Ahad, 22 Julai 2018

Pemerintah Singapura turut terkesan dengan kegagalan Umno Barisan Nasional dari terus mengungguli PRUMalaysia ke 14 sebagaiman PRUM sebelumnya. 7909.


Rockwell Lyrics
"Knife"

You touched my life
With the softness in the night
My wish was your command
Until you ran out of love

I tell myself I'm free
Got the chance of livin' just for me
No need to hurry home
Now that you're gone

[CHORUS:]
Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I'm so deeply wounded
Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life

When I pretend
Wear a smile to fool my dearest friends
I wonder if they know
It's just a show

I'm on a stage
Day and night I go through my charades
But how can I disguise
What's in my eyes

[CHORUS]

Oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh'

I've tried and tried
Blocking out the pain I feel inside
The pain of wanting you
Wanting you

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I'm so deeply wounded
[2X]

You cut away the heart
Of my life

Sunday, 22 July 2018
BILA LAGI PAS SEBAGAI ADIK NAK TURUN BERKEMPEN BANTU ABANGNYA UMNO?
Pas, melalui kenyataan yang dilaungkan oleh Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan berkata, parti itu tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Sungai Kandis, 4 Ogos depan ialah dengan tujuan agar calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan dapat ditewaskan.

Kata  beliau, calon Pakatan Harapan mesti dikalahkan di Sungai Kandis agar dapat menjadi suatu isyarat bahawa rakyat tidak mahu terus dipermainkan dengan kegagalan mereka dalam menunaikan janji pilihanraya.

Sejak gembar-gembur mahu jadi kuasa ketiga atau kingmaker, ini adalah kali pertama Pas bertindak tidak menyertai pilihanraya, sebaliknya sedia memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya.

Berikutan itu, calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan,  Zawawi Mughni akan berdepan calon BN, Lokman Nor Adam dan seorang calon Bebas, K Murthy.

Dalam PRU14 lalu, Sungai Kandis dimenangi oleh Shuhaimi Shafie yang memperolehi 23,998 undi menewaskan calon BN, Kamaruzzaman Johari (11,518 undi) dan calon Pas, Mohd Yusof (7,573 undi) serta calon PRM, Hanafiah Husin (76 undi).

Jika benar Pas mahu melihat calon PKR dapat dikalahkan, pemimpin-pemimpin parti itu tidak harus hanya berkokok dengan membuat kenyataan media sahaja, sebaliknya mesti turun berkempen membantu BN dengan segala "kekuatan lutut dan siku" yang mereka milikinya.

Harus diingat, PKR menang dengan undi yang agak selesa, tambahan lagi calon yang parti letakkan juga jauh lebih berwibawa berbanding calon BN yang terkenal dengan sifat rasis dan aksi tak keruannya di jalanan.

Maka, kiranya Pas benar-benar mahu melihat calon PKR tewas, parti itu bukan saja kena melipat-gandakan usaha, malah wajib turun padang berkempen dengan segera, tidak saja dengan ceramah, malah lebih terpuji jika pemuda-pemuda Pas dapat sama-sama menggantung atau menampal poster serta bendera BN bersama dengan pasukan gerak gempur UMNO.

Soalnya, bila lagi Pas nak berkempen bersama-sama dengan UMNO sebagai adik-beradik untuk menewaskan Pakahan Harapan?

Apa tunggu lagi?

Lebih daripada itu, ketika penamaan calon semalam, pemimpin Pas juga tidak kelihatan bersama para pemimpin UMNO mengiringi calon BN.

Kenapa tidak menghadirkan diri?

Kalau betul-betul Pas mahu melihat tewasnya calon PKR, parti itu mesti bekerja keras dengan setidak-tidaknya memastikan 7,573 undi kepada parti itu pada 9 Julai lalu dapat dialihkan kepada BN.

Sifir mudahnya, undi BN pada 4 Ogos nanti melalui kerjasama yang sudah diakui wujud antara UMNO dan Pas, kalau pun tidak mampu menang, paling kurang harus melebihi 19,000 undi iaitu 11,518 + 7,573 = 19,091.

Mampukah Pas sebagai adik menolong abangnya UMNO di Sungai Kandis nanti? (ShahbudinHusin 22/07/2018)
Shahbudin dot com: BILA LAGI PAS SEBAGAI ADIK NAK TURUN BERKEMPEN BANTU ABANGNYA UMNO?

Sunday, July 22, 2018
KISAH TAIB MAHMUD BERKAITAN SKANDAL BALAK 2014. ADAKAH DIA TERLIBAT???
LALUAN ALIRAN WANG - Dokumen Terkini Mengaitkan Taib Dengan Skandal Kayu Balak Jepun!
18 February 2014   0
Ikut arah aliran wang itu - dari Laila, Sulaiman dan Abu Bekir dan Richfold Investment kepada Sakto kendalian Seam Murray menerusi Jamilah Taib
Ikut arah aliran wang itu - dari Laila, Sulaiman dan Abu Bekir dan Richfold Investment kepada Sakto kendalian Seam Murray menerusi Jamilah Taib
Menjelang usahanya untuk mendapatkan kekebalan menerusi pejabat Yang di-Pertua Negeri, Sarawak Report boleh mendedahkan suatu dokumen penting mengaitkannya dengan skandal ekspot kayu balak Jepun yang didedahkan dalam tahun 2007 dahulu.

Skandal itu telah melibatkan jutaan ringgit yang telah dibayar para pengekspot kayu balak Jepun dari Sarawak kepada sebuah syarikat Hong Kong bernama Regent Star Company Limited, berjumlah RM32 juta sepanjang tujuh tahun.

Pada masa itu Taib telah mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, menjauhkan dirinya dari sebarang penglibatan dalam perkara itu dan mengatakan bahawa dia tidak tahu-menahu atau mempunyai sebarang hubungan dengan Regent Star, yang dikendalikan oleh saudaranya sendiri Onn Mahmud.

Walaubagaimana pun, dokumen-dokumen yang ditemui di Kanada oleh NGO Switzerland Bruno Manser Fund jelas menunjukkan hubungan antara isteri Taib dan syarikat itu, yang melibatkan pemindahan wang dari Hong Kong kepada syarikat anak perempuannya, Jamilah Taib, Sakto Corporation di Ottawa, Kanada.
Sean Murray dari Sakto selaku penerima pinjaman berjumlah $20 juta dari isteri Taib dan syarikat kembar milik Regent Star, Richfold Investments Limited
Sean Murray dari Sakto selaku penerima pinjaman berjumlah $20 juta dari isteri Taib dan syarikat kembar milik Regent Star, Richfold Investments Limited
Dokumen-dokumen itu mempunyai kaitan dengan pinjaman berjumlah $20 juta oleh Jamilah sendiri kepada Sakto, di mana wang itu dikatakan sebagai “dipegang secara beramanah” olehnya dan berhutang kepada “seseorang dengan berkebenaran daripada Jamilah H Taib meminjamkan wang itu kepada Sakto”.

Suami Jamilah, Sean Murray, merupakan Pengarah dan juga Setiausaha dalam Sakto, adalah orang yang dinamakan sebagai penerima pinjaman itu dan orang-orang yang dinamakan sebagai pemberi pinjaman adalah isteri Taib yang dahulu, arwah Laila Taib; dua orang anaknya Abu Bekir dan Sulaiaman; syarikat mereka Sogo; Onn Mahmud dan syarikat Richfold Investment Limited, yang selaku syarikat kembar kepada Regent Star, yang telah dikorporatkan pada hari yang sama di alamat yang sama dan juga berpengarah yang sama.
Jamilah adalah pemberi pinjaman wang itu ‘yang diamanahkan’ oleh ahli-ahli keluarganya dan juga syaarikat Richfold
Jamilah adalah pemberi pinjaman wang itu ‘yang diamanahkan’ 
oleh ahli-ahli keluarganya dan juga syaarikat Richfold
Dokumen itu, yang boleh diperiksa di rekod awam di Ontario, Kanada, jelas menunjukkan kaitan dengan syarikat Regent Star, yang menerima pembayaran jutaan dollar daripada kartel perkapalan Jepun yang bertindak selaku ‘broker’ lesen-lesen ekspot yang dikeluarkan oleh Onn Mahmud, dan pelaburan-pelaburan keluarga Taib di Kanada.
Antara golongan sosialit Kanada  Sean dan Jamilah Taib-Murray. Namun dari manakah wang itu datang?
Antara golongan sosialit Kanada Sean dan Jamilah Taib-Murray. 
Namun dari manakah wang itu datang?
Hubungan ini telah wujud lama sebelum skandal itu didedahkan dalam tahun 2007. Perkara ini membangkitkan persoalan kenapakah Ketua Menteri itu menafikan bahawa dia tidak tahu akan adanya sebuah syarikat yang terikat dengan pinjaman berjumlah sehingga $20 juta yang melibatkan isteri dan anak-anaknya?

Pinjaman itu turut melemahkan penafian-penafiannya yang terdahulu bahawa syarikat Sakto telah menerima pembiayaan berterusan daripadanya.

Setelah Sarawak Report mendedahkan perkaitan itu, Taib telah mengumumkan bahawa ‘dia memberikan sejumlah wang untuk membolehkan anak perempuannya memulakan sesuatu’ dalam tahun1983 dan tidak lebih dari itu.

Kini, dia harus menjelaskan suntikan berjumlah $20 juta ke dalam syarikat Sakti dalam tahun 1996 oleh isteri dan anak-anak lelakinya, setelah dia dengan gahnya mengatakan anak-anaknya beroleh kejayaan cemerlang kerana mereka lebih pandai daripada rakyat kebanyakan di Sarawak.

Mungkin Ketua Menteri itu ingin mengambilkira penjelasan Jamilah sendiri berkenaan model perniagaan syarikatnya pada tahun 1989, apabila dia mengesahkan dalam sebuah wawancara akhbar bahawa ianya adalah sebuah kemudahan perniagaan untuk ahli-ahli perniagaan Pacific Rim dengan ‘wang besar’?

Apabila dia merujuk kepada Pengerusi para pelabur dalam syarikatnya ‘yang datang dari Malaysia dua kali setahun’ adakah Jamilah bermaksud kunjungan ayahandanya Taib Mahmud ke Kanada atau adakah ianya merujuk pada saudaranya Onn Mahmud, yang rapat dengan perniagaan isteri dan anak-anaknya?
Para pemegang saham nominal dalam syarikat-syarikat Onn Mahmud? – Shea Kin Kwok menerima cenderamata
Para pemegang saham nominal dalam syarikat-syarikat Onn Mahmud? – 
Shea Kin Kwok menerima cenderamata
Kerana perkaitan antara pinjaman Jamilah dan pengaliran wang daripada ‘broker’ lesen-lesen perkapalan Jepun kini adalah jelas dan ianya harus diperjelaskan bahawa punca wang itu bukannya satu dan yang sama.

Dan, jika keluargan Taib tidak melaburkan wang sogokan, maka dari manakah punca wang pelaburan yang amat banyak itu, memandangkan gaji bulanan Ketua Menteri ketika itu bukanlah besar sangat?

Rekod-rekod menunjukkan bahawa kedua-dua syarikat Regent Star Limited dan Richfold Investment Limited telah dikorporatkan di Hong Kong oleh setiausaha kepada saudaranya Onn Mahmud, Shea Kin Kwok pada 22 November 1983 di alamat yang sama.

Shea dinyatakan sebagai pemegang saham dalam Regent Star namun, pemegang saham dan Pengarah dalam Richfold Investment adalah Onn Mahmud sendiri.

Tribunal Percukaian Jepun telah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat itu dikorporatkan tidak lama sebelum ‘pembayaran pembrokeran’ mula dilakukan pada Regent Star, di bawah kontrak yang dimeterai dengan kartel perkapalan Jepun untuk membantu mengeluarkan lesen-lesen ekspot kayu balak.

Dalam percanggahan kepentingan yang jelas pada syarikat Achipelago milik Onn Mahmud yang telah dilantik oleh pentadbiran Taib untuk mengawal lesen-lesen ekspot kayu balak kepada syarikat-syarikat perkapalan, walaupun dalam ucapannya dalam Dewan Undangan Negeri Taib telah mengatakan bahawa keputusan itu tiada kena-mengena dengan dirinya atau agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen-lesen itu, SEDC.
Onn Mahmud adalah pemilik Richfold, namun setiausahanya, She Kin Kwok yang dinamakan sebagai Pengarah dan pemegang saham bersama majikannya Onn dalam syarikat kembarnya, Regent Star
Onn Mahmud adalah pemilik Richfold, namun setiausahanya, She Kin Kwok yang dinamakan sebagai 
Pengarah dan pemegang saham bersama majikannya Onn dalam syarikat kembarnya, Regent Star
Lembaga Percukaian Jepun juga mendapati bahawa siasatan menunjukkan terdapat sedikit sahaja dokumen yang menunjukkan bahawa Regent Star mengendalikan pembrokeran yang mungkin mendatangkan pembayaran merit sehingga mencecah berjuta-juta ringgit.

Namun Tribunal Rayuan kemudiannya memutuskan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Regent Star tidak menyediakan pembrokeran antara para pengekspot dan Onn, dan oleh yang demikian, ianya telah membenarkan pembayaran-pembayaran tidak dikenakan cukai.

Memandangkan Sarawak Report telah mendapati bahawa Shea Kin Kwok adalah setiausaha Onn di Hong Kong dan juga merupakan pekerjanya, jelaslah Onn yang mengenakan yuran-yuran broker berjumlah berbilion-bilion yen untuk merundingkan dengan dirinya sendiri.

Para penyiasat Jepun, mengesahkan bahawa terdapat hubungan erat antara Onn dan Regent Star – hinggakan pada suatu ketika syarikat-syarikat perkapalan telah mengirimkan bayaran-bayaran kepada Onn dan juga kepada Regent Star menggunakan satu pindahan wang yang sama kepada Shea Kin Kwok!

Kini Sarawak Report menyimpan terjemahan penuh perbicaraan percukaian Jepun, yang akan dikemukakan bersama-sama penemuan yang lain di sidang media di Tokyo nanti.

Walau bagaimana pun, isu siasatan ke atas percukaian Jepun itu hanya berfokus pada sama ada syarikat-syarikat Jepun harus membayar cukai pada pembayaran-pembayaran ini, tetapi bagi orang-orang di Sarawak dan Malaysia, perkara itu amatlah berbeza.

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada keuntungan yang datang dari pembalakan yang tidak terkawal tetapi yang dibenarkan oleh Taib itu disalurkan ke dalam dana awam atau disalurkan secara rahsia ke dalam akaun ahli keluarganya di Hong Kong.

Dan rakyat juga berhak untuk tahu jika wang daripada Regent Star itu disalurkan menerusi Richfold ke dalam pelaburan keluarga Taib di Kanada dan seterusnya.
Jaringan perniagaan di Hong Kong – perkaitan pelaburan di US dan pembayaran ke Jepun
Jaringan perniagaan di Hong Kong – perkaitan pelaburan di US dan pembayaran ke Jepun
Regent Star dan Richfold hanyalah dua dari jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Shea Kin Kwok sepanjang perkhidmatan sebagai setiausaha Onn Mahmud di Hong Kong.

Ini termasuk Grand Shine dan Herolite Investment, yang memiliki pegangan saham dalam konglomorat Onn yang lain seperti Achijaya Corporation, Whittaker Company, Grand Will, Icharaku dan sebuah lagi syarikat yang bernama Natalite Investment.
Dan, seperti yang dilaporkan oleh laman ini, satu set cap jari juga dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara milik keluarga Taib dengan kepentingan-kepentingan di Hong Kong ini.

Dalam tahun 2006 anak-anak Taib, yang selaku pemegang saham dalam syarikat Sakti yang memiliki hartanah di US (termasuk pejabat-pejabat FBI di bangunan Abraham Lincoln di Seattle) telah memfailkan retan percukaian dengan menamakan Natalite di Hong Kong sebagai alamat surat-menyurat mereka.

Sehingga Ketua Menteri itu telah dapat memberikan penjelasan yang penuh berkenaan keadaan yang menjurus kepada skandal itu barulah ianya dikeluarkan dari sebarang keputusan untuk membolehkannya dilantik ke jawatan Yang di-Pertua Negeri nanti.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 22, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KISAH TAIB MAHMUD BERKAITAN SKANDAL BALAK 2014.ADAKAH DIA TERLIBAT???

PRK Sg.Kandis: Biar gambar berbicara

KERENGGA: PRK Sg.Kandis: Biar gambar berbicara

....Elton John Lyrics
"Sacrifice"

It's a human sign
When things go wrong
When the scent of her lingers
And temptation's strong

Into the boundary
Of each married man
Sweet deceit comes calling
And negativity lands

Cold cold heart
Hard done by you
Some things look better baby
Just passing through
And it's no sacrifice
Just a simple word
It's two hearts living
In two separate worlds
But it's no sacrifice
No sacrifice
It's no sacrifice at all

Mutual misunderstanding
After the fact
Sensitivity builds a prison
In the final act

We lose direction
No stone unturned
No tears to damn you
When jealousy burns

Cold, cold heart
Hard done by you
Some things lookin' better, baby
Just passin' through
And it's no sacrifice
Just a simple word
It's two hearts livin'
In two separate world
But, it's no sacrifice
No sacrifice
It's no sacrifice, at all

Cold, cold heart
Hard done by you
Some things lookin' better, baby
Just passin' through
And it's no sacrifice
Just a simple word
It's two hearts livin'
In two separate world
But, it's no sacrifice
No sacrifice
It's no sacrifice, at all

No sacrifice, at all
No sacrifice, at all
No sacrifice, at all
No sacrifice, at all

Nak beli durian, kenalah tahu jenisnya
FMT Reporters
Kalau mahu membeli durian jangan sekadar menuding jari sahaja.
durianfmt-ohsem-inside-article1
Nampaknya, tak lama lagi kita akan memiliki buah durian pada harga emas! Ya itulah yang terjadi kepada durian Musang King (D197) apabila ia mencecah RM800 sekilogram.

Jangan risau, harga itu adalah harga pasaran di luar negara berikutan sambutan luar biasa terhadap buah itu di negara seperti China, Singapura, Hong Kong dan Australia.

Di pasaran tempatan pula, harga buah durian rata-rata sekitar harga RM60 sehingga RM100 sekilogram bagi jenis Musang King dan diakui masih terkawal buat masa ini.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Lesak Ngathinee mahu usahawan menceburi penanaman durian Musang King untuk dipasarkan di dalam mahupun di luar negara, salah satu cara menambah pendapatan dan meluaskan pasaran durian.

“Mereka berminat untuk mengusahakan penanaman durian dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan 1 hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan.

“Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya.

Selain Musang King terdapat pelbagai jenis buah durian dalam pasaran, jadi kalau mahu membeli durian jangan sekadar menuding jari sahaja.

Wajar juga kalau anda ada serba sedikit pengetahuan mengenai jenis durian sebelum membelinya. FMT Ohsem menyenarai 10 daripada beratus jenis buah durian yang biasa terdapat di pasaran.

1. Musang King

Durian Musang King buat masa ini menjadi “raja” kepada raja buah ini. Juga dikenali sebagai butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit, ulasnya yang berwarna kuning terang pasti akan memukau dalam sekali pandang. Kalau dapat durian ini, jangan lepaskan peluang memakannya. Buah ini didominasi rasa manis dan pahit tetapi sangat berkrim menjadikannya pilihan nombor satu.

2. Golden Phoenix

Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, ia bertekstur sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama dan bukan hibrid. Jadi ia memberi rasa buah durian yang sebenar dan sukar diperolehi kecuali di sebelah selatan Malaysia seperti Johor. Kalau nak makan jenis durian ini, wajiblah kunjungi dusun-dusun di Johor!

3. XO

Antara durian yang paling mudah diperolehi, dijual di semua gerai durian. Berwarna kuning pucat dengan rasa pahit dan bertekstur lembut. Ulasnya lebih kecil tetapi mempunyai isi yang tebal. Lazimnya dijual pada harga RM20 ke atas.

4. D24

Aha… nama buah berangka yang paling popular dalam kalangan penjual mahupun pembeli. Tetapi buah ini juga dikenali dengan nama Sultan berwarna kuning pucat, rasa berkrim dan juga pahit pada masa sama. Durian yang boleh dikategori sebagai jenis harga murah, sekitar RM20 ke atas ini memberi kepuasan setanding durian jenis mahal, kalau anda bertuahlah.

5. D13

Ulasnya berwarna oren, berperasa manis tetapi tidak terlalu kuat. Jenis yang kurang berbau dan mempunyai biji yang besar. Jika anda pertama kali mencuba buah durian, mungkin ini jenis buah yang sesuai. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn dan lazimnya didapati di Balik Pulau, Pulau Pinang. Berharga RM30 ke atas.

6. D101

Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, maka sesuailah bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai durian jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut. Harganya juga tidak terlalu mahal mahal lazim disimpul sebagai jenis durian yang bernilai untuk wang.

7. Udang merah atau Red Prawn

Buah ini mempunyai warna yang unik dan menawan iaitu oren kemerahan. Bukan semua yang berani mencubanya kerana rupa warna itu tetapi ia salah satu durian pilihan. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, durian ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan. Terkenal di Pulau Pinang tetapi sekarang itu turut boleh didapati di Pahang dan gerai terpilih di sekitar Lembah Klang.

9. Green Bamboo atau teka durian

Pernah lihat jenis durian yang berwarna kuning kusam dengan bayangan hijau? Maka anda sedang menyaksikan durian green bamboo atau nama lainnya, Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai durian.

9. Black Pearl

Salah sejenis durian yang mahal, sekitar RM50 ke atas. Isinya yang berwarna kuning pucat ini mempunyai rasa yang sedikit pahit, berlemak dan biji yang kecil. Durian ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.

10. Tawa D162

Ini antara jenis durian yang sukar ditemui tetapi kalau dapat, cubalah sekali. Jika dilihat, warna dan ulasnya tidaklah begitu menarik tetapi rasanya agak berbeza terutama sekali kepada mereka yang memilih rasa pahit. Lembut berkrim tetapi rasa pahitnya agak kuat dan terus mendominasi walaupun selepas makan.

*Harga yang dinyatakan adalah mengikut ukuran berat sekilogram
at 7/22/2018 11:33:00 PG
KERENGGA: Nak beli durian, kenalah tahu jenisnya

Sunday, July 22, 2018
Kekalahan BN di Malaysia merebak ke PAP Singapura?
Posted By: Pentadbiron: July 22, 2018 Print Email
Kekalahan BN di Malaysia merebak ke PAP Singapura?
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 lalu dan berjaya membentuk kerajaan di Malaysia memberikan kesan politik yang besar kepada negara jiran Singapura.

Demikian pandangan Bridget Welsh, profesor madya sains politik Universiti John Cabot di Rome dalam tulisan beliau yang disiarkan Nikkei Asian Review 10 Julai lalu.

Kata beliau, kajian semula yang dibuat oleh Perdana Menteri Baharu Malaysia mengenai Perjanjian Bekalan Air dengan Singapura dan juga mengenai Projek Keretapi Laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan negera itu adalah tanda-tanda ketengangan hubungan Sinagpura-Malaysia.

Masalah utama yang dihadapi PAP, parti pimpinan Lee Hsien Loong adalah, pembangunan di bahagian utara Johor yang bersempadanan dengan Singapura telah mendedahkan kelemahan Singapura.

PAP kini menjadi parti yang paling lama berkuasa di Asia Tenggara dan ia tidak lagi memiliki jiran terdekat yang tidak demokratik. 

Kemenangan PH yang dipimpin Mahathir menjadi cermin kepada ketakutan utama PAP iaitu kekalahan mereka pula.

Lebih buruk lagi kata Bridget, sesetengah faktor yang menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) juga terdapat di Singapura. Yang pertama adalah cabaran terhadap pembaharuan pimpinan.

Sejak tiga tahun yang lalu, PAP berhadapan dengan kemelut mengenai siapakah yang bakal menggantikan Lee, 66 sebagai Perdana Menteri, untuk digantikan dengan generasi baharu yang digelar 4G.

Antara yang menjadi pencabar utama ialah Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Industri dan Bekas Ketua Tentera, Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Bekas Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Ong Ye Kung, Menteri Pendidikan dan Menteri Pertahanan Ke dua.

Masalah yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin ini jelas beliau lagi ialah mereka ini tidak mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan rakyat Singapura kerana mereka mewakili parti yang terlalu elit.

Pemimpin-pemimpin 4G ini juga turut mengalami hal yang serupa dengan isu yang dihadapi oleh pemimpin BN, iaitu mereka bermasalah dalam sistem yang ada dan semakin menjauh daripada pengundi.

Pada dua dekad pertama selepas kewujudan Singapura pada 1959, PAP menguasai semua kerusi legislatif, namun sejak 1984, pembangkang mula menang beberapa kerusi biarpun berhadapan banyak tekanan daripada kerajaan.

PM Lee, anak kepada Lee Kuan Yew melakukan kesilapan yang sama dilakukan Najib selepas menang besar pada 2015 yang menyaksikan PAP memenangi 83 daripada 89 kerusi iaitu menyekat suara ketidakpusan hati rakyat dan gagal membuat perubahan yang diperlukan.

Pada masa sama kata Bridget lagi, Lee akhirnya menjadi laibiliti kepada parti, bukan lagi sebagai eset. Hal yang sama berlaku kepada Najib. Beberapa kepincangan mengenai pentadiran kerajaan pimpinan Lee mula dibangkitkan.

Bagaimana Singapura menangani isu 1MDB akan menjadi tumpuan rakyat Singapura untuk melihat sama ada Singapura akan memberikan respons secara efektif terhadap dakwaan kepincangan yang berlaku atau sama ada Singapura turut membeli bond 1MDB bagi mengukuhkan dana.

Sementara itu di Malaysia, sikap Mahathir yang sentiasa bersedia untuk menangani 1MDB memberikan isyarat bahawa beliau bukan sahaja berhasrat membersihkan sistem tetapi bersedia memulakan perubahan ekonomi yang lebih diperlukan.

Rasa ketidaksenangan hati rakyat Singapura semakin meningkat. Kerajaan telah meningkatkan harga air sebanyak 30 peratus di tahun 2017 dan pada tahun ini GAST pula ditingkatkan dari 7 peratus kepada 9 peratus. Tarif elektrik juga pada tahun ini meningkat sebanyak 16.8 peratus.

Jika dibuat perbandingan, Malaysia telah menghapuskan GST yang tidak popular itu dan mula menyelesaikan masalah-masalah yang menghimpit rakyat.

Perubahan yang berlaku di Malaysia semakin mengurangkan kelebihan perbandingan serantau yang dimiliki Sinagpura. Bukan sahaja perubahan dalam pentadbiran sebelah rumah tetapi tumpuan terhadap “Malaysia Baharu” menjadikan Singapura dilihat masih dibelengu masa silam dan gagal bergerak rancak ke hadapan
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 22, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KEKALAHAN BN DI MALAYSIA MEREBAK KE PAP SINGAPURA?



... 

Tiada ulasan: