Selasa, 10 Julai 2018

Ombak laut. Ombak semula jadi. Ombak lakaran. Ombak politik. 7855.


PANAS!!! Firma tukang emas Lubnan saman Rosmah
Seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh polis pada Mei.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.

Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

'Rosmah akui terima barangan'

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.

"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan itu.

Terma dan syarat memorandum itu termasuk penghantaran dan pemulangan barangan kemas, dan bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Pengurusan kes mengenai tuntutan itu akan diadakan hari ini.

Pada Mei lalu, polis menyerbu dan merampas wang tunai dan barangan kemas dari dua unit kondominium mewah yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences di Kuala Lumpur.

Pada 4 Julai lalu, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan dana yang melibatkan SRC International. -malaysiakini

-------------------------------

K'jaan akan celah kes tukang emas Lubnan saman Rosmah
Hafiz Yatim

Kerajaan Persekutuan hari ini dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencelah dalam kes saman RM60 juta oleh sebuah firma tukang emas Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Seorang sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa, wakil dari Jabatan Peguam Negara akan dihantar bagi kes berkenaan.

"Kerajaan percaya barangan kemas tersebut milik negara. Justeru, kami akan mencelah," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Hari ini Malaysiakini melaporkan seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu bulan lalu berhubung penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh polis pada Mei.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman berkenaan melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.
at 7/10/2018 10:24:00 PG
Sumber:
KERENGGA: PANAS!!! Firma tukang emas Lubnan saman Rosmah

Tuesday, 10 July 2018
KENAPA MENTERI2 PAKATAN HARAPAN JUGA PERLU PENASIHAT DAN RAMAI PEGAWAI KHAS?
Salah satu amalan kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang tidak kurang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat ialah keghairahan dari segi melantik penasihat-penasihat bertaraf menteri dan pegawai khas dalam pentadbirannnya.

Suatu ketika, jumlah penasihat bertaraf menteri bagi Najib pernah mencecah sehingga 9 orang, termasuk individu yang terpalit dengan skandal lembu NFC juga diberikan jawatan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Najib juga mempunyai puluhan pegawai khas dan penasihat lain yang dilantik sebagai pembantunya.

Kunci yang diamalkan Najib mudah saja - asal sanggup menyokong dan bersekongkol dengan salah lakunya, maka dapatlah mereka jawatan tersebut.

Oleh kerana Najib sendiri mempunyai penasihat dan pegawai khas yang ramai, maka ramai menteri-menteri juga mengambil pendekatan yang sama di kementerian masing-masing.
Beberapa menteri ketika era BN didapati mempunyai ramai pegawai khas, suatu jawatan lantikan politik yang secara mudahnya adalah bertujuan memberi ganjaran kepada penyokong yang selama ini bersama mereka.

Dengan jumlah menteri yang dilantik Najib adalah teramai dalam sejarah iaitu 35 orang, ditambah dengan 9 lagi penasihat bertaraf menteri serta puluhan pegawai khas dan setiap menteri pula mempunyai beberapa pegawai khas lagi, bayangkanlah betapa banyak pembaziran yang telah dilakukan ketika era Najib berkuasa dahulu.

Dengan tumbangnya BN, harus diakui bahawa keinginan rakyat ialah tidak mahu lagi melihat gejala pembaziran itu terus berulang dalam kerajaan baru Pakatan Harapan.

Malangnya, belum pun  sampai 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara, menteri-menteri dan menteri besar atau ketua menteri seakan-akan sudah lupa kepada asas yang menyebabkan mereka berjaya dipilih sebagai kerajaan.

Pendedahan bagaimana Pejabat Perdana Menteri telah menghalang cubaan beberapa menteri untuk memberi ganjaran kepada penyokong masing-masing dengan menawarkan jawatan tertentu, sebenarnya adalah sesuatu yang amat memalukan.

Selain bercanggah dengan langkah-langkah penjimatan kerajaan dan tidak mematuhi pekeliling JPA, cubaan perlantikan itu juga menunjukkan ada menteri-menteri yang tidak memahami harapan rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Ada seorang menteri bukan saja didapati mahu melantik empat atau lima pegawai khas, malah siap dengan ada yang diberikan jawatan sebagai penasihat di kementeriannya juga.

Di sebuah negeri pula, ada Menteri Besarnya sudah mengumumkan perlantikan dua orang penasihat yang bertaraf Exco Kerajaan Negeri.

Kenapa mereka berbuat demikian?

Apakah mereka mahu jadi seperti Najib dengan mengamalkan pembaziran?

Atau mereka sebenarnya tidak tahu bekerja sehingga memerlukan beberapa penasihat dan pegawai khas untuk membantu dalam menjalankan tugas seharian?

Tidak cukup lagikah  dengan kewujudan pembantu sedia ada seperti setiausaha politik, setiausaha akhbar, setiausaha sulit kanan, setiausaha sulit dan tiga atau empat jawatan lain yang diperuntukkan?

Dalam hal ini, semua menteri dan menteri besar atau ketua menteri mesti kembali kepada ada yang ikhlas dalam menjalankan tugas serta mempunyai keazaman untuk sama-sama membantu Tun Mahathir Mohamad dalam misi dan visi untuk menyelamat serta memulihkan negara.

Perkara-perkara sampingan atau berupa kosmetik hendaklah diketepikan sama-sekali. Utamakan servis kepada rakyat terlebih dahulu berbanding cuba meramaikan pegawai khas, pendamping dan pengiring yang kerjanya mengekor ke mana saja sang menteri pergi.

Tun Mahathir sendiri difahamkan mengecilkan bilangan pegawainya daripada kelayakan yang dibenarkan semata-mata untuk menunjukkan teladan yang baik serta memperlihatkan perbezaan dengan amalan Najib sebelum ini.

Jika kerajaan Pakatan Harapan ini ingin berkuasa dengan lebih lama, para menteri dan ketua kerajaan negeri hendaklah berhati-hati dan jangan sesekali meniru balik teladan buruk kerajaan terdahulu. Malaysia Baru mesti berbeza dengan yang dulu. (ShahbudinHusin 10/07/2018)

Sumber: 
Shahbudin dot com: KENAPA MENTERI2 PAKATAN HARAPAN JUGA PERLU PENASIHAT DAN RAMAI PEGAWAI KHAS?

Tuesday, July 10, 2018
Syahredzan Johan: DAP, Islam, sekularisme
Pada10 Julai 2018
oleh Hafiz Zainuddin | Foto: Ooi Leng Han
Dinamik politik baru dalam tempoh 20 tahun kebelakangan pasca reformasi telah banyak mengolah corak fikir dan sudut pandang rakyat Malaysia. Tambahan lagi apabila politik arus perdana selama ini dibelenggu dalam rangka fikir idea feudal, perkauman dan agama, dengan wajah-wajah tua.

Justeru tidak hairan apabila regim lebih 60 tahun UMNO-Barisan Nasional (BN) tewas, ia disambut dengan pelbagai slogan; Malaysia Baru misalnya yang disebut-sebut sekalian masyarakat, termasuk sebahagian gerombolan cybertrooper BN yang masih setia kepada tuan lamanya.

Bermula dari revolusi aman tergulingnya kerajaan Najib Razak, ia membenarkan bahawa kesedaran politik rakyat sudah meningkat ke tahap yang lebih tinggi – termasuk Syahredzan Johan, yang beranggapan bahawa rakyat khususnya orang melayu sudah berani mengatasi segala ketakutan dan gelisah kaum-agama yang dimomok UMNO selama ini.

Syahredzan Johan, peguam muda yang baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang berkata keghairahan politik golongan muda untuk melakar sejarah baru Malaysia telah terbukti.

“Bagi aku rasanya orang mudalah yang berjaya realisasikan apa yang kita nampak. Jika lihat data, orang muda bawah 40 tahun, bawah 45 tahun, mereka paling terkesan dalam isu kos sara hidup dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, antara faktor yang turut menyumbang kepada ghairah perubahan politik golongan muda ialah tahap pendidikan, pembacaan, melalui teknologi maklumat dan tidak dibelenggu beban sejarah lampau seperti peristiwa 13 Mei.

Anak kelahiran Selangor itu ada sebab tersendiri mengapa beliau tertarik menyertai politik dan memilih DAP sebagai wadahnya.
“Aku masuk politik sebab sedar, nak beri sumbangan untuk buat perubahan bermakna, kena melalui parti politik. Ini bukan bermakna NGO tak berfungsi atau tak efektif (tetapi) secara peribadi aku nampak perkara yang libatkan dasar, undang-undang dan sebagainya perlu melalui parti politik.

“Kita boleh beri tekanan daripada luar tapi jika betul-betul nak lakukan sesuatu kena (masuk) dengan politik dan cuba buat perubahan melalui parti politik,” katanya.

Liberal, sekular, kafir
Penyertaan golongan muda dan Melayu sebagai kader DAP sejak sekian lama dibelenggu dengan tohmahan yang dikaitkan sebagai liberal, sekular malah sehingga ada yang dikafirkan sesetengah pihak.

Namun, bagi Syahredzan, segala dakwaan itu tidak tepat dan tuduhan dibuat hanya berdasarkan stigma serta salah faham terhadap konsep-konsep hak asasi yang sebenar.
“Orang salah faham tentang sekularisme mengatakan bahawa ia tak ada agama walhal sekular itu bermakna pemisahan agama dan pentadbiran.

“Kalau ikut konsep sekular Perancis, pentadbiran di Malaysia tak sekular. Perancis betul-betul terpisah (dengan agama) maknanya tak boleh ada agama langsung dalam pentadbiran, ataupun dalam politik. Tapi di Jerman pula lain – jadi, sekularisme Jerman pula berbeza dari Perancis. Kita (Malaysia) pun sekular juga tapi sekular acuan kita,” jelasnya.

Katanya, disebabkan stigma yang terlalu menebal, masyarakat Islam tidak melihat bahawa pentadbiran sekular yang di amalkan di negara barat telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada penganut agama Islam untuk beramal dengan ajaran mereka.
Justeru sekularisme katanya adalah penting dalam sesebuah pentadbiran agar tidak wujud diskriminasi ke atas mana-mana kumpulan.

“Aku dah lama rasa memang kita perlu sekularisme dan pandangan bahawa negara kita ini asasnya juga adalah sekular walaupun ada undang-undang syariah.

“Jadi bila kita nak buat undang-undang contohnya, orang yang akan gubal undang-undang tu siapa? Bukan orang Islam sahaja. Ia perlu melalui proses sekular di mana ia perlu digubal, dibincangkan dibahaskan oleh semua wakil rakyat.

“Jadi itu adalah proses sekularlah. Jadi untuk kata DAP sekular, memang aku tak ada masalah,” kata Syahredzan.

Beliau turut menyanggah dan menjawab segala momokan liar yang sering didakyahkan jentera propaganda UMNO-BN terutama berhubung kedudukan istimewa Raja, Melayu dan Islam yang kononnya semakin terhakis.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 10, 2018
Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Syahredzan Johan: DAP, Islam, sekularisme

Tuesday, July 10, 2018
Dihukum salah, Himpunan Hijau tetap teruskan perjuangan
Pada 10 Julai 2018
oleh RoketKini
15 aktivis Himpunan Hijau termasuk pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Bentong Wong Tack didapati bersalah menyertai perhimpunan anti-Lynas empat tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Datuk Unaizah Mohd memerintahkan Wong Tack dan sembilan aktivis yang lain didenda RM1,500 manakala lima lagi tertuduh dihukum denda RM1,600 dengan penjara selama 30 dan 40 hari bagi setiap hukuman.

Jumlah keseluruhan denda ialah RM23,000 dan sebanyak RM24,000 berjaya dikumpul dalam tempoh tiga jam melalui sumbangan orang ramai.

Ketika dibubungi, Wong Tack menzahirkan rasa sedih dan kesal dengan keputusan berkenaan yang bukan sahaja telah memakan masa yang panjang, malah turut mengakibatkan pelbagai kesukaran kepada aktivis dan ahli keluarga mereka.

“Pihak kami akan berbincang dengan pasukan peguam untuk rayuan. Kita akan terus suarakan perkara ini dan saya telah pun bercakap dengan Menteri berkaitan mencadangakn penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji perkara ini.

“Saya berasa yakin kita akan menangani perkara ini mengikut undang-undang.

“Saya percaya kita akan lakukan yang terbaik supaya Lynas dapat diambil tindakan sewajarnya dan saya yakin sekurang-kurangnya kita boleh memastikan Lynas mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan derma bagi menampung bayaran denda yang ditetapkan.

Kerajaan kaji semula projek Lynas

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin semalam telah mengumumkan sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk  untuk mengkaji semula projek Lynas.

Jawatankuasa itu katanya akan diketuai oleh beliau, Wong Tack dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

“Saya telah bercakap dengan mereka dan mereka juga telah bersetuju. Jadi, kita akan lihat jawatankuasa itu pada minggu hadapan.

“Kami juga akan berjumpa Jabatan Alam Sekitar untuk membincangkan mengenai isu Lynas dan melihat bagaimana kami dapat membentuk jawatankuasa itu, dan kemudian mengambil langkah seterusnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bakri. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 10, 2018
Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Dihukum salah, Himpunan Hijau tetap teruskan perjuangan


Dari Abu Darda RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, katakanlah SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHU AKBAR, WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga.

Sumber: 
adiWidget™: Subhanallah, Maha Suci Allah

10 JULY 2018
Berkawan Baik Dengan CIA, Nik Abduh Disiasat Polis - Sepupu Nik Abduh sedia jadi saksi kes audio 'kawan CIA'

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh bersedia menjadi saksi kepada siasatan kes rakaman audio didakwa suara Anggota Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mohd Sabri yang juga sepupu kepada Nik Abduh itu berkata, dia sudah dipanggil polis Kelantan semalam untuk menandatangani kesediaan sebagai saksi kes berkenaan.

"Saya dimaklumkan kes dipindahkan ke Bukit Aman kerana ia melibatkan kes berprofil tinggil, dan siasatan akan dimulakan," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Sabri hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh susulan satu laporan yang dibuatnya berhubung kes tersebut.

"Dipanggil polis susulan isu laporan polis saya berkaitan kes audio suara mirip Nik Abduh.

"Mengikut kenyataan pegawai polis di sini, kes ini dipindahkan ke Bukit Aman. Sebab ia kes berprofil tinggi. Siasatan akan dimulakan katanya," katanya dalam tulisan di Facebook.

Pada Februari lalu, klip audio tersebut tersebar di media sosial dan didakwa sebagai bukti Umno menyalurkan dana kepada PAS melalui pemimpin tertentu.

Rakaman selama kira-kira 80 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak demi menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut - yang disebar kemudian - antara lain didakwa mendedahkan bagaimana beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno atau anggota parti tersebut.


Dicatat Oleh Jeebond BLM
Sumber: 
Bloglist Malaysia: Berkawan Baik Dengan CIA, Nik Abduh Disiasat Polis

Tuesday, July 10, 2018
PMO Sekat Langkah Menteri 'Lantik' Kawan-kawan

Beberapa menteri nampaknya tidak mendapat memo mengenai usaha berterusan untuk mewujudkan Kabinet kecil dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Menteri-menteri ini berusaha untuk memberi ganjaran kepada penyokong politik mereka dengan memberikan pekerjaan walaupun cara itu melanggar peraturan pengambilan pegawai kerajaan.

Namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) berusaha untuk menghentikan langah tersebut.

Difahamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan surat pekeliling ke pejabat semua menteri dan timbalan menteri sebagai peringatan.

Dalam surat tersebut, beliau mengingatkan bahawa gaji pegawai yang dilantik oleh menteri dan timbalan menteri mestilah selari dengan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikeluarkan pada 2012.

Pekeliling PMO bertujuan untuk menghentikan amalan pemberian gaji dan melantik pekerja melebihi daripada jumlah dibenarkan dalam peraturan tersebut, kata sumber kerajaan kepada The Star.

Difahamkan seorang menteri telah memaklumkan kepada kementeriannya bahawa beliau mahu melantik sekurang-kurangnya enam pegawai khas.

"Beliau beritahu pegawai-pegawai di kementeriannya bahawa penyokongnya perlu diberikan ganjaran selepas pilihan raya umum.

"Beliau juga berkata jika kementerian tidak boleh membayar gaji pegawai khas tersebut, agensi dibawah kementerian itu boleh berbuat demikian.

"Namun beliau dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana ia melanggar peraturan," kata sumber.

Rancangan itu terbantut selepas PMO mendapat tahu mengenainya.

Terdapat juga kes seorang lelaki yang menghubungi seorang pegawai kementerian mendakwa dia akan melapor diri sebagai pegawai khas kepada menteri yang baharu mengangkat sumpah Isnin lalu.
Pemanggil itu juga mendakwa dia akan membawa bersama beberapa individu untuk berkhidmat juga sebagai pegawai khas.

"Bukan menteri yang saya bimbangkan tetapi orang yang dilantik. Saya tidak pasti di mana kementerian akan mendapatkan wang untuk membayar mereka tetapi pastinya agensi dibawah kementerian akan diminta berbuat demikian," katanya.

Ketika ditanya mengenai episod terbaru, seorang pegawai PMO menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal dan keterlaluan.

"Kita tidak mahu kembali ke hari pentadbiran terdahulu dengan kakitangan dan gaji dibayar agensi atau GLC.

"Menteri-menteri ini harus dimaklumkan bahawa mereka terikat dengan jumlah yang dinyatakan dalam pekeliling itu," kata seorang pegawai PMO.

Pekeliling PMO mengingatkan ketua kementerian pekeliling PSD 2012 mengenai jawatan dan perkhidmatan berkaitan dengan pejabat menteri dan timbalan menteri.

Pekeliling JPA menyatakan bahawa seorang menteri hanya boleh melantik seorang pegawai tugas-tugas khas, seorang setiausaha sulit kanan dan seorang setiausaha akhbar, selain kakitangan sokongan.

Pegawai Gred 54 boleh memperoleh gaji maksium RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Seorang timbalan menteri pula boleh melantik seorang setiausaha sulit kanan, seorang setiausaha sulit dan dua kakitangan sokongan.

Namun selepas mesyuarat Kabinet pada 27 Jun lalu, Dr Mahathir mengeluarkan surat pekeliling antara lain memaklumkan kerajaan memutuskan bahawa seorang menteri boleh mempunyai dua pegawai tugas-tugas khas.

Tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan menamatkan kira-kira 17,000 pegawai lantikan politik sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuannya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Kami dapati terlalu banyak pegawai kontrak. Ada di antara mereka diambil secara kontrak kerana perkhidmatan mereka diperlukan kerajaan terdahulu tetapi ada segelintir diberi kontrak kerana alasan politik," kata Dr Mahathir lapor mStar


Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, July 10, 2018 Labels: Pakatan Harapan, PASCA PRU14
Sumber: 
Anak Sungai Derhaka: PMO Sekat Langkah Menteri 'Lantik' Kawan-kawan

TUESDAY, JULY 10, 2018
‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
Hospital Putrajaya berkata, Hanipa Maidin kini dalam keadaan stabil dan pemerhatian 24 jam. 

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang rebah pada perjumpaan bulanan perdana menteri dengan warga JPM, dijangka keluar hospital esok. 

Hospital Putrajaya (HPj) dalam satu kenyataan berkata, ahli Jawatankuasa Tertinggi Amanah itu kini dalam keadaan stabil. 

“Beliau masih di bawah pemerhatian pihak HPj selama 24 jam dan dijangka discaj esok.” 

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh dari pentas. 

Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke HPj untuk rawatan lanjut. 

Hanipa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang antara 3 timbalan menteri JPM yang baru mengangkat sumpah 2 Julai lepas.

Pada 4 April 2016, Hanipa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan dalam persidangan Dewan Rakyat. 

Media melaporkan Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. ~freemalaysiatoday


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm
Sumber: 
al- Husseyn: ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’

TUESDAY, JULY 10, 2018
SELAMAT HARI LAHIR TUN MAHATHIR
Hari ini, 10 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke-93.

Tidak seperti  sebelum ini, ulangtahun kelahiran Tun Mahathir kali ini tentu saja memberi makna yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selepas memimpin Pakatan Harapan menumbangkan BN dan kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, di bahunya terletak tanggungjawab yang amat besar untuk memulihkan negara dan memimpinnya semula menuju landasan sebenar yang mampu memberi kesejahteraan kepada semua.

Tetapi, dalam waktu yang sama, beliau bukan lagi muda usianya. Dalam usia 93 tahun, bukan saja tidak ramai yang ada upaya untuk terus menikmati kehidupan seperti biasa, malah tidak ada yang mampu duduk di kerusi Perdana Menteri, apatah lagi untuk kali kedua.

Hanya kerana sayang dan cintakan negara yang telah dirosakkan oleh Najib Razak dan tidak sanggup melihat kerosakan yang lebih parah jika anak Tun Razak itu terus berkuasa, Tun Mahathir terpaksa menggagahkan dirinya bangun daripada persaraan dan sedia memikul tanggungjawab yang disandarkan oleh majoriti rakyat terhadapnya.

Sekarang tanggungjawab itu sudah ada di bahunya. Memikul tanggungjawab untuk memulihkan negara ternyata lebih berat daripada usaha menyingkirkan Najib dan menumbangkan BN.

Sempena ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-93 ini, tiada lain yang kita harapkan selain mengharapkan agar beliau terus kuat, tabah dan gigih dalam usaha untuk membina semula dan menyelamatkan negara ini.

Dalam waktu yang sama, semoga Tuhan juga terus memberikan kesihatan serta kecergasan yang berkekalan, selain umur yang panjang agar Tun Mahathir sempat menyelesaikan misinya demi Malaysia bersama kabinet dan Pakatan Harapan.

Selamat hari lahir Tun, rakyat Malaysia akan tetap bersamamu sehingga terhasil sebuah kejayaan yang akan dikenang oleh generasi akan datang. (ShahbudinHusin 09/07/2018).

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 3:00 pm

Sumber: 
al- Husseyn: SELAMAT HARI LAHIR TUN MAHATHIR

Tuesday, July 10, 2018
Pemerkasaan PH Kelantan perlu disegerakan
CADANGAN
Husam, Kamaruddin, Wan Rahim dan Abd Aziz pemimpin PH Kelantan.
RAKYAT amnya dan para ahli dan pendokong Pakatan Harapan di Kelantan tidak perlu bergundah gulana memanjang apabila tidak ada seorang pun wakil dari negeri itu dilantik menjadi anggota kabinet Dr Mahathir Mohamad.

Hakikat bahawa semua calon PH di Kelantan kalah perlu diterima. Adalah wajar kalau Dr Mahathir tidak segera melantik mana-mana individu ke dalam kabinetnya seawal pelantikan individu lain sebagai mewakili negeri-negeri, dan kelewatan itu  diterima sebagai "hukuman".

Namun kita percaya dan yakin Dr Mahathir tidak sekejam itu. Dr Mahathir hari ini bukan Dr Mahathir 10 atau 20 tahun lepas. Beliau sudah merubah pendekatan dan stail politiknya tidak akan mendera Kelantan kerana rakyat tidak memilihnya (BN) sebelum ini. Selepas ini Dr Mahathir akan menyediakan apa-apa jawatan atau kedudukan yang setanding menteri kepada wakil dari Kelantan. Dr Mahathir seorang yang praktikal. Saya cukup yakin.

Mungkin juga mereka akan dilantik menjadi ahli Dewan Negara (Senator) sebagai persiapan untuk dilantik menjadi menteri kabinet. Masih ada beberapa kekosongan dalam jawatan kabinet. Atau pun kalau pun bukan menteri, tetapi jawatan-jawatan tertentu yang bertaraf menteri.  Jangan pula kerana ketiadaan wakil Kelantan itu dikaitkan dengan kerenah istana atau sultan. Istana dan sultan tidak mencampuri urusan politik.

Bagi saya, soal jawatan tidak penting. Apa yang perlu diberikan tumpuan kini ialah menyusun struktur PH di Kelantan yang berkecai setelah pilihan raya. PH perlu dibina untuk menghadapi peperangan (pilihan raya) akan datang. Peperangan (Piraum) tidak berakhir pada 10 Mei tetapi akan berulang kembali.

Justeru kekalahan yang ditelan itu perlu diuruskan dengan baik. Kesedihan kerana kalah dan tidak dilantik menjadi menteri, tidak perlu ditangisi dan perlu dimobilisasi sebaik mungkin. Jawatan bukan matlamat utama dalam perjuangan.  Jawatan adalah tanggungjawab dan amanah. Matlamat utama ialah menumbangkan kerajaan kleptokrasi dan mengheret Najib Razak ke muka pengadilan.

Sedikit kelam kabut.

Keadaan PH Kelantan hari ini diberitakan sedikit kelam kabut dan bermasalah. Tampaknya tidak ada siapa yang mempedulikan kepada PH Kelantan dan cuba mengatur masa depannya. Ketidaklendikkan semasa pilihan raya lalu (sehingga kalah teruk) masih berterusan bahkan kian serius hari ini. Kesan kekalahan membawa "kelunyahan" kepada PH.

PH semacam tidak ada kepala di Kelantan atau orang yang perlu dipertanggungjawab dan bertanggungjawab. Inilah bahana kekalahan. Selalunya bila dilanda kekalahan, keadaan mudah jadi bertaburan, hilang punca.

Antara orang menjadi mangsa kritikan dan serangan ialah Husam Musa yang menjadi pengerusi PH negeri. Ada benarnya juga kalau serangan dilemparkan kepada beliau. Sebagai pengerusi beliau kena bertanggungjawab. Tetapi apa yang perlu tahu juga, dalam keadaan yang belum menentu, sukar untuk Husam menguruskan PH. Sebaiknya sebelum mengkritik Husam perlu tahu situasi terkini. Dan pentingnya juga menyelami perasaannya sebagai orang juga  kalah.

Kedudukan Husam sebagai pengerusi PH Kelantan sebelum ini dilihat tidak begitu kemas dan lebih bersifat sementara bagi menyelaraskan kerusi-kerusi untuk ditandingi oleh parti komponen PH. Pelantikan beliau lebih kepada menjadi koordinator PH Kelantan. Dan beliau berjaya menguruskan PH Kelantan dalam soal pembahagian kerusi walaupun ada beberapa cadangan dan ideanya tidak berapa dihormati.

Apabila PH kalah, beliau sendiri menyedari kedudukannya belum tidak begitu stabil. Beliau perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu, walaupun tanggungjawab itu sepatutnya dipikul secara kolektif - bersama tiga individu lain, Kamaruddin Md Noor, Abd Aziz Kadir dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Keadaan itulah menyebabkan beliau seakan tidak mempunyai kuasa mutlak atau jadi takut untuk terus menganggap dirinya sebagai ketua untuk terus bertindak ke atas PH selepas usai pilihan raya. Beliau tentu menunggu pengumuman daripada pihak atasan mengenai kedudukan dan masa depannya.

Husam tidak mahu mendahului keadaan. Apa lagi bila ada desas desus, kedudukan dan jawatan pengerusi PH negeri-negeri akan disusun semula selepas selesai pilihan raya, menjadikan beliau ralat. Desas desus itu menjadikan beliau keliru dengan kuasa dan tanggungjawab yang ada kepadanya. Dalam masa sama juga sudah ada suara-suara yang mengkritik beliau sebagai gagal selalu pengerusi. Situasi inilah menjadi beliau kekok, kalau pun tidak kesal untuk bertindak ke atas PH Kelantan.

Lebih parah lagi sudah ada cadangan agar pengerusi diserahkan kepada orang lain. Alasan kenapa Husam perlu berundur ialah kononnya kerana beliau kalah di dua kerusi yang ditandingi. Kononnya ada orang lain lebih berwibawa dan mendapat undi lebih baik daripada beliau? Ternyata orang yang melempar tuduhan ini kurang membuat kerja rumah.


Jika diselidiki, pencapaian calon-calon parlimen di Kelantan dalam pilihan raya lalu, Husam yang bertanding di parlimen Kota Bharu adalah terbaik. Beliau adalah salah seorang calon kerusi Parlimen yang tidak hilang deposit. Dari segi ukuran populariti beliau masih popular berbanding dengan 12 calon parlimen lain. Hakikat ini tidak harus dikesampingkan.

Mengenai kedudukan pengerusi PH negeri-negeri kini sudah pun muktamad. Dalam mesyuarat majlis presiden kelmarin sudah diputuskan semua pengerusi PH negeri, termasuk Husam di Kelantan dikekalkan. Cadangan untuk merubah dan ditukar sebelum ini tidak berbangkit lagi. Dengan keputusan itu kini Husam tidak perlu meragui lagi mengenai kedudukannya di Kelantan. Beliau adalah pengerusi yang diberikan mandat oleh pucuk pimpinan - majlis presiden.

Sesuai dengan keputusan itu beliau kini boleh bergerak mengukuhkan kedudukan PH di Kelantan. Tidak ada alasan untuk beliau melengah-lengahkan lagi untuk menyusun dan memperkasakan PH di Kelantan. Beliau sudah mendapat mandat dan mandat itu perlu disokong semua pihak. Mungkin perkembangan ini masih kabur dibawah kerana tidak ada pengumuman rasmi daripada Pengerusi PH Malaysia.

Beberapa perkara yang dalam perhatian saya, apa yang harus Husam lakukan ialah menyelaraskan mengenai pelantikan untuk beberapa jawatan di kalangan PH di Kelantan. Penyelarasan ini penting bagi melihat PH Kelantan kemas dan sepadu. Dalam hubungan ini kombinasi di antara keempat-empat parti PH perlu dilakukan. Kesemua badan, agensi atau jawatankuasa dibentuk dalam PH Kelantan hendaklah diwakili oleh semua pihak. Maksudnya semua wakil komponen mesti ada.

Untuk tujuan ini mungkin Husam boleh bentuk beberapa jawatankuasa khas (induk) dengan mengikut kewujudan kementerian atau portfolio yang ada. Kewujudan jawatankuasa ini diperlukan lebih-lebih lagi kerana Kelantan dikuasai parti pembangkang. Jawatankuasa ini boleh menjadi pemudah cara atau pun penghubung dengan semua kementerian demi faedah rakyat Kelantan.

Ada empat jawatankuasa induk (asas) mengikut portfolio atau kementerian yang boleh dipertimbang untuk diwujudkan.

1. Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan, dan Pembangunan Luar Bandar.

Individu untuk mempengerusikan jawatankuasa ini boleh diberikan kepada wakil daripada Parti Bersatu memandangkan kementerian ini dipegang oleh individu daripada Bersatu. Individu yang sesuai dan layak dilantik ialah Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor.

2. Jawatankuasa Pertanian, Kesihatan, Pertahanan dan Agama.

Jawatankuasa ini boleh diberikan kepada wakil daripada Parti Amanah Negara, memandangkan kementerian ini dipegang oleh wakil daripada Amanah. Pengerusinya boleh diserahkan kepada  Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau pun Nik Omar Nik Abdul Aziz.

3. Jawatankuasa Industri Utama, Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pengangkutan.

Jawatankuasa ini bleh diberikan kepada wakil daripada DAP, memandangkan kementerian ini dipegang oleh wakil DAP. Mana-mana individu dalam DAP Kelantan (jika ada) boleh dimajukan untuk menerajui jawatankuasa ini.

4. Jawatankuasa Ekonomi, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Air, Tanah dan Sumber Asli, dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa ini diberikan kepada PKR kerana kementerian ini dipegang oleh PKR. Dan individu sesuai memegang menjadi pengerusi jawatankuasa ialah Abd Aziz Kadir kerana beliau adalah pengerusi PKR Kelantan.

Sementara Husam boleh bertindak menjadi Ketua Pengerusi Jawatankuasa ini, sesuai dengan kedudukannya selaku Pengerusi PH Kelantan. Sementara Setiausaha PH Kelantan atau Ketua Sekretariat PH Kelantan boleh bertindak menjadi setiausaha atau penolong setiausaha kepada jawatankuasa ini. Dalam pada itu lebih baik kalau pengisian ahli jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan adalah kombinasi ahli dari keempat komponen berkenaan.

Peranan jawatankuasa-jawatankuasa ini nanti akan boleh mencadangkan CEO atau pengerusi kepada agensi atau syarikat yang berada di bawah kementerian masing-masing untuk dinilai dan diputuskan oleh Ketua Pengerusi Jawatankuasa secara bersama.

Saya yakin sekiranya cadangan ini dilaksanakan tidak timbul soal perebutan jawatan, pertindihan dan sebagainya di antara satu sama lain dalam komponen PH.  [wm.kl.1:48 pm 10/07/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 2:19:00 PM
Sumber: 
.: Pemerkasaan PH Kelantan perlu disegerakan

’Saya mohon maaf kepada Sinar Harian’
WARTAWAN SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Pendakwah, Datuk Dr Danial Zainal Abidin memohon maaf kepada Sinar Harian dan wartawan yang terlibat susulan kesilapan kenyataan dikeluarkan sebelum ini.

Melalui rakaman Kuliah Tafsir Kontemporari disiarkan di laman Youtube, beliau akui kesal telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Sinar Harian dan wartawan yang menghubunginya.

“Saya masih ingat saya kata, saya tak baca Sinar Harian. Jadi, saya rasa sangat menyesal sebab kalimat seperti itu lebih layak tidak saya sebut.

“Kemudian saya komen wartawan itu, saya telah menjawab tapi saya tidak pasti apa yang dia akan tulis. Nada itu menyebabkan saya tak tenang sebab seolah-olah saya mempertikaikan profesionalisme wartawan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas membaca sendiri tulisan yang disiarkan, beliau akui semuanya seperti yang dijawab kepada wartawan wanita tersebut.

“Saya rasa kesal sangat, jadi saya minta maaf pada Sinar Harian dan wartawan yang menelefon saya.

“Terutama apabila saya melihat laporan itu sendiri, memang dia tulis apa yang saya kata. Nampak sungguh beliau profesional,” katanya.

Beliau sempat mendoakan wartawan Sinar Harian akan terus mengekalkan profesionalisme dan dimurahkan rezeki buat Sinar Harian.


at 7/10/2018 06:48:00 PTG
Sumber: 
KERENGGA: ’Saya mohon maaf kepada Sinar Harian’

TUESDAY, JULY 10, 2018
Mahfuz Omar Kesayangan Semua
 - Dr Muhaimin Sulam

Mahfuz Omar adalah boss aku dulu. Aku dijemput jadi AJK Pemuda PAS Pusat semasa dia jadi KP Pusat. Semasa dia bertanding dengan Dr. Hatta Ramli untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, aku dan Dewan Pemuda Perak sokong Dr. Hatta.

Masa itu, Mahfuz klik Bang Mat Sabu. Kami Pemuda Pas Perak klik Ust Abu Bakar Chik dan geng alumni UM. Masa itu UM ada mazhabnya sendiri. Misbah Munir Munir, masa itu Ketua Pemuda PAS Perak dan aku Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak. Semasa di UM, aku Pengerusi Lujnah Penerangan PMIUM dan Misbah adalah Presiden PMIUM. 

Mahfuz tau kami tak undi dia. Masa itu regu Mahfuz ialah Ust Idris yang merupakan ayam tambatan Bang Mat Sabu. Mana-mana pergi selalu mereka bersama. Mahfuz lantik Ust Idris jadi Setiausaha dan Misbah sebagai Ketua Penerangan. Misbah lantik aku jadi Setiausaha Lujnah Penerangan Pemuda Pusat. Setiap bulan dua tiga kali aku ikut Misbah ke Taman Melewar. Mahfuz, Salahudin Ayub dan kami biasanya tidur dalam bilik pejabat. Mahfuz balik ceramah jam 3 pagi. Kadangkala tak da tempat nak tidur, Mahfuz tidur bawah meja. 

Bila sarapan kami pi gerai dekat markaz. Biasanya boss bayar. Ada waktunya Misbah bayar. Aku time tu taklah berduit sangat, kerja di sekolah agama rakyat berapa sangatlah saguhati pada masa itu. Misbah jadi guru sekolah kerajaan sebelum berhenti kerana bertanding DUN Rungkup pada 1999. Lepas kalah dalam pilihanraya, macam-macam niaga yang dia buat. Asal dapat cari rezeki buat anak-anak isteri. 

Itulah bijaknya Mahfuz mengurus perbezaan politik dalam Pemuda. Bila dia jadi pemimpin, semua orang adalah orang dia. Dia suka mendengar pandangan orang lain. Mahfuz bijak mengadunkan kepelbagaian pandangan menjadi suatu pandangan yang lebih diterima orang. 

Sewaktu isu Batu Putih, Mahfuz jemput Prof Dr Anuar beri taklimat. Aku ada masa itu tapi aku dengar dan diam. Sebaliknya Mahfuz bertanya macam-macam sehingga dia puas. Apabila Mahfuz berceramah tentang isu itu, penerangannya jauh lebih kuat dan jelas.

Mahfuz Omar bermula dari bawah. Dia bukan ustaz yang tersedia mendapat penghormatan dalam masyarakat. Dia berhenti kerja dengan MAS tapi aku tak pasti. Rasanya bukanlah sebagai pramugara walaupun Mahfuz ada gayanya. Kerjanya ceramah lawan UMNO. Siang malam di seluruh negara.

Sewaktu kami bermuqayyam di Cherating, ada acara taaruf antara kami AJK Pemuda PAS Pusat. Ramailah berkongsi cerita suka duka berjuang dalam PAS. Aku masih ingat pengalaman yang diceritakan oleh Mahfuz pada masa itu. Dia menerima jemputan berceramah di Terengganu. Masa itu dia duduk di Kedah. Dia naik bas sehinggalah sampai di pekan tersebut tetapi dia tak tau tempat ceramah yang sebenarnya. Mahfuz kata masa itu dalam poketnya ada 20 sen saja. Perut lapar pula. Hari hampir senja. Diapun pergi pondok telefon dan masukkan duit 10 sen untuk hubungi pihak penganjur. Malangnya mesin telefon publik itu telan duit 10 sen itu tanpa dapat menghubungi nombor yang didail. Duit tinggal 10 sen saja. 

Diapun risau. Teragak-agak hendak menggunakan telefon publik itu. Sedang fikirannya mencari akal, tiba-tiba Mahfuz terdengar suara orang memanggil namanya. Rupa-rupanya orang itu penyokong PAS tapi bukan penganjur. Orang itu kenal Mahfuz. Mahfuz pun minta orang itu hantar ke tempat ceramah. Lega.

Di tempat ceramah, dia dijamu makan. Terisilah perut yang derita kelaparan sepanjang perjalanan. Tiba giliran berceramah, bergegar pentas dibuatnya. Bersemangat. Takbir tak putus-putus. Ada  kutipan tabung jihad. Habis ceramah, penganjur menghulurkan sampul surat pada Mahfuz. Mahfuz masukkan ke dalam poketnya.

Tiba-tiba hatinya tak berapa sedap. Dibuka sampul surat itu ada RM30 atau RM40. Aku tak ingat tapi sikitlah dan tak patut Sekali lagi  Mahfuz serba salah. Duit sebanyak itu tidak cukup untuk beli tiket dan makan minum sepanjang perjalanannya. Mahfuz patah balik dan berjumpa dengan pihak penganjur sambil bercakap elok-elok, 'hampa nak suruh aku duduk sinikah? Aku nak balik macamana ni, duit ni......'  Dipendekkan cerita, pihak penganjur memberikan sejumlah wang yang munasabah. 

Orang bawahan ingat pimpinan PAS yang berjuang, berkorban tidak memerlukan wang untuk bergerak. Mereka tidak tahu sebahagian daripada bergerak ke seluruh negara dengan seribu kesukaran. Stesyen Puduraya menyimpan sejarahnya. Aku ingat ada waktunya aku hantar Mahfuz atau Salahudin di Greenwood untuk tunggu bas ekspress ke Pantai Timur. Bawa beg sandang berisi pakaian dan sedikit roti buat pengalas perut dalam perjalanan.

Walaupun Mahfuz tak masuk Amanah, dia tetap amanah dalam jalan perjuangan Islam. Bravo!

* Siaran ulangan untuk edisi share.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm
Sumber: 
al- Husseyn: Mahfuz Omar Kesayangan Semua

Dilema antara visi Dr Mahathir dan Salahuddin Ayub
PHAR KIM BENG
Bagaimana Malaysia boleh memperkasakan bidang perindustrian tanpa bercanggah dengan visi Tun Dr Mahathir, inilah dilema Salahudin.

Pertembungan antara mengindustrikan negara untuk mempercepatkan pembangunan dan menghasilkan sekuriti makanan adalah dilema antara visi Tun Dr Mahathir dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang perlu diseleraskan. Penulis Malaysia Dateline, PHAR KIM BENG menganalisis isu ini.

Sekiranya ekonomi Malaysia dilihat daripada segi pencapaiannya, terutamanya sejak Merdeka, memang banyak perkara yang boleh dibanggakan.

Saiz ekonomi Malaysia telah mencecah sebanyak RM1.2 trillion – iaitu 1200 kali ganda sebilion ringgit. Tetapi, angka ini hanya lebih kurang USD300 billion, dan ia tidak boleh dipersendakan; kerana pada masa yang sama, hutang negara juga sudah pun mencapai USD250.6 billion.

Kaum Bumiputera – melalui bantuan biasiswa MARA juga telah berjaya membantu anak-anak muda Melayu menjadi para teknokrat dan ahli professional.

Malah, Felda juga merupakan salah satu peneroka tanah pertanian yang agak berjaya walaupun masih terdapat beberapa permasalahan dalam pengurusan.

Lebih penting lagi, kelas pertengahan Malaysia telah mempunyai jati diri yang jauh lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan zaman kemerdekaan dahulu.

Secara purata, pengagihan pendapatan di Malaysia setakat ini, tidak hanya mengikut kaum dan bangsa semata. Ini satu lagi petanda kejayaan yang tidak boleh dinafikan.

Tetapi, salah satu sebab mengapa Malaysia boleh memperkembangkan ekonominya dengan begitu pesat adalah kerana proses industrilisasi yang dijalankan pada penggal pertama pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1981-2003.

Berkemungkinan besar Tun Dr Mahathir juga menginginkan fasa industrilisasi yang kedua. Namun, kali ini langkah-langkah seterusnya harus dibincang dengan pakar-pakar bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Jika tidak, ketidakseimbangan akan terus menular dalam ekonomi Malaysia yang turut menjalani process urbanisasi, dan kampung serta kawasan luar bandar, yang menjadi tulang belakang sektor pertaniaan, akan terus dipinggirkan.

Sebenarnya, sektor pertanian jauh lebih lumayan dan tidak semestinya bermodal tinggi, terutamanya dalam sektor bercucuk tanam ataupun perikanan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada dalam lingkungan tiga serta enam jam jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di Asia Timur yang pesat membangun. Bali, Hong Kong, Taipei, Macao, Beijing, Shanghai, Tokyo atau Osaka, penerbangan ke tempat-tempat ini adalah cepat dan selamat. Disitulah tempat-tempat yang berpotensi bagi pasaran barang-barang pertanian seperti perikanan dan penternakan di Malaysia.

Sekiranya zon industri halal diberi perhatian yang lebih terperinci, maka Malaysia bakal bersaing dengan Thailand – yang merupakan zon eksport bahan-bahan halal yang terbesar di dunia.

Namun, dalam pemikiran Tun, process industrilisasi masih diidam-idamkan kerana ia boleh membawa pembangunan yang cepat, dan boleh juga menjana peluang pekerjaan yang besar.

Ini merupakan salah satu dilema Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagaimana Malaysia boleh memperkasakan bidang perindustrian tanpa bercanggah dengan visi Tun Dr Mahathir?

Sudah tentunya segala perancangan terletak pada penyelidikan pemasaran (market research) yang efektif. Misalnya, Air Asia Dan MAS berpotensi untuk menjadi tulang belakang Malaysia sebagai pusat logistik perindustrian.

Setakat ini, sektor pertanian menyumbangkan 8.5 peratus kepada KDNK Malaysia. Ini merupakan hakisan perindustrian yang paling serius sejak 61 tahun dulu. Daripada jumlah 8.5 peratus ini, sekurang-kurangnya 50 peratus adalah hasil daripada kutipan perindustrian yang berasal daripada industri kelapa sawit sahaja.

Jumlah peratusan ini amatlah penting sekali kerana sekuriti pemakanan sudah dikompromi sejak dahulu. Untuk menjadi sebuah negara pengeksport yang terbesar di Asia, Malaysia harus menyelesaikan permasalahan sekuriti pemakanan dulu, sebelum ia menjadi sebuah negara yang mempunyai daulat dalam sistem pemakanan (food sovereignty).

Kedaulatan sistem pemakanan bermaksud rakyat Malaysia yang didahulukan. Selepas soal-soal kenaikan kos barang-barang pemakanan Malaysia sudah ditangani, maka barulah Malaysia boleh menjadi sebuah negara pengeksport pemakanan yang disegani.

Pada masa ini, China dan Thailand boleh membekalkan makanan kepada rakyat mereka sepanjang lapan sehingga enam bulan, itupun sekiranya mereka menghadapi krisis pemakanan sedunia, tetapi dalam kes Malaysia, Putrajaya cuma mampu bertahan selama dua hari sahaja.

Misalnya, Amerika Syarikat merupakan antara salah satu negara yang bakal mempunyai sekuriti permakanan yang mantap, iaitu daripada segi harga yang berpatutan dan stok simpanan yang sedia ada.


Walaupun Singapura tidak mempunyai tapak pertanian, tetapi negara itu mampu untuk mengimport bahan-bahan makanan ke dalam Singapura

Sumber: 
KERENGGA: Dilema antara visi Dr Mahathir dan Salahuddin Ayub

Tuesday, July 10, 2018
BTN tunggu masa dimansuhkan
Posted By: Pentadbiron: July 10, 2018 Print Email
BTN tunggu masa dimansuhkan
Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

“Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan,” katanya pada forum bertajuk “Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia” di Sunway University, di Kuala Lumpur.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang.

“Kita tidak boleh memandang rendah kebijaksanaan mereka berusia 18 tahun dan menilai lebih tinggi kebijaksanaan mereka berusia lebih 50 tahun,” katanya.

Syed Saddiq berkata sebaik sahaja Pakatan Harapan membuat pengumuman bahawa mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi, insentif besar akan diberi kepada parti politik agar mereka mendampingi kumpulan itu.

“Minda pengundi muda adalah lebih terbuka, mereka juga terbuka kepada dialog dan forum serta berminat dengan Malaysia yang pelbagai kaum,” jelas beliau.

Bagamanapun, katanya konsep memperkenalkan identiti Malaysia dalam kalangan orang muda tidak akan tercapai sekiranya tiada pembaharuan institusi.


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 10, 2018
Sumber: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BTN TUNGGU MASA DIMANSUHKAN

Kerajaan Pakatan Harapan berasaskan maqasid syariah tidak iktiraf LGBT
9:49 PG Pejuang Perubahan

Antara negara yang mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah Belanda, Belgium, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, Norway, Sweden, Portugal, Iceland, Argentina, Denmark dan Brazil.

Turut sama berbuat demikian New Zealand, Perancis, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico, Amerika Syarikat dan Taiwan.

Sebelum itu, saya ada soalan. Adakah orang Pas yang menyokong mana-mana negara yang tersebut di atas dalam saingan Piala Dunia sekarang, kita boleh anggap menyokong dan mengiktiraf LGBT? Tanya saja!

Antara negara terakhir yang mengiktiraf LGBT ialah Australia iaitu pada Disember 2017. Menurut beberapa sumber, kini 25 negara di dunia mengiktiraf golongan ini. Hal ini berlangsung semenjak lebih 20 tahun yang lalu.

Mengiktiraf LGBT bermaksud mengiktiraf kewujudan orientasi seks tidak normal. Amerika Syarikat misalnya, menjadikan perkahwinan sejenis sah dari sudut undang-undang.

Selain perkahwinan sejenis dan orientasi seks kedua-dua jenis, premis khusus seperti tandas awam, lokap dan penjara khusus untuk golongan itu turut menjadi tuntutan mereka.

Malaysia tidak akan mengiktiraf LGBT kerana hal itu bercanggah dgn pendekatan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang berpaksikan maqasid syariah.

Antara prinsip maqasid syariah ialah memelihara keturunan dan nyawa. Orientasi LGBT jelas sekali membantutkan prinsip perkembangan dan pemeliharaan zuriat dan keturunan yang menjadi antara prinsip penting dalam maqasid syariah.

Orientasi LGBT juga turut merisikokan penularan penyakit berkaitan seksual yang bercanggah pula dengan prinsip menjaga nyawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sudah membuat kenyataan jelas tidak mengiktiraf LGBT. Bukan seperti yang diputar belit oleh sebahagian pentaksub Pas yang berasa diri mereka suci, kononnya kerajaan PH mengiktiraf LGBT.

Namun begitu, hak mereka sebagai warganegara dan manusia dalam batas yang tidak menimbulkan mudarat umum tidak boleh dinafikan.
* Penulis ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH. mdl

Sumber: 
Kerajaan Pakatan Harapan berasaskan maqasid syariah tidak iktiraf LGBT ~ AGEN PERUBAHAN ®







BERITA»Nasional
Selasa, 10 Julai 2018 | 2:25pm
PERDANA Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media selepas menghadiri program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Gaji peneraju GLC mungkin diturunkan
Oleh Azura Abas; Syed Umar Arif; Irwan Shafrizan Ismail dan Fairul Asmaini Mohd Pilus cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin menurunkan gaji peneraju di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi merapatkan jurang perbezaan gaji antara ahli parlimen dan sektor swasta, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar gaji ahli parlimen ketika ini jauh lebih rendah berbanding sektor swasta.

"Anda tahu tak ada beberapa orang yang menerajui GLC mendapat gaji lumayan sehingga RM7 juta setahun? Gaji kita (ahli parlimen) rendah tetapi bukanlah terlalu rendah.

"Kita tidak mahu (gaji ahli parlimen terlalu) rendah daripada (peneraju) sektor swasta. Jadi, kita (mungkin) menurunkan gaji di sektor swasta," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Taklimat Governans, Integriti dan Anti Rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga sudah melakukan banyak perkara dalam membantu anggota kerajaan menangani kos sara hidup.

"Sebagai Perdana Menteri (dalam pentadbiran terdahulu), ketika saya letak jawatan, gaji RM20,000 sebulan, lebih rendah berbanding mereka di PROTON, sebagai contoh.

"Tapi saya melihat RM20,000 ini mencukupi untuk saya, kenapa?... kerana kerajaan sudah memberikan kakitangan kerajaan rumah, bayar elektrik, air, beri kenderaan selain elaun perjalanan ke luar negara.

"Semua ditanggung... selama 29 tahun saya tidak gunakan wang gaji, saya simpan dan duit itu saya gunakan sekarang," katanya.

Mengenai pengisytiharan aset oleh ahli parlimen, Dr Mahathir berkata setakat ini belum ada yang tampil berbuat demikian.

"Setahu saya belum ada (yang tampil mengisytiharkan aset). Kita akan tentukan kemudian tempoh masa yang akan diberi kepada mereka untuk mengisytiharkan aset masing-masing," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447322/gaji-peneraju-glc-mungkin-diturunkan

BERITA»Kes
Selasa, 10 Julai 2018 | 2:39pm
KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berucap pada Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
PDRM tunggu tindakan bekas PM
Oleh Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tunggu dan lihat susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin menyaman Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Setakat ini, PDRM belum terima sebarang permohonan daripada pihak Najib yang mendakwa serbuan dan rampasan yang dilakukan JSJK itu kononnya tidak mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sedia maklum berhubung tindakan Najib yang sebelum ini mengemukakan saman sivil terhadap tiga penyiasat kanan yang mengendalikan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pada masa ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak Datuk Seri Najib berhubung tindakan saman yang dikemukakan dan saya tidak dapat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini.

"Apa yang penting, pihak kami ingin melihat apakah yang sebenarnya bentuk melanggar SOP seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib," katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihak polis juga tidak ingin membuat sebarang komen balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib sehingga siasatan yang dijalankan selesai.

"Dia (Najib) boleh cakap apa yang hendak dikatakannya dan kami hanya menunggu sebarang tindakan susulan serta permohonan rasmi berhubung isu pelanggaran SOP ini.

"Perkara ini adalah berkaitan dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan dia sendiri sudah mengemukakan saman, maka kita (PDRM) tunggu dan lihat sajalah," katanya.

Selain Amar Singh, dua lagi penyiasat kanan kes 1MDB yang disaman oleh Najib adalah Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Shukri Abdull, dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Peguam Badrul Abdullah yang mewakili Najib mendakwa ketiga-tiga individu terbabit bertindak secara prejudis terhadap anak guamnya sepanjang tempoh siasatan.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447337/pdrm-tunggu-tindakan-bekas-pm

10 July 2018
Najib jangan 'berlakon' jadi mangsa...
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti 'berlakon seolah-olah' menjadi mangsa' dalam perbicaraan kes SRC International, kata Anggota Majlis Tertinggi PKR, Latheefa Koya.

"Hello Najib, ini bukan seperti zaman kamu dulu yang mana kamu boleh pilih Peguam Negara (AG) yang akan membersihkan kamu.

"Hentikanlah berlakon seolah-olah menjadi mangsa," katanya pada hantaran Twitter bagi mengulas akuan bersumpah yang difailkan Najib terhadap Peguam Negara Tommy Thomas.

Najib dalam samannya terhadap Thomas memetik artikel yang ditulis AG, terbit di Malaysiakini dua tahun lalu sebagai sebab beliau percaya Thomas akan bersikap prejudis jika terus mengetuai pendakwaan terhadap kes rasuah bekas perdana menteri itu.

Najib berkata artikel berjudul "Grand Larceny in 1MDB" itu merumuskan wang telah masuk ke akaunnya.

Kata putus penghakiman

"Pendirian Thomas jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu dan melahirkan kebimbangan kepada saya Thomas tetap akan mencari jalan mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa alasan sekalipun," kata Najib.

Ketika dihubungi, Latheefa bagaimanapun memaklumkan tindakan Thomas mengetuai pendakwaan dalam kes ini tidak akan memberi kata putus penghakiman dan oleh demikian isu prejudis yang didakwa Najib tidak wujud.

"Keadaannya bukanlah AG akan memutuskan Najib bersalah atau tidak. Beliau (Thomas) masih perlu mengemukakan kesemua bukti, menunjukkan dokumen (dalam mahkamah) dan lain-lain lagi.

"Najib kata AG tidak suka dia. Tapi isu sama ada AG suka dia atau tidak tidak timbul dalam kes ini," peguam pengasas NGO Lawyers For Liberty itu memberitahu Malaysiakini.

Najib melalui peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memohon Thomas diketepikan daripada mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

Pada Jumaat lalu dilaporkan Najib memfailkan tiga saman berasingan terhadap Thomas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit AMan Datuk Amar Singh.

Saman berkenaan difailkan pada 30 Jun lalu. - mk

Sahabat Najib Pecah Rahsia Ahli UMNO Telan Duit Tapi Tak Bantu Najib Sampai Terpaksa Buat Tabung

PAS masih tak sedaq diri lagi rupanya...
Sekali imbas, Pas nampaknya semakin menyedari bahawa keegoan mereka untuk menjadikan pentandingan tiga penjuru dalam pilihanraya sebenarnya adalah strategi yang memakan diri sendiri.

Dengan keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru dapat menjadikan mereka sebagai "king maker" dan BN atau Pakatan Harapan akan mencari mereka untuk membentuk kerajaan, sebaliknya apa yang berlaku ialah Pas kecundang di semua kerusi campuran dan hanya kekal sebagai parti yang mampu bernafas di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Barangkali tidak kurang sedihnya juga bagi Pas bila mana Amanah yang baru ditubuhkan dan pernah diramalkan akan berkubur selepas PRU14, tetapi sekarang satu demi satu pemimpinnya dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri.

Manalah tak sedih...sekian lama berjuang tapi masih tak mampu menjadi sebahagian daripada kerajaan, namun Amanah yang selalu diperlekeh pula yang akhirnya tampil dengan cemerlang dan meraih kejayaan.
Lantaran itu, menjelang pilihanraya kecil Sungai Kandis tidak lama lagi berikutan kematian Adunnya, Shuhaimi Shafie, Pas dengan segera menyatakan keinginan untuk berlawan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan yang diwakili oleh PKR.

Kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, parti itu hanya akan menyertai pilihanraya kecil itu jika ia pertandingan satu lawan satu.

"Kalau pertandingan tiga penjuru, mungkin kita akan pertimbang balik kerana kita tidak mahu perpecahan undi dan mengulangi kesilapan dalam pilihanraya yang lalu," katanya lagi.

Bermakna, jika BN masuk bertanding dan PKR yang pasti meletakkan calonnya berikutan kerusi itu milik mereka, Pas dengan sendirinya akan menarik diri.  Ehhh....sudah tidak mahu jadi "king maker" lagi ke?

Walaupun sudah terlambat, Pas sekurang-kurangnya sedar mereka sudah melakukan kesilapan besar sebelum ini.


Jika tidak dan kiranya mereka setuju berunding elok-elok dari segi pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu, pasti hari ini kita akan melihat beberapa pemimpin Pas sudah pun berjawatan menteri dan timbalan menteri bersama-sama dengan PKR, DAP, Bersatu dan juga Amanah.

Atau pun kiranya Pas setuju bekerjasama dengan UMNO dan BN, tidak mustahil hari ini parti itu sudah pun membentuk kerajaan campuran bersama pemimpin kleptokrasi, Najib Razak.

Apa pun, segala-galanya sudah terlambat bagi Pas.

Image result for kerusi DUN Sungai Kandis
Namun demikian, melihat sikap Pas yang berharap BN akan menarik diri di Sungai Kandis dan mereka yang mahu berlawan dengan Pakatan Harapan, ia dengan sendirinya menunjukkan parti itu masih dengan keegoaan yang tersendiri.

Dalam pilihanraya 9 Mei lalu, bagi kerusi DUN Sungai Kandis, PKR mendapat 23,998 undi, BN mendapat 11,518 undi, Pas 7,573 undi dan PRM dengan 76 undi.

Berdasarkan itu, Pas tidak sepatutnya mengharapkan BN tidak meletakkan calonnya, sebaliknya merekalah sebagai parti yang mendapat undi ketiga yang sepatutnya menarik diri.

Jika ingin melihat pertandingan satu lawan satu, ia sepatutnya antara BN berlawan dengan Pakatan Harapan, bukannya Pas dengan Pakatan Harapan.

Di mana logiknya parti nombor tiga dari segi perolehan undi mahu parti nombor dua menarik diri?

Pas masih belum sedar diri lagi rupanya? - SH 


Jho Low – The Fugitive Neither Singapore Nor Malaysia Interested To Arrest...
The U.S. Department of Justice acknowledges lawsuits filed to seize assets that it said were the result of US$4.5 billion that was misappropriated from 1MDB (1Malaysia Development Bhd), a fund set up by disgraceful ex-prime minister Najib Razak himself in 2009, represents the largest action brought under the Kleptocracy Asset Recovery Initiative.

Mr. Najib, who was the Chairman of 1MDB, has denied any involvement in the scandal although he was caught with his hand in the cookie jar – a whopping US$681 million in his private banking accounts. Instead, Mr. Najib has claimed that the money was donations from Saudi royal family, a claim that could not be substantiated.

Najib’s wife, Rosmah Mansor, was also exposed to have had purchased a 22-carat pink diamond necklace – worth a stunning US$27.3 million – using money siphoned from 1MDB. According to U.S.-DOJ investigations, Jho Low had arranged for jewellery designer Lorraine Schwartz (also known as “Jewish Queen of Oscar Bling”) for the pink diamond on June 2, 2013.

Other 1MDB-linked assets which were reported to have been seized by the U.S.-DOJ so far include Jho Low’s Bombardier Global 5000 jet in Singapore, jewellery worth millions of dollars gifted to celebrities Australian Miranda Kerr, Taiwanese Elvia Hsiao, and several properties in New York, artwork, film rights and a US$107 million interest in EMI Music Publishing.

After his stunning defeat in the 14th general election on May 9th, Najib has since been arrested and charged. However, his 3 (three) criminal breach of trust (CBT) under Section 409 of the Penal Code were in connection with the transfer of RM42 million to his private bank account from former 1MDB subsidiary SRC International Sdn Bhd.

The authorities have yet to charge Najib over 1MDB’s US$681 million (RM2.6 billion) thievery. That’s what his fanatic fans have been whining and bitching – that Najib is innocent. The missing piece of the puzzle is Jho Low (full name: Low Taek Jho). He is believed to be the architect of the heist of the century. The fact that he is still able to evade and humiliate the authorities means he’s a genius.

According to a latest report from South China Morning Post, the fugitive Jho Low and his family were able to slip out of Hong Kong to Macau last week because neither Malaysia nor Singapore formally requested for his arrest. The Hong Kong newspaper reported that Low and his entourage were “hiding in plain sight” by occupying multiple rooms at the upscale Pacific Place Apartments.

Renting several units on the 32nd, 34th and 36th floors of Pacific Place Apartments in Admiralty on Hong Kong Island, it would cost Mr. Low HK$84,000 (RM43,267) a month for a 1,220 sq ft one-bedroom apartment while a three-bedroom unit of more than 2,650 sq ft goes for HK$230,000 (RM118,469) a month. To the billionaire fugitive, that was chicken feed though.

According to sources, the Najib’s partner-in-crime was still in Macau as of Saturday (July 7). Prior to moving to Macau, the fugitive was in Hong Kong for a couple of months. Rumours have been circulating that Jho Low has been spending time in Macau, just a 55-minute ferry ride from Hong Kong. And if the plan goes smooth, he may be able to stay there – untouchable.

The Government of the Macau Special Administrative Region allows citizens of specific countries to travel to Macau for tourism or business purposes for periods ranging from 180 days to 14 days without having to obtain a visa. In the case of Malaysian Jho Low, whose passport has been cancelled on June 15, his stay in the city of casino is limited to 30 days.

Currently, Hong Kong has extradition agreements with 18 countries, including Malaysia and Singapore. Strategically, Low’s only option is to make an asylum request with Macau immigration since the world gaming capital has no extradition treaty with Malaysia. However, that option is not entirely true because neither Malaysia nor Singapore is interested to arrest him.

Previously, Malaysian Inspector-General of Police (IGP) Mohamad Fuzi Harun said that Mr. Low, who is wanted for questioning in relation to 1MDB scandal, had given the Malaysian police the slip in Hong Kong and escaped to Macau. It was suspected that there could be moles inside the police force who had alerted Low. Low also reportedly holds a passport from St Kitts and Nevis.
So, the police chief Mr. Fuzi, and his boss Home Affairs Minister Muhyiddin Yassin for that matter, has to urgently answer two immediate questions. First, has the police force, well known as one of the most corrupted institutions, been infiltrated and under Jho Low’s payroll. Second, why wasn’t there a formal request to Hong Kong authorities to arrest Mr. Low?

The source said – “Hong Kong police have no obligation to arrest, even if he is on an Interpol Red Notice.” Hence, in the same breath, Singapore has to answer why didn’t the government of Lee Hsien Loong request formally to arrest Jho Low? Sure, Singapore claims that they had requested Interpol to publish “red notice” on Jho Low as far back as 2016.

Singapore proudly said it does not tolerate the use of its financial system as a refuge or conduit for illicit funds. And the red dot prides itself as a more efficient country than its neighbouring Malaysia. It’s hard to believe that Singapore authorities do not know that on top of Interpol “Red Notice”, they have to also put in a formal request to arrest the fugitive Jho Low.
In other words, if neither Malaysian nor Singaporean authorities wake up and put in a formal request, Jho Low and his family of crooks can continue playing hide and seek with them, without seeking “sanctuary” in Macau. With his “informants” within the Royal Malaysia Police, Mr. Low will always be one step ahead of the authorities.

However, to be on the safe side, Jho Low should try to become a permanent resident of the Macau SAR although getting one is quite difficult. If successful and based on Malaysian Prime Minister Mahathir’s logic of harbouring Islamist extremist preacher Zakir Naik, as long as Jho Low behaves in Macau, he can’t be extradited back to Malaysia for his theft (*grin*).

Like it or not, Jho Low is extremely clever. Macau is a very safe haven for him. Thanks to “one country, two systems”; both Hong Kong and Macau have autonomous police and judicial systems. Fugitive offenders in Macau cannot be extradited to Hong Kong and vice versa simply because even both autonomous territories of China do not have any treaty to do so.

Heck, going by the rule of law, even Beijing cannot demand Macau to surrender Jho Low if the Macau SAR chooses to protect the Malaysian fugitive. Granting safe passage to Jho Low is considered internal affairs of Macau. Still, it’s mind-boggling why the new government of Mahathir has been so reckless, so much so that it looks like they deliberately refused to bring the notorious fugitive home. - ft

Sadis - Ada yang kata fitnah, tu bukan anak Najib. Tu Cina perut boroi, siap tunjuk jam dan cincin bagai. Bila disertakan pengakuan artis Taiwan bertemu beliau, tetap kata itu fitnah. Siap ada yang tanya anak Najib terlibat politik kah. Menang tanpa bertanding Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan ...lagi. Semua tu yang kata, yang tanya ialah orang Umno. Orang Umno yang xkata, yang xtanya relax duduk diam² sahaja.  

The Nazif - Celia Zhang rendezvous, a cover-up to meet Jho Low?...
Kit Sian asks Najib's son point blank - so what were you doing ini Taiwan on such a whirlwind one day trip,surely it's not just for a quick "wine and pleasure" with Celia? 

Much ink has been spilled over the trip of Datuk Seri Najib Razak’s son Mohd Nazifuddin Mohd Najib to Taiwan and his rendezvous with Taiwanese actress Celia Zhang on a day after Najib was charged in court in Kuala Lumpur on four counts of corruption.

The Malay Mail Online, for instance, carried an article : “Report: Najib’s son seen gallivanting with Taiwan actress after ex-PM freed on bail”, based on Taiwan’s Apple Daily video report spotting Nazifuddin “dining and drinking wine” with an actress in Taiwan at a steak restaurant in the Breeze Xinyi mall near Taiwan capital’s iconic tower Taipei 101 a day after his father was charged for corruption in Kuala Lumpur over RM42 million from a former 1MDB unit.

The portal said the two were seen drinking glass after glass of red wine in a relaxed atmosphere during an allegedly mirthful meal that lasted three hours, claiming that two bottles of red wine were opened.

It also said the duo were subsequently seen taking a taxi to a massage parlour, before having a candlelight dinner and spending two hours at a bar.

Apple Daily claimed that the two then took another taxi ride to the Grand Hyatt hotel at around 1am, and Nazifuddin went up to rest and Celia then left.

According to Apple Daily, Nazifuddin wrote a Facebook post at 9.58pm the same night to back his father who was charged with corruption, noting that this allegedly took place while he was having a candlelight dinner with the actress.

The Apple Daily report came with a video clip showing brief footage and photos of the duo together, also reporting that Nazifuddin was seen together with the actress after he alighted from the plane yesterday in his trip to Taiwan.

Nazifuddin returned to Kuala Lumpur the next morning.

However, despite much ink being spilled over Nazifuddin’s Taiwan visit a day after Najib’s four corruption charges in Kuala Lumpur, the most important question seemed to have been missed, i.e. what was Nazifuddin doing in Taiwan and what was his most important agenda in his quick one-day to Taiwan – as very few would believe that the whole purpose of Nazifuddin’s quick one-day trip to Taiwan as just to have a rendezvour of wine and food with Celia!

Only Nazifuddin can answer this question. Will he do so? - LKS

Conversation With Dr.M
Related image
Mesej Hanipa dari wad: Boring gila di hospital

Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses and text


cheers.
Posted by ali allah ditta at 1:01:00 AM
Sumber:
tumpang sekole...?: Najib jangan 'berlakon' jadi mangsa...

Dr Rozaimi Ramle mengulas Isu LGBT
Isu LGBT: Antara Fakta dan Emosi
Ramai yang memberikan respon berkaitan isu LGBT daripada Menteri Agama Dato Dr Mujahid. Ada yang mengamuk sakan sehingga bertanya apa perlu mahkamah syariah jika ia dosa peribadi? Saya mencari kenyataan media berhubung isu LGBT yang dinukilkan daripada YB Menteri. Apa yang dapat saya simpulkan ialah:

1. Menteri menegaskan perbuatan itu haram.

2. Tindakan undang-undang akan diambil jika perlakuan tersebut dilakukan terang-terangan.

Bagi yang mengamuk sakan ini, saya cuba fahami asas amukan mereka. Hanya ada beberapa kemungkinan mereka mengamuk:

1. Bila menteri kata LGBT haram. Tapi kemungkinan ini jauh kerana mereka memang anggap LGBT itu haram.

2. Bila menteri kata bila ia dilakukan secara tersembunyi maka ia adalah dosa dia dengan Allah. Inilah kemungkinan yang paling besar yang menjadi sebab mereka mengamuk.

3. YB Menteri mahu dialog dengan golongan LGBT. Mereka merasakan langkah ini lembut dan tidak sesuai atau tidak cukup.

Saya kira kalau saya ini level pentaksub YB Menteri Agama ini saya boleh saja beri alasan:

"Masya Allah, mantiq YB Menteri sangat tinggi. Orang awam tidak faham. Ia juga uslubul hakim. Hanya orang yang mengaji lama dengan beliau saja faham".

Namun saya bukanlah pentaksub beliau. Maka saya cuba fahami maksud beliau. Berikut ulasan saya:

1. YB Menteri jelas menyatakan perbuatan ini haram. Ini melegakan saya.

2. YB Menteri mahu berdialog dengan golongan LGBT adalah salah 1 usaha dakwah untuk menyampaikan kebenaran. Bahkan Malaysiakini juga pernah melaporkan bahawa sebahagian pimpinan PAS juga mahu menggunakan metod mendekati golongan ini.

3. YB Menteri tidak mengubah status quo dalam isu ini. Selama ini, begitulah perlaksanaan undang-undang yang ada di negara kita tetapi kenapa mereka tidak mengecam sebelum ini? Bahkan sebahagian mereka teriak mahu bertaawun.

4. Perihal kenyataan YB Menteri yang menyebut:

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan".

Saya kira kenyataan Menteri ini jelas maknanya. Maksiat yang tersembunyi sememangnya kita tidak boleh ambil tindakan. Bagaimana mahu ambil tindakan sedangkan ia disembunyikan? Kita dilarang untuk melakukan tajassus (mencari-cari salah) orang. Umar bin al-Khattab tidak menceroboh rumah seorang pemuda yang minum arak di rumahnya secara tersembunyi.

Tersembunyi ini bermaksud kita tidak tahu kesalahan ini dilakukan. Pelakunya menyorokkan perlakuan ini daripada pengetahuan pihak berkuasa. Maka ia adalah dosa peribadi pelakunya.

Adakah mereka yang mengecam YB Menteri ini mahu mengatakan walaupun dosa itu tersembunyi maka kita semua berkongsi dosa walaupun kita tidak terlibat sama sekali?

Kecuali jika mereka "secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan" seperti kata YB Menteri. Maka tindakan boleh diambil jika ada aduan, dibuat secara terang-terangan atau ada promosi kepada perlakuan tersebut.

Justeru, saya tidak nampak apa yang menjadi isu besar dengan kenyataan YB Menteri. Mungkin kerana mereka yang mengecam ini salah faham maksud YB Menteri atau hanya baca tajuk di media sosial semata maka mereka lupa seruan tabayyun kerana YB Menteri bukan ahli parti mereka. Saya nasihatkan janganlah seruan tabayyun hanya untuk puak sendiri dan tibayyun untuk musuh politik. Tabayyunlah pada kawan dan lawan.

Dr Rozaimi Ramle
at 7/10/2018 08:33:00 PG
KERENGGA: Dr Rozaimi Ramle mengulas Isu LGBT

TUESDAY, JULY 10, 2018
LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit
Pengarah Syariah AMANAH Zolkharnain Abidin berkata memang tidak wajar memberi pengiktirafan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tetapi itu tidak bermakna hak mereka boleh dinafikan. 

Beliau membidas kecaman sesetengah pihak, termasuk pemimpin PAS, terhadap kenyataan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung perkara itu. 

 Dalam wawancara bersama Malaysiakini beberapa hari lalu, Mujahid berkata golongan LGBT tetap mempunyai hak sebagai warga negara selagi tidak mencabar undang-undang negara. 

 "Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT...Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," kata Mujahid yang juga naib presiden AMANAH. 

 Zolkharnain berkata kenyataan Mujahid itu sudah jelas tetapi diputarbelitkan sesetengah pihak. 

 "Menteri sudah membuat kenyataan jelas tidak mengiktiraf LGBT, bukan seperti yang diputarbelit sebahagian pentaksub PAS yang merasakan diri mereka suci, kononnya kerajaan HARAPAN mengiktiraf mereka. 

 "Namun hak mereka sebagai warganegara dan manusia dalam batas yang tidak menimbulkan mudarat umum tidak boleh dinafikan," katanya lagi dalam kenyataan di Facebook hari ini. 

 Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum ini mengecam Mujahid dan menyifatkan kenyataannya sebagai pengiktirafan kepada LGBT. 

 Sama ada secara terbuka atau tertutup, kata Khairuddin, perlakuan LGBT menyalahi undang-undang negara, antaranya menurut Seksyen 377 Kanun Keseksaan mengenai 'seks luar tabii'. 

 Zolkharnain berkata, pengiktirafan - seperti di sejumlah negara Barat - antaranya bermaksud menjadikan perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang serta mewujudkan kemudahan awam khusus untuk golongan itu. 

"Malaysia tak akan mengiktiraf LGBT kerana ia bercanggah dengan pemerintahan HARAPAN yang berpaksikan maqasid syariah," katanya. 

Sedangkan, katanya lagi, orientasi LGBT bercanggah dengan salah satu prinsip maqasid syariah iaitu memelihara keturunan dan nyawa kerana ia menyekat perkembangan keturunan dan meningkatkan risiko penyakit seksual.~ m.malaysiakini

Sumber:
al- Husseyn: LGBT: Kenyataan Mujahid diputar belit

Kisah tahun 2012: Perangai siapa? Siapa pengasuhnya? 
SATURDAY, SEPTEMBER 15, 2012
Dahsyat Puak Ni !!! Ini Yang Mahadir Kata perangai dajai@shaitan ..suka merosakan harta orang lain. Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor 
Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami," katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah 
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu di mana. Malaysiakini
Semua 800 meja habis di tempah.. Jelajah Anwar Di Johor
Anwar Ibrahim Memberi ucapan

Sumber:
Media Orang Kampung: Dahsyat Puak Ni !!! Ini Yang Mahadir Kata perangai dajai@shaitan ..suka merosakan harta orang lain

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari dan Muslim]

PENTINGKAN DIRI PUNCA KEHANCURAN.
AWASSSS.!!!!
PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/ UMNO) ditubuh untuk menyatukan Melayu, untuk membela dan memperjuangkan nasib bangsa Melayu. PEKEMBAR bukan gelanggang `litar lumba' untuk berebut kuasa hingga jawatan dijadikan kiblat perjuangan.


Perebutan jawatan telah seringkali menghalalkan cara, telah berulang kali membawa kepada keruntuhan nilai, sehingga kawan menjadi lawan. Perpaduan di dalam parti sanggup diretakkan - perpaduan sesama bangsa sanggup dipecahkan kerana jawatan.

Menyokong individu lebih diutamakan dari menyokong parti. Survival individu lebih dipentingkan dari survival bangsa. Pertandingan dilihat sebagai peluang mendapat keuntungan diri. Nama baik pemimpin sanggup dihitamkan kerana terpengaruh dengan ganjaran upah. Kuasa undi dinilai dengan ringgit. Ingatlah calon yang membayar upah telah juga mengambil upah lebih besar dari pihak lain.


Kelangsungan PEKEMBAR bergantung kepada niat dan pegangan ahli. Semangat juang untuk parti janganlah berakhir dengan tempoh masa menyandang jawatan iaitu selagi diri diberikan kedudukan dan imbuhan. Sebaik sahaja kehilangan jawatan, sebaik sahaja kehilangan kedudukan, sebaik sahaja gagal mendapat imbuhan, kepimpinan parti diugut, dicerca, diserang secara berdepan, ditikam dari belakang dan orang yang dipilih menggantikan tempatnya, dipulaukan pula.

Selama manakah parti akan menanggung sarat dari ahli yang berfikiran sempit? Selama manakah pemimpin parti harus tunduk kepada ugutan ahli yang berjiwa kecil? Menghadapi ahli parti yang berfikiran sempit dan ahli parti yang berjiwa kecil, sebenarnya lebih membebankan dari menghadapi musuh, lebih berat dari menghadapi parti pembangkang. Mereka sanggup menggunakan apa sahaja muslihat untuk mengekalkan jawatan di dalam parti meskipun telah ditolak rakyat di dalam pilihanraya.

Ahli-ahli parti seperti inilah yang menjadi beban ketika PEKEMBAR menghadapi pilihanraya. Ahli- ahli parti seperti inilah yang telah membantu kemenangan pembangkang di dalam pilihanraya 2008. Ahli-ahli parti seperti inilah yang berada dalam tahap `kekecewaan' yang boleh membawa parti ke tahap `gelora dan perselisihan'.

Jika tidak dibendung secara tegas mereka akan membawa parti ke tahap `kejatuhan dan kehancuran'.

Itulah cabaran dan dugaan PEKEMBAR.

Samada kuasa Melayu Asli terus hidup atau mati di Malaysia ini terletak pada sejauh mana kesetiaan ahli-ahli PEKEMBAR menyertai perjuangan memertabatkan Bangsa, Tanahair dan Agama.

Sumber:
Sidek Abdullahdin


Awan 'ombak besar' di Sabah

BERITA»Nasional
Selasa, 10 Julai 2018 | 11:09am
Oleh Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

BEAUFORT: Formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

Keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk setempat, Jamal Djupri, 37, berkata beliau melihat awan berkenaan sewaktu berada di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ketika mahu memulakan sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama 25 pelajar sekitar jam 7.10 pagi.

"Fenomena ini bukanlah kali pertama dilihat kerana keadaan sama pernah berlaku pada tahun lalu dan 2016.

"Cuaca ketika itu mendung serta sedikit berangin. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat seperti tadi," katanya kepada BH.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan persisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

"Ia boleh berlaku akibat tiupan angin Barat Daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

"Kita menjangkakan cuaca mulai akan kembali normal menjelang petang," katanya sambil berkata fenomena ini memang berlaku di negeri ini sebelum ini.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447240/awan-ombak-besar-di-sabah

BERITA»Kes
Selasa, 10 Julai 2018 | 11:41am
KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, bergambar bersama orang ramai pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
Jho Low: PDRM tunggu lampu hijau dari Macau
Oleh Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak memberkas ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Taek Low, selepas mendapat maklum balas dari pihak berkuasa Macau.

Pada masa ini, PDRM sudah menghantar permohonan kepada tujuh negara dalam mendapatkan kerjasama bagi memburu Jho Low untuk dibawa pulang ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata sebarang tindakan ke atas Jho Low di negara terbabit hanya akan dapat dilakukan selepas PDRM memperoleh maklum balas atau kerjasama dari pihak berkuasa Macau.

"Kami (PDRM) sebelum ini sudah menghantar permohonan untuk mendapatkan maklumat dalam usaha menahan Jho Low kepada tujuh negara termasuk China selain notis merah melalui Polis Antarabangsa (Interpol).

"Daripada semua permohonan berkenaan hanya pihak berkuasa Hong Kong yang memberikan kerjasama dengan memberikan butiran semasa Jho Low berada di Hong Kong minggu lalu," katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, apabila pegawai PDRM tiba di Hong Kong, Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke Macau dengan menaiki feri.

"Sehubungan itu, sebarang tindakan bakal diambil selepas kita menerima kebenaran dan maklumat untuk bertindak memberkasnya di Macau.

"Malah, pihak Interpol di negara berkenaan juga boleh memberkas Jho Low dan menyerahkannya kepada PDRM sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang lokasi kedudukan Jho Low pada masa ini," katanya.

Terdahulu, Tan Sri Fuzi Harun, merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di sini, hari ini.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447252/jho-low-pdrm-tunggu-lampu-hijau-dari-macau

BERITA»Nasional
Selasa, 10 Julai 2018 | 10:31am
PM, jemaah menteri hadir taklimat GIACC

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melaksanakan tugas hariannya pada ulang tahun ke-93 beliau hari ini, antaranya menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan, termasuk jemaah menteri, mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu yang bermula pada jam 9.30 pagi, turut disertai setiausaha politik serta hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Menurut kenyataan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), taklimat itu bertujuan memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan untuk Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.

"GIACC menganjurkan sesi taklimat selari dengan hasrat kerajaan pimpinan Dr Mahathir yang beriltizam mahu melahirkan pentadbiran dan negara bebas rasuah," katanya.

Menurut GIACC, Dr Mahathir akan menyampaikan perutusan khas pada program itu, manakala Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, akan memberikan taklimat mengenai peranan serta fungsi pusat itu.

Selain itu, turut dijadualkan lima pembentangan berkaitan pengisytiharan harta, penerimaan hadiah, pengurusan dan pentadbiran peruntukan Ahli Parlimen, meliputi kesalahan-kesalahan menerusi Akta SPRM 2009 dan kesalahan-kesalahan lazim dilakukan anggota pentadbiran serta Ahli Parlimen.

"Ini bagi menjayakan agenda antirasuah nasional yang bermatlamatkan negara dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuahnya," katanya. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447235/pm-jemaah-menteri-hadir-taklimat-giacc

Rabu, 07 Februari 2018 10:38
MH 370 dan MH 17 : Misteri Terbongkar
Ditulis oleh Unit Perolehan
Saiz Fon   Cetak E-mel Jadi pengulas yang pertama
Nilaikan butir ini 1 2 3 4 5 (1 Undi)
 MH 370 dan MH 17 : Misteri Terbongkar

Benarkah Malaysia dikatakan sebagai sempadan terakhir negara Islam yang bakal dijadikan sasaran kekejaman rejim Zionis? 

Benarkah MH 370 dan MH 17 milik Malaysia itu menjadi antara taruhan ‘percakaran dan dendam lama’ politik licik dan dingin kuasa-kuasa tertentu? 

Menerusi buku ini, pembaca pasti dikejutkan dengan beberapa maklumat yang perlu difikirkan perkaitan kejadian - konspirasi. 

Antaranya dinyatakan, pesawat MH 370 yang hilang itu mempunyai ‘kembar’ yang disimpan di Israel 5 bulan sebelum kehilangannya dan Richard Quest yang berbangsa Yahudi telah berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur beberapa hari lebih awal dari hari kejadian. 

Hal ini ada kaitan dengan penembakan MH 17 dan peristiwa 11 September 2001! Sepertimana peristiwa penembakan MH 17 di langit Ukraine, adakah ianya satu kemalangan, satu tindakan terancang terlebih dahulu daripada pembunuhan ataupun operasi bendera palsu? 

Tidak itu sahaja, pembaca pasti akan berfikir berulang kali akan kenyataan ini berkaitan peristiwa serangan World Trade Centre (WTC) bahawa: “Jawatankuasa Operasi Rahsia Israel (Mossad) adalah mereka yang kejam dan licik dengan keupayaan untuk menyasarkan angkatan tentera U.S. dan mereka memanipulasi situasi ini kelihatan seperti hasil perbuatan Arab-Palestin” 

Buku setebal 472 dengan halaman yang turut memuatkan foto-foto protes besar-besaran masyarakat antarabangsa terhadap Yahudi-Israel. Manakala aksara bercetak dengan warna biru, merah dan hitam serta ada yang bergaris mewakili penyataan peristiwa penting yang berbeza-beza. Justeru bacalah buku ini untuk lebih tahu apa sebenarnya muslihat dan perancangan licik dan teliti kuasa-kuasa ‘tersembunyi’ ini. 

Beberapa pautan laman sesawang boleh diakses dan muat turun dalam bentuk PDF juga turut disediakan.

Maklumat Tambahan
Pengarang:Hanisah Shamsudin dan Halimah Mohd. Ibrahim
Penerbit:Telaga Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbit:2014
No. Panggilan:M 363.12 MHT
Lokasi:PN PC2 PC3 PK1

Sumber:
MH 370 dan MH 17 : Misteri Terbongkar

118,434 Paparan
Adi Putra
23 jam
Pilot MH 370 telah dijumpai dan sedang menerima rawatan di Hospital Taiwan.....dia dijumpai terdampar di sebatang sungai di Taiwan dan beliau tidak boleh mengingati apa2 pun......pengenalan beliau adalah melalui cap jari dan berharap kesihatan serta ingatannya akan pulih semula........

Adi Putra




Tiada ulasan: