Khamis, 9 Ogos 2018

Berbahagia dengan ilmu milik Allah Subhanahuwatalla. 8001.


























Perdebatan Sifat Wujud bagi Allah SWT
tantangan - cabaran. 
Alkisah pada suatu masa terjadi perdebatan antara satu golongan kaum Atheis dengan para ulama tentang sifat WUJUD bagi Allah SWT. 

Kejadian ini terjadi pada masa Sheikh Himad, yaitu guru dari Abu Hanifah. Sedangkan keadaan Abu Hanifah sendiri pada waktu itu masih sangat kecil, belum beranjak dewasa.

Dikisahkan pada saat itu, datang suatu kaum yang menyatakan bahwa mereka dari golongan Atheis yang sengaja datang disuatu majelis untuk menantang para ulama didaerah itu perihal sifat Wujud bagi Allah SWT. 

Pada saat yang ditentukan maka berkumpulah para ulama di daerah itu memenuhi tantangan dari golongan Atheis. Maka berkata dari golongan Atheis memulai perdebatan.

Atheis : “Apakah Allah itu ada?”

Ulama : “Betul, Allah itu ada”.

Atheis : “Kalau benar Allah itu ada, maka tunjukan padaku dimana Dia (Allah)?”

Para ulama merasa kebingungan utk menjawab pertanyaan tersebut, Sehingga golongan Atheis merasa kemenangan kerana para ulama tidak dapat menjawab dan membuktikan adanya Allah SWT. 

Lalu golongan Atheis itu berkata, “Apakah masih ada lagi orang yang blh menjawab dan membuktikan adanya Allah?”. 

Kemudian ada seorang ulama yang berkata, “Masih ada orang yang blh menjawab dan membuktikan adanya Allah, seorang yang bernama Himad”. 

Golongan Atheis itu pun meminta kepada Raja untuk mengundang Sheikh Himad untuk hadir di Majlis perdebatan itu. Dan Raja pun mengabulkan permintaan dari golongan Atheis, lalu dikirimkan utusan kepada Sheikh Himad memberitahukan perihal undangan tersebut.

Setelah Sheikh Himad menerima kabar tentang hal tersebut, dia merasa gusar dan kuatir jika seandainya dia gagal menjawab pertanyaan dari golongan Atheis, hal tersebut juga sudah diketahui oleh Abu Hanifah. 

Sampai pada suatu malam Sheikh Himad bermimpi dia melihat sebuah rumah yang sangat luas dan indah, lalu ada suatu pohon yang rindang dan memiliki buah yang sangat banyak. Lalu ada seekor babi yang memakan seluruh buah, daun dan cabang dari pohon tersebut hingga yang tersisa hanya batang, kemudian dari batang tersebut keluar seekor singa, lalu singa tersebut membunuh babi yang memakan seluruh buah,daun dan cabang dari pohon itu.

Keesokan harinya Sheikh Himad masih bingung akan mimpi itu, hingga tibalah Abu Hanifah yang melihat Gurunya dalam keadaan bingung. 

Berkata Abu Hanifah, “Wahai guru ku apa yang membuatmu merasa bingung seperti ini?”. Lalu Syeih Himad menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Abu Hanifah, kemudian Abu Hanifah menafsirkan mimpi dari gurunya itu. 

Dia berkata, “Rumah yang luas dan indah itu adalah agama Islam, Pohon yang berbuah itu adalah para ulama, Batang dari pohon itu adalah Guru (Sheikh Himad), Babi itu adalah golongan Atheis dan Singa yang membunuh babi tersebut adalah saya”.

Kemudian Abu Hanifah meminta gurunya untuk mengajak dia menghadiri majlis perdebatan itu, Sheikh Himad pun mengizinkan Abu Hanifah untuk ikut bersamanya. 

Pada waktu yang ditentukan datanglah Abu Hanifah bersama Gurunya Sheikh Himad untuk memenuhi undangan dari Raja untuk berdebat dengan golongan Atheis perihal sifat Wujud bagi Allah SWT.

Perdebatan pun dimulai, diawali dengan pertanyaan golongan Atheis tentang Abu Hanifah. 

Golongan Atheis bertanya, “Siapa kamu wahai anak kecil? Kenapa menghadiri majlis ini?apakah kamu blh menjawab pertanyaan yang para ulama besar saja tidak blh menjawab pertanyaan itu?”. 

Lalu berkata Abu Hanifah, “Ia, aku akan menjawab pertanyaan yang akan kau berikan dengan Taufiq dari Allah SWT”.

Kemudian berdirilah golongan Atheis diatas pentas dan memulai debatnya.

Atheis : “Apakah Allah itu ada?”

Abu Hanifah : “Ia, benar”

Atheis : “Lalu, dimana Allah?”

Abu Hanifah : Balik bertanya kepada golongan Atheis, “Apakah di tubuh kamu memilki ruh?”

Atheis : Menjawab, “ia”.

Abu Hanifah : “Dimana letak ruhmu? Apakah di kepalamu, diperutmu ataukah dikakimu?”

Mendengar pertanyaan itu golongan Atheis terdiam kebingungan. Kemudian Abu Hanifah meminta dibuatkan segelas susu. Lalu bertanya kembali Abu Hanifah kepada golongan Atheis itu.

Abu Hanifah : “Apakah susu ini mengandung lemak?”

Atheis : “Ia benar, susu mengandung lemak”.

Abu Hanifah : “Lalu dimana letak lemaknya itu, apakah diatasnya atau dibawahnya?”.

Golongan Atheis kembali terdiam tidak blh menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Abu Hanifah. 

Kemudian Abu Hanifah menjelaskan maksud dari pertanyaan tadi. Sama hal nya tentang masalah letaknya ruh di tubuh kamu dan pula halnya tempat lemak di dalam susu. Kita mengakui adanya ruh didalam tubuh kita, dan mengakui adanya lemak didalam susu tapi kita tidak blh mengetahui letak tempatnya. Maka seperti itu juga perihal sifat Wujud bagi Allah SWT.

Kerana merasa kalah, maka golongan Atheis pun kembali bertanya.

Atheis : “Apakah ada sebelum dan sesudah adanya Allah?”

Abu Hanifah : “Tidak ada”.

Atheis : “Lalu bagaimana kamu blh memberitahu tidak adanya sebelum dan sesudah ?”

Abu Hanifah : “Jawabnya ada ditubuhmu juga”.

Atheis : “Apa itu?”.

Abu Hanifah : “Apakah ada sesuatu sebelum Ibu jari dan sesudah jari kelingkingmu?”.

Atheis : “Tidak ada sesuatu sebelum Ibu jari dan sesudah jari kelingkingku”.

Abu Hanifah : “Maka seperti itu pula tentang Allah SWT, tidak ada sesuatu sebelum dan sesudahnya”.

Atheis : “Benar kamu”.


Kembalilah kemenangan Abu Hanifah dalam perdebatan itu. Golongan Atheis merasa belum puas hati juga dan mengajukan pertanyaan lagi kepada Abu Hanifah dari atas mimbar. 

Berkata golongan Atheis, “Apa yang Allah lakukan sekarang?”

Kemudian Abu Hanifah menjelaskan bahwa dia dalam posisi pemenang dalam perdebatan ini, maka selayaknya dia yang pantas berada di atas mimbar. Lalu Abu Hanifah meminta golongan Atheis itu turun dari atas mimbar, kemudian Abu Hanifah menggantikan posisi golongan Atheis di atas mimbar. 

Dari atas mimbar itu Abu Hanifah menjawab pertanyaan yang diajukan oleh golongan Atheis perihal apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?” 

Abu Hanifah berkata, “Yang sedang Allah SWT lakukan sekarang adalah menurunkan darjat orang seperti kamu dari yang semula berada di atas menjadi turun ke bawah”

Sama halnya dengan Allah mengalahkan dan menjatuhkan yang Bathil dan meninggikan yang Haq (kebenaran).
"BayangKilat" بايڠ کيلت | Aku tawasul anggu wesi irtum, kunci Allah irtum, Allahu irtum kunci Allah, Nabi Muhammad irtum kunci Allah kepada Adam…..

Kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani r.a. dengan Seekor Kucing

Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terluput waktu untuk solat subuh. 

Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisinya yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badanya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun tersedar dari tidurnya. 

Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.

Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu, dan dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan

Hal ini menjadi tandatanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat. 

Beliau pun bertanya, “Aku kenal kamu adalah syaitan tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?”

Kucing itu menjawab, “Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. 

Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu. 

Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu keatasmu, kamu akan melakukan seratus raka’at solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka’at sahaja.”

~ Shaykh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin

Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?
Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya.

Artikel ini juga ingin menyatakan tidak setuju akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama-ulama tasawuf terdahulu.

Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk, Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda, dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam.

Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya.

(kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kita fikirkan. Mudah-mudahan Allah melimpahi rahmat dan kesihatan atasnya untuk terus menulis)

Sebenarnya Asif Bin Barqiya bukanlah seorang saintis, tetapi beliau adalah ahli sufi, ahli tasawuf dan pengamal tarekat dengan ilmu-ilmu laduni yang tak terkira banyaknya.

Biografi Asif Bin Barqiya hanya dapat diperoleh melalui kitab-kitab pengajian tasawuf dan kelas-kelas tarekat sama ada di Timur Tengah, Pattani, Malaysia atau Indonesia. Bagi sesiapa yang pernah menyertai kumpulan-kumpulan tarekat Shatriyah atau Ahmadiah, sudah pasti guru-guru tarekat tidak terlepas mendedahkan tentang hal Asif yang zuhud ini.

Bagaimana Asif Memindahkan Istana Balqis?

Sebelum menjawab soalan di atas adalah lebih baik kita renung semula ayat al-Quran berikut:

Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.

Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.

Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia. (An-Namli, ayat 38-40)

Jawapannya ialah;

Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi niat yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat.

Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya berkaedah. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf.

Niat beliau telah disokong oleh suatu teknologi tasawuf yang diberi nama Keramat Dunia Ke-19.

Dalam kitab Lumatul Aurad karangan Wan Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani ada membahaskan bahawa ketika Asif berniat menghadirkan istana Balqis, Asif telah menyertakan sekali dalam niatnya kalimah Yaa zaljalaa..liwal ikram&.

Ulama-ulama tasawuf keseluruhannya menyetujui bahawa martabat teknologi yang dimiliki Asif adalah antara tertinggi dikalangan manusia biasa (tidak termasuk Nabi & Rasul). Teknologi keramat Asif sudah berada di puncak teknologi tasawuf yang dinamakan capaian akhir Kun fayakun.

Perbahasan panjang lebar tentang martabat-martabat keramat seperti ini juga boleh didapati dalam kitab Syarah Hikam dan Sairus As-Salikin.

Apakah Keramat Dunia KE-19?

Keramat Dunia Ke-19 atau ringkasnya KDK-19 ialah suatu martabat ilmu yang dianugerahkan Allah SWT kepada insan-insan yang telah mencapai tahap kekasih Allah. Sesiapa sahaja boleh memperolehnya asalkan bertaqwa, berzuhud, bertarekat dan beramal soleh.

KDK-19 tidak boleh diperoleh hanya dengan kuat beribadat dan berzikir. Terdapat kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti dan dipandu oleh guru tarekat yang mursyid untuk memperolehnya.

Keramat Dunia Ke-19 bermaksud sesiapa yang memilikinya akan mampu menghadirkan atau mengadakan sesuatu benda, kejadian atau tingkahlaku hanya dengan niat di dalam hati. Dalam erti kata lain apa yang terlintas di hati akan dimakbulkan Allah.

Peringkat-Peringkat Keramat Dunia

Di dalam kitab tasawuf telah diterangkan dengan nyata akan KDK-1 hingga KDK-20. KDK boleh diringkaskan sebagai visi akhir seseorang ahli tarekat. Tetapi ada juga ahli tarekat yang tiada langsung mendapat KDK ini, cuma sekadar mendapat keramat-keramat yang biasa seperti menyembuhkan penyakit, berkomunikasi jarak jauh atau berjalan di atas air.

Berikut ialah senarai teknologi KDK yang menjadi rebutan ahli-ahli tarekat: 

KDK-1 : Peringkat ini Allah amat kasihkan dan memuji-muji nama mereka (ahli tasawuf). Alangkah bertuah dan mulianya mereka ini kerana sentiasa dipuji Allah.

KDK-2 : Allah sendiri mengucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya kita diucap terima kasih oleh seorang yang hina pun sudah cukup baik, apatah lagi jika Allah sendiri yang mengucapkannya.

KDK-3 : Allah Taala sangat kasih dan cinta akan mereka. Jika seorang raja mencintai kita sudah cukup untuk kita bermegah dan mendapat faedah, apatah lagi raja sekian alam sendiri yang cintakan kita.

KDK-4 : Allah Taala sendiri menjadi wakil untuk mengurus urusan mereka.

KDK-5 : Allah Taala menjamin rezeki ke atas mereka ke mana sahaja mereka pergi.

KDK-6 : Allah Taala mengawal tubuh badan mereka dari disakiti musuh.

KDK-7 : Allah Taala menjadi sahabat teman setia mereka.

KDK-8 : Ahli sufi berjiwa besar dan tidak terasa terhina membuat kerja-kerja yang tidak disukai orang. Malah mereka tidak suka ditolong orang hatta raja sekalipun.

KDK-9 : Tinggi hemah dan kezuhudan seta tidak sedikit pun ternoda dengan kemegahan dunia.

KDK-10 : Kaya hati, tenteram dan aman. Tidak terkejut dengan kekayaan baru yang datang dan tidak pula susah hati bila ditimpa kemiskinan.

KDK-11 : Bersinar-sinar nur hati mereka hingga dapat memberi petunjuk kepada orang ramai tentang ilmu-ilmu rahsia, hikmat-hikmat yang tidak dapat diberi oleh manusia biasa.

KDK-12 : Sentiasa berlapang dada sehingga bala yang besar tidak mampu langsung menggundah-gulanakan jiwa mereka.

KDK-13 : Wajah mereka sentiasa terpancar sinar kehebatan dan mampu merebahkan orang yang melihat atau musuh yang mendekati hatta raja yang zalim sekali pun.

KDK-14 : Allah Taala melimpah keberkatan pada segala pergerakan tubuh dan perilaku mereka seperti tempat tidur, bekas makan dan tempat duduk sehingga diambil orang untuk keberkatan. Malah yang bersahabat dengan mereka juga mendapat tempias ilmu-ilmu keramat mereka.

KDK-15 : Mereka menguasai lipat jalan bumi, udara dan air sehingga jika dikehendaki terbang di udara atau menyelam di laut dalam nescaya diperkenankan Allah.

KDK-16 : Mereka dapat menunduk dan menjinakkan segala jenis binatang buas malah binatang itu dapat dijadikan khadam suruhan pula.

KDK-17 : Mereka dianugerahkan perbendaharaan bumi. Sekiranya mereka mengkehendaki harta karun itu timbul dari perut bumi nescaya berlaku. Mereka juga mampu mendatangkan rezeki (makanan) sendiri jika terasa kelaparan.

KDK-18 : Mereka menjadi tumpuan orang ramai Kepada orang yang berhajat berkasih kepada Allah wajarlah dijadikan mereka ini sebagai wasilah. Berkhadamlah dengan mereka ini mudah-mudahan akan sampai makrifat kepada Allah.

KDK-19 : Apa sahaja yang terlintas di hati atau tergerak lidah untuk meminta sesuatu hajat nescaya tercapailah hajat mereka.

KDK-20 : Terjatuh mesra kasih orang ramai apabila terpandang mereka.

Kesimpulan

Dajjal tahu siapa Asif bin Barqiya, apa kehebatannya dan ini bukan sesuatu jangkaan kerana Dajjal mampu mendapat maklumat berikut melalui Iblis laknatullah. Cuma Dajjal itu tidak mampu meniru dan mencipta ilmu tasawuf kerana ia ilmu makrifat yang berkaitan kezuhudan hati. Dajjal tidak mampu mencipta teknologi ini kerana ia berasaskan wirid dan zikir. Zikir tidak boleh dilihat kehebatannya, ianya hanya boleh didengar.

Menyedari kekurangan ini Dajjal terpaksa berhempas pulas menggunakan tenaga elektrik dan cahaya untuk menandingi ilmu tasawuf ini. Eksperimen Phildephia sudah menjalani beratus-ratus ujian tanpa diketahui.

Ini bukanlah bermakna Dajjal masih diperingkat tenaga elektrik, Dajjal sudah pun mempunyai teknologi cahaya yang digunakan UFO. Cuma Dajjal belum bersedia menimbulkan teknologi itu di tengah-tengah masyarakat sekarang kerana ia belum sesuai.

Kejayaan menggunakan cahaya akan berlaku juga seperti kejayaan memunculkan gambar di skrin televisyen zaman dahulu. Idea teknologi ini akan didetikkan di otak salah seorang terpilih (the chosen one) tidak lama lagi. Dengan terhebahnya teknologi itu kelak maka hampirlah saat perang dunia akhir zaman.

P/S : Maklumat ilmu tasawuf adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat yang tiada ilmu zaman sekarang ini. Bagi yang berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut hendaklah menanyakan sendiri kepada tuan guru-tuan guru di mana-mana sekolah pondok. Jangan sesekali menanyakan ilmu ini di internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka ruang bicara secara online.

Ilmu Di Dalam Kitab atau Di dalam Dada?

Sewaktu dalam perjalanan kembali ke Thaus dari sebuah daerah bernama Jarjan, selepas Imam Ghazali belajar dengan Imam Abu Nasyar Al Ismaili, rombongan Imam Ghazali telah dirompak oleh segerombolan perompak yang banyak berkeliaran di waktu itu. Semua barang mereka habis dirompak termasuklah manuskrip-manuskrip Al Ghazali yang berharga. Al Ghazali merasa sayang sekali pada bahan-bahan manuskripnya itu lalu beliau memberanikan diri menghampiri ketua prompak untuk meminta kembali bahan-bahan tersebut.

Tatkala mendengar rayuan Al Ghazali itu maka ketua perompak itu lalu berkata, “Apa gunanya lagi catatan-catatan engkau itu kiranya ilmu itu sudah engkau pelajarinya? Bukankah ilmu itu sudah ada di dalam kepalamu dadamu – penulis ?” Bagaimanapun selepas itu ketua perompak itu telah mengembalikan semula barang-barang yang dikehendaki oleh Al Ghazali itu.

Sejak dari peristiwa itu Al Ghazali telah mengutamakan pemahaman serta penghafalan daripada kerja mencatat sewaktu mempelajari sebarang ilmu yang dituntutnya. Beliau sering menyebut, “Pelajaran-pelajaran selanjutnya akan saya faham dan hafalkan kerana sekiranya barang -barang itu kemudiannya dirompak orang, saya tidak akan kehilangan apa-apa lagi ilmu yang telah saya pelajari itu.”

~ Luqman Hakim

Memilih Isteri
Kata hukama’ bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:

pertama seperti tabiat babi
kedua seperti tabiat kera
ketiga seperti tabiat anjing
keempat seperti tabiat ular
kelima seperti tabiat baghal
keenam seperti tabiat kala
ketujuh seperti tabiat tikus
kelapan seperti tabiat unggas
kesembilan seperti tabiat serigala dan
kesepuluh seperti tabiat kambing

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan ke mana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta “yang fitnah itu tiada masuk syurga”.

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya dari mana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku di rumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.

~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

Rahsia Bulan Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika di didik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginanyang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunyaianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka di kalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknyadengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Tanda Tahi Lalat

Bibir atas kanan :: banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri :: ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan :: disegani orang, ramai yg suka
Bibir bawah kiri :: pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan :: cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri :: cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah :: tercapai cita-cita
Biji mata kanan :: suka serong dan pembohong
Biji mata kiri :: pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan :: baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri :: baik budi, murah rezeki
punggung kanan :: agak mengalami kesulitan
punggung kiri :: malas dan suka duduk
Betis kanan :: suka berhibur, boros
Betis kiri :: rajin,tidak suka menganggur
Lutut kanan :: bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
Lutut kiri :: kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan :: terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri :: sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang :: jujur, sabar dan tekun
Kening kanan :: cerdas dan cekap
Kening kiri :: cerdas, sopan santun
Tengah kening :: keras hati, berani segala hal
Hujung mulut kanan :: kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri :: suka berpoya-poya
Ketiak kanan :: dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri :: jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan :: suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri :: kehendak kuat
Batang hidung :: banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung :: banyak rezeki
Dagu bawah kanan :: jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri :: bijak sana dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri :: baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) :: bakal beristeri 2
Tumit kanan :: jujur dan banyak kawan
Tumit kiri :: baik budi
Alis kanan :: suka menolong, baik hati
Alis kiri :: ramai yang suka
Pangkal peha kanan :: kemahuan kuat
Pangkal peha kiri :: suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan :: tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan :: suka menolong
Jari kaki kiri :: berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan :: cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri :: suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan :: baik hati, pendiam,simpan rahsia
Buah dada kiri :: ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan :: setia dan taat pada atasan
Lengan kiri :: menepati janji dan rajin
Pipi kanan :: ramai teman

Gaya Tidur
1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut 
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. 

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang 
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji. 

4. Tidur meringkuk 
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu. 

5. Tidur mengiring dan meringkuk 
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. 

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan 
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang. 

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala 
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi. 

8. Tidur meringkuk di satu arah 
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah. 

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa 
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini? 

10. Tidur meniarap 
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu.

ILMU PENGASIH IMAM SYA’RANI

Imam syarani berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Barang siapa yang membaca selawat:
Setiap hari dan setiap malam sebanyak 100 kali , maka Allah akan membukakan 7 pintu rahmat dan setiap orang yang akan memandangnya, baik lelaki mahupun perempuan akan merasa kasih sayang kepadanya.

Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Berikut ini adalah Tanda Wanita yang Baik:

Kepala dan mulut bulat menyerupai bulan purnama, dahinya rata (tidak lebar).

Matanya sedikit lebar, panjangnya seimbang dan bersinar berkilau, tenang dan pandangannya tajam, jarang berkedip, tidak pernah melihat dengan mengerling.

Alisnya panjang agak lurus dan bulu alisnya rata
Hidungnya lurus agak mancung, garis di kiri dan kanan hidung terlihat terang

Mulut sedang, bibir lurus tertutup, gigi tidak terlihat dan warna gigi putih berkilat teratur rata menyerupai biji ketimun yang agak besar, dasar bibirnya merah delima

Daun telinga tebal dan bentuknya baik

Bentuk dagunya bagus dan daging di bawah dagu tebal

Pipinya rata: seperti durian yang terbelah

Jari tangan runcing bagai duri akan tetapi sedikit keras dan tebal kukunya, daging telapak tangan tebal lagi halus dan lemas, untuk yang ada garis tengahnya terlihat lebih halus jika terpegang halus seperti sutera

Bentuk telapak kaki baik, demikian juga jarinya serta tebal dan halusnya, jarinya keras dan kukunya tebal

Lebar dadanya, daging yang berada di belakang juga tebal

Tulangnya keras, kulit tubuhnya lemas dan halus

Perlahan bicaranya, tepat dan terang, sederhana, tidak suka menggunjingkan orang lain, suaranya halus dan terang

Jika tertawa tenang, badannya tidak bergerak

Kedua kakinya teratur lurus jika duduk, jika bersila (kaki dilipat kedepan) rapi diam dan tenang, badannya tidak bergerak demikian juga tangannya tidak dilambaikan


Jika berjalan lurus serba teratur tidak tergesa-gesa, ayun tangannya pendek hingga badannya tidak bergerak, tidak sering berpaling pandangannya ke depan.

Rahsia Sifat Wanita Menurut Primbon Jawa

Beras Tumpah
Kulit kuning, rambut lembut hingga ke hujung, payudara besar, di telinga ada tahi lalat.
Dia lekas nak darah, pemboros serta suka bertengkar dengan suami.

Bintang Kesiangan
Berkulit hitam manis, rambut lebat berombak, wajah manis mata redup seperti mengantuk.
Dia senang bersama dan mesra dengan suami. 

Durgasari
Muka bujur telur berwarna sedikit keemerahan, leher jinjang.
Suka khianat, tidak baik dalam rumahtangga dan suka berbohong. 

Silasari
Kulit kuning, rambut keperangan lembut sampai ke hujung, payudara kecil, tahi lalat di cuping telinga.
Suka naik darah dan pemboros 

Emping hijau
Kulit gelap, rambut hitam lembut, muuka panjang, badan tegap,kaki kecil dan kering, kuku panajng dan kecil.
Dia baik, murah rezekinya, bertuah, tapi suka merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya. 

Matahari Jatuh
Kulit kuning, urat nampak hijau, aliis lentik, mata redup, wajah manis.
Sabar, bertutur dengan berhati-hati,, berbudi bahasa, dapat menerima dimadu, setia, teliti dalam pekerjaan, murah rezeki. 

Puspa Mekar
Bentuk badan seperti lelaki, tulang agak menonjol, bila berdiri kaki seakan bertemu, ruas betis panjang.
Dia dapat melayani kehendak suami. 

Galak Ulat
Kulit kuning, rambut keras dan luruss, hujung rambut warna merah.
Dia sering menolak kehendak suami. 

Gandasari
Kulit kuning, rambut hitam berkilat,, leher agak pendek , gerak tubuh seperti orang malas, buah dada tergantung, tingkah laku pantas, manis dipandang.
Tidak menampakkan marah, tutur katannya lembut dan pandai dalam melaksanakan kewajipan. 

Sinar Kencana
Duduknya tenang, agak pendiam, berkuulit gelap, rambu lembut, hitam dan halus, bertubuh besar.
Perempuan ini baik. Pandai menjaga hati. 

Sirih Terlentang
Kaki agak melintang, jika berjalan kaki suka menendang tanah.
Pemboros serta suka melakukan perbuatan keji 

Bunga Lawang
Tubuh kecil, kulit putih kekuningan, melangkah seperti harimau lapar, sentiasa mahu cepat pergi kemana-mana.
Pandai simpan rahsia, sopan santun, mementingkan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga. 

Matahari Terbenam
Badan kecil, warna kulit kemerahan, sedikit tanda kebiruan di wajah, alis mata tebal.
Penyimpan rahsia, spontan, tidak sesuai dijadikan isteri tetapi sesuai sebagai sahabat. 

Sari Maya
Badan kurus, rambut genjur dan kasar, wajah kemerahan.
Tak pandai meminta2, menerima apa sahaja keadaan,taat perintah Allah. 

Kunci Kencana
Kulit gelap, badan tinggi besar, kaki pendek.

Dia amat bosan kepada suami.

Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Gigi

Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah! 
Bersaiz sederhana dan rata .

Cantiknya gigi dia . 
Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya! 

Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya! 

Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain. 

Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka. 

Kecil dan tersusun.

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

"Sejarah Peguruaan Sunana Kalijaga"

Ketika Sunan Bonang mengajar Sunan Kalijaga di atas perahu tiba-tiba perahu tersebut bocor lalu sunan Bonang menghentikan pembelajarannya dan mengambil tanah daripada darat untuk menampal kebocoran kapal tersebut, ia tidak tahu di dalam tanah tersebut terdapat cacing, kemudian pembelajaran terhadap Sunan Kalijaga diteruskan, kerana terlalu dasyatnya ajaran Sunan Bonang maka cacing tersebut dapat mendengarkan dan mengikuti proses pembelajaranya dan pada akhirnya cacing tersebut mampu berubah menjadi manusia maka cacing tersebut boleh mendengar dan mengikuti pembelajarannya.

Kerana belum sempurnanya ilmu yang dikuasai oleh sunan Kalijaga, beliau tidak mengetahui kalau ada orang lain yang mengikuti pembelajaran sunan Bonang, selepas sempurna menerima ilmu dari Sunan Bonang akhirnya sunan Kalijaga tahu ada orang yang juga mencuri ilmu tersebut secara tersembunyi maka orang tersebut diusir oleh Sunan Kalijaga. Orang itu, lari ke daratan dan menyebarkan ilmu yang tidak sempurna kepada masyarakat hingga terkenal dimana-mana. Setelah Sunan Kalijaga abis memhatam dan menyempurnakan ilmu dari Sunan Bonang dan dapat menyebarkan pula kepada orang lain di daratan. Betapa ia terkejutnya kerana ilmu tersebut sudah tersebar luas.

Sunan Kalijaga teringat akan kejadian di atas kapal bersama Sunan Bonang ketika menerima ilmu ada orang yang berasal daripada cacing yang turut mendengar pembelajaran tersebut di namakan ia Siti Jenar. Kerana ilmu yang tanpa izin dari guru (sunan Bonang) boleh menyimpang, menyesatkan, dan merosakkan ilmu Tauhid. Hal ini menyebabkan munculnya ilmu hitam, Sampai sekarang ilmu tersebut menjadi pegangan dan keyakinan masyarakat nusantara.

kerana dianggap sebagai ilmu yang tidak benar. Hal tersebut diatas dapat kita simpulkan bahawa ilmu yang tidak sempurna (tidak dilandasi dengan tauhid yang murni) dan tidak kita ketahui asal mulanya, walaupun luarnya sangat bagus dan sangat indah tetapi di dalamnya sangat kotor dan menyesatkan bagi kita, na’udzubillah. kerana ilmu kewalian dan tauhid yang telah begitu lama tidak muncul, yang tersebar selama ini hanya ilmu syari’at daripada hakikat.


Alhamdulilah, dengan sifat Al Rahman dari Allah SWT ilmu tersebut sekarang telah muncul dan disampaikan dengan perantara para guru mursyid di dalam salasilah mursyid yang sahih.

"BayangKilat" بايڠ کيلت | Aku tawasul anggu wesi irtum, kunci Allah irtum, Allahu irtum kunci Allah, Nabi Muhammad irtum kunci Allah kepada Adam…..
https://bayangkilat7.wordpress.com/page/2/



Tiada ulasan: