Jumaat, 20 Julai 2018

Mengena. 7896.


Datuk Lokman Noor Adam. Antara sebab beliau jadi calon? 

Arshad Raji selar Lokman Adam, Nasrudin Hassan mulut celupar



Brigadier Jeneral bersara Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menyelar Lokman Adam dan Nasrudin Hassan kerana ‘bermulut celupar”.
Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.
Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.
Arshad yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata pemimpin Umno dan PAS yang gagal menyedari perkara ini “patut dilabelkan sebagai bodoh”.
Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.
“Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek.
“Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan,” katanya dalam satu kenyataan.
Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adamdan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.
Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.
Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.
Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.
“Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.
“Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.
Aeshad Raji berkata, rakyat perlu menyokong perdana menteri dan Kabinet beliau bagi menghadapi cabaran di hadapan. Arshad Raji selar Lokman Adam, Nasrudin Hassan mulut celupar ★ MRM
Hasil carian imej untuk Datuk Lokman Noor Adam
Sebelum PRUMalaysia ke 14
Umno names Lokman Adam as Sungai Kandis candidate
Published 21 minutes ago on 20 July 2018
By Syed Jaymal Zahiid
KOTA RAJA, July 20 — Umno has selected Datuk Lokman Noor Adam as its candidate for the Sungai Kandis by-election.

Lokman, a former PKR member, will take on an unknown newcomer from his old party, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, in what is anticipated to be a fierce fight between Umno and PKR.

“After much consideration, we place our faith in someone young,” Umno deputy president Datuk Seri Muhammad Hasan said when announcing Lokman’s candidacy.

“This will be a ‘test kit’ [sic] for the public reception of BN (Barisan Nasional) post-GE14,” the former Negri Sembilan mentri besar said.

PAS, the country’s third political bloc, had said it would sit out the by-election, the first to be held after the just-concluded 14th general election (GE14) and seen widely as an early referendum on Pakatan Harapan (PH) rule.

Malay Mail learned that Zawawi, a local tahfiz school principal, was chosen over the Selangor PKR chapter’s pick, Mohd Razlan Jalaluddin, who is the former PKR coordinator for the Kota Damansara seat in GE14.

Rumours quickly spread that the veto over the selection process signalled a split between PKR’s leadership at the national and state levels, but top leaders denied this, saying the choice was a purely strategic one.

GE14 saw a four-cornered fight in Sungai Kandis between PKR, Umno, PAS and Parti Rakyat Malaysia, with PKR winning the seat with 23,998 votes.

Umno came in second place with 11,518 votes, while PAS trailed behind with 7,573 votes.
https://www.malaymail.com/s/1654319/umno-names-lokman-adam-as-sungai-kandis-candidate

Ramai tak faham beza GST, SST

Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my
 
MAJORITI responden pelayar maya tidak memahami perbezaan antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat dalam talian di Twitter akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu BH dan Harian Metro (HM) serta Facebook Harian Metro selama 24 jam.

Tinjauan bertajuk "Adakah Anda Faham Perbezaan SST dan GST" dengan pilihan jawapan ya atau tidak.

Undian itu mula dibuka sejak 9.17 pagi di Twitter @bharianmy, dan 10.46 pagi (@hmetromy) semalam.

Menerusi Twitter @bharianmy, seramai 385 orang atau 46 peratus daripada 836 responden menyatakan mereka faham perbezaan GST dan SST, manakala 451 lagi tidak faham.

Di Twitter @hmetromy pula, seramai 954 responden menyertai tinjauan pendapat berkenaan dengan 36 peratus atau 343 orang faham perbezaan kedua-dua cukai, dan 611 lagi menyatakan tidak faham.

Dalam pada itu, di Facebook Harian Metro pula menerima undian daripada 7,700 orang pengguna.

Seramai 3,388 orang responden atau 44 peratus faham perbezaan antara SST dan GST, sementara 56 peratus lagi (4,312) masih tidak memahaminya. Tinjauan ini turut menerima 157 komen daripada pengguna Facebook.

Seorang daripadanya, Norain Mujib menyatakan pihak berwajib perlu memantau kenaikan harga barang biarpun GST sifar dikenakan.

"Saya perasan satu sahaja masa mula-mula GST sifar, harga barang punyalah murah tapi sejak kebelakangan ni, syarikat sewenang-wenangnya naikkan harga barang sampai mencecah RM3 daripada harga asal. Tiadakah yang hendak tolong pantau? Hari itu kata ada orang nak pantau," katanya.

Menurut Fa Ka pula, pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNK) perlu memberikan penjelasan tuntas mengenai kedua-dua sistem cukai itu.

"Terdapat banyak contoh pengiraan GST & SST di laman sosial membuatkan segelintir masyarakat keliru. Harap pihak seperti MOF atau KPDNK sendiri dapat beri penerangan yang lebih jelas bagaimana perbezaan cukai ini dilaksanakan dari pihak pengilang atau pengeluar hingga ke pengguna akhir. Terima kasih," katanya.

Semalan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy memaklumkan, majoriti barangan akan dikenakan sifar cukai di bawah sistem SST yang akan diperkenalkan kerajaan mulai 1 September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 5:06 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451639/netizen-tak-faham-beza-sst-gst
Jumaat, 20 Julai 2018 | 4:40pm

Lokman calon BN bagi PRK DUN Sungai Kandis

Oleh Siraj Mohd Zaini dan Norrasyidah Arshad cnews@nstp.com.my

SHAH ALAM: Barisan Nasional mempertaruhkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini, hari ini.
Lokman, 45, yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.
MOHAMAD mengumumkan Lokman (tiga dari kanan) sebagai calon PRK DUN Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam, hari ini. - Foto Roslin Mat Tahir

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/451599/lokman-calon-bn-bagi-prk-dun-sungai-kandis

King Maker beri laluan UMNO BN? 
BERITA»Politik
Khamis, 19 Julai 2018 | 4:41pm
PAS tidak letak calon PRK Sungai Kandis
SHAH ALAM: PAS tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata ketetapan itu dibuat sejurus UMNO membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

"Oleh kerana UMNO memutuskan untuk menyertai (bertanding) PRK ini, PAS tidak akan letakkan calon. Kenyataan lebih terperinci bagaimanapun akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BERNAMA.

Roslan Shahir berkata PAS tetap dengan prinsip yang dipegang sebelum ini bahawa pertandingan satu lawan satu bakal memberi peluang terbaik buat pembangkang.
SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan . - Foto Amran Hamid 
Berhubung sama ada PAS akan bekerjasama dengan UMNO pada PRK itu, beliau berkata isu itu tidak berbangkit kerana PAS cuma memutuskan untuk tidak bertanding.

"Selebihnya akan dihuraikan lebih lanjut oleh setiausaha agung parti," katanya.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/451217/pas-tidak-letak-calon-prk-sungai-kandis

BERITA»Nasional
Rabu, 4 Julai 2018 | 5:06pm
UMNO, PAS disaran kerjasama PRK Sungai Kandis
Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@nstp.com.my
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PAS Selangor mencadangkan parti itu untuk membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Cadangan itu disuarakan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang berpendapat kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

"Secara peribadi saya mengesyorkan supaya PAS dan UMNO membentuk kerjasama bagi kerusi DUN Sungai Kandis. Saya melihat adalah lebih baik jika berlaku pertandingan satu lawan satu bagi kerusi ini.

"Dalam konteks di Selangor, PH adalah sangat kuat dan bagi memastikan proses demokrasi dapat berjalan dengan baik, adalah penting juga untuk mempunyai pembangkang yang kuat di Selangor," katanya kepada NSTP, hari ini.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

PH Selangor berjaya meraih 51 kerusi DUN, BN (4) manakala PAS (1).

Mengulas lanjut, Roslan Shahir berkata, bagi merealisasikan kerjasama itu, PAS dan UMNO perlu membuang ego masing-masing dengan meletakkan kepentingan agama Islam sebagai asas untuk berbuat demikian.
ROSLAN Shahir Mohd Shahir. - Foto NSTP
"Tidak salah PAS dan UMNO membentuk kerjasama jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak, buanglah ego kita.

"Mungkin PRK DUN Sungai Kandis ialah perintis kepada lebih banyak kerjasama antara PAS dan UMNO pada masa depan. Namun sebagai ahli parti, saya akur semua keputusan PAS Pusat," katanya.

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangkan parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhkan suara Islam.

Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/445041/umno-pas-disaran-kerjasama-prk-sungai-kandis

BERITA»Politik
Jumaat, 6 Julai 2018 | 3:46pm
'Pentas' kerjasama PAS, UMNO
Oleh Khairul Azran Hussin khaiazr@nstp.com.my
SHAH ALAM: PAS dan UMNO wajar melakukan 'ujian' penerimaan orang Melayu terhadap kerjasama kedua-dua parti pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis dengan meletakkan hanya seorang calon.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu wajar kerana sebanyak 70 peratus pengundi di DUN Sungai Kandis adalah Melayu.

Katanya, ia juga 'pentas' terbaik untuk menguji sokongan pengundi Melayu kepada kemungkinan untuk UMNO dan PAS membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Sungai Kandis kubu kuat PKR namun mereka (UMNO dan PAS) boleh cuba untuk meletakkan seorang calon sahaja," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.
BEKAS Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha. - Foto Surianie Mohd Hanif
Norman berkata, dalam keadaan UMNO dan PAS lemah selepas PRU-14, cadangan untuk bekerjasama perlu dipertimbangkan oleh kepemimpinan kedua-dua parti itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir secara peribadi mencadangkan parti itu untuk membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRK DUN Sungai Kandis.

Roslan Shahir berpendapat kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangkan parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhkan suara Islam.

Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

PH Selangor berjaya meraih 51 kerusi DUN, BN (4) manakala PAS (1).
'Pentas' kerjasama PAS, UMNO | Politik | Berita Harian

BERITA»Politik
Khamis, 19 Julai 2018 | 3:34pm

PAS dijangka beri laluan kepada BN

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: PAS bersedia memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, bulan depan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pucuk pimpinan parti bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

"Setakat ini, pucuk pimpinan (UMNO) memaklumkan PAS sedia memberi laluan kepada BN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ketua Pemuda UMNO negeri di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pergerakan itu juga sudah menyerahkan senarai nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan parti sebagai calon.

"Di peringkat Pemuda, kami mengharapkan calon orang muda di PRK Sungai Kandis, namun ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan.
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Aizuddin Saad
"PRK Sungai Kandis menjadi medan untuk memanfaatkan sepenuhnya jentera BN kerana kekuatan jentera BN adalah di peringkat akar umbi," katanya.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Tiada ulasan: