Ahad, 22 Julai 2018

Pihak dalam perkhidmatan awam yang mempunyai kaitan dengan kerajaan UBN dahulu. 7910.


PKR menang tapi perhatikan undi penyokong PAS, kata penganalisis
Khairil Ashraf
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata PKR sudah tentu akan memenangi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis, tapi yang lebih penting diperhatikan ialah pergerakan undi penyokong PAS.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Pakatan Harapan akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan dapatan 4 Ogos ini boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu di masa akan datang.

“Naik atau beralih tak sokongan penyokong PAS kepada Umno? Itu yang menarik untuk dilihat,” katanya.

Meskipun pengundi Melayu membentuk majoriti, Agus tidak yakin isu kaum dan agama akan mendapat sambutan pada pilihan raya kecil ini, menyifatkan ia sebagai tidak relevan pada masa ini.

“Isu perkauman bukan isu utama yang harus dibawa dalam kempen. Di sini isu rakyat, dan isu itu rakyat yang hendak,” katanya.

Beliau berkata calon Barisan Nasional hanya mensia-siakan peluang jika menggunakan pendekatan kaum dan agama pada PRK ini.

“Dia hanya mendapat sokongan daripada satu kaum tanpa mendapat sokongan daripada kaum lain. Dia tak ke mana,” katanya.

Akhbar Singapura, Straits Times (ST) pada Jun melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya baru-baru ini, memetik kajian Merdeka Centre.

Kajian itu mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.

Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional sekarang.
at 7/22/2018 09:15:00 PTG
KERENGGA: PKR menang tapi perhatikan undi penyokong PAS, kata penganalisis

Sunday, 22 July 2018
KUKUHKAN PARTI AGAR TERUS MAJU SEPANJANG MASA, SERU SEORANG AHLI MPT BERSATU
Menyokong bahawa isu pemilihan dan perebutan jawatan tidak harus menjadi agenda utama bagi sesetengah pemimpin dan ahli menjelang pemilihan pucuk pimpinan Bersatu tidak lama lagi, sebaliknya mereka diseru lebih mengutamakan agenda memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

Sehubungan itu,mereka juga disarankan agar tidak gopoh dengan membuat saranan tertentu yang menghendaki perlu diadakan pindaan perlembagaan melalui mesyuarat agung luar biasa.

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Aziz Yassin berkata, Bersatu pimpinan Tun Mahathir Mohamad baru saja diberi mandat untuk mentadbir negara ini bersama dengan PKR, DAP dan Amanah melalui gabungan Pakatan Harapan.

Katanya, kemenangan itu memberi isyarat bahawa rakyat mahukan perubahan dan menunaikan janji kepada rakyat mesti diberi keutamaan berbanding lain-lain perkara.

Tambah beliau, proses pemilihan seharusnya digunakan untuk memperkukuhkan parti agar Bersatu terus dapat hidup dan menabur bakti bukan saja semasa keberadaan Tun Mahathir, tetapi juga setelah sesiapa juga yang dipilih untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri selepas ini.

"Untuk itu, Bersatu tidak saja perlu ahli yang ramai, bahkan juga ahli yang sanggup berjuang serta berkorban membela bangsa Melayu, kaum pribumi serta seluruh rakyat," ujar beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Bersatu menegaskan, fasa selepas diberi mandat mentadbir negara memerlukan ahli parti bekerja dengan lebih kuat, jujur serta ikhlas agar Bersatu terus maju dan diyakini oleh rakyat.

Aziz Yassin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Muar seterusnya bersetuju bahawa untuk tujuan itu, Bersatu tidak perlu merubah apa-apa berkaitan sistem pemilihan, sekurang-kurangnya menjelang pemilihannya hujung tahun ini, yang memerlukan suatu mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan bagi tujuan tersebut.

"Kita tiada masa untuk itu. Masa terlalu suntuk dan di luar sana pula rakyat sedang memerhati segala gerak geri kita," tambahnya lagi.

Kata beliau, tidak harus ada mana-mana pihak merasakan Bersatu ini milik kelompok tertentu atau menganggap hanya kumpulan tertentu saja yang memberi sumbangan dan faktor kejayaannya dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Parti ini adalah milik semua, tetapi tanpa Tun Mahathir yang merupakan tunjang kekuatannya, kita juga tidak mungkin mencapai kejayaan tersebut," tegas Aziz Yassin.  (ShahbudinHusin 22/07/2018)
Shahbudin dot com: KUKUHKAN PARTI AGAR TERUS MAJU SEPANJANG MASA, SERU SEORANG AHLI MPT BERSATU

Spekulasi dakwa serbuan SPRM untuk sabotaj lawatan Daim
Timbul desas-desus bahawa serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkaitan China baru-baru ini bertujuan mensabotaj lawatan Tun Daim Zainuddin di China, menurut akhbar Singapura The Straits Times.

Laporan itu berkata antara teori yang ditimbulkan oleh mereka yang dekat dengan Daim adalah, pihak dalam perkhidmatan awam yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dahulu mungkin menyebabkan SPRM membuat serbuan itu kerana mahu merumitkan hubungan diplomasi dengan China.

Teori lain mengatakan serbuan dibuat untuk memalukan Daim, yang diserang beberapa pihak politik dalam kerajaan kerana pengaruh yang dinikmatinya sebagai pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

Apa pun tujuannya, laporan itu berkata sumber diplomasi yang dekat dengan pertemuan Daim di China berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak China tentang tindakan SPRM itu, sebaik sebelum pertemuan dengan Menteri Luar Wang Yi.

"Daim, iaitu penyelesai masalah utama bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua Majlis Penasihat Kerajaan yang berpengaruh memberitahu Beijing bahawa serbuan itu satu insiden yang malang.

"Beliau juga menegaskan Malaysia kekal serius dalam mengekalkan hubungan erat dengan China, susulan keputusan kerajaan awal bulan ini untuk menangguhkan projek mega infrastruktur bernilai berbilion ringgit yang dimulakan pentadbiran Najib Razak," kata laporan itu.

Daim berjumpa Wang pada 18 Jun, hari sama SPRM merampas dokumen berkaitan Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) serta Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Projek itu diketuai Biro Saluran Paip Petroleum China dan China Communications Construction Company (CCCC), dan telah dihentikan sementara beberapa minggu sebelum serbuan.

Menurut laporan, kunjungan Daim itu bertujuan merundingkan semula kontrak ECRL, MPP dan TSGP, sebelum kunjungan Mahathir ke negara itu bulan depan.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan laporan itu dan hanya berkata beliau ke China atas "sebab khas".

Sementara itu, Straits Times melaporkan eksekutif kanan sektor pembinaan Malaysia yang terlibat dengan projek itu berkata, pihak China dalam projek itu melihat serbuan sebagai "strategi keras" untuk mendapatkan konsesi dari China dalam rundingan itu.

Bagaimanapun, laporan itu turut memetik mereka yang rapat dengan Daim menyangkal dakwaan serbuan SPRM tersebut untuk tujuan itu.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia yang enggan dinamakan juga menegaskan serbuan tiada apa-apa kaitan dengan lawatan Daim dan perlu dilaksanakan tanpa pertimbangan berat sebelah.

Malaysiakini sudah menghubungi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani berhubung perkara ini dan sedang menunggu maklum balasnya.
-malaysiakini
at 7/22/2018 08:43:00 PTG
KERENGGA: Spekulasi dakwa serbuan SPRM untuk sabotaj lawatan Daim

Sunday, July 22, 2018
Kerjasama Umno – Pas termeterai di Sg Kandis
Posted By: Pentadbiron: July 22, 2018 Print Email
Kerjasama Umno - Pas termeterai di Sg Kandis
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis menunjukkan bahawa Umno dan PAS boleh bekerja bersama, kata Naib Presiden Umno yang baru dilantik, Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun mengakui Barisan Nasional (BN) tidak dijangka menang PRK itu, ia menjadi ujian bagi kerjasama Umno-PAS.

“Buat pertama kalinya, mesyuarat pra majlis BN disertai oleh PAS, dan ketika kami keluar Dewan Rakyat pada Isnin lalu, PAS turut serta.

“Ini menunjukkan PAS dan Umno boleh bekerjasama kerana kedua-duanya berjuang untuk menegakkan Islam.

“Bila PAS membuat keputusan tidak meletakkan calon di Sungai Kandis, kami tahu kami lulus ujian pertama. Tetapi jalannya masih panjang untuk kerjasama kami dan PAS,” katanya yang juga pengerusi Umno Selangor.

Ismail Sabri berkata demikian ketika temu bual secara langsung di Facebook di Umno Online bersama calon BN Sungai Kandis, Lokman Noor Adam.

Sesi selama sejam itu dikendalikan bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz. Ia disaksikan sehingga 270 pengguna Facebook.

Ahli Parlimen Bera itu berkata PRK Sungai Kandis juga menandakan strategi baharu untuk Umno dalam meletakkan bukan pemimpin Selangor di kerusi Selangor.

Lokman, yang lahir di Johor, dipilih untuk bertanding kerusi DUN itu bagi mewakili Umno.
“Kami ingin ubah budaya yang hanya membenarkan calon tempatan bertanding di kerusi tertentu. Pembangkang (Pakatan Harapan) sudah melakukannya banyak kali dan dengan semangat baharu Umno, kepentingan parti didahulukan,” kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu.

Beliau berkata mengguna pakai strategi itu sebahagian daripada proses transformasi untuk Umno selepas tewas PRU14.

Sementara itu, Lokman berkata bekas Adun Sungai Kandis, Shuhaimie Shafiei juga berasal dari negeri lain iaitu Perak.

“Pakatan sudah lama buat begini. Dr Mahathir Mohamad bukan orang Langkawi dan begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berasal dari Pandan. Malah, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu juga bukan orang tempatan di situ,” kata Lokman.

“Jadi ia bukan isu. Apa yang penting ialah saya dapat membantu orang Melayu yang kecewa dengan janji PH yang tidak dipenuhi selepas pilihan raya.”

Beliau berkata orang Melayu tidak senang dengan isu membabitkan hak Melayu, kepentingan Bahasa Melayu dan bagaimana layanan terhadap Islam selepas PH mengambil alih kerajaan persekutuan.

Lokman berkata orang Melayu juga tidak gembira apabila majoriti pemimpin dalam kerajaan PH bukan Islam, tidak seperti barisan kepimpinan BN.

PRK Sungai Kandis bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Lokman, calon PKR Zawawi Ahmad Mughni dan calon bebas K. Murthy.

Ini PRK pertama selepas pilihan raya pada 9 Mei. Kerusi itu kosong selepas Shuhaimie meninggal dunia pada 2 Julai. –
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 22, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ERJASAMA UMNO – PAS TERMETERAI DI SG KANDIS

Sunday, July 22, 2018
SST: Beli lebih banyak barang dengan nilai wang sama – Dr Dzulkifly
Posted By: Selena Tayon: July 22, 2018 Print Email
SST: Beli lebih banyak barang dengan nilai wang sama - Dr Dzulkifly
Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad menyelar pihak-pihak yang mempertikaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksanakan pada 1 Seprember ini lebih membebankan rakyat berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sejak 1 Jun lalu.

Beliau yang juga Pengarah Strategi Amanah dan mahir bidang ekonomi berkata, SST secara konsepnya menetapkan ‘semua jenis barangan dikecualikan cukai melainkan beberapa sahaja yang dikenakan cukai berbanding GST yang mana semua barang dikenakan cukai melainkan beberapa jenis barang sahaja yang tidak dicukai’.

Dalam sistem SST, tambahnya, hanya pengilang dikenakan cukai tidak seperti mana GST, pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna dicukai. SST, katanya, akan membolehkan rakyat membeli lebih banyak barang dengan jumlah wang yang sama.

“Semua barang akan mengalami penurunan harga, hanya bergantung sama ada harga diturunkan dengan banyak ataupun sedikit. Secara umumnya kalau barang itu berharga RM10, penurunannya adalah di antara 60 sen hingga 90 sen.

“Ini bererti rakyat akan dapat penjimatan berbanding zaman GST. Bayangkanlah kalau harga sesuatu barang ialah RM1,000 maka penjimatannya ialah RM60.

“Justeru, semua lapisan masyarakat termasuk golongan usahawan, majikan, peniaga, pemborong, peruncit dan warga marhaen pun rasa gembira dengan perkembangan ini.

“Itulah sebabnya dalam kajian terbaru, Indeks Harga Pengguna adalah pada kadar yang terendah sejak Februari 2015.

“Golongan usahawan telah menyatakan keyakinan mereka terhadap Kerajaan Pakatan Harapan kerana mereka pasti pentadbiran sekarang akan berjalan dengan bersih dan telus dalam semua aspek kewangan, bidaan dan pemberian tender,” kata Dr Dzul kepada Suara pakatan daily.

Berkenaan beberapa pihak yang menjumlahkan 10% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan dalam sistem SST menjadikannya 16%, Dr. Dzulkefly berkata fakta itu salah sama sekali kerana cukai 6% itu digunakan di bidang perhotelan dan setengah-setengah restoran sahaja dan tidak disekalikan dengan jumlah 10%.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 22, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SST: BELI LEBIH BANYAK BARANG DENGAN NILAI WANG SAMA – DR DZULKIFLY



...........................

Tiada ulasan: