Ahad, 1 Julai 2018

Majoriti ahli UMNO mahukan perubahan, tetapi dikawal 'orang lama' atau warlord parti yang enggan berubah. 7824.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).” (Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 ) 7818.

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185)

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla.

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

My Dashboard. 
.

.

KJ tolak jawatan Setiausaha Agung UMNO
Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my
SELEPAS tewas dalam persaingan merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti, Khairy Jamaluddin menolak tawaran jawatan Setiausaha Agung parti itu daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi status Twitternya hari ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu merakamkan terima kasih kepada Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO yang baharu atas tawaran itu.

“Terima kasih DS @Zahid_Hamidi kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberitahu beliau, saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

“Saya mahu memberi fokus kepada tugas sebagai MP (Ahli Parlimen Rembau). Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Dalam pemilihan UMNO semalam, Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO kelapan bagi tempoh 2018-2021.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO.

Kemenangan Ahmad Zahid menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar iaitu veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang dan Khairy.

Terdahulu, Khairy hari ini melalui status Twitternya menulis, walaupun menerima kekalahannya itu dengan hati yang terbuka, namun beliau melihat majoriti ahli UMNO mahukan perubahan, tetapi dikawal 'orang lama' atau warlord parti yang enggan berubah.

“Walaupun saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya mahu UMNO berubah. Buang mentaliti feudal.

“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah, tetapi warlords (hulubalang parti) masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya.

Katanya, statistik undi popular turut menunjukkan majoriti ahli mahu perubahan.

“Sistem undi bahagian menyebelahi warlords yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka. Ramai diarah, diugut, dipaksa ikut pilihan warlords,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 6:01 PM

Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/353612/kj-tolak-jawatan-setiausaha-agung-umno

My Metro Utama
Zahid sah jumpa SPRM esok
BERNAMA
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang yayasan.

“Saya akan perjelaskan (situasi sebenar) selepas memberi keterangan di SPRM esok,” kata Anggota Parlimen Bagan Datuk itu dalam sidang media pertamanya sebagai presiden baharu UMNO di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa yayasan berkenaan dimiliki keluarganya dan beroperasi untuk menjalankan aktiviti kebajikan.

“Keterangan yang saya akan beri (ialah) mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri," katanya.

“Tujuannya (yayasan) itu ialah melakukan amal jariah pembinaan masjid, maahad tahfiz dan beberapa aktiviti kebajikan lain bagi mengikut hukum syariah seperti sedekah infak dan lain-lain.

"Wang yang terdapat dalam yayasan itu datang daripada sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang mahu melakukan amal jariah,” jelas beliau.

Beberapa portal melaporkan bahawa Ahmad Zahid, yang merupakan pengerusi yayasan tersebut, disyaki menggunakan RM800,000 dana yayasan itu untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Mengenai pembekuan akaun UMNO, Ahmad Zahid berkata, parti itu telah menyerahkan surat kepada SPRM agar membuat kelonggaran dalam memberikan wang untuk kegunaan pembayaran gaji kakitangan dan sewaan.

“Kita minta kelonggaran agar pegawai dan kakitangan bergaji tidak dizalimi kerana mereka mempunyai keluarga dan tentunya pihak SPRM akan menggunakan kaedah-kaedah perundangan yang sedia ada untuk memberikan kelonggaran ini,” katanya.

Pada 29 Jun lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 6:01 PM

Sumber: 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/353614/zahid-sah-jumpa-sprm-esok



n.
HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n
.


Tiada ulasan: