Khamis, 9 Ogos 2018

Duit duit di manakah kau duit. 8002.


FREE MALAYSIA TODAY
Bolehkah BN menjelma semula?
May 14, 2018
KOMEN
Oleh Danni Rais
Rata-rata rakyat tidak lagi melihat Umno sebagai pejuang nasib, malah gagal menarik minat golongan Melayu muda dan profesional.
Tarikh keramat 9 Mei 2018, akan sentiasa diingati sebagai tarikh bersejarah rakyat Malaysia memilih perubahan menerusi kuasa mereka di peti undi.

Dalam keghairahan majoriti rakyat Malaysia menyambut “kemenangan” yang lama dinantikan, wajar kita mula bertenang dan mula mengalihkan fokus terhadap perjalanan yang masih panjang di hadapan kita.

Tanpa disangka, Pakatan Harapan (PH) merekodkan kejayaan yang tidak dapat disangkal, walhal parti yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia untuk 61 tahun, Barisan Nasional (BN), atau apa sahaja yang berbaki tinggal daripadanya, jelas, mempunyai jalan yang masih begitu panjang di hadapan mereka dalam menuju reformasi.

Hal ini sangat penting, kerana sesebuah proses demokratik itu tidak akan berfungsi dengan baik dengan hanya satu pakatan yang memegang tampuk pemerintahan tanpa diimbangi oleh barisan pembangkang yang kuat.

BN perlu menyahut cabaran ini. Tidak dinafikan hal ini bakal memakan masa. BN sebelum itu perlu menjalani proses “mencari” atau muhasabah diri.

Keputusan PRU14 kali ini jelas membuktikan kebenaran Tsunami Melayu yang digeruni BN. Dengan sokongan kaum-kaum lain, satu demi satu negeri rebah jatuh ke tangan PH.

Kemampuan PH untuk meyakinkan rakyat, di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih kekal bertenaga bagaikan orang muda, memang sama sekali tidak dijangkakan.

PAS turut memaparkan kejutan, lantas menunjukkan yang mereka jelas masih kekal relevan walaupun ramai pihak yang ragu-ragu dengan kedudukan mereka menuju ke PRU14.

Dengan rekod prestasi pembangunan yang dibawakan BN beserta perancangan penuh rapi yang diuar-uarkan untuk masa hadapan negara, di mana letaknya salah BN? Bagaimana bisa BN bangkit kembali semula?

Pertama, BN perlu menyelesaikan isu paling utama menyelubungi Umno iaitu kesahihan. Seperti kata orang, “ada hikmah di sebaliknya,” maka mungkin peristiwa ini menjadi petanda yang pertama dan yang paling jelas suatu perubahan serius mesti dipertimbangkan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), atau lebih dikenali sebagai “RoS”, tentu sekali tidak akan membiarkan isu kesahihan penubuhan Umno begitu sahaja, tidak paling tidak atas desakan kerajaan yang baru.

Tentu ada pihak-pihak yang akan terus menjadikan status Umno sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah ini sebagai prioriti mereka, walau apa jua keputusan RoS.

Umno banyak menaburkan jasa kepada negara dan bangsa Melayu selama ini; tidak ramai orang yang dapat menafikan hakikat ini. Namun, hari tak selamanya panas. Rata-rata rakyat tidak lagi melihat Umno sebagai pejuang nasib.

Benar, Umno perlu melihat fenomena ini sebagai isyarat untuk melakukan perubahan yang drastik, tetapi sebelum itu Umno perlu menerima dan mendalami hakikat baru ini secara jujurnya dengan melihat semula kepada diri sendiri. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kepada kehendak politik (‘political will’) yang tinggi, tetapi juga kemahuan sebenar untuk berubah menjadi parti yang menghormati serta menyantuni minda dan hati sanubari orang ramai.

Mungkin tiba masanya untuk membahaskan semula wacana keahlian secara terus (‘direct membership’) ke dalam BN. Dengan keretakan yang dialami Umno setelah kehilangan tampuk pemerintahan negara dalam detik bersejarah ini, BN sebagai satu pakatan pula jelas mula kehilangan asasnya.

Apa jua parti baharu yang bakal ditubuhkan kelak mesti menentukan hala tujunya, terutamanya dari segi ideologi dan bayangan pembangunan jangka masa panjang, sama ada ke arah pembangunan yang lebih berfokuskan idea-idea liberalisme (progresif) ataupun ke arah yang lebih konservatif dengan niat menegakkan semula prinsip asal penubuhan negara bangsa kita, misalnya nilai-nilai yang diterapkan oleh Rukun Negara.

Sehingga kini, BN hidup atas dasar politik perkauman. Keputusan PRU14 kali ini menunjukkan tiada lagi tempat untuk permainan politik sedemikian dalam masa hadapan Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan jika ditelusuri secara halusnya, beberapa parti komponen PH juga masing-masing didominasi oleh kumpulan etnik tertentu. Namun, setiap mereka secara rasminya membuka keahlian kepada semua kaum, lantas secara umumnya menjadikan mereka lebih bersedia dan lebih relevan untuk menghadapi lanskap masa depan Malaysia yang lebih toleran sesama kaum.

Sudah menjadi kemestian kini untuk barisan pembangkang baru ini menubuhkan sebuah entiti politik yang tidak berasaskan kaum di mana hanya ada satu bangsa yang boleh menguasai atau menakluki kedaulatan bangsa-bangsa lain, seterusnya menguburkan sama sekali ketakutan ini dari terus-menerus menghantui kita.

Parti baharu ini wajar membuka keahlian kepada rakyat berbilang kaum dan buat pertama kalinya menjadi parti yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam erti kata sebenar.

Paradigma baru ini tidak sama sekali bermaksud hak-hak yang termeterai jelas dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan diabaikan. Malah, peluang ini harus digunakan untuk menyingkap kembali hasrat murni isi artikel berikut dengan lensa yang baru dan pandangan alam yang dikemaskini.

Sering dilupakan juga, Perlembagaan Persekutuan tidak menidakkan kepentingan sah kumpulan kominiti yang lain mengikut peruntukan artikel terbabit. Maka, tiada sesiapa rakan warganegara yang perlu takut dengan hegemoni Melayu, dan sebaliknya juga tiada orang Melayu yang perlu khuatir hilangnya hak bangsa Melayu ini.

Biarlah prinsip ini menjadi sandaran parti baharu ini dalam mengukir semula masa depan yang baru. Biarlah detik ini menjadi batu asas penubuhan ideologi baharu, yang menghormati masa lepas dan pada masa yang sama melihat jauh ke masa hadapan.

Parti baharu ini perlu merombak semula kedudukan parti komponen lain, yang jujurnya dengan tegasnya ditolak tepi oleh rakyat Malaysia.

Keyakinan di kalangan ahli parti komponen perlu dicambahkan semula, seterusnya dipelawa semula ke dalam lipatan sejarah baru yang bakal dilakar. Mereka yang ikhlas mahukan perubahan tentu akan menyahut cabaran sedemikian.

Jangan dirisaukan mereka yang ingin berlalu pergi dan tidak lagi merasakan BN sesuai untuk mereka. Sekadar menubuhkan pakatan baharu dengan tidak semena-mena hanya untuk memuaskan hati mereka bukanlah jawapannya.

Potensi anak muda juga mesti dijadikan fokus utama. Parti baharu ini mesti dipelopori oleh orang muda yang berpotensi dan berkongsi matlamat yang sama tentang persoalan masa hadapan.

Cukuplah dengan golongan kelas politikus secara karier; telusurilah semula sejarah penubuhan asal negara kita yang dipelopori individu yang turut mempunyai kehidupan sebenar di luar politik. Hanya dengan inilah godaan kuasa yang dijanjikan politik tidak lagi mengkorupkan pengamal politik dan parti.

Parti bakal memerlukan lebih ramai lagi golongan pemikir yang kritikal, dan menolak sikap “pak turut”. Kebolehan bertanya soalan secara kritis dan berhujah secara berhikmah sangat penting dalam menuju masa hadapan, tidak seperti syarikat gergasi yang sedikit demi sedikit melihat kejatuhannya kerana terlalu ramai pak turut yang hanya risau menjaga periuk nasi masing-masing dan terlalu sedikit pucuk pimpinan yang cukup terbuka menerima kritikan.

Hal ini bermakna, mereka yang sudah terlepas “tarikh luput” dan terus enggan meninggalkan gaya yang lama perlu melangkah ke tepi untuk memberi peluang kepada pembaharuan.

Usaha ini mestilah didukung oleh majoriti keahlian parti. Tiada siapa yang akan meyakini usaha ini jika wajah-wajah lama masih melopori tampuk barisan tertinggi parti.

Jika tidak, usaha ini bakal disalah anggap dan dilihat sebagai parti yang masih mengamalkan cara yang lama, yang menyekat kemajuan dan tidak menyediakan peluang untuk kepimpinan baru membuktikan kebolehan mereka.

Salah satu lagi punca kegagalan Umno yang paling jelas ialah kegagalannya menarik minat golongan Melayu muda dan professional. Tanpa mereka, budaya lama dalam parti terus menerus dianggap betul dan relevan.

Golongan muda mestilah diberikan peluang yang setara untuk menunjukkan kemampuan. Golongan yang mempunyai keberanian bersuara haruslah diiktiraf sebagai barisan kepimpinan.

Prinsip meritokrasi juga harus mula diterapkan sebagai kayu ukur dan kelayakan dan bukan sekadar dijadikan prioriti kedua selepas cita-cita. Pakar dalam bidang tertentu yang relevan wajar diraikan dan kepakaran itu haruslah bijak digunakan untuk kelebihan parti.

BN terbina atas kekuatan gerakan akar umbinya yang mutakhir ini jelas semakin kurang disantuni oleh BN.

Kejayaan PAS wajar sekali dijadikan contoh; walaupun diperlekehkan sebagai parti yang barangkali tidak akan bertahan lama, PAS nyata gagah mempertahankan Kelantan malah bangkit semula mengambil alih Terengganu dengan menakluki semula jiwa dan taat setia penyokong tegarnya di peringkat ‘grassroot’.

Di sini pula di mana golongan muda BN pula perlu menyedari kemenangan politik yang sebenar terletak di peringkat akar umbi, walaupun dengan kemudahan dan jangkauan luas yang dijanjikan oleh media sosial.

Strategi ini bukanlah hanya untuk tempoh masa 2 minggu berkempen, tetapi untuk mereka yang benar-benar berkeinginan untuk berkhidmat untuk rakyat dengan memberikan sentuhan kemanusiaan dan membina kepercayaan di kawasan tidak tercapai oleh media sosial.

Dengan pemahaman ini, parti baru ini harus memastikan yang majoriti ahli yang bakal menelurusi peringkat parti menuju barisan kepimpinan terdiri daripada golongan “grassroot” dan diberikan sokongan.

Bakat dan kemahiran di kalangan belia juga perlu dikenalpasti di peringkat cawangan. Mereka perlu digalakkan untuk menjalankan fungsi mereka secara efektif di peringkat cawangan sebelum dikenalpasti untuk menjadi calon wakil rakyat atau sebagainya.

Strategi untuk tampil berwibawa di media sosial dan dalam kalangan pemimpin tertinggi parti semata-semata tidak akan membuahkan sebarang hasil, jika individu terbabit tidak rajin “turun padang” dan tidak dikenali orang ramai.

Malang sekali hal ini diperlekehkan rata-rata ahli Umno, walhal strategi “grassroot” inilah yang selama ini menjadi keistimewaan dan rahsia kejayaan Umno.

Kepercayaan para pengundi Malaysia hanya akan kembali ke tangan BN menerusi usaha pembangunan negara bangsa yang benar-benar jujur dan ikhlas.

Penggiat parti yang saban hari secara senyap-senyap meneruskan usaha masing-masing, sebagaimana kecil sekalipun, tidak seharusnya kecewa dengan persepsi dan imej lama terhadap BN yang bakal senantiasa membayangi usaha-usaha mereka.

Mungkin cinta yang masih wujud dalam hati segelintir penyokong Umno dan parti komponen, bisa dijadikan pembakar semangat.

Apa yang jelas, tanpa sokongan daripada penyokong asal BN, tidak mungkin PH mampu meraih sedemikian banyak undi sehingga membawakan kepada kemenangan yang boleh dikatakan besar.

Situasi ini jelas menunjukkan kekecewaan yang sudah lama terpendam di kalangan penyokong BN itu sendiri. Tidak usahlah masa dan keringat dibelanjakan lagi untuk mengenang-ngenang faktor yang menyebabkan ahli-ahli parti memilih untuk mengundi PH. Kita jujurnya selama ini sekadar menunggu masa.

Usaha “menyegarkan” semula BN tidak akan dapat berlaku dalam sekelip mata. Kekuatan bersama perlu tampak jelas dalam BN demi menyediakan Malaysia dengan sebuah kerajaan alternatif baru di masa hadapan, di samping itu menjadi barisan pembangkang yang mampu menjadi “check and balance” yang baik kepada kerajaan baru.

Hanya masa yang bakal mencantas secara perlahan-lahan segala “lemak berlebihan” yang masih wujud dalam BN pada hari ini, sehingga yang tinggal hanyalah sebuah organisasi yang segar, lincah, bertenaga dan efisien.

BN mungkin menjelma sebagai organisasi baru hasil kombinasi semangat awal penubuhannya dan kehendak Malaysia di masa hadapan. Mungkin juga BN tidak akan ke mana.

Mungkin benar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih arif meramal masa hadapan kita, dengan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mungkin juga Datuk Onn Jaafar membuat keputusan benar meninggalkan Umno untuk menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) atau Parti Negara atas kekesalan beliau dengan permainan politik remeh dalam Umno ketika itu.

Ya, mungkin setakat ini sahajalah, kemampuan BN. Dan dengan itu terdapat potensi BN yang baharu.

Danni Rais ialah setiausaha agung Organisation for National Empowerment (ONE).

* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Bolehkah BN menjelma semula? | Free Malaysia Today

Foto Malaysia Third Force Third Way.
Malaysia Third Force Third Way
7 jam
It was great political propaganda role, 1MDB, national debt, many other incidents along the way...

PPBM, DAP, PKR, Amanah with the help from foreign govt, successfully influence the voters. It's just great smart political propaganda esp in victimised Jho low. Yes, Jho low is close friend to Riza Aziz, but he had nothing to do with 1mdb. 


I am not shocked as from day One of this 1mdb it was suspicious as I encounter some points as I followed up this. 


It's easy to create " fake evidence " just to influence others , you can't use that fake Evidence in court. Just to keep people's trust that it's true what been conficated by the authorities. 


It was easy to influence and fool the voters. 


I was waiting to see when will foreign govt will just pull back from the investigation, as I known it something was very suspicious.
It's getting interesting....


Let's see what's next ....


let's just lay back and see how this well plan Mahathir's propaganda ends. I believe the ordinary members and supporters of Pakatan Rakyat not aware about this , only those top leaders of pH definitely knowns about this Mahathir well plan political propaganda. 


All of them just wanted the political power for their own interest.
What a disgusting ....


Kes kontrak 60,000 periuk nasi berlogo Umno dan BN: Shahidan, dua yang lain diarah hadir ke mahkamah
Hafiz Yatim 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan dua lagi pemimpin Umno Perlis diarahkan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos untuk menjawab saman pelanggaran kontrak berhubung pembelian 60,000 periuk nasi.
Jika gagal, keputusan akan dibuat terhadap mereka.
Perintah itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas peguam mewakili Shahidan dan dua yang lain memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak mendapat arahan daripada anak guam mereka. Peguam berkenaan juga memberitahu akan menarik diri jika gagal mendapat sebarang arahan daripada anak guam mereka pada minggu ini. Ini menyebabkan Wan Ahmad Farid mengarahkan Shahidan bersama Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga setiausaha Umno Perlis dan bendahari Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman hadir di mahkamah pada 17 Ogos. Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili pembekal periuk nasi, Florence Lee Jye Wen ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan perkara itu. Perbicaraan akan diteruskan pada bulan ini. Terdahulu dilaporkan Lee menamakan Shahidan, bersama-sama Zahidi dan Rozabil selaku defendan dalam samannya di mana beliau mendakwa Umno Perlis memesan 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang berlogo Umno dan BN dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan. Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan pada April tahun lalu, Lee mendakwa beliau pada mulanya didatangi wakil jualan yang mengatakan Umno Perlis berminat membeli periuk nasi dengan logo berkenaan. Lee mereka bentuk logo berkenaan dan dilaporkan menunjukkan kepada setiausaha Shahidan pada Mei 2015.

BERITA
Kes kontrak periuk nasi: Shahidan, dua yang lain diarah hadir ke mahkamah
Hafiz Yatim | Diterbitkan 9 Ogs 2018, 6:47 petang | Dikemaskini 9 Ogs 2018, 6:53 petang

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan dua lagi pemimpin Umno Perlis diarahkan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos untuk menjawab saman pelanggaran kontrak berhubung pembelian 60,000 periuk nasi.
Foto Rin Du.
Jika gagal, keputusan akan dibuat terhadap mereka.

Perintah itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas peguam mewakili Shahidan dan dua yang lain memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak mendapat arahan daripada anak guam mereka.

Peguam berkenaan juga memberitahu akan menarik diri jika gagal mendapat sebarang arahan daripada anak guam mereka pada minggu ini.

Ini menyebabkan Wan Ahmad Farid mengarahkan Shahidan bersama Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga setiausaha Umno Perlis dan bendahari Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman hadir di mahkamah pada 17 Ogos.

Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili pembekal periuk nasi, Florence Lee Jye Wen ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan perkara itu. Perbicaraan akan diteruskan pada bulan ini.

Terdahulu dilaporkan Lee menamakan Shahidan, bersama-sama Zahidi dan Rozabil selaku defendan dalam samannya di mana beliau mendakwa Umno Perlis memesan 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang berlogo Umno dan BN dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan pada April tahun lalu, Lee mendakwa beliau pada mulanya didatangi wakil jualan yang mengatakan Umno Perlis berminat membeli periuk nasi dengan logo berkenaan.

Lee mereka bentuk logo berkenaan dan dilaporkan menunjukkan kepada setiausaha Shahidan pada Mei 2015.

https://www.malaysiakini.com/news/438164

AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL KELUAR PARTI
  
KENYATAAN MEDIA
Wanita UMNO dengan ini menyatakan rasa kecewa yang mendalam terhadap pengumuman wakil-wakil rakyat Barisan Nasional untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. 

Bermula dengan YB Datuk Dr. Noor Azmi (Bagan Serai), YB Datuk Syed Husin (Bukit Gantang) dan yang terbaru YB Datuk Mas Emeryati Samsudin dari Masjid Tanah

Keputusan dari Mas Emeryati amat mengecewakan kerana beliau merupakan mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang bertaraf Naib Presiden UMNO.

Keputusan ketiga-tiga wakil rakyat ini terutamanya Mas Emeryati untuk menjadi wakil rakyat bebas ini ternyata telah mengkhianati kepercayaan pengundi-pengundi yang telah memilih mereka yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional. 

Mas Emeryati juga dengan mudah melupakan kerja kuat seluruh jentera Jalinan Rakyat dan Barisan Nasional yang bertungkus lumus semasa kempen PRU-14 sehingga beliau berjaya menang kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Wanita UMNO ingin mengingatkan Mas Emeryati dan wakil-wakil rakyat BN yang lain bahawa status Ahli Parlimen yang disandang bukanlah hanya kerana diri mereka sendiri tetapi ia merupakan kombinasi kerja kuat jentera Jalinan Rakyat dan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Jika ada masalah atau isu dengan kepimpinan dan perjalanan UMNO, perkara ini patut dibincang bersama dengan baik di dalam UMNO hingga ke peringkat tertinggi. Jangan gunakan ketidakpuasan hati ini untuk keluar parti dengan alasan hilang kepercayaan.

Jika benar wakil-wakil rakyat BN ini benar-benar hilang kepercayaan terhadap UMNO, Wanita UMNO mencabar supaya mereka melepaskan jawatan Ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil diadakan kerana kepercayaan rakyat mesti dihormati dan mereka mesti diberi hak untuk memilih wakil rakyat yang mewakili parti yang mereka percayai.

Wanita UMNO juga akan berbincang dengan pasukan undang-undang UMNO untuk melihat cara bagaimana untuk menangani perkara ini supaya ia dapat dielakkan dari berulang kembali. Pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang memilih Barisan Nasional oleh ahli-ahli parlimen dan ADUN yang melompat parti atau pun keluar menjadi Bebas perlu dihentikan. Kepercayaan rakyat tidak boleh dijadikan alat untuk seseorang individu melunaskan kehendak politik peribadi.

DR. NORAINI AHMAD
Ketua Wanita Umno
https://mykmu.net/2018/07/ahli-parlimen-barisan-nasional-keluar-parti/
mengkhianati - begitulah juga kisah Kerajaan Negeri Perak dahulu yang tiba-tiba bertukar tangan. Umno pun penerima pengkhianat untuk tampil berkuasa. Hidup ibarat putaran roda. 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
14 Februari · 
DAPAT NAMA SHAHIDAN PERIUK NASIK LA LEPAS NI 

Florence Lee Jye Wen memfailkan saman sebanyak RM500,000 pada 6 April lepas dan menamakan Shahidan, Anggota Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin dan bendahari Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman kerana melanggar kontrak mengenai perjanjian pembelian periuk nasi dengannya.

Foto Rin Du.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Umno Perlis telah memesan sebanyak 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang tertera logo Umno dan Barisan Nasional bersama dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan Kassim pada 3 Jun 2015.
https://www.malaysiakini.com/news/412193#XQDuFqyUTtRRjtPT.99
https://www.facebook.com/tenteratrollkebangsaanmalaysia/photos/a.1510007172562906.1073741828.1509981019232188/2114444362119181/?type=3&theater


Apa macam PH ? 😊
Wang RM18 bilion tidak hilang...
MyMetroMutakhir
Azura Abas dan Irwan Shafrizan Ismail
cnews@nstp.com.my
TIADA wang yang hilang dalam dana amanah pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana semua kutipan GST perlu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957, setiap hasil yang dikutip kerajaan termasuk GST, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dividen PETRONAS dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta hasil lain perlu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Beliau berkata, segala pengurusan keluar dan masuk hasil kewangan dan bayarannya diuruskan Jabatan Akauntan Negara di mana diaudit setiap tahun dan laporan turut dibentangkan di Parlimen.

Katanya, daripada segi prosedur, keperluan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung dana amanah pembayaran balik GST hanya dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan Aliran Tunai kerajaan yang diadakan setiap bulan.

“Mesyuarat ini akan membincangkan secara terperinci kedudukan kutipan hasil berbanding yang disasarkan, dan kedudukan perbelanjaan sama ada perbelanjaan mengurus atau pembangunan.

“Dalam mesyuarat ini juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tunggakan yang perlu dibayar. Mengikut keperluan mereka dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada dana amanah ini daripada Kumpulan Wang Disatukan.

“Bagi pihak JKDM untuk 2017, jumlah bayaran balik tuntutan yang dibuat berjumlah RM23 bilion iaitu lebih 34 peratus daripada jumlah pungutan GST. Tunggakan bayaran pula difahamkan sebanyak RM15 bilion lagi bagi tahun itu yang memerlukan verifikasi, siasatan dan proses pengauditan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, sekiranya RM23 bilion dan RM15 bilion itu dicampur, ia adalah hampir 58 peratus daripada jumlah kasar kutipan GST iaitu sebanyak RM67 bilion bagi 2017.

“Angka tuntutan bayaran balik 58 peratus ini adalah terlalu besar untuk tempoh setahun yang memerlukan pengauditan dijalankan.

“Kalau tuntutan adalah jelas dan tiada penipuan, bayaran akan dibuat kastam dalam tempoh 14 hari. Namun sekiranya terdapat keraguan dan tuntutan palsu yang memerlukan siasatan dan pengauditan lanjut, maka ia akan memakan masa lebih lama (untuk bayaran tuntutan dapat dibuat),” katanya.

Katanya, tiada berlaku sebarang ‘kehilangan’ wang daripada dana amanah itu kerana Perbendaharaan memperuntukkan wang untuk bayaran balik tuntutan GST mengikut keperluan JKDM dan berdasarkan kedudukan kewangan negara.

“Maklumat mengenai perkara ini saya percaya boleh didapati daripada Jabatan Akauntan Negara dan Bahagian Fiskal Kementerian Kewangan.

“Setiap sen (kutipan hasil) dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya.

Penjelasan diberikan Mohd Irwan itu bagi menafikan pendedahan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, semalam mengenai berlaku kekurangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang berkenaan.

Ditanya sama ada akan membuat laporan polis apabila bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu didakwa sedar mengenai kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST, Mohd Irwan berkata, beliau tiada perancangan untuk berbuat demikian, setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 4:50 PM
Wang RM18 bilion tidak hilang... | Harian Metro

Kes kontrak 60,000 periuk nasi berlogo Umno dan BN: Shahidan, dua yang lain diarah hadir ke mahkamah
Hafiz Yatim 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan dua lagi pemimpin Umno Perlis diarahkan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos untuk menjawab saman pelanggaran kontrak berhubung pembelian 60,000 periuk nasi.

Jika gagal, keputusan akan dibuat terhadap mereka.

Perintah itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas peguam mewakili Shahidan dan dua yang lain memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak mendapat arahan daripada anak guam mereka.

Peguam berkenaan juga memberitahu akan menarik diri jika gagal mendapat sebarang arahan daripada anak guam mereka pada minggu ini.

Ini menyebabkan Wan Ahmad Farid mengarahkan Shahidan bersama Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang juga setiausaha Umno Perlis dan bendahari Umno Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman hadir di mahkamah pada 17 Ogos.

Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili pembekal periuk nasi, Florence Lee Jye Wen ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan perkara itu. Perbicaraan akan diteruskan pada bulan ini.

Terdahulu dilaporkan Lee menamakan Shahidan, bersama-sama Zahidi dan Rozabil selaku defendan dalam samannya di mana beliau mendakwa Umno Perlis memesan 60,000 periuk nasi bersaiz 1.8 liter yang berlogo Umno dan BN dengan singkatan DSSK yang merujuk kepada Shahidan.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan pada April tahun lalu, Lee mendakwa beliau pada mulanya didatangi wakil jualan yang mengatakan Umno Perlis berminat membeli periuk nasi dengan logo berkenaan.

Lee mereka bentuk logo berkenaan dan dilaporkan menunjukkan kepada setiausaha Shahidan pada Mei 2015.
at 8/09/2018 08:46:00 PTG
KERENGGA: Kes kontrak 60,000 periuk nasi berlogo Umno dan BN: Shahidan, dua yang lain diarah hadir ke mahkamah

155,215 Paparan
Rakaman Video YB Menteri Kewangan Sekolahkan 3 Orang YB Dari BN Serentak Di Parsidangan Parlimen..!!!
YB Bagan Datuk (ZAHID HAMIDI), YB Ayer Hitam (WEE KA SIONG) Dan YB Rembau (KHAIRY JAMALUDDIN) Dapat Malu Besar Hari Ni..!!!

SELAMA INI KERAJAAN BN SOROK ANGKA SEBENAR HUTANG 1MDB, MENIPU PARLIMEN & MENIPU RAKYAT !!!

Tepok.. Tepok.. Tepok..
https://www.facebook.com/suararakyatpage/videos/1080270245484825/?t=20
770,342 Paparan
10 kesilapan penjaga gol sepanjang tahun 2017.
Kredit Lemuri Pohnpei





Tahir Salim berkongsi pautan.
Wei LGE...hang dah bule tunjuk bukti..
😂😂😂😂😂


UMNO-ONLINE.MY
KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) telah merompak duit bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Guan Eng keti...

Foto Sharifa Ilias.

Foto Sharifa Ilias.

Foto Sharifa Ilias.

Foto Sharifa Ilias.




Putera Ahmad berkongsi siaran.
Foto Barisan Nasional.
Barisan Nasional
Rakyat tertipu dengan janji Pakatan Harapan.

Foto Mohd Sopi.

Kpd peniaga2 diluar sana yg belum terima duit refund gst bolehlah buat laporan polis. Kasi ajar sikit penyangak2 haprak ni

Belia Bangkit
Tetap Tenang walaupun dihujani Cacian Dan Tomahan Serta jutaan FITNAH Dari Kerajaan PH terhadap Beliau..
Kita DOA kan yg terbaik buat DSNR.

Masih anggap diri tu belah kerajaan ke??




Hok Aloh La berkongsi pautan.
Najib simpan duit di pejabat....

BHARIAN.COM.MY
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa tidak dimaklumkan mengenai simpanan tunai berjumlah jutaan ringgit di pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.




JB Man berkongsi pautan.
Yes yes yess alhmdulillah,kita sokong PH bukan sokong Marina,Siti Kassim dengan kaum LGBTnya

HMETRO.COM.MY
DUA potret aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dipamerkan di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ sempena Festival Georgetown, Pulau Pinang diturunkan kerana melanggar peraturan ditetapkan.


....

Tiada ulasan: