Sabtu, 21 Julai 2018

Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) lebih kepada kepentingan Bangsa Cina dan pesaing kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan untuk semua kaum. 7902.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 
Wahai Zat Yang Membolak Balikkan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 8:06pm
Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi
Mahasiswa berhimpun bantah UEC
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Lebih 200 mahasiswa daripada pelbagai universiti awam berhimpun di hadapan Kompleks Sogo di sini bagi menzahirkan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perhimpunan itu anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) bermula di Masjid Negara dan sepatutnya berarak ke Kompleks Sogo, namun dihalang anggota polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira jam 2 petang tadi.

Pihak polis kemudian membenarkan kumpulan itu berhimpun di Sogo, namun tiada perarakan dibenarkan dari Masjid Negara ke pusat beli belah berkenaan.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Faizzuddin Zai, Perhimpunan Membantah UEC oleh mahasiswa di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi
Presiden GAMIS, Faizuddin Mohd Zai, berkata pengiktirafan UEC sepatutnya tidak dibuat memandangkan sistem pendidikan kebangsaan masih relevan.

"Kami akan mengadakan jelajah di seluruh negara termasuk mengumpul petisyen di kampus untuk dihantar kepada menteri," katanya ketika ditemui di pusat beli belah itu, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah, berkata seramai 65 pegawai dan anggota dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam sebelum bersurai kira-kira jam 5 petang tadi.

"Tiada individu yang ditahan ketika perhimpunan berlangsung dan peserta mengikut arahan pihak polis.
Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi
"Kami akan lihat tujuan perhimpunan ini diadakan sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya ketika dihubungi, di sini.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452147/mahasiswa-berhimpun-bantah-uec

BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 6:29pm
Ketua Pakar Ekonomi Penyelidikan Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF), Dr Kamaruddin Mohd Nor. - Foto Abdullah Yusof
Nilai ambang penentu kos sara hidup
Oleh Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Pertimbangan untuk menentukan nilai ambang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) penting bagi memastikan wujud keseimbangan antara pendapatan kerajaan dan kos sara hidup rakyat.

Ketua Pakar Ekonomi Penyelidikan Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF), Dr Kamaruddin Mohd Nor, berkata sentimen pengguna ketika ini adalah nilai ambang yang dicadangkan dan pelaksanaan cukai satu peringkat menerusi SST diharap membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Katanya, hasrat berkenaan seiring matlamat kerajaan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengembalikan SST demi memulangkan semula kuasa membeli kepada rakyat.

"Bagaimanapun, skop regim percukaian SST dijangka lebih meluas berbanding pelaksanaan sebelum ini, sekali gus berupaya meningkatkan pendapatan negara tetapi mencetuskan impak kepada kos sara hidup rakyat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas penentuan nilai ambang SST yang sehingga kini belum dimuktamadkan kerajaan bagi memberi laluan kepada maklum balas daripada orang ramai, meskipun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesyorkan ia ditetapkan pada kadar RM500,000 setahun.

JKDM turut memaparkan senarai pengecualian SST, termasuk beberapa barangan mahal seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji, sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak yang menyifatkan ia tidak selari hasrat mengurangkan bebanan kos hidup majoriti rakyat sebaliknya menguntungkan golongan kaya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika sidang Dewan Rakyat, kelmarin dilaporkan berkata, SST hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP), berbanding 60 peratus mengikut GST.

Kamaruddin berkata, nilai ambang RM500,000 bagi SST seperti disyorkan JKDM adalah sama dengan pelaksanaan GST, namun ia bakal memberi impak berbeza terhadap kos sara hidup rakyat dan penjanaan pendapatan kerajaan.

Selain itu, katanya, kesan perubahan harga barang dan perkhidmatan bukan hanya disebabkan cukai, sebaliknya merangkumi beberapa faktor lain yang segelintir daripadanya di luar kawalan rejim percukaian.

"Kos lain seperti sumber bahan mentah sama ada tempatan atau import, kadar tukaran mata wang asing, kadar upah dan lokasi perniagaan juga menyumbang kepada perubahan harga barang serta perkhidmatan di pasaran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452098/nilai-ambang-penentu-kos-sara-hidup
BERITA»Wilayah
Sabtu, 21 Julai 2018 | 6:41pm
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (hadapan, tengah) bersama para pelajar dan tenaga pengajar pada majlis Konvokesyen DRB-Hicom University of Automotive Malaysia Ke-5 hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Canselor DRB-Hicom University of Automotive Malaysia Prof Datuk Dr Omar Osman. - Foto BERNAMA
Persiapkan golongan muda hadapi revolusi industri
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my
PEKAN: Semua pihak digesa mempersiapkan golongan muda di negara ini bagi menghadapi Revolusi Industri Ke-4 yang menekankan teknologi automasi dan mengurangkan tenaga manusia.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah Malaysia akan mundur dan ketinggalan jauh berbanding negara lain di dunia sekiranya tiada persediaan awal bagi menghadapi situasi berkenaan.

"Kehadiran revolusi industri keempat yang menekankan kepada teknologi automasi dan realiti alam maya pasti akan memberi impak terhadap pelbagai aspek kehidupan.

"Landskap dunia pada masa depan yang berlandaskan kepada teknologi automasi dan sistem maklumat boleh menggantikan kebanyakan pekerjaan yang dilakukan manusia," titahnya pada Majlis Konvokesyen Ke-5 Universiti Automotif DRB-HICOM, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Naib Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM, Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman.

Seramai 707 graduan menerima diploma masing-masing dalam bidang automotif, pembuatan, pengurusan dan perniagaan pada majlis yang berlangsung selama dua hari berakhir esok.

Sementara itu, penerima Anugerah Canselor, Adlina Syazlin Faizul, 21, berkata perbezaan jantina bukan halangan baginya untuk memilih bidang automotif yang biasanya dimonopoli golongan lelaki.

Sebaliknya, dia menjadikan keadaan itu sebagai cabaran buatnya untuk bersaing sekali gus membuktikan golongan wanita juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

"Bagi mencapai impian bergelar jurutera, saya tidak kisah 'bermain' dengan mesin dan jentera berat atau menjadi golongan minoriti di dalam kelas mahupun di bengkel.

"Jika berada dalam kelas saya akan menumpukan sepenuh perhatian ketika proses pembelajaran dan sering berjumpa dengan pensyarah sekiranya mempunyai sebarang masalah," katanya.

Adlina Syazlin adalah penuntut Diploma Teknologi Perkhidmatan Automotif yang memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.98.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/452104/persiapkan-golongan-muda-hadapi-revolusi-industri

BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 7:18pm
GAMBAR fail, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak semasa seminar 'Kanak-kanak yang Terlupakan Dalam Seminar Kereta' anjuran Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di MIROS pada 13 Julai lalu. - Foto Rosela Ismail
80 peratus kemalangan disebabkan kesilapan manusia
Oleh Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Antara faktor kemalangan yang sering berlaku di lebuh raya adalah memandu laju dan terbabas.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata selain itu faktor letih dan mengantuk juga menyebabkan pemandu hilang tumpuan dan menyumbang kepada kemalangan.

"Berdasarkan statistik, faktor kesilapan manusia menyumbang kepada lebih 80 peratus kemalangan. Namun tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti jalan dan persekitaran serta kenderaan juga memainkan peranan.

"Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan keselamatan perjalanan. Pemandu perlu memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik, memandu mengikut peraturan dan pihak berkuasa perlu memastikan keadaan jalan dan persekitaran yang baik agar semua pengguna boleh melakukan perjalanan dengan selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai isu prosedur dan panduan kerja penyenggaraan di lebuh raya, Siti Zaharah berkata, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ada mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan bagi kerja-kerja penyenggaraan rutin.

"Pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan SOP dan Garis Panduan ini dipatuhi.

"Selain itu, kami mencadangkan supaya setiap aktiviti penyenggaraan dimaklumkan kepada pengguna lebuh raya dari masa ke semasa, contohnya melalui Variable Messaging Signs (VMS).

"Adakan pelan pengurusan trafik yang sempurna setiap kali aktiviti penyenggaraan dijalankan dan guna papan tanda lalu lintas yang bersesuaian bagi memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya mengenai kerja-kerja di hadapan.

"Pekerja penyelenggara juga perlu dipastikan agar sentiasa mematuhi etika pakaian selamat dan peralatan perlindungan diri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452119/80-peratus-kemalangan-disebabkan-kesilapan-manusia

BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 6:51pm
TNB bagi amaran abaikan emel palsu
Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berwaspada apabila menerima emel yang meminta pelanggan mengemaskini akaun dengan menggunakan nama dan logo agensi itu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan arahan atau menghantar emel kepada pelanggan untuk berbuat demikian dan meminta orang ramai supaya mengabaikannya.

"Kami ingin memaklumkan bahawa emel yang disebarkan untuk mengemaskini akaun seperti di dalam gambar bukanlah daripada pihak Tenaga Nasional Berhad.

"Kami berharap orang ramai mengabaikan serta tidak mengikut arahan di dalam emel palsu terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara kandungan emel palsu berkenaan menyatakan, "Sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan kami, TNB sentiasa mengemaskini semua akaun pada sistem pangkalan data agensi kami.

"Kami tidak mengemaskini akaun emel anda dan oleh itu kami akan menutup akaun emel anda untuk peningkatan web.

"Sila sahkan akaun anda dengan mengemaskini butiran anda segera kerana sistem memerlukan pengesahan akaun untuk kemas kini.

"Untuk menghalang gangguan dengan perkhidmatan emel anda, sila ambil beberapa saat untuk mengemaskini akaun anda dengan mengisi borang pengesahan dan kemas kini dengan segera," menurut emel yang disahkan palsu oleh pihak TNB itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452106/tnb-bagi-amaran-abaikan-emel-palsu

Saturday, July 21, 2018
Ekonomi ketinggalan, pembangkang sibuk isu kaum, agama
Ekonomi ketinggalan, pembangkang sibuk isu kaum, agama
Posted By: Selena Tayon: July 21, 2018 Print Email
Tindakan NGO pro Umno, Pemantau Malaysia Baru memainkan isu lantikan beberapa orang bukan-Islam sebagai menteri, Peguam Negara serta Ketua Hakim Negara diselar oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah.

Katanya, pasca 9 Mei rakyat semakin matang dan tidak wajar parti pembangkang serta para penyokong mereka masih terus-menerus membangkitkan isu perkauman dan agama.

“Kini era Malaysia baru, isu agama dan perkauman sudah dibenamkan. Sekarang masa untuk berganding bahu dan sama-sama menyelesaikan hutang negara RM1 trilion menggunung tinggi itu,” katanya kepada Suara pakatan daily.

Menurut Raja Bahrin menjana semula keyakinan pelabur lebih penting berbanding memainkan isu kaum. Hal ini kerana, katanya, Malaysia semakin ditinggalkan oleh negara-negara Asia lain dari sudut ekonomi dan kemasukan pelaburan langsung asing.

“Malaysia perlu bergerak ke depan kerana jiran-jiran di ASEAN telah memintas dari segi pelaburan asing.

“Semua pihak perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa semula,” tambah Raja Bahrin.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 21, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: EKONOMI KETINGGALAN, PEMBANGKANG SIBUK ISU KAUM, AGAMA

PERINGATAN:

Blog peceq tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

























Solat Time.






what is my ip address?



WAHYU = SATU HARI SEPOTONG AYAT

وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُوراً
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
Surah Al-Israa` ayat 55
Widget Surah


Tiada ulasan: