Khamis, 19 Julai 2018

Zon Negara-Negara Islam jadi Medan Perang Dunia Akhir Zaman. 7890.


Dari kisah Yaman dengan tidak melupakan kisah Palestin dan Syria.

Mari umat Islam kita terus doa mendoakan agar Saudara kita di sana beroleh kemenangan dengan takdir dan kehendak Allah Subhanahuwatalla. Aamiin Ya Robbalalaamiin. 

Dengan musuh roh paling hampir iaitu nafsu jahat diri sendiri yang digembeling serta diambil kesempatan oleh syaitan laknatullah dan bangsa yahudi laknatullah. 

Mereka menjadikan Negara Islam sebagai medan perang dan tapak ujian senjata serta teknologi perang negara-negara pembangun perseteruan. Mereka beroleh keuntungan dari urus niaga persenjataan pemusnah manusia dan kedamaian dunia. 

Menjadikan Negara Islam berhutang atau diminta tanggung perbelanjaan perang. Sebagai contoh kafir laknatullah kata Iraq ada senjata gergasi, bila Iraq musnah, senjata gergasi tidak ditemui dan terbukti hanya dakyah jahat mereka menjatuhkan Iraq. 

Malangnya kerana dakyah kafir laknatullah tragedi Perang Saudara sesama Islam menjadi kebiasaan di Wilayah Timur Tengah., zaman berzaman. Nauzubillahminzalik. 

Dua perkampungan selesai pindah
MyMetroGlobal
Reuters
BEIRUT: Pemindahan ribuan penduduk dari dua perkampungan Syria yang ditawan pemberontak di barat laut negara itu selesai, lapor media tempatan hari ini dengan kerajaan dijangka membebaskan ratusan tahanan sebagai balasan.

Akhbar tempatan Syria, al-Ikhbariya TV berkata, semua bas sudah meninggalkan al-Foua dan Kefraya menjelang pagi ini, menjadikan dua perkampungan Syiah itu, lengang.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/20sdas_1531984521.jpg
Al-Ikhbariya berkata, bas terbabit melalui wilayah ditawan pemberontak dan masih belum sampai ke pusat pemeriksaan kerajaan sejauh 30 kilometer dari perkampungan itu.

Lebih 100 bas tiba semalam untuk membawa penduduk dan pejuang dari perkampungan ke wilayah berhampiran milik kerajaan di Aleppo.

Pemindahan bermula dengan ambulans membawa keluar penduduk yang sakit ke pusat pemeriksaan kerajaan sebelum kira-kira 121 bas beredar dari perkampungan terbabit.

Al-Ikhbariya TV berkata, 10 ambulans membawa sejumlah pesakit kritikal meninggalkan perkampungan berkenaan.

Perkampungan itu dikepung selama bertahun pemberontak Sunnah dalam wilayah Idlib, kawasan utama terakhir ditawan pemberontak di Syria. Presiden Bashar al-Assad yang mara menentang pemberontak di barat daya, berikrar untuk menawan seluruh negara itu.

Kira-kira 7,000 penduduk dijangka meninggalkan dua perkampungan. Pemindahan penduduk menjadi pemandangan biasa dalam perang tujuh tahun di Syria. Konflik itu mengorbankan anggaran setengah juta penduduk dan mendorong 11 juta diusir dari rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 3:15 PM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/07/359469/dua-perkampungan-selesai-pindah

Dari kaca mata bangsa yang Allah Subhnahuwatalla laknat. Jadi bangsa yang tidak bernegara tetapi kerana kejahatan pemimpin barat yang sedang menanggung seksa kubur, lahirlah negara haram bangsa laknatullah itu di bumi Palestin. Nauzubillahminzalik. 

Israel lulus undang-undang 'aparteid'
MyMetroGlobal
Reuters
BAITULMAQDIS: Israel hari ini meluluskan undang-undang yang mengisytiharkan hanya golongan Yahudi memiliki hak menentukan nasib sendiri di tanah air, sesuatu digelar anggota minoriti Arab bersifat perkauman dan menyamai aparteid.

Undang-undang negara itu, disokong kerajaan sayap kanan, diluluskan dengan undian 62-55 dengan dua berkecuali dalam Parlimen 120 anggota selepas berbulan pertengkaran politik.

Sesetengah pembuat dasar Arab menjerit dan mengoyakkan kertas selepas undian.

“Ini adalah saat penentuan dalam catatan Zionisme dan sejarah negara Israel,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kepada Knesset selepas undian.

Sebahagian besarnya bersifat simbolik, undang-undang itu digubal selepas ulang tahun ke-70 penubuhan Israel.

Ia menyatakan, ‘Israel adalah tanah air bersejarah penduduk Yahudi dan mereka memiliki hak ekslusif penentuan nasib negara di dalamnya.’

Rang undang-undang itu juga menggugurkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi bersama Hebrew, menurunkannya kepada satu ‘status khas’ yang membolehkan penggunaannya diteruskan dalam institusi Israel.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MIDEAST-CRISESISRAEL-USA_57211150_cropped_1531969020.jpg
Jumlah penduduk Arab ialah 1.8 juta orang atau kira-kira 20 peratus daripada sejumlah sembilan juta penduduk Israel.

Draf awal perundangan itu dianggap pengkritik tanah air dan luar negara sebagai diskriminasi terhadap golongan Arab Israel, yang sekian lama berkata mereka dilayan sebagai rakyat kelas kedua.

Walaupun versi perkataan samar-samar diluluskan selepas itu yang menyatakan; ‘Negara berpendapat, pembangunan penempatan Yahudi sebagai satu nilai kebangsaan dan akan bertindak serta mempromosi penubuhannya’, pengkritik berkata undang-undang baharu itu akan mendalamkan lagi perasaan peminggiran dalam kalangan minoriti Arab.

“Saya mengumumkan dengan perasaan terkejut dan sedih, kematian demokrasi,” kata Ahmed Tibi, pembuat dasar Arab kepada media.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 10:57 AM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/07/359322/israel-lulus-undang-undang-aparteid

Gaza semakin sempit
MyMetroGlobal
AFP
BAITULMAQDIS: Israel mengetatkan sekatannya di Semenanjung Gaza semalam sebahagiannya disebabkan layang-layang membawa bom api untuk membakar tanah pertanian Yahudi ketika kebimbangan meningkat jika peranti asas itu mungkin mencetuskan satu lagi peperangan.

Beberapa hari selepas insiden berbalas tembakan antara Israel dan Hamas di Gaza sejak konflik 2014, Zionis berkata, ia menyekat penghantaran bahan api dan gas sehingga Ahad ini menerusi satu-satunya lintasan barangan ke wilayah terkepung itu.

Zon perikanan dikuatkuasakan Israel di luar Semenanjung Gaza juga dikurangkan daripada enam batu nautika kepada tiga.
\
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA_57352660_cropped_1531878525.jpg
Lintasan barangan dikenali sebagai Kerem Shalom, akan terus dibuka untuk membawa makanan dan ubatan berdasarkan kes.

Ia sudah ditutup kepada kebanyakan penghantaran sejak 9 Julai lalu, sebahagiannya sebagai tindak balas terhadap serangan bom api.

Tindakan itu diikuti berbulan ketegangan yang meningkatkan kemungkinan perang keempat antara Israel dan Hamas sejak 2008.

Di sebalik berbalas tembakan dan bom api menggunakan layang-layang, bantahan besar-besaran dan pertembungan di sepanjang Gaza sejak 30 Mac lalu menyaksikan berpuluh penduduk Palestin ditembak mati tentera Zionis.

Hamas, pergerakan Islam yang mentadbir Semenanjung Gaza semakin tertekan dengan penutupan lintasan itu dengan keadaan kemanusiaan di wilayah terkepung dengan dua juta penduduk bertambah buruk.

Satu-satunya lintasan sempadan lain Gaza dengan Mesir, Rafah, juga ditutup semalam, walaupun sumber berkata, ia hanyalah kerana alasan ‘teknikal.’

Ia mencetuskan spekulasi bahawa Mesir, yang menjadi pengantara antara Israel dan Hamas, menutupnya bagi menambah tekanan kepada pergerakan Islam itu supaya mengekang penggunaan layang-layang sebagai bom api.

Israel berikrar tindak balas lebih tegas terhadap ratusan layang-layang api dan belon yang diterbangkan penduduk Gaza di pagar sempadan sejak April lalu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menerima tekanan politik berhubung isu itu, mengarahkan tentera menghalangnya.

Sementara itu, Hamas menyelar penutupan lintasan barangan Israel sebagai ‘jenayah ke atas kemanusiaan’ dan menuduhnya sengaja memperbesar-besarkan ancaman layang-layang api.

“Penjajahan Israel bermain dengan api jika jet pejuangnya menyasar layang-layang,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Perkhidmatan bomba Israel berkata, kira-kira 750 kebakaran memusnahkan kira-kira 2,600 hektar tanah, menganggarkan kerugian sebanyak ratusan ribu dolar.

Seorang pensyarah sains politik di Gaza, Prof Jamal al-Fadi bersetuju, Hamas dapat menghentikan bom api itu, namun berkata, pergerakan Islam itu mahu menggunakannya untuk meningkatkan tekanan supaya Israel melonggarkan sekatan.

“Pergerakan Islam itu kini terhad untuk menggunakan tindak balas ketenteraan. Ia tidak berminat melakukan konfrontasi tentera kerana rakyat enggan satu peperangan,” kata Fadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 9:49 AM
Gaza semakin sempit | Harian Metro

Bencana perang
MyMetroMutakhir
Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kira-kira 370,000 kanak-kanak di Yaman berdepan ancaman maut berikutan krisis kekurangan makanan berkhasiat selepas perang saudara tercetus dua tahun lalu.

Selain itu, lebih daripada 3.2 juta rakyat negara itu hilang tempat tinggal dan berdepan kekurangan makanan paling serius pernah direkodkan sejak sedekad lalu.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/07hmyemen1_1486334946.jpg
Itu angka dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sejak tercetusnya konflik di negara itu.

Prihatin terhadap nasib mereka, Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) melaksanakan misi kemanusiaan ke Yaman pada Rabu ini serta menyalurkan bantuan kepada rakyat negara itu.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, kira-kira 10,000 rakyat negara itu dilaporkan terbunuh, 19 juta putus bekalan air bersih dan hampir 15 juta rakyat gagal dirawat dengan betul.

“Paling menyedihkan, lebih 1.8 juta kanak-kanak diancam pelbagai wabak termasuk kekurangan nutrisi dan peperangan.

“Atas keprihatinan berkenaan, kami melaksanakan kempen bantuan untuk Yaman ini dengan slogan #Peace4Yemen,” katanya, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, kempen ini turut disertai beberapa artis terkenal tanah air antaranya Afdlin Shauki, Heliza Helmi, Hafiz Hamidun, Salima Habibi, Adam Corrie dan beberapa lagi artis lain.

Beliau turut memohon orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank (564490413882), Bank Islam (14014010147470) dan Bank Muamalat (14010007654717).

“Keadaan di negara itu begitu mendesak dengan pelbagai masalah terutama kekurangan makanan bernutrisi yang melanda kebanyakannya kanak-kanak.

“Jika kita lihat masalah beberapa negara konflik antaranya Syria, Palestin dan isu Rohingya, keadaan sama berlaku kepada penduduk di Yaman, malah lebih membimbangkan apabila isu ini kurang dilaporkan,” katanya.

Katanya, kebanyakan laporan media mahupun bantuan lebih terarah kepada masalah di Syria serta Palestin, namun konflik di Yaman kurang mendapat perhatian.

Mengulas keadaan di Yaman, Zulkifli berkata, keadaan di negara itu amat teruk dan perkara paling dibimbangi adalah kanak-kanak.

Berdasarkan laporan WHO dan UNICEF menyatakan rakyat di Yaman berdepan krisis kemanusiaan paling buruk pernah direkodkan apabila kekurangan bekalan makanan berkhasiat dan bantuan perubatan.

Pada 6 Oktober tahun lalu, pihak berkuasa kesihatan negara itu mengesahkan berlaku penularan wabak taun, sekali gus meletakkan tahap kesihatan penduduk dalam bahaya terutama kanak-kanak.

Lebih RM720 juta diperlukan UNICEF untuk penyediaan bantuan asas perubatan, pendidikan dan perlindungan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 6:49 AM
Bencana perang | Harian Metro

Fahami air mata Yaman
MyMetroMutakhir
Tarim (Yaman): Bantuan berjumlah RM150,000 dan data maklumat penderitaan rakyat Yaman. Itu yang berjaya diperoleh sepanjang Misi Kemanusiaan Muslim Care Society Malaysia (Muslim Care).

Misi berkenaan yang bermula 8 Februari lalu antara lain menyasarkan penyaluran bantuan makanan dan maklumat penderitaan rakyat Yaman selain memahami konflik perang saudara yang tercetus sejak dua tahun lalu.

Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, konflik di Yaman kurang mendapat perhatian rakyat Malaysia berbanding penderitaan rakyat Syria dan Palestin.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/yaman_cropped_1487467241.jpg
Menurutnya, bantuan banyak tertumpu kepada dua konflik ini saja iaitu Syria dan Palestin, manakala krisis di Yaman seperti tidak dipedulikan.

“Misi kemanusiaan ini dilaksanakan supaya kita memahami krisis yang berlaku di Yaman sekali gus maklumat yang diperoleh sepanjang misi ini akan kita bawa pulang.

“Kita juga akan memberi penerangan menerusi siri ceramah bersama pendakwah bebas yang mengikuti misi ini antaranya Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofri, sukarelawan Muslim Care, Ustaz Imran Selamat dan selebriti yang turut serta.

“Segala bukti seperti video, gambar dan data maklumat ini dapat memberi penerangan kepada rakyat Malaysia, sekali gus menyedari kepentingan untuk menyantuni saudara Islam kita di Yaman,” katanya kepada pemberita, di sini.

Zulkifli berkata, Muslim Care akan meneruskan bantuan makanan mahupun dana kepada rakyat Yaman dan tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan misi kemanusiaan sekali lagi di negara itu.

Ketua Misi, Syed Mohammad Khair Syed Hussien berkata, pihaknya akan cuba meneruskan misi ini selepas memperoleh maklumat berhubung penderitaan rakyat Yaman.

“Saya sendiri dapat melihat penderitaan rakyat Yaman menerusi program ziarah yang sudah kita aturkan di beberapa lokasi.

“Apa yang boleh saya katakan, rakyat Yaman sangat memerlukan bantuan daripada aspek bantuan kewangan dan bantuan makanan serta perubatan,” katanya.

Beliau berkata, misi kemanusiaan di Yaman ini banyak memberi pendedahan terutamanya dalam memahami konflik di negara itu.

“Insya-Allah, kita akan laksanakan misi ini sekali lagi. Kita akan kumpulkan dana sebanyak mungkin dan salurkan kepada Yaman.

“Ramai orang kita (rakyat Malaysia) kurang menyedari krisis di Yaman ini. Mereka lebih terarah kepada isu Syria dan Palestin. Saya berharap selepas ini rakyat Malaysia mulai sedar dan faham situasi di Yaman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 9:20 AM
Fahami air mata Yaman | Harian Metro

Pertempuran terbesar
MyMetroGlobal
Reuters
Aden: Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan terhadap kedudukan pemberontak Houthi di Hodeidah semalam, pertempuran terbesar dalam perang tiga tahun di Yaman.

Pesawat dan kapal perang milik tentera pakatan membedil kubu Houthi untuk menyokong operasi darat tentera Yaman di selatan bandar pelabuhan terbesar di negara itu, kata kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/14hmhodei_1528938103.jpg
Operasi “Kejayaan Emas” bermula selepas tamatnya tarikh akhir yang ditetapkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk Houthi yang menguasai ibu kota Sanaa dan kawasan populasi utama di Yaman, untuk menyerahkan satu-satunya pelabuhan yang ditawan mereka.

Pelabuhan di Laut Merah itu ibarat talian nyawa untuk penduduk Yaman, mengendalikan 80 peratus barangan utama untuk negara itu yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dilanda krisis kemanusiaan terburuk.

PBB juga bimbang perkembangan terbaru itu memburukkan lagi krisis berkenaan dengan ribuan penduduk di bandar menjadi pelarian apabila melarikan diri dari kawasan pertempuran.

Serangan itu adalah yang pertama sejak tentera pakatan negara Teluk disokong Barat itu yang menyertai perang pada 2015 cuba menawan sebuah bandar besar yang mempunyai pertahanan yang baik.

Objektif operasi itu adalah untuk mengepung Houthi di Sanaa, memotong laluan bekalan dan memaksa kumpulan berkenaan ke meja rundingan.

Tentera Yaman yang bergabung dengan unit tempatan di persisiran Laut Merah dan satu batalion diketuai sepupu bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh kini bertempur bersama askar UAE dan Sudan.

Pemimpin Houthi, Mohammed Ali Al-Houthi sebelum ini memberi amaran kepada tentera pakatan yang disokong Barat itu supaya tidak menyerang bandar berkenaan dan mengancam untuk menyerang kapal tangki di laluan perkapalan strategik di Laut Merah.

Campur tangan di Yaman itu bertujuan mengembalikan semula kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi dan menghalang pengaruh Houthi yang disokong Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Jun 2018 @ 9:01 AM
Pertempuran terbesar | Harian Metro

Aleppo kini 'bandar berhantu'
MyMetroNode
Agensi
Aleppo: Bedilan meriam, mortar dan serangan udara dalam perang hampir lima tahun menyebabkan Aleppo, bandar raya terbesar Syria sebelum perang dengan lebih tiga juta penduduk, kini hanya tinggal runtuhan dengan ekonominya musnah sama sekali.

Terletak di persimpangan laluan perdagangan kuno, Aleppo menjadi nadi industri Syria dengan kilang tekstil, plastik dan farmaseutikal manakala keindahan bangunan bersejarah di Bandar Lama yang tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO, menarik jutaan pelancong setiap tahun.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/po6.jpg_1482744477.jpg
Kini, Aleppo bagaikan ‘pekan hantu’ seperti bandar raya yang musnah ketika Perang Dunia Kedua. Sebelum perang, bandar raya itu mempunyai 550,000 rumah yang dianggar bernilai lebih RM200 bilion namun perang menyebabkan kemusnahan penempatan bernilai lebih RM100 bilion, tidak termasuk kemusnahan lain seperti kilang dan infrastruktur.

Antara 70 hingga 80 peratus kemusnahan itu berlaku di timur, wilayah dikuasai penentang yang dibedil dan dibom pesawat Russia hampir setiap hari sejak lebih setahun lalu.

Bandar Lama Aleppo yang padat dengan penduduk, diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1986. Ia mempunyai Gereja kurun ke-13 dan Masjid Besar kurun kelapan yang kedua-duanya kini rosak teruk.

Lebih 150 bangunan di bandar itu musnah termasuk separuh ‘pasar lama’ yang menjadi tumpuan pelancong serta nadi ekonomi penduduknya.

Sebelum perang, Masjid Besar juga dikenali sebagai Masjid Umayyad yang mengandungi makam Nabi Zakaria, menjadi mercu tanda Aleppo. Menara masjid berkenaan musnah akibat bedilan pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 5:28 PM
Aleppo kini 'bandar berhantu' | Harian Metro

Tiada ulasan: