Isnin, 30 Julai 2018

Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih memudaratkan Islam berbanding BN. Kata bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar. 7954.



Jamal to stay in Sungai Buloh prison, bail orders revoked
Published 45 minutes ago on 30 July 2018
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai Pasukan Pembelaan. 
The Ampang Magistrate’s Court here today revoked the bail orders issued to Datuk Seri Jamal Md Yunos. — Picture by Mukhriz Hazim
The Ampang Magistrate’s Court here today revoked the bail orders issued 
to Datuk Seri Jamal Md Yunos. — Picture by Mukhriz Hazim

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini membatalkan perintah ikat jamin kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang didakwa dua kesalahan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas di sini dua tahun lepas.

Petisyen untuk menarik balik Perintah Ikat Jamin telah dibuat kerana dibimbangi Jamal melarikan diri lagi.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dan Haslinda A. Raof membenarkan permohonan Pasukan Pendakwa, yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak, untuk menarik balik ikat jamin masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin yang dikeluarkan kepada Jamal.

Berikutan itu, mahkamah membatalkan perintah ikat jamin bagi kesalahan pencerobohan dan kes melarikan diri dari tahanan polis (dari hospital) dan sementara perintah untuk menolak jaminan Jamal dikekalkan.

Mengenai tuduhan menceroboh, Jamal didakwa dengan empat orang lagi yang masih bebas dengan menceroboh Kedai Mainan Happy, yang terletak di No 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di sini. Dia juga didakwa dengan seorang yang lain, yang masih bebas, dengan menceroboh ke Starcom Trading and Services, yang terletak di No 23 & 25, Jalan Kosas 13, di kawasan yang sama. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3.30 dan 3.40 petang pada 29 Dis 2016. Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kod yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (NGO), juga telah dituduh dengan sengaja melarikan diri dari tahanan polis. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini antara 2 dan 3 petang pada 25 Mei, menurut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Jamal didakwa dengan dua kes mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu lagi kes di bawah Seksyen 290 dengan kod yang sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.
https://www.malaymail.com/s/1657520/jamal-to-stay-in-sungai-buloh-prison-bail-orders-revoked

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
CONNECTING FOR CHANGE ™
across reality ... not just under the cover of the media ...

Mokhtar Senik kata PH dan UMNO sekular, tapi UMNO sekular yang boleh diundi.

Seorang lagi pemimpin kanan dan bertaraf ulama PAS tampil menggesa supaya penyokong parti itu mengundi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata pada dasarnya kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) itu beramal dengan sekularisme dan menjadi bebanan kepada Islam.

Bagaimanapun secara bandingan kata bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih memudaratkan Islam berbanding BN.

Katanya pendirian itu dibuat selepas melihat kepada kenyataan yang dibuat pimpinan HARAPAN.

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan parti-parti Melayu Islam dalam HARAPAN boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yang tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam konteks PRK Sungai Kandis, kata Mokhtar, isu yang utama bukanlah untuk memenangkan sesebuah parti, sebaliknya siapa yang "patut dikalahkan".

Katanya penyokong PAS mengundi BN bukanlah kerana mereka mengiktiraf ideologi Umno itu sebagai benar, sebaliknya disebabkan mahu HARAPAN dikalahkan.

"Kerana kemudaratan didatangkan HARAPAN jauh lebih merosakkan berbanding BN," katanya.

Bagi pihak diri sendiri

Selepas pengundi menolak Umno pada PRU ke-14 lalu, kini tiba masa untuk mereka menolak HARAPAN pula dan keperluan itu, katanya, dianggap lebih utama.

"Kekalahan HARAPAN di PRK Sungai Kandis tidak banyak memberi kesan kepada kerajaan pusat, namun perlu disedari bahawa kekalahan mereka di Sungai Kandis bakal menghantar mesej bahawa walaupun mereka sudah menang dan menguasai Putrajaya, namun mereka tidak patut menjadi seperti gajah yang turun minyak.

"Hormati rakyat, hormatilah Islam dan bangsa pribumi Melayu.

"Kesimpulannya saya mahu memberitahu kepada pengundi di Sungai Kandis, undilah BN untuk mengalahkan HARAPAN," katanya.

PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan calon HARAPAN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berdepan cabaran Datuk Lokman Noor Adam yang cuba merampas kerusi berkenaan.

Mohd Zawawi ialah pengetua sebuah maahad tahfiz, manakala Lokman bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas yang sudah dibubarkan kerajaan.

Sebelum ini dua lagi pemimpin kanan PAS - Nasrudin Hassan dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali - sudah menyatakan secara terbuka gesaan mereka untuk penyokong parti terbabit supaya mengundi Lokman.

Untuk rekod, Mokhtar berkata, kenyataan dibuatnya hari ini selepas menerima banyak soalan mengenai pendirian PAS dalam PRK Sungai Kandis.

"Saya tak mahu jawab bagi pihak PAS, sebab saya hanya AJK kecil dalam PAS Pusat. Namun saya nak jawab bagi pihak diri saya sendiri.

"Jika serasi dengan pandangan anda, maka kita telah ada persamaan. Kalau tak serasi maka kita saling menghormati perbezaan itu," katanya.
Mokhtar Senik kata PH dan UMNO sekular, tapi UMNO sekular yang boleh diundi. ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Anwar sertai kempen Sg Kandis bukan sebab ‘tergugat’ PAS sokong BN
Bernama

SHAH ALAM: Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari-hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis minggu ini, bukan disebabkan PKR “tergugat” dengan sokongan PAS terhadap calon BN.

Kehadiran ketua umum PKR itu sebenarnya telah dirancang dan dijadualkan di peringkat awal lagi, kata calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam proses pemulihan rawatan di Turki dan masa yang beliau ada hanya selepas 31 Julai ke atas, sebab itu kita tetapkan tarikh tersebut (selepas 31 Julai) sesuai dengan keberadaan beliau di Malaysia.

“Kita telah jadualkan di peringkat awal tentang kehadiran beliau… jadi kita melihat tarikh beliau balik sempat untuk bersama kempen, bukan tiba-tiba di saat akhir memerlukan kehadiran beliau untuk membantu kempen,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, hari ini.

Anwar dijadualkan hadir membantu kempen PRK bermula Rabu ini dan dijangka menyertai ceramah “grand finale” pada malam terakhir kempen, Jumaat ini bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan lain Pakatan Harapan (PH).

Menurut Mohd Zawawi, berdasarkan maklum balas daripada pengundi, beliau yakin pengundi akan terus kekal bersama PH meskipun sasaran majoriti undi dijangka berkurangan daripada yang diperoleh pada PRU14 atas beberapa faktor.

“Kalau pada PRU lepas kita dapat majoriti 12,480 undi, pada PRK ini kalaupun kita tidak dapat jumlah itu kita target untuk dapat sekurang-kurangnya 10,000 undi daripada pengundi atas pagar, pengundi PAS, Umno yang mungkin melihat saya calon yang mereka harus pilih.

“Kita jangkakan PRK ini peratusan mengundi rendah kerana mereka baru sahaja mengundi pada PRU lepas. Ada yang kerja luar kawasan dan ada mempunyai masalah kos pengangkutan yang di luar bidang kuasa kami, jadi kami sedia maklum mengenai kekangan PRK ini,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP ketika ini untuk membantu kempennya, Mohd Zawawi berkata setiausaha agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadualkan turun padang ke DUN Sungai Kandis pada Khamis ini sementara pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang pula pada Jumaat.

Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu di DUN Sungai Kandis boleh menerima DAP, beliau berkata perkembangan terkini menunjukkan orang Melayu sudah semakin terbuka terhadap parti itu.

“Cuma Umno sahaja yang memburukkan dan (sebar) propaganda DAP sebagai parti rasis, anti Melayu dan sebagainya,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama selepas PRU14, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada hari pengundian Sabtu ini, Mohd Zawawi bakal ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K Murthy.
at 7/30/2018 08:45:00 PTG
KERENGGA: Anwar sertai kempen Sg Kandis bukan sebab ‘tergugat’ PAS sokong BN

Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid
Alyaa Alhadjri
Laporan pertikaian antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Mufti Perlis Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin telah diselesaikan susulan pertemuan mereka tengah hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengaturkan pertemuan tersebut berkata kedua-dua tokoh itu telah menyelesaikan perbezaan mereka mengenai pendakwah Zakir Naik dan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Mereka berdua bersetuju bahawa isu yang dikaitkan dengan LTTE ini diserahkan kepada pihak authority.

"Dan yang kedua berkenaan isu Zakir Naik juga, mereka juga bersetuju perkara itu akan diserahkan kepada pihak kerajaan. Apa yang diputuskan oleh kabinet itu adalah perkara yang mereka terima," kata Mujahid kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Ramasamy dan Asri di lobi Kompleks Islam Putrajaya.

Mujahid berkata pertemuan yang berlangsung selama 40 minit itu berjalan dalam suasana mesra dan kedua-dua tokoh itu mendapati mereka berkongsi beberapa persamaan.

"Pertemuan tadi berlangsung mesra...tiada ada apa-apa yang boleh dianggap sebagai pertemuan yang terpaksa atau ada apa-apa perkara yang tidak elok.

"Mereka dapat kenal mengenali antara satu sama lain," kata Mujahid.

Pertikaian timbul selepas mufti Perlis itu mencadangkan debat antara Ramasamy dan Zakir mengenai 'siapa pengganas sebenar' merujuk dakwaan wakil rakyat DAP itu dengan LTTE.
-malaysiakini
at 7/30/2018 06:43:00 PTG
KERENGGA: Pertikaian Asri-Ramasamy selesai, kata Mujahid



KUALA LUMPUR, July 30 — The Ampang Magistrate’s Court here today revoked the bail orders issued to Sungai Besar Umno division chief Datuk Seri Jamal Md Yunos, who is charged with two offences of trespassing two gambling premises in Taman Kosas here, two years ago.

Magistrates Muhamad Firdaus Sadina Ali and Haslinda A. Raof allowed an application by the prosecution team, comprising deputy public prosecutors Nurhashimah Hashim and Raihanah Abd Razak, to withdraw the bail of RM3,000 each with one surety issued to Jamal.

The petition to withdraw the bail orders were made for fear that Jamal flee again.

Following this, the court revoked the bail orders for both trespassing offences and the case of fleeing (police custody) from the hospital, while the order to deny Jamal bail was retained.

Following the development, Jamal, who was present attired in a suit and songkok with his hands handcuffed behind his back and accompanied by police personnel, will remain in Sungai Buloh Prison until his cases are completed.

On the trespassing accusations, Jamal was charged with four others who are still at large with intruding into the Happy Toys Shop, located at No 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, here.

He was also charged with another person, while another is still at large, with intruding into Starcom Trading and Services, located at No 23 & 25, Jalan Kosas 13, in the same area.

Both offences were allegedly committed between 3.30 and 3.40pm on Dec 29, 2016. He was charged under Section 448 of the Penal Code read together with Section 34 of the same code which carries a maximum jail sentence of three years, a fine of up to RM5,000 or both, upon conviction.

Jamal, who is also the Chairman of the Malaysian Non-Governmental Organisations (NGOs) Coalition, has also been charged with deliberately fleeing from the police custody.

He was charged with committing the offence at the KPJ Ampang Puteri Hospital here between 2 and 3pm on May 25, according to Section 224 of the Penal Code which carries two years jail or fine or both, upon conviction.

The court fixed Aug 10 for the mention of all three cases. Jamal was represented by lawyer Khairul Anuar Kashim. Jamal pleaded not guilty to all the charges.

Previously, Jamal was charged with two cases under Section 448 of the Penal Code at the Ampang Magistrate’s Court and another case under Section 290 of the same code at the Shah Alam Magistrate’s Court.

Meanwhile, lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, who heads the defence team, when met by reporters outside the court, said he would be filing for a judicial review on the orders at the Shah Alam High Court tomorrow. — Bernama
https://www.malaymail.com/s/1657520/jamal-to-stay-in-sungai-buloh-prison-bail-orders-revoked









Tiada ulasan: