Rabu, 1 Ogos 2018

ฉันรักมาเลเซีย. 7957.


Saya suka Malaysia - ฉันรักมาเลเซีย
Daripada 18 jet pejuang Sukhoi hanya empat yang boleh terbang - Mohamad Sabu
Mohamad: Tak semua jet Sukhoi boleh terbang
Kow Gah Chie

PARLIMEN Daripada 18 unit jet pejuang Sukhoi dibeli kerajaan Malaysia pada 2007, hanya empat yang boleh terbang dengan baik pada ketika ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad baki 14 buah kapal terbang penggempur itu sedang dibaik pulih oleh syarikat tempatan.

Katanya langkah itu diambil kerana syarikat penyelenggaraan yang digunakan semasa kerajaan BN sudah ditamatkan kontraknya.

Anggota parlimen Kota Raja itu juga menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia juga tidak lagi menggunakan perkhidmatan pesawat udara buatan Russia, MiG-29

"Bagaimanapun Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan negara.

"Kita tidak perlu bimbang tentang keupayaan itu," katanya semasa menggulung perbahasan menjunjung kasih atas titah diraja, di Dewan Rakyat malam ini.

Dalam ucapan sama Mohamad juga menyatakan Kementerian Pertahanan sedang mengkaji semula keperluan mengurangkan kos penyelenggaraan Tentera Laut Diraja Malaysia melalui penurunan jenis kapal yang ada.

"Misalnya dasar kita sekarang, ada 15 jenis dan kita hendak jadikan kepada lima jenis supaya kos penyelenggaraan lebih murah," katanya.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga menyatakan kelengkapan ketenteraan memang akan menjadi usang dari semasa ke semasa.

"Ini yang kita hadapi, sebab itu alat tentera ini kita beli hari ini dalam keadaan baru, 10 tahun, 20 tahun lagi akan jadi lapuk.

"Justeru kita kita perlu kaji dari semasa ke semasa," katanya.
at 8/01/2018 12:25:00 PG
KERENGGA: Daripada 18 jet pejuang Sukhoi hanya empat yang boleh terbang - Mohamad Sabu
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/daripada-18-jet-pejuang-sukhoi-hanya.html

Mat Sabu cabar Najib ulang dalam Dewan Rakyat
Khairil Ashraf
KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak mengulangi kata-katanya dalam Dewan Rakyat selepas kemampuannya sebagai menteri pertahanan dipertikaikan oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata tindakan Najib mengulas prestasinya di luar Parlimen adalah tidak “gentleman”.

“Saya tak mahu jawab kalau komen di luar. Saya nak jawab dalam Parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk bawah pusat,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib mempertikaikan kemampuan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi menteri pertahanan kerana presiden Amanah itu lebih seperti bahan lawak dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu.

Najib yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun memberitahu hadirin dalam sebuah program kempen Barisan Nasional di Sungai Kandis baru-baru ini yang Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bukan seseorang yang kelihatan begitu yakin ketika mewakili Malaysia ke luar negara.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya menjadi menteri pertahanan.

“Saya baru 2 bulan jadi (menteri) nak nilai seseorang yang 2 bulan itu, belum tiba masanya.

“Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggulah dan lihat,” katanya.

at 7/31/2018 09:47:00 PTG
KERENGGA: Mat Sabu cabar Najib ulang dalam Dewan Rakyat
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/mat-sabu-cabar-najib-ulang-dalam-dewan.html

Published 17 minutes ago on 31 July 2018
Putrajaya to refuse half of RM5m promised by Najib to Arul Kanda
By Ram Anand and Emmanuel Santa Maria Chin

KUALA LUMPUR, July 31 — Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had signed off a RM5 million payment for former 1Malaysia Development Berhad (1MDB) chief Arul Kanda Kandasamy in January, Finance Minister Lim Guan Eng confirmed today.
Finance Minister Lim Guan Eng speaks to reporters at Parliament in Kuala Lumpur on July 31, 2018. ― Picture by Yusof Mat Isa
Finance Minister Lim Guan Eng speaks to reporters 
at Parliament in Kuala Lumpur on July 31, 2018. ― Picture by Yusof Mat Isa
Lim, however, said that his ministry now intends to recoup half of the payment that has already been given to Arul Kanda, and will not make the remainder of the payment that was due to the latter in June.

“In January this year, he was paid RM5 million. RM2.5 million was a down payment, and the balance after June 30.

“This was signed off by the former prime minister,” Lim told Dewan Rakyat today during his winding up speech for the motion of thanks to Yang di-Pertuan Agong.

“I can say that we have taken action to take back the RM2.5 million, and won’t pay the remainder RM2.5 million,” he added.

Previously, Malaysiakini, quoting anonymous sources, reported that Arul Kanda was given an ex-gratia payment for six months’ work prior to the 14th general election.

Arul Kanda was sacked from 1MDB on June 29, for “breaching contract” and his “fiduciary duty” as the state investment firm’s head.

https://www.malaymail.com/s/1657900/putrajaya-to-refuse-half-of-rm5m-promised-by-najib-to-arul-kanda

Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan pemimpin supaya sokong Lokman

PRK SG KANDIS Pemuda PAS Kota Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu ini.

Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui.

Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa muktamar.

"Sepatutnya cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.

“Kami turut berasakan tindakan itu akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis memilih Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Buat ahli celaru

Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota PAS supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara.

Beliau juga meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalkan’ penyatuan PAS dan Umno/BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS Kota Raja menghantar surat rasmi kepada setiausaha agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan PAS Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.

“Kami menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.

“Pemuda PAS Kota Raja sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai Kandis,” katanya.

Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
-Bernama
at 7/31/2018 08:00:00 PTG
KERENGGA: Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan pemimpin supaya sokong Lokman
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/pemuda-pas-kota-raja-persoal-seruan.html

Tuesday, 31 July 2018
DISEBALIK CUBAAN MENGHINA, MAT SABU LEBIH MULIA BERBANDING NAJIB

Siapa pun yang menonton video ucapan Najib Razak ketika berkempen di Sungai Kandis yang intipatinya memperlekeh serta menghina Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan, pasti akan geleng kepala dan mengucap panjang dibuatnya.

Begitukah perilaku dan akhlak seorang bekas Perdana Menteri?

Adakah Najib sebenarnya sedang mengalami gangguan mental sejak kehilangan kuasa dan ditolak rakyat pada PRU14 yang lalu?

Pernahkah Najib menilai dan mencermin siapa dirinya terlebih dahulu sebelum berbuat begitu?

Sesuatu yang Najib harus sedari ialah Mohamad Sabu atau Mat Sabu baru tidak sampai dua bulan menjadi Menteri Pertahanan dan oleh yang demikian, adalah terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap dirinya.

Bolehkah Najib mengingat kembali bagaimana kedudukan beliau ketika dua bulan menjadi timbalan menteri dahulu iaitu jawatan awalnya dalam kerajaan?

Siapakah agaknya yang lebih kartun jika dibuat perbandingan antara kedua-duanya?

Masih lupakah Najib bagaimana ucapannya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu yang sering menjadi bahan ketawa ramai?

Lagi pula, sebelum Najib mahu terus memperlekeh dan menghina orang lain dengan gelaran kartun dan sebagainya, lupakah bagaimana sebelum pilihanraya lalu beliau hampir setiap hari berbuat perkara yang sama terhadap Tun Mahathir Mohamad, terutama berkaitan usianya yang sudah mencecah usia 93 tahun?

Tetapi, apa jadi akhirnya?

Bukankah beliau kecundang dan tewas  di tangan lelaki tua yang sudah berusia 93 tahun itu?

Dalam hal ini, meskipun Mat Sabu masih baru sebagai menteri, tetapi harus diakui beliau adalah pejuang rakyat yang punyai ramai peminat dan disanjung rakyat.

Jika antara Najib dan Mat Sabu muncul di khalayak ramai ketika ini, sudah pasti Menteri  Pertahanan itu akan menjadi tumpuan dan lebih ramai yang ingin bergambar atau berselfie dengannya.

Sedarkah Najib hakikat itu?

Selain itu, sebelum mahu memperlekeh dan menghina orang lain, Najib juga seharusnya sedar bahawa beliau adalah sosok yang paling dibenci rakyat ketika ini sehingga riwayat kuasa UMNO berakhir di bawah kepimpinannya.

Dengan dakwaan terkait dalam skandal kewangan 1MDB yang bernilai berbilion ringgit, selain di kediamannya dijumpai wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai lebih satu bilion ringgit, Najib sepatutnya insaf  bahawa Mat Sabu jauh lebih mulia berbanding dirinya.

Pernahkah dalam sejarah negara sejak merdeka, kita ada pemimpin sebegitu rupa?

Yang nyata, dengan perilaku dan akhlak yang ditunjukkan Najib terhadap Mat Sabu ini, beliau akan terus membuatkan rakyat tambah benci terhadapnya, jauh sekali untuk bersimpati dengan nasibnya yang bakal berdepan lebih banyak pendakwaan di mahkamah serta mungkin mengakhiri kehidupan di penjara sebagai hukuman. 

(ShahbudinHusin 31/07/2018)
Shahbudin dot com: Di SEBALIK CUBAAN MENGHINA, MAT SABU LEBIH MULIA BERBANDING NAJIB
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/07/di-sebalik-cubaan-menghina-mat-sabu.html

Akhirnya Zamihan mohon maaf kepada Bilal Philips

Pendakwah Kanada, Abu Ameenah Bilal Philips, hari ini menarik balik saman fitnahnya ke atas pendakwah kontroversi tempatan Zamihan Mat Zin selepas pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu bersetuju untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di Facebook, yang mendakwa dirinya terlibat dalam kegiatan pengganas.

Penghakiman persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Peguam Bilal Philips, Meor Amir Meor Omar Baki, berkata Zamihan mengaku bertanggungjawab dan akan memohon maaf secara terbuka di Facebook selama dua hari bermula hari ini.

"Kita tidak boleh mendedahkan terma penyelesaian termasuk jumlah ganti rugi yang perlu dibayar, dan juga tidak ada perintah mengenai kos," katanya.

"Deposit yang dibayar oleh Bilal Philips sebanyak RM30,000 akan dipulangkan," kata Meor Amir.

Bilal Philips terpaksa membayar jumlah tersebut sebagai sebagai jaminan kos dalam kes saman RM1 juta terhadap Zamihan.

Peguam itu juga berkata mahkamah turut memberikan perintah injunksi menghalang Zamihan baik secara lisan atau menerbitkan kenyataan fitnah yang sama terhadap Bilal Philips.

Bilal Philips memfailkan saman fitnah itu berikutan posting laman Facebook Zamihan pada November 2016 yang memaparkan gambarnya dengan iringan kenyataan yang menggelarkannya sebagai pengganas antarabangsa.

Posting itu dibuat sebaik sebelum sebuah acara keagamaan di Perlis, yang menampilkan Bilal Philips sebagai salah seorang penceramah.

Pendakwah kelahiran Jamaica itu berkata tuduhan Zamihan bahawa beliau adalah penyokong keganasan adalah palsu, fitnah dan tidak berasas, memandangkan beliau sentiasa mempromosikan keamanan dan pemahaman Islam dan menolak keganasan yang dibuat atas nama agama.

Beliau juga berkata, tuduhan Zamihan bermaksud beliau secara aktif terlibat dalam keganasan dan menjadi matlamat ceramahnya, sedangkan beliau telah menulis lebih 50 buku tentang Islam dan terlibat dengan pelbagai program televisyen Islamik seperti "Peace TV", "Huda TV" dan "The Deen Show, Chicago".

Penceramah popular itu memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Madinah, ijazah sarjana dari King Saud University dan doktor falsafah dari University of Wales, Trinity Saint David, dan tersenarai dalam 500 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun ini.
-malaysiakini

at 7/31/2018 07:14:00 PTG
KERENGGA: Akhirnya Zamihan mohon maaf kepada Bilal Philips
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/07/akhirnya-zamihan-mohon-maaf-kepada.html


BERITA»Nasional
Selasa, 31 Julai 2018 | 2:21pm

Agong berangkat ke Istiadat Hari Pahlawan 2018
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini, pagi ini.

Sebaik keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda, lagu 'Negaraku' dimainkan dan Sultan Muhammad kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan utama diiringi 21 das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Kawalan kehormatan itu terdiri daripada 103 anggota pangkat-pangkat lain berserta empat pegawai, diketuai Mejar Janius Abdiah Shahputra Janny dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Hadir sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, dan isteri, Puan Sri Rusnah Abdul Rahman.

Program kemudian diteruskan dengan deklamasi sajak berjudul Pahlawan oleh Leftenan Farahanina Ismail dan Asisten Superintendan Rahimi Hamzah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadirin turut dipersembahkan pantomim bertajuk 'Operasi Iblis 1971' (Ops Iblis) oleh enam pegawai dan 98 anggota LLP dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (RRD) diketuai Pegawai Memerintah BN 1 RRD Leftenan Kolonel Mohd Khairulnizam Sulaiman.

Pantomim itu dipersembahkan bagi mengenang jasa Kapten V Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempuran yang turut mencederakan dua anggota renjer iaitu Abang Bolhi Abang Doladi dan Bajau ak Ladi.

Ops Iblis dilancarkan oleh Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada tahun 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahkan Unit Penggempur ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak sebagai kubu baharu mereka.

Pada 3 Jun 1971, satu kumpulan tinjau khas berkekuatan 23 orang anggota campuran yang diketuai Mohana Chandran bergerak menuju ke kawasan Tanah Hitam Chemor melalui Hutan Rizab Bukit Kinta, Perak bagi mengesan pengganas komunis itu.

Bagaimanapun, kumpulan anggota itu dipecahkan kepada kumpulan kecil dengan Mohana Chandran mengetuai kumpulan itu untuk menjejaki kem musuh dengan lebih dekat.

Mohana Chandran terkena tembakan apabila diserang kira-kira 25 hingga 30 komunis tetapi dia tidak berganjak terus berbalas tembakan sebelum sebutir peluru menembusi kepalanya.

Diceritakan juga, mendiang masih terus menembak sebagai tindak balas refleks sehingga tubuhnya kaku.

Turut digambarkan, walaupun dengan kekuatan anggota yang kecil namun, mendiang berjaya mengelirukan musuh mengenai kekuatan sebenar pasukannya apabila menjerit seolah-olah mereka hadir dengan kekuatan satu platun.

Mohana Chandran dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 7 Jun 1972 oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong secara Posthumous manakala, Bajau dan Korporal Osman Sharif dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) manakala, Abang Bolhi diberi penganugerahan Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/456045/agong-berangkat-ke-istiadat-hari-pahlawan-2018

Kolumnis
Isnin, 30 Julai 2018 | 3:29pm
Kempen sepi tetapi penuh makna
Oleh Johari Ibrahim joib@bh.com.my
BENDERA dan kain rentang parti politik bertanding menghiasi sepanjang jalan Kampung Sungai Kandis sempena PRK DUN Sungai Kandis. - Foto Roslin Mat Tahir

BARU sahaja hilang dakwat di jari selepas mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan mencelup lagi jari pada Sabtu ini.

Kali ini bagi menentukan siapa yang akan mewakili mereka dalam DUN Selangor antara pertaruhan PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

PAS tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dan memberi laluan kepada calon dari UMNO, tetapi meminta ahli serta penyokongnya mengundi Lokman dengan alasan memperkuatkan suara pembangkang di negeri itu.

Bagi petugas media, ini ialah kempen paling 'sepi' antara PRK di negara ini.

Hampir tidak ada ceramah besar-besaran membabitkan pimpinan pusat kedua-dua pihak, kecuali lawatan bersama calon.

Calon bebas, K Murthy, seorang pesara kerajaan juga menempa 'sejarah' tersendiri apabila terus 'lesap' selepas hari penamaan calon pada 21 Ogos lalu dan tidak langsung berkempen.

Bagaimanapun, 'kesunyian' kempen pada PRK DUN Sungai Kandis itu tersembunyi makna yang besar kepada kedua-dua parti bertanding.

Tiada isu

Walaupun tiada isu besar diketengahkan, cabaran dibawa bersama kempen PRK itu amat besar.

Di pihak PKR, Ahmad Zawawi membawa misi besar, iaitu setidak-tidaknya mengekalkan jumlah undi diperoleh Allahyarham Mat Suhaimi Shafiei pada PRU-14 lalu 23,998 undi. Mat Suhaimi menang di kerusi itu dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Asasnya, 23,998 undi itu jumlah minimum perlu diperoleh PKR dalam PRK itu dan jumlah majoriti itu perlu dipertahankan.

Jika tidak, banyak persoalan akan perlu dijawab oleh PKR dan Pakatan Harapan (PH) selepas PRK ini kerana Lokman dari awal menyatakan misinya untuk 'mengutip' suara rakyat melalui undi untuk membuktikan rakyat sudah mula tidak puas hati dengan pentadbiran PKR di Selangor dan PH di Putrajaya.

Tidak hairan jika PKR amat mengharapkan undi penyokong PAS pada PRK itu yang berjumlah 7,573 ketika PRU-14 bagi menggagalkan dakwaan Lokman dan BN.

Ahmad Zawawi yakin sekurang-kurangnya 50 peratus daripada undi penyokong PAS pada PRU-14 akan berpihak kepadanya.

Ia adalah misi terbesar PKR pada PRK yang 'sunyi' ini di sebalik keyakinan calon bahawa penduduk lebih dambakan penyelesaian isu setempat.

PAS arah sokong BN

Bagaimanapun, pengumuman kepemimpinan PAS, termasuk satu himpunan yang dinamakan 'PAS Selangor Bangkit' pada malam Sabtu supaya penyokong PAS memberikan kemenangan kepada Lokman membuatkan kem PKR cuak sedikit.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan, secara terus-terang mengarahkan penyokongnya mengundi Lokman.

"Untuk mengalahkannya (PKR), kena undi siapa? Itu dia ada situ," kata Nasruddin kepada penyokong PAS sambil menunjuk ke arah Lokman yang turut hadir di majlis ceramah berkenaan.

Di Kem BN, Lokman menyambut perkembangan terbaru bersama PAS itu dengan keyakinan dan kelegaan.

PRK ini memberi makna yang besar juga kepada BN, UMNO dan PAS kerana buat kali pertama persefahaman politik seperti itu terjalin atas dasar sama iaitu, menghentikan sikap PH yang didakwa membelakangkan Islam dan orang Melayu walaupun tidak sampai tiga bulan berada di Putrajaya.

Walaupun menjadikan alasan utama untuk menguatkan suara pembangkang di DUN Selangor, PAS pergi lebih jauh dalam menjustifikasi kerjasama itu, iaitu PH perlu diajar dan diperingatkan bahawa ada dasarnya yang didakwa menyimpang daripada kepentingan Islam dan Melayu.

Apabila bercakap mengenai kepentingan Islam, bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, mengakui penyokong dan ahli parti itu akan mematuhi arahan pucuk pimpinannya.

Berupaya mengurangkan majoriti PKR pada PRK ini ialah kemenangan moral kepada BN, namun ia tugas berat.

Banyak 'sasaran' Lokman jika tercapai akan membuatkan PKR tersepit untuk memberi penjelasan kepada rakyat selepas ini.

Lokman akan dilihat 'menang secara moral' jika berjaya mengurangkan jumlah undi diterima PKR, mengurangkan majoriti PKR apatah lagi jika menang PRK itu.

Lokman dilihat tidak begitu mempedulikan isu setempat, sebaliknya kekal berpegang kepada sasaran misinya iaitu menggunakan isu nasional, termasuk berkaitan agama Islam dan kaum Melayu sebagai sebagai 'bukti' penolakan rakyat terhadap pentadbiran PH.

PAS tidak bertanding pada PRK ini tetapi rupa-rupanya tindakan parti itu memberi pengaruh besar dalam kempen berkenaan.

Selain berhasrat memenangkan BN dalam PRK itu, PAS juga mahu menguji sesuatu dengan tidak bertanding kali ini.

PAS tentu mahu memerhatikan pola pengundian penyokongnya, sama ada ia akan beralih ke PKR atau PH, tidak kisah mengundi BN atau UMNO atau mereka tidak keluar mengundi.

Jika berjaya, apakah kerjasama politik antara BN dan PAS ini akan membuka lembaran kepada lebih banyak gerakan serupa pada PRK akan datang atau bidang lain sepanjang PH mentadbir negara, adalah sesuatu yang menarik diperhatikan.

Ini barangkali yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa langkah parti itu tidak bertanding juga mahu menguji dapatan dalam 'post mortem' pasca PRU-14 parti itu yang tidak pernah dinyatakan kepada umum.


Jika berjaya, apakah kerjasama politik antara BN dan PAS ini akan membuka lembaran kepada lebih banyak gerakan serupa pada PRK akan datang atau bidang lain sepanjang PH mentadbir negara, adalah sesuatu yang menarik diperhatikan.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/07/455671/kempen-sepi-tetapi-penuh-makna

MEIO agents in fear after letter to CIA leaked, lawyer claims
Published 35 minutes ago on 31 July 2018
By Kenneth Tee
Shaharudin said the leaked letter was 'drafted, vetted and analysed' by at least 10 senior MEIO officers before it was signed by Hasanah. ― Picture by Ahmad Zamzahuri
Shaharudin said the leaked letter was 'drafted, vetted and analysed' by at least 10 senior MEIO officers before it was signed by Hasanah. ― Picture by Ahmad Zamzahuri
KUALA LUMPUR, July 31 ― Lawyer Datuk Shaharudin Ali claimed today that Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO) agents worldwide are in fear for their safety after a letter penned by their former chief to the US Central Intelligence Agency (CIA) was leaked.

Shaharudin, who is representing former MEIO director-general Datuk Hasanah Abdul Hamid, said his client has also requested the Chief Government Security Office to probe the matter as well for breach in security protocols among civil servants.

“My client suspected it was someone with direct access to such files in her office,” he told reporters here.

Hasanah filed a police report over the matter at the Jalan Travers police station earlier.

“This is a wake-up call to all intelligence agencies in the country that these sort of leakage should never be tolerated and could possibly pose danger to other similar agencies in relation with MEIO worldwide.”

“This leakage has caused MEIO agents located worldwide to fear for their safety and subsequently demoralised them because they are afraid that information they supplied could also be at risk of being exposed,” he added.

He explained that the MEIO, which was set up in the 1960s and worked together with other agencies such as the Special Branch, Military Intelligence and the National Security Council, has contributed much to national security during the Malayan Emergency, the Indonesia-Malaysia Confrontation, and most recently against Islamic State threats.

The lawyer also said the leaked letter was “drafted, vetted and analysed” by at least 10 senior MEIO officers before it was signed by Hasanah, and was made in good faith towards the CIA.

“Therefore the MEIO letter dated May 4 is not something extraordinary and far from being treasonous as claimed by certain parties.

“Those are lies, nonsense and does not make any sense because MEIO has the mandate to look after national security,” he added, saying the letter must not cause polemics among the public.

The three-page letter signed by Hasanah, congratulated the new CIA director Gina Haspel and appealed for the United States to support Najib’s administration “even if Barisan Nasional won the election by a simple majority or just one seat.”

The letter supposedly read that any indication that the US government would continue to support Najib and his government would “definitely strengthen stability and enhance the existing cordial relationship driven by the strong rapport between the two leaders.”

The letter stated that Tun Dr Mahathir Mohamad was anti-West, anti-Semitic and autocratic, while also ignoring human rights and the rule of law.

The letter was written on May 4, just a week before GE14.

https://www.malaymail.com/s/1657872/meio-agents-in-fear-after-letter-to-cia-leaked-lawyer-claims?utm_source=izooto



.........

Tiada ulasan: