Jumaat, 20 Julai 2018

Kita pun xtahu, yang tercatat... Allah Subhanahuwatalla cabut nyawanya hari malam Jumaat. 7897.


Akhirnya pemimpin umno Razlan minta maaf 
Kita pun xtahu... Yang tercatit Allah Subhanahuwatalla cabut nyawanya Hari Malam Jumaat. Yang utama sama-sama kita teruskan bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. 
Razlan came under strong criticism for his earlier tweet. — Picture by Zuraneeza Zulkifli
Razlan came under strong criticism for his earlier tweet. — Picture by Zuraneeza Zulkifli
Umno’s Razlan apologises, deletes tweet on assemblyman’s death
Published 1 hour ago on 20 July 2018
By Ram Anand
KUALA LUMPUR, July 20 — Former Umno Federal Territories chief Razlan Rafii has apologised and deleted his tweet that was posted earlier today, which appeared to criticise DAP’s Balakong assemblyman Eddie Ng, who was killed in an accident early this morning.

Razlan posted a new tweet apologising to Ng’s family for his earlier remarks on his Twitter account.

“I wish condolences to the family and have sympathy for his departure, sorry to his family, may he have peace,” Razlan said.

Earlier, Razlan had called Ng a “slanderer” and described him as “bad hearted”.

He also said that Malaysia will be peaceful with “one less slanderer.”

Razlan came under strong criticism following his earlier tweet, including from his own Umno colleague, Datuk Seri Azalina Othman, who said that his behaviour was “inexcusable”.

However, for hours, he refused to heed calls to delete the tweet, and instead told news portal Malaysiakini that he didn’t intend to insult Ng with his tweet.

Setelah dikecam hebat, termasuk oleh bekas bosnya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Razlan Rafii akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Eddie Ng.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian YB Eddie, maaf kepada keluarga mendiang.

“Semoga tenang di sana,” tulisnya di Twitter sebentar tadi.

Razlan, bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pagi tadi menyifatkan Ng, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, yang meninggal dunia awal pagi ini sebagai “suka fitnah dan hati busuk”.

Dihubungi Malaysiakini, Razlan sebelum ini berkata beliau tidak berniat untuk menghina mendiang, malah turut mendoakan agar Ng dengan ungkapan “RIP” (bersemadi dengan tenang).

Khairy petang ini menuntut Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi “menunjukkan kepimpinan” dengan mengecam kenyataan Razlan yang dianggap tidak sensitif.

Ng meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras-Kajang awal pagi tadi.

Menurut sumber, media melaporkan, mangsa memandu kereta pacuan empat roda apabila melanggar belakang sebuah lori.
-malaysiakini
at 7/20/2018 06:02:00 PTG
KERENGGA: Akhirnya pemimpin umno mulut longkang ini minta maaf

Friday, July 20, 2018
CEO Sapura Energy Dibayar RM200,000 Satu Hari?
Meskipun pada tahun kewangan 2018 Sapura Energy Bhd. mencatatkan kerugian RM2.51 Billion dan dikatakan tidak membayar dividen kepada pemegang-pemegang sahamnya, CEO Syarikat tersebut dibayar bonus RM55 Juta.

Menurut Laporan Tahunan Sapura Energy, Shahril dibayar sehingga RM71.92 juta untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Januari.

RM71.92 juta itu terdiri daripada RM7.24 juta gaji (dan elaun lain), RM55 juta bonus dan RM9.34 juta di bawah pelan sumbangan serta RM348,000 untuk pelbagai faedah lain.

Ini bermakna pakej bayaran Shahril adalah 34.91% daripada keuntungan selepas cukai syarikat untuk tahun kewangan 2017 yang berjumlah RM206 juta.
Perkara ini dibangkitkan pada mesyuarat agung (AGM) syarikat hari ini, pada masa sama pemilik kepentingan juga menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Shahril Shamsuddin digugurkan daripada barisan lembaga pengarah.

Ini disifatkan sebagai berlebihan memandangkan syarikat itu sedang mengalami kerugian, kata Minority Shareholders Watchdog Group (MSWG).

Baca ni..

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd chief executive officer (CEO) Tan Sri Shahril Shamsuddin survived a bid to oust him as director and CEO amid unhappiness over his total pay package of RM71.92mil in financial year 2018 ended Jan 31 (FY18).

At the company’s AGM on Wednesday, Shahril, who earns nearly RM200,000 a day, managed to stave off the move by institutional investors to remove him as Sapura Energy’s CEO.

In a poll, Shahril managed to get about 82% of the votes to keep his job as a director of the company. All the other resolutions were passed by shareholders.

The institutional shareholders have deemed his remuneration as excessive and are unhappy, according to the Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG). “This is the first time that the Institutional Investors Council has taken this collective decision to vote against (directors’ re-election).

“His pay package has been excessive over the years,” MSWG’s general manager Lya Rahman said.

Shahril’s remuneration of RM71.92mil for last year consisted of RM7.24mil in fixed monthly salaries (and other emoluments), RM55mil in bonuses, RM9.34mil under the defined contribution plan and RM348,000 for benefits in kind, according to its annual report.

In proportional terms, the RM71.92mil was 34.91% of Sapura’s profit after tax of RM206mil in FY17.

In FY17, the highest remuneration paid to an executive director at Sapura Energy was RM83.394mil, out of which RM74.69mil was paid as performance-related remuneration. 
The base remuneration for that year was RM8.69mil. In that year, the company did not name the executive that was paid this remuneration, but it is assumed that the money was paid to Shahril, given that he is the top executive of the board.

Lya told the press on the sidelines of the AGM that the issue of excessive remuneration had been brought up many times in previous AGMs, but it was only noted and no action was taken.

“This is even more pertinent because the company is not doing well at the moment (losses of RM2.51bil in FY18).

“Why are such huge bonuses and paychecks still being paid while no dividends are being paid to shareholders? When you look at the performance of the company, it (remuneration) does not commensurate,” Lya said.

“We have brought this issue up many times, but it’s mostly just been ‘noted’ with no concrete action being taken. Do note that this is a public-listed company with a big float, and shareholders and management’s views must be aligned. Shahril only owns about a 17% stake in the company, but you have other shareholders as well,” she added.

According to Sapura Energy’s 2018 annual report, the EPF has a 5.21% stake in the company. It ceased to be a substantial shareholder on May 17 after having been a heavy seller of the stock for some time.

The MSWG also took issue with Sapura Energy’s independent directors and voted against their re-election. They were, however, re-elected as independent directors. 
Read more at The Star
Hmmm... hebat sangatkah dia ni?
Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, July 20, 2018
Anak Sungai Derhaka: CEO Sapura Energy Dibayar RM200,000 Satu Hari?

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 6:52pm
Tabung Harapan: Yayasan Patriot Negara sumbang RM650,000
Oleh Nur Lela Zulkipli; Irwan Shafrizan Ismail dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
PETALING JAYA: Yayasan Patriot Negara (YPN) hari ini menyumbangkan sebanyak RM650,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif YPN, Muhammad Zharif Johor, berkata pihaknya bersama rakan strategik melancarkan kempen 'Demi Pembangunan Negara' sejak 1 Jun lalu dan dapat mengumpulkan sejumlah RM650,000 itu untuk disalurkan kepada Tabung Harapan.

"Jumlah yang dikumpul melebihi sasaran asal, RM250,000 dan ini membuktikan semangat patriotisme masih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya selepas menyampaikan replika cek sumbangan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Selangor, di sini, hari ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan RM650 ribu yang di sampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Patriot Negara Malaysia , Muhammad Zharif Johor turut bersama Presiden Asia Pacific Platinum Business Club , Benjamin Ee (kiri) , Ahli Kehormat Asia Pacific Platinum Business Club , Datuk Seth Yap Ting Hau ( dua kiri) , Pengarah Strategi dan Ekonomi Yayasan Patriot Negara Malaysia , Burharuddin Mohd Noor (dua kanan) dan Pengerusi Asia Pacific Platinum Business Club , Dr. Cecil Chao (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Harapan Malaysia di Menara Yayasan Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Yang turut hadir wakil dari Asia Pasific Platinum Business Club, Datuk Seth Yap Ting Hau dan Dr Cecil Chao yang juga rakan strategik YPN serta menjadi penyumbang terbesar kempen itu.

Muhammad Zharif berkata, sumbangan berkenaan diperoleh daripada pelbagai aktiviti antaranya penawaran nombor pendaftaran kenderaan khas siri PATRIOT.

"Kami kini sedang merancang pelbagai aktiviti tambahan hingga 2020 yang akan membabitkan unsur patriotisme dan perpaduan dalam program pendidikan, sukan, hiburan dan perdagangan," katanya.

Sementara itu di Putrajaya, empat syarikat utama dalam industri minyak sawit menyumbang RM5.3 juta kepada Tabung Harapan.

IOI Corporation Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masing-masing menyumbang RM2 juta manakala dua lagi syarikat iaitu Sime Darby Plantation Bhd dan Sarawak Oil Palm Bhd menyumbang RM1 juta dan RM300,000.

Sumbangan itu diterima oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Yang turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI, Datuk Lee Yeow Chor; Ketua Pegawai Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian; Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Oil Palm, Paul Wong.

Setakat jam 3 petang semalam, Tabung Harapan sudah mengumpul dana sebanyak RM156 juta.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Dr Mahathir pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhan tabung itu membolehkan kerajaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451673/tabung-harapan-yayasan-patriot-negara-sumbang-rm650000

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 7:21pm

Cari Kata Kunci

Australia gantung eksport ternakan ke Malaysia
Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my
SEREMBAN: Australia menggantung eksport ternakan kambing dan biri-biri ke Malaysia selama enam minggu, ketika umat Islam negara ini membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dalam satu notis yang dimuat naik di laman web Jabatan Pertanian dan Sumber Air negara itu, tarikh penggantungan semua aktiviti eksport yang ditetapkan adalah antara 7 Julai lalu sehingga 25 Ogos depan.

Pengarah Cawangan Pengeksportan Haiwan Hidup, Bahagian Pengeksportan jabatan berkenaan, Erin Payne dalam notis bertarikh 3 Julai lalu, berkata eksport ternakan terbabit disambung semula seperti biasa bermula 26 Ogos depan.
Eksport ternakan kambing dan biri-biri dari Australia digantung. - Gambar hiasan
"Selepas Hari Raya Korban tahun lalu, jabatan ini menerima banyak laporan mengenai tahap kebajikan haiwan yang rendah, selain ternakan yang dieksport ke Malaysia tidak dapat dikawal dan dikesan.

"Majlis Pengeksport Ternakan Australia (ALEC) memaklumkan ahlinya bersetuju tidak mengeksport biri-biri dan kambing ke Malaysia menjelang Hari Raya Korban kali ini, berikutan kebimbangan Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (ESCAS) tidak dipatuhi.

"Penggantungan itu ditetapkan selepas jabatan mempertimbangkan maklumat diterima, termasuk risiko peningkatan ketidakpatuhan ketika aktiviti korban, kekurangan maklum balas daripada pengeksport susulan pelanggaran ESCAS tahun lalu dan bukti sistem kawalan pengeksport dan pengesanan ternakan kurang berkesan," katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr Zul Edham Wagiman, berkata pihaknya dimaklumkan oleh ibu pejabat, selain kambing dan biri-biri, pengeksportan lembu ke Malaysia turut dibekukan oleh Australia.

"Ibu pejabat sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk menampung permintaan sepanjang tempoh itu, termasuk memberi kebenaran pembekal tempatan mengimport lebih banyak lembu, kambing dan biri-biri dari negara sumber lain terutama Thailand.

"Beberapa kelonggaran turut diberi untuk membawa masuk ternakan bagi tujuan sembelihan itu, termasuk mengecualikan ujian saringan darah dan suntikan vaksin yang diwajibkan jika haiwan itu untuk dibela atau dijadikan baka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak berkompromi dengan polisi kawalan penyakit ternakan dan mewajibkan pembekal tempatan mematuhi semua syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Dr Zul Edham turut meminta pembekal bekerjasama dengan pihaknya, terutama memastikan semua dokumen berkaitan termasuk sijil kesihatan disediakan, selain merekodkan destinasi haiwan terbabit bagi memastikan semua haiwan itu disembelih pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451683/australia-gantung-eksport-ternakan-ke-malaysia

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 7:25pm
Royalti dan keuntungan dua perkara berbeza - Abang Johari
Oleh Hardi Effendi Yaacob cnews@nstp.com.my
PETRA JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menjelaskan secara terperinci berhubung isu pembayaran royalti hasil minyak empat negeri pengeluar petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.

Kenyataan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam mencetuskan sedikit kekeliruan, terutama dalam kalangan 'Anak Sarawak' yang tentunya menantikan berita menggembirakan itu sejak sekian lama.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sehingga kini beliau masih belum mendapat gambaran jelas mengenai perkara itu, sama ada ia membabitkan royalti atau keuntungan hasil petroleum.
Temuduga Khas Media Prima Berhad, dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching. - Foto Nadim Bokhari
"Kita tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada royalti ataupun keuntungan. Kita masih belum mendapat gambaran jelas mengenainya dan tidak mahu diheret dalam isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama NSTP dan TV3 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pagi tadi sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri Sidang Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.

Selain Sarawak yang mula mempelopori usaha itu sejak era kepemimpinan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 2014, negeri lain yang bakal menerima imbuhan itu ialah Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Malah, perkara itu turut dijanjikan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),9 Julai lalu.

Abang Johari yang bertanggungjawab terhadap portfolio kewangan dan pengurusan sumber asli negeri, Sarawak sentiasa mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju meningkatkan kadar royalti minyak berkenaan.

"Namun, 20 peratus royalti dan bayaran keuntungan adalah dua perkara berbeza.... kita masih belum jelas mengenai perkara ini dan berharap ia dapat diperjelaskan bagi mengelak kekeliruan," katanya.

Pada 2014, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan usul agar Kerajaan Persekutuan meneliti semula kadar semasa lima peratus royalti minyak dan hasil petroleum negeri yang disifatkan tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa.

Ia disusuli siri rundingan bersama PETRONAS sebagai agensi bertanggungjawab, namun tiada sebarang kata putus dicapai sehingga kini.

Bagi Sarawak, kenaikan kadar royalti kepada 20 peratus itu cukup munasabah seiring dengan kedudukannya sebagai pengeluar terbesar sumber minyak dan gas.

Ia juga berikutan impak besarnya terhadap pembangunan negeri bagi tempoh jangka panjang, terutama dalam konteks penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas, sekali gus memperkasakan sosio-ekonomi rakyat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451685/royalti-dan-keuntungan-dua-perkara-berbeza-abang-johari

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 8:03pm
Royalti minyak 20% diberi ikut keuntungan negeri - PM
Oleh Fahmy Azril Rosli dan Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa 20 peratus yang diberikan kepada syarikat pengeluar minyak adalah royalti daripada keuntungan yang diperoleh daripada negeri masing-masing.

"Royalti itu adalah berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh setiap negeri. Kita tidak ambil (keuntungan) daripada Terengganu dan beri kepada negeri lain.

"Jika keuntungan mencecah RM100 juta, jadi royalti minyak adalah 20 peratus daripada jumlah itu iaitu RM20 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini meminta Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci berhubung isu pembayaran royalti hasil minyak empat negeri pengeluar petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.

"Kita tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada royalti ataupun keuntungan. Kita masih belum mendapat gambaran jelas mengenainya dan tidak mahu diheret dalam isu berkenaan," katanya.
DR Mahathir menjawab soalan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama NSTP dan TV3 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pagi tadi sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri Sidang Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451706/royalti-minyak-20-diberi-ikut-keuntungan-negeri-pm

BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Jumaat, 20 Julai 2018 | 7:03pm
Cukai korporat tidak boleh dikurangkan dalam tempoh terdekat - Guan Eng
Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Cukai korporat tidak dapat dikurangkan dalam tempoh dua tahun ini memandangkan kerajaan perlu memulihkan kedudukan kewangan negara berikutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terlebih dahulu.

Secara peribadi, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berpendapat adalah perlu untuk mengurangkan cukai bagi menjadikan Malaysia lebih menarik.

Negara lain juga, katanya, sedang menuju ke arah pengurangan cukai korporat.

"Bagaimanapun, ini (pengurangan cukai korporat) tidak mungkin dilaksanakan tahun ini atau tahun depan kerana skandal 1MDB.

"Kita perlu memulihkan kedudukan kewangan kita terlebih dulu," katanya ketika ditemui pada majlis makan tengah hari khas yang dianjurkan Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kerajaan berhasrat mengurangkan cukai korporat tahun depan.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil kerajaan bagi peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Guan Eng berkata, sudah pasti tindakan dikenakan kepada peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan melampau berikutan pelaksanaan semula cukai tidak langsung itu.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga tidak bertanggungjawab itu akan dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tengah) tiba di majlis makan tengah hari khas yang dianjurkan Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur. - Foto Rohanis Shukri
Sementara itu, mengenai kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) , Guan Eng berkata, jumlah kutipan tabung berkenaan terus meningkat.

Buat masa ini, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan kutipan tabung berkenaan.

Setakat 3 petang semalam, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia mencecah RM155.999 juta.

Terdahulu, dalam ucapannya, Guan Eng berkata, kerajaan komited dalam memulihkan kedudukan fiskal dan kewangan negara, memastikan dasar ekonomi yang dapat mensejahterakan rakyat dan memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mapan pada masa depan.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak termasuk awam, swasta, rakyat dan profesional diperlukan untuk membangunkan negara.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/451675/cukai-korporat-tidak-boleh-dikurangkan-dalam-tempoh-terdekat-guan

BERITA»Politik
Jumaat, 20 Julai 2018 | 7:58pm
Ahli PPBM akan diberi peluang sertai pemilihan tertinggi
Oleh Fahmy Azril Rosli dan Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diberikan peluang untuk terbabit dalam pemilihan pemimpin tertinggi.

Pengerusi PPBM itu berkata, berdasarkan mesyuarat petang tadi, PPBM bersetuju dengan kaedah itu namun mekanismenya belum lagi diperincikan.

"Pilihan kita adalah memberi peluang kepada semua ahli dalam pemilihan pemimpin," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak mendedahkan bila pemilihan akan berlangsung kerana perkara itu akan diputuskan kelak.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) turut bersama Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Menara Yayasan Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Selain itu, dalam mesyuarat itu, antara perkara yang diputuskan adalah singkatan PPBM tidak lagi akan digunakan sebaliknya Dr Mahathir berkata, ia akan digantikan dengan BERSATU.

Katanya, perkara itu baru boleh diputuskan hari ini kerana pernah mendapatkan tentangan kerajaan terdahulu.

"Nama BERSATU dulu tidak boleh guna kerana ada bantahan pihak berkuasa (terdahulu).

"Sekarang kita sudah ada kuasa. Jadi, boleh buat perubahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir juga memaklumkan bahawa ahli PPBM yang terbabit dalam cubaan mensabotaj parti sudah diambil tindakan.

Namun, beliau menegaskan, tindakan yang diambil terhadap ahli berkenaan tidak sampai memecat mereka.

"Kita sudah ambil tindakan tatatertib kepada ahli yang menolong parti lain dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Tidak perlu sebut siapa dan berapa ramai. Yang pasti mereka ini pernah adakan sidang media memburuk-burukkan parti," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/451696/ahli-ppbm-akan-diberi-peluang-sertai-pemilihan-tertinggi

BERITA»Kes
Jumaat, 20 Julai 2018 | 8:02pm
Polis ambil keterangan pembantu rumah Najib
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan pembantu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Langgak Duta di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, proses yang dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibuat susulan laporan polis oleh pihak Najib.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa. - Foto Azhar Ramli
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran laporan berkenaan.

"Pasukan polis yang dilihat pergi ke rumah Najib hari ini adalah daripada JSJ Sentul dengan tujuan untuk merakam percakapan pembantu rumahnya berkaitan laporan polis yang dibuat oleh pihak Najib," katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, media tempatan melaporkan beberapa pegawai dan anggota polis dilihat masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu pada kira-kira 12 tengah hari. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/451702/polis-ambil-keterangan-pembantu-rumah-najib

.                                                  .                                                            .                  ...

Tiada ulasan: