politik
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/07/454016/pemilihan-pkr-karisma-anwar-atau-potensi-azmin

Thursday, 26 July 2018
DARIPADA 222 AHLI PARLIMEN YANG ADA, JIKA 26 ORANG PUN TAK MAMPU BERADA DALAM DEWAN, BAIKLAH SEMUA LETAK JAWATAN!!!

Sejak dahulu lagi, kejadian tidak cukup korum ketika sidang Parlimen memang kerap berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang asing.

Baik ketika era pemerintahan BN, mahupun setelah negara ditadbir oleh Pakatan Harapan sekarang, perkara itu nampaknya tetap berlaku.

Ini bermakna, soal tidak hadir atau ponteng Parlimen tidak ada kena mengena dengan parti mana yang memerintah, tetapi lebih kepada sikap dan rasa tanggungjawab Ahli Parlimen itu sendiri. 

Tidak kira ketika era BN atau pun PH, yang tidak hadir bukan saja Ahli Parlimen kerajaan, tetapi juga pembangkang.

Pelbagai peringatan, teguran dan kritikan selalu kita dengar setiap kali kejadian tidak cukup korum itu berlaku dan menjadi perbualan dalam masyarakat.

Malah, pelbagai cadangan, saranan dan syor juga akan kedengaran untuk membendung agar ia tidak berlaku lagi, antaranya  pemotongan elaun dan sebagainya.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri turut memberi peringatan kepada menteri, timbalan menteri dan Ahli-Ahli Parlimen mengenai perkara itu.

Tidak cukup dengan segala teguran, saranan dan syor, untuk mengelakkan kejadian tidak cukup korum itu daripada terus berlaku, mesyuarat kabinet menteri-menteri juga dialih daripada hari Rabu kepada Jumaat.

Tujuaannya ialah supaya mereka yang ada jawatan menteri tidak ada alasan untuk tidak hadir ke Parlimen.

Sebenarnya jika setiap Ahli Parlimen menganggap tugas hadir ke Parlimen itu sebagai sebahagian kerja mereka, tidak ada sebab mereka tidak hadir atau sesuka hati ponteng begitu saja.

Apabila Ahli Parlimen tidak hadir ke Parlimen, ia adalah sama seperti seseorang yang ponteng kerja atau tidak datang ke pejabat. 

Apakah hukumnya gaji dan pendapatan yang mereka terima?

Jika Ahli-Ahli Parlimen itu pernah marah kepada anak-anak mereka yang ponteng kerja atau ponteng sekolah misalnya, mengapa mereka sendiri melakukan tabiat buruk itu?

Menukar mesyuarat kabinet daripada hari Rabu kepada hari Jumaat semasa sidang Parlimen bagi memastikan kejadian tidak cukup korum tidak berlaku, bukanlah tindakan yang praktikal dan wajar untuk mengatasi masalah ponteng di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.

Jumlah Ahli Parlimen adalah seramai 222 orang dan mereka yang dilantik sebagai menteri  tidak sampai pun 50 orang jumlahnya, sementara korum minima untuk membolehkan sidang Parlimen diadakan dan loceng tidak dibunyikan oleh Speaker hanyalah 26 orang saja.

Diulang sekali lagi - korum hanya 26 orang Ahli Parlimen sahaja!!

Jika pun ketika mesyuarat kabinet ada Ahli Parlimen yang berjawatan menteri tidak dapat hadir ke Parlimen, bermakna ada kira-kira 172 orang Ahli Parlimen lain yang tidak terikat dengan tugas rasmi kerajaan dan boleh hadir ke Parlimen seperti biasa.

Kalau dicampur dengan Ahli Parlimen yang menjadi timbalan menteri yang mungkin ada program kerajaan, mesyuarat dan sebagainya serta ditambah lagi dengan Ahli Parlimen tanpa jawatan dalam kerajaan dan pembangkang yang mungkin ada urusan di luar negara atau di kawasan masing-masing yang katalah jumlahnya  seramai 100 orang, bererti ada seramai 72 orang lagi lebihannya yang boleh kekal berada di Parlimen.

Apakah daripada jumlah itu, tidak boleh seramai 50 atau 40 orang Ahli Parlimen berada di Parlimen?

Lagi pula, sidang Parlimen bukan diadakan sepanjang tahun, sebaliknya hanya kira-kita empat sesi dalam setahun yang tempohnya hanya sebulan lebih sikit saja bagi setiap sesi.

Jika sekadar duduk di kerusi empuk Parlimen yang selesa dan berhawa dingin sambil dibayar lagi elaun kehadiran dan penginapan, berpakaian pula kot yang mahal, itu pun tidak boleh juga memenuhkan korum yang minimanya hanya 26 orang, memanglah Ahli Parlimen yang ada ini merupakan jenis manusia paling tak berguna dan tak bertanggungjawab sekali dalam masyarakat kita.

Oleh itu, jika ditukar mesyuarat kabinet kepada hari Jumaat sekali pun, tetapi Ahli-Ahli Parlimen yang ada kekal dengan sikap tiada rasa tanggungjawab, tidak ada perasaan malu dan memang jenis tak guna, masalah tidak cukup korum akan terus berlaku sampai bila-bila.

Apa yang penting setiap parti harus mewajibkan kepada Ahli Parlimen masing-masing untuk mesti hadir setiap kali sessi Parlimen diadakan serta jika boleh, mengambil bahagian dengan aktif, kecuali ada hal-hal kecemasan yang tidak boleh dielakkan  atau lebih baik letak jawatan saja daripada terus memalukan nama negara. (ShahbudinHusin 26/07/2018)
Shahbudin dot com: DARIPADA 222 AHLI PARLIMEN YANG ADA, JIKA 26 ORANG PUN TAK MAMPU BERADA DALAM DEWAN, BAIKLAH SEMUA LETAK JAWATAN!!!

.........................................

Tiada ulasan: