Sabtu, 28 Julai 2018

Masalah. 7942.


Duri dalam daging. Api dalam sekam. Gunting dalam lipatan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Musang berbulu ayam.

Saturday, July 28, 2018
Dakwaan pegawai sabotaj kerajaan PH disiasat
Posted By: Pentadbiron: July 28, 2018 Print Email
Dakwaan pegawai sabotaj kerajaan PH disiasat
Ketua setiausaha kementerian dan ketua agensi kerajaan telah diarahkan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj oleh pegawai kerajaan terhadap lantikan kerajaan baru.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, tindakan akan diambil terhadap pegawai berkenaan bagi menghormati mandat rakyat kepada kerajaan semasa.

“Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing. Saya sendiri akan menangani perkara tersebut.

“Tidak akan ada sebarang tolak ansur terhadap sebarang cubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik akan terus didukung, katanya lagi.

Beliau mengulas laporan akhbar The Sun yang memetik sumber, mendakwa pegawai kerajaan pro-BN masuk campur dalam soal pelantikan yang dibuat menteri baru.

Laporan itu memetik beberapa individu yang enggan dinamakan dari tiga kementerian, yang mendakwa menjadi mangsa kepada usaha menghalang mereka daripada dilantik ke dalam kementerian.

Laporan itu mendakwa Numan Afifi Saadan, yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, adalah antara yang menjadi mangsa
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 28, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: DAKWAAN PEGAWAI SABOTAJ KERAJAAN PH DISIASAT


Saturday, July 28, 2018
Himpunan kebangkitan Melayu timbul ketegangan
Posted By: Pentadbiron: July 28, 2018 Print Email
Himpunan kebangkitan Melayu timbul ketegangan
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad mempertikaikan tindakan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang mahu mengadakan himpunan esok.

Menteri wilayah persekutuan itu menyifatkan tindakan itu hanya akan menimbulkan ketegangan.

Sedangkan, katanya, perkara yang wajar dilakukan ialah mencari penyelesaian.

“Saya rasa bukan mereka sahaja yang membela ummah. 

Masalahnya ada satu pihak anggap dia sahaja yang bela ummah dan satu lagi pihak dia sahaja yang jaga kepentingan Melayu.

“Ia menimbulkan ketegangan. Apa yang kita perlu cari ialah penyelesaian yang baik secara keseluruhan daripada semua pihak.

“Saya rasa gambaran konon Melayu tersepit, dalam bahaya beri persepsi yang ingin diwujudkan (pihak tertentu). Sedangkan ramai masyarakat Melayu dan Islam lebih terjamin (keadaan mereka),” katanya pada sidang media di Kampung Baru hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Himpunan Ummah yang akan diadakan esok sebagai membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Himpunan itu juga dikaitkan dengan persepsi bahawa kepentingan Melayu dan Islam terancam selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan.

Sementara itu, bercakap mengenai pembangunan Kampung Baru, Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, menurutnya, perdana menteri berusia 93 tahun itu mempunyai wawasannya tersendiri berhubung pembangunan di Kampung Baru.

“Dia (Dr Mahathir) tidak mahu hutan konkrit di Kampung Baru.

“Kita kena kekalkan identiti orang Melayu. Maka ia memerlukan pendekatan berbeza dan perlu dikaji kembali.

“Jadi saya nak kena bincang dengan Tun Mahathir untuk libatkan wawasan dia,” katanya lagi. – Mkini
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 28, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: HIMPUNAN KEBANGKITAN MELAYU TIMBUL KETEGANGAN

Jadi penasihat agama kerajaan, ini jawapan Mufti Perlis
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR

SHAH ALAM - "Nanti nak Istikarah dulu," itu jawapan ringkas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika ditanya jika beliau berminat menjadi penasihat agama kerajaan jika ditawarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang menjadi panel Wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan di Kumpulan Media Karangkraf berkata demikian ketika menajwab soalan moderator, Amin Idris.

Jawapan ringkas itu turut disusuli dengan gelak tawa hadirin.

Selain Mohd Asri, wacana ini turut menampilkan tiga panel lain iaitu Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari dan Presiden Ikatan Kebajikan & Dakwah Selangor (IKDDAS) yang juga penasihat agama Umno Selangor, Rosdi Long.
at 7/28/2018 02:10:00 PTG
KERENGGA: Jadi penasihat agama kerajaan, ini jawapan Mufti Perlis

Saturday, 28 July 2018
MERIAHLAH PROGRAM, MESYUARAT DAN KEMPEN PILIHANRAYA UMNO SELEPAS INI DENGAN BUDAK2 SEKOLAH!!!
Dalam satu keputusan yang membuatkan kita bingung kepala, mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan untuk menurunkan had umur menjadi ahli UMNO daripada 18 tahun kepada 16 tahun.

Bermakna, selepas ini budak-budak sekolah dalam tingkatan 4 sudah pun boleh menjadi ahli UMNO, berperanan sebagai pekerja parti, berkempen ketika pilihanraya, menghadiri atau menjadi perwakilan dalam mesyuarat cawangan serta bahagian, memenuhkan dewan bagi semua program parti serta sebagai alat mudah mencukupkan korum dalam mesyuarat.

Dalam usia yang sepatutnya mereka belajar dan menimba ilmu, tidak mustahil budak-budak sekolah ini akan diumpan oleh pemimpin dewasa dengan pelbagai janji dan harapan untuk menyertai UMNO bagi menunjukkan parti itu kononnya mendapat sambutan daripada generasi muda.

Tetapi, budak-budak sekolah itu sebenarnya hanyalah dijadikan alat oleh  pemimpin tertentu di peringkat cawangan dan bahagian untuk kepentingan politik mereka saja.

Sudah tentu akhirnya ramailah ibu bapa dan guru-guru yang akan pening kepala dibuatnya kerana lebih ramai budak-budak sekolah lebih berminat bercakap tentang politik, menyokong pemimpin tertentu, melobi menjadi perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian berbanding mentelaah buku sekolah atau menumpu kepada peperiksaan.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, keputusan  membenarkan mereka yang berusia 16 tahun menjadi ahli UMNO ini diambil sebagai memenuhi hasrat akar umbi serta untuk memastikan perubahan dalam parti itu.

Entahlah labu...akar umbi mana sebenarnya yang mahu budak-budak sekolah seawal tingkatan 4 ini terlibat dalam politik?

Apakah Zahid Hamidi dan para pemimpinnya, sejak UMNO tidak lagi berkuasa sekarang ini, sudah hilang pertimbangan dalam membuat keputusan yang betul?

Apa pun alasannya, keputusan terbaru UMNO ini paling tidak munasabah serta tidak wajar sama sekali.

Had umur 18 tahun sebelum ini dikira sudah memadai kerana dalam usia itu mereka sudah menamatkan persekolahan di peringkat menengah atau baru habis SPM dan tiada masalah lagi jika terlibat dalam politik.

Namun, dengan seawal 16 tahun atau dalam tingkatan 4 sudah dibenarkan menjadi ahli UMNO, kesan buruk lebih banyak berbanding baiknya.

Selain ia akan merosakkan minat budak-budak sekolah terhadap pelajaran jika diumpan oleh pemimpin UMNO yang lebih dewasa untuk menyertai politik, bahkan tidak mustahil, sesuai dengan semakin menurunkan minat orang dewasa dan mereka yang berpelajaran terhadap UMNO, akhirnya nanti hanya budak-budak sekolah saja yang akan memeriahkan politik UMNO.

Mesyuarat cawangan atau bahagian, program parti, kempen pilihanraya dan sebagainya - semuanya selepas ini akan penuh dengan budak-budak sekolah belaka.

Inikah pencapaian terhebat Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO? (ShahbudinHusin 28/07/2018)
Shahbudin dot com: MERIAHLAH PROGRAM, MESYUARAT DAN KEMPEN PILIHANRAYA UMNO SELEPAS INI DENGAN BUDAK2 SEKOLAH!!!


Tiada ulasan: