Sabtu, 21 Julai 2018

Abang Adik dan berakhirnya zaman calon tunggul kayu boleh menang. 7901.


Zaman orang sombong bongkak berpolitik serta zaman orang berduit berpolitik kian berakhir. Silih berganti dengan siri sindrom penafian dan menegak benang basah.

Pemain isu PERKAUMAN (Melayu) dan ISLAM sebagai alat jerat POLITIK tentu suka pernyataan di bawah ini: 


Fan Tat, Berak Man, isa3, Jamesdean1 serta cai2 melayu Fuckatan Haprakan yang berlambak2 kat blog ni. Dengan rendah diri, aku mohon kau orang baca dan hadamkam kenyataan di bawah ni bhai !!!!

7 Sifat Cina M'sia, Melayu Kena Jaga - Ye Lin-Sheng

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. 

Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

1. Pengiktirafan orang cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. 

Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" - (Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

2. Keangkuhan orang cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. 

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3. Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. 

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4. Penghinaan orang cina:

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. 

Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5. Sikap negatif orang cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. 

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)


6. Isu Tuan Rumah:

"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. 

Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. 

Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. 

Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

Sebenar orang Cina di Malaysia tak ada masalah, yang masalahnya DAPigs menanam sikap perkauaman tebal secara tersembunyi dan suatu matlamat menguasai Malaysia demi anak cucu mereka.. itulah titik orang Cina bukan Islam menaruh curiga kepada Melayu Islam yang benar-benar nak mendekati agamanya....Amacam....masih nak menyokong lagi kaum DAPigs tu lagi keer...mana perginya rasa cinta kamu kepada agama dan bangsa haah ?????

  1. dulu sblm pru14 ph guna fitnah untuk menang..skrg guna duit untuk rasuah pengundi..sama sj..rejim tak ada maruah.
    Reply
    Replies

    1. Sapa cakap, Mat? Ko cakap? Tarak orang caya ko, Mat.

      Satu bukti pun tarak kasi. Hujah atau pendapat saja tarak fakta pun, mana boleh. 
Shahbudin dot com: ALAHAI....KESIANNYA...
Saturday, 21 July 2018
ALAHAI....KESIANNYA...
Pilihanraya kecil Sungai Kandis pada 4 Ogos depan adalah pilihanraya kecil pertama dalam sejarah yang akan dilalui oleh UMNO dalam kedudukannya bukan lagi sebagai kerajaan.

Sebaliknya, UMNO kali ini akan bertanding sebagai parti pembangkang yang tiada kuasa untuk memberi apa-apa kepada pengundi.

Dengan yang demikian, bukan saja tiada lagi beras, barangan keperluan harian atau alatan dapur dapat diberikan, malah penggunaan segala jentera dan bantuan kerajaan untuk tujuan memancing undi dan mendapat sokongan juga tidak boleh lagi dilakukan.

Sebab itu, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan, mereka bertanding di Sungai Kandis kali ini hanya dengan mulut saja dan bukan lagi menggunakan duit.

Alahai, kesiannya...

Takkan belum sampai 100 hari sejak ketiadaan kuasa, UMNO sudah pokai segala-galanya?

Apakah UMNO merasakan di mana dulu mereka bukan main bangga dengan amalan ‘cash’ adalah ‘king’, tetapi setelah ketiadaan kuasa bermakna ‘cash’ dengan sendirinya sudah jadi ‘kong’?

Adakah ini bermakna para pemimpin UMNO pun tiada wang untuk disumbangkan bagi keperluan parti?

Adakah pengakuan Mat Hassan itu bermakna UMNO selama ini bertanding   untuk menang pilihanraya dengan hanya pakai duit semata-mata?

Berapa lama UMNO mampu bertahan dengan perjuangan mulut saja, walhal selama ini semua perkara dilakukan semata-mata kerana wang? (ShahbudinHusin 21/07/2018)

'Jika bertuah boleh dapat semula RM14b dana 1MDB'
Malaysia mungkin mampu mendapatkan semula sehingga RM14.2 bilion dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti dilaporkan Bloomberg semalam.

Jumlah itu adalah 30 peratus daripada kesemua RM50 bilion yang didakwa lesap dari 1MDB, kata Lim.

Tambahnya, kerajaan mungkin mampu mendapatkan semula sekurang-kurangnya 10 peratus atau "jika kita bertuah", 30 peratus daripada jumlah itu.

Jumlah yang dinyatakan Lim itu adalah lebih sedikit berbanding AS$4.5 bilion yang cuba dituntut oleh kerajaan yang disebutkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kita tak dapat kesan ke mana wang itu dan apa yang mereka beli.

"Apa yang kita boleh kesan pula terdapat persoalan tentang pemilikan kerana proses perundangan dan perbezaan bidang kuasa negara yang terlibat," katanya.

Pada 16 Mei lalu, Dr Mahathir berkata Malaysia akan menghubungi Switzerland, AS, Singapura, dan Luxembourg dalam usaha mendapatkan semula wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Pada 22 Jun pula, Dr Mahathir berkata kerajaan akan cuba mendapatkan semula sejumlah AS$4.5 bilion.

Media melaporkan Malaysia melantik firma guaman Singapura Tan Rajah & Cheah untuk mendapatkan wang berkenaan.

Pendakwa raya Switzeland sebelum ini berikrar akan memulangkan wang yang diseleweng kepada Malaysia.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam usaha menyita aset bernilai kira-kira AS$1.7 bilion yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB termasuk kapal layar mewah Equanimity yang dirampas polis Indonesia sebelum ini.

Bagi Lim sendiri, beliau mendedahkan skandal 1MDB selepas menjadi menteri kewangan dan menjangka akan mendedahkan lebih banya skandal bernilai berbilion ringgit.

"Kita akan jelaskan dan mengkaji semula serta mendedahkan kesemuanya dalam tempoh 100 hari, supaya kita boleh selesaikan hal ini.

"Kita tidak hanya mahu memerintah dengan sekadar mendedahkan skandal. Tidak. Kita mahu bergerak ke depan selepas itu," katanya.

at 7/21/2018 08:26:00 PG
KERENGGA: 'Jika bertuah boleh dapat semula RM14b dana 1MDB'

Nik Amar pandang ke langit isu LGBT di Kelantan, kata Pemuda AMANAH
ZIKRI ABDULLAH
Muhammad Arif Basharuddin
Penafian dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kononnya tiada aktiviti LGBT di negeri itu ditempelak Pemuda AMANAH seolah-olah beliau berjalan pandang ke langit.

Ketua komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan Muhammad Arif Basharuddin berkata, beliau amat kesal danbersimpati dengan Nik Amar kerana masih lagi berjalan mendongak ke atas sehingga tidak nampak keadaan sebenar di sekelilingnya.

“Tindakan beliau menafikan isu LGBT sebenarnya wujud dan serius di negeri ini sememangnya diketawakan oleh banyak pihak.

“Dia dilihat seolah-olah bagaikan cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai serban,” katanya.

Menurutnya jika Timbalan Menteri Besar itu ‘malas’ sangat untuk turun padang meninjau sendiri betapa seriusnya gejala pelacuran seks songsang ini melanda di sekitar Kota Bharu, sepatutnya beliau boleh mencari maklumat itu di internet.

“Sepatutnya boleh sahaja ambil telefon pintar dan ketik carian di Google, taiplah apa sahaja kata kunci sama ada ‘LGBT Kelantan’, ‘Pondan Kelantan’, ‘Maknyah Kelantan’, ‘Gay Kelantan’ atau apa sahaja berkaitan isu ini di Kelantan, nah… berlambak berita yang cukup memalukan kita semua terpampang di sana.

“Saya sehingga kini cuba mendapatkan maklumat terperinci mengenai perdagangan dan pengiklanan khidmat seks songsang selain khidmat pelacuran wanita sejati dalam laman aplikasi sosial seperti Wechat di Kelantan ini.

“Nampaknya meriah juga negeri kita, sampai pelacur jenis perempuan asli pun terpaksa bersaing dengan pondan yang seakan-akan perempuan asli untuk berebut pelanggan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan di buat Nik Amar pada Rabu dipetik berkata, Kelantan tidak akan berkompromi terhadap aktiviti golongan LGBT tetapi katanya, dakwaan bahawa kegiatan itu turut berlaku di Kelantan sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

“Kita tidak ada bukti yang jelas, isu itu kita ada dengar tapi tidak ada bukti jelas. Dan tak ada lagi setakat ini orang yang mengaku dia amalkan LGBT di Kelantan,” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu seperti dilapor Malaysiakini.

Kata Muhammad Arif lagi, isu ini diangkat (dilaporkan) dengan harapan Kerajaan Kelantan insafi masalah yangberlaku dan terus giat gerakkan usaha pembanterasan dan pemulihan gejala pondan
dan LGBT di Kelantan, bukan untuk terus beralasan dan menyalahkan pihak lain.

“Jangan pula jadikan kegagalan untuk merealisasikan manifesto Polis Syariah seperti yang dijanjikan oleh Pas Kelantan sebelum ini sebagai punca kenapa Kerajaan Kelantan dilihat tidak berbuat apa-apa tindakan dalam memerangi gejala LGBT di Kelantan ini.

“Kuasa sebagai Kerajaan Negeri masih boleh menggerakkan pasukan penguatkuasa agama, boleh mohon bantuan pasukan PDRM, dan lain-lain agensi kerajaan jika Pas Kelantan rasa tidak mampu
bertindak.

“Atau kerah sahajalah para ustaz Pas yang sebelum ini garang berceramah di pentas ceramah dan kuliah di madrasah, nah kita antuk pula ‘singa-singa Pas’ ini untuk berdakwah kepada golongan pondan dan maknyah yang galak beroperasi di sekitar Kota Bharu ini,” katanya.
at 7/21/2018 09:30:00 PG
KERENGGA: Nik Amar pandang ke langit isu LGBT di Kelantan, kata Pemuda AMANAH

Setahun tempoh sesuaikan kasut hitam - Dr Maszlee
Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my
KLUANG: Tempoh kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang sepatutnya bermula tahun depan sebagai langkah tidak membebankan ibu bapa selain menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian tidak akan melaksanakan dasar baharu itu secara drastik dan tergesa-gesa kerana faham kebimbangan pelbagai pihak terutama ibu bapa jika ia dilakukan secara drastik.

"Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya.

"Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu.

"Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan beri masa secukupnya," katanya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian selepas perasmian Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Kelmarin, beliau mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.
SEORANG pelajar sekolah Ng Yi Yao,13, cuba memadankan saiz kasut sekolah warna hitam yang dibelinya di sebuah pasar raya. - Foto BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451897/setahun-tempoh-sesuaikan-kasut-hitam-dr-maszlee


BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 3:08pm
UMNO dan PAS adik beradik
Oleh Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan UMNO adalah 'adik-beradik' selepas PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

"Memang dia (PAS dan UMNO) adik-beradik," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang didakwa seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding.
TUN Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri 2018 di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah. - Foto Saddam Yusoff
Pada 19 Julai lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, mengumumkan ketetapan itu dibuat sejurus UMNO membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451980/umno-dan-pas-adik-beradik

Pertembungan tiga penjuru
BERNAMA
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan seorang calon Bebas.
Tiga calon berkenaan adalah Datuk Lokman Noor Adam dari Barisan Nasional (BN), Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon bebas K Murthy.

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 10:48 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/360133/pertembungan-tiga-penjuru-metrotv

Ugutan bunuh terhadap Syerleena ADUN Pulau Pinang, 2 ditahan
Melissa Darlyne Chow
GEORGE TOWN: Dua orang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan bunuh terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid dari DAP.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, seorang lelaki berumur 27 tahun di Kelantan, dan seorang lain berumur 49 tahun ditahan di Gombak, petang Jumaat lepas.

“Penyiasatan kes ini sedang berjalan,” katanya kepada FMT.

Ugutan terhadap Syerleena ditemui dalam sebuah nota yang diletakkan dalam peti pos beliau dan satu tulisan di laman Facebook.

Syerleena membuat laporan polis berhubung tulisan di laman Facebook tersebut yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat kepada Islam dan tidak berdosa jika menyebabkan kematiannya.

Tulisan tersebut dibuat selepas satu ugutan bunuh ditemui dalam peti pos beliau pada 10 Julai lepas.

Syerleena membuat satu lagi laporan polis terhadap tulisan di laman Facebook yang mendakwa “beliau akan menyerang institusi Islam, terutama Jakim, semata-mata kerana DAP”.

Beliau berkata, ia adalah “fitnah lama” yang muncul sekali lagi di media sosial selepas ia digunakan untuk memburukkannya pada pilihan raya umum Mei lepas.
at 7/21/2018 04:01:00 PTG
KERENGGA: Ugutan bunuh terhadap Syerleena ADUN Pulau Pinang, 2 ditahan

Saturday, July 21, 2018
Sg Kandis: BN tidak lagi semewah dulu
Posted By: Pentadbiron: July 21, 2018
Sg Kandis: BN tidak lagi semewah dulu
Dalam bilik mesyuarat yang pengap di sebuah lot kedai di pinggir Shah Alam, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan sidang medianya.

Wartawan dan pemimpin politik yang berada di situ dilihat menyeka peluh di dahi masing-masing akibat sistem penyaman udara yang tidak begitu memuaskan.

Lebih merimaskan, bunyi enjin motosikal dari bengkel di sebelah kedai mengganggu ucapan Mohamad.

Keadaan bilik mesyuarat Umno bahagian Kota Raja itu jauh berbeza berbanding lokasi-lokasi mewah yang biasa digunakan BN untuk mengumumkan calon ketika mereka masih menjadi kerajaan.
Jika sebelum ini pengumuman seumpama itu akan dikuti kempen berskala besar di mana BN akan mengedarkan habuan serta menjanjikan pelbagai peruntukan untuk pembangunan, kini semuanya tiada lagi.

BN kini tidak lagi berupaya untuk membuat janji-janji seperti itu dan lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar akaun Umno telah dibekukan akibat siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB.
Ditanya sama ada kekangan kewangan akan menjadi penghalang bagi Umno dalam kempen pilihan raya kecil ini, Mohamad menolak kebimbangan tersebut.

“Kami berkempen dari mulut ke mulut, bukan dengan wang,” katanya sambil tersenyum dan disambut ketawa oleh pemimpin BN di situ.

“Kami akan berkempen dengan meyakinkan (pengundi) dengan pergi dari rumah ke rumah,” katanya.
Sementara itu, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam (Gambar dua dari kanan), berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk membantah dasar kerajaan Pakatan Harapan serta memperkuatkan suara pembangkang dalam DUN Selangor.

Mesej seumpama itu adalah mesej serupa disampaikan PKR, DAP dan PAS pada PRU 2008 apabila mereka menyeru rakyat agar menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Kini segala-galanya berubah. Jika dahulu BN berkuasa di Selangor, pada masa ini, PKR mengetuai kerajaan negeri.

Dalam satu majlis beberapa jam sebelum Mohamad bercakap dalam sidang media itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyerahkan bantuan bernilai RM713,400 kepada kira-kira 180 orang penduduk Sungai Kandis dan kawasan-kawasan berdekatan seperti Kota Raja.

Bantuan itu termasuk RM376,000 dalam bentuk pinjaman mikro kredit di bawah Skim Hijrah Selangor.

Mungkin menyedari bantuan berkenaan dibuat ketika pilihan raya kecil, Amirudin berulang kali menegaskan bahawa kerajaan Selangor tidak hanya memberikan bantuan kepada penduduk semata-mata.

Beliau juga menyebut mengenai biasiswa, pinjaman mikro, dan bengkel latihan kemahiran yang merupakan antara inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Selain itu Amiruddin juga menyampaikan mesej secara halus mengenai peralihan kuasa di Putrajaya apabila memberitahu bahawa Selangor kini boleh mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang kini dikawal Pakatan Harapan.

Ini berbeza sebelum PRU pada 9 Mei, apabila kempen di Selangor menyaksikan HARAPAN dan BN masing-masing menggunakan sumber daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

Bagaimanapun, Amiruddin dilihat lebih berhati-hati. Sepanjang ucapannya, beliau tidak meminta penduduk yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri agar mengundi PKR pada pilihan raya kecil itu.

Calon PKR Sungai Kandis, Zawawi Mughni yang hadir juga tidak berada di pentas untuk menonjolkan dirinya sebagai calon seperti mana dilakukan BN pada masa lalu.

Zawawi hanya berada di sebelah Amirudin ketika sesi bergambar pada akhir acara itu dan pada sidang media selepasnya.

Sama ada Amirudin dan HARAPAN akan menggunakan jentera kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan semasa tempoh berkempen nanti masih belum dapat dipastikan.

Dengan BN tidak lagi dapat menggunakan sumber kerajaan persekutuan, ia memberi peluang kepada HARAPAN untuk menunjukkan kempen yang adil seperti dituntut mereka sejak beberapa dekad lalu.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei awal bulan ini.

Pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 4 Ogos dan hari penamaan calon akan diadakan esok.

Pilihan raya kecil itu dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PKR. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 21, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SG KANDIS: BN TIDAK LAGI SEMEWAH DULU

.......................................

Tiada ulasan: