Rabu, 25 Julai 2018

Sektor perubatan pun tidak terlepas dari perbuatan membuli. 7926.


“Umno hari ini patut tahu bahawa satu daripada sebab mengapa mereka kalah dalam pilihanraya umum yang lalu ialah kerana sikap mereka yang angkuh, sombong dan bongkak.”

Wednesday, July 25, 2018

Jangan cemar institusi masjid dengan dakyah politik kebencian – Tengku Zulpuri Shah
Pada 25 Julai 2018
oleh Hafiz | Foto: Hasful Zainuddin
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyeru agar institusi masjid tidak terjerumus dijadikan alat politik pihak tertentu yang hanya mampu memecahbelahkan perpaduan kaum dan keamanan negara ini.

Tegasnya, masjid merupakan tempat umat Islam beribadah serta menyampaikan nasihat dan bukannya sebagai tempat menyebarkan dakyah politik memburuk-burukkan kerajaan yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung dakwaan Pakatan Harapan Pahang yang kesal apabila masjid dijadikan tempat menyebar fitnah.

Laporan itu merujuk kepada  khutbah Jumaat baru-baru ini yang dilihat seolah-olah cuba menimbulkan persepsi negatif mengaitkan kononnya Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Agama bersikap mesra kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT).

“Khutbah yang berunsur politik tak perlulah mengelirukan makmum.

“Saya harap kerajaan negeri mahupun pusat boleh ambil tindakan sewajarnya. Ini perkara serius kerana boleh timbulkan kebencian dan perpecahan di kalangan masyarakat atas alasan agama,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu turut mengimbas isu yang berlaku dalam khutbah Hari Raya Aidil Adha di Pahang pada tahun 2014.

Teks khutbah itu secara jelas menuduh orang Islam yang berada dalam sesetengah parti khususnya DAP kononnya secara terang-terangan menentang Islam.

“Tuduhan sebegini adalah sangat melampau dan bahaya begitu juga yang dilaporkan baru-baru ini. Jangan kotorkan agama Islam dengan sikap kita sendiri.

“Saya amat berharap agar semua pihak tidak mempergunakan agama sehingga Islam mendapat gambaran yang salah, lebih-lebih lagi apabila ada pihak membuat dakwaan berunsur fitnah kononnya bercakap atas dasar agama,” katanya lagi.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Jangan cemar institusi masjid dengan dakyah politik kebencian – Tengku Zulpuri Shah

Wednesday, July 25, 2018

Pulau Pinang terus cemerlang, catat pelaburan RM10.8 bilion
Pada 25 Julai 2018
oleh: Pentadbir
Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan kedua tertinggi di Malaysia sebanyak RM10.8 bilion pada 2017 walaupun berdepan beberapa cabaran semasa kata Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow.

“Pulau Pinang berada di kedudukan yang sangat memuaskan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen tinggi dan daya tahan yang ditonjolkan semua pihak dalam memastikan keberlangsungan dan peningkatan pelaburan negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan titah Agong di Parlimen sebentar tadi.

Bagi mengukuhkan lagi sektor pelaburan, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mencadangkan agar Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) diberi kuasa sebagai agensi pusat kebangsaan bagi hal-ehwal pelaburan untuk mengelakkan sebarang pertindihan kuasa dengan agensi lain.

Menurutnya, walaupun sehingga kini terdapat 32 agensi Persekutuan dan Negeri bagi mempromosi pelaburan atau memberi insentif kepada pelabur, kebanyakannya mempunyai peranan dan fungsi bertindih dan perlu dikaji semula.

“Oleh itu, wujud satu cadangan agar MIDA diberi kuasa sebagai agensi pusat kebangsaan bagi hal-ehwal pelaburan,” katanya.

“Saya menyarankan agar MIDA dan agensi-agensi promosi pelaburan negeri perlu terus meningkatkan kerjasama untuk meningkatkan promosi pelaburan bagi Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Pewujudan MIDA sebagai agensi promosi pelaburan ‘one-stop’ katanya memainkan peranannya di peringkat pusat manakala agensi promosi pelaburan negeri memainkan peranan di peringkat negeri.
“Semua agensi lain perlu mempunyai peranan dan fungsi yang khusus dan batasan kuasa yang jelas bagi memastikan kecekapan perkhidmatan bagi mempromosikan pelaburan nasional.

“Polisi-polisi terutama yang melibatkan insentif haruslah dinilai semula dan ‘repackage’ berdasarkan ‘benchmark’ antarabangsa. Kecekapan dalam mempertimbang dan membuat keputusan berkaitan cadangan projek dan mesyuarat bersama para pelabur juga harus diberi perhatian,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama beliau membangkitkan tentang permohonan status MSC Malaysia yangtelah dibekukan buat sementara waktu  bermula 1 Jun 2018.

Perkara ini jelasnya telah menjejaskan beberapa pelabur baru yang dalam proses membuat permohonan bagi mendapatkan status MSC.

“Bagi memudahcara kemasukan pelabur baru, Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengambil langkah mempercepat kelulusan permohonan status MSC ini,” kata Kon Yeow.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan menggiatkan usaha untuk meningkatkan jumlah bakat tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Pulau Pinang terus cemerlang, catat pelaburan RM10.8 bilion

Kenapa doktor pelatih enggan lapor kes buli?
FMT Reporters

GEORGE TOWN: Satu kajian yang menunjukkan ramai doktor muda dan doktor pelatih memikirkan untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat kerja tidak mengejutkan sekumpulan doktor yang menjalani latihan siswazah yang ditemubual FMT baru-baru ini.

Pelatih siswazah yang berkhidmat di hospital di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, berkata doktor pelatih bekerja di bawah tekanan yang teruk dan ada yang meminta bantuan pakar psikiatri.

Tetapi mereka menjawab “tidak” apabila ditanya sama ada mereka melaporkan kes itu sebagai maklum balas kepada gesaan oleh Persatuan Perubatan Malaysia baru-baru ini. Ia boleh menjejaskan kerjaya, kata mereka.

Seorang pelatih siswazah mendakwa seorang doktor kanan mengugut akan menggagalkan dia dan rakan-rakannya dalam penilaian akhir jika mereka melaporkan perkara ini kepada pihak atasan.

Penilaian akhir akan menentukan jika pelatih itu boleh mendapatkan lesen pengamalan kedoktoran selepas menjalani latihan selama 2 tahun di hospital kerajaan.

Memburukkan lagi keadaan, pelatih kini dilantik oleh Kementerian Kesihatan berdasarkan kontrak, yang bermaksud mereka tidak mempunyai jaminan untuk lantikan tetap.

“Kami berada di bahagian bawah rantaian,” kata salah pelatih. “Kami perlu bertahan dengan tekanan ini selama 2 tahun. Atau kami tidak boleh menjadi doktor.

“Terdapat sistem penggredan bagi mereka dilantik secara kontrak. Kami dinilai dan diberi markah oleh pegawai perubatan kanan. Oleh kerana mereka adalah penilai, mereka mempunyai kuasa. Mereka akan menggunakannya terhadap anda.

“Seorang doktor kanan memberitahu saya, ‘saya boleh hentikan kontrak anda’. Dan itu terjadi pada hari pertama saya memulakan tugas.”

Seorang lagi pelatih siswazah berkata penderaan fizikal yang teruk jarang berlaku.

Tetapi “penyiksaan mental” adalah perkara biasa, tambahnya. “Ada yang menjerit dan kadang-kala mengarah kami. Kami sering dihina.”

Dia berkata demikian merujuk seorang doktor kanan di Perak yang dikatakannya terkenal kerana menampar pelatih di depan pesakit.

“Dia tidak boleh didekati dan secara terbuka mengatakan dia tidak suka melatih orang. Dia berteriak, menjerit dan menampar orang di tempat terbuka. Pelatih akan menggigil dan lari jika dia datang dekat.

“Selepas beberapa aduan, pengarah mengeluarkan amaran kepadanya. Selepas itu, dia dihantar ke sebuah hospital besar di Kedah. Saya harap dia berubah.”

Pelatih siswazah yang sedang berkhidmat di bahagian psikiatri di sebuah hospital berkata antara pesakit di situ termasuklah beberapa doktor pelatih.

“Seingat saya, sekurang-kurangnya 10 doktor pelatih mendapatkan bantuan pakar psikiatri,” katanya. “Ini menunjukkan betapa buruknya keadaan sekarang.”

Dalam kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, “Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)”, mendapati hampir 80% doktor muda pernah dibuli di tempat kerja.

Daripada jumlah ini, 17% menyatakan kes buli itu sangat teruk sehingga mereka pernah memikirkan untuk membunuh diri.
at 7/25/2018 11:01:00 PG
KERENGGA: Kenapa doktor pelatih enggan lapor kes buli?

BAHARU SEMINGGU BERSIDANG, DEWAN SUDAH KOSONG?
Prof. Mohammad Agus Yusoff

1. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sikap MP yang lebih bertanggungjawab dalam sidang Dewan kali ini. Namun, harapan itu hancur. Baharu seminggu bersidang, daripada 222 MP yang ada, untuk mendapatkan kuorum seramai 26 orang pun tidak mencukupi.

2. Biarpun selama lima minit sahaja, itu sudah cukup untuk menunjukkan sikap dan disiplin MP kita. Malulah dengan sikap sebegini. Apakah MP ini menganggap parlimen semacam padang permainan, boleh datang bila masa sahaja tanpa mengikut waktu yang ditetapkan?

3. Kelmarin PM dan Ketua Pembangkang telah mengingatkan MP tentang hal ini. Baharu sahaja ingatan diberi, hari ini peringatan dan nasihat tersebut entah ke mana. Jikalah kejadian begini berlaku di kelas saya, tahulah “hadiah istimewa” untuk mahasiswa saya. Mujurnya mahasiswa saya lebih berdisplin dan lebih tahu tanggungjawab mereka daripada MP ini.

4. Harapnya menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik dapat mengambil iktibar dari peristiwa ini. Harap juga MP dapat lebih bertanggungjawab kepada tugas mereka. Ini parlimen Malaysia, bukannya parlimen di negara Afrika.

5. Semoganya reformasi parlimen yang dijanjikan dapat dilakukan secepat mungkin. Saya sudah tidak sabar untuk melihat Malaysia baharu yang lebih maju.
at 7/25/2018 11:30:00 PG
KERENGGA: BAHARU SEMINGGU BERSIDANG, DEWAN SUDAH KOSONG? - Prof. Mohammad Agus Yusoff

Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan
12:44 PTG      Pejuang Perubahan
Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan
Sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak berada dalam Dewan Rakyat ketika sidang disambung selepas waktu rehat pukul 2.30 petang semalam kerana mereka menghadiri sesi taklimat untuk ahli Parlimen baharu.

Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada pemberita di lobi Parlimen,semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menambah, sebahagian daripada mereka juga menghadiri majlis pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

“Kami ada di situ. Kita ada taklimat kepada ahli Parlimen baharu dan kami sedang berjalan menuju ke dewan, jadi makan masa sikit.

“Kemudian loceng kedua berbunyi. Bukan boikot, kalau andaian itu dibuat orang lain,” katanya ketika mengulas saranan tokoh politik veteran, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini yang mencadangkan supaya elaun ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat dipotong.

Rais memaparkan saranan itu dalam laman Twitter miliknya berikutan isu sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang tadi terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup korum.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan sekiranya ahli Parlimen berkenaan tidak bertanggungjawab, sengaja ponteng tanpa alasan yang kukuh dan menjadikan jawatan wakil rakyat hanya untuk memenuhi kehendak peribadi.

“Tidak datang Parlimen, tidak berbahas, saya rasa ada kemunasabahan untuk parti sendiri ambil tindakan dan kalau ada pemotongan elaun, terpulang kepada peraturan mesyuarat yang mungkin akan ditentukan oleh Parlimen.

“Tapi sekiranya kita tak hadir Parlimen kerana tugas dan ada tanggungjawab seperti mesyuarat ataupun taklimat yang perlu hadir, jadi saya rasa itu perlu difikirkan oleh masyarakat. Jangan hanya keluar gambar pada waktu kosong dan buat kesimpulan, media kena beri juga peluang ahli Parlimen itu menjelaskan keadaan,” katanya seperti dilaporkan Utusanonline semalam.
mdl
Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan ~ AGEN PERUBAHAN ®

Ramasamy, Maza akan bersemuka di Putrajaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof akan menganjurkan pertemuan tertutup antara Mufti Perlis dan P Ramasamy berhubung dakwaan Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang itu terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Mujahid, pertemuan antara Ramasamy dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu dijangka diadakan pada bulan ini dan mencadangkan ia dilakukan di Putrajaya.

"Dua hari lepas saya berhubung dengan Ramasamy dan saya juga telah berhubung dengan Dr Maza (Mohd Asri Zainul Abidin).

"Saya baru dapat berita yang baik tadi daripada kedua-dua pihak. Mereka bersetuju untuk bertemu dengan saya sebagai orang tengah dan ia tertutup," katanya kepada media di parlimen hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut Mujahid berkata langkah mengadakan pertemuan itu secara tertutup dibuat selepas melihat kesan ia diadakan secara terbuka.

"Kami melihat kesan kalau ia dibuat secara terbuka ia lebih buruk," katanya.
-Malaysiakini
at 7/25/2018 01:30:00 PTG
KERENGGA: Ramasamy, Maza akan bersemuka di Putrajaya

Asal Bukan A Hadi 

'Perang kartun' Sg Kandis: PAS lwn Amin Landak
SG KANDIS | Usikan kartunis muda Amin Landak terhadap PAS berkaitan isu pilihan raya kecil Sungai Kandis menimbulkan rasa tidak senang parti itu dan penyokongnya.

Malah, tempiasnya turut terkena Malaysiakini yang menyiarkan kartun satu muka tanpa dialog itu.

"Kartun yang disiar di Malaysiakini ini bagi kami adalah biadab!" tulis PAS di Facebooknya dan diulang siar di media sosial Harakahdaily.

Parti itu memuat naik semua kartun itu dengan ditambah tulisan "Malaysiakini biadap!" dan perkataan "rude” (biadap).

Baca: Yak bok te! Amin Landak yang saya kenali

Kartun itu menggambarkan pemimpin PAS sedang membentangkan permaidani merah kepada BN di Sungai Kandis.
Ia dipercayai merujuk kepada keputusan PAS tidak bertanding dan memberi laluan kepada BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ketua Penerangan PAS pula baru-bari ini, ketika mengulas itu PRK itu, memperkenalkan slogan "Asalkan Bukan Pakatan Harapan - ABAH".

'Tentera Hijau' balas

Sementara itu, Facebook pro-PAS "Tentera Hijau Kebangsaan Malaysia" pula membalas kembali usikan Amin dengan mengubah suai kartun itu.

karya ubah suai itu kini menggambarkan serpihan PAS - Parti Amanah Negara (AMANAH) membentangkan permaidani PKR kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Amin terkenal dengan kartun-kartun satira politik, khususnya dalam siri “Yak Bok Te!”

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Amin berkaitan kontroversi itu.

PRK DUN Sungai Kandis bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru calon BN Datuk Lokman Noor Adam, calon PKR Zawawi Mughni dan calon bebas K Murthy.

Ia diadakan susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, orang lama reformasi serta bekas setiausaha politik menteri besar Selangor, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu, Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi itu dengan 23,998 undi selepas menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
-malaysiakini
at 7/25/2018 04:52:00 PTG
KERENGGA: 'Perang kartun' Sg Kandis: PAS lwn Amin Landak

Potong juga peruntukan kewangan kerajaan untuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, mana-mana Wakil Rakyat Pemalas. 

Wednesday, July 25, 2018
Sallahudin setuju potong elaun MP pemalas
Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email
Sallahudin setuju potong elaun MP pemalas
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim agar memotong elaun anggota parlimen yang “malas” hadir persidangan.
Beliau juga setuju agar nama anggota parlimen yang dimaksudkan disiarkan.

Namun, Salahuddin berkata, cadangan Rais itu hanya perlu dikenakan kepada anggota parlimen yang tidak hadir tanpa alasan yang kukuh.

“Ya, itu saya setuju (dengan cadangan Rais),” katanya mengulas kenyataan Rais di Twitter berhubung kekurangan korum di Dewan Rakyat hari ini yang menyebabkan persidangan terpaksa ditangguhkan seketika.

“Kalau mereka benar-benar anggota parlimen yang tidak bertanggungjawab, sengaja ponteng parlimen, tanpa alasan yang kukuh, menjadikan jawatan anggota parlimen sebagai untuk memenuhi kehendak peribadi, tidak datang parlimen, tidak bahas, itu saya rasa munasabah untuk parlimen sendiri ambil tindakan.

“Kalau ada pemotongan elaun, terpulang kepada peraturan parlimen,” katanya.

Mengulas lanjut, Salahuddin menegaskan beberapa anggota parlimen yang lewat masuk ke dalam dewan hari ini adalah kerana menghadiri taklimat sebelum itu.

“Kalau mereka pergi ke tempat-tempat lain mungkin jadi suatu isu, tapi mereka sebahagiannya berada dalam parlimen untuk dengar taklimat. Saya juga pernah jadi anggota parlimen biasa, memang kita banyak taklimat di parlimen,” katanya menggesa orang ramai tidak menjadikan insiden itu untuk menilai anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SALLAHUDIN SETUJU POTONG ELAUN MP PEMALAS

Wednesday, July 25, 2018
Malaysia betul hantar Daim lawat China – Saifuddin Abdullah
Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email
Malaysia betul hantar Daim lawat China - Saifuddin Abdullah
Nampaknya kita sedang berada dalam landasan yang betul selepas lawatan Envoi Khas yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin ke China, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

“Sama ada beliau berjaya atau tidak itu cerita lain tetapi beliau sudah cuba yang terbaik. Dan perkara sedang bergerak dalam landasan yang betul,” katanya selepas ceramah di Taman Sri Andalas malam tadi.

Saifuddin menekankan yang Malaysia komited untuk menghormati komitmennya dan mahu mengekalkan hubungan baik dengan China.

“Ya, kita ada isu (masalah) dan kawan kita di Beijing pun faham tetapi hakikatnya envoi khas dihantar bermakna kita mahu duduk berbincang.

“Perdana menteri kita komited untuk hubungan yang lebih baik dan kerana itulah beliau akan lawat China pada 17 Ogos,” tambahnya.

Apabila ditanya sekiranya Daim sudah memberi taklimat kepada Kementerian Luar, Saifuddin berkata: “Daim sudah diberi taklimat sebelum pergi ke China minggu lepas dan pejabatnya juga juga memberi taklimat kepada Kementerian Luar.”

Mengenai tugas Daim di China, Saifuddin berkata ia berkaitan dengan “kontrak ditandatangi kerajaan terdahulu.”

Tetapi beliau enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai mandat envoi kha situ kerana Daim melapor terus kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sejak mengambil alih Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan menemui beberapa percanggahan dalam dua kontrak yang ditandatangani dengan syarikat China.

Pakatan berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan kontrak Paip Gas Trans Sabah yang ditandatangani Barisan Nasional berat sebelah.

Menyentuh pelantikan Daim sebagai envoi khas, Saifuddin berkata ia adalah amalan biasa.

“Menggunakan envoi khas adalah sesuatu yang Malaysia dan negara lain gunakan dalam urusan luar.”

Sebelum Daim, Bekas Menteri Kerja Raya S Sammy Vellu juga dilantik sebagai envoi khas ke India, dan Bekas Menteri Perumahan Ong Ka Ting adalah envoi khas ke China selepas mereka bersara daripada kerajaan Barisan Nasional.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MALAYSIA BETUL HANTAR DAIM LAWAT CHINA – SAIFUDDIN ABDULLAH

Wednesday, July 25, 2018
Kenyataan bodoh: Umno belum mahir jadi pembangkang
Posted By: Selena Tayon: July 25, 2018 Print Email
Kenyataan bodoh: Umno belum mahir jadi pembangkang
Selepas 70 hari menjadi pembangkang, pemimpin-pemimpin Umno nampaknya belum belajar menjadi pembangkang yang baik.

Kebanyakan mereka sama ada melakukan aksi provokasi atau membuat beberapa kenyataan bodoh seolah-olah BN masih berkuasa dan rakyat terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku.

Peristiwa keluar Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu menjadi tanda awal tidak matangnya pemimpin Umno berpolitik. Walaupun mereka memberi alasan ‘walkout’ itu dilakukan untuk bertemu pihak media dan membuat sidang media.

Manakala mereka menterjemahkan titah Baginda Yang DiPertuan Agong ‘Sila duduk, jangan lari’ membawa maksud ‘jangan lari daripada parti’.

Selain itu, serangan pemimpin Pemuda Umno Razlan Rafii dalam tweetnya berbunyi: “Matinya seorang yang suka Fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia!!! Kurang lagi kaki Fitnah! Aman Malaysia!! RIP” terhadap mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan menunjukkan keangkuhan yang melampau.

Mengulas isu tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli Umno dan Pas mencipta publisiti buruk untuk parti mereka terutama dalam sidang Dewan Rakyat kerana persidangan itu disaksikan secara langsung di TV1 dan seluruh pengundi yang memilih mereka boleh melihatnya.

“Juga sudah pasti Ahli-ahli Parlimen dari Umno dan Pas rasa terpukul dengan titah Yang DiPertuan Agong kerana tindakan mereka yang keluar Dewan itu amat memalukan,” katanya kepada Suara pakatan daily.

Ahli parlimen Pokok Sena itu menambah, serangan Razlan ke atas mendiang Eddie Ng pula bukan sahaja bodoh tetapi melanggar adab dan akhlak Islam yang mewajibkan penganutnya menghormati jenazah walaupun berbeza agama, bangsa dan fahaman politik.

“Umno hari ini patut tahu bahawa satu daripada sebab mengapa mereka kalah dalam pilihanraya umum yang lalu ialah kerana sikap mereka yang angkuh, sombong dan bongkak,” kata Mahfuz lagi.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KENYATAAN BODOH: UMNO BELUM MAHIR JADI PEMBANGKANG


Wednesday, July 25, 2018
GST: ‘Kena 60 sen menjerit sebulan’ – MP Bebas
Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email
GST: 'Kena 60 sen menjerit sebulan' - MP Bebas
Seorang Ahli Parlimen Pro-Pakatan Harapan, Datuk Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) berkata kerajaan sukar menyakinkan rakyat menerima GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Noor Azmi berkata 4 menteri dari pentadbiran lepas memberi penjelasan tentang GST namun ia tetap ditolak rakyat, dan berkata mungkin masanya tidak sesuai untuk melaksanakan cukai kontroversi itu.

“Mungkin kita perlukan 10 menteri kewangan untuk cerita GST. Terdapat 160 negara buat GST tapi Malaysia tak faham lagi.

“Yang penting ialah suara rakyat. Rakyat tolak GST. Kalau tak dengar suara rakyat, jawabnya kita menempah kekalahan akan datang,” katanya ketika membahaskan titah Agong.

Bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata rakyat menolak cukai itu walaupun tahu GST lebih telus berbanding SST.

“SST dilaksana sejak 1932 tapi tak nampak pada resit, jadi orang beli ikut suka seolah tak kena cukai.”

“SST tak boleh nak marah sebab tak nampak. GST kita dapat lihat dari resit. Bila nampak kena 60 sen, menjerit 1 bulan.”

Azmi menggesa kerajaan Pakatan Harapan menunaikan 10 janji 100 hari manifesto pilihan rayanya kerana rakyat sedang memerhatikan.

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 menggantikan SST. Cukai itu dikatakan antara sebab kos sara hidup rakyat meningkat, dan memansuhkannya adalah janji utama manifesto pilihan raya PH.

Kadar GST diturunkan kepada 0% pada 1 Jun lepas, dan akan digantikan dengan SST pada 1 September ini.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: GST: ‘KENA 60 SEN MENJERIT SEBULAN’ – MP BEBAS

Wednesday, July 25, 2018
Mukhriz selar Annuar Musa kata Langkawi PRK akan datang
Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email
Mukhriz selar Annuar Musa kata Langkawi PRK akan datang
Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana menyebut “Langkawi” dalam ramalan pilihan raya kecil akan datang.

Timbalan presiden PPBM itu berkata tindakan pemimpin Umno itu menyebut kerusi yang disandang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, tidak beradab.

“Saya juga ketahui ada Pemuda Umno berkata perkara sama. Ia bukan perkara yang enak didengar,” katanya sewaktu ditemui di ceramah PRK DUN Sungai Kandis malam tadi.

Terdahulu, Annuar berkata berlakunya PRK di DUN Sungai Kandis dan DUN Balakong, hampir 3 bulan selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, sebagai ujian Tuhan kepada rakyat Selangor.
“Saya percaya selepas ini Tuhan akan tentukan banyak lagi pilihan rahya kecil. Tidak tahu di mana, Langkawi atau di mana. Jangan Ketereh sudah,” katanya di pusat operasi BN di Sungai Kandis semalam.

Mukhriz berkata hidup dan mati adalah ketentuan Tuhan dan tidak mustahil individu yang mendoakan perkara buruk menimpa bapanya akan mati terlebih dulu.

“Soal ajal bukan di tangan kita. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Jika 3 tahun dulu tuan-tuan tanya saya adakah Umno kuat, saya akan kata ‘kuat’ tetapi lihat apa yang berlaku sekarang.” 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 25, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MUKHRIZ SELAR ANNUAR MUSA KATA LANGKAWI PRK AKAN DATANG

Annuar doa Mahathir cepat Mari?
PRK Langkawi? Pelbagai pihak bidas Annuar Musa

Beberapa pemimpin baik dari parti kerajaan tampil membidas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Anuuar Musa yang membuat kenyataan bahawa kenyataan bahawa akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini seperti di Parlimen Langkawi.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata apa yang diucapkan Annuar itu tidak wajar dan juga tidak perlu.

“Saya fikir beliau membuat kenyataan sambil lewa. Ia sangat tidak wajar dan saya dengar ada seorang lagi, saya rasa seorang ahli Pemuda Umno, juga mengeluarkan kenyataan sama. Ia bukan satu kenyataan yang baik.

“Tetapi, kita lihat nanti. Seorang yang berusia 93 tahun mungkin boleh panjang umur hingga 100 atau 103 tahun, dalam tempoh 10 tahun lagi, atau mungkin sehingga 20 hingga 30 tahun.

“Siapa tahu? Kita ini yang tidak tahu berapa lama kita akan hidup. Ini semua kuasa Tuhan,” katanya yang dipetik oleh portal MyMetro hari ini.

Annuar dilaporkan berkata, PRK Sungai Kandis adalah ujian Allah kepada Selangor dan tidak diketahui di mana pilihan raya seterusnya akan diadakan, dan ia mungkin di Langkawi atau tempat lain.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, adalah jelas pemimpin Umno itu merujuk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mencecah usia 93 tahun dan adalah ahli parlimen Langkawi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar yang juga adalah menteri air, tanah dan sumber asli turut membidas Annuar.

“(Langkawi?) Ya kah? Perkataan yang saya katakan terhadap Annuar adalah biadap,” katanya yang dipetik portal itu.

Portal Berita Harian Online pula memetik pengarah firma penyelidikan politik, Sky Data, Dr Ainul Adzellie Hasnul sebagai berkata, Annuar perlu meminta maaf kepada keluarga Dr Mahathir berhubung kenyataannya yang tidak matang dan mendahului ketentuan tuhan itu.

"Ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi dan tidak perlu dipolitikkan. Banyak lagi isu seperti ekonomi dan mendesak kerajaan menunaikan janji.

"BN mahu menjadi pembangkang berwibawa tetapi apa yang dilakukan pemimpin kanannya mengeluarkan kenyataan berbentuk propaganda dan politik murahan,” katanya yang dipetik oleh portal itu.

PRK Sungai Kandis diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Manakala satu lagi PRK bakal diadakan di Balakong berikutan nahas yang meragut ADUNnya, Eddie Ng Tien Chee pada awal pagi Khamis minggu lalu.
-malaysiakini
at 7/25/2018 08:30:00 PTG
KERENGGA: Annuar doa Mahathir cepat Mari?

Jangan cemar institusi masjid dengan dakyah politik kebencian – Tengku Zulpuri Shah

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
Pada 25 Julai 2018oleh Hafiz | Foto: Hasful Zainuddin Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyeru agar institusi masjid tidak terjerumus dijadikan alat politik pihak tertentu yang hanya mampu memecahbelahkan perpaduan kaum dan keamanan negara ini. Tegasnya, masjid merupakan tempat umat Islam beribadah serta menyampaikan nasihat dan bukannya sebagai tempat menyebarkan dakyah politik memburuk-burukkan kerajaan yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan rakyat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian semalam berhubung dakwaan Pakatan Harap... lagi »

Pulau Pinang terus cemerlang, catat pelaburan RM10.8 bilion

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
Pada 25 Julai 2018oleh: Pentadbir Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan kedua tertinggi di Malaysia sebanyak RM10.8 bilion pada 2017 walaupun berdepan beberapa cabaran semasa kata *Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow*. “Pulau Pinang berada di kedudukan yang sangat memuaskan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen tinggi dan daya tahan yang ditonjolkan semua pihak dalam memastikan keberlangsungan dan peningkatan pelaburan negeri itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan titah Agong di Parlimen sebentar tadi. Bagi mengukuhkan... lagi »

SALLAHUDIN SETUJU POTONG ELAUN MP PEMALAS

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
[image: Sallahudin setuju potong elaun MP pemalas] Sallahudin setuju potong elaun MP pemalas Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan cadangan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim agar memotong elaun anggota parlimen yang “malas” hadir persidangan. Beliau juga setuju agar nama anggota parlimen yang dimaksudkan disiarkan. Namun, Salahuddin berkata, cadangan Rais itu hanya perlu dikenakan kepada anggota parlimen yang tidak hadir tanpa alasan yang kukuh. “Ya, itu saya setuju (dengan cadangan Rais),” katanya men... lagi »

MALAYSIA BETUL HANTAR DAIM LAWAT CHINA – SAIFUDDIN ABDULLAH

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
[image: Malaysia betul hantar Daim lawat China - Saifuddin Abdullah] Malaysia betul hantar Daim lawat China – Saifuddin Abdullah Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email Nampaknya kita sedang berada dalam landasan yang betul selepas lawatan Envoi Khas yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin ke China, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah. “Sama ada beliau berjaya atau tidak itu cerita lain tetapi beliau sudah cuba yang terbaik. Dan perkara sedang bergerak dalam landasan yang betul,” katanya selepas ceramah di Taman Sri Andalas malam tadi. Saifuddin menekan... lagi »

KENYATAAN BODOH: UMNO BELUM MAHIR JADI PEMBANGKANG

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
[image: Kenyataan bodoh: Umno belum mahir jadi pembangkang] Kenyataan bodoh: Umno belum mahir jadi pembangkang Posted By: Selena Tayon: July 25, 2018 Print Email Selepas 70 hari menjadi pembangkang, pemimpin-pemimpin Umno nampaknya belum belajar menjadi pembangkang yang baik. Kebanyakan mereka sama ada melakukan aksi provokasi atau membuat beberapa kenyataan bodoh seolah-olah BN masih berkuasa dan rakyat terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku. Peristiwa keluar Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu menjadi tanda awal tidak matangnya pemimpin Umno berpolitik. Walaupun mereka memberi alasan... lagi »

GST: ‘KENA 60 SEN MENJERIT SEBULAN’ – MP BEBAS

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
[image: GST: 'Kena 60 sen menjerit sebulan' - MP Bebas] GST: ‘Kena 60 sen menjerit sebulan’ – MP Bebas Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email Seorang Ahli Parlimen Pro-Pakatan Harapan, Datuk Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) berkata kerajaan sukar menyakinkan rakyat menerima GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Noor Azmi berkata 4 menteri dari pentadbiran lepas memberi penjelasan tentang GST namun ia tetap ditolak rakyat, dan berkata mungkin masanya tidak sesuai untuk melaksanakan cukai kontroversi itu. “Mungkin kita perlukan 10 menteri kewangan ... lagi »

MUKHRIZ SELAR ANNUAR MUSA KATA LANGKAWI PRK AKAN DATANG

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
[image: Mukhriz selar Annuar Musa kata Langkawi PRK akan datang] Mukhriz selar Annuar Musa kata Langkawi PRK akan datang Posted By: Pentadbiron: July 25, 2018 Print Email Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana menyebut “Langkawi” dalam ramalan pilihan raya kecil akan datang. Timbalan presiden PPBM itu berkata tindakan pemimpin Umno itu menyebut kerusi yang disandang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, 93, tidak beradab. “Saya juga ketahui ada Pemuda Umno berkata perkara sama. Ia bukan perkara yang enak didengar,” katanya sewaktu ditemui di ... lagi »

Annuar doa Mahathir cepat Mari?

kerengga pada KERENGGA - 2 jam yang lalu
PRK Langkawi? Pelbagai pihak bidas Annuar Musa Beberapa pemimpin baik dari parti kerajaan tampil membidas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Anuuar Musa yang membuat kenyataan bahawa kenyataan bahawa akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini seperti di Parlimen Langkawi. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata apa yang diucapkan Annuar itu tidak wajar dan juga

'Perang kartun' Sg Kandis: PAS lwn Amin Landak

kerengga pada KERENGGA - 6 jam yang lalu
SG KANDIS | Usikan kartunis muda Amin Landak terhadap PAS berkaitan isu pilihan raya kecil Sungai Kandis menimbulkan rasa tidak senang parti itu dan penyokongnya. Malah, tempiasnya turut terkena Malaysiakini yang menyiarkan kartun satu muka tanpa dialog itu. "Kartun yang disiar di Malaysiakini ini bagi kami adalah biadab!" tulis PAS di Facebooknya dan diulang siar di media sosial

Ramasamy, Maza akan bersemuka di Putrajaya

kerengga pada KERENGGA - 7 jam yang lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof akan menganjurkan pertemuan tertutup antara Mufti Perlis dan P Ramasamy berhubung dakwaan Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang itu terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Menurut Mujahid, pertemuan antara Ramasamy dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu dijangka diadakan pada bulan ini dan mencadangkan ia

Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan

Pejuang Perubahan pada AGEN PERUBAHAN ® - 7 jam yang lalu
[image: Hadir taklimat punca MP PH tidak masuk dewan] *i**klan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com* Sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak berada dalam Dewan Rakyat ketika sidang disambung selepas waktu rehat pukul 2.30 petang semalam kerana mereka menghadiri sesi taklimat untuk ahli Parlimen baharu. Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kepada pemberita di lobi Parlimen,semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menambah, sebahagian daripada mereka juga menghadiri majlis pengebumian Ahli D... lagi »

BAHARU SEMINGGU BERSIDANG, DEWAN SUDAH KOSONG? - Prof. Mohammad Agus Yusoff

kerengga pada KERENGGA - 9 jam yang lalu
Mohammad Agus Yusoff 1. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sikap MP yang lebih bertanggungjawab dalam sidang Dewan kali ini. Namun, harapan itu hancur. Baharu seminggu bersidang, daripada 222 MP yang ada, untuk mendapatkan kuorum seramai 26 orang pun tidak mencukupi. 2. Biarpun selama lima minit sahaja, itu sudah cukup untuk menunjukkan sikap dan disiplin MP kita. Malulah

Kenapa doktor pelatih enggan lapor kes buli?

kerengga pada KERENGGA - 10 jam yang lalu
FMT Reporters GEORGE TOWN: Satu kajian yang menunjukkan ramai doktor muda dan doktor pelatih memikirkan untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat kerja tidak mengejutkan sekumpulan doktor yang menjalani latihan siswazah yang ditemubual FMT baru-baru ini. Pelatih siswazah yang berkhidmat di hospital di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, berkata doktor pelatih bekerja di bawah tekanan yang

JANJI MANIFESTO, SUDAHKAH PEMIMPIN UMNO MENCERMIN DIRI SENDIRI?

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - 12 jam yang lalu
Kelompok UMNO dan BN sekarang ini begitu ghairah membangkitkan soal janji dalam manifesto pilihanraya Pakatan Harapan yang kononnya telah gagal dipenuhi. Di mana-mana mereka bercakap mengenainya, bahkan dalam kempen pilihanraya Sungai Kandis yang sedang berjalan sekarang pun, isu menuntut janji itu turut dimainkan dengan ganas sekali. Dikatakan, pilihanraya kecil ini harus dijadikan referendum menuntut janji-janji dalam manifesto berkenaan dan kemenangan calon BN juga dibayangkan akan meningkatkan suara desakan UMNO dan BN ke arah itu. Kenapa UMNO dan BN terlalu sibuk dengan ... lagi »

Awat PAS takut nak mengaku sokong UMNOOO...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 19 jam yang lalu
[image: Image may contain: 2 people, text] *Pelbagai hujah kedengaran saat ini di sebalik keputusan Pas tidak meletakkan calonnya di Sungai Kandis, meskipun secara nyatanya ia adalah bermakna parti itu mahu calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan lebih mudah dapat ditewaskan.* *Dengan hasrat mahu calon PKR tewas, maka sudah terang lagi bersuluh Pas sebenarnya inginkan kemenangan berpihak kepada calon UMNO yang mewakili BN.* *Dalam erti kata lain, jika dulu Pas mahu lawan UMNO, kini parti itu adalah kawan kepada UMNO.* *Malangnya, tidak seperti biasa dalam adat orang berkawan, Pas ... lagi »

Isu kaum dan agama tidak akan bawa Umno, Pas ke mana-mana

kerengga pada KERENGGA - 19 jam yang lalu
SHAHBUDIN HUSIN Apa yang nyata di sebalik keputusan PRU14 ialah sistem politik negara kita telah menemui titik kematangannya dan rakyat menolak amalan perkauman serta agama yang keterlaluan. Dengan menangnya Pakatan Harapan (PH) dan tumbangnya Barisan Nasional (BN), pertukaran kerajaan selepas ini bukan lagi sesuatu yang asing. Tetapi, perubahan kerajaan tidak mungkin boleh dijayakan dengan

Fuad Zarkashi kecam pengerusi Bernama kerana puji HARAPAN

kerengga pada KERENGGA - 20 jam yang lalu
Agensi berita Bernama terus mendapat kritikan daripada pembangkang susulan laporannya yang didakwa cenderung kepada kerajaan. Sebelum pertukaran kerajaan, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) melemparkan kritikan serupa kepada agensi berita itu. Kini, Bernama menjadi sasaran kritikan pemimpin Umno. Dalam kenyataan petang ini, Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Datuk Mohd Puad Zarkashi

UMNO dan PAS tak tahu malu?

PBO™ pada Menconteng Untuk Perubahan™ - 22 jam yang lalu
Semenjak PH mengambil alih kerajaan 9 Mei yang lalu dari kerajaan zalim Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO, kita dapat melihat perubahan jelas pada rangkaian media elektronik dan media cetak di Malaysia. TV3, RTM dan ASTRO menyiarkan banyak komen - komen dari pihak pembangkang. Perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali selama 61 tahun UMNO memerintah. Pada asalnya, inilah sebab

Annuar ramal PH ‘tumbang’ sebelum penggal tamat

kerengga pada KERENGGA - Sehari yang lalu
Faiz Zainudin KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) meramalkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan dapat bertahan sehingga habis penggal ini. Beliau berkata sejarah dunia membuktikan beberapa parti pemerintah baru tersungkur selepas mengalahkan parti pemerintah lama seperti Parti Janata (JP), yang tumbang 3 tahun selepas menewaskan Parti Kongres Kebangsaan India, dan Parti


=-=

Tiada ulasan: