Selasa, 3 Julai 2018

Kisah anak yatim yang tidak diperlakukan sebagaimana Allah Subhanahuwatalla perintahkan. 7834.






Nauzubillahminzalik. 







Macam dalam drama 'Nur'
SEBAHAGIAN anak-anak yatim dan bekas pekerja rumah anak-anak yatim di Bachok yang enggan dikenali menunjukkan bukti bergambar berkenaan isu makanan dan kebajikan mereka yang diabaikan. FOTO Nor Amalina Alias

DIBERI makanan basi, tidak dibenar ke sekolah dan dilayan secara kasar, itu antara dakwaan penghuni rumah anak yatim di Bachok.

Perbuatan itu yang sudah berlarutan beberapa tahun, terbongkar apabila bekas tukang masak di rumah anak yatim berkenaan tampil mendedahkan perkara itu bagi membela nasib anak-anak malang itu.

Wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia mula bekerja di rumah anak yatim itu pada Februari lalu sebelum menyedari pengurusan di situ tidak menjaga kebajikan anak-anak yatim sewajarnya.

Katanya, antaranya menu yang disediakan hanya berasaskan telur, makanan yang sudah tamat tarikh luput dan hanya diberi makan dua kali sehari sehingga menyebabkan penghuni di situ kelaparan dan keracunan makanan, malah ada yang tidak diberi makanan langsung dalam sehari.
KEADAAN periuk nasi yang berkulat bukti kebersihan tidak dititikberatkan oleh pengurusan rumah anak yatim di Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

"Jika ada lauk ayam sekalipun tidak mencukupi untuk semua penghuni sedangkan rumah berkenaan menerima banyak sumbangan bekalan makanan asas, minuman dan bantuan kewangan daripada pihak luar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wanita itu berkata, lebih menyedihkan ustaz yang mengetuai pengurusan rumah anak yatim itu seolah-olah lepas tangan jika ada penghuni yang tidak pulang ke asrama, malah jika sakit juga tidak dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Beliau juga mendakwa keselamatan penghuni juga terancam kerana sikap ustaz berkenaan yang suka memukul dan mendenda mereka tanpa sebab munasabah seperti memaksa tidur di wakaf tanpa beralaskan apa-apa, dalam keadaan gelap dan sejuk selama seminggu.

"Saya sudah puas mengadu kepada pihak berkaitan, saya ada bukti bergambar, perbualan mesej, tapi tidak ada yang tampil membantu kerana mungkin mereka ingat saya mahu merosakkan reputasi ustaz itu, sedangkan saya buat semua ini kerana kasihan melihat anak-anak yatim ini menderita," katanya yang berhenti kerja di rumah anak yatim yang juga pusat tahfiz terbabit pada Jun lalu.
MAKANAN yang sudah luput tarikh diberi kepada anak-anak yatim di sebuah rumah anak yatim di Bachok. FOTO Nor Amalina Alias

Sementara itu, seorang anak yatim yang tinggal di rumah berkenaan berkata, pada awalnya seramai 60 penghuni tinggal di situ, namun kerana tidak tahan dengan layanan ustaz terbabit, mereka bertindak keluar dan kini hanya tinggal 24 orang saja yang tempat berlindung termasuk dirinya.

"Tahun ini paling teruk, ada ketika kami langsung tak diberi makan dan kena pandai-pandai cari makan sendiri, duit belanja sekolah tidak diberi, sumbangan duit raya kami juga ustaz ambil," katanya.

Rakannya pula mendakwa mereka diberi makanan yang luput tarikh dan pernah dijamu bihun goreng yang sejuk.

"Di depan keluarga saya, ustaz berjanji akan menjaga kami dengan baik, malah saya sendiri takut nak mengadu pada ibu kerana tahu ibu tiada tempat lain nak hantar saya kerana kami orang susah, tiada ayah," katanya.

Seorang lagi anak yatim berkata, dia tinggal bersama tiga beradik di rumah anak yatim berkenaan dan pernah dipaksa tidur di luar bangunan kediaman selama seminggu.

"Ustaz juga pernah ambil sumbangan orang ramai yang diberikan kepada kami, dalam RM800 seorang termasuk duit saya dan abang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 4:27 PM
Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354237/macam-dalam-drama-nur



[UPDATE] Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataannya mengesahkan Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada 8.30 pagi.

Bekas perdana menteri sudah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. 

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri.

Berita berkaitan

Najib didakwa esok

Najib Razak ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 6:28 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354281/update-najib-mungkin-hadapi-10-pertuduhan

BISNES»Korporat
Selasa, 3 Julai 2018 | 3:16pm
TM lancar unifi mampu milik bawah RM100
BharianBisnesKorporat
Oleh Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) akan melancarkan pakej unifi mampu milik disasarkan khusus untuk segmen B40 dengan kelajuan 30Mbps kurang dari RM100 bermula 15 Julai ini.

Pemangku Ketua Pegawai CEO TM, Datuk Bazlan Osman, berkata tawaran itu 40 peratus lebih rendah daripada harga pakej 30Mbps ketika ini iaitu RM199.

"Pengenalan pelan jalur lebar baharu ini dalam usaha berterusan syarikat menawarkan perkhidmatan jalur lebar mampu milik, sebagai menyokong aspirasi kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar pada akhir tahun ini.

"Pelan baharu ini juga bagi memperkukuhkan kedudukan kumpulan sebagai peneraju pasaran dan merealisasikan aspirasi jalur lebar dari segi harga, kepantasan dan liputan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada majlis itu, TM juga mengumumkan pelan unifi turbo yang menawarkan kelajuan jalur lebar dua kali ganda berbanding ketika ini.

Katanya, TM akan menaik taraf kelajuan pelanggan unifi sedia ada secara berperingkat kepada lebih dua kali ganda tanpa tambahan kos bermula 15 Ogos ini.

"Sementara pelanggan baharu yang melanggan pelan unifi sedia ada sebelum 31 Disember akan dinaik taraf mulai 2019," katanya.

TM turut melancarkan semula pelan pasca bayar tanpa had unifi Mobile khusus untuk pelanggan jalur lebar sedia ada mulai 15 Julai ini.

Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengunumkan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Penurunan harga itu berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu berkuat kuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.

Penurunan harga borong itu kelak akan turut mengurangkan harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/444531/tm-lancar-unifi-mampu-milik-bawah-rm100

BERITA » Kes
Selasa, 3 Julai 2018 | 6:35pm
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto Reuters
Najib dijangka hadapi lebih 10 pertuduhan
BharianBeritaKes
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan, kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dalam kenyataannya mengesahkan Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini sekitar jam 2.35 petang tadi berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada jam 8.30 pagi.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri. - BERNAMA

Sumber: 

BERITA»Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 3:04pm
Bendung fahaman perlihatkan ajaran agama jumud, kolot
Bharian Berita Nasional
Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemahaman terhadap teks Islam secara literal tanpa mengambil kira unsur maqasid dan fiqah, dimensi ketamadunan serta nilai universal, perlu dibendung kerana ia cenderung memperlihatkan ajaran agama sebagai jumud dan kolot.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kesannya cukup besar apabila ajaran Islam begitu dinamik dibawa Rasulullah SAW dan diteruskan golongan ulama, dilihat tidak mesra, termasuk oleh penganut agama lain.

"Pemahaman secara literal ini akhirnya membawa kepada salah faham terhadap Islam. Ia membawa fatwa agak pelik seperti tidak boleh berkongsi dobi dengan orang bukan Islam, golongan kafir harbi dan tidak boleh membentuk kerajaan bersama parti bukan Islam.

"Maka, hal ini perlu ditangani dalam membendung pendekatan secara literal terhadap Islam," katanya pada Majlis Pelancaran Buku Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas dan Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Muhiden Abd Rahman.

Naskhah karangan Mohd Muhiden itu diterbitkan secara bersiri merangkumi empat judul, iaitu Taharah, Solat, Pengurusan Jenazah dan Solat Sunat.
Menteri Pendidikan , Dr Maszlee Malik (dua kanan) melancarkan buku Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram turut bersama Ketua Pengarah DBP , Datuk Abdul Adzis Abas (kanan), Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan , Datuk Dr Mohd Gazali Abas (dua kiri) dan Penulis buku Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram , Profesor Madya Dr Mohd Muhiden Abd Rahman (kiri) pada Majlis pelancaran buku Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Sumber: 

BERITA»Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 9:31am
Selamat Datang ke KBS YB Syed Saddiq
BharianBeritaNasional
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong tiba di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada jam 8.42 pagi.

Ketibaan disambut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali dan staf.

Syed Saddiq bersama Timbalannya mengetik kad perakam masa pada jam 8.48 pagi tadi di KBS.

Baju korporat KBS dan jaket rimau turut diserahkan kepada Syed Saddiq dan timbalannya sebagai gimik menyambut kedatangannya mereka berdua.

Selepas itu, Syed Saddiq dan Steven Sim dibawa melawat sekitar Menara KBS sebelum diberi taklimat.

Pada jam 11.45 pagi, dijadualkan berlangsung sesi serah tugas yang akan dihadiri menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin.
SYED Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto Roslin Mat Tahir

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444394/selamat-datang-ke-kbs-yb-syed-saddiq

BERITA»Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 4:12pm
Duta Besar Malaysia ke China/Mongolia, Datuk Zainuddin Yahya. - Foto BERNAMA
Pulih hubungan dengan Mongolia
BharianBeritaNasional
Daripada Manan Samad cnews@nstp.com.my

ULAANBAATAR (Mongolia): Kunjungan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Mongolia hari ni diharap dapat memulihkan semula hubungan kedua-dua negara yang renggang terutama selepas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Timbalan Perdana Menteri dijadual tiba di sini lewat petang ini untuk menghadiri Persidangan Peringkat Menteri Asia Bagi Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR) bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Ia juga adalah lawatan kerja rasmi pertama Dr Wan Azizah ke luar negara sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Duta Besar Malaysia ke China/Mongolia, Datuk Zainuddin Yahya, berkata kes kontroversi membabitkan model Mongolia itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

"Kerajaan Mongolia dalam surat tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyelitkan isu itu.

"Saya harap kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke sini dapat menghidupkan semula hubungan Malaysia dan Mongolia bermula di peringkat menteri.

"Kerajaan sudah memberi mesej jelas (dengan membuka semula siasatan kes Altantuya)," katanya pada taklimat media sempena persidangan itu, hari ni.

Hadir sama Pengarah Bahagian Mitigasi, Sektor Perancangan dan Dasar Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), Bibi Zarina Che Omar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Mitigasi NADMA, Che Siti Noor Che Mamat.

Siasatan kes Altantuya dibuka semula susulan laporan polis baharu yang dibuat bapanya Dr Setev Shaariibuu pada 20 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 1971 sememangnya lembap dan ia diburukkan lagi dengan kes terbabit.

"Kali terakhir lawatan rasmi pemimpin Malaysia ke sini adalah pada 1997 ketika zaman Dr Mahathir.

"Lawatan membabitkan agensi kerajaan dan swasta kedua-dua negara juga tidak banyak," katanya.

Zainuddin berkata, hubungan kedua-dua negara terhad pada forum antarabangsa tapi ruang untuk sektor ekonomi sebenarnya terbuka luas.

"Nilai dagangan dua hala pada tahun lalu hanya RM73.6 juta manakala pada 2016 RM66.7 juta.

"Malaysia mengeksport antaranya barangan makanan, minyak sawit dan produk berasaskannya serta produk perkayuan manakala eksport Mongolia adalah produk tenusu dan berasaskan bulu haiwan serta besi buruk," katanya.

Sumber: 

BERITA»Nasional
Selasa, 3 Julai 2018 | 4:21pm
Yang Di Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad V mencemar duli menyampaikan sumbangan Raya kepada 53 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang cedera ketika bertugas ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kebawah Duli Yang Di-Petuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad V turut mengiringi Menteri Pertahanan , Mohamad Sabu (kiri) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Agong cemar duli hadiri majlis Aidilfitri ATM
BharianBeritaNasional
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf.

Dalam majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 53 warga ATM yang cedera serta diraikan dalam majlis terbabit.

Mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota termasuk veteran ATM yang tercedera semasa penugasan operasi dan latihan seperti terkena jerangkap samar dan sebahagiannya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perkhidmatan.

Sumber: 

SUKAN»Lain-lain (Sukan)
Selasa, 3 Julai 2018 | 5:25pm
SYED Saddiq menerima nota serah tugas daripada Khairy pada majlis Selamat Datang ke KBS, di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Jangan salah Saddiq - Khairy 
BharianSukanLain-Lain
Oleh Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan penggantinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak boleh disalahkan seandainya kontinjen negara gagal memenuhi sasaran pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Khairy yang hadir dalam sesi menandatangani nota serah tugas jawatan itu kepada Syed Saddiq di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini berkata, beliau sanggup mengambil tanggungjawab terhadap prestasi kontinjen negara pada temasya yang dijadualkan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September itu.

"Jika anda (Syed Saddiq) tak dapat penuhi sasaran Sukan Asia nanti, anda boleh menyalahkan saya. Saya akan terimanya," katanya.

Pada Februari 2016, Khairy melancarkan Program Podium yang diwujudkan khusus bagi program bersepadu persediaan atlet elit dengan peruntukan RM75 juta pada tahun itu dengan Institut Sukan Negara (ISN) diberi tugas menjalankannya.

Kontinjen negara mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya itu empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan di mana negara hanya memperoleh lima emas, 14 perak dan 14 gangsa namun pencapaian atlet kali ini bakal menjadi tumpuan apa lagi selepas kewujudan Program Podium.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali berhubung sasaran pingat emas itu.

"Saya sebenarnya sudah berbincang dengan Datuk Lokman Hakim Ali tentang penetapan sasaran ini semalam dan kita akan umumkan mengenai sasaran kepada media dalam masa terdekat.

"Tetapi saya akan jumpa atlet dan persatuan sukan dahulu bagi menetapkan sasaran yang lebih tepat," katanya.

Biarpun sasaran sering menjadi fokus orang ramai terhadap kontinjen negara, Syed Saddiq berkata, beliau tidak mahu sasaran yang diletakkan menyebabkan kebajikan atlet terpinggir.

"Kita tak mahu memberikan tekanan hingga satu tahap di mana kebajikan mereka (atlet) dipinggirkan. Kejayaan kita adalah kejayaan bersama. 

"Jika ada atlet yang sakit, sakitnya sama seperti apa yang kita rasakan," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/07/444578/jangan-salah-saddiq-%C2%A0khairy%C2%A0








Tiada ulasan: