Jumaat, 27 Julai 2018

Pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang anda boleh manfaatkan untuk mengubah dunia. 7933.


PASAL KASUT HITAM DIKECAM, TAPI INI 4 KENYATAAN DR. MASZLEE YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG
A. Zahid AmranJuly 27, 2018

Pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pasal penukaran pemakaian kasut putih kepada kasut hitam untuk semua pelajar dah pun diperdebatkan oleh ramai pihak. Ada yang memuji dan ada juga yang mempertingkaikan. Untuk tim yang pertikaikan, bagi diorang isu kasut hitam ni bukanlah perkara yang mendesakdan tukar kasut ni akan bebankan golongan miskin.
Tak tahulah ni nak panggil kritikan ke pujian. Mungkin nasihat. Imej dari FB Mutalib Uthman. 

Kenyataan pasal kasut hitam ni sebenarnya dah menyebabkan orang ramai tak perasan beberapa kenyataan lain dari Menteri Pendidikan yang sangat penting. Jadi, kami dari SOSCILI kali ni akan senaraikan kenyataan-kenyataan lain tu yang kurang orang bincangkan atau pun kecam berjemaah. Kita mulakan dengan… 

1) Tak setuju tutup tahfiz, perkenalkan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk mereka
Juara Matematik Dunia adalah pelajar tahfiz Malaysia. Klik untuk baca artikel ni.

JUARA MATEMATIK DUNIA ADALAH PELAJAR TAHFIZ MALAYSIA? DAN BEBERAPA FAKTA MENARIK PASAL SEKOLAH TAHFIZ
May 4, 2017

UPDATE 12/7/2018: Beberapa hari yang lepas, hangat isu mengenai sekolah tahfiz apabila seorang bekas menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan supaya pusat tahfiz ditutup. Baginya, ia sebagai satu usaha untuk membawa umat Islam keluar dari amalan agama jumud

“Saya ingin menarik perhatian Dr Mujahid (Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa) sebab yang mendorong saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian di negara ini  kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz,”- Tan Sri Zainuddin Maidin, petikan dari Sinar Harian

Dia juga berpendapat sekolah tahfiz tak bagi harapan masa depan dekat generasi baru Islam. Bagi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengatakan pendapat Zainuddin Maidin ini terlalu radikal. Ibu bapa ada hak untuk pilih sekolah mana yang dia orang rasa baik untuk anak mereka. Kementerian Pendidikan akan memperbaiki sistem pelajar tahfiz supaya mereka seimbang antara duniawi dan ukhrawi. 

Oleh itu, SOSCILI kali ni nak cerita sikit pasal institusi pendidikan agama di Malaysia (khususnya tahfiz), supaya kita dapat kenal mereka dengan lebih dekat.

Institusi tahfiz formal di Malaysia diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman

Sistem pendidikan berasaskan agama Islam di Malaysia dah bermula sejak dulu lagi. Pada mulanya ia bermula secara tak formal iaitu dengan belajar di rumah imam atau guru. Tapi sistem ni mula berkembang dan lahirlah institusi pondok. Setiap pondok pulak ada kurikulum mereka sendiri berdasarkan budi bicara tok guru masing-masing. 

Antara subjek yang diajar adalah Tauhid, Fikah, Tasawwur dan Usul Fiqh. Seterusnya, institusi seperti ni mula lagi berkembang, sampai tertubuhnya institusi madrasah yang dipelopori oleh penggerak gerakan Islah(Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin). Sistem kat madrasah ni lebih formal dan sistematik kalau nak dibandingkan dengan pondok.
Pelajar – pelajar pondok kat penempatan mereka. Imej dari livejournal.com
Maahad Tahfiz atau dikenali sebagai Tahfiz al-Quran pertama diasaskan pada tahun 1966Ia diberi nama sebagai Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat dan diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Sekolah ini mula beroperasi kat Masjid Negara, Kuala Lumpur. Lepas tu, setiap negeri buka Maahad Tahfiz masing-masing dengan Kelantan menjadi negeri yang pertama.

Bila penerimaan masyarakat terhadap institusi tahfiz ni mula berkembang, muncul pulak maahad tahfiz persendirian (swasta). Maahad tahfiz swasta pertama yang ditubuhkan adalah Raudhatul Tahfiz al-Quran (sekarang Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat) di Jeram, Selangor.
Tunku lahirkan hasrat beliau yang nak adanya Institusi pengajian al-Quran di Malaysia. Imej dari Darul Quran. 

Sejarah penubuhan Maahad Tahfiz swasta di Malaysia ni dikatakan berlaku apabila lepasan tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan yang kembali ke Malaysia mula menubuhkan sekolah mereka sendiri di negara ini. Kerana tu jugalah kaedah tradisional masih lagi digunakan yang selalunya diambil dari India dan Pakistan, tapi disesuaikan dengan budaya tempatan.

Apa bezanya sekolah tahfiz swasta dan kerajaan?

Sekarang ni kita boleh nampak bilangan sekolah tahfiz dah mula bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sebahagian sekolah tahfiz ni diuruskan oleh pihak kerajaan (pusat atau negeri) dan sebahagiannya pulak diuruskan oleh pihak swasta. 

Berikut adalah ciri-ciri sekolah tahfiz kerajaan:

Berjalan secara sistematik dan teratur.

Pembelajaran berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ada kalanya tak berapa sistematik dan teratur. Tapi, masih ada juga yang diuruskan dengan baik dan moden.
Sebagai contoh Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) Klang yang diuruskan di bawah JAIS. Imej dari yanieyusuf.blogspot
Sebenarnya kebanyakan sekolah tahfiz swasta digalakkan untuk mendaftar dengan jabatan agama negeri masing-masing, untuk memudahkan pihak berkuasa buat pemantauan, bantuan dan cadangan. Tapi ada jugak lagi yang belum berdaftar.

Setiap sekolah tahfiz swasta ni jugak tawarkan sistem pendidikan tersendiri dan kokurikulum yang pelbagai, terbahagi kepada sistem moden dan tradisional. Pendidikan tahfiz secara moden ada struktur pengurusan, kurikulum dan kemudahanyang tersusun, manakala secara tradisional pulak kurang tersusun seperti yang moden.

Tahfiz moden selalunya diuruskan oleh kerajaan pusat atau negeri seperti Darul Quran yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selalunya sekolah tahfiz milik kerajaan ada bangunan mereka sendiri, berbeza dengan tahfiz swasta yang dibina atas tanah sendiri, disewa atau diwakafkan.

Syarat nak masuk ke sekolah tahfiz kerajaan jugak dah ditetapkan. Seperti mana yang dah ditetapkan oleh Darul Quran. Manakala syarat nak masuk ke sekolah tahfiz swasta agak lebih mudah berbanding sekolah tahfiz kerajaan.
Antara pelajar yang mendaftar untuk masuk ke Darul Quran. Imej dari abunuha.wordpress
Sistem pembelajaran di sekolah tahfiz takdelah kolot macam yang diperkatakan

Untuk pengetahuan korang, berbeza dengan sekolah tahfiz kerajaan, selalunya sekolah tahfiz swasta ada sistem dan silibus pembelajaran mereka sendiri. Kami berbesar hati bila dapat berjumpa dengan Ustaz Mohd Najmi Inchik Hashim (Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam) untuk bercakap mengenai perkara ini.

“Mengikut kepada silibus atau sistem, setiap daripada Maahad Tahfiz swasta mempunyai sistem mereka tersendiri, tetapi dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)… Sistem tahfiz swasta adalah berdasarkan sistem sendiri, sama ada tahfiz akademik, tahfiz sahaja (atau) tahfiz diniah, itu bergantung kepada maahad tahfiz masing-masing.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Tahfiz diniah (seperti Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam) adalah maahad tahfiz yang buat hafazan al-Quran 30 juzuk dan dalam waktu yang sama ada mata pelajaran agama, seperti: sirah, akidah, tauhid, Bahasa Arab dan sebagainya.

Maahad tahfiz akademik pulak adalah maahad tahfiz yang buat hafazan al-Quran dan mengajar mata pelajaran akademik macam matematik, sejarah, sains, Bahasa Inggeris dan sebagainya. 

Antara kaedah pengajian tahfiz adalah: 
  1. Talaqqi – Pelajar memperdengarkan bacaan al-Quran kepada guru, untuk guru tersebut membetulkan tajwid, makhraj huruf dan baris-baris pada ayat-ayat al-Quran.
  2. Tasmi’ – Pelajar yang menghafal ayat al-Quran (minimum 1 muka surat sehari) memperdengarkan bacaannya kepada guru.
  3. Murajaah – Mengulang juzuk-juzuk yang telah dihafal.
 
Sistem pengajian yang dijalankan oleh Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Klik untuk maklumat lanjut.

Walaupun penerimaan masyarakat pada institusi tahfiz mula berkembang, tapi ada juga yang kata sistem pengajian maahad tahfiz ni kolot dan ketinggalan. Menurut Ustaz Najmi, dakwaan macam tu sebenarnya tak adil. Walaupun begitu, beliau masih beranggapan yang dakwaan seperti itu adalah pendapat masing-masing dan setiap maahad tahfiz ada cara mereka yang tersendiri. 

“Sebagai contoh kita di sini Maahad Tahfiz An-Nabawi, kita menggunakan kedua-kedua pendekatan. Pendekatan ini bermaksud adalah seperti mana (cara) guru yang dahulu pernah mengajar kita dan dalam masa yang sama kita terapkan mengikut kesesuaian keadaan semasa.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI. 

Bagaimanapun, beliau tak menafikan kalau sekarang ni masih ada maahad tahfiz yang masih lagi mengamalkan cara lama dan kolot. Tapi beliau tegaskan, tak semua maahad tahfiz sebegitu.

“Memang tak dinafikan ada (maahad tahfiz yang kolot) yang beranggapan dia nak cara dia sendiri. Orang kena faham cara dia. Tapi saya masih tak beranggapan yang setiap tahfiz perlu sama. Cuma yang sama itu adalah apa yang ditetapkan oleh pihak tertinggi seperti jabatan agama Islam atau sebagainya. Cuma tak semua tahfiz yang bersikap kolot dan juga jumud.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.
Antara komen netizen yang dakwa memang dah jadi kebiasaan sekolah tahfiz guna cara kekerasan.

Mengenai dakwaan yang kata pendidikan di maahad tahfiz adalah keras, ia jugak dinafikan oleh Ustaz Najmi. Sebabnya, sekarang ni zaman dah berubah dan cara nak mendisiplinkan pelajar pun mula disesuaikan dengan keadaan semasa. Cara macam merotan dah tak digunakan lagi. Sebaliknya dalam mendidik, perlu ada kelembutan dan dalam kelembutan itu adanya ketegasan dan bukannya kekerasan.

“…ada orang yang perlu dididik dengan cara lembut. Nabi pun tak mengajar supaya kita ni membuat pendekatan mendidik dengan cara keras.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Ada macam-macam sebab kenapa ibu bapa hantar anak mereka masuk sekolah tahfiz

Seperti yang kitorang kata tadi, sekarang ni dah begitu banyak sekolah tahfiz yang muncul di negara kita. Berdasarkan pengalaman Ustaz Mohd Najmi, ada beberapa sebab kenapa ibu-bapa mula menghantar anak diorang ke sekolah tahfiz.

Antaranya adalah bila kehidupan anak-anak diorang kat sekolah biasa (kebangsaan) agak tak terkawal. Jadi ibu bapa pun pilih untuk hantar anak ni ke sekolah tahfiz, sebab diorang percaya yang anak itu boleh jadi baik. 

Selain tu, ada jugak ibu-bapa yang kata anak ni tak mampu nak bawa mata pelajaran akademik kat sekolah. Jadinya, mereka bawa anak tu ke sekolah tahfiz, walaupun kadang-kadang anak tersebut takde minat pun nak belajar kat sekolah tahfiz sebenarnya.

“Yang ketiga kenapa ibu bapa cenderung menghantar anak ke sekolah tahfiz adalah apabila sekarang ni kita nampak banyak isu-isu keagamaan dan rancangan-rancangan keagamaan yang timbul, yang boleh membuatkan seseorang tu cepat untuk jadi glamor. Jadi bila anak mereka belajar, (mereka) boleh masuk rancangan-rancangan tertentu dan akhirnya menjadikan anak ini seorang ustaz yang ekspress.”  – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.

Sebab lain pulak ialah bila ibu bapa nak sangat nak tengok anak diorang ni dapat menghafal al-Quran 30 juzuk. Niat macam inilah yang sebenar-benarnya baik. Oleh disebabkan perkara-perkara ni, jadinya maahad tahfiz selalunya akan buat temuduga dulu sebelum terima mana-mana pelajar masuk. Antara faktor yang dipertimbangkan adalah:

Pelajar itu mestilah boleh menghafal al-Quran.

Ada pengetahuan ilmu-ilmu agama, sama ada pelajar tersebut ada pengetahuan asas tentang agama atau tidak.

Syarat-syarat ni penting supaya pelajar tadi tak akan ada masalah bila masuk sekolah nanti, macam mula hilang minat dan sebagainya. 

Cara nak pilih guru jugak dibagi perhatian sebenarnya. Antara kriteria yang ditetapkan masa temuduga adalah:

Orang itu kenalah seorang penghafal al-Quran.

Sekurang-kurangnya ada ijazah dalam bidang agama.

Seboleh-bolehnya ada ijazah dalam bidang pendidikan atau ada pengalaman dalam pendidikan.
Mesti ada jiwa pendidik dan minat mengajar.

Seorang yang menjaga diri dan agama (khususnya dari segi akhlak dan penampilan).
Tido lagi dalam kelas. Imej dari Giphy.

Ada masa depan ke belajar kat sekolah tahfiz ni?

Ini mungkin antara soalan yang popular ditanya oleh pakcik makcik, abang kakak bila dengar ada orang hantar anak diorang ke sekolah tahfiz. Jika kita lihat garis panduan yang dah ditetapkan oleh JAIS, jabatan agama itu hanya mengiktiraf 2 sijil tahfiz iaitu Sijil Tahfiz Malaysia (STM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Darul Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran negeri. 

Menjawab persoalan ini, kata Ustaz Najmi, sijil yang diiktiraf ini selalunya digunakan untuk para pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Jadinya, jika seseorang pelajar tu dah berjaya menghafal al-Quran, mereka boleh ambil ujian kat Darul Quran untuk terima Sijil Tahfiz Malaysia.

“Jadi di sini, sijil kita adalah sijil kita sendiri, di peringkat maahad tahfiz swasta. Cuma untuk lanjutan pelajaran ke luar negara itu adalah bergantung (pada sijil yang diterima). Mungkin dari kita (Maahad Tahfiz An-Nabawi) kita cuba dapatkan mana-mana pelajar untuk dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kita buat MOU dan kadang-kadang kita buat penghantaran ke sana mengikut daripada keizinan tempat tersebut.

Sebagai contoh kita hantar pelajar ke Afrika Selatan, menggunakan sijil yang kita ada dan mereka terima sijil kita. Jadi, kita bolehlah sambung belajar di sana.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.
Antara syarat permohonan Sijil Tahfiz Malaysia. Klik imej untuk tahu lebih lagi pasal program-program yang ditawarkan oleh Darul Quran. Imej dari Darul Quran.

Sekarang ni, ada jugak sekolah-sekolah tahfiz yang tawarkan pembelajaran jangka pendek (fast track) kepada pelajar untuk ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadinya, takde alasan nak kata pelajar tahfiz ni ketinggalan dan takde masa depan. Baru-baru ini jugak, kita dilaporkan dengan berita yang membanggakan bila seorang pelajar tahfiz Malaysia, Jad Haris Sabaruddin dinobatkan sebagai juara Pertandingan Matematik Dunia.

“…seorang pelajar saya yang bekerja sebagai engineer (sekarang) keluarnya daripada maahad tahfiz. Selepas tamatnya maahad tahfiz, dia mohon untuk masuk Darul Quran dan selepas itu sambung belajar di universiti dan bekerja. Tak semestinya seorang pelajar tahfiz mesti menjadi ustaz, tetapi dia boleh pergi cabang yang lain, asalkan dia membawa al-Quran dalam dirinya.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.
Pelajar tahfiz, adik Haris Sabaruddin menang pingat emas 
dalam Pertandingan Matematik Dunia di Manila, Filipina. 
Imej dari ismaweb.net

1. Sekolah tahfiz perlu dibantu dan bukannya dicemuh, tapi masih perlu dipantau

Dengan apa yang berlaku pada waktu sekarang, penyelesaian perlu difikirkan dalam menangani isu-isu tentang institusi tahfiz di Malaysia. bukan sekadar hanya dicemuh:

“Kalau zaman dulu susah kita nak nampak orang hafal Quran, tapi sekarang ni ramai. Terima kasih juga kita ucapkan pada JAKIM sebab tubuhkan Darul Quran. Pada pandangan saya, janganlah kita meletakkan mentaliti buruk terhadap pusat-pusat tahfiz. Sebaliknya, hendaklah kita bantu pusat-pusat tahfiz, kita bantu untuk naikkan pelajar-pelajar tahfiz ini.

Apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Kita nak kata pusat tahfiz ni sempurna, tidak. Setiap manusia ada buat kesilapan…. (Oleh itu) kita datang bantu pusat tahfiz dan bukannya condemn pusat tahfiz. Itu peluang untuk kita beramal baik kepada Allah SWT.” – Ustaz Mohd Najmi, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi, Shah Alam. Katanya kepada SOSCILI.
Institusi tahfiz akan kekal relevan jika diuruskan 
dan dibantu sesuai dengan keadaan semasa. 
Imej dari islamiceducation.my

Dalam masa yang sama, keualiti hendaklah dijaga. Seperti mana yang disuarakan oleh Dr Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis). Ini kerana, masih banyak institusi agama (tahfiz) yang menyediakan guru-guru yang tak terlatih dan kurang berkualiti.

“Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.” – Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

Oleh itu, dari peristiwa yang berlaku terhadap Allahyarham Thaqif, hinggalah kepada kes kebakaran di pusat tahfiz, ia semoga menjadi ikhtibar kepada setiap institusi tahfiz, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya.
[Kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Mohd Najmi Inchik Hashim, Pengetua Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam atas kerjasama dan perkongsian dari beliau.]

Isu pasal Institusi Tahfiz di Malaysia makin hangat diperdebatkan semula selepas bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan supaya semua institusi tahfiz ditutup. Antara sebabnya sekolah tahfiz bersendirian menjadi perdagangan ustaz-ustaz dan tak bagi harapan masa depan untuk generasi akan datang.

Dalam hal ni, mungkin ramai tak perasan apa yang dijawab oleh Dr. Maszlee Malik. Dia berpendapat yang idea penutupan sekolah tahfiz adalah terlalu radikal dan benda ni adalah hak bagi ibu bapa. 

Itu tidak menepati dengan aspirasi saya yang percaya kepada kebebasan ibu bapa untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka,”- Dr. Maszlee, petikan dari Sinar Harian.
Suasana di sekolah tahfiz bagi yang tak pernah tengok. 
Imej dari keluarga.my

Apa yang ingin dibuat kepada sekolah tahfiz adalah Kementerian Pendidikan (KPM) akan campur tangan untuk bantu memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing. Sama ada dalam dunia akademik mahupun pasaran kerja yang semakin mencabar.

“Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar-pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi.

Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,”- Dr. Maszlee Malik, petikan dari Sinar Harian.

Sebenarnya, usaha untuk bantu pelajar tahfiz mempunyai kemahiran lain dah ada sebelum ni. Pada tahun 2017, lebih kurang 300 sekolah tahfiz dah perkenalkan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar masing-masing. Para pensyarah dari kolej komuniti akan datang hujung minggu untuk ajar perkara berkaitan macam pengeluaran produk minuman, katering, pastri, jahitan dan membaiki motosikal.
Bangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Klang yang cantik dan tersergam indah. 
Imej dari FB MITS Klang.

Hasilnya, Maahad Tahfiz Aman Bistari, Selangor terlibat dalam perniagaan katering dan pastri. Manakala, Madrasah Tahfiz Al-Kayyis, Pulau Pinang ada keluarkan produk air mineral. Kalau korang perasan, kerajaan Selangor dan bina dan lancarkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) pada tahun 2016. Ada 4 MITS iaitu di Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam dan Sepang. Jadi, kalau Menteri Pendidikan sekarang nak bantu institusi tahfiz, bolehlah contohi model-model yang ada sebelum ni kan?

2. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 diberhentikan serta-merta demi para guru
Walaupun guru sekarang banyak selfie, tapi ni realitinya. Imej dari Cikgu Share.

Sebenarnya, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) ada merayu kepada Dr. Maszlee untuk selesaikan isu sistem audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SPKMG2). Sebabnya NUTP banyak dapat aduan dari para guru mengenai bebanan dan masa yang terbuang nak siapkan dokumen SKPMG2. Apa kejadahnya SKPMG2 yang menyusahkan guru ni?

Kami pun buat carian dan nak tahu apa dia SKPMG2 ni. Dah nama pun gelombang dua, mesti ada yang pertama kan. 

Gelombang pertama adalah dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). 

SKPM 2010 ni adalah sistem yang digunakan untuk ukur tahap kecemerlangan sesebuah sekolah melalui 5 standard iaitu 

Kepimpinan dan Hala Tuju, Pengurusan Organisasi,  Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum, Sukan dan Hal Ehwal Murid, Pembelajaran dan Pengajaran dan Kemenjadian Murid
Contoh dokumen SKPM 2010. Imej dari Slide Share.

Jadinya, pengetua, guru besar atau pihak yang bertanggungjawab mesti berusaha untuk capai lima standard ni tadi. Pada tahun 2006, setelah beberapa pihak berbincang, diperkenalkan SKPMG2 ni pulak hasil kajian semula SKPM 2010. SKPMG2 tu pulak akan ukur tahap kecemerlangan sekolah dengan 5 standard jugak. Tapi ada 5 anjakan dalam standard tu iaitu berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti, berasakan evidens, penekanan kepada peranan dan penggunaan sepanjang tahun – 3 kali semakan.

Mudahnya macam ni, SKPM 2010 dan SKPMG2 ni dua-dua kena siapkan dokumen. Tapi SKPMG2 tu lagi terperinci lah. Bawah ni contoh dokumen, siap kena letak warna tertentu tau! Tak ke pening.
Wow! Colourful! Imej dari Slide Share.

Dari penerangan atas ni, barulah kita faham kenapa NUTP dapat banyak aduan pasal benda ni Dan akhirnya, Dr Maszlee Malik dah umumkan pemberhatian serta-merta audit SKPMG2 ni. Harapnya para guru dapat bagi tumpuan kepada proses pengajaran dalam kelas sepenuhnya.

3. Universiti Awam tak lagi wajib untuk laksanakan iCGPA supaya pensyarah boleh fokus
Pernah tengok benda tu? Imej dari Youtube.

Kalau siapa yang biasa main game bola Pro Evolution Soccer (PES), akan terbiasa tengok spider web ni. Dari situ kita boleh tengok kecenderungan pemain tu ke arah mana. Hebat pass bola atau pakar tackle pemain atau berlakon guling-guling macam Neymar.

Inilah yang cuba diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA). Sistem ni direka untuk atasi masalah kualiti graduan tak sepadan dengan kehendak majikan sebab sistem CGPA sedia ada hanya ukur kemampuan akademik semata-mata.

“Di samping mata pelajaran yang diambil dan keputusan yang diperolehi, laporan akhir pelajar akan juga menunjukkan sama ada ia bersifat holistik. Melalui spider-web, kita akan dapat melihat dengan jelas ruang-ruang kecemerlangan pelajar.”- Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Pendidikan Tinggi.
Contoh laporan iCGPA pelajar. Imej dari UKM.

Melalui sistem ni juga, pelajar yang dapat semua A dalam akademik tak semestinya akan dapat 4 flat CGPA. Jadi, pelajar kena cemerlang keseluruhan kalau nak 4 flat. Pelajar kena terbabit dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, serta kemahiran dan kepemimpinan. Sejak diperkenalkan, ada 18 Universiti Awam dah guna sistem ni.

Pada 20 Jun 2018, Dr Maszlee umumkan yang sistem iCGPA tak lagi wajib dilaksanakan di UA. Setiap UA dibenarkan memilih sama ada nak teruskan atau menghentikan pelaksanaan program iCGPA. Tindakan ni diambil sebab ada dapatan menunjukkan tumpuan utama pensyarah untuk mengajar, menjalankan kajian, menulis, menyelia pasca siswazah dan berkhidmat untuk masyarakat terganggu. Ini juga untuk bagi semangat kebebasan dan autonomi kepada universiti.

“Bagaimanapun, jika UA mahu menghentikan iCGPA, dana lebihan daripada pemberhentian program itu akan disalurkan kepada perpustakaan supaya universiti dapat melanggan jurnal antarabangsa bermutu,
Bukan murah tau jurnal kajian orang ni. Ada yang sampai 3,902 US Dollar. Imej dari Springer Nature.

sekali gus menggalakkan usaha penyelidikan dan penulisan ilmiah yang berkualiti tinggi,”- Dr. Maszlee Malik, petikan dari Berita Harian.

4. Mahasiswa boleh anjur debat, forum tanpa dihalang oleh Naib Canselor
Suatu masa dulu, Anwar Ibrahim dibawa masuk ke UM, mahasiswa robohkan pagar. 
Imej dari Dinmerican.wordpress.

Dah banyak dulu kita dengar beberapa program dekat universiti ni dibatalkan sebab orang yang dibawa adalah ahli politik pembangkang. Atau pun juga ustaz-ustaz yang tak bertauliah. Kes paling kita ingat semestinya waktu Rafizi Ramli dibawa masuk ke UIA untuk berdebat isu GST yang akhirnya dirampas mic walaupun baru berapa minit bercakap. Itu belum lagi isu Anwar Ibrahim yang nak dibawa berucap dalam UM tapi dihalang. Akhirnya, pelajar pecah pagar universiti tu.

Pada 7 Jun 2018, Dr. Maszlee mengumumkan supaya universiti awam membuka akses masuk untuk masyarakat luar. Naib-naib canselor dan timbalan-timbalan juga dikehendaki tak halang sebarang bentuk debat, forum atau wacana anjuran mahasiwa.

“Selaras dengan hasrat menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tidak boleh meletakkan ‘barrier’ (penghalang) di pintu-pintu masuk contohnya beberapa universiti yang meletakkan palang-palang…

Mulai hari ini kita mahu universiti menjadi medan untuk masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan dialog. Kita mahukan suasana universiti di Malaysia sama seperti di negara-negara maju.”- Dr. Maszlee, petikan dari Astro Awani.
Debat ke silat ni? Imej dari Memri TV.

Amalan terbuka ini juga adalah amalan institusi pengajian tinggi terkemuka macam Harvard, Cambridge dan Oxford. Macam Universiti Oxford, diorang memang ada ruang Oxford Union yang dianggap sebagai benteng terakhir ruang ‘kebebasan bersuara bagi dunia Barat’. Kat sini, pelbagai ahli politik, pemikir, penulis terkenal dan ahli akademik dijemput berdebat mahupun bercakap.

Contohnya, Oxford Union pernah bagi peluang Michael Jackson berucap pasal isu hak kanak-kanak. Waktu ni, kisah kanak-kanak MJ yang jarang dunia dengar dapat diluahkan. Tak lupa juga pelakon terkenal Pamela Anderson diberi peluang berucap mengenai hak-hak haiwan. Bukan setakat tu je, korang ingat tak Mehdi Hasan, wartawan Al-Jazeera yang terkenal dengan soalan panas bila temu ramah sesiapa pun. Termasuklah waktu dia temu ramah Tun Mahathir dan Dr. Wan Azizah.

Dia pernah dijemput berucap di sana untuk menerangkan mengenai Islam dengan tajuk Islam Is A Peaceful Religion. Memang betul-betul terbuka lah ni. Macam tu lah barang kali yang Dr. Maszlee nak kan bila UA ni dibuka kepada semua.
\
Sampai Kermit The Frog (Sesame Street) pun dapat peluang berucap kat Oxford Union. Siap sembang pasal alam sekitar tau. Imej dari Campus Oxford.

Bantu OKU, pra sekolah SJKT dan ingatkan universiti jangan gila kejar ranking 

Itulah antara 4 kenyataan yang sebenarnya agak besar maknanya dan kurang rakyat bagi perhatian. Kalau nak senaraikan yang lain memang banyak dan tak ruang nak terangkan. Contohnya isu pengurangan peruntukan untuk 200 buah pra-sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mana Dr Maszlee akan campur tangan untuk pastikan ia tak berlaku. Walaupun benda tu adalah tugas Jabatan Perdana Menteri.

Dr. Maszlee juga dah umumkan supaya setiap sekolah wajib menyediakan fasiliti dan prasarana untuk kanak-kanak khas. Dia juga mengarahkan supaya setiap program Kementerian Pendidikan kena ada penterjemah bahasa isyarat. Tak cukup lagi, dia ada sebut supaya universiti jangan gila sangat kejar ranking sebab yang lagi penting adalah ekosistem kesarjanaan dalam kampus.
Imej dari Pinterest.

Kiranya, dari benda seremeh-remeh kasut sampai ke universiti dia dah sentuh walaupun ada beberapa lagi janji yang masih tak nampak hasilnya macam PTPTN. Harapnya nanti ada lah banyak benda baik untuk para pengajar, pelajar dan semua orang yang ada dalam sistem pendidikan negara. 

Mana taknya, pendidikan ni senjata kot! Bak kata Nelson Mandela

“Pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang anda boleh manfaatkan untuk mengubah dunia.”

Tiada ulasan: