Jumaat, 27 Julai 2018

Sekumpulan profesional terdiri dari majoriti kaum India dan sebahagiannya dari Melayu dan Cina, join AMANAH.7934.


Tafsir Al-Qur’an Surat Ali Imran Ayat 118: Jangan Mudah Percaya Dengan Orang Kafir

Gara-gara kebodohan dan kerakusan Pemimpin Cina dalam DAP yang kini telah jelas kelihatan, niat busuk dan tersembunyi mereka cuba membolot hak kaum lain dan tamak apabila berkuasa. 7933.


Sesuai sangat bila pihak lawan kata UNDI PH UNDI DAP. Awas dengan individu Cina DAP pengamal politik perkauman yang tidak sedar atau tidak peduli yang selama ini diuntungkan Melayu

250 profesional serah borang sertai AMANAH
MALAYSIADATELINE
250 profesional serah borang sertai AMANAH
Anuar Tahir bersama 30 wakil kumpulan 
menyertai AMANAH hari ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menerima kemasukan seramai 250 ahli baru dari sekumpulan profesional terdiri dari majoriti kaum India dan sebahagiannya dari Melayu dan Cina.

Antara yang turut menyerahkan borang penyertaan termasuk Yamuna Nayar dan Prasad Nayar, iaitu anak kepada pengasas Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Ganga Nayar – yang kemudian diambil alih oleh sekumpulan pimpinan AMANAH dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara pada 2015.

Penyerahan borang keahlian mereka dibuat dalam satu pertemuan bersama 30 wakil kumpulan itu yang diketuai Dr. Prakash Varatharajoo kepada Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir di Wisma Amanah Negara hari ini.
at 7/27/2018 04:28:00 PTG
KERENGGA: 250 profesional serah borang sertai AMANAH

Friday, 27 July 2018
Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn?
PAS melihat Pakatan Harapan kini semakin ketara mengikut kehendak DAP yang menjadi salah satu parti komponan dalam gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata bukti terbaru yang ditunjukkan kerajaan HARAPAN ialah sikap Kementerian Pendidikan.

Kata bekas anggota parlimen Temerloh cara menterinya mengendalikan isu bantuan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) begitu ketara menunjukkan HARAPAN didominasi DAP.

"Baru kelmarin menteri buat kenyataan. "Apabila DAP sound (tegur) maka hari ini menteri buat U-turn di selekoh tajam," katanya menyindir.

Mengiringi hantaran di Facebook Nasrudin ialah dua tangkap layar berita Malaysiakini mengenai isu bantuan SMPC.

Semalam dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik apabila tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC.

Kecaman itu dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bercham, Ong Boon Piow.

Maszlee sebelum itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai peruntukan kepada SMPC di negara ini.

Kata Maszlee sekolah-sekolah berkenaan - sama seperti sekolah agama persendirian - tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Justeru katanya mereka tidak akan menerima peruntukan daripada kementerian.

"Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di SMPC kerana ia tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," katanya.

Bagaimanapun Maszlee kemudian dilaporkan media berbahasa Cina sebagai berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam. - malaysiakini
Addin: Kerajaan Pakatan Harapan Buat U Turn?

Mark Zuckerberg rugi AS$ 15 bilion dalam sehari

Ketua Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg kerugian AS$15 bilion apabila gergasi media sosial itu mengalami kejatuhan saham sehari terbesar dalam sejarah pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Kerugian itu dicatatkan sehari selepas eksekutif syarikat itu meramalkan marjin keuntungan syarikat akan lebih rendah dalam tahun-tahun mendatang.

Sekurang-kurangnya 16 firma broker mengurangkan harga sasaran ke atas Facebook selepas Ketua Pegawai Kewangan David Wehner mengejutkan penganalisis dengan menyatakan syarikat itu berdepan tekanan marjin keuntungan.

Penganalisis menyifatkan kenyataan itu sebagai 'bom' yang mencetuskan kebimbangan di Wall Street bahawa model perniagaan Facebook mungkin terancam selepas isu maklumat peribadi mencetuskan kebimbangan pelanggan.

Saham Facebook Inc jatuh hampir 19 peratus pada AS$176.26, mengurangkan lebih AS$120 bilion nilai syarikat atau hampir empat kali keseluruhan permodalan pasaran Twitter Inc.

Marjin Facebook jatuh kepada 44 peratus pada suku kedua berbanding 47 peratus dalam tempoh sama tahun lalu berikutan perbelanjaan besar terhadap aspek keselamatan dan inisiatif untuk meyakinkan pengguna bahawa syarikat itu melindungi maklumat peribadi mereka.

Facebook berkata, pertumbuhan pasaran dan aplikasi Instagram miliknya masih tidak mencukupi untuk memperbaiki kerosakan.
-Reuters
at 7/27/2018 01:07:00 PTG
KERENGGA: Mark Zuckerberg rugi AS$ 15 bilion dalam sehari

Pemimpin utama berentap dalam pemilihan PKR
Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung bulan depan dijangka merupakan pemilihan paling sengit dalam sejarah parti itu yang umumnya merupakan persaingan antara kem yang diketuai 2 pemimpin utama parti, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Rafizi, yang kini menyandang jawatan naib presiden, mengumumkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden yang dipegang oleh Azmin.

Azmin bagaimanapun tidak pula memberitahu sama ada beliau akan mempertahankan jawatan tersebut, tetapi besar kemungkinan beliau dijangka berbuat demikian, kalaupun hanya untuk tidak mengecewakan kumpulan penyokong yang diketuainya.

Sumber yang rapat dengan Rafizi berkata, kumpulannya mempunyai hampir 60 orang yang akan bertanding merebut pelbagai jawatan dalam kepimpinan PKR pusat dan juga sayap Pemuda dan Wanitanya.

Seorang daripada sumber itu, yang kini memegang jawatan kepimpinan parti berkata, Rafizi akan mengumumkan barisan kepimpinan beliau dalam tempoh 2 minggu akan datang.

Menyedari bahawa Azmin merupakan seorang menteri Kabinet, beliau berkata, persaingan antara Azmin dengan Rafizi bakal menjadi “pertandingan antara orang yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa” dan Rafizi akan bergantung pada “sokongan akar umbi”.

Katanya, beliau menyokong Rafizi kerana “dia merupakan individu yang selama ini melakukan semua kerja lapangan” untuk PKR.

Seorang pemimpin PKR yang menyokong Azmin menyifatkan beliau sebagai individu “berkarisma” dengan “rekod kepimpinan yang terbukti”. Beliau memberi contoh pencapaian Azmin sebagai menteri besar Selangor dan tingkah lakunya dalam sesi Parlimen sekarang.

Azmin sebelum ini mengisyaratkan beliau akan memaklumkan sama ada akan bertanding merebut apa-apa jawatan. Beliau memberitahu FMT akan melakukannya sebelum 5 Ogos depan apabila proses penamaan calon bermula.

Beliau berkata beliau kini terlalu sibuk dengan tugas di Parlimen.

Terdapat desas-desus beliau akan bertanding merebut jawatan presiden parti berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tian Chua, seorang lagi naib presiden PKR berkata, beliau menyokong hak ahli parti untuk bertanding mana-mana jawatan kepimpinan, tetapi berkata beliau menasihati mereka supaya berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan semasa berkempen kerana “khalayak sedang memerhatikan” mereka.

Beliau berkata, mereka perlu menunjukkan perbezaan pandangan yang berlaku tidak akan merosakkan perpaduan sebagai ahli PKR.
at 7/27/2018 12:30:00 PTG
KERENGGA: Pemimpin utama berentap dalam pemilihan PKR

Friday, 27 July 2018
RAFIZI TANDING TIMBALAN PRESIDEN, CUBAAN ANWAR SINGKIR AZMIN?

Sementara Azmin Ali masih menimbang-nimbang dan belum lagi membuat keputusan jawatan mana yang mahu ditandinginya, Rafizi Ramli sebaliknya lebih dulu mengumumkan pengesahannya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan September ini.

Dengan perkembangan ini, jika Azmin mahu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang disandangnya, bermakna pertandingan akan menyaksikan pertembungannya dengan Rafizi yang sekarang merupakan Naib Presiden PKR.

Sebaliknya, kalau Azmin memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden, beliau akan berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang kini sudah sah mengumumkan bertanding jawatan tersebut.

Apakah pilihan Azmin? 

Walaupun Anwar masih merupakan tokoh yang dhormati dalam PKR, apatah lagi kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad, hasrat beliau untuk menduduki kerusi Presiden PKR yang selama ini dipegang oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ialah tidak lain untuk mengukuhkan lagi cengkamannya dalam parti itu.

Ikut logik, jika beliau kekal sebagai Ketua Umum PKR sekali pun dan dalam masa yang sama sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, ia sama sekali tidak menggugat kedudukannya sebagai bakal pengganti kepada Tun Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri.

Namun, dengan tiba-tiba Anwar mahu mengisi kerusi Presiden PKR, gambarannya ialah beliau ada sedikit kecurigaan terhadap kesetiaan atau ketakutan kepada kemungkinan Azmin akan menggugatnya di masa-masa depan.

Lebih-lebih lagi Azmin kini adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan dalam kerajaan dan bukan lagi sebagai Menteri Besar Selangor.

Diberitakan bahawa dalam susunan kabinet baru-baru ini, nama Azmin tidak disenaraikan langsung oleh PKR sebagai salah seorang calon menteri kabinet atas kefahaman beliau sudah pun memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Meskipun perlantikannya mengejutkan PKR, tetapi ia dalam waktu yang sama menunjukkan keyakinan Tun Mahathir terhadap kewibawaan Azmin dalam mentadbir Selangor selama ini serta mahu bakatnya diperluaskan lagi di perintkat Pusat.

Yang turut mengejutkan juga, Azmin difahamkan tidak berunding sama sekali mengenai perlantikan itu dengan Anwar, sebaliknya beliau terus saja menerima tawaran jawatan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Dengan itu, Anwar difahamkan ada berasa sedikit terguris hati dengan Azmin.

Dengan Anwar sudah sah bertanding jawatan Presiden PKR dan menyusul pula Rafizi mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Azmin kini seolah-olah sedang diasak untuk diketepikan berikutan kecurigaan yang kian bercambah terhadapnya.

Dalam hal ini, pilihan terbaik bagi Azmin ialah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden yang sedang disandangnya kerana berdasarkan reputasi dan kedudukannya dalam kerajaan sekarang, peluangnya memenangi jawatan itu jauh lebih baik berbanding Rafizi.

Azmin hanya mungkin tergugat untuk mengekalkan jawatannya jika Anwar bersungguh-sungguh dan secara terbuka menyokong Rafizi. 

Tetapi, tindakan itu bukan saja merbahaya kepada Anwar, malah memungkinkan berlakunya perpecahan yang berpanjangan dalam PKR selepas ini.

Sebaliknya, jika dengan pengumuman lebih awal oleh Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden itu membuatkan Azmin memutuskan bertanding jawatan Presiden PKR, sebenarnya itulah yang ditunggu-tunggu oleh Anwar dan kumpulannya.

Ia bukan saja akan menyaksikan serangan habisan-habisan  oleh Anwar dan kumpulannya untuk mengenepikan Azmin, malah mungkin  akan disusuli dengan pelbagai serangan lain yang lagi.

Logiknya juga, terlalu sukar buat Azmin untuk mencabar Anwar bagi kerusi Presiden PKR itu.

Namun, jika itu yang berlaku, yang pasti akhirnya Rafizi akan menang percuma sebagai Timbalan Presiden PKR.

Sudahnya nanti, Anwar dan kumpulannya akan menguasai sepenuhnya PKR.

Maka, bertahan di kedudukan nombor dua dalam parti adalah pilihan terbaik buat Azmin demi masa depannya. (ShahbudinHusin 27/07/2018)
Shahbudin dot com: RAFIZI TANDING TIMBALAN PRESIDEN, CUBAAN ANWAR SINGKIR AZMIN?

Setiausaha AMK S'gor letak jawatan, dakwa kronisme, nepotisme

Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

"Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

"Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

"Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

"Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

"Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

"Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

PKR Selangor dipimpin oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan bekas menteri besar Selangor.

Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan respon daripada pimpinan PKR Selangor berikutan dakwaan Syed Badli Shah.
-malaysiakini
at 7/27/2018 11:55:00 PG
KERENGGA: Setiausaha AMK S'gor letak jawatan, dakwa kronisme, nepotisme

'Kita cuai, pendatang haram jadi bos'
FARUSH KHAN
WAWANCARA eksklusif Sinar Harian dengan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali kelmarin mengenai keazamannya memerdekakan negara kita daripada pendatang asing tanpa izin (Pati), berhadapan dengan pelbagai reaksi.

Segelintir memandang remeh hasrat jabatan itu mahu melancarkan operasi secara besar-besaran mulai 31 Ogos depan bagi mengusir ribuan Pati.

Ada sebahagian yang menyokong tindakan itu dan ada yang memberi harapan kepada pihak berkuasa dalam usaha murni mereka itu.

Barangkali mereka yang ragu-ragu dengan kemampuan penguat kuasa itu adalah yang terlepas pandang usaha gigih yang sudah lama dibuat oleh Jabatan Imigresen.

Tetapi, mereka yang teliti sudah boleh tahu hasil yang dicapai.

Kita sudah nampak kurangnya kehadiran pendatang asing dalam pengangkutan awam, seperti bas dan tren serta di pusat membeli belah di setengah tempat akhir-akhir ini pun.

Pendatang asing yang bekerja di merata tempat seperti di pasar, kawasan binaan dan restoran pun macam sudah banyak berkurangan mungkin disebabkan operasi yang dijalankan.

Sepanjang tahun lalu, Jabatan Imigresen telah melakukan 16,737 operasi, memeriksa 197,866 pendatang asing dan menahan 48,464 Pati di samping 1,293 majikan.

Seramai 38,880 Pati sudah pun diusir antara Januari dan September tahun lalu.

Jumlah Pati yang paling ramai diusir adalah dari Indonesia, diikuti Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

“Selain itu, setiap depot tahanan imigresen telah menjalankan aktiviti pengusiran tahanan secara berkesan dan konsisten yang mana 45,970 orang tahanan warga asing telah diusir keluar dari Malaysia sehingga November tahun lalu,” katanya.

Program 3+1 juga diperkenalkan untuk membolehkan Pati yang berada di dalam negara ini secara haram menyerah diri kepada Jabatan Imigresen secara sukarela bagi melalui proses perundangan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Bermula 4 Januari hingga 10 Disember tahun lalu, kutipan kompaun dan pas khas bagi program ini berjumlah hampir RM83 juta. Jumlah keseluruhan kutipan bermula 2014 hampir RM268 juta.

Sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang ada di negara ini secara sah dikatakan 1.73 juta orang daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Jumlah Pati di negara ini tidak dapat dipastikan, tetapi dipercayai mungkin lebih ramai daripada yang bekerja secara sah.

Macam mana mereka tidak sanggup mengambil risiko bekerja di tanah bertuah ini memandangkan mereka boleh mendapat lebih RM4,000 sebulan.

Ramai Pati datang ke Malaysia sejak dua tiga tahun ini bukan lagi melalui laluan tikus, tetapi dengan kapal terbang, menggunakan pasport sah sebagai pelancong.

Tetapi apabila tempoh untuk mereka melancong tamat mereka terus tinggal di negara ini secara haram. Ramai yang bersembunyi di kawasan-kawasan pendalaman dan di pinggir hutan, tetapi ada yang berani hidup di tengah-tengah masyarakat di bandar.

Mereka jadi lebih berani apabila ada orang kita yang sedia melindungi mereka, tentunya untuk mengaut untung.

Mustafar mengakui masalah lambakan Pati berlaku apabila ada ejen atau orang tengah sanggup bawa seberapa ramai mungkin pekerja asing ke negara ini bagi mendapat komisen.

Ada yang jalankan perniagaan sendiri, malah ada yang bukan sahaja membeli premis dan perniagaan rakyat tempatan, malah menggaji orang kita. Akhirnya pendatang haram pula jadi bos.

Pada mulanya mereka masuk sektor pembinaan dan perladangan, tetapi akhirnya lari ke bidang yang paling mereka suka iaitu berniaga.

“Sebab itu kita nampak di pasar-pasar borong atau premis perniagaan jualan barang runcit, warga Pakistan, Indonesia dn Bangladesh sudah ramai. Ada juga yang sudah bergelar tauke dan mempunyai kedai sendiri. Dia pula menggaji orang tempatan,” kata Mustafar.

Sekarang marilah kita, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan lain-lain, membantu Jabatan Imigresen dalam usaha memerdekakan negara ini daripada Pati.

PBT sebenarnya ada kuasa merobohkan penempatan haram yang didiami pendatang tanpa izin.

PBT dengan anggota agensi-agensi berkaitan lain patut juga adakan pemeriksaan dan tindakan susulan dari semasa ke semasa di tempat-tempat yang Pati disyaki berada untuk membantu Jabatan Imigresen menghakiskan sedikit demi sedikit kehadiran Pati di seluruh negara ini.

Sedikit sebanyak, segelintir daripada kita yang jadi punca kebanjiran mereka ke negara ini, jadi punca Pati bersembunyi di pinggir hutan atau hidup di tengah-tengah masyarakat kita dan jadi punca mereka mengaut sumber pendapatan yang sepatutnya milik kita.
at 7/27/2018 05:00:00 PTG
KERENGGA: 'Kita cuai, pendatang haram jadi bos'

Nik Nazmi isytihar sokongan terbuka pada Rafizi
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menjadi antara pemimpin pertama parti itu yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

“Saya juga ingin ulangi sokongan saya bagi @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipilih sebagai presiden PKR dalam pemilihan kali ini.

“Selain itu, saya juga ingin menyokong Rafizi Ramli sebagai calon timbalan presiden,” tulis anggota parlimen Setiawangsa di Twitter hari ini.

Nik Nazmi berkata demikian serentak dengan pengumuman untuk bertanding merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Beliau tidak bertanding mempertahankan kerusi disandangnya kerana perlembagaan PKR menetapkan ketua Pemuda tidak boleh berusia lebih 35 tahun.

Nik Nazmi berumur 36 tahun pada tahun ini.

Dalam pemilihan parti sebelum ini, beliau hanya menang tipis kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Laporan eksklusif Malaysiakini malam tadi memetik Rafizi mengesahkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan bulan depan.

Jawatan timbalan presiden kini disandang oleh menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.

Jika Azmin mempertahankan jawatan itu, ia pasti menyaksikan pertembungan antara dua kem yang sudah beberapa tahun berbahang dalam parti.

Bagaimanapun terdapat spekulasi Azmin mungkin mencabar Anwar untuk jawatan presiden. Azmin belum mengisytiharkan keputusannya.

Sementara itu, berkaitan keputusannya bertanding jawatan MPP, Nik Nazmi berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan ahli keluarga, sahabat dan “warga Setiawangsa”.

Beliau menegaskan perjuangan untuk memastikan negara yang lebih adil belum berakhir.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang tersebut untuk berkhidmat dan berharap untuk terus berkhidmat.

“Saya ingin menjadikan PKR sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka,” mereka.
-malaysiakini
at 7/27/2018 07:29:00 PTG
KERENGGA: Nik Nazmi isytihar sokongan terbuka pada Rafizi

Seorang ADUN Umno Kelantan dijangka masuk BERSATU
N Faizal Ghazali

Pakatan Harapan (HARAPAN) akhirnya bakal mempunyai wakil rakyat di DUN Kelantan apabila seorang ADUN Umno di negeri itu dijangka akan menyertai BERSATU.

Ia juga bakal menjadikan ADUN itu sebagai satu-satunya wakil kerajaan persekutuan di negeri yang ditadbir PAS itu.

Menurut sumber daripada BERSATU, ADUN itu dijangka mengumumkan perkara itu dalam satu program parti itu Ahad ini.

"Ya, memang ada seorang ADUN Umno akan menyertai BERSATU bersama-sama sekumpulan bekas ketua dan timbalan ketua Umno Bahagian dan pemimpin akar umbi," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN tersebut.

"Biarlah ia jadi kejutan, insyaAllah kita tunggu dua hari lagi," katanya lagi.

Pada PRU ke-14, PAS menang besar di negeri itu apabila menang 37 daripada 45 kerusi DUN dan sembilan daripada 14 kerusi Parlimen.

Di peringkat DUN, Umno menang lapan kerusi manakala HARAPAN kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Malaysiakini difahamkan BERSATU akan mengadakan program yang dinamakan 'Hijrah 2.0 di Machang pad Ahad ini (29 Julai), dan antara pemimpin yang akan hadir adalah timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
-malaysiakini
at 7/27/2018 08:00:00 PTG
KERENGGA: Seorang ADUN Umno Kelantan dijangka masuk BERSATU

BERITA»Nasional
Jumaat, 27 Julai 2018 | 3:19pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bersalaman dengan warga ATM dan PDRM selepas solat jumaat sempena Khutbah Khas dan Solat Jumaat bagi sambutan Hari Pahlawan di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak. - Foto Zulfadhli Zulkifli

PM solat Jumaat di Masjid Khalid-Al Walid
Oleh Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my KONGSI ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah sempena Hari Pahlawan di Masjid Khalid-Al Walid, Jalan Padang Tembak, di sini, tengah hari tadi.

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu kelabu, tiba pada jam 1.23 tengah hari dan bersalaman dengan jemaah yang sebahagian besar adalah kakitangan Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof; Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Dr Mahathir bersama tetamu kehormat lain kemudian mendengar khutbah dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Datuk Kamarudin Mamat, bertajuk 'Pahlawan: Jasamu Sentiasa Di Hatiku'.
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menunaikan solat jumaat sempena Khutbah Khas dan Solat Jumaat majlis sambutan Hari Pahlawan di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Antara inti pati khutbah itu ialah pengorbanan dan perjuangan pasukan keselamatan untuk berjihad mempertahankan kedaulatan negara daripada diganggu serta dijajah.

Khutbah itu turut menyentuh kepentingan menghayati dan mengambil pengajaran daripada semangat kepahlawanan pejuang negara.

Ia menyatakan Malaysia amat memerlukan rakyat berjiwa pejuang yang sanggup berkorban demi pembangunan ummah selari dengan tuntutan Islam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454531/pm-solat-jumaat-di-masjid-khalid-al-walid

BERITA»Nasional
Jumaat, 27 Julai 2018 | 4:28pm
DATUK Seri Najib Razak. - Foto Rosdan Wahid
Kes Najib akan didengar hakim baharu
Oleh Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Sebutan semula kes pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Ogos ini akan didengar oleh hakim Mahkamah Tinggi yang baharu.

Ia berikutan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, yang sebelum ini mendengar kes itu akan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10 bermula 1 Ogos ini.

Difahamkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menggantikan tempat Mohd Sofian di Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

Menurut sumber mahkamah, surat pertukaran terbabit keluar pada minggu ini dan ia adalah pertukaran rutin.

Sementara itu, sumber lain mengesahkan bahawa surat pertukaran sudah ditandatangani oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Media bagaimanapun gagal mendapatkan komen daripada Mohd Sofian.

Kontroversi timbul selepas Mohd Sofian digesa menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan beliau adalah adik kepada ahli EXCO Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese, berkata Mohd Sofian sepatutnya mendedahkan pertaliannya dan kedudukan abangnya dalam UMNO dan kerajaan Pahang kepada pihak pendakwaan serta pembelaan sebelum pendengaran berikutan Najib adalah bekas Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kes itu akan disebut semula pada 8 Ogos ini untuk pendengaran permohonan rasmi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu serta menetapkan tarikh perbicaraan.

Pada 4 Julai lalu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, antara lain melakukan pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454575/kes-najib-akan-didengar-hakim-baharu

BERITA»Kes
Jumaat, 27 Julai 2018 | 4:38pm
Bekas KP MEIO buat laporan polis
Oleh Farah Marshita Abdul Patah dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid akan membuat laporan polis berhubung dakwaan menghantar surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).

Perkara itu dimaklumkannya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, selepas dinasihatkan peguam beliau untuk berbuat demikian.

"Sejak beberapa hari lalu, saya memerhatikan dan mengambil maklum laporan akhbar yang mencetuskan kontroversi berkaitan sepucuk surat yang dikatakan dihantar oleh saya sebagai Ketua Pengarah MEIO kepada CIA.

"Saya dinasihati oleh peguam untuk membuat satu laporan polis dan dalam masa terdekat ini akan mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menerangkan keadaan sebenarnya," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam Hasanah, Datuk Shaharuddin Ali berkata, setakat ini pihaknya masih belum membuat keputusan berhubung sebarang tindakan undang-undang.

"Kita akan lihat kenyataan penuh, bagaimana surat itu dikeluarkan dan siapa yang mengetahui mengenai perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan negara.

"Selepas membuat laporan polis, pihak kami akan mengeluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Hasanah menandatangani surat tiga halaman bertarikh 4 Mei lalu dan diutuskan kepada Gina Haspel.

Menerusi surat terbabit, MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), didakwa meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi surat itu, MIEO menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.

Tanpa kehadiran Najib sebagai pemimpin negara ini, agensi itu memberi gambaran yang AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara, memandangkan Filipina sudah memutuskan ikatan dengan AS, manakala Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk memberi impak, manakala Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik masing-masing.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu mengetuai barisan pembangkang pula disifatkan sebagai anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik, menutup mulut pengkritik dengan keras dan mengabaikan sama sekali hak asasi manusia serta pemerintahan berdasarkan undang-undang.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/454586/bekas-kp-meio-buat-laporan-polis

BERITA»Nasional
Jumaat, 27 Julai 2018 | 6:34pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Khazanah kini boleh distruktur semula - PM
Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat dana nasional berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerima tawaran peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah kerana "Langkah ini membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut" berdasarkan polisi pentadbiran baharu.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baharu atau memindahkan mereka ke syarikat lain atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat.

Beliau menegaskan kerajaan bukan dalam proses membalas dendam dan tidak menganggap semua terbabit dalam salah laku tetapi pentadbirannya tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan.

"Peletakan jawatan beramai-ramai ini akan memberi ruang untuk menyusun semula Khazanah kerana polisi kami adalah berlainan daripada pentadbiran sebelum ini. Kami percaya adalah bagus untuk memberi gaji yang tinggi tetapi kita tidak boleh sentiasa mengikut nilai ukuran pihak swasta.

"Kita mahu menumpu kepada ganjaran di dalam bentuk bonus yang berlandaskan kepada prestasi kerana ada sesetengah syarikat yang beroperasi pada tahap yang tidak memuaskan," katanya.

Mengenai laporan yang mengatakan RM2 bilion terhapus daripada Bursa Malaysia, Dr Mahathir menekankan bahawa jumlah kerugian atas kertas itu tidaklah sebesar bebanan hutang RM1 trilion yang diwarisi dan sekarang terpaksa dihadapi dan ditanggung oleh kerajaan.

"Jumlah hutang RM1 trilion itu adalah nyata dan benar, dan jumlah yang perlu dibayar tidak boleh dielakkan. Sebahagian besar daripada jumlah 'pelaburan' yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu belum dapat diperoleh semula kerana kita tidak tahu di mana wang itu pergi," katanya.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terhadap polisi kerajaan Pakatan Harapan seperti 'berundur ke era masa lalu', Dr Mahathir mempersoalkan jika rakyat mahu kembali kepada era pentadbiran Najib.

"Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia. Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?" soal Dr Mahathir.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454661/khazanah-kini-boleh-distruktur-semula-pm

BERITA»Nasional
Jumaat, 27 Julai 2018 | 5:11pm
PEGERUSI NGO AlifBaTa Srikandi Masyhur berucap pada Himpunan Rakyat anjuran Majlis Tindakan dan Badan Penyelaras NGO Islam Malaysia MTN di Masjid Negara. - Foto Yusni Ariffin

NGO mahu mufti berani bersuara
Oleh Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan dan Badan Penyelaras NGO Islam Malaysia (M'TN) meminta golongan mufti di negara ini lebih berani bersuara dalam isu yang menyentuh sensitiviti dan kepentingan Islam.

Penyelarasnya, Yahya Along Ali, berkata mufti seharusnya perlu lebih banyak memberikan pendapat dan pandangan berikutan mereka dilihat sebagai tempat rujukan umat Islam di negara ini.

"Apabila ada isu membabitkan agama, kita mahu mufti lebih berani bersuara, kita tidak mahu mereka bertindak hanya sebagai pegawai di jabatan agama yang mendengar saja arahan ketua.

"Isu seperti gejala zina, seks bebas, minum arak, perjudian, transgender atau LGBT dan pembuangan bayi semakin berleluasa, perkara ini tidak seharusnya berlaku jika ada pihak berwajib memantau serta mengambil tindakan.

"Mufti adalah golongan yang tinggi, mereka boleh mengeluarkan fatwa, jadi kita mahu melihat mereka lebih vokal," katanya kepada media selepas mengadakan himpunan di perkarangan Masjid Negara, hari ini.

Himpunan disertai 30 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang diadakan selepas selesai solat Jumaat itu bertujuan menggesa kerajaan dan pembangkang supaya sepakat dalam isu membabitkan kepentingan Islam.
MUSTAFA Said melaongkan " Takbir " pada Himpunan Rakyat anjuran 
Majlis Tindakan dan Badan Penyelaras NGO Islam Malaysia MTN di Masjid Negara.
 - Foto Yusni Ariffin

Yahya berkata, M'TN membawa suara rakyat kepada kerajaan supaya perkara ini dipandang serius demi kepentingan agama Islam yang mana semua pihak harus mengasingkan ideologi masing-masing. 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454595/ngo-mahu-mufti-berani-bersuara

Megat Zaharuddin dilantik pengerusi FELDA 
Alzahrin Alias zahrin@nstp.com.my
MyMetroBisnes
Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor

KERAJAAN melantik Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2018.

FELDA dalam satu kenyataan berkata, Megat Zaharuddin mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dengan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank) selama lebih tujuh tahun.

Katanya, selain memiliki pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas selama 31 tahun, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Maxis Communications Bhd dan berkhidmat dengan Etiqa Insurance & Takaful, Lembaga Getah Malaysia, Maybank Investment Bank Bhd serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan di Kementerian Pendidikan.

Selain Megat Zaharuddin, FELDA turut melantik tujuh ahli Lembaga Pengarah baharu (tidak termasuk Pengerusi) yang terdiri daripada tokoh profesional berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 mengikut Ordinan Kemajuan Tanah 1956 bagi pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Senarai Pengerusi FELDA

Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Mula Berkhidmat: 01.01.2017

Tan Sri Isa Samad
Mula Berkhidmat: 01.01.2011

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Mula Berkhidmat: 01.07.2001

YM Raja Tan Sri Muhamad Alias
Mula Berkhidmat: 01.05.1979

Datuk Harun Arifin
Mula Berkhidmat: 01.01.1973

Tun Musa Hitam
Mula Berkhidmat: 01.09.1971

Tan Sri Taib Andak
Mula Berkhidmat: 14.10.1958

D.E.M Fiennes
Mula Berkhidmat: 01.08.1956

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 7:23 PM
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/07/362347/megat-zaharuddin-dilantik-pengerusi-felda


Tiada ulasan: