Rabu, 25 Julai 2018

Betulkah rakyat bukan mahu melihat parti politik mana yang paling bersih atau tidak mengamalkan politik rasuah? 7925.

Surat Pembaca
Rabu, 25 Julai 2018 | 11:00am
Rabu, 25 Julai 2018 | 11:00am 
Suasana di dalam Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Zulfadhli Zulkifli

UMNO perlu jadi pembangkang berwibawa

Oleh Khaidirah Abu Bakar bhnews@bh.com.my
Kita labuhkan tirai kisah sedih UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Ia terlalu perit untuk UMNO mendengar sejarah hitam itu di ulang tayang semula. 

Bagai menyaksikan rakaman kamera litar tertutup bagaimana sebuah insiden yang meragut nyawa insan tercinta kita, mampukah kita melihatnya berulang kali? Pastinya tidak. 

Kini, episod persoalan siapakah yang akan memacu UMNO baharu juga sudah terjawab. Akar umbi parti sudah membuat pilihan dengan memilih Presiden baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Walaupun terdapat 'suara sumbang' sejurus pemilihan, keputusan sudah pun dibuat. 

Sebagai rakyat Malaysia, saya antara yang menantikan pelan pembangunan lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Begitu juga sebagai penyokong tegar UMNO yang turut berada dalam sistem pentadbiran parti, saya juga mahu melihat UMNO dipandu mengikut landasan yang lebih kukuh dan bersepadu demi kelangsungan perjuangan parti itu. 

Kini, Dewan Rakyat sudah mula bersidang dan ia persidangan pertama dalam sejarah Malaysia yang menyaksikan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) berada di barisan kerusi pembangkang. 

Minggu pertama persidangan ini, rakyat dihidangkan dengan pelbagai isu dan kontroversi, daripada hal pelantikan Speaker Dewan Rakyat kepada isu kelulusan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) oleh Kementerian Pendidikan, dan terkini membabitkan isu paling sensitif bagi rakyat Malaysia iaitu perdebatan mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

Pemerhatian rakyat 

Rakyat memerhati dengan serius apa yang berlaku di Dewan Rakyat, terutama membabitkan cara kerajaan melaksanakan tugas, bagaimana BN bertindak sebagai pembangkang dan paling penting proses perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen. Ini antara topik perbualan paling hangat rakyat sekarang. 

Persembahan setiap Ahli Parlimen menyuarakan pendapat dan berdebat juga menjadi perhatian. Dari yang penuh berhemah, beradab serta sopan santun sehingga kepada mereka yang menjerit, terpekik terlolong dalam menegakkan hujah dalam perbahasan. 

Jika melihat daripada perspektif yang berbeza, kedua-dua pihak baik kerajaan, mahu pun pembangkang, masih kelihatan kekok untuk menjalankan tugas masing-masing. Pembangkang masih baharu dan kerajaan pun masih baharu. Ini kesimpulan yang boleh dibuat buat masa ini. 

Saya tidak mahu mengambil kira bagaimana atau berapa lamakah kerajaan perlu mengambil masa untuk melatih diri supaya menzahirkan kepemimpinan sebagai parti kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang. 

UMNO perlu sesuaikan diri 

Tetapi, apa yang saya ingin lihat ialah bagaimana UMNO sebagai pembangkang mahu menyesuaikan diri dengan laungan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa itu mampu direalisasikan. 

Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan lebih baik. PRU sudah berlalu hampir tiga bulan. Masih banyak perkara yang perlu dilihat dan diperhalusi dengan lebih mendalam. Rakyat kini menilai taraf kepemimpinan kedua-dua pihak. 

Apa yang penting bagi rakyat ialah memastikan kelangsungan kepemimpinan kerajaan PH membuktikan bahawa mereka mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju dan berdaya saing. 

Kepada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri seluruh negara, sejujurnya, anda semua perlu menyingkap dengan lebih mendalam dan lebih tertumpu kepada isu yang ingin dibahaskan. Rakyat bukan mahu melihat siapa yang mampu 'menghentam' siapa dalam sidang. 

Rakyat bukan mahu melihat parti politik mana yang paling bersih atau tidak mengamalkan politik rasuah. Tetapi, rakyat mahu melihat hujah Ahli Dewan yang paling gemilang untuk memastikan taraf kehidupan dan pembangunan yang dirancang adalah seiring. 

Jangan hanya berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit, sedangkan rakyat hidup bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Penulis adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO & Ketua Puteri UMNO, Bahagian Jasin, Melaka
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/07/453528/umno-perlu-jadi-pembangkang-berwibawa

Surat Pembaca
Rabu, 25 Julai 2018 | 11:01am
Anggota bomba perlu dilatih menangani kebakaran dan bencana 
di kawasan metropolitan. - Gambar hiasan
Kenaikan gaji, elaun khas hargai tugas bomba

Kesediaan kerajaan mengkaji cadangan menaikkan gaji anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu disokong semua pihak kerana tugas mereka kini dilihat semakin mencabar dan sama penting seperti anggota keselamatan lain.

Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin bahawa kerajaan mungkin memasukkan kenaikan itu dalam bajet pada tahun depan menunjukkan kepentingan isu berkenaan.

Beliau turut dilaporkan berkata keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota JBPM akan diketahui hujung bulan ini.

Saya percaya semua warga JBPM mengharapkan khabar gembira kerana kertas kerja berkaitan perkara itu dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dan kini sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan.

Elaun khas RM200 itu disyorkan oleh bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lalu bagi mengiktiraf usaha dan kerja bomba dan penyelamat menangani bencana yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkuasaan lain.

Syor itu menunggu perlaksanaan sekarang oleh pentadbiran baharu.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM membabitkan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Mungkin masih ramai di antara kita yang tidak memahami mencabarnya tugasan dan beban kerja anggota JBPM kerana mereka selalunya hanya dikaitkan dengan operasi memadam kebakaran semata-mata.

Ketika saya menjadi wakil rak-yat, saya bekerja rapat dengan pihak bomba untuk membantu mangsa banjir dan juga kebakaran. Ketika mereka bertungkus-lumus memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa banjir, saya pula sibuk membantu mangsa untuk mendapatkan tempat tinggal sementara, serta memohon semula dokumen yang musnah dalam kebakaran atau banjir.

Tahun demi tahun, hubungan saya semakin rapat dengan anggota bomba dan saya amat memahami tugas berat yang digalas mereka demi untuk masyarakat.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh saya, selain memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, jabatan itu turut bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Khidmat kemanusiaan

Untuk memenuhi objektif itu, JBPM melaksanakan fungsinya mengikut peruntukan di bawah seksyen 5(1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti menentukan adanya jalan keluar kebakaran, menyiasat punca kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya bencana.

JBPM juga perlu melaksanakan tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau diarahkan menteri.

Hubungan akrab JBPM serta laporan mengenai pelbagai pertolongan yang diberikan kepada masyarakat menyebabkan mereka sering dihubungi untuk operasi menyelamat ketika kemalangan jalan raya dan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Anggota bomba juga sering terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat untuk kejadian kes sesat di hutan dan lemas.

Keupayaan anggota JBPM dalam operasi sebegini tidak boleh dipertikaikan kerana mereka mempunyai peralatan yang sesuai seperti alat pemotong hidraulik untuk membebaskan mangsa kemalangan yang tersepit dalam kenderaan.

JBPM juga mempunyai anggota yang berkemahiran menyelamatkan haiwan peliharaan, menangkap binatang berbisa atau memusnahkan sarang tebuan dan lebah.

Bagaimanapun, saya percaya lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan mereka agar mampu menangani cabaran baharu seperti mana yang dapat kita lihat dalam operasi menyelamat pelajar dan jurulatih bola sepak yang terperangkap di dalam sebuah gua yang dinaiki air, di wilayah Chiang Rai, utara Thailand baru-baru ini.

Kebakaran di bandar

Pada masa yang sama, anggota bomba juga perlu dilatih untuk menangani kebakaran dan bencana di kawasan metropolitan kerana semakin banyak bangunan pencakar langit dengan pelbagai jenis bahan binaan baru dibina bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sehubungan itu, kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk pembangunan sumber manusia JBPM agar mereka mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan berkesan untuk menghadapi sebarang kes kecemasan.

Modul latihan perlu dikemas kini bersesuaian dengan peredaran masa dan warga JBPM terpilih perlu dihantar menyertai latihan dan operasi sebenar di luar negara.

Peruntukan juga diperlukan untuk pembelian jentera dan peralatan yang canggih manakala peralatan perlindungan diri terkini, perlu dibekalkan untuk kegunaan anggota JBPM.

Lebih banyak pasukan bomba komuniti dan pasukan Pasukan Tindakan Kecemasan yang professional dan cekap juga perlu ditubuhkan untuk bertindak segera, ketika berlakunya sebarang insiden kecemasan.

Saya juga berharap usaha berterusan dapat dilaksanakan untuk meningkatkan keselesaan di tempat kerja dan perumahan warga JBPM, agar mereka dapat bertugas dengan penuh komitmen, manakala keluarga mereka dapat hidup dalam suasana kondusif.

Masanya telah tiba untuk kita memberi penghargaan sewajarnya kepada warga JBPM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi memastikan keselamatan orang lain, terutamanya ketika kebakaran dan bencana alam. Tan Sri Lee Lam Thye - Aktivis sosial
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/07/453531/kenaikan-gaji-elaun-khas-hargai-tugas-bomba

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 10:55am
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - Foto Syamsi Suhaimi

Kelantan harap hubungan dengan Pusat lebih erat
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengharapkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin erat demi kebaikan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana pihak yang diberi mandat mentadbir negara di bawah semangat federalisme.

Katanya, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat berdasarkan yang ditentukan Perlembagaan dan apa saja yang dibangkitkan adalah mengikut lunas yang betul.

"Amalan lazim yang kita buat selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU), kita akan mengunjungi Perdana Menteri bagi menyatakan hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang perlu dihormati.

"Begitu juga selepas PRU-14 baru-baru ini, kita juga mengunjungi Perdana Menteri bagi menyatakan perkara sama dan hak serta kewajipan.

"Dalam pertemuan itu, kita nyatakan perkara tersirat supaya hak rakyat Kelantan terus terbela terutama dalam perkara yang sudah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

"Insya-Allah hubungan ini dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya di bawah jabatan bersama seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang mahu tahu apakah hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bertambah baik selepas berlaku perubahan pucuk pimpinan Persekutuan pada PRU-14.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Mohd Adhan susulan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa PAS dan Barisan Nasional (BN) kini seperti adik-beradik berikutan hubungan baik, Ahmad berkata tidak berbangkit isu adik beradik kerana hubungan terjalin mengikut lunas federalisme.

"Kerajaan Persekutuan wujud kerana adanya negeri. Perkara paling penting adalah hak rakyat kita dibela. Mana-mana Kerajaan Persekutuan yang memerintah ada tanggungjawab yang diklasifikasikan dan kita mendesak Kerajaan Persekutuan menyempurnakan hak kita," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453519/kelantan-harap-hubungan-dengan-pusat-lebih-erat

Najib plays down MIC, MCA absence in Sungai Kandis
Published 1 hour ago on 25 July 2018
BY A. RUBAN
Najib said MIC and MCA were still regrouping and restructuring following BN’s defeat in the general election. — Picture by Miera Zulyana
Najib said MIC and MCA were still regrouping and restructuring following BN’s defeat in the general election. — Picture by Miera Zulyana

SHAH ALAM, July 25 — MIC and MCA were not visibly helping the Barisan Nasional campaign in Sungai Kandis as both were preoccupied with internal matters, Datuk Seri Najib Razak claimed today.

The former prime minister, who was on a walkabout with BN candidate Datuk Lokman Adam this morning, said both parties were still regrouping and restructuring following the coalition’s defeat in the general election.

“MIC has changed its leadership but its deputy and vice presidents are not changed... so let’s give them time to address this,” he told reporters in between his walkabout.
https://www.malaymail.com/s/1655734/najib-plays-down-mic-mca-absence-in-sungai-kandis

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 12:13pm
MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Pemberian royalti minyak 20 peratus perlu masa
Oleh Rohaniza Idris roha@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pindaan akta itu perlu dilakukan jika cadangan pemberian 20 peratus itu mahu dilaksanakan.

Katanya, akta itu antara lain menyebut, pemberian 10 peratus royalti adalah berdasarkan keuntungan bersih kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

"Tawaran 20 peratus adalah inisiatif manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa yang sama kita perlu meminda akta (PDA) 1974 terlebih dahulu sebelum pelaksanaan itu.

"Buat masa ini, Petronas perlu membayar 10 peratus secara tunai kepada kerajaan dan daripada jumlah ini, lima peratus akan diterima Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

"Bayaran dibuat dua kali iaitu padaFebruari dan Ogos. Peratus ini mengikut nilai kasar setong pada harga pasaran tanpa perlu mengambil kira menguntungkan atau tidak," katanya menjawab soalan pertama sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu mengetahui bilakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH menyebut Kerajaan Persekutuan akan menyemak semula Perjanjian 1963termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata, ketika menggubal Buku Harapan, PH hanya menyebut mengenaipengagihan royaliti minyak secara adil kepada negeri pengeluar minyak.

"Kami telah membuat kos analisis berdasarkan pengeluaran petroleum yang mana ketika itu kami mengalami kekangan data dan maklumat," katanya.

Beliau berkata, akta berkenaan juga dengan jelas menyatakan pemberian royalti itu perlu mendapat persetujuan daripada negeri pengeluar minyak.

Justeru, katanya, Kerajaan Persekutuan perlu membuat perbincangan dengan kerajaan negeri pengeluar terlebih dulu sebelum menambah kadar royaltidalam akta berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453570/pemberian-royalti-minyak-20-peratus-perlu-masa

Guru rentung, dua rakan melecur
Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my
SEORANG guru rentung, manakala dua rakan setugasnya melecur dalam insiden kebakaran membabitkan dua kuarters di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu, dekat Miri, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lima lagi penghuni kuarters berkenaan berjaya menyelamatkan diri sejurus menyedari kebakaran.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan operasi pemadaman api masih berjalan.

“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran bermula di ruang tamu berhampiran bahagian dapur kuarters bersebelahan sebelum merebak.

“Kita dimaklumkan seorang guru dipercayai masuk semula ke dalam kuarters, dipercayai untuk membantu beberapa rakannya.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung sebaik kebakaran berjaya dikawal. Identiti mangsa sedang dikenal pasti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 8:39 AM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361392/guru-rentung-dua-rakan-melecur

DUNIA»ASEAN
Rabu, 25 Julai 2018 | 12:50pm
ANGGOTA penyelamat bertungkus lumus membantu penduduk berpindah 
selepas empangan di Laos runtuh. - Foto REUTERS
Terkini: Empangan runtuh di Laos

BANGKOK: Anggota penyelamat bertungkus lumus mengesan penduduk yang hanyut selepas empangan di Laos runtuh, mengakibatkan puluhan penduduk disyaki maut, manakala ratusan lagi dilaporkan masih hilang.

Media tempatan dalam laporannya, menunjukkan gambar penduduk, termasuk kanak-kanak terperangkap di atas bumbung rumah yang ditenggelami air dari empangan.


Gambar lain menunjukkan penduduk di wilayah Attapeu, iaitu kawasan paling selatan di negara itu sedang berusaha menyelamatkan diri dengan menaiki bot kayu.

Sekurang-kurangnya tujuh kawasan perkampungan disahkan tenggelam.

"Operasi menyelamat akan diteruskan hari ini, walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

"Puluhan penduduk dipercayai maut dan jumlahnya dijangka terus meningkat," kata seorang pegawai yang dihubungi Reuters menerusi panggilan telefon.

Sementara itu, di Seoul, SK Engineering & Construction (SK E&C), iaitu rakan kongsi syarikat pembinaan empangan Xe-Namnoy, berkata mereka berjaya mengesan masalah pada bahagian atas strukturnya kira-kira 24 jam sebelum ia runtuh.

SK E&C yang juga syarikat pembinaan Korea Selatan berkata, kerosakan itu dikesan Ahad lalu, pada jam 9 malam (waktu tempatan).

"Kami terus memaklumkan masalah itu kepada pihak berkuasa dan operasi memindahkan penduduk di kawasan berhampiran terus dimulakan.

"Namun, kerja membaiki kerosakan terjejas akibat hujan lebat dan pada awal pagi Isnin, air dilepaskan dari empangan Xe-Namnoy, iaitu salah satu daripada dua empangan utama dalam projek itu, dalam usaha mengurangkan tekanan terhadap struktur tambahan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pada masa sama, menjelang tengah hari kerajaan mengeluarkan amaran mengenai kerosakan tambahan pada empangan itu, sebelum ia runtuh beberapa jam kemudian.

"Menjelang pagi Selasa, tujuh daripada 12 perkampungan di sekitar empangan disahkan tenggelam," katanya.

Firma Korea Selatan itu berkata, mereka sudah mengerah pasukan krisis ke lokasi terbabit, selain menghantar helikopter, bot dan pekerja penyelamat.

"Ketika ini, SK E&C sedang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Laos bagi membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya. - Reuters/AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/07/453590/terkini-empangan-runtuh-di-laos

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 2:15pm
MENTERI Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah menjawab soalan media 
di luar Dewan Rakyat pada Persidangan Dewan Rakyat Parlimen 
ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Kepentingan negara jadi keutamaan
Oleh Rohaniza Idris roha@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengutamakan kepentingan negara dalam menentukan pendirian dan tindakan berkaitan isu Laut China Selatan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan juga tidak sesekali berkrompromi di dalam perkara yang boleh menjejaskan keutuhan wilayah, kedaulatan dan kepentingan negara.


Katanya, isu di Laut China Selatan adalah isu strategik yang penting kepada negara.

"Isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap tindakan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif," katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-UMNO Beluran) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ronald dalam soalannya mahu mengetahui pendirian kerajaan berhubung tindakan China menubuhkan pangkalan tentera dilengkapi sistem peluru berpandu di Kepulauan Spratly Laut China Selatan.

Saifuddin berkata, pendirian kerajaan berhubung isu berkenaan jelas iaitu semua pihak perlu memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan.

Katanya, semua pihak juga perlu mengelak tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif serta tindakan berkaitan ketenteraan.

"Semua tuntutan dan penyelesaiannya hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Laut 1982," katanya.

Mengenai tuntutan bertindih di Laut China Selatan, katanya Malaysia dan negara Asean lain seperti Brunei, Filipina dan Vietnam tidak mengiktiraf tuntutan China kerana tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara ASEAN menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).

"Susulan insiden membabitkan China dengan Filipina dan Vietnam serta tindak tanduk China yang semakin agresif di Laut China Selatan dan banyak pihak merasakan DOC tidak lagi mampu memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di kawasan itu maka dipersetujui diwujudkan 'instrumen' yang bersifat mengikat," katanya

Justeru, beliau berkata, negara Asean dan China sedang dalam proses mewujudkan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan, namun ia mengambil masa untuk dimuktamadkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453654/kepentingan-negara-jadi-keutamaan

Boleh pula orang luar yang pernah tidak menghargai pembangkang satu masa dulu, memandai beri cadangan kepada kerajaan untuk jawatan Pengerusi PAC - lapor portal berkaitan.

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 1:57pm
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Hanya Ahmad Zahid dipertimbang jadi Pengerusi PAC
Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sahaja sedang dipertimbangkan ketika ini untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang mengesahkan perkara itu berkata, sama ada pelantikan itu akan menjadi kenyataan bergantung kepada persetujuan Ahmad Zahid sendiri.

"Buat masa ini, oleh kerana ini adalah manifesto Pakatan Harapan (PH), hanya seorang pembangkang sahaja yang dicadangkan menjadi Pengerusi PAC, jadi setakat ini hanya satu nama sahaja (dipertimbangkan).

"Jadi buat masa ini, kena tanyalah sama ada dia nak jadi Pengerusi PAC atau tidak kerana kalau dia tidak mahu, sia-sia sajalah.

"(Jika Ahmad Zahid bersetuju) pelantikan itu akan dipertimbangkan kerajaan dan juga Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Kita akan selesaikan pelantikan Pengerusi PAC pada sidang kali ini juga dan ini akan dibincangkan pada mesyuarat saya bersama pihak Speaker," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dilaporkan memberi bayangan Ahmad Zahid berkemungkinan bakal dilantik sebagai Pengerusi PAC kerana ia sebahagian janji PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, sebuah portal berita pula melaporkan Ahmad Zahid mencadangkan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Beluran daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ronald Kiandee untuk mengisi jawatan Pengerusi PAC.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453650/hanya-ahmad-zahid-dipertimbang-jadi-pengerusi-pac

BERITA»Kes
Rabu, 25 Julai 2018 | 12:08pm
YAHAYA Yahir atau dikenali sebagai Ustaz Yahaya, Shoib Moin dan Radzuan Othman @ Deraman adalah suspek yang diburu polis selepas dipercayai mendalangi kes penipuan pelaburan pencairan dana asing tidak wujud membabitkan kerugian RM4.4 juta. - Foto Ihsan Polis

Tiga diburu kes penipuan RM4.4 juta
Oleh Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang menjejaki tiga lelaki dipercayai mendalangi penipuan pelaburan pencairan dana asing yang tidak wujud membabitkan kerugian sebanyak RM4.4 juta.

Aktiviti penipuan dipercayai didalangi suspek bernama Radzuan Othman @ Deraman, 38, beralamat di Lot Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu menerima empat laporan daripada mangsa di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Dua lagi yang kini sedang menjadi buruan polis adalah Shoib Moin, 61, beralamat di Pangsapuri Tanjong Merdeka Villa, Ampang, Selangor dan Yahaya Yahir atau dikenali sebagai Ustaz Yahaya, 54, dari Kampung Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan Mohd Rawi Ab Ghani, berkata pihaknya mula menerima laporan berhubung penipuan pada 2012 membabitkan kerugian kepada mangsa di Chukai, Kemaman sebanyak RM200,000 sebelum dikesan menipu seorang mangsa di Kuala Terengganu dengan mengaut keuntungan sebanyak RM900,000, dua tahun kemudian.

Katanya, kumpulan itu dikatakan semakin agresif apabila dikesan mengaut keuntungan berlipat ganda iaitu sebanyak RM2 juta pada 2016 di Paka, Dungun dan RM1.3 juta pada tahun lalu, sekali lagi di daerah ini.

"Berdasarkan siasatan, modus operandi ketiga-tiga suspek terbabit adalah dengan menghubungi atau mendatangi mangsa yang dikenali mereka sebelum menceritakan perolehan berskala besar membabitkan keuntungan terhadap pelaburan yang sebenarnya tidak wujud.

"Mangsa yang terpengaruh kemudiannya diarahkan untuk memasukkan wang ke akaun suspek secara berperingkat namun tiada keuntungan diperoleh sehingga ke hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek masih berada dalam negara berikutan mereka sudah disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Justeru, Rawi berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kedudukan suspek terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan sekali gus mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453566/tiga-diburu-kes-penipuan-rm44-juta

BERITA»Kes
Rabu, 25 Julai 2018 | 1:57pm
PENGARAH Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Mohd Roslan Mahayudin (tengah) menunjukkan wang tunai asing yang disita pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Skim piramid: 72 akaun bank dibekukan
Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Sebanyak 72 akaun bank membabitkan sejumlah RM5.867 juta dibekukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berhubung skim piramid dijalankan sebuah syarikat.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, akaun yang dibekukan itu terdiri daripada 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu susulan serbuan Ops Coin ke atas 16 premis secara serentak jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan di sebuah premis di Ipoh, Perak dan 15 lagi premis di sekitar Lembah Klang membabitkan empat premis perniagaan, lapan kediaman dan tiga pusat (server) syarikat itu.

"Berikutan itu, kita merampas barangan seperti komputer dan pelbagai produk syarikat bernilai RM980,352 selain menyita wang tunai asing antaranya Euro, Yuan dan Dolar AS bernilai RM93,879.20.

"Kami turut membekukan proses dan transaksi pindah milik membabitkan 26 buah kenderaan bernilai RM6.238 juta namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, sebuah syarikat multinasional beribu pejabat di ibu negara diserbu penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya kerana disyaki terbabit menjalankan skim piramid.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, 'drama' bermula apabila pihak kawalan keselamatan premis di Jalan Jalil, Bukit Jalil itu enggan membuka pintu premis walaupun sudah menunggu hampir 10 minit.

Serbuan dijalankan pihak Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Cyber Security, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, syarikat berkenaan yang diketuai seorang wanita bergelar Datuk Seri, menjalankan pelbagai perniagaan seperti telekomunikasi, hartanah, pelaburan, hiburan dan hospitaliti, namun perniagaan mereka didapati menjalankan skim piramid.

Mohd Roslan berkata, tindakan serbuan terhadap syarikat itu susulan enam aduan diterima tahun lalu daripada orang awam dengan satu daripadanya ialah penggunaan logo Bank Negara Malaysia.

"Pengasas syarikat ini memberikan kerjasama kepada kita berhubung siasatan yang dijalankan," katanya.

Ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata, seorang ahli yang menyertai skim berkenaan perlu mencari dua lagi pelabur di bawahnya dan seterusnya, setiap seorang pelabur baharu itu perlu mencari dua pelabur lain.

Katanya, lot yang ditawarkan berharga antara RM500 hingga RM5,000 dan pulangan diterima berdasarkan jumlah pelaburan dibuat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 27B, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian dan pertubuhan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta.

Katanya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak kurang daripada RM10 juta atau tidak lebih RM50 juta.

"Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang RM1 juta dan tidak lebih RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Selain itu, Mohd Roslan berkata, jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453652/skim-piramid-72-akaun-bank-dibekukan

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 1:05pm

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA), Datuk Mohd Hatar Ismail berucap pada Program Bersama Majikan FOMEMA 2018 di Setia Tropika, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Kaji semula kadar pemeriksaan kesihatan pekerja asing
Oleh Nurul Amanina Suhaini cnews@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Kerajaan dicadang menimbang dan mengkaji semula kadar pemeriksaan saringan kesihatan pekerja asing yang berada di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA), Datuk Mohd Hatar Ismail, berkata kadar berkenaan tidak berubah sejak ia ditetapkan pada 1997.

Katanya, sehingga kini, kadar itu membabitkan RM180 bagi pekerja lelaki, manakala RM190 pekerja wanita termasuk ujian kehamilan.

"FOMEMA sudah mengemukakan permohonan mengenai perkara itu April tahun lalu, begitu juga doktor panel yang berkhidmat di bawah kita dan makmal turut mohon, namun masih belum ada jawapan dari kerajaan.

"Kadar itu wajar dikaji semula kerana faktor lain perlu dilihat termasuk peningkatan kos pusat imbasan x-ray yang turut memerlukan pekerja berkemahiran menguruskannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Bersama Majikan FOMEMA 2018 di Setia Tropika, di sini, hari ini.

Mohd Hatar berkata, pihaknya berharap kerajaan mengkaji semula permohonan berkenaan supaya ia memberi impak positif kepada pihak berkaitan.

Pada majlis itu, katanya, seramai 300 peserta menghadiri sesi taklimat secara menyeluruh mengenai garis panduan pemeriksaan perubatan pekerja asing FOMEMA termasuk maklumat format baharu dan beberapa proses penambahbaikan.

Beliau berkata, penganjuran kali kedua program itu bertujuan memperkasakan hubungan interaksi FOMEMA bersama majikan, mengoptimumkan dan menambah baik proses operasi pemeriksaan perubatan FOMEMA.

"FOMEMA komited dengan hasratnya untuk berinteraksi secara dua hala bersama majikan termasuk memberi pemahaman yang lebih baik mengenai program pemeriksaan perubatan FOMEMA," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453600/kaji-semula-kadar-pemeriksaan-kesihatan-pekerja-asing

Kembalikan penginapan haji percuma
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my
NORAINI Ahmad

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO menuntut Tabung Haji (TH) mengembalikan perkhidmatan penginapan percuma kepada bakal jemaah haji yang transit di kompleks urusan jemaah haji di Sepang pada musim haji kali ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata ini kali pertama dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dimansuhkan dan bayaran yang mahal dikenakan ke atas jemaah yang ingin menginap di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) di Sepang.

"Wanita UMNO berpandangan, bakal jemaah haji selaku pendeposit dan pemegang saham Tabung Haji wajar mendapat layanan terbaik, terutama dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

"Ia sudah dilaksanakan oleh TH lebih 33 tahun yang lalu. Tidak semua jemaah haji mampu membayar kos penginapan yang dikenakan bayaran mahal itu.

"TH sebagai agensi utama yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan mengelola urusan haji di Malaysia wajar menjaga kebajikan jemaah haji terutamanya yang datang jauh dari seluruh pelosok Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 13 Julai lalu, Pengarah Operasi TH, Datuk Syed Salleh Syed Abd Rahman memberi penjelasan keputusan memansuhkan perkhidmatan itu dibuat sebulat suara jawatankuasa yang bertanggungjawab di TH.

Syed Salleh menjelaskan, untuk mengubah keputusan yang dibuat, ia memerlukan persetujuan daripada jawatankuasa yang sama.

Noraini berkata, TH tidak wajar mengambil keuntungan dari situasi jemaah haji yang memerlukan penginapan sebelum berangkat ke tanah suci.

Katanya, keputusan TH itu mengakibatkan jemaah haji transit perlu mengeluarkan kos sendiri bagi penginapan mereka, sedangkan tidak semua terdiri daripada golongan yang berkemampuan.

"Tidak semua jemaah haji mampu membayar kos penginapan yang dikenakan bayaran mahal itu.

"Justeru, saya menggesa dan meminta pihak menteri dan pengurusan TH yang baharu ini agar segera mengubah keputusan berkenaan dan memberikan penginapan percuma di semua pusat perlepasan haji di seluruh negara kepada bakal jemaah haji yang memerlukan perkhidmatan transit seperti dilakukan TH selama ini," katanya.
Kembalikan penginapan haji percuma | Nasional | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453805/tak-perlu-sedia-penginapan-percuma-th

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 6:37pm
SYED Saleh pada sidang media di Kompleks TH Sepang, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Gerakan Haji, Mohd Hisham Harun (kanan). - Foto Mohd Fadli Hamzah

Tak perlu sedia penginapan percuma - TH
Oleh Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pihaknya menarik balik kemudahan penginapan percuma bagi jemaah transit yang disediakan sebelum ini.

Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal haji yang memilih untuk berlepas dari KLIA hanya perlu melapor diri di Kompleks TH Sepang empat jam sebelum masa berlepas.

"Justeru, tiada keperluan bagi menyediakan bilik penginapan di Kompleks TH Sepang," katanya pada sidang media di Kompleks TH Sepang di sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Gerakan Haji, Mohd Hisham Harun.

Bagaimanapun, katanya, Hotel Movenpick yang beroperasi di sebelah kompleks menyediakan bilik penginapan dengan kadar diskaun khas untuk bakal haji dan waris yang memilih untuk datang lebih awal daripada tarikh dan waktu melapor diri yang ditetapkan.

Syed Saleh berkata, pihaknya menolak dakwaan yang merujuk kepada gambar yang viral di media sosial menunjukkan suasana padat di Kompleks TH sebagai pusat gelandangan juga adalah tidak tepat atau berasas.

"Suasana padat seperti itu adalah kebiasaan bagi setiap penerbangan kerana ia membabitkan 500 bakal haji yang turut diiringi ahli keluarga dan sahabat handai sehingga mencecah 4,000 orang pada satu-satu masa," katanya.

Tambah beliau, penginapan transit sudah tidak disediakan sejak tiga tahun lalu, malah ketika beroperasi di Kelana Jaya, kemudahan itu hanya disediakan kepada bakal haji dari stesen lain atas kekangan penerbangan atau jadual penerbangan transit awal yang melebihi satu hari sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Menurutnya, bermula musim haji tahun ini, pihaknya menambahbaik perkhidmatan seperti penyediaan penerbangan terus yang berlepas dari tujuh stesen lain di negara ini.

"Pada ketika ini, bakal haji yang transit dari stesen lain tidak perlu keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kompleks TH Sepang.

"Ini kerana penerbangan mereka akan diteruskan dengan penerbangan sewa khas ke Tanah Suci, sekali gus memendekkan tempoh menunggu bakal haji dari stesen luar untuk berlepas ke Tanah Suci," katanya.

Selain Kompleks TH Sepang, tujuh stesen berlepas lain seperti Alor Setar (Kedah), Pulau Pinang, Johor Bahru (Johor), Kuala Terengganu (Terengganu), Kota Bharu (Kelantan), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Syed Saleh berkata, setakat ini TH berjaya menguruskan 24 penerbangan haji ke Tanah Suci bermula 14 Julai lalu, yang akan berakhir pada 15 Ogos depan membabitkan 30,200 bakal haji.
Kembalikan penginapan haji percuma | Nasional | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453805/tak-perlu-sedia-penginapan-percuma-th

BERITA»Politik
Rabu, 25 Julai 2018 | 5:56pm

Ya, PAS dorong ahli undi UMNO - Nik Abduh
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my
AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. 
- Foto fail NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu mendorong ahlinya mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

"Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi UMNO? Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata demikian susulan terdapat dakwaan yang tindakan PAS tidak bertanding dalam PRK Sungai Kandis hanya berusaha untuk menghidupkan UMNO selain didakwa hanya bersandiwara.

Bagaimanapun, PAS turut membuat pendirian tidak akan membantu calon BN berkempen dalam PRK itu.

Keputusan PAS tidak bertanding pada PRK itu mewujudkan polemik kepada ahli PAS berhubung calon yang harus mereka undi.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, pendirian itu dibuat kerana BN bukan rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera.

"Maka, tiada arahan wajib yang mengarahkan ahli PAS mengundi UMNO/BN," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata PH perlu dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini kerana masih gagal menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terutama yang terkandung dalam janji 100 hari.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini membabitkan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K Murthy.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai.

Nik Mohamad Abduh turut berkata, PAS yakin dengan kebijaksanan ahlinya dalam membuat pilihan dan mengundi yang terbaik.

Katanya, ahli PAS tahu dengan kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara.

"Arahan PAS adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian PAS terhadap PH adalah sama, sama ada sebelum atau selepas PRU-14, iaitu menolak PH.

"Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Keadaan ekonomi dan sektor lain yang tidak stabil selepas PRU-14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS," katanya.

Beliau berkata, kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji awal manifestonya menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini.

"Mengundi PH bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu PH untuk mengalahkan PAS. Ertinya, ahli PAS mengundi PH adalah tindakan menikam diri sendiri. Ia tertolak," katanya.

Dalam dakwaan mengatakan PAS mahu menghidupkan UMNO dalam PRK itu, Nik Mohamad Abduh berkata, PAS menghidupkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada UMNO dengan Islam.

"UMNO adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa. Kesedaran UMNO adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini.

"Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya," katanya.

Beliau berkata, UMNO hilang nafsu untuk mengalahkan PAS, sekali gus menjadikan UMNO bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini.

"Malah, beberapa petunjuk baharu menunjukkan UMNO berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalukannya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/453779/ya-pas-dorong-ahli-undi-umno-nik-abduh

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 3:08pm

UEC rosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan - Harussani
UEC breaks National Education Policy - Harussani
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my
Tan Sri Harussani Zakaria. - Foto NSTP
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Menurutnya, Dasar Pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan selaras dengan sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

"Kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, dan akta sedia ada serta pandangan pakar selain tokoh negarawan yang berkaitan dalam setiap perancangan dasar baharu, bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan atau akibat dasar terbabit.

"Pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

"Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf, ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman, sekali gus boleh merosakkan suasana harmoni yang sudah sekian lama wujud di negara ini," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang sudah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Katanya, pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

"Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

"Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453821/uec-rosakkan-dasar-pendidikan-kebangsaan-harussani

MACC denies dropping graft charges against Guan Eng
Published 43 minutes ago on 25 July 2018
By Danial Dzulkifly
MACC today denied that it will drop corruption charges against the finance minister. — Picture by Ahmad Zamzahuri
MACC today denied that it will drop corruption charges against the finance minister. — Picture by Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, July 25 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today denied that it will drop corruption charges against Finance Minister Lim Guan Eng.

This follows reports from a Chinese daily, which quoted an unnamed source from the anti-graft body, as claiming that MACC will likely withdraw the said charges.

“The Malaysian Anti-Corruption Commission denies the accusation that it will withdraw two corruption charges against Finance Minister Lim Guan Eng as was reported in a news portal today.

“MACC does not have the power to do so in any prosecution cases; however, such action falls under the power of the Attorney General Chambers (AGC),” MACC said in a press statement today.

In 2016, Lim, was accused of abusing his post as chief minister of Penang to obtain gratification for himself and wife Betty Chew Gek Cheng, by approving a request from Magnificent Emblem Sdn Bhd for the conversion of agricultural land to build public houses.

He was charged with committing the offence when chairing the Penang State Planning Committee Meeting on the 28th Floor of the Komtar Building, on July 18, 2015.

He was charged under Section 23 of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009, which carries a maximum jail term of 20 years and a fine of no less than five times the amount or value of the gratification, or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.

On the second charge, Lim was accused of abusing his position to acquire a bungalow on Jalan Pinhorn in George Town from businesswoman Phang Li Koon, whom he also allegedly had official dealings with, for RM2.8 million, which was about RM1.5 million below the market price at the time.
https://www.malaymail.com/s/1655934/macc-denies-dropping-graft-charges-against-guan-eng

CEP lebih 100 hari?
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad hidayatulakmal@nstp.com.my
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menjawab soalan media di luar Dewan Rakyat pada Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohd Yusni Ariffin


KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak semestinya dibubarkan selepas 100 hari penubuhannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika ditanya sama ada wujud keperluan CEP dilanjutkan melangkau 100 hari.

Beliau berkata, keputusan mengenainya adalah prerogatif Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Terima kasih," katanya dalam jawapan ringkas kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, menyatakan CEP hanya akan berfungsi selama 100 hari.

Saifuddin berkata, CEP dibentuk oleh Perdana Menteri berdasarkan terma rujukan spesifik.

"Terpulang kepada Perdana Menteri dan Kabinet mengambil tindakan terhadap segala cadangan yang dikemukakan," katanya.

Saifuddin diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen pembangkang supaya CEP dibubarkan kerana mendakwa ia menghalang fungsi Kabinet dan badan kehakiman tanpa menjadi badan undang-undang.

Baru-baru ini, Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin, dilaporkan ke China untuk berunding sebelum lawatan rasmi Dr Mahathir ke republik berkenaan.

Keadaan itu dilihat melangkaui tanggungjawab CEP kerana Malaysia mempunyai Menteri Luar.

Saifuddin bagaimanapun tidak melihat perkara itu sebagai kesalahan.

"Bukan satu kesalahan untuk Perdana Menteri menghantar utusan khas ke China, dengan terma rujukan khusus yang melapor terus kepadanya," katanya.

Beliau berkata, Wisma Putra bertemu dengan Daim sebelum dan selepas beliau ke China, selain berkongsi laporan mengenainya.

"Aspek paling utama ialah hubungan antara Malaysia dan China. Kita perlu teruskan jika mahu memupuk hubungan baik dengan China.

"Kami juga mahu mengekalkan hubungan dan memperbaikinya, melihat beberapa kontrak yang ditandatangani dengan negara itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453680/cep-lebih-100-hari




Tiada ulasan: