Isnin, 30 Julai 2018

Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka. 7950.



Al Fatihah.
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka yang telah ditawan Israel, ketika dalam misi kemanusiaan pelayaran kapal Al-Awda menuju ke Gaza. Aamiin.

BERITA»Nasional
Isnin, 30 Julai 2018 | 12:13pm

Kapal bawa aktivis tunggal Malaysia ditawan Israel
Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my
KAPAL Al-Awda yang membawa 22 Aktivis Kemanusiaan Dunia terputus hubungan komunikasi selepas dipercayai dirampas ketika berada 48 batu nautika dari Gaza. 
LOKASI terakhir kapal Al-Awda sebelum terputus hubungan. 
SERI KEMBANGAN: Seramai 22 aktivis termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, diculik oleh tentera Israel pada jam 7.15 petang waktu Malaysia di perairan antarabangsa ketika dalam misi kemanusiaan pelayaran kapal Al-Awda menuju ke Gaza.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata tindakan Israel dengan merampas dan menculik anak kapal Al-Awda di perairan antarabangsa dianggap sebagai mencabul kehormatan undang-undang maritim.


Katanya, Israel tidak berhak menahan kapal Al-Awda daripada belayar di perairan antarabangsa dan tindakan menghalang masuk ke Gaza serta menyekat semua akses luar bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat yang menegah hukuman kolektif ke atas mana-mana komuniti.


"Tindakan merampas dan membawa anak kapal masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan, malah mereka tidak berhak melayan anak kapal seperti penjenayah.


"Kapal Al-Awda belayar secara aman tanpa provokasi, tidak membawa senjata dan hanya membawa mesej solidariti serta sedikit bantuan perubatan. Justeru tindakan Israel ini tidak ubah seperti lanun, " katanya dalam sidang media, di pejabat MyCARE, dekat sini, hari ini.


Yang turut hadir isteri Mohd Affandi, Ayu Mazlan, 45 dan dua anaknya Anis Afifah, 20 serta Adib Affandi, 11.


Ketika ini, anak kapal Al-Awda semua berada dalam keadaan selamat dan kapal mereka ditunda di Pelabuhan Ashdod.


Kapal Al-Awda sudah belayar sejak 22 Mei lalu bermula dari Copenhagen, Denmark dengan misi 'Just Future for Palestine 2018' membawa penyertaan 13 orang rakyat Malaysia secara bergilir-gilir. Ia mempunyai tujuan kemanusiaan dengan menghantar 116 kotak bekalan ubatan bernilai hampir RM62,000 disebabkan keadaan yang begitu kritikal.


Misi ini juga bertujuan membebaskan Gaza daripada sekatan zalim Israel yang berlanjutan lebih daripada 12 tahun.


Hafidzi berkata, MyCARE sudah menghubungi dan memaklumkan kepada Wisma Putra supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.


"MyCARE dengan bantuan Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga sudah mengaktifkan komunikasi dengan pasukan peguam bagi membantu pembebasan Mohd Affandi. Peguam yang akan menguruskannya ialah Gaby Larsky iaitu peguam sama yang menguruskan pembebasan remaja Palestin semalam.


"Justeru MyCARE menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) turut menggunakan peruntukan yang ada untuk menjamin keselamatan anak kapal daripada 16 negara sehingga selamat pulang ke negara masing-masing," katanya.


Sementara itu, Ayu berkata, beliau sudah bersedia dengan semua kemungkinan yang akan berlaku dan berharap Israel dapat membebaskan suaminya serta anak kapal lain dengan selamat.


"Kali terakhir berhubung dengan suami adalah semalam dan dia menyatakan semuanya baik saja. Tetapi apabila mengetahui mengenai penahanan itu, saya cemas dan takut.


"Namun atas nasihat dan yakin dengan perancangan MyCARE, saya reda dengan harapan semuanya akan baik saja.


"Bagi saya tindakan Israel begitu kejam kerana ini adalah bantuan kemanusiaan daripada semua negara termasuk bukan Islam. Jadi saya berharap tindakan mereka akan mendapat pembalasan, "katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/455566/kapal-bawa-aktivis-tunggal-malaysia-ditawan-israel

BERITA»Politik
Isnin, 30 Julai 2018 | 12:41pm

PRK Balakong: Penamaan calon 18 Ogos, mengundi 8 September
Oleh Azura Abas da Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Selangor.

Timbalan Pengerusinya Tan Sri Othman Mahmood berkata, pihaknya turut menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon.


Beliau berkata, seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemaskini sehingga 2 Julai lalu.


"Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.


"Malah, kami turut menambah saluran kepada pengundi berumur 60 tahun dan ke atas," katanya dalam sidang akhbar PRK DUN Balakong di sini hari ini.


Katanya, kos perbelanjaan bagi PRK DUN Balakong adalah RM1.5 juta.


Othman berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim pada Jumaat lalu berhubung dengan kekosongan kerusi DUN Balakong.


Menurutnya, pemakluman tersebut ekoran kematian penyandang kerusi DUN berkenaan iaitu mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.


Tien Chee terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan menyebabkan mendiang maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.


Pada pilihan raya umum lalu, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 35,538 undi.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/455589/prk-balakong-penamaan-calon-18-ogos-mengundi-8-september

Monday, July 30, 2018
Rara bawa keresahan rakyat terhadap pembalakan di Janda Baik
Pada 30oleh 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara menggesa kerajaan Negeri Pahang agar menjalankan pemantauan ketat berhubung dakwaan pembalakan komersil melibatkan projek Pembinaan Talian Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bentong South-Lenggeng.

Tegasnya, perkara itu penting bagi memastikan ia tidak memberi kesan buruk kerosakan hutan dan sekitar.


“Projek ini berlaku di kawasan Janda Baik dan melibatkan kawasan hutan dara dan beberapa sungai utama di kawasan Janda Baik.


“Saya dan pihak penduduk yang membantah faham bahawa projek ini adalah penting dan berdasarkan agenda nasional,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.

Beliau turut membangkitkan persoalan tentang tempoh lesen kontraktor yang terlibat apabila  tempoh lesen yang tertera di papan tanda kongsi menyatakan tarikh 1/9/2017 sehingga 28/2/2018 yang telah diubah kepada 01/09/2018 hingga 31/12/2018.


“Ini saya boleh tunjukkan gambar sebelum dan selepas. Apa yang sebenarnya terjadi di sini? Patutnya tempoh lesen sudah berakhir atau belum bermula?” soalnya.


Prosedur pemotongan balak juga menimbulkan keraguan apabila didapati balak tersebut hanya ditandakan selepas dipotong.


Menurut Rara, jika benar proses pembalakan bukan bersifat komersil seperti yang diterangkan oleh Exco dan Pengarah Jabatan Perhutanan, peraturan pembalakan perlulah turut dipatuhi.

Menurutnya, setiap pokok yang ingin ditebang perlu mendapat persetujuan Jabatan Perhutanan dan ditanda merah sebelum kerja-kerja penebangan.

“Jika ditebang sewenangnya, dan hanya ditanda kemudian, pembalak hanya perlu membayar denda sahaja untuk yang bertanda biru iaitu yang disalah potong,” katanya.


“Saya berharap segala peraturan dan SOP, dengan izin, yang telah ditetapkan dalam perlaksanaan projek ini dipatuhi dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.


Selain itu, Rara turut membangkitkan beberapa isu lain seperti masalah bekalan air,  kadar kemiskinan di Pahang, isu perkahwinan kanak-kanak dan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri. 


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, July 30, 2018

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Rara bawa keresahan rakyat terhadap pembalakan di Janda Baik

Monday, July 30, 2018
Masa untuk menghentam sudah habis – Steven Sim

Pada 30  Julai 2018
oleh Izmil Amri
Sebenarnya memang lebih seronok menjadi pembangkang. Tanyalah wakil-wakil rakyat United Malays National Organisation di Parlimen. Menjadi pembangkang memang aktiviti yang rancak jika dibanding dengan zaman mereka menjadi kerajaan dahulu.

Malah jelas kelihatan bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan yang puluhan tahun terbiasa sebagai pembangkang, menjadi sedikit canggung apabila duduk di blok kerajaan. Ramai yang masih belum boleh meninggalkan tabiat pembangkang yang kerjanya asyik menghentam.


Namun bagi Steven Sim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; menjadi kerajaan adalah peluang untuk merealisasikan segala yang telah menjadi bahan hentaman ketika berada di blok pembangkang dahulu.


“Sekarang saya boleh laksanakan semua hal yang saya hentam dulu. Contohnya apabila kita bercakap tentang tender terbuka.


“Dahulu kita sering menyalahkan kerajaan BN tentang ketidaktelusan pengurusan dana negara dan pemberian tender. Kalau saya tidak berada dalam kerajaan, saya hanya boleh terus hentam. Tetapi sekarang saya dan menteri boleh memberi arahan kepada kementerian untuk melaksanakan tender terbuka bagi kesemua perolehan,” katanya sambil mengunyah goreng pisang.


Tender terbuka adalah antara amalan kerajaan negeri Pulau Pinang sejak ia bertukar tangan pada tahun 2008. Penjimatan hasil daripada amalan tersebut dijenamakan sebagai dividen anti rasuah oleh mantan ketua menteri Lim Guan Eng, dan disalurkan kepada rakyat melalui program-program bayaran tunai untuk golongan yang memerlukan.


“Ini sebabnya kenapa kita bekerja dalam politik. Kita mahu menang dan kemenangan itu bukan untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Tetapi lebih penting lagi untuk melaksanakan program-program yang baik,” ujarnya.


Pun begitu, Steven mengakui bahawa keadaan sudah jauh berbeza dan kebebasannya sudah sedikit terhad. Ada acara antarabangsa yang tidak dapat beliau hadiri kerana menyedari beliau kini membawa kapasiti besar sebagai wakil kerajaan Malaysia.


Ke mana beliau pergi, apa yang beliau sebut, semuanya sudah perlu pertimbangan tambahan sekarang. Sebagai pembangkang katanya, ada lebih banyak kebebasan untuk memberi pendapat dan buah fikiran. Sebaliknya apabila menyertai pentadbiran negara, apa sahaja yang disebut boleh menjadi buah mulut nasional.


“Apa yang ditulis di twitter pun tiba-tiba boleh jadi berita. Dulu waktu jadi pembangkang, tak ada siapa peduli.”


Beliau mengenang kembali zaman berbahas di blok pembangkang dan seronok bangkit mencelah serta mengkritik. Namun kini, sedikit sendu barangkali menteri muda ini apabila hanya boleh duduk sahaja dan terhalang daripada ikut serta dalam perdebatan sehingga tiba gilirannya berucap.


Steven malah terpaksa membatalkan niatnya untuk ikut serta sebuah persidangan antarabangsa yang menjemputnya sebelum beliau dilantik sebagai menteri. Pastilah berbeza implikasinya berbanding kalau beliau hadir hanya sebagai anggota Dewan Rakyat biasa.


“Orang memberi tumpuan, dan saya kini mewakili negara serta kerajaan. Semua tindakan mempunyai implikasi masing-masing. Dan jujurnya, kami masih belum biasa dengan semua ini. Kami masih berusaha memahami protokol dan sebagainya.


“Kita tidak mahu membawa malu kepada negara,” tambah anak jati Bukit Mertajam ini yang tidak menyangka dirinya akan dilantik menjadi timbalan menteri.


Steven juga bakal menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Dalam Salju Ada Bunga’ yang menghimpunkan beberapa puisi berbahasa Melayu yang ditulisnya sendiri, serta ulasan panjang berdasarkan setiap satu puisi itu. 


Baca bahagian pertama, ‘Secawan lagi teh tarik bersama Steven Sim’

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, July 30, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Masa untuk menghentam sudah habis – Steven Sim


Dahsyatt Peminat Indon !! Undian dibuat, pemain negara diugut bunuh
Undian dibuat, pemain negara diugut bunuh
PETALING JAYA: Pemain muda Bawah 16 Tahun (B-16) negara  Amirul Ashrafiq Hanifah menerima ugutan bunuh daripada penyokong fanatik Indonesia.

Menerusi satu undian ‘bunuh’ yang dibuat di Insta Story pride_Indonesia, 92 peratus memihak kepada 'Bunuh', manakala 8 peratus 'Tidak'.


Amirul yang berada di Surabaya bersama skuad B16 yang lain bakal mengharungi Kejohanan Piala AFF bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan.


Ugutan bunuh itu timbul selepas pemain muda itu tersilap memuat naik gambar bendera Indonesia yang terbalik dan kelihatan seperti bendera Poland.


Bagaimanapun, Amirul  telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia di atas kesilapannya.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan menerusi lama Twitter mengakui, ugutan seperti itu tidak boleh ditoleransi.


"Pemain dah meminta maaf. Pihak Indonesia juga dah terima permohonan maaf. "Saya syorkan pihak berkenaan membuat laporan ke atas page (laman) tersebut.


"Keselamatan pemain prioriti kami.  Saya dah menghubungi menteri mereka berkenaan isu ini."


Insiden itu jelas tidak disenangi oleh media Indonesia berikutan isu bendera Indonesia terbalik pernah berlaku ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


Malah isu ini turut mencetuskan kebimbangan apatah lagi dengan apa yang berlaku ketika pemain B-19 negara diserang oleh penyokong Indonesia yang membaling batu dan botol selepas aksi separuh akhir Kejohanan AFF juga di Surabaya pada 12 Julai lalu.


Pada perlawanan itu skuad kendalian Bojan Hodak menang menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar sebelum merangkul kejuaraan dengan menewaskan Myanmar 4-3 di pentas final.


Susulan insiden itu, skuad B-16 kendalian Raja Azlan Shah Raja Sho’ib dinasihatkan supaya tidak aktif di media sosial.


Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan B bertemu Thailand pada Isnin, diikuti Brunei (3 Ogos), Singapura (5 Ogos) dan Laos (7 Ogos) dengan kesemua aksi di Stadium Joko Samudro, Surabaya, Indonesia.


Posted by Abu Luqman at 8:11 AM
http://kachipemas.blogspot.com/2018/07/dahsyatt-peminat-indon-undian-dibuat.html

Monday, July 30, 2018
Parlimen: Ahli parlimen BN hilang arah, bahas isu-isu remeh
Posted By: Selena Tayon: July 30, 2018
Parlimen: Ahli parlimen BN hilang arah, bahas isu-isu remeh
Selepas seminggu sesi parlimen, pihak pembangkang BN dan Pas masih belum membangkitkan isu-isu penting dan relevan di Dewan Rakyat. Mereka hanya membangkitkan isu remeh-temeh.

Misalnya isu 1Malaysia Development Berhad langsung tidak disentuh pihak pembangkang. Sebaliknya Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong dari MCA baru-baru ini membangkitkan isu ‘mengarut’ kononnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (DAP) hanyalah seorang Penyimpan Kira-kira dan Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali lebih berkuasa.


Mengulas kenyataan itu, Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, tidak sewajarnya ahli parlimen pembangkang membazirkan masa bertanya soalan-soalan remeh dan tidak berfaedah kepada rakyat dan negara.


“Tidak usah Wee bangkitkan perkara remeh. Apakah niat Wee sebenarnya?


“Yang penting ialah soalan dijawab dengan betul dan tepat bukan seperti era BN dulu di mana soalan Ahli Parlimen PH dijawab dengan soalan lain atau langsung tidak dijawab,” katanya kepada Suara pakatan daily.


Nizar juga berpendapat BN masih tidak tahu bagaimana hendak berfungsi sebagai pembangkang kerana ‘serangan’ mereka terhadap ahli-ahli Parlimen PH adalah lemah, tidak relevan, tidak disokong dengan fakta serta banyak di antara hujah-hujah mereka tiada kaitan langsung dengan isu penting seperti ekonomi dan kewangan.


Menurutnya, kalau hal itu berterusan maka tidak perlu BN bermimpi ingin menang Pilihanraya Umum Ke-15.


“Sudah jelas lagi terang bersuluh BN hanya tahu menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk meraih sokongan. Itu zaman politik kolot.


“Malaysia sedang mengorak langkah ke alaf baru dan rakyat sudah membenamkan era politik perkauman. Tetapi pemimpin-pemimpin Umno masih tidak insaf lagi dan sedang menunjukkan kebodohan mereka apabila membuat kenyataan bodoh berkenaan kematian dua ADUN di Selangor baru-baru ini,” tambah Nizar.


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, July 30, 201
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PARLIMEN: AHLI PARLIMEN BN HILANG ARAH, BAHAS ISU-ISU REMEH

Monday, July 30, 2018
‘Ahli Pas jangan berfikiran pendek macam Nik Abduh’
Posted By: Pentadbiron: July 30, 2018
'Ahli Pas jangan berfikiran pendek macam Nik Abduh'
Pemuda AMANAH Nasional berkata ahli PAS di Sungai Kandis perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan berikutan timbul gesaan daripada kepimpinan tertinggi parti itu untuk mereka mengundi Umno.

“Ahli PAS di Sungai Kandis perlu berfikir panjang sebelum mengundi Umno.


“Umno jugalah parti yang mempunyai pemimpin yang didakwa melakukan jenayah rasuah dan pengubahan wang haram sehingga membawa kepada banyak negara di dunia membuka fail siasatan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


“Penyokong PAS semestinya tidak lupa bagaimana leburnya berbilion ringgit wang negara setiap tahun seperti didedahkan dalam Laporan Audit Negara… ketika Umno-BN berkuasa di Putrajaya sebelum ini,” kata Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan dalam suatu kenyataan hari ini.


Mohd Sany mengulas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang meminta anggota PAS mengundi Umno dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.


“Keputusan memberi undi kepada Umno juga samalah seperti bersubahat untuk memperalat sentimen sempit perkauman dan agama hanya untuk mahu terus mengaut rakus kekayaan di sebalik kuasa diperoleh.


“Pemuda AMANAH Nasional berharap ahli PAS pastinya tidak berfikir pendek seperti pemahaman Nik Abduh,” katanya.


Malam tadi dua pemimpin pusat parti itu mengarahkan anggota PAS supaya memenangkan Datuk Lokman Noor Adam yang bertanding dalam usaha pembangkang merampas kerusi Sungai Kandis daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).


Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata anggota dan penyokong parti itu perlu mengundi Lokman jika mahu melihat HARAPAN dikalahkan.


Manakala Datuk Khairuddin Aman Razali yang juga bendahari Dewan Ulama PAS Pusat berkata tiada pilihan buat parti itu melainkan mengajak semua pengundi Sungai Kandis untuk menolak HARAPAN sebagai isyarat mereka tidak bersetuju dengan agenda yang dibawa kerajaan.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, July 30, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ‘AHLI PAS JANGAN BERFIKIRAN PENDEK MACAM NIK ABDUH’

Monday, July 30, 2018
Pemilihan PKR: Rafizi dalam posisi terbaik susun agenda reformasi parti
Posted By: Pentadbiron: July 30, 2018
Pemilihan PKR: Rafizi dalam posisi terbaik susun agenda reformasi parti
Walaupun kini tidak lagi menjadi anggota parlimen atau memegang sebarang jawatan kerajaan, Rafizi Ramli berkata situasinya yang ‘menganggur’ ini menjadikan beliau dalam kesempatan terbaik untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

“Saya ‘menganggur’ tapi itu okay. Saya dalam kedudukan terbaik untuk bertanding.


“Saya tidak dapat menawarkan lebih lagi daripada dedikasi saya terhadap idealisme yang membentuk parti ini,” kata Rafizi dalam ucapannya pada majlis di Ampang yang mengumumkan barisan calon yang bertanding bersama-samanya dalam pemilihan parti PKR kali ini.


Dalam memperkenalkan pasukannya, Rafizi berkata ia mengumpulkan individu yang telah banyak berkorban untuk agenda reformasi sejak 1998 dan berhasrat meneruskan perjuangan di bawah kepimpinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja sebagai bakal presiden parti tetapi sebagai perdana menteri kelapan.


Pilihan raya PKR akan berlangsung pada 24 Ogos selama sembilan minggu dan keputusan dijangka diumumkan pada November ini.

Para pemimpin yang diumumkan Rafizi hari ini akan bertanding jawatan kepimpinan tertinggi PKR, termasuklah tiga jawatan naib presiden.

Rafizi dalam ucapannya juga mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersetuju untuk mempertahankan jawatannya sebagai sebagahagian daripada pasukannya tetapi kemudian memberitahu pemberita lebih baik untuk Nurul Izzah membuat pengumumannya sendiri.


Berikut senarai pasukan Rafizi:

Timbalan presiden: Rafizi Ramli
Naib presiden: MP Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, MP Sungai Siput S Kesavan, MP Selayang William Leong dan MP Sungai Petani Johari Abdul
Ketua Wanita PKR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh
Timbalan Ketua Wanita PKR: ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail
Ketua Pemuda PKR: MP Johor Bahru, Akmal Nasir
Timbalan Ketua Pemuda PKR: Raymond Ahua
Majlis Kepimpinan Tertinggi :
MP Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid
MP Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh
MP Subang, Wong Chen
Bekas MP Kapar, G Manivanan
MP Hulu Selangor, June Leow
ADUN Semambu, Chean Chung
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Haron
ADUN Bukit Selambau, R Summugam
Ketua Pemuda PKR Sabah Raymond Ahuar
ADUN Batu Maung Abdul Halim Hussain
MP Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad
ADUN Ijok Dr Idris Ahmad
Ketua Cabang Klang,Yew Boon Lye
Ketua Cabang Kuala Selangor, David Selvam
Ketua Cabang Lumut, Laksamana (Bersara) Imran Hamid
Bekas calon PKR Rantau, Dr R Streram
MP Merbok, Nor Azrina Surip
Pemimpin PKR Johor, Dr Zaliha
Ketua Cabang Semporna, Amin Mim
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, July 30, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PEMILIHAN PKR: RAFIZI DALAM POSISI TERBAIK SUSUN AGENDA REFORMASI PARTI

4 alasan Rafizi mahu jadi timbalan presiden PKR (video)
Faiz Zainudin

AMPANG: Rafizi Ramli hari ini mendedahkan 4 alasan beliau bertanding jawatan timbalan presiden PKR yang kini disandang Datuk Seri Azmin Ali.

Katanya, sebab pertama ialah beliau ingin memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-8.


“Untuk jadi perdana menteri yang akan berjaya melaksanakan cita-cita refomasi, kita kena pastikan kerajaan benar-benar hormat suara rakyat dan adil.


“Saya bukan taksub dengan Anwar, tapi Anwar kena jadi perdana menteri, jadi beliau perlu mendapat mandat penuh di dalam parti,” katanya berucap di depan lebih 500 penyokongnya di sini, hari ini.


Naib presiden PKR itu berkata, sebab ke-2 beliau bertanding jawatan nombor 2 itu kerana mahu memperkukuhkan Pakatan Harapan.


“Jangan ingat bila menang Putrajaya, kita bersenang-lenang. Kalau kita tak berhati-hati, kerajaan (yang ditumbangkan) selepas puluhan tahun memerintah, akhirnya kembali selepas satu penggal.”


Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata, sebab ke-3 dan terakhir ialah mengekalkan gerakan reformasi serta menjaga kebajikan ahli PKR dengan menubuhkan koperasi, tidak kira beliau menang atau kalah dalam pemilihan parti bulan depan.


“Reformasi tidak terhenti apabila kita jadi kerajaan. Makin kita menang, makin kita kena pegang supaya apabila kita jadi kerajaan, kita tidak menzalimi orang lain.


“Kita perlu elak budaya feudal, tunggu cium tangan pemimpin, budaya wang, budaya jawatan dalam parti itu kita tolak. Jangan ada mana-mana pemimpin bawa budaya kotor ini dalam parti.”


Katanya, sebagai penganggur yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai banyak masa untuk memperkukuhkan parti.


Rafizi berkata, beliau tidak kisah ada pihak menganggapnya budak suruhan Anwar kerana yang penting gerakan reformasi dipertahankan.


“Orang kata saya budak Anwar, boneka Anwar ikut sukalah. Apa yang penting, kita nak kerajaan menjulang gerakan reformasi dengan mendokong pimpinan.”


Rafizi dijangka berdepan tentangan daripada Azmin yang sehingga kini belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain.


Selain menyuarakan sokongan kepada Anwar sebagai presiden parti, Rafizi turut mengumumkan senarai pasukan “Kem Reformasi 20 Tahun” bagi pemilihan parti bulan depan yang akan meneruskan agenda reformasi PKR.


Berikut pasukan Rafizi yang akan merebut jawatan tertinggi PKR:


Calon naib presiden:

Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
William Leong (Ahli Parlimen Selayang)
S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)

Calon ketua Wanita:

Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

Calon timbalan ketua Wanita:

Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)

Calon ketua Pemuda:

Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Calon timbalan ketua Pemuda:

Raymond Ahuar (Ketua Pemuda PKR Sabah)

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):

Datuk Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kapar)
Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang)
Dr Idris Ahmad (Adun Ijok)
Wong Chen (Ahli Parlimen Subang)
Lee Chean Chung (Adun Semambu)
June Leow (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
G Manivannan (Adun Hutan Melintang)
R Summugam (Adun Bukit Selambau)
Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)
Datuk Abdul Halim Hussain (Adun Batu Maung)
Bun Lai (Ketua Cabang PKR Klang)
Mohamad Imran Abd Hamid (bekas ahli Parlimen Lumut)
Dr S Streram (PKR Rantau)
Dr Zaleha Ismail (PKR Johor)
Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna) 
KERENGGA: 4 alasan Rafizi mahu jadi timbalan presiden PKR (video)



Tiada ulasan: