Isnin, 9 Julai 2018

Tabayyunlah pada kawan dan lawan. 7853.


Gaya hidup mewah pemimpin Umno punca kekalahan BN
WARTAWAN SINAR HARIAN 26 JUN 2018
Ahmad Said
Ahmad Said dan Johari Abdul Ghani
KUALA LUMPUR - Calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Said menyalahkan gaya hidup pemimpin parti yang terlalu mewah dan kelihatan elit sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 yang lalu.

Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata, penampilan mewah itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat dan sukar didekati selepas menjadi wakil rakyat.


Menurutnya, ada dalam kalangan pemimpin Umno berubah sikap sebelum mendapat jawatan dalam parti atau menjadi wakil rakyat.

"Kita manusia boleh bercakap soal amanah, soal integriti sebelum mendapat peluang, apabila mendapat peluang mereka sudah dapat di mana punca mencari kewangan, kekayaan dan sebagainya.

"Justeru itu kita perlu memikirkan iaitu orang yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

Manakala seorang lagi calon yang merebut kerusi Naib Presiden, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga  berpendapat, penolakan rakyat terhadap BN disebabkan faktor kreadibiliti dan intergriti parti dan pemimpinnya.

Katanya, sekiranya masyarakat mula mempersoalkan kreadibiliti dan intergriti parti dan pemimpin, maka segala usaha dan khidmat diberikan tetap tidak diterima.

Antara punca masyarakat menolak Umno-BN katanya, apabila terlalu banyak persoalan yang timbul dan gagal dijawab oleh pemimpin parti akibat hilangnya kreadibilti dan integriti.

"Benda-benda yang 'basic' yang kita tidak boleh jawab dan kita tidak penuhi yang masyarakat umum mengkehendakikan jawapan, kita tidak boleh beri maka over the priod of time kita hilang kredibiliti dan integriti," katanya.

Ahmad Said dan Johari adalah antara tujuh calon merebut jawatan naib presiden selain Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Sheikh Razak Sheikh Hamid.

Sumber:
Gaya hidup mewah pemimpin Umno punca kekalahan BN - Politik - Sinar Harian

Timbalan Menteri rebah, jatuh dari pentas
Azura Abas; Manirajan Ramasamy; Irwan Shafrizan Ismail dan Nadia Hamid cnews@nstp.com.my
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini.

Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 9:20 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/355907/timbalan-menteri-rebah-jatuh-dari-pentas

Mohamed Hanipa stabil
Azura Abas; Manirajan Ramasamy; Irwan Shafrizan Ismail dan Nadia Hamid cnews@nstp.com.my
KESIHATAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin semakin stabil dan bertambah baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hanipa yang rebah pagi tadi berada di hospital dan keadaannya okay (stabil)," katanya ketika disoal media berhubung perkembangan terkini kesihatan Mohamed Hanipa.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, hari ini.

Awal pagi tadi, Mohamed Hanipa rebah dari pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Bangunan Perdana Putra.

Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Dr Mahathir berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berdiri sebaris dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah terus memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung, sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika namun kembali meneruskan ucapannya.

Pada 2016, Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang pernah menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur akibat serangan sakit ahmar.

Beliau juga pernah pengsan secara tiba-tiba ketika sidang Dewan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 12:59 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/356011/mohamed-hanipa-stabil

10 maut, 73 cedera kereta api tergelincir [METROTV]
Reuters
SEPULUH orang maut sementara 73 mangsa lain cedera, selepas sebuah kereta api tergelincir daripada landasan di barat laut Turki, semalam sehari selepas hujan lebat dan satu tanah runtuh, kata televisyen Turki memetik pegawai Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan kementerian itu, lima gerabak kereta api yang membawa 362 penumpang terbabit tergelincir, ketika menuju ke Istanbul.

Beberapa imej televisyen menunjukkan beberapa gerabak terbalik dan pasukan kecemasan cuba datang ke lokasi nahas.

Seorang mangsa terselamat yang berjalan di sepanjang landasan untuk keluar dari lokasi nahas memaklumkan stesen televisyen CNN Turk bahawa beliau ternampak 10 mayat.

“Malangnya kita ada mangsa maut dan cedera,” menurut satu kenyataan pejabat Perdana Menteri, ketika memaklumkan berita mengenai kemalangan berpunca daripada insiden tanah runtuh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 1:02 PM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/07/356014/10-maut-73-cedera-kereta-api-tergelincir-metrotv

Dr M: No gifting Merc, Proton to ministers... but food, flowers are fine
Published 3 hours ago on 09 July 2018
By Ida Lim
Tun Dr Mahathir Mohamad speaks during a press conference in Putrajaya July 9, 2018. — Picture by Miera Zulyana
Tun Dr Mahathir Mohamad speaks during a press conference in Putrajaya July 9, 2018. — Picture by Miera Zulyana

PUTRAJAYA, July 9 — Ministers will not be allowed to receive expensive gifts such as Mercedes-Benz luxury vehicles or even the ubiquitous local marque Proton, but will only be able to accept food, flowers or pewter plaques, the prime minister said today.

Tun Dr Mahathir Mohamad declared that this rule — that is aimed at combating corruption and unexplainable assets that do not match income levels — will apply to himself and also the deputy prime minister.

“But of course, if he is given a Mercedes, he has to reject. Not only Mercedes, even Proton cannot,” he said in a press conference after chairing a special Cabinet committee on anti-corruption here.

Dr Mahathir had earlier announced that the special Cabinet committee had decided that the prime minister, deputy prime minister and ministers will be treated as members of the administration and will all have to declare their assets.

“They will not escape legal action if they accept or own assets that they cannot explain how they got the assets, so they all need to declare their assets,” he said, adding that all these administrative members will also have to declare the gifts that they accept and with only certain gifts allowed.

“But we give space, if they receive gifts in the form of flowers or food or items like plaques, which is a type of sign of respect, sometimes made of pewter, that is allowed. But it has to be declared and told to the authorities,” he said.

Dr Mahathir said officers are barred from doing something wrong with the intention of obtaining gifts, adding that they will have to report to the authorities over matters in their respective government departments or ministries that may be considered as corruption.

“We also discussed a few other laws, also for the same purpose to make sure corruption is reduced or get rid of in this country,” he added.

Dr Mahathir's remarks comes just days after former prime minister Datuk Seri Najib Razak was charged in court under the Penal Code with criminal breach of trust and under a corruption law for power abuse for self-gratification involving RM42 million of state firm 1Malaysia Development Berhad's subsidiary SRC International Sdn Bhd.

Prior to Najib's charging, police raided properties linked to him, with the combined value of the seized cash and luxury items evaluated at an estimated RM1.1 billion.

Dr Mahathir chairs the Pakatan Harapan coalition, which had made combating the alleged corruption under the Barisan Nasional administration a key part of its campaiging in the 14th general elections.

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1650283/dr-m-no-gifting-merc-proton-to-ministers...-but-food-flowers-are-fine

BERITA»Nasional
Isnin, 9 Julai 2018 | 9:40am
Amal nilai mulia jayakan negara - Dr Mahathir
Oleh Azura Abas , Manirajan Ramasamy danIrwan Shafrizan Ismail dan Nadia Hamid cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu penjawat awam mengamalkan nilai mulia bagi menjayakan negara dan tidak menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan.

Perdana Menteri turut mengingatkan warga pentadbir supaya memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas bagi membolehkan pembangunan negara tercapai.

"Pentadbir dalam negara kita memang mempunyai kuasa untuk mencapai matlamat kita (kerajaan), jadi perlu bekerja dengan ikhlas dan tidak boleh menipu hanya semata-mata mahu matlamat tercapai.

"Perlu ada nilai hidup mulia, kerajinan, keikhlasan, beramanah dan berdisiplin. Tapi kadang-kadang kita terpesong apabila diberi peluang kita lupa kepada tugas.

"Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk perkayakan diri kita tapi untuk jalankan tugas-tugas tertentu. Apabila kita seleweng, salah guna kuasa, percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian.

"Kuasa bukan untuk memperkayakan diri, keluarga atau sahabat handai, kuasa ada matlamat khusus untuk menjayakan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/446842/amal-nilai-mulia-jayakan-negara-dr-mahathir

BERITA»Politik
Isnin, 9 Julai 2018 | 12:54pm
PRK DUN Sungai Kandis 4 Ogos
Oleh Hidir Reduan dan Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor, akan diadakan pada 4 Ogos, manakala hari penamaan calon ditetapkan 21 Julai depan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, berkata PRK berkenaan akan menyaksikan beberapa penambahbaikan dilakukan suruhanjaya itu bagi mengurangkan kesesakan di pusat mengundi dan memberi keselesaan kepada pengundi.

"Bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas, dua saluran akan diwujudkan.

"SPR juga akan menambah saluran di pusat mengundi yang memiliki jumlah pemilih ramai. Penambahan 21 saluran baharu akan menjadikan adanya 109 saluran di DUN itu berbanding 88 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"SPR juga memanjangkan masa pengundian dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, berbanding hanya hingga jam 5 petang sebelum ini," katanya pada sidang mediam di sini, hari ini.

Othman berkata, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Suku Pertama 2018 yang dikemas kini hingga 2 Julai lalu membabitkan 51,230 pengundi berdaftar merangkumi 51,217 pengundi biasa dan 13 pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu tiga Penolong Pegawai Pengurus, selain SPR bersetuju menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau kempen PRK berkenaan.

"SPR akan menggunakan Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam, sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.
TIMBALAN Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood (tengah) pada Sidang Media PRK DUN N.49 Sungai Kandis, Selangor di Ibu Pejabat SPR, hari ini. - Foto BERNAMA

"Seramai 865 petugas dilantik dalam kalangan orang awam untuk membantu proses pengendalian PRK DUN Sungai Kandis, manakala 19 premis bangunan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 109 saluran," katanya.

Othman berkata, kos bagi PRK pertama selepas PRU-14 itu dianggarkan berjumlah RM1.4 juta.

Katanya, SPR turut menawarkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan berminat untuk menjadi pemerhati proses PRK DUN itu dengan memohon kepada suruhanjaya berkenaan sebelum 16 Julai ini.

Ditanya sama ada tambahan masa setengah jam bagi tempoh mengundi itu akan diteruskan SPR pada masa depan pula, beliau berkata, keputusan itu mengambil kira teguran mengenai pengundi tidak sempat mengundi pada PRU lalu dan akan melihat kesesuaiannya pada pilihan raya akan datang.
TIMBALAN Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood melihat peta kawasan DUN N.49 Sungai Kandis selepas sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, Selangor di Menara SPR, Putrajaya. Turut bersama Pegawai PRK DUN N.49 Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad (kanan). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Sementara itu, jurucakap SPR berkata, tiada pengundian awal akan dilakukan pada PRK DUN Sungai Kandis kerana DUN berkenaan tiada pengundi berdaftar polis dan tentera.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Mat Shuhaimi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/446915/prk-dun-sungai-kandis-4-ogos

BERITA»Nasional
Isnin, 9 Julai 2018 | 9:12am
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, rebah dari pentas ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, Putrajaya, sebentar tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Mohamed Hanipa rebah ketika perhimpunan JPM
Oleh Azura Abas; Manirajan Ramasamy danIrwan Shafrizan Ismail dan Nadia Hamid cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, rebah dari pentas ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, di sini, sebentar tadi.

Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/446829/mohamed-hanipa-rebah-ketika-perhimpunan-jpm

Numan Afifi letak jawatan
Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my
‘PEGAWAI akhbar’ kepada Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi yang sebelum ini dikecam hebat, mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas berkenaan.

Numan mendakwa, keputusan itu diambil ekoran kecaman dan ancaman hebat oleh ‘ejen propaganda pembangkang’, menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah diberi.

Beliau mengambil keputusan menolong sahabatnya, Syed Saddiq Abd Rahman sebagai Pegawai Akhbar sementara dan akan menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baharu yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan ke luar negara dalam masa terdekat bagi menentukan apa hala tuju selepas ini.

“Saya berhasrat mengulang dan menegaskan kenyataan Syed Saddiq bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri.

“Menjawab mengenai isu beberapa nama tertera di laman web rasmi KBS, saya dimaklumkan terdapat unsur sabotaj dan siasatan dalaman sedang dijalankan serta difahamkan tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Numan turut berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Beliau berkata, masalah itu tidak harus dipanjangkan lagi dan menteri itu juga menghormati keputusan berkenaan.

“Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis,” katanya.

Sementara itu, Numan adalah pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas Ahli Parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Difahamkan, Numan juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai ‘pegawai akhbar’ kepada menteri muda berkenaan.

Namun, pelantikan tidak rasmi itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual’ (LGBT) serta tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan KBS.

Berdasarkan pencarian laman web kementerian sebelum ini yang didakwa disabotaj itu, Numan adalah Pegawai Khas di Pejabat Menteri kementerian terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 2:17 PM
Numan Afifi letak jawatan | Harian Metro

'Berhenti anakku, Die Mannschaft dah tak suka!'
BAPA Mesut Ozil menggesa bintang Arsenal itu menamatkan karier bersama skuad antarabangsa Jerman.
Pemain tengah itu menjadi bahan kemarahan serta kritikan berterusan selepas juara dunia 2014 itu tersingkir secara mengejut di peringkat kumpulan pada Piala Dunia Russia.

Malah, dia turut menerima cemuhan daripada Persekutuan Bolasepak Jerman, termasuk rakan dari Manchester City, Ilkay Gundogan selepas bergambar bersama presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, ketika dua negara itu mengalami ketegangan diplomatik.

Ozil antara pemain utama memenangi Piala Dunia empat tahun lalu, menjaringkan 23 gol dalam 92 kap bersama Jerman.

Pada usia 29, dia masih mempunyai tempoh beberapa tahun lagi untuk berada di tahap tertinggi.

Bapa Ozil iaitu Mustafa jelas tidak gembira dengan cara layanan diterima anaknya itu, yakin dia perlu menamatkan karier antarabangsanya.

Dia memberitahu: “Jika saya di tempatnya, saya akan mengatakan: ‘Terima kasih tetapi itu sudah mencukupi’.

“Dia tidak menentu, kecewa dan rasa bersalah. Peminat sendiri mengejeknya sebelum Piala Dunia ketika perlawanan persahabatan di Austria dan dia tidak faham mengapa.

“Dia tidak perlu sentiasa mempertahankan dirinya. Dia beraksi bersama skuad kebangsaan selama 9 tahun dan menjadi juara dunia.

“Sebelum ini, mereka mengatakan jika kami menang, kami menang bersama tetapi jika tewas ia disebabkan oleh Ozil”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 1:42 PM
https://www.hmetro.com.my/arena/2018/07/356026/berhenti-anakku-die-mannschaft-dah-tak-suka

BTN will be gone soon, says Syed Saddiq
Published 3 hours ago on 09 July 2018
By A. Ruban
The youth and sports minister today claimed that the National Civics Bureau (BTN) will be abolished in the near future. ― Picture by Zuraneeza Zulkifli
The youth and sports minister today claimed that the National Civics Bureau (BTN) will be abolished in the near future. ― Picture by Zuraneeza Zulkifli

SUBANG, July 9 — Youth and Sports Minister Syed Saddiq Abdul Rahman today claimed that the National Civics Bureau (BTN) will be abolished in the near future.

He said discussions on the matter were underway and that an announcement will be made “soon”.

“Let me tell you this, BTN will be abolished... just wait for an announcement that will be made soon,” he said.

The Muar MP was speaking at a forum titled “The changed political landscape and the aspirations of the youth” at Sunway University.

Syed Saddiq had supported Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad’s proposal to abolish the bureau.

Nik Nazmi had reportedly described the bureau as “very bias and toxic in nature towards true national unity” and still operated within the “Cold War framework” while the world had changed.

At the forum, Syed Saddiq said several Umno members hoping to join Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) will not be a threat to Pakatan Harapan (PH).

The PPBM Youth chief said the party’s top leaders had no intention to simply accept anyone from Umno.

“Assuming we decide to accept them, we will have to vet them and see if they truly seek to fight for our cause and not just for the sake of getting a ‘position’,” he said.

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1650355/btn-will-be-gone-soon-says-syed-saddiq

BERITA»Kes
Isnin, 9 Julai 2018 | 8:26pm
Pesta liar di 2 kondominium digempur
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Sindiket penganjur pesta liar di kondominium menawarkan bayaran serendah RM100 hingga RM200 bagi individu yang mahu mendapatkan keseronokan lebih 12 jam tanpa henti dengan mempromosikan kegiatan melalui WeChat.

Sindiket itu bukan sahaja menawarkan dadah, malah pesta berkenaan turut dibekalkan dengan arak dan seks bebas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata hasil maklumat dan risikan dilakukan, pihaknya membuat serbuan di dua kondominium berasingan di Jalan Cylon dan Jalan Ampang, di sini, pada 3 dan 6 Julai lalu.

"Dalam operasi pertama pada jam 5.45 petang di kondominium Jalan Cylon, seramai 15 individu berusia 19 hingga 44 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, sembilan individu ditahan adalah lelaki, termasuk empat lelaki Thailand, manakala enam lagi wanita, termasuk dua warga Indonesia.

"Ketika serbuan semua individu berkenaan dalam keadaan khayal dan hasil ujian awal saringan air kencing dilakukan mendapati semua mereka positif dadah.

"Pemeriksaan lanjut di kondominium itu menemui 4,000 pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM60,000, 19 pil ekstasi dan dadah jenis ketamin seberat lebih dua gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang pada jam 5.15 petang, pihaknya menahan 53 individu terdiri daripada 29 lelaki dan 24 wanita termasuk seorang remaja perempuan warga Indonesia berusia 14 tahun.

"Pemeriksaan di bilik pertama unit kondominium itu menemui enam lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 29 tahun, selain menemui dadah jenis ganja dalam bilik berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di bilik kedua pula menemui 23 lelaki dan 21 wanita berusia 14 hingga 27 tahun, termasuk remaja perempuan warga Indonesia dan merampas 25 pil ekstasi yang ditemui di dalam bilik itu," katanya yang memaklumkan semua individu terbabit positif pelbagai jenis dadah.

Beliau berkata, dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menahan penganjur pesta iaitu lelaki berusia 44 dan 27 tahun.

Semua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Berbahaya 1952 dan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah kondominium pada 5 Julai lalu pula, polis menahan seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1 juta di sebuah kondominium dalam satu serbuan pada 5 Julai lalu.

Dadah yang dirampas dalam serbuan jam 7.20 malam itu ialah 12 kilogram serbuk ekstasi, 80 pil ekstasi, 90 pil eramin 5 dan dadah jenis ketamin seberat lebih tujuh gram.

Keempat-empat suspek berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan ketika sibuk membungkus dadah ke dalam paket minuman.

Beliau berkata, semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447123/pesta-liar-di-2-kondominium-digempur

Sunday, July 8, 2018
Tun M akan bangkit kontrak tidak adil lawat China
Posted By: Pentadbiron: July 08, 2018
Tun M akan bangkit kontrak tidak adil lawat China
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kontrak-kontrak yang didapati “tidak adil” bagi projek-projek yang disokong Beijing akan menjadi isu utama bakal dibangkitkan dalam lawatan ke China bulan depan.

Mahathir, yang kembali memegang tampuk kuasa selepas pilihan raya umum Mei lalu yang menyaksikan perdana menteri Najib Razak tewas, kini mengkaji semula projek-projek utama yang ditandatangani kerajaan terdahulu yang dikatakan tidak menguntungkan Malaysia.

Kerajaan beliau menangguhkan lebih daripada AS20 bilion dalam projek dibiayai China awal minggu ini, menurut laporan Reuters.

Menurut Reuters lagi, Mahathir berkata, terdapat beberapa isu akan dibangkitkan, antaranya mengenai ketidakadilan terma kontrak dan juga pinjaman.

Begitu juga kata Mahathir, mengenai faedah kerana faedah didapati lebih tinggi apabila kerajaan membuat pinjaman.

Mahathir didapati begitu kritikal mengenai kebaikan projek-projek China di Malaysia dan sejak memegang kuasa beliau berikrar akan membuat rundingan semula berhubung terma-terma tertentu walaupun kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Mahathir juga menurut laporan Reuters berkata, beliau ingin pergi ke China secepat mungkin tetapi Presiden China hanya boleh ditemui dalam bulan Ogos.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 08, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TUN M AKAN BANGKIT KONTRAK TIDAK ADIL LAWAT CHINA

BERITA»Nasional
Isnin, 9 Julai 2018 | 8:39pm
BTN akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat - Syed Saddiq
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

"Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan," katanya pada forum bertajuk "Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia" di Sunway University, di sini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

"Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang.

"Kita tidak boleh memandang rendah kebijaksanaan mereka berusia 18 tahun dan menilai lebih tinggi kebijaksanaan mereka berusia lebih 50 tahun," katanya.

Syed Saddiq berkata, sebaik sahaja Pakatan Harapan membuat pengumuman bahawa mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi, insentif besar akan diberi kepada parti politik agar mereka mendampingi kumpulan itu.

"Minda pengundi muda adalah lebih terbuka, mereka juga terbuka kepada dialog dan forum serta berminat dengan Malaysia yang pelbagai kaum," jelas beliau.

Bagaimanapun, katanya konsep memperkenalkan identiti Malaysia dalam kalangan orang muda tidak akan tercapai sekiranya tiada pembaharuan institusi. - BERNAMA

SUMBER:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447133/btn-akan-dimansuhkan-dalam-tempoh-terdekat-syed-saddiq

MONDAY, JULY 09, 2018
Menteri: Jangan salah faham keputusan mahkamah kes pengikut Ahmadiyah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf menggesa orang ramai tidak salah faham keputusan mahkamah yang berpihak kepada pengikut ajaran Ahmadiyah. 

Mujahid, yang dipetik FMT, berkata demikian sebagai merujuk Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam yang memutuskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak berhak menghalang dan mengambil tindakan ke atas pengikut Ahmadiyah. 

“Soalan paling utama dikeluarkan oleh mahkamah ialah sama ada Jais ada kuasa atau tidak untuk ambil tindakan kepada golongan Ahmadiyah. 

“Fatwa yang sudah digazetkan dan dipinda menyatakan dengan jelas golongan Ahmadiyah sudah keluar daripada agama Islam dan bukan lagi dalam lingkungan agama Islam," katanya merujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang digazetkan pada 1992 serta dipinda pada 2000. 

Justeru, jelas Mujahid, bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Jadual 

Perlembagaan Persekutuan hanya terhad untuk orang Islam sahaja. 

“Atas sebab mereka bukan Islam, maka sebab itulah fahaman saya ke atas keputusan itu, maka sudah tentu Mahkamah Syariah tidak ada hak ke atas mereka,” katanya kepada dipetik sebagai berkata. 

Dalam laporan itu, Mujahid turut menegaskan keputusan mahkamah itu tidak bererti beliau bersetuju dengan pengikut ajaran berkenaan, namun tambahnya, beliau bercakap atas dasar undang-undang. 

Mujahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak membandingkan ajaran Islam dengan ajaran Ahmadiyah yang sudah difatwakan sesat. 

“Masyarakat perlu jelas, Ahmadiah bukan Islam. Mereka bukan beragama Islam. Tidak perlu terpengaruh, walaupun namanya Ahmadiah. Nama itu biarkan dia," katanya. 9 Hakim Vazeer Alam Mydin semalam memutuskan pengikut Ahmadiyah boleh meneruskan aktiviti mereka di Selangor. 

Keputusan itu adalah berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 39 pengikut ajaran Ahmadiyah susulan serbuan Jais pada 11 April 2014 terhadap sebuah unit rumah kedai di Taman Perindustrian Dolomite, Batu Caves yang dijadikan markas jemaah terbabit. 

Ajaran Ahmadiyah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di India dan telah difatwakan 'sesat' oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor pada 1998. ~ malaysiakini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am
al- Husseyn: Menteri: Jangan salah faham keputusan mahkamah kes pengikut Ahmadiyah

MONDAY, JULY 09, 2018
Isu LGBT: Antara Fakta dan Emosi
Ramai yang memberikan respon berkaitan isu LGBT daripada Menteri Agama Dato Dr Mujahid. Ada yang mengamuk sakan sehingga bertanya apa perlu mahkamah syariah jika ia dosa peribadi? Saya mencari kenyataan media berhubung isu LGBT yang dinukilkan daripada YB Menteri. Apa yang dapat saya simpulkan ialah:

1. Menteri menegaskan perbuatan itu haram. 

2. Tindakan undang-undang akan diambil jika perlakuan tersebut dilakukan terang-terangan. 

Bagi yang mengamuk sakan ini, saya cuba fahami asas amukan mereka. Hanya ada beberapa kemungkinan mereka mengamuk:

1. Bila menteri kata LGBT haram. Tapi kemungkinan ini jauh kerana mereka memang anggap LGBT itu haram.

2. Bila menteri kata bila ia dilakukan secara tersembunyi maka ia adalah dosa dia dengan Allah. Inilah kemungkinan yang paling besar yang menjadi sebab mereka mengamuk.

3. YB Menteri mahu dialog dengan golongan LGBT. Mereka merasakan langkah ini lembut dan tidak sesuai atau tidak cukup.

Saya kira kalau saya ini level pentaksub YB Menteri Agama ini saya boleh saja beri alasan:

"Masya Allah, mantiq YB Menteri sangat tinggi. Orang awam tidak faham. Ia juga uslubul hakim. Hanya orang yang mengaji lama dengan beliau saja faham".

Namun saya bukanlah pentaksub beliau. Maka saya cuba fahami maksud beliau. Berikut ulasan saya:

1. YB Menteri jelas menyatakan perbuatan ini haram. Ini melegakan saya. 

2. YB Menteri mahu berdialog dengan golongan LGBT adalah salah 1 usaha dakwah untuk menyampaikan kebenaran. Bahkan Malaysiakini juga pernah melaporkan bahawa sebahagian pimpinan PAS juga mahu menggunakan metod mendekati golongan ini.

3. YB Menteri tidak mengubah status quo dalam isu ini. Selama ini, begitulah perlaksanaan undang-undang yang ada di negara kita tetapi kenapa mereka tidak mengecam sebelum ini? Bahkan sebahagian mereka teriak mahu bertaawun. 

4. Perihal kenyataan  YB Menteri yang menyebut:

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan".

Saya kira kenyataan Menteri ini jelas maknanya. Maksiat yang tersembunyi sememangnya kita tidak boleh ambil tindakan. Bagaimana mahu ambil tindakan sedangkan ia disembunyikan? Kita dilarang untuk melakukan tajassus (mencari-cari salah) orang. Umar bin al-Khattab tidak menceroboh rumah seorang pemuda yang minum arak di rumahnya secara tersembunyi.

Tersembunyi ini bermaksud kita tidak tahu kesalahan ini dilakukan. Pelakunya menyorokkan perlakuan ini daripada pengetahuan pihak berkuasa. Maka ia adalah dosa peribadi pelakunya. 

Adakah mereka yang mengecam YB Menteri ini mahu mengatakan walaupun dosa itu tersembunyi maka kita semua berkongsi dosa walaupun kita tidak terlibat sama sekali? 

Kecuali jika mereka "secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan" seperti kata YB Menteri. Maka tindakan boleh diambil jika ada aduan, dibuat secara terang-terangan atau ada promosi kepada perlakuan tersebut. 

Justeru, saya tidak nampak apa yang menjadi isu besar dengan kenyataan YB Menteri. Mungkin kerana mereka yang mengecam ini salah faham maksud YB Menteri atau hanya baca tajuk di media sosial semata maka mereka lupa seruan tabayyun kerana YB Menteri bukan ahli parti mereka. Saya nasihatkan janganlah seruan tabayyun hanya untuk puak sendiri dan tibayyun untuk  musuh politik. 

Tabayyunlah pada kawan dan lawan.
Dr Rozaimi Ramle

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:38 am
al- Husseyn: Isu LGBT: Antara Fakta dan Emosi

MONDAY, JULY 9, 2018
Kenapa perlu tutup sekolah tahfiz? Soal Mujahid
Muka depan Sinar Harian hari ini.

SHAH ALAM - Saranan menutup semua sekolah tahfiz di negara ini ditolak susulan ia dilihat tidak berasas malah boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata saranan dikemukakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin itu tidak ada alasan yang konkrit.

Malah beliau turut mempertikaikan saranan Zainuddin itu kerana menurutnya menghapuskan sekolah tahfiz tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

“Cadangan itu tak ada sesuatu yang konkrit. Saya anggap itu hanya satu kenyataan yang tidak ada apa-apa isu. Kenapa kita perlu tutup sekolah tahfiz? Itu soalan yang perlu saya tanya kepada beliau.

“Sedangkan sekolah tahfiz ini menyumbang kepada kelahiran para hafiz yang kemudian mereka menjadi imam-imam di masjid. Jika benar ada kelemahan-kelemahan dari sudut kurikulum, mahad tahfiz itu sendiri atau keselamatan apa yang perlu kita buat ialah kawal selia supaya jadi lebih baik bukan dengan tutup.

“Menghapuskan itu tidak akan selesaikan masalah pun jadi saya sukar menerima saranan itu kerana terlalu abstrak dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Zainuddin atau dikenali sebagai Zam melalui laman blognya mengulang saranan agar menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang didakwanya tidak memberikan harapan kepada masa depan generasi baru Islam.

Tahun lalu, Zainuddin mengutarakan cadangan sama selepas berita kematian seorang pelajar tahfiz di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi dilaporkan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata pihaknya juga akan meneliti cadangan Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Sekolah Tahfiz yang pernah dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Kita akan teliti balik apa cadangan pihak jawatankuasa itu tapi dalam hal ini tidak ada isu supaya dihapuskan tapi yang ada kita nak kawal selia matlamat negara, konteks tempatan, kurikulum dan penyesuaian.

“Hal ini supaya apabila pelajar tahfiz habis belajar nanti bukan sekadar menjadi imam tapi boleh juga bekerja secara teknikal. Kita mahu melahirkan sekolah tahfiz yang ‘versatile’ bukan sekadar ilmu agama tapi kita mahu melahirkan pelajar tahfiz yang juga seorang jurutera, saintis, arkitek, pentadbir. Ini semua kita boleh baiki,” katanya.

Beliau juga menegaskan soal pakaian yang dibangkitkan Zainuddin bukan perkara besar malah ia boleh dikawal.

“Sebab itu saya kata dalam mengambil alih tugas sebagai menteri di JPM ini, saya mengatakan Islam di Malaysia ini perlu digayakan seperti orang Malaysia.

“Adakah dengan memakai songkok dan baju Melayu kita tak boleh jadi hafiz? Itu benda teknikal. Tapi tak kan kerana itu (pakaian) nak hapus terus,” katanya.

Posted by Abu Luqman at 2:04 PM
http://kachipemas.blogspot.com/2018/07/kenapa-perlu-tutup-sekolah-tahfiz-soal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed

Monday, 9 July 2018
PAS OH PAS...MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI RUPANYA?

Sekali imbas, Pas nampaknya semakin menyedari bahawa keegoan mereka untuk menjadikan pentandingan tiga penjuru dalam pilihanraya sebenarnya adalah strategi yang memakan diri sendiri.

Dengan keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru dapat menjadikan mereka sebagai "king maker" dan BN atau Pakatan Harapan akan mencari mereka untuk membentuk kerajaan, sebaliknya apa yang berlaku ialah Pas kecundang di semua kerusi campuran dan hanya kekal sebagai parti yang mampu bernafas di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Barangkali tidak kurang sedihnya juga bagi Pas bila mana Amanah yang baru ditubuhkan dan pernah diramalkan akan berkubur selepas PRU14, tetapi sekarang satu demi satu pemimpinnya dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri.

Manalah tak sedih...sekian lama berjuang tapi masih tak mampu menjadi sebahagian daripada kerajaan, namun Amanah yang selalu diperlekeh pula yang akhirnya tampil dengan cemerlang dan meraih kejayaan.
Lantaran itu, menjelang pilihanraya kecil Sungai Kandis tidak lama lagi berikutan kematian Adunnya, Shuhaimi Shafie, Pas dengan segera menyatakan keinginan untuk berlawan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan yang diwakili oleh PKR.

Kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, parti itu hanya akan menyertai pilihanraya kecil itu jika ia pertandingan satu lawan satu.  

"Kalau pertandingan tiga penjuru, mungkin kita akan pertimbang balik kerana kita tidak mahu perpecahan undi dan mengulangi kesilapan dalam pilihanraya yang lalu," katanya lagi.

Bermakna, jika BN masuk bertanding dan PKR yang pasti meletakkan calonnya berikutan kerusi itu milik mereka, Pas dengan sendirinya akan menarik diri.

Ehhh....sudah tidak mahu jadi "king maker" lagi ke?

Walaupun sudah terlambat, Pas sekurang-kurangnya sedar mereka sudah melakukan kesilapan besar sebelum ini.

Jika tidak dan kiranya mereka setuju berunding elok-elok dari segi pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum lalu, pasti hari ini kita akan melihat beberapa pemimpin Pas sudah pun berjawatan menteri dan timbalan menteri bersama-sama dengan PKR, DAP, Bersatu dan juga Amanah.

Atau pun kiranya Pas setuju bekerjasama dengan UMNO dan BN, tidak mustahil hari ini parti itu sudah pun membentuk kerajaan campuran bersama pemimpin kleptokrasi, Najib Razak.

Apa pun, segala-galanya sudah terlambat bagi Pas.

Namun demikian, melihat sikap Pas yang berharap BN akan menarik diri di Sungai Kandis dan mereka yang mahu berlawan dengan Pakatan Harapan, ia dengan sendirinya menunjukkan parti itu masih dengan keegoaan yang tersendiri.
Dalam pilihanraya 9 Mei lalu,  bagi kerusi DUN Sungai Kandis, PKR mendapat 23,998 undi,  BN mendapat 11,518 undi, Pas 7,573 undi dan PRM dengan 76 undi.

Berdasarkan itu, Pas tidak sepatutnya mengharapkan BN tidak meletakkan calonnya, sebaliknya merekalah sebagai parti yang mendapat undi ketiga yang sepatutnya menarik diri.

Jika ingin melihat pertandingan satu lawan satu, ia sepatutnya antara BN berlawan dengan Pakatan Harapan, bukannya Pas dengan Pakatan Harapan.

Di mana logiknya parti nombor tiga dari segi perolehan undi mahu parti nombor dua menarik diri?

Pas masih belum sedar diri lagi rupanya? (ShahbudinHusin 09/07/2018)
Shahbudin dot com: PAS OH PAS...MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI RUPANYA?

09 JULY 2018
Video Hanipa Maidin Rebah Pengsan Depan Tun M
Hanipa dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. - Astro AWANI/Firdaus Aziz

PUTRAJAYA: Ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya terhenti seketika apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin tiba-tiba rebah di atas pentas.

Sejurus beliau rebah, hadirin di perhimpunan itu yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan dan penjawat awam di bawah JPM cemas seketika, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta para petugas keselamatan bergegas memberi bantuan kecemasan kepada Hanipa.

Ambulans tiba kira-kira 5 minit kemudian dan difahamkan beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Dua tahun sebelum ini Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara itu pernah menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur akibat serangan sakit ahmar.

Beliau juga pernah pengsan secara tiba-tiba di Dewan Rakyat.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
BlogList Malaysia: Video Hanipa Maidin Rebah Pengsan Depan Tun M

AKU PELIK BETUL DENGAN CARA BERFIKIR PENTAKSUB PAS - Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Apabila kita kata, orang tinggal solat tak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pentaksub Pas kata kita sokong orang tinggal solat.

2. Apabila kita kata, golongan LGBT berhak mendapat hak mereka sebagai warganegara. Pentaksub Pas kata kita mengiktiraf LGBT.

3. Apabila kita kata jabatan agama tidak boleh bertindak ke atas penganut Ahmadiah kerana mereka sudah difatwakan bukan lagi beragama Islam. Pentaksub Pas kata kita membela Ahmadiah.

4. Aku kurang hairan jika gaya berfikir pelik sebegini adalah gaya berfikir lebai dan pengikut bawahan.

5. Apa yang aku pelik ialah apabila gaya berfikir begini dimiliki oleh pemimpin Pas bertaraf ahli parlimen dan bekas ahli parlimen.

Aduh...! Malangnya negaraku...!
sumber fb
at 7/09/2018 11:09:00 PG
KERENGGA: AKU PELIK BETUL DENGAN CARA BERFIKIR PENTAKSUB PAS - Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


MONDAY, JULY 09, 2018
RM10 JUTA - SIAPA YANG MEMFITNAH, ZAHARIN ATAU ROSMAH?
Oleh Tamrin Tun Ghafar

1.  Sudah sekian lama rakyat khasnya penduduk Negeri Sembilan menunggu - nunggu jawapan yang lebih jelas, akhirnya menjadi kenyataan jua.

2.  Sehari sebelum Najib Tun Razak ditangkap oleh SPRM, sahabat saya Zaharin Md. Yassin telah menemui Najib dan isterinya di rumah mereka di Taman Duta, Kuala Lumpur.

3.  Mengikut kata Zaharin,  ada dua perkara penting yang disebut oleh Rosmah di hadapan Najib sendiri.

4.  Pertama,! bagi  menentukan kemenangan dalam pilihanraya umum baru - baru ini, Mustapha Mohamed selaku  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ada menggambil wang sebanyak RM35 juta daripada Najib.

5.  Sama ada wang tersebut diagih-agihkan kepada setiap calon UMNO/BN atau digunakan sepenuhnya untuk jentera parti, itu terserahlah kepada yang terlibat untuk menjelaskannya.

6.  Setinggi gunung sekali pun wang dicurahkan, rakyat Kelantan khasnya mereka yang tinggal di perantauan tetap tidak percaya kepada janji-janji manis UMNO/BN.

7.  Mereka lebih rela  makan kangkung dari terus ditipu oleh pemimpin - pemimpin UMNO.

8.  HANYA  JAUHARI  SAHAJA  YANG  MENGENAL  MANIKAM.

9.  Perkara kedua dan yang tidak kurang pentingnya disebut oleh Rosmah kepada Zaharin ialah bagaimana Najib semasa berkuasa dahulu  telah  MENYELAMATKAN Mohamad Hassan atau Mat Hassan dalam kes wang RM10 juta yang dihantarnya ke London melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.

10. Di bawah Akta tertentu Bank Negara Malaysia (BNM), lesen syarikat tersebut telah digantung atas penglibatan dalam penghantaran yang tidak mengikut peraturan.

11.  Isu ini telah diperkatakan dan disoal begitu hangat sama  di dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan mahu pun di Parlimen.

12.  Malah difahamkan beberapa laporan polis dan SPRM telah disusuli kemudiannya, tetapi Mat Hassan selaku Menteri Besar ketika itu tidak pernah diambil apa-apa tindakan.

13.  Kini satelah ditewaskan di peringkat Pusat dan  Negeri  oleh Pakatan Harapan (PH) dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir yang sekarang menjadi Perdana Menteri, kes ini MESTI  dibuka semula tanpa  berlengah-lengah lagi.

14.  BNM, Polis dan SPRM tidak boleh lagi menutup kes ini dengan memberi berbagai alasan, ditambah pula kerajaan  kini begitu serius mahu menghapuskan segala bentuk rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa undang-undang negara.

15. Akta Pengubahan Wang Haram atau Anti Money Laundering Act (AMLA) sebagai contoh boleh dikenakan terhadap Mat Hassan atas kesalahan tersebut.

16.  Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri atau Income Tax juga boleh menyiasat sama.

17.  Semoga tidak ada seorang pun pegawai dari agensi-agensi penyiasat  yang disebut di atas tidak termakan budi atau serba salah menggambil tindakan  atau cuba menutup pekung ini atas alasan Mat Hassan berasal dari Negeri atau Daerah yang sama dengan mereka.

18. SEPANDAI - PANDAI  TUMPAI  MELOMPAT, AKHIRNYA  JATUH  KE TANAH JUGA.

Terima Kasih.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm
al- Husseyn: RM10 JUTA - SIAPA YANG MEMFITNAH, ZAHARIN ATAU ROSMAH?

09 JULY 2018
G25 juga desak hakim kes Najib untuk tarik diri
Kumpulan bekas penjawat awam tersohor negara, G25 juga menyertai desakan agar hakim Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menarik diri daripada mendengar kes itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, G25 berkata mereka secara sebulat suara menyokong desakan Presiden Majlis Peguam, George Varughese agar hakim Datuk Mohd Sophian Abdul Razak menarik diri daripada membicarakan kes itu.

"Ini kerana kegagalan hakim itu mendedahkan hakikat bahawa abangnya, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak, adalah anggota Umno, dan ahli majlis kerajaan negeri Pahang, serta ADUN Benta di Pahang.

"Memandangkan bekas perdana menteri itu sehingga baru-baru ini adalah presiden Umno dan pengerusi BN, dan juga seorang ahli parlimen Pahang, hakim sepatutnya mendedahkan hubungannya dengan abangnya dan kedudukannya dalam Umno serta kerajaan negeri kepada pendakwaan dan pembelaan sebelum perbicaraan," ata G25.

"Kelaziman perbicaraan adalah bahawa seorang hakim mesti mendedahkan sebarang jenis hubungan dalammana-mana kes yang dibicarakannya kepada semua pihak pada awalnya, dan harus membiarkan pihak-pihak berkenaan memutuskan apakah akan meminta dirinya untuk mengundurkan diri atau tidak," kata G25.

Menurut kumpulan itu, dalam kes berkenaan, Mohd Sophian gagal melakukannya dan oleh itu G25 berpendapat bahawa keputusannya tersebut sangat tidak wajar.

Menurut mereka lagi, keadilan bukan hanya perlu ditegakkan, tetapi juga dilihat dilakukan.

"Kami menyokong hujah-hujah presiden Majlis Peguam yang menuntut supaya hakim itu untuk menarik diri daripada membicarakan kes profil tinggi ini," kata G25.

Pada 4 Julai, Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan wang RM42 juta yang berada di dalam akaun bank peribadinya. Dana itu dipercayai berasal dari bekas anak syarikat bekas 1MDB, SRC International.

Peguam negara dan ketua pendakwa itu, Tommy Thomas, mendakwa beliau tidak tahu mengenai hubungan hakim berkenaan dengan Umno .

Mohd Soffi adalah ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
BlogList Malaysia: G25 juga desak hakim kes Najib untuk tarik diri

Kerajaan buat pilihan tepat lantik Mujahid Menteri Agama
12:18 PTG      Pejuang Perubahan
Nik Omar menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru

Semua pihak diminta menghormati suara rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) menerajui negara dengan hasrat melakukan yang terbaik.

Penasihat panel syariah AMANAH Kelantan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tidak perlu pihak tertentu membuat desakan-desakan yang tidak munasabah terhadap kerajaan baru yang sedang menyusun langkah-langkah membina semula negara.

“Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang 61 tahun mentadbir, akhirnya rakyat menilainya sebagai gagal.

Dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) baru-baru ini, rakyat memberi keyakinan kepada PH untuk membawa perubahan ke arah lebih baik,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru Salor semalam.

Menurutnya, pembentukan kerajaan baru jelas berbeza dengan cara pentadbiran kerajaan BN yang telah membawa negara terjebak dalam pelbagai masalah.

“Kerajaan pimpinan Tun Mahathir kini jelas merombak asas-asas kerosakan negara dan meletakkannya di landasan yang betul.

“Rakyat kini bebas menegur kerajaan tanpa rasa takut dan pihak kerajaan pula kelihatan sedia berubah keputusan-keputusan semata-mata memenuhi kehendak orang ramai.

“Ini bukan perkara mudah dan sesuatu yang tidak mungkin berlaku di zaman pemerintahan BN,” katanya.

Menurutnya dalam konteks pembangunan Islam, penambahbaikan akan terus dibuat berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

“Ada pihak yang mahu kita mencontohi negara seperti Arab Saudi, Mesir atau negara-negara Timur Tengah yang lain.

” Malangnya, jika kita perhati amalan-amalan Islam yang ada di negara-negara itu, ia jelas berbeza dengan apa yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah,” katanya.

Syukur katanya, pihak kerajaan membuat pilih tepat apabila melantik Datuk Dr. Mujahid Yusuf sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan mengendalikan hal ehwal Islam di negara ini.

“Bila kita meletakkan orang yang betul di atas insya Allah segalanya akan menjadi elok hingga ke bawah.

“Kita akan meneruskan segala yang baik yang telah jadi amalan selama ini dan akan menambahbaik apa yang masih kurang betul,” katanya.

Beliau yakin kerajaan baru yang kini bukan lagi dimonopoli oleh mana-mana parti akan mampu membuat perubahan berdasarkan kebenaran dan aspirasi rakyat.

Apabila ditanya oleh wartawan baru2 ini berkenaan perjanjian air dgn singapura jwpn tun klepet bercanggah dgn lim gone end.

Perjanjian 1962 membolehkan singapore membeli air dgn rega 3sen bagi seribu liter dan jual balik dgn malaysia dgn rega 50sen seribu liter. Singapore juga dibenarkan membeli tanpa had... untungnyer 

Slps 25 tahun kita dibenarkan membuat semakan pd perjanjian tersebut tetapi tidak dilakukan oleh tun klepet pd tahun 1987. Alasan ketegangan dan keTOLolan hrp tidak dijadikan modal menipu rakyat. Kenapa tidak dikaji dan disemak semula???

Ada perjanjian tepi tanpa pengetahuan rakyat ker???hmmmmm

Jgn ada penipuan dan manipulasi spt negara bangkrap dan hutang trillion utk mnjwb persoalan sbnr kenapa tidak dikaji dan disemak perjanjian tersebut???!!!!

Klu nak tggu berakhirnya perjanjian tersebut rasa2nya tun klepet..gone end..najib..dh tak ada lagi di dunia krn ianya tamat pd 2061.Ketika itu baru nak disemak dan dikaji semula.

Hrp macai2 haprak membantu tun klepet dan gone end mgkaji dan berunding semula dgn singapore dlm perjanjian air....
Sebelum kita bercakap pasal air tolong jawab soalan...ni rakaman audio Nik Abduh cakap PAS rembat duit UMNO ni apa hal. Yang kedua bila nak saman Husam Musa yang tuduk PAS tedarah duit sogokan dari MDB 90 juta lebih...bila bila ..bila???
Duit sudah kena beku sebab itu tak berani nak saman. Rafizi, Husam dan Mahfuz mana Singa Pas nak saman? Dah jadi kucing kurap Pas. HAHAHA.
hadi & nik amar sujud kat TUN! Ada dengar cerita tak? mereka berdua belasah tun,seperti yg mereka berdua buat sebelom pr14?

thn lepas nik amar sujud kat najib,nak byr gaji kakitangan awam negeri.

mb terengganu dah sound awal,budget bn buat dah nak abiss...

cuba bayangkan TUN buat DEK ajerr selama 5 thn!.


kelantan hutang persekutan lebih 1billion!

mdl
Kerajaan buat pilihan tepat lantik Mujahid Menteri Agama ~ AGEN PERUBAHAN ®

'Apa di sebalik pertemuan anak Najib dengan pelakon Taiwan'
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan motif di sebalik makan malam anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin di Taiwan, bersama Celia Zhang.

Pertemuan kedua-dua mereka itu, seperti yang dilaporkan oleh majalah Apple Daily di Taiwan, diadakan ketika Najib berdepan dengan empat pertuduhan berhubung isu skandal SRC International, minggu lalu.

Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakan Nazifuddin yang didakwa meminum wain dan berhibur dengan pelakon Taiwan itu ketika bapa dan keluarganya cuba mengumpul wang bagi membayar ikat jamin bekas perdana menteri itu, Lim berkata soalan paling penting nampaknya tidak dijawap.

"Persoalannya apa tujuan Nazifuddin di Taiwan dan apa agenda seharinya itu - kerana tidak ramai yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan sehari Nazifuddin ke Taiwan adalah semata-mata hanya untuk minum wain dan makanan bersama Celia.

"Hanya Nazifuddin boleh jawab soalan ini. Adakah dia akan menjawapnya? " soal Lim dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, satu Tabung Solidariti Bebaskan Najib ditubuhkan berikutan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank bekas perdana menteri itu dan keluarganya berkaitan siasatan berterusan ke atas 1MDB.

Najib pada 4 julai lalu memohon untuk dibicarakan terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1juta.

Sejak berita pertemuan Nazifuddin dan Zhang didedahkan terdapat banyak laporan susulan, termasuk pelakon itu mendakwa dia membayar untuk makan malam mereka dan bahawa dia tidak tidur bersama anak lelaki bekas perdana menteri Malaysia itu. -malaysiakini

at 7/09/2018 04:28:00 PTG
KERENGGA: 'Apa di sebalik pertemuan anak Najib dengan pelakon Taiwan'

MONDAY, JULY 09, 2018
KATA IDRIS VS KATA ZOLA

Kata Idris:
LGBT berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Rasuah berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Dadah berdosa, kalau buat juga, dosa dia dengan Allah. Arak berdosa, kalau buat juga dosa dengan Allah. Zina berdosa, kalau buat juga dosa dia dengan Allah. Judi berdosa, kalau buat juga dosa dia dengan Allah.  Mencuri berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. 

Kata Zola:
1. Memanglah dosa pada asalnya adalah dengan Allah. Dosa dengan manusia juga hakikatnya adalah dengan Allah. 

2. Mencegah dosa, mengelak dosa dan bertaubat apabila berdosa adalah wajib sama ada pendosa dihukum dengan kesalahannya di dunia atau tidak.

3. Perlu dibezakan antara dosa dan jenayah. Dosa, ada yang menjadi jenayah dan ada yang tidak menjadi jenayah.

4. Tinggal solat adalah dosa tapi bukan jenayah sebab tinggal solat tidak dikanunkan sebagai jenayah dalam undang-undang.

5. Dosa yang tidak dikanunkan sebagai jenayah (tidak solat misalnya) jika dibuat secara terbuka sekalipun, tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun ia mungkar dan wajib dicegah.

6. Bahkan jika ada orang yang memukul orang yang tidak solat misalnya, orang yang memukul pula salah dari sudut undang-undang.

7. Sementara dosa yang dikanunkan sebagai jenayah pula (zina misalnya) jika dibuat secara terbuka, ia adalah dosa dan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

8. Tetapi jika ia dilakukan secara tertutup, dalam ruang peribadi seseorang (misalnya dalam rumahnya), tidak dihebahkannya, maka itu menjadi dosa peribadi orang itu dengan Tuhan.

9. Mengapa ia menjadi dosa peribadi dengan Tuhan sedangkan ia jenayah? Sebab tidak ada orang yang tahu perbuatan dosa itu kecuali pelakunya, Tuhan, malaikat dan syaitan.

10. Bagaimana tindakan undang-undang mahu diambil jika jenayah itu tidak diketahui berlaku? Maka kekallah ia sebagai dosa peribadi orang itu dengan Tuhan.

11. Bukankah ia mungkar yang wajib dicegah? Betul, tapi apabila kita tidak tahu ada orang melakukan dosa, tak timbullah soal mencegah.

Kata Idris:
Kalau begitu apa tanggungjawab pemerintah?. Di mana kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar? . Kalau alasan seperti ini, maka negara tidak perlu undang-undang. Cukup anggap dosa dengan Allah sahaja. Tunggu balasan di akhirat sahaja. !

Kata Zola:
1. Siapa kata negara tak perlu undang-undang kerana undang-undang memang sudah sedia ada. 

2. Isunya ialah bagaimana undang-undang hendak dikuatkuasakan jika dosa itu dosa peribadi sebab penguatkuasaan undang-undang dan hukuman memerlukan pembuktian.

3. Takkanlah kerajaan perlu ada berjuta-juta polis yang mengekori setiap orang Islam sehingga ke bilik tidurnya 24 jam sehari untuk menangkap orang itu jika orang itu berzina atau minum arak?

4. Maknanya, jika orang itu buat dosa tanpa diketahui oleh sesiapa pun (dosa peribadi), orang itu tak boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

5. Nak kena tindakan undang-undang macam mana sebab pihak berkuasa tidak tahu dia buat dosa (jenayah) dalam ruang peribadinya.

Kata Idris:
Konsep Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar datang dengan satu pakej. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Di samping didik dan dialog, undang-undang dan pencegahan mesti dijalankan serentak. 

Kata Zola:
1. Memang betul pun. Dan perlu difahami bahawa mencegah mungkar tidak boleh menyebabkan wujud mungkar yang lebih besar.

2. Pencegahan memang dibuat dan perlu difahami dialog juga adalah sebahagian daripada usaha pencegahan, bukan merestui mungkar.

4. Cuma, apabila mungkar dilakukan dalam ruang peribadi, macam mana nak dicegah sebab mungkar itu tak diketahui berlaku.

5. Ruang peribadi ialah premis persendirian orang berkenaan. Pub, kelab malam, rumah pelacuran, pusat hiburan, semua itu adalah ruang awam yang boleh dicegah mungkar yang berlaku di dalamnya.

6. Namun begitu, pencegahan mungkar dalam ruang awam tadi bergantung juga kepada kebenaran undang-undang.

7. Adakah PH merestui mungkar yang berlaku di sana? Amboi Idris, takkanlah orang PH sebegitu teruk sehingga merestui mungkar dan maksiat?

8. Takkanlah Tuhan buat syurga untuk orang Pas saja padahal orang Pas pun ada yang menjadi pengunjung kalbul malami ya Idris...!

Kata Idris:
Matlamat Amar Ma’ruf Nahi Munkar tidak akan tercapai tanpa ada kuat kuasa dan pencegahan. Inilah tugas pemimpin kena menjaga agama dan rakyat untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. 

Kata Zola:
1. Kuatkuasa undang-undang dan pencegahan tidak akan terhenti. Polis dan penguatkuasa jabatan agama masih aktif dan tak dibubarkan pun.

2. Takkanlah kerajaan PH nak bubarkan polis dan pecat semua penguatkuasa agama, bubar jabatan agama sehingga orang Islam boleh buat mungkar sesuka hati...!

3. Amboi... Jahatnya kerajaan PH. Ingat kami tak takut dosa ke? Kami pun sayang dan jaga agama juga. Bukan Idris dan Pas saja.

4. Menjaga agama tak semestinya mengikut cara dan kehendak Pas. Selama cara menjaga agama itu mencapai matlamatnya, walaupun bukan dengan cara Pas yang keras dan ekstrem, maka itu tetap dikira menjaga agama.

Kata Idris:
Bukan hendak jaga kemahuan manusia dan sokongan politik semata-mata walau pun bertentangan dengan konsep Amar Ma’ruf Nahi Munkar. 

Kata Zola:
1. Antara tugas pemerintah ialah jaga manusia dan memang manusia dijadikan khalifah, antaranya untuk jaga kebajikan sesama manusia.

2. Pas tak mahu jaga manusiakah? Kalau begitu mengapa Pas berpolitik? Kalau sekadar nak jaga hubungan dengan Tuhan, Pas tak perlu wujud pun.

3. Kalau setakat nak solat, Nabi tak perlu berhijrah pun. PH memang memberi tumpuan untuk jaga manusia, sebab apabila hubungan sesama manusia terjaga dengan baik, Islam akan berkembang.

4. Apabila Islam berkembang kerana orang Islam berjaya menjaga hubungan sesama manusia, itulah kemenangan Islam.

5. Dengan cara Pas yang melampau dan ekstrem, Islam dipandang serong. Orang takut kepada Islam angkara pendekatan Pas yang keras dan tidak bertolak-ansur.

Kata Idris:
Benarlah kata Imam al Ghazali “ Agama Asas, pemimpin penjaga. Sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh. Suatu yang tidak ada penjaga, ia akan hilang”.

Kata Zola:
1. Perkataan Imam Ghazali betul cuma diperalatkan oleh Pas untuk kepentingan politik mengikut tafsiran Pas.

2. Menjaga agama tidak semestinya dengan cara dan pendekatan Pas. Bahkan cara Pas menjauhkan orang daripada agama.

3. Islam tak akan hilang walaupun Pas tidak menjaganya atau Pas tidak ada sekalipun.

Kata Idris:
Nanti akan ada yang berhujah, ini qias maal mafariq ( qias yang tidak betul). Kerana tidak memberi kepuasan kepada pihak mereka.  Terpulanglah. Wallahuaklam..

Kata Zola:
Memang pun. Zola memang tak puas hati dengan Pas sebab banyak tindakan Pas menatijahkan persepsi negatif non Muslim kepada Islam.

Kata Idris:
Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
6/7/18

Kata Zola:
Zola
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional
6 Julai 2018
Arau, Perlis

Sumber:
al- Husseyn: KATA IDRIS VS KATA ZOLA

Mesej Hanipa dari wad: Boring gila di hospital

Belum pun sampai 10 jam dimasukkan ke hospital, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin sudah berasa bosan dan ingin kembali bertugas.

Beliau yang dirawat selepas pengsan pagi tadi pada majlis perhimpunan bulanan JPM, mengakui berasa penat namun meminta kebenaran daripada doktor untuk kembali ke pejabatnya.

Hasratnya itu bagaimanapun tidak dibenarkan oleh doktor.

"Saya okey. Alhamdulillah. Tapi boring gila di hospital. Saya minta kebenaran doktor untuk kembali ke pejabat tapi tak dapat.

"Lesu rasanya. Apa-apapun, terima kasih atas doa anda semua. Hidup Pakatan Harapan," kata Anggota Parlimen Sepang itu kepada seorang rakannya melalui mesej WhatsApp.

Mesej itu kemudian dikongsi di Facebook oleh rakannya itu.

Majlis perhimpunan bulanan JPM di Dataran Perdana di Putrajaya pagi tadi dikejutkan dengan insiden Hanipa tiba-tiba pitam semasa berdiri di barisan menteri dan timbalan menteri.

Hanipa terjatuh dari pentas ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap. 

Pemimpin AMANAH itu kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pegawai media Hanipa tengah hari tadi bagaimanapun mengesahkan timbalan menteri itu sudah sedar dan dalam keadaan stabil.

Hanipa yang juga merupakan peguam bertanggungjawab dalam undang-undang adalah antara tiga timbalan menteri di JPM yang mengangkat sumpah pada 2 Julai lalu.

Beliau dikenali dengan perwatakannya yang tegas dan lantang di parlimen.

Namun, ini bukan pertama kali Hanipa pengsan ketika sedang bertugas.

Beliau pernah dikejarkan ke hospital selepas pengsan selepas secara tiba-tiba ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 4 April 2016.

Hanipa kembali menyertai persidangan Dewan Rakyat enam bulan kemudian setelah terlepas sesi lalu akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya umum ke-14, Hanipa yang mewakili Pakatan Harapan mempertahankan kerusi Sepang yang sebelum ini ditandinginya atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN dan PAS. -malaysiakini

Sumber:
KERENGGA: Mesej Hanipa dari wad: Boring gila di hospital

MENGEJUTKAN HARIMAU BAHASA YANG TERLELAP! 
Julai 09, 2018
Salah satu agensi yang penting dan termaktub di dalam perlembagaan negara adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Ini kerana peranan DBP mecakupi tanggungjawab dan mandat yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini.

Kedudukan Bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mestilah digunakan untuk maksud urusan rasmi.

Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan  pada tarikh 22 Jun 1956, selain daripada memartabatkan Bahasa Melayu disamping bertujuan mengembangkan Bahasa Melayu.  Dewan Bahasa dan Pustaka menggariskan Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia sebagai visi mereka. 

Namun akhir-akhir ini sejak sedekad yang lalu, DBP menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka memartabatkan Bahasa Melayu.  Pada awal 2009, terdapat bantahan secara besar-besaran yang membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Tindakan bantahan ini akhirnya menyebabkan kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.  PPSMI diperkenalkan oleh kerajaan pada Julai 2002.

Mengambilkira bantahan terhadap PPSMI, ianya dimansuhkan pada  Julai 2009.  Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan dan memaklumkan subjek Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa ibunda. 

Sejak sedekad yang lalu, DBP yang sepatutnya menjadi ‘harimau bahasa’ seolah-olah tidak bermaya, malah saya sendiri pernah melabelkan DBP sebagai pesakit barah tahap empat dalam sebuah forum awam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah DBP, allahyarham Datuk Dr. Hassan Ahmad.

Namun tujuan saya melabel sedemikian adalah sangat jelas dan tidak berhasrat menyinggung pihak DBP.

DBP perlu dirombak secara besar-besaran, aspek pemasaran perlu diperhebatkan dan penggunaan teknologi maklumat patutlah dimanfaatkan.  Ini hanya sebahagian yang perlu kita gerakkan untuk memperkasa DBP.

Jom hadir beramai-ramai ke forum Memperkasa DBP Menuju Malaysia Baru yang bakal berlangsung di Dewan Banquet DBP pada malam esok, 10 Julai 2018 bermula jam 8 malam.  Antara panelnya adalah Dinsman, Hishamuddin Rais dan Eddin Khoo.  Daripada bercakap itu dan ini, mungkin kehadiran kita semua dan menyumbangkan buah fikiran mampu melonjak DBP untuk lebih proaktif agar Bahasa Melayu lebih diyakini dan dihormati.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …


Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad.
BACA LAGI

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...


Kemenangan pasukan bola sepak muda negara di dalam Piala AFF Suzuki yang baru selesai minggu lepas masih lagi terasa apatah lagi kemenangan dengan agregat 4-2 diriingi pula cuti umum pada penghujung tahun, adalah hadiah terbaik bagi seluruh rakyat Malaysia. Malah pada 
pandangan saya cuti yang diberikan bukanlah sebab kemenangan dalam pertandingan dwi tahunan tersebut tetapi lebih menjurus sebagai hadiah kemenangan moral rakyat Malaysia yang berada di tahap paling tinggi.Awal tahun pula dikejutkan pengumuman oleh jurulatih badminton
kebangsaan, Datuk Misbun Sidek meletakkan jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya permasalahan Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia, sehingga menuntut jurulatih yang sangat komited itu terpaksa mengambil keputusan yang mengejutkan. Kita semua tentu masih ingat bagaimana Datuk Misbun masih memberikan tunjuk ajar kepada anak didiknya meskipun terlantar sakit suatu ketik…
BACA LAGI

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN


Peristiwa demonstrasi Baling yang melibatkan ribuan mahasiswa institusi pengajian tinggi negara khususnya pelajar dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah rentetan daripada kebangkitan penduduk miskin di Baling dinafikan hak mereka sebagai rakyat di sebuah negara merdeka. 

Pada 10 Disember yang lalu, program Syarahan Baling telah diadakan dalam sebuah auditorium yang penuh bagi mengimbau kembali peristiwa demonstrasi di Baling pada tahun 1974. 

Rupanya ramai yang tidak sedar kebangkitan rakyat di Baling, hal ini adalah mudah kerana negara yang telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional seperti tidak mahu rakyat khususnya generasi muda mengetahui mengenai kebangkitan rakyat di Baling.Ironinya peristi…

Sejarah ditulis oleh pemenang – benarlah aksioma ini apabila peristiwa demonstrasi Baling yang terjadi pada 3 Disember 1974 seolah-olah tidak dicatat dalam lipatan sejarah negara.Rundingan Baling, peristiwa Memali antara yang mewarnai daerah Baling di Kedah. 
BACA LAGI

MENGEJUTKAN HARIMAU BAHASA YANG TERLELAP!














Tiada ulasan: