Rabu, 1 Ogos 2018

Melolong. 7958.


Ada yang berani jawab dan ada yang x berani jawab...
01 August 2018 
KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan pasai 1MDB
Isu hutang syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sidang Dewan Rakyat petang ini. 

Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajukan soalan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. 

Wee Ka Siong (Ayer Hitam) kena troll dengan Lim Guan Eng dengan soalan CHECKMATE...tak berani jawab sampai sudah, terus terduduk... 
Hutang negara yang mencecah lebih dari RM1 trillion cuba disanggah oleh pembangkang. 

Sampai bila kah agaknya puak2 pembangkang ini akan terus menafikan kebobrokan pemerintahan terdahulu??

1MDB tidak mampu untuk membayar hutangnya. Pentadbiran Najib Razak telah menggunakan lebih RM7 bilion dana kerajaan untuk membayar hutang tersebut. 

Jika UMNO/BN tidak tewas dalam PRU14, Najib mungkin akan terus menggunakan lebih banyak wang rakyat untuk membayar hutang bagi pihak 1MDB.
Image result for pas puas hati penjelasan 1mdb
Di mana agaknya suara lebai2 PAS dalam parlimen berhubung skandal 1MDB dan hutang negara? 

Atau mereka tak mampu hadam apa yang dibahaskan ? Sebelum ni bukan main punya PUASHATI...
Najib tawar Arul gaji RM5 juta... Story kat SINI dan SINI 
Tau dak PM korang yg bernama DS Najib bin Tun Abdul Razak membayar RM 5juta kepada Arul Kanda untuk tugas selama 6 bulan dari Januari hingga Jun 2018. 

Dalam kata lain gajinya hampir 1juta sebulan. Pandainya X PM korang ni. 

Bayaran pendahuluan RM2.5 juta telah diambil Arul Kanda manakala bakinya yang sepatutnya diterima pada 30 Jun tidak dibayar setelah rejim Najib tewas pada PRU14.
Image may contain: 3 people, text
Dah lah Syarikat rugi, berhutang berpuluh billion. Duit kena rompak oleh Bijan dan gerombolan. 

Barua ni dapat 5juta masuk akaun peribadi dia.
Image may contain: 5 people, people smiling, text
JAWAPAN tentang pelantikan 'orang politik' dalam Khazanah Nasional Berhad..

KECOH pula lepas Tun M dan Azmin dilantik sebagai 'Board Of Directors (BOD)' dalam Khazanah Nasional. Konon langgar manifesto PH tak nak lantik orang politik dalam GLC... Betulkah begitu ?? 

FAKTA : KHAZANAH ialah Government-Linked Investment Companies (GLIC) bukannya GLC lain. KHAZANAH 100% milik kerajaan. Tiada saham lain. Melalui KHAZANAH la ada saham dalam GLC-GLC lain. Dalam KHAZANAH WAJIB letak orang kerajaan sebab 'stakeholders' nya adalah Kerajaan Malaysia. 

PERBEZAAN : 

1) Government-Linked Investment Companies (GLIC) / Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan 

2) Government-Linked Companies (GLC) / Syarikat Berkaitan Kerajaan

Jadi dalam manifesto itu sebut GLC seperti TNB, TM, UEM dan sebagainya BUKANNYA GLC. KHAZANAH ialah syarikat pelaburan negara yang kawal selia kekayaan negara (melalui kerajaan). Jadi pelantikan Tun M dan Azmin dalam Khazanah tidak melanggar manifesto PH.

TAHUKAH ANDA.. Sejarah Pengerusi KHAZANAH..

Yang pertama (1994): Mahathir Mohamad
Yang ke-2 (2003): Abdullah Badawi
Yang ke-3 (2009): Najib Razak
Yang ke-4 (2018): Mahathir Mohamad

Khazanah Nasional merupakan sayap pelaburan kerajaan, bagai anak syarikat kerajaan yang berfungsi sebagai sayap mencari duit untuk kerajaan persekutuan, berdasarkan polisi ekonomi kerajaan persekutuan. Jadi seharusnya ada sedikit sebanyak kawalan kerajaan dalam Khazanah. Apa yang pelik sangat?

Dalam dunia korporat, ia perkara biasa untuk anak-anak syarikat dikawal oleh syarikat induk masing-masing. Mohon macai-macai selami dunia korporat sebelum berhujah.
Lim said he hoped that the federal opposition will not 'sabotage' the national economic policy. ― Picture by Yusof Mat Isa
Deficit imminent if BN-controlled Senate blocks SST Bill... 
Finance Minister Lim Guan Eng today warned the opposition-controlled Senate of the consequences of not supporting the government's sales and services tax (SST) bills expected to be tabled during the Dewan Negara session commencing Aug 20. 

He said if the bills are not passed, the country may face a fiscal deficit which will impact the ratings by the world's big three rating firms.

He said this after tabling the Sales Tax Bill 2018 and Services Tax Bill 2018 at the Dewan Rakyat today to replace the Goods and Services Tax Act 2014.

"I am asking if the opposition agrees to have the SST to replace GST because the opposition is controlling the Senate," said Lim.

"Will the (members of) Senate be instructed to reject the SST?" he asked during the winding-up debate on the royal decree at the Dewan Rakyat.

"This is very important because if the country unable to impose (the SST as planned) on Sept 1, we may land in a deficit situation from the aspect of the current balance.

"This may impact our rating by the (big three) credit rating agencies, Standard & Poor's, Moody's and Fitch Ratings," he said.

"I hope in this matter, (the senators) can respect the people's mandate, as the latter made their choice (in the May 9 general election).

"The people wanted the new government to rule the country, so when we come up with a bill or new policy, they should be respected according to the spirit of democracy," he said.

There has been concern that Harapan may not be able to pass the bills it is seeking to amend or abolish in Senate, even it has no problem in passing the bills in the lower House. 

There are currently 51 senators out of 70 available seats, with 28 of them from BN. - mk

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text


Image may contain: text

Image may contain: 7 people, text


Image may contain: text

cheers.
http://alditta.blogspot.com/2018/08/kj-ka-siong-terduduk-dengar-jawapan.html

SEPETANG DALAM MAJLIS BERSAMA TUN M (31 Julai 2018) - Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Petang tadi (3.30 pm - 5.30 pm), aku berada dalam majlis Tun M bersama para ulama dan cendekiawan muslim daripada pelbagai pertubuhan di pejabatnya.

2. Majlis yang berlangsung dalam bentuk dialog ringan itu dihoskan oleh pejabat Menteri di JPM (Agama). Seramai sekitar 45 orang ulama dan cendekiawan muslim hadir dari seluruh negara.

3. Tun M seperti biasa secara bersahaja menyampaikan idea-ideanya tentang Islam dari sudut pandangnya sebagai seorang muslim yang berstatus PM yang mahu melihat Malaysia menjadi negara Islam contoh untuk seluruh dunia Islam.

4. Baginya, negara-negara Arab gagal dalam menampilkan diri sebagai negara Islam contoh apabila negara-negara itu sering berperang sesama sendiri kerana pelbagai sebab yang tidak membawa sebarang faedah.

5. Beliau turut menekankan dua aspek penting yang yang mesti dikuasai oleh orang Islam iaitu ilmu dan teknologi yang asalnya dikuasai oleh orang Islam tetapi kini berada di tangan orang lain.

6. Tun M turut menafikan tanggapan sebahagian orang Islam yang tidak bersetuju dengan caranya dalam menanggapi isu-isu Islam sebagai penolak hadis. Katanya, "Saya tidak menolak hadis yang sahih...!"

7. Menurutnya, beliau lebih menumpu kepada usaha memahami kandungan al-Quran kerana beliau yakin kandungan al-Quran sudah lengkap untuk memandu manusia menuju kejayaan dalam kehidupan.

8. Katanya, beliau sebagai orang Islam biasa tentu tidak mampu memahami hadith dengan mendalam tetapi menerima semua ajaran hadith yang tidak bercanggah dengan al-Quran.

9. Pengetahuannya tentang ayat al-Quran yang muhkamat dan mutasyabihat juga baik. Bahkan katanya, orang Islam tidak mengutamakan tuntutan ayat muhkamat untuk dilaksanakan seperti tuntutan memelihara hubungan persaudaraan.

10. Ketika beliau bercakap tentang keganasan ISIS yang menyembelih orang Islam lain yang tidak sefahaman dengan mereka sambil melaungkan takbir, serta sikap negara-negara Islam yang saling berperang dan berbunuh sesama sendiri, beliau kelihatan sebak dan tidak dapat meneruskan ucapannya.

11. Ucapannya terhenti di situ dan majlis diambil alih oleh moderator, YB Dr Mujahid yang terus membuka ruang untuk sesi dialog.

12. Bagi aku, Tun M punya misi dan visi yang jelas dalam pemerkasaan pentadbiran Islam di Malaysia. Kefahamannya tentang Islam sebagai din, yang beliau ulang sebut beberapa kali, "din adalah cara hidup", juga adalah baik.

13. Bahkan aku berani katakan, kefahamannya tentang al-Quran lebih baik daripada sebahagian orang Islam yang begitu pandai bergaya dengan busana yang didakwanya busana Islam tetapi tidak tahu pun membezakan antara al-Quran yang muhkamat dan mutasyabihat.

14. Seperkara yang sangat beliau tekankan dalam ucapannya ialah tentang kewajipan orang Islam berakhlak dengan akhlak yang baik seperti amanah dan adil. Bagi beliau, keadilan adalah intipati kepada keseluruhan ajaran Islam. Tanpa keadilan, tiada keindahan Islam.

15. Aku katakan, Islam di Malaysia tidak terancam bahkan kedudukannya akan semakin diperkasa dari semasa ke semasa. Berdasarkan respon daripada semua cendekiawan yang hadir, semuanya bersetuju bahawa inilah masanya semua pihak menyumbang tenaga dan upaya untuk menampilkan Malaysia sebagai negara Islam contoh.

16. Tahniah buat Tun M, Dr Mujahid dan Puan Fuziah Salleh.
at 8/01/2018 08:31:00 PG
KERENGGA: SEPETANG DALAM MAJLIS BERSAMA TUN M (31 Julai 2018) - Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
http://alditta.blogspot.com/2018/08/kj-ka-siong-terduduk-dengar-jawapan.html

Wednesday, 1 August 2018
APA TUNGGU LAGI, TANGKAPAN SUDAH BOLEH DIBUAT SEKARANG?

SURAT MEIO BERTARIKH 04.05.2018 KEPADA CIA - JENAYAH KHIANAT TERHADAP NEGARA ??!!

"MEIOGATE AFFAIR" MIRIP KEPADA "WATERGATE AFFAIR" ??!!

1. Sejak seminggu dua yang lalu, telah tertular berita gempar tentang kewujudan sepucuk surat bertarikh 04.05.2018 yang ditandatangani Ketua Pengarah MEIO kepada CIA, Amerika Syarikat, kandungan yang mana pada permukaan surat itu telah secara langsung mahupun tidak langsung meminta campur tangan kuasa asing dalam penentuan PRU-14 yang diadakan pada 09.05.2018, dan pentadbiran negara pasca PRU-14.

2. Pendedahan surat 04.05.2018 itu, telah menarik kerisauan pelbagai pihak yang khuatir dengan penyalahgunaan agensi awam, walaupun di belakang tabir Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, bagi tujuan kepentingan Kerajaan NAJIB RAZAK pada ketika itu, dengan cara yang bertentangan dengan kepentingan negara, dan telah disusuli dengan beberapa Laporan Polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan  Patriot Kebangsaan (Patriot) pada 24.07.2018, berhubung perkara ini.

(Sila lihat link : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361182/surat-kepada-cia-satu-pengkhianatan)

3. Anehnya, sementara siasatan POLIS masih belum dimuktamadkan, HASANAH ABDUL HAMID, Bekas Ketua Pengarah MEIO telah pada hari Selasa, 31.07.2018 tampil untuk membuat Laporan Polis bagi tujuan antara lain, mengadu untuk siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung isu "pendedahan" surat 04.05.2018 itu, serta disusuli pula dengan Kenyataan Akhbar melalui Peguamnya bahawa kononnya NAJIB RAZAK tiada kaitan dengan pengeluaran surat itu !!

(Sila lihat link : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/27/surat-kepada-cia-bekas-pengarah-meio-buat-laporan-polis/ 
& https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/456188/surat-kepada-cia-perkara-rutin)

4. Saya telahpun memberi pandangan saya kepada pihak media berhubung isu perundangan yang berkaitan dengan kontroversi pendedahan surat 04.05.2018 itu, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI 31.07.2018 bertajuk "Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat", yang dimuat naik di Ruang Bawah, untuk kemudahan rujukan para pembaca di sini.

5. Bebas daripada pendapat saya di sana, bagi saya kontroversi pendedahan surat 04.05.2018 itu, yang saya gelarkan sebagai "MEIOgate Affair" juga, adalah hampir mirip dengan skandal "Watergate Affair" pada era Presiden RICHARD NIXON di Amerika Syarikat di lingkungan tahun 1972-1974, bila mana satu aktiviti perisikan pasukan kempen pelantikan Presiden yang didalangi "rompakan" perolehan dokumen rahsia dari pihak berlawanan, telah pada awalnya dinafikan penglibatan peribadi Presiden RICHARD NIXON oleh pihak WHITE HOUSE. Namun melalui pendedahan lanjut selepas kemenangan pemilihan semula Presiden RICHARD NIXON akan penglibatan terus Presiden RICHARD NIXON dalam sogokan wang kepada beberapa individu yang terlibat dalam "rompakan" berbentuk 'espionage' itu, serta penampilan keterangan konspirasi Presiden RICHARD NIXON dalam salah guna kuasa untuk hentikan siasatan pihak FBI dalam skandal itu, maka pada akhirnya, ianya telah membawa kepada peletakan jawatan Presiden RICHARD NIXON !!

(Sila lihat link : https://www.history.com/topics/watergate)

6. Ianya adalah satu kesyukuran dan kejayaan negara MALAYSIA dan rakyatnya, bahawa Kerajaan NAJIB RAZAK telah tumbang pada PRU-14 yang diadakan pada 09.05.2018, iaitu LIMA (5) hari selepas tarikh pengeluaran surat kontroversi 04.05.2018 oleh MEIO kepada CIA itu,kerana sekiranya keputusan PRU-14 adalah berlawanan, maka ianya sememangnya terlampau sukar untuk dibayangkan risiko pendedahan keselamatan dan kedaulatan negara tercinta ini dari pengaruh agensi CIA dan campurtangan Amerika Syarikat dalam urusan dalaman MALAYSIA selepas itu !!!

7. SEMESTINYALAH faktor ini sahaja, sudah memadai untuk menzahirkan asas bagi tujuan memulakan siasatan terperinci berkaitan kesalahan jenayah  "PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA", ataupun sekurang-kurangnya "AKTIVITI YANG MENGGUGAT PERJALANAN DEMOKRASI BERPARLIMEN", terhadap kesemua pihak yang terbabit dalam kesalahan jenayah itu, samada secara langsung mahupun tidak langsung perihal pengeluaran surat 04.05.2018 oleh MEIO kepada CIA itu !!!

HANIF KHATRI ABDULLA
Peguam

Anda mungkin juga meminati:





Posted by Shahbudin Husin at 06:54
Shahbudin dot com: APA TUNGGU LAGI, TANGKAPAN SUDAH BOLEH DIBUAT SEKARANG?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/apa-tunggu-lagi-tangkapan-sudah-boleh.html

Wednesday, 1 August 2018
Lim Guan Eng Dedah Rahsia Rosmah Di Dewan Rakyat
Lim Guan Eng 
Tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi  tempoh tujuh tahun selaras dengan tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import  dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika menggulung  perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan termasuk rampasan.

“Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di bawah Akta Kastam 1967 kerana ia  merupakan satu kesalahan dan mengundang pelbagai tindakan termasuk rampasan,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut beliau memulangkan kembali barangan kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta(RM59.831 juta).

Bagaimanapun Rosmah dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai lalu menafikan beliau membeli barangan kemas tersebut.

Barang kemas tersebut adalah antara wang, barang kemas, beg tangan mewah, jam mewah dan cermin mata hitam mewah, bernilai anggaran RM1.1 bilion, yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan lepas.

 - bernama
Addin: Lim Guan Eng Dedah Rahsia Rosmah Di Dewan Rakyat
http://www.addindeen.com/2018/08/lim-guan-eng-dedah-rahsia-rosmah-di.html

Wednesday, August 1, 2018
Guan Eng minta senator BN jangan sabotaj SST
Guan Eng minta senator BN jangan sabotaj SST
Guan Eng minta senator BN jangan sabotaj SST
Posted By: Pentadbiron: Ogos 1, 2018 
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa senator Barisan Nasional jangan mensabotaj usaha kerajaan meluluskan cukai jualan dan perkhidmatan SST apabila rang undang-undang berkaitan diangkat ke Dewan Negara.

Lim berkata negara akan menghadapi masalah kewangan jika cukai itu tidak dilaksanakan 1 September ini.

“Kerana mungkin dari segi fiskal kita tak boleh dapat lebihan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

“Ini penting untuk berikan keyakinan pada rakyat dan pelabur bahawa memang dari segi ekonomi semua berjalan lancar.”

Menurut laman web Parlimen, 29 senator daripada BN, 6 daripada PH, 3 daripada PAS, 2 daripada Gerakan, 3 daripada Gabungan Parti Sarawak, 1 daripada LDP, Upko dan PBS, dan 1 daripada IPF. Manakala Orang Kurang Upaya, masyarakat Siam, Orang Asli dan Hindraf masing-masing mempunyai seorang senator.

Guan Eng berkata kerajan mahu baki akaun semasa mencatatkan lebihan.

“Ini hanya boleh dicapai sekiranya SST boleh dilaksnakan pada 1 September,” katanya

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 01, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: GUAN ENG MINTA SENATOR BN JANGAN SABOTAJ SST
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/guan-eng-minta-senator-bn-jangan.html

Wednesday, August 1, 2018
Usul mansuh GST dibentang
Usul mansuh GST dibentang
Usul mansuh GST dibentang 
Posted By: Pentadbiron: O gos1, 2018 
Kerajaan hari ini (31 July) membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 (SST) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bersama 3 RUU lain, iaitu RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 serta RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Mengikut prosedur, RUU GST perlu dimansuhkan terlebih dahulu, sebelum RUU percukaian baru dibentang dalam Dewan Rakyat.

RUU Kastam (Pindaan) 2018 dibentangkan kerana Jabatan Kastam akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prosedur kutipan cukai itu.

Bacaan kali ke-2 dan perbahasan semua RUU itu dijangka berlangsung 7 Ogos ini.
Pakatan Harapan berjanji menghapuskan GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 menerusi manifesto pilihan raya umum ke-14 dan Kementerian Kewangan menurunkan kadar GST kepada 0% mulai 1 Jun lalu.

Kerajaan mencadangkan cukai jualan pada kadar 5% dan 10% ke atas barangan terpilih, manakala 6% untuk cukai perkhidmatan bagi menggantikan 6% GST mulai 1 September nanti. – FMT

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 01, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: USUL MANSUH GST DIBENTANG
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/usul-mansuh-gst-dibentang.html

Wednesday, August 1, 2018
MEIO-gate: Jangan guna OSA lindungi jenayah khianat negara
MEIO-gate: Jangan guna OSA lindungi jenayah khianat negara
MEIO-gate: Jangan guna OSA lindungi jenayah khianat negara Posted 
By: Pentadbiron: Ogos 1, 2018 

Peguam yang sering mewakili Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes saman, Haniff Khatri Abdullah berkata, fokus utama siasatan polis perlu kepada siapakah di sebalik surat yang dikaitkan dengan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang ditujukan kepada agensi perisikan CIA beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke 14 lalu.

Katanya, adalah tidak penting isu sama ada bekas PM Najib Razak tahu ataupun tidak kewujudan surat tersebut apabila telah diakui ianya sahih.

“Surat itu adalah sahih. Ia dihantar oleh beliau, di bawah tandatangannya. Sekiranya tiada pertikaian berhubung kesahihan surat berkenaan, ia menimbulkan keperluan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung siapa yang mengeluarkan surat berkenaan,” katanya dipetik The Malaysian Insight.

“Ianya jelas,  terdapat sekurang-kurangnya suatu jemputan kepada institusi luar negara dari kerajaan luar negara untuk campur tangan dengan kerja-kerja demokrasi berparlimen di negara ini.”

Tindakan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang menghukum tindakan memudaratkan demokrasi berparlimen penjara sehingga 15 tahun.

Haniff berkata siasatan polis berhubung siapa yang membocorkan surat itu adalah kepentingan kedua kerana Akta Rahsia Rasmi tidak ditetapkan untuk melindungi perbuatan jenayah.

“OSA adalah untuk melindungi kepentingan negara ke atas maklumat rahsia demi kepentingan negara. Bukan kepentingan kerajaan.

“Oleh itu jika kerajaan telah mengeluarkan dokumen seperti ini dan apabila ia dibocorkan, tidak ada alasan untuk menggunakan pelanggaran OSA sebagai pembelaan yang sah untuk menyembunyikan surat tersebut. Mereka berada di pihak yang salah dengan mengakui bahawa surat itu sahih. Polis boleh mendedahkan unsur-unsur pengkhianatan, yang boleh dihukum mati. Ini bukan perkara yang boleh dipermainkan,” katanya.

Tambah Haniff, dakwaan Najib beliau tidak tahu tentang surat itu bukan perkara yang utama.

“Bukanlah untuk Hasanah mengatakan perkara demikian dan meminta kita menerima perkara itu versinya, siapa beliau? Apa kuasa yang beliau ada sedangkan beliau menjadi subjek penyiasatan untuk kelakuan jenayah. Siapa beliau untuk katakan pihak lain tidak perlu disiasat?

“Kepentingan surat itu jelas sekali Najib dan kerajaannya sebelum ini yang mahu mengekalkan kuasa. Bagaimana beliau boleh katakan beliau tidak menulis surat itu tanpa pengetahuan Najib atau kepentingannya? Ini tugas polis untuk menyiasat. Bukan untuk beliau katakan.”

Haniff berkata, Hasanah perlu ditahan mengikut proses biasa dan direman dalam satu tempoh masa yang ditentukan oleh majistret untuk diambil keterangan.
Haniff berkata perkara itu sama dengan skandal Watergate di mana bekas Presiden AS Richard Nixon dan pemilihan semula beliau terlibat dalam rompakan parti politik saingan pada bulan Jun 1972.

“Saya gelarkan ini MEIO-gate. Nixon sendiri menyatakan tidak terlibat walaupun siasatan awal dan berdasarkan pemilihan semulanya.

“Siasatan lanjut mendapati Nixon terlibat memberi bayaran dan arahan tertentu kepada orang-orang yang terlibat dalam konspirasi untuk menyembunyikan perkara itu dari FBI, kemudian dia meletakkan jawatan, itu hanya berlaku selepas penyiasatan selesai. 

Sama juga di sini, kamu boleh katakan apa yang kamu mahu yang Najib bukan pihak berkepentingan dan Najib tidak tahu, tetapi itu adalah untuk disiasat pihak penyiasat.”

“Mujurlah dalam kes kita, Najib kalah pilihan raya. Bolehkah kamu bayangkan jika Najib menang? Ini adalah satu (dakwaan) jenayah terhadap negara dan ia tidak akan ditemui atau dihablurkan sedemikian rupa kepada orang ramai.” 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 01, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MEIO-GATE: JANGAN GUNA OSA LINDUNGI JENAYAH KHIANAT NEGARA
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/meio-gate-jangan-guna-osa-lindungi.html

Wednesday, August 1, 2018
DI SEBALIK CUBAAN MENGHINA, MAT SABU LEBIH MULIA BERBANDING NAJIB
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Siapa pun yang menonton video ucapan Najib Razak ketika berkempen di Sungai Kandis yang intipatinya memperlekeh serta menghina Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan, pasti akan geleng kepala dan mengucap panjang dibuatnya.

Begitukah perilaku dan akhlak seorang bekas Perdana Menteri?

Adakah Najib sebenarnya sedang mengalami gangguan mental sejak kehilangan kuasa dan ditolak rakyat pada PRU14 yang lalu?

Pernahkah Najib menilai dan mencermin siapa dirinya terlebih dahulu sebelum berbuat begitu?

Sesuatu yang Najib harus sedari ialah Mohamad Sabu atau Mat Sabu baru tidak sampai dua bulan menjadi Menteri Pertahanan dan oleh yang demikian, adalah terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap dirinya.

Bolehkah Najib mengingat kembali bagaimana kedudukan beliau ketika dua bulan menjadi timbalan menteri dahulu iaitu jawatan awalnya dalam kerajaan?

Siapakah agaknya yang lebih kartun jika dibuat perbandingan antara kedua-duanya?

Masih lupakah Najib bagaimana ucapannya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu yang sering menjadi bahan ketawa ramai?

Lagi pula, sebelum Najib mahu terus memperlekeh dan menghina orang lain dengan gelaran kartun dan sebagainya, lupakah bagaimana sebelum pilihanraya lalu beliau hampir setiap hari berbuat perkara yang sama terhadap Tun Mahathir Mohamad, terutama berkaitan usianya yang sudah mencecah usia 93 tahun?

Tetapi, apa jadi akhirnya?

Bukankah beliau kecundang dan tewas  di tangan lelaki tua yang sudah berusia 93 tahun itu?

Dalam hal ini, meskipun Mat Sabu masih baru sebagai menteri, tetapi harus diakui beliau adalah pejuang rakyat yang punyai ramai peminat dan disanjung rakyat.

Jika antara Najib dan Mat Sabu muncul di khalayak ramai ketika ini, sudah pasti Menteri  Pertahanan itu akan menjadi tumpuan dan lebih ramai yang ingin bergambar atau berselfie dengannya.

Sedarkah Najib hakikat itu?

Selain itu, sebelum mahu memperlekeh dan menghina orang lain, Najib juga seharusnya sedar bahawa beliau adalah sosok yang paling dibenci rakyat ketika ini sehingga riwayat kuasa UMNO berakhir di bawah kepimpinannya.

Dengan dakwaan terkait dalam skandal kewangan 1MDB yang bernilai berbilion ringgit, selain di kediamannya dijumpai wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai lebih satu bilion ringgit, Najib sepatutnya insaf  bahawa Mat Sabu jauh lebih mulia berbanding dirinya.

Pernahkah dalam sejarah negara sejak merdeka, kita ada pemimpin sebegitu rupa?

Yang nyata, dengan perilaku dan akhlak yang ditunjukkan Najib terhadap Mat Sabu ini, beliau akan terus membuatkan rakyat tambah benci terhadapnya, jauh sekali untuk bersimpati dengan nasibnya yang bakal berdepan lebih banyak pendakwaan di mahkamah serta mungkin mengakhiri kehidupan di penjara sebagai hukuman. 

(ShahbudinHusin 31/07/2018)
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 01, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: DI SEBALIK CUBAAN MENGHINA, MAT SABU LEBIH MULIA BERBANDING NAJIB
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/di-sebalik-cubaan-menghina-mat-sabu.html

Air mata Dr M tumpah di depan ulama
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam hari ini, yang membuatkannya "merasa sebak".

Ia adalah ketika Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

"Semasa Tun Mahathir mengucapkan 'kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran', beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.

"Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir)," katanya di Instagram.

Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.
Menurut Bernama, sejumlah 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalannya Fuziah Salleh.

Menurut Bernama lagi, Mujahid berkata Mahathir dalam pertemuan itu antaranya meminta golongan agama untuk memaparkan Islam yang lebih "berbelas kasihan".

"Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.

"Dalam soal ini Tun Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan," katanya seperti dipetik.

Katanya lagi, Mahathir turut mahu Institusi Islam agar tidak fokus terhadap soal ibadat sahaja, tetapi juga bidang sains dan ekonomi.

-malaysiakini
at 8/01/2018 12:01:00 PTG
KERENGGA: Air mata Dr M tumpah di depan ulama
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/air-mata-dr-m-tumpah-di-depan-ulama.html

'Ada kerusi kosong, saya mahu tanding' - Anwar

kerengga pada KERENGGA - 35 minit yang lalu
SG KANDIS | Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mahu kembali menjadi wakil rakyat. “Ada kosong di Sungai Kandis, ada kosong di Balakong dan ada kosong di parlimen sebab saya mahu bertanding,” katanya yang berucap dalam keadaan beranduh. Dalam ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu malam tadi, beliau tidak menyebut kerusi khusus parlimen yang dibangkitkannya itu. Bagaimanapun

Abang Mat Sabu seru ahli PAS di dun Sungai kandis beri undi kepada PKR

Pejuang Perubahan pada AGEN PERUBAHAN ® - Sejam yang lalu
[image: Jangan pangkah dacing atau keluar Pas, pangkah calon PKR, kata Mat Sabu] *i**klan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com* Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, mana-mana ahli Pas yang tidak rela ‘dipaksa’ memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) SUngai Kandis agar tidak keluar parti sebaliknya memilih calon PKR Mohd Zawawi Mohd Munghni. “Saya dalam Pas selama 38 tahun. Kita boleh terima sesiapapun. Tapi nak suruh pangkah dacing ni payah. “Saya lihat di seluruh negara ribuan ahli Pas mengatakan kalau suruh pangkah dacing kami nak keluar dari... lagi »

Hafal Asmaul Husna Masuk Surga

Lenggang Kangkung pada TAZKIRAH - Sejam yang lalu

Asma ul Husna 99 Names of Allah

Lenggang Kangkung pada TAZKIRAH - Sejam yang lalu
* *

Intuisi UncleSeekers - Part 6 - Enam Jahanam Dalam UMNO

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 6 - Enam Jahanam Dalam UMNO Selamat tinggal bungaku Selamat tinggal bungaku... Anggota polis makan coklat dan makanan dalam peti sejuk saya... Saya ada bukti... Pen merah pen biru, jangan marah i love you... The only woman with the cock is in a Seputeh... How can man..marah UMNO ni kenapa?... UMNO ni Lillahitaala *Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....* Intuisi UncleSeekers - Part 1 - Presiden UMNO 2018 (Sementara)? Intuisi UncleSeekers - Part 2 - Nasihat Untuk Rafizi Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B)

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (B) Bersambung dari artikel (klik) Memang aku dah agak dia mesti tak puas hati punya. Setiap kali aku mengagungkan ayat-ayat Allah mereka akan memandang sinis pada aku dan melabelkan aku sebagai Quranis lah, Quranik lah, sesat lah dan macam-macam Takdehal lahbeb.. aku buat donno je sebab surah AlIsra ayat 46 memang selalu dalam kepala aku *“…Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.” 17:46.* Macam-macam perangai atau reaks... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A) Salam semua, Hari ni ana nak story sikit antara *pencinta AlQuran* dengan *pencinta Hadis* Bila seseorang tu dah jatuh cinta, taik gigi pun rasa coklat! Cakaplah, kutuklah dan saiko lah macamana pun, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau mengangguk pun hanya wayang je. *Pencinta AlQuran - *Pencinta Allah - (2:165) * "...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.."(2:165)* Aku berani potong jari atau sunat 10 kali lagi yang Ayahanda Mahathir sememangnya pencinta Kitab AlQuran (Pencinta... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir?

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir? Baca dan lihat betul2 wajah kesemua mereka serta caption yang diberikan. Hayati dalam2 sedutan filem TIGA ABDUL dibawah sekali Ayahanda *Tun Dr. Mahathir bin Mohamad* *Dato' Seri Anwar bin Ibrahim* Bukan rezeki Saudara Anwar. Ada beberapa faktor... *Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin* Kalau Abang Din beri peluang pada bro Mohd Rafizi Ramli memang terbaek.. *Mohd Rafizi Ramli * Perdana Menteri Malaysia yang termuda *(Inyasyaa Allahu - Al-Kahfi 18:24)* *Intuisi Uncleseekers dengan Ra... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg Sangat...

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg Sangat... Mohd Rafizi Ramli (Klik) Salam Mohd Rafizi Ramli (MRR), Pagi ni gwa nak tulis panjang sikit pasal lu, 3 atau 4 minit kot Lepas pekena nescafe dan rokok (kretek surya 16) sebatang, gwa buka *Malaysiakini* dengan *Freemalaysiatoday*, berita yang lu nak bertanding jawatan Timbalan Presiden... Waaaah...pagi semalam gwa tulis dalam *blog* gwa, petang semalam gak wartawan dah interview..kebetulan atau...camner pun torbaik aar korang Elo Mohd Rafizi Ramli (MRR), makhluk macam lu ni dapat sokongan pad... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 2 - Mohd Rafizi Ramli - Gwa Nak Minta Tolong...

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 2 - *Mohd Rafizi Ramli* - Gwa Nak Minta Tolong Satu Je... Mohd Rafizi Ramli (klik) Salam bro *Mohd Rafizi Ramli (MRR)* Lu tak pernah jumpa gwa dan gwa pun tak pernah jumpa lu..pedehal Gwa tak pernah pun cerita pasal lu sebelum ni. Walaupun sebelum ni lu katogeri *fofular* tapi keadaan masih *malam gelap gelita* Tapi sekarang *FAJAR* sudah menjelma..jeng..jeng..jeng Kali ni gwa nak minta tolong lu *Mohd Rafili Ramli* *(MRR) *satu je Kalau lu nak dengar aar..kalau tak nak sila meninggal.. *'Lu tolong senyap kejap je buat tika ni'* sebab.. 'Dah pun ters... lagi »

Intuisi UncleSeekers - Part 1 - Presiden UMNO 2018 (Sementara)?

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
Intuisi UncleSeekers - Part 1 - Presiden UMNO 2018 (Sementara)? Salam semua Dah lama sangat saya tak menulis dalam blog ni. Yang jaga blog saya setakat ni si Dzoul. memandangkan dia tengah sibuk (macam2 sibuk..he he) terpaksalah saya menaip hari ni Kadang2 saya suruh tulis lain dia tulis lain..sukati ko aar Dzoul Ramalan mimpi Uncleseekrs aku dah tak nak tulis dalam blog ni lagi. Yang baru adalah 'Intuisi Uncleseeekers' Apakah maksud Intuisi? Intuisi ialah...tolong cari sendiri. Jangan malas Aku sendiri nak tengok antara ramalan mimpi aku dengan Intuisi, yang mana satu lebih tepa... lagi »

Soalan Untuk Gabenor Bank Negara - Siapakah Pemilik Bank Negara Malaysia?

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Soalan Untuk Gabenor Bank Negara - Siapakah Pemilik Bank Negara Malaysia?* Bank England (wikipedia) Singapura (wikipedia) Negara Kesatuan Republik Indonesia (wikipedia) Negara Brunei Darussalam (wikipedia) Amerika Syarikat (wikipedia) Bank Negara Malaysia (wikipedia) Persoalan yang timbul: 1. Persoalan yang timbul , "*Siapa Pemilik SEBENAR Bank Negara Malaysia?*" . Adakah ianya dimiliki sepenuhnya oleh Negara Malaysia sendiri atau dimiliki oleh.......? 2. Mengapa pada matawang Malaysia ditulis 'Bank Negara Malaysia' bukannya 'Bank Malaysia' sahaja? Bank Negara Malaysia... lagi »

Ramalan Mimpi Uncleseekers - PRU14 Siapa Yang Menang? - part 2 , part 3 & part 4

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Ramalan Mimpi Uncleseekers - PRU14 Siapa Yang Menang? - part 2 , part 3 & part 4* Salam... Ramalan mimpi Uncleseekers kali ini adalah yang terakhir akan dipaparkan dalam blog ini. Semalam genap 2 bulan Uncleseekers telah membuat ramalan mimpi berkenaan PRU14 siapa yang menang? - part 1 (klik untuk baca). Dalam ramalan mimpi Uncleseekers (part 1) beliau meramalkan: PRU14 diadakan pada 9 Mei 2018 - PAKATAN HARAPAN mendapat *113kerusi* parlimen, BARISAN NASIONAL hanya *79 kerusi* parlimen. (Sumber: MyUndi)*1. Parti pemerintah sedia ada akan MENANG sekiranya diadakan bulan **AP... lagi »

Ramalan Mimpi Uncleseekers - PRU14 Siapa Menang? - part 1

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Ramalan Mimpi Uncleseekers - PRU14 Siapa Menang? - Part 1* Salam.. Ramai yang tertunggu-tunggu dan bertanya tentang perihal PRU yang bakal diadakan pada tahun ini. Soalan lazim yang ditanya, bila PRU akan diadakan dan siapa yang bakal memimpin negara nanti adalah soalan yang sentiasa diajukan. Uncleseekers memberi ramalan ringkas : *1. Parti pemerintah sedia ada akan MENANG sekiranya diadakan bulan APRIL 2018.2. Malaysia akan diterajui oleh pemimpin yang BARU.3. Pemimpin PEMBANGKANG akan 'pergi' secara tidak disangka.* Jika ramalan beliau benar, anggaplah ianya kebetulan sa... lagi »

Ayam Bokashi US - Apa Kata Chef Mashad Pino [part 3]

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Ayam Bokashi US - Apa Kata Chef Mashad Pino [part 3]* Penyediaan minuman Yakult Ayam Bokashi US setiap pagi supaya sistem pencernaan Ayam Bokashi US sentiasa dalam keadaan baik Chef Mashad Pino memberi komen tentang Ayam Bokashi US. Klik video dibawah untuk mendengar komen beliau tentang Ayam Bokashi US. *Klik video diatas untuk mendengar komen * *Chef Mashad Pino tentang Ayam Bokashi US* Kabinet Ayam Bokashi US lengkap dengan sistem minuman (waterer) dan makanan (feeder). Ruang yang selesa, makanan & minuman yang sihat, membuatkan Ayam Bokashi US enak dan berkhasiat. Saksikan ... lagi »

Ayam Bokashi US - Apa Kata Chef Iskandar Ishak [part2]

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Ayam Bokashi US - Apa Kata Chef Iskandar [part2]* Chef Iskandar Ishak - apa kata chef Iskandar tentang ayam Bokashi US Chef Iskandar seorang pengacara program untuk program masakan 'Ceritera Rasa' TV2 setiap hari Jumaat jam 1.00 - 1.30 petang memberi komen tentang Ayam Bokashi US. Klik video dibawah untuk mendengar komen beliau. *Klik Video di atas untuk mendengar komen Chef Iskandar Ishak * *tentang Ayam Bokashi US* Chef Iskandar Ishak memberi resepi Nasi Ayam Bokashi US. *Penyediaan Sup..* Ayam Bokashi US di rebus suku masak bersama halia , bwg putih , lobak merah dan daun ... lagi »

Susu kambing janda , memang terbaik

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Susu kambing janda , Memang Terbaik!* Susu Kambing Janda - 5 perisa (dari kiri) susu kambing kurma , mangga, coklat, original dan strawberi Untuk makluman semua, susu kambing janda ni bukanlah dipunyai oleh seorang janda ataupun susu mak kambing yang telah kematian laki.. Ia dipunyai oleh abang Abdullah yang telah berhijrah ke Janda Baik 15 tahun lalu dan membuka perusahaan kambing susu di kampung Janda Baik... Faktor geografi disini memang terbaik..udara yang segar berdekatan dengan sumber air sungai yang membuatkan abang Abdullah tertarik untuk berhijrah ke sini suatu ketika du... lagi »

Ayam Bokashi US - Apa Kata Mereka? [part 1]

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Ayam Bokashi US - Apa Kata Mereka? [part 1]* Ayam Bokashi US dibungkus dengan plastik kedap udara untuk memastikan ianya 100% SEGAR! *Dato Yap pemilik syarikat Magna Prima (http://magnaprima.com.my )mencuba Ayam Bokashi US* *"Susah nak dapat dimana-mana restoran.." klik video* *untuk dengar komen Dato Yap* *'Big boss' Genting Berhad turut mencuba dua ekor Ayam Bokashi US dengan bayaran RM200 untuk seekor ayam.* *Ayam Bokashi US digoreng menambat* *hati big boss Genting Berhad - klik* *untuk dengar komen beliau* *Jamie dan keluarga menyatakan Ayam Bokashi US berlainan da... lagi »

50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*50 Ekor Ayam Bokashi PERCUMA Untuk Anda Jika...* *Gambar Hiasan* *'BOKASHI'* berasal daripada perkataan bahasa Jepun membawa maksud penapaian atau fermentasi bahan makanan melalui proses penapaian bakteria anerobik, baik untuk membantu tumbesaran hidupan. Kami sedang memproses makanan dan minuman ayam probiotik menggunakan enzim buah-buahan dan bahan-bahan semulajadi. TIADA bahan kimia , antibiotik dan hormon tumbesaran digunakan! EM-1 (Effective Microorganism) yang dibuat sendiri digunakan didalam proses fermentasi makanan ayam probiotik Ayam Bokashi peliharaan kami adalah ayam i... lagi »

Adakah Sijil Malaysia Book Of Record Milik Perkap? - Formula 5T ciptaan Uncleseekers bakal menggegarkan pertanian Malaysia? (part 2)

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Adakah Sijil Malaysia Book Of Record Milik Perkap? - Formula 5T ciptaan Uncleseekers bakal menggegarkan pertanian Malaysia? (part 2)* Pokok Beri menghasilkan banyak tunas , berumur sebulan. Pokok beri ini telah dipindahkan dan diberi rawatan dengan formula 5T. Dalam masa 2 minggu ia mampu hidup semula. Apa Rahsia FORMULA 5T? Projek pertanian 5T adalah projek 'pilot' PERKAP dengan misi untuk menghasilkan tanaman luarbiasa. Projek ini adalah proses pembelajaran dan mencari pengalaman supaya hero-hero PERKAP memiliki 'survival skill' apabila berada diluar sana nanti. Hero PERKAP ... lagi »

Adakah Sijil Malaysia Books Of Records Milik PERKAP?

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Adakah Sijil Malaysia Books Of Records Milik PERKAP?* Dari Kiri; Faiz, Irfan, Saudara Zainal, Ijat & Nadzmi Hero PERKAP telahpun memulakan langkah dengan projek penanaman 5T iaitu Tomato, Timun Jepun, Tembikai , Tembikai(rock melon) dan Tembikai(susu). Projek tanaman ini dinamakan projek 5T dan diilhamkan oleh Uncleseekers. Air sungai digunakan supaya air yang digunakan tidak mempunyai klorin Hero Perkap Irfan, sedang membersihkan tong untuk membuat bancuhan kompos formula 5T Projek 5T ini diketuai oleh Mona dan dibimbing oleh Saudara Zainal. Saudara Zainal adalah seorang yan... lagi »

Jangan Percaya Ramalan Mimpi Uncleseekers! [Part 2]

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Jangan Percaya Ramalan Mimpi Uncleseekers! [Part 2]* Ramalan Mimpi Uncleseekers - Part 2 Salam, Seperti yang dimaklumkan kepada pembaca blog Uncleseekers pada artikel '80% Ramalan Mimpi Uncleseekers Benar!' bahawa ianya baru SEBAHAGIAN daripada ramalan mimpinya, ramalan mimpi Uncleseekers - part 2 kali ini merupakan sebahagian lagi. Mungkinkah akan ada sebahagian lagi ramalan mimpi Uncleseekers selepas ini? Wallahualam. Segalanya berlaku atas keizinan daripadaNYA. *Salam Dzoul,* *Dibawah ini abang sertakan 4 ramalan mimpi seperti yang dijanjikan. Anggaplah ianya sebagai 'ang... lagi »

80% Ramalan Mimpi Uncleseekers Benar!

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*80% Ramalan Mimpi Uncleseekers Benar!* Pada 8 Mac 2016 yang lalu, Uncleseekers telah membuat sebahagian ramalan mimpi, perkara yang bakal berlaku sepanjang tahun 2016 ini. Klik disini untuk membaca ramalan beliau - part 1 Bagi pandangan peribadi ku, para pembaca tidak perlu percaya ramalan ini bulat-bulat kerana yang pandai menafsir mimpi dengan TEPAT hanya Nabi Yusuf. Jika ramalan Uncleseekers benar sekalipun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja. Dalam mimpi memiliki pelbagai RAHSIA diri sekiranya kita tahu 'membaca' nya. Ianya hadir dalam bentuk simbol, warna, angka, al... lagi »

Benarkah Dato' Siti Zaleha 'makan' Duit Anak Yatim?

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Benarkah Dato' Siti Zaleha 'makan' Duit Anak Yatim?* Dato' Siti Zaleha Abd Ghani Pada 20 Jun 2016 (Isnin) malam ketika selesai berbuka puasa bersama hero-hero PERKAP di Wadi Hadramawt, Ampang , Uncle menerima panggilan telefon daripada kawan lamanya 'Abang Mat Komando'. Panggilan untuk menjemput hero-hero PERKAP untuk berbuka puasa di Impian Golf & Country Resort Kajang pada 22 Jun 2016. Dipendekkan citer, hero-hero ini dijemput untuk berbuka puasa dan membuat persembahan bersama dengan pemain gitar utama kumpulan AXL'S bro Fareez (nama dalam industri seni dikenali sebagai Fare... lagi »

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau.... (part 2)* Ayam Organik Alfafa yang digoreng Sejak Khamis yang lepas kami menerima ayam organik Alfafa. Pada ketika itu tertanya-tanya juga bagaimana rasa ayam organik ni. Apa agaknya kelebihan ayam organik Alfafa ni. Awal-awal lagi belum lagi dimasak, Adeek dah memuji. "*Ayam organik Alfafa ni tak hanyir la bila dibuka daripada plastik, lemak pun takde!*" Adeek memang suka ayam yang tak berlemak ni. Maklumlah jaga badan kan..hehe.. Malam tu (Khamis) Adeek goreng ayam organik Alafafa. Pertama kali aku rasa, "*Macam ayam kampung rasanya..*... lagi »

Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....

Syed Abdullah Al-Attas pada Uncleseekers v2: Seek The Truth - 2 jam yang lalu
*Jangan Beli Ayam Organik Alfafa Kalau....* Alfafa Farm Industries Telefon aku berdering sewaktu aku sedang berurusan dengan rakan. Tertera nama "Azizul Alfafa" di-skrin tab ku. Aku terpaksa menghentikan perbualan bersama rakan aku seketika yang pada ketika itu sedang membincangkan beberapa hal kerana panggilan Azizul sangat penting bagi aku pada hari ini. "*Salam bang...*" aku mengangkat panggilan Azizul. Aku pertama kali berurusan dengan Azizul melalui telefon. Aku mendapat contact Azizul daripada Ustaz Halim, rakan Uncleseekers. "*W'salam...maaf saya tak angkat telefon tad... lagi »

Cara Merawat & Petua Menghilangkan Sakit Gigi Dengan Cepat Tanpa Ubat

Que Achmad pada Que Achmad Dot Com - 3 jam yang lalu
[image: Kaedah rawatan] Sakit gigi adalah sakit yang akan menyerang gigi sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan ia sangat dibenci oleh semua orang di dunia ini. Serangannya tidak mengira masa sama ada waktu makan atau bila-bila sahaja yang membuatkan pesakit hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan aktiviti seharian. Terkadang sakit gigi sampai ke kepala dan telinga dan apakah penyebab sakit yang kita rasai itu terus menerus? Adakah makanan penyebab kesakitan pada gigi kita? Makanan adalah satu faktor yang menjadikan gigi sakit kerana sisa makanan yang tertinggal pada gigi diurai... lagi »

Saturday, July 28, 2018
Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir?

Baca dan lihat betul2 wajah kesemua mereka serta caption yang diberikan. Hayati dalam2 sedutan filem TIGA ABDUL dibawah sekali
Ayahanda Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim 
Bukan rezeki Saudara Anwar. Ada beberapa faktor...
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin 
Kalau Abang Din beri peluang pada bro Mohd Rafizi Ramli memang terbaek..
Mohd Rafizi Ramli 
Perdana Menteri Malaysia yang termuda
(In Syaa Allahu - Al-Kahfi 18:24)

Intuisi Uncleseekers dengan Ramalan mimpi UncleSeekers adalah dua perkara yang berbeza

Ayahanda belum lagi mati..Jangan banyak cerewet

Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....

Intuisi UncleSeekers - Part 1 - Presiden UMNO 2018 (Sementara)?

Intuisi UncleSeekers - Part 2 - Nasihat Untuk Rafizi

Intuisi UncleSeekers - Part 3 - Mohd Rafizi Ramli - Jangan Nampak Macam sOToNg Sangat...

Intuisi UncleSeekers - Part 4 - Siapa Perdana Menteri Malaysia Selepas Mahathir?

Intuisi UncleSeekers - Part 5 - Mahathir Pencinta AlQuran? (A)

Intuisi UncleSeekers - Part 6 - Enam Jahanam Dalam UMNO

UncleSeekers
Seek The Truth
Posted by Syed Abdullah Al-Attas at 2:00 PM
http://feedproxy.google.com/~r/uncleseekers-v2/~3/rRvx3BdWPYQ/intuisi-uncleseekers-part-4-siapa.html
http://feedproxy.google.com/~r/uncleseekers-v2/~3/rRvx3BdWPYQ/intuisi-uncleseekers-part-4-siapa.html

Wednesday, August 1, 2018
Intuisi UncleSeekers - Part 6 - Enam Jahanam Dalam UMNO

Selamat tinggal bungaku
Selamat tinggal bungaku...
Anggota polis makan coklat dan makanan dalam peti sejuk saya...
Saya ada bukti...
Pen merah pen biru, jangan marah i love you...
The only woman with the cock is in a Seputeh...
How can man..marah UMNO ni kenapa?...
UMNO ni Lillahitaala
Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....


UncleSeekers
Seek The Truth
Posted by Syed Abdullah Al-Attas at 10:00 AM
http://uncleseekers-v2.blogspot.com/2018/08/intuisi-uncleseekers-part-6-enam.html
http://uncleseekers-v2.blogspot.com/2018/08/intuisi-uncleseekers-part-6-enam.html

....

Tiada ulasan: