Jumaat, 27 Julai 2018

Mana ikan, mana nasi, mana tempoyak, mana lada. 7936.


Sedap makan: Mana ikan, mana nasi, mana tempoyak, mana lada. Semua sudah menyatu dalam perut. Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah rezeki Mu Ya Allah. 

Ada orang kata Kekalahan adalah Kemenangan Yang Tertangguh. Inilah antara punca mengapa Perlantikan Perdana Menteri ke 7 tertangguh dan menjadi isu penyokong pembangkang hari ini. Tiga artikal yang disertakan iaitu Keputusan PRU-14 10 Mei 2018 terbitan NajibRazak dot com adalah dirujuk. 

Dua artikal berikutnya yang berjudul Mahathir Tak Pernah Kalah… Tapi Kali Ini Sebaliknya – Musa Hitam By MT Webmaster  On Jun 21, 2016 dan Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 13, 2016 22:31 MYT adalah cubaan kerajaan ketika itu untuk mengekang pengaruh Tun Dr Mahathir dengan mengkambing hitamkan Tun Musa sekali lagi dari sudut yang berbeza. 

Di akhir artikal Keputusan PRU-14 10 Mei 2018 terbitan NajibRazak dot com ada menyatakan Kita sudah menang di 79 kerusi dan ini satu mandat berat dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, untuk beri kepercayaan mungkin lebih lagi, pada masa akan datang. Mungkin itulah maksud Kekalahan adalah Kemenangan Yang Tertangguh. Apakah Najib berkeyakinan waktu itu masih boleh jadi bangsawan penguasa lagi? 

Najib lupa pertandingan itu adalah antara Gagasan Barisan Nasional selaku MONEY IS KING dengan Gagasan MISKIN Pakatan Harapan yang bersimbulkan Parti Keadilan Rakyat (PKR, AMANAH, BERSATU dan DAP) setelah Bersatu disekat sementara dari menjadi parti yang sah sebelum PRU Kebangsaan ke 14. Kita ketepikan dulu kisah Parti KING MAKER tidak menjadi. 

Ini sebabnya yang membuatkan Najib menyatakan “Oleh kerana tak ada parti yang mendapat majoriti atau “simple majority” maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan siapa yang akan dilantik oleh Baginda sebagai Perdana Menteri.” Ertinya tiba-tiba Najib menggambarkan seolah-olah PRU 14 adalah pertandingan antara Umno, Keadilan, Amanah, Bersatu dan Dap. (Buang apa itu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam pendekatannya tentang simple majority) Walhal Pakatan Harapan sudah dinobatkan memperoleh Simple Majority yang tidak tertangguh dan tidak tersanggah lagi serta sah dari segi perundangan Pilihan Raya Malaysia. 

Mungkin Umno tidak tahan dengan tawaran Parti King Maker yang tidak menjadi, yang telah memberi pelbagai syarat, yang juga dengan hanya menang beberapa kerusi Parlimen.

Dalam artikal Keputusan PRU-14 Najib langsung tidak menyatakan beliau dan kuncu-kuncunya kalah. Sekadar menyatakan Saya dan rakan-rakan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat, “I accept the verdict of the people,” dan parti Barisan Nasional adalah komited untuk terus menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen. Najib juga menyatakan secara umum bahawa beliau sedar, ada juga perkara yang tidak sempurna sepanjang pentadbirannya, tetapi keutamaannya adalah sentiasa untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran rakyat Malaysia. 

Malah Najib mendawa dan mengungkit serta tidak mengakui barang sedikit pun secara jelas menyatakan punca kekalahan terbesar adalah dari kesilapan dirinya sendiri dan kanca-kancanya, antaranya: 
  1. Pilihan raya yang telah memperlihatkan pertembungan begitu sengit tetapi merupakan manifestasi atau validation kepada amalan prinsip demokrasi yang kita anuti. 
  2. Senjata dalam PRU kali ini termasuk fitnah dan hasutan yang dilemparkan, antaranya Barisan Nasional akan melakukan penipuan untuk memenangi pilihan raya. Jelas sekali dengan keputusan Pilihan Raya ini bahawa tidak ada penipuan. Ada juga dakwaan mengatakan bahawa saya dan rakan-rakan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara malam tadi, disebut kononnya untuk isytihar darurat, sedangkan jelas bahawa tidak ada mesyuarat bahkan tidak dipanggil pun untuk mesyuarat.
  3. Sejak saya mengambil alih jawatan pada 2009, Kerajaan telah cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan generasi akan datang. Mencipta 3 juta pekerjaan, mengekalkan kadar kemiskinan pada tahap rendah, membina Infrarakyat, memastikan ekonomi Malaysia dipacu pada kadar pertumbuhan yang boleh dibanggakan dan menerima pengiktirafan antarabangsa dan rakyat secara inklusif mendapat banyak faedah melalui pelbagai inisiatif dan program yang kita laksanakan untuk setiap golongan, tiada yang ketinggalan. Namun, jelas sekali apa yang kita lakukan mungkin kurang tarikan berbanding apa ditawarkan pihak lawan. 
  4. Kini, rakyat menanti janji-janji dan perancangan dilaksanakan seperti yang terkandung dalam manifesto mereka. Kita dah lakukan yang terbaik dan pencapaian serta rekod kita boleh dibanggakan. 
Najib menyimpan hasrat untuk terus menjadi bangsawan penguasa bila menyatakan “Oleh kerana tak ada parti yang mendapat majoriti atau “simple majority” maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan siapa yang akan dilantik oleh Baginda sebagai Perdana Menteri.” Sebagai jalan menafikan Pakatan Harapan sebagai pemenang, Najib seterusnya menyatakan “Mengikut perlembagaan, pelantikan ini adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan ia adalah berdasarkan kepada prinsip siapa yang mendapat kepercayaan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.” dan mencanai lagak bagus seterusnya dengan kenyataan “Barisan Nasional akan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong, dan saya menggesa rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang tenang dan beri kepercayaan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.” 

Najib sebenarnya sedar beliau telah kalah dan sekadar berlapik kata dengan menyatakan  “Tentu sekali akan berlaku perubahan dan saya komited untuk menentukan penyelesaian dan keputusan terbaik yang akan kita landaskan kepada kepentingan rakyat dan negara.”  serta kenyataan beliau selanjutnya “Malaysia adalah negara sangat teristimewa, saya dan rakan-rakan berasa amat bertuah diberi peluang untuk memimpin Kerajaan dan negara ini selama ini.” 

Kita sudah menang di 79 kerusi dan ini satu mandat berat dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, untuk beri kepercayaan mungkin lebih lagi, pada masa akan datang.

Itulah Najib yang tegar dengan sindrom PENAFIAN. 

10 Mei, 2018
Keputusan PRU-14
Kita baru saja tamat PRU yang ke-14, pilihan raya yang telah memperlihatkan pertembungan begitu sengit tetapi merupakan manifestasi atau validation kepada amalan prinsip demokrasi yang kita anuti.

Banyak perkara digunakan sebagai senjata dalam PRU kali ini termasuk fitnah dan hasutan yang dilemparkan, antaranya Barisan Nasional akan melakukan penipuan untuk memenangi pilihan raya.

Jelas sekali dengan keputusan Pilihan Raya ini bahawa tidak ada penipuan. Ada juga dakwaan mengatakan bahawa saya dan rakan-rakan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara malam tadi, disebut kononnya untuk isytihar darurat, sedangkan jelas bahawa tidak ada mesyuarat bahkan tidak dipanggil pun untuk mesyuarat.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pemimpin Barisan Nasional di peringkat nasional dan akar umbi, rakan-rakan dalam Barisan Nasional dan UMNO yang bekerja siang dan malam dalam membuat segala-gala program berkaitan PRU.

Sejak saya mengambil alih jawatan pada 2009, Kerajaan telah cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan generasi akan datang.

Mencipta 3 juta pekerjaan, mengekalkan kadar kemiskinan pada tahap rendah, membina Infrarakyat, memastikan ekonomi Malaysia dipacu pada kadar pertumbuhan yang boleh dibanggakan dan menerima pengiktirafan antarabangsa, dan rakyat secara inklusif mendapat banyak faedah melalui pelbagai inisiatif dan program yang kita laksanakan untuk setiap golongan, tiada yang ketinggalan.

Namun, jelas sekali apa yang kita lakukan mungkin kurang tarikan berbanding apa ditawarkan pihak lawan.

Kini, rakyat menanti janji-janji dan perancangan dilaksanakan seperti yang terkandung dalam manifesto mereka.

Kita dah lakukan yang terbaik dan pencapaian serta rekod kita boleh dibanggakan.

Namun, saya sedar ada juga perkara yang tidak sempurna sepanjang pentadbiran saya, tetapi keutamaan saya adalah sentiasa untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Saya dan rakan-rakan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat, “I accept the verdict of the people,” dan parti Barisan Nasional adalah komited untuk terus menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen.

Oleh kerana tak ada parti yang mendapat majoriti atau “simple majority” maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan siapa yang akan dilantik oleh Baginda sebagai Perdana Menteri.

Mengikut perlembagaan, pelantikan ini adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan ia adalah berdasarkan kepada prinsip siapa yang mendapat kepercayaan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Barisan Nasional akan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong, dan saya menggesa rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang tenang dan beri kepercayaan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan.

Tentu sekali akan berlaku perubahan dan saya komited untuk menentukan penyelesaian dan keputusan terbaik yang akan kita landaskan kepada kepentingan rakyat dan negara.

Malaysia adalah negara sangat teristimewa, saya dan rakan-rakan berasa amat bertuah diberi peluang untuk memimpin Kerajaan dan negara ini selama ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya dalam BN sekali lagi, termasuk kepada ahli-ahli keluarga mereka juga kerana memberi sokongan padu kepada BN.

Kita sudah menang di 79 kerusi dan ini satu mandat berat dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan, untuk beri kepercayaan mungkin lebih lagi, pada masa akan datang.

Keputusan PRU-14 | NajibRazak.com
Mei | 2018 | NajibRazak.com

Mahathir Tak Pernah Kalah… Tapi Kali Ini Sebaliknya – Musa Hitam
By MT Webmaster  On Jun 21, 2016

Musa Hitam
Musa Hitam

(Agenda Daily) – Menjadi orang nombor dua kepada Tun Mahathir Mohamad selama enam tahun pertama beliau sebagai Perdana Menteri menjadikan Tun Musa Hitam arif tentang perangai bos lamanya.

Musa sendiri ‘dipaksa’ letak jawatan dan secara bergurau pernah memberitahu nasibkan akan serupa Datuk Seri Anwar Ibrahim (tuduhan seks luar tabii) jika tidak letak jawatan.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya.

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Jelasnya, isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.

Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

“Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

Terdahulu Musa yang juga Pengerusi Yayasan Sime Darby ketika berucap memberitahu, festival yang bertemakan Pendidikan Seni dan Masa Depan ini adalah gabungan persembahan artis-artis tempatan dan pelajar universiti di bawah bumbung yang sama.

Beliau yakin, festival ini dapat menjadi platform kepada artis-artis serta penggiat seni negara untuk menonjolkan hasil kerja serta melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa.

Febuari lalu, Musa dilaporkan meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.

Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

“Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan … dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.

“Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja … mereka hanya perlu setia jika mahu terus ‘hidup’,” kata Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 1986.
Mahathir tak pernah kalah… tapi kali ini sebaliknya – Musa Hitam – Malaysia Today

Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 13, 2016 22:31 MYT
Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
Kata Tun Musa beliau dipersalahkan parti pembangkang, 
dibiarkan jadi kambing hitam dan terumbang-ambing oleh rakan dalam UMNO. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI) malam ini.

BACA: Kenyataan penuh Tun Musa berhubung peristiwa Memali

Hakikatnya, Tun Musa menegaskan beliau langsung tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.

Namun selepas mendiamkan diri selama 30 tahun, beliau menceritakan bagaimana beliau menangani krisis tersebut dalam bukunya 'Frankly Speaking'.

Tun Musa berpendapat banyak sebab menyumbang kepada persepsi negatif terhadapnya berhubung peristiwa Memali.



"Saya bukan pemimpin yang berpengaruh ketika itu, saya banyak memberikan masalah kepada kepimpinan, saya individu yang kontroversi,

"Media pula seolah-olah malu untuk melaporkan kebenaran,

"Ketika peristiwa Memali berlaku, tiada pihak yang menumpukan kepada perkara positif,

"Satu-satunya ruang untuk berterus-terang adalah sidang akhbar pasca insiden, saya malah menawarkan diri untuk ditemuramah secara eksklusif kepada media, namun tiada yang berminat," kata Tun Musa lagi.

Beliau berpendapat, nasib beliau mungkin berbeza, sekiranya teknologi media ketika itu adalah seperti yang wujud ketika ini.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985, menyaksikan 14 orang maut dalam pertempuran antara polis dan penduduk kampung.

Insiden berlaku ketika polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Tun Musa Hitam merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Ikuti wawancara penuh rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI).


Saya penat tanggung beban sejarah jadi kambing hitam peristiwa Memali - Musa Hitam | Astro Awani

















Tiada ulasan: