Jumaat, 27 Julai 2018

Terima kasih kerana mengabaikan dan tidak mengisukan kata-kata provokasi dia. 7937.


Antara kata-kata orang yang hilang kasih sayang kewarga negaraan. 

Serupa jer dengan yang cakap Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Malaysia pun dijajah sudaaa... oleh bangsawan kliptokrasi yang kaya dengan sindrom penafian. Nauzubillahminzalik. 
Kata-kata dia ini terbatal bila Perlembagaan Malaysia adalah dirujuk. Terima kasih kerana mengabaikan dan tidak mengisukan kata-kata provokasi dia. 

Siapa dalam kem Rafizi?

Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat hampir tidak dapat dielakkan selepas bekas anggota parlimen Pandan itu mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR September ini.

Azmin masih berahsia, namun lebih mudah untuk membayangkan menteri hal ehwal ekonomi itu mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2010 berbanding mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kedudukan nombor satu.

Yang pasti, dalam pertembungan yang disifatkan Rafizi sebagai antara ahli politik (career politician) dan reformis, bekas anggota parlimen Pandan itu memerlukan seberapa banyak sokongan yang ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi menunjukkan nada kempennya iaitu "mempertahankan idealisme reformasi" yang menjadi punca tertubuhnya parti itu.

Beliau juga membayangkan pasukannya dalam pemilihan kali ini adalah mereka yang tidak memegang kuasa, dengan kehidupan yang " tidak berubah sebelum dan selepas PRU ke-14".

"Saya tahu itu satu beban yang berat kerana saya bukanlah berjawatan kerajaan atau berduit," katanya.

Beberapa nama dispekulasikan berada dalam kem Rafizi termasuklah rakan sejawatnya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah, yang pernah bersama Rafizi dalam pasukan sama pada pemilihan PKR 2014, dijangka akan mempertahankan jawatan naib presiden.

Nama lain yang turut dikaitkan berada dalam kem Rafizi adalah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Anggota Parlimen Selayang William Leong dan Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan.

Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini juga dijangka bertanding jawatan naib presiden.

Dua lagi nama yang turut dispekulasikan berada dalam kem Rafizi ialah Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail.

Fuziah dan Rodziah masing-masing dijangka akan bertanding jawatan ketua Wanita dan timbalan ketua Wanita.

Sementara itu, bagi jawatan sayap Pemuda, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir dan Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar dispekulasikan akan bersama Rafizi.

Akmal dikatakan akan bertanding jawatan ketua Pemuda dengan Raymond dijangka menjadi timbalannya.

'Menyanjung di bawah'

Bermula minggu depan, Rafizi akan memulakan kempennya dengan mengadakan pertemuan dengan anggota PKR di seluruh negara.

"Saya sudi mendengar, ditegur, memohon maaf dan mencadangkan bagaimana kita mahu membina parti reformasi yang kekal dengan idealismenya.

"Serta menyanjung aktivis di bawah lebih tinggi berbanding tunduk kepada jawatan di atas," katanya.

Pemilihan PKR tahun ini dijangka bertumpu pada 'perseteruan' antara Rafizi dan Azmin yang mendominasi pergelutan dalaman parti itu sejak 2014.

Rafizi akan membuat pengumuman rasmi berhubung kempen dan pasukannya pada Ahad ini di Hotel de Palma, Ampang.
-malaysiakini
at 7/27/2018 11:11:00 PTG
KERENGGA: Siapa dalam kem Rafizi?

Friday, July 27, 2018
BEZA CALON DAN MACAI.

Calon 1: "Terserahlah kepada para pengundi untuk memilih siapakah calon yang dirasakan dapat memberi khidmat yang terbaik kepada mereka kerana demokrasi memberi hak kepada mereka untuk membuat pilihan"

Calon 2: "Betul tu .. kita kena terima dengan berlapang dada sesiapa sahaja yang jadi pilihan pengundi kerana pengundi sekarang adalah bijak dan berpengetahuan belaka.

Macai 1: "Orang yang bangang je yang mengundi UMNO"

Macai 2:  "Kalau nak  kena kencing lagi, teruskanlah pilih PKR"

Posted by al-lavendari at 10:17 PM
KomenSen: BEZA CALON DAN MACAI.

KATA-KATA PENYOKONG UMNO DAN PKR SELEPAS PRK.
al-lavendari pada KomenSen - 33 minit yang lalu
KATA Dalam PRK Sungai Kandis nanti natijahnya samada UMNO atau PKR akan menang. Kalau UMNO menang, komen2 seumpama ini akan diucapkan oleh penyokong kedua2 pihak. Penyokong UMNO - Ini petanda jelas bahawa rakyat sudah menolak PKR dan kerajaan PH kerana bersikap munafik dengan mempermain2kan mereka dengan janji2 palsu semasa PRU yang lepas. PKR - Kita sudah menjangka akan kalah kerana biasanya pengundi tidak kisah sangat utk keluar mengundi. Mereka tahu kalah atau menang, PH tetap akan memerintah Selangor. Kalau PKR menang. Penyokong UMNO - Dalam PRK jarang pembangkang boleh menan... lagi »
KomenSen



Tiada ulasan: