Isnin, 27 Ogos 2018

Busuk ikan dari kepala. 8111.


Bangsawan Melayu terbahagi 2: 

1. Cerdik. 
2. Bengap. 

Gambar sekadar hiasan sahaja. 
Melayu kalau sudah busuk hati, dah tak nampak langsung baik seseorang. Seolah-olah pintu Syurga khas untuk dirinya sahaja. Habis dicaci seseorang itu, tanpa sudi mendoakan supaya Melayu yang dicerca itu berubah menjadi lebih baik dari dirinya sendiri. Melayu mana suka tengok Melayu yang lain lebih. Kalau Melayu itu lebih kaya darinya akan dicari kelemahannya "Kena nombor ke" "rasuahke" tetapi kalau Melayu lebih miskin darinya akan dicaci juga "Ahhh pemalas memang patut pun miskin" Nauzubillahminzalik. 

Yang bahayanya kalangan ke 2 ... kaki betina (betina = penjual maruah) kaki sondol, kaki botol, kaki minum, tahi judi. Sudahlah bengap jadi tahi judi, walhal judi ni penipuan amat tinggi muslihatnya. Orang bengap mana reti main judi, sakan kena tipu jer. 

Senang cerita sebahagian Melayu menangkan pelanggar Hukum Allah sebagai kepalanya. Ikan busuknya dari kepala. Sudahlah bengap suka pula orang keliling mengampunya. Walau kelaku buruk telah diketahui (tetapi disenyapkan oleh pengampunya dari pengetahuan Melayu ramai) memang tak boleh pakai. 

Golongan bengap dan pengampu inilah yang merosakan Melayu banyak yang berpegang kepada Islam. Golongan ini jugalah menjadi buruan di zaman Penjajah dulu untuk dijadikan kepala. Senang cerita buruk sudah didalam kocek, maka tidak ikut kata penjajah, maka terbongkarlah rahsia peribadi buruk si kepala itu tadi (ugutan sang penjajah) Tidak patuh maka hilanglah kuasa, pengaruh dan darjat kehormatan dunia, sebab kesilapan diri menjadi duri dalam daging kepada diri sendiri. 

Rupa-rupanya golongan bangsawan bengap serta pengampu-pengampunya ini masih bermaharaja lela di abad ke dua puluh satu ini. Nauzubillahminzalik. 

Tektik-tektik inilah yang digunakan oleh bangsa lain terhadap bangsawan Melayu kategori bengap ini. Maka tergadailah tanah negeri yang kononnya Tanah Warisan Melayu, Tanah Rezeb Melayu bagai. Tidak pelik kalau bangsawan bengap yang jadi kepala, diugut negara luar untuk melepaskan sesuatu hak negara, yang negara asing punya kepentingan. Rugi tidak Melayu ramai, punya kepala yang membusuk? 

Tak kisahlah Melayu bengap ini sedang sakit, telah hilang kuasa dan paling tidak dengan penuh rasa hina dan rendah diri kepada yang menciptanya, sedang bermuhasabah diri atas kealfaan, kesilapan dan kedurjanaan serta pengkhianatan terhadap Islam dan Melayu, satu waktu dulu.
Gambar sekadar hiasan. 
Alhamdulillah jika mereka telah jadi baik dan usah diungkit buruk mereka dulu-dulu, sebab diri kita sendiri pun belum tentu, sebab Allah anjurkan hamba Nya saling doa mendoakan yang baik-baik sesama makhluk Nya.  Aamiin. 

Untung Islam Melayu punya bangsawan yang cerdik. Kisah bangsawan Melayu bengap serta pengampunya amat berbeza benar dengan kisah yang dibawakan dalam novel di bawah: Sadis Melayu dapat kepala yang membusuk... 

Jumaat, Februari 25, 2005
Keluarga Gerilya - Pramoedya
Keluarga Gerilya Pramoedya Ananta Toer 
Penerbitan Pustaka Antara
1976
246 ms

Kisah menyayat hati tentang perjuangan. Bagaimana hancurnya sebuah keluarga kerana peperangan.

Dah merata saya mencari buku ini. Saya sudah memiliki dan membaca karya Pramoedya seperti Cerita Dari Blora, Perburuan dan Mute Soliloquy. Keluarga Gerilya bagaikan pelengkap kepada koleksi buku karya Pramoeya ,malah ia adalah karya Pramoedya yang wajib dimiliki.

Yang menariknya buku ini saya jumpa di celah timbunan buku terpakai di kedai buku terpakai, kedai buku Novel Hut. Saya selalu ke Novel Hut untuk mencari majalah atau jurnal lama seperti Harvard Business Review, Mens & Fitness, Foreign Affairs ataupun mencari buku teks tambahan untuk kelas.

Jangan terkejut jika saya katakan buku ini saya beli hanya dengan RM2 dan tertulis harga asalnya iaitu RM6.50!

Keluarga Gerilya adalah kisah tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan negara. Korban nyawa, korban masa depan, korban ayah, korban. Ayah dibunuh kerana menjadi tali barut Belanda. Ibu hilang akal kerana mengenangkan nasib anak-anak. Anak-anak lelaki semuanya berjuang menyertai revolusi kemerdekaan. Anak perempuan tidak bersekolah dan mencari kerja kerana derita kehilangan sumber pencarian.

Banyak dialog yang sangat menarik dan mengejutkan dalam novel ini. Dialog antara Saaman yang dijatuhkan hukuman mati oleh Belanda dengan Pengarah penjara sukar untuk saya lupakan. Saaman enggan meminta pengampunan dari penjajah Belanda malah beliau mahu hukuman mati ke atasnya dipercepatkan. Dialog tentang perjuangan dan kemanusiaan yang sungguh menyentuh perasaan.

"Revolusi menghendaki segala-galanya... menghendaki kurban yang dipilihnya sendiri. Demikian hebatnya revolusi. Kemanusiaanku kukorbankan. Dan sekarang ini... jiwa dan ragaku sendiri. Demikianlah paksaan yang kupaksakan pada diriku sendiri. Kupaksa diriku menjalani kekejaman dan pembunuhan agar orang yang ada di bumi yang kuinjak ini tak perlu lagi berbuat seperti itu... agar mereka itu dengan langsung bisa menikmati kemanusiaan dan kemerdekaan."

Saya sentiasa rasa tidak puas bila membaca buku Pramoedya dan rasa ingin mencari karyanya yang lain. Tulisan beliau begitu menyentuh jiwa dan perasaan mungkin kerana pengalaman beliau yang beberapa kali dipenjarakan. Novel Keluarga Gerilya ini diterbitkan pada tahun 1950 sejurus selepas beliau dibebaskan dari Penjara Bukit Duri Jakarta oleh Belanda. Saya masih mencari karya beliau kuartet Buru, empat novel yang beliau tulis ketika dipenjarakan selama 10 tahun di Pulau Buru.

Kini Pramoedya sudah berumur 80 tahun. Beliau baru menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada 8 Februari lepas. Sudah tidak mampu menulis novel lagi. Hanya sesekali menulis esei. Beliau pernah dicalonkan Anugerah Nobel semenjak tahun 1981. Moga kita dapat melihat seorang Anak Nusantara menerima Anugerah Nobel sebelum beliau beredar pergi.

Anda mungkin juga meminati:

Dari Jiwa Rasa ...: Keluarga Gerilya - Pramoedya
http://jiwarasa.blogspot.com/2005/02/keluarga-gerilya-pramoedya.html

Bergidol (Indonesia) Berpegang Pada Nya (Melayu)
https://peceq.blogspot.com/2015/09/5931-cara-solat-sunat-dhuha-tahajud.html




Buku: Keluarga Gerilya


Judul Buku                  : Keluarga Gerilya
Penulis                         : Pramoedya Ananta Toer
Penerbit                       : Penerbit Pembangunan Djakarta
Tahun Terbit                : 1955
Jumlah Halaman         : 239 halaman
keluarga-gerilya
“Keluarga Gerilya” adalah karya fiksi Pram, sebuah novel, yang berkisah tentang keluarga Amilah, seorang janda dan anak-anaknya yang hidup di zaman revolusi. Tokoh utamanya, Saaman, adalah seorang tukang becak yang menjadi tulang punggung keluarganya. Dulunya Saaman adalah seorang pegawai Kementerian Kemakmuran. Saaman mempunyai enam saudara, dua di antaranya, Tjanimin dan Kartimin adalah prajurit gerilya.

Amilah sendiri dikenal sebagai perempuan simpanan di tangsi KNIL. Dia mulai kehilangan akalnya saat Saaman tiba-tiba ditangkap oleh militer Belanda. Setiap hari dia marah-marah, mencaci, histeris juga melamun, mencari-cari anaknya. Masa revolusi yang sulit digambarkan jelas lewat kehidupan yang dijalani oleh keluarga Amilah. Bagaimana mereka harus berjuang untuk hidup di tengah kemiskinan dan kondisi keamanan yang tidak menentu.

Novel “Keluarga Gerilya” ditulis saat Pram berada di penjara Bukit Duri pada tahun 1949. Konflik batin para tokohnya, terutama yang dialami oleh Saaman digambarkan dengan baik oleh Pram. Cerita yang digambarkan dalam tiga hari tiga malam ini membuat novel ini begitu padat dalam setiap fragmennya.
Kehidupan sulit keluarga Amilah semakin menjadi. Tjanimin dan Kartimin gugur di medan perang revolusi, Saaman sendiri pada akhirnya gugur di depan regu tembak. Adik perempuannya, Salamah, diperdaya dan diperkosa oleh seorang sersan. Tragedi keluarga Amilah terus berlanjut. Rumah mereka kebakaran karena dibakar oleh Amilah dan Amilah sendiri kemudian menjadi gila.
Seperti juga tulisan Pram lain, “Keluarga Gerilya” penuh dengan pelajaran tentang hidup. Gambaran perjuangan anak bangsa, nasionalisme, kehidupan rakyat kecil dan prinsip-prinsip yang dipegang teguh meskipun dalam kondisi sangat sulit menjadi pesan yang bisa diambil dari kisah di novel ini.
*Sebelumnya diposting di sini http://wadahceloteh.com/keluarga-gerilya/

https://rinatrilestari.wordpress.com/2016/10/28/buku-keluarga-gerilya/

Cerita dari Blora  (Pramoedya Ananta Toer). 
http://opacperpus.jogjakota.go.id/digilib_2015/files/previews/d5ace0476b93fb6269aaefaa61342c9a.pdf

Kisah Politik Melayu Malaysia... 

Mat Sabu menyertai majlis korban di markas syiah di selatan Thailand jadi viral

Seorang menteri dikaitkan dengan fahaman Syiah yang difatwakan sesat di negara ini.

Walaupun kontroversi sedemikian bukan baru bagi menteri itu, ia bagaimanapun dibangkitkan semula oleh kumpulan pendesak Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Pensyarah hadis terkenal Dr Ustaz Rozaimi Ramle turut menyentuh isu itu di laman sosialnya semalam.

ISMA melalui laman webnya semalam mendakwa menteri itu secara senyap-senyap menyertai majlis korban Aidiladha di sebuah markas Syiah di selatan Thailand.

Gambar memperlihatkan beliau berucap dan menyembelih lembu korban turut dipamerkan.

Sementara itu, Rozaimi pula memuat naik sekeping gambar menteri itu di hadapan rak buku memaparkan kitab-kitab Syiah.

“Saya diberikan dengan gambar ini. Saya tidak tahu adakah ia gambar tulen atau gambar edit.

Cuma saya ingin ingatkan kitab belakang itu adalah kitab yang dikaitkan dengan Syiah.

“Jika gambar ini tulen, mohon menteri berhati-hati.

“Jika gambar ini edit, mohon pihak yang edit jangan kaitkan menteri dengan kitab-kitab Syiah kerana ia menimbulkan persepsi kurang baik,” kata anggota Majlis Fatwa Perlis itu.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi menteri itu dan pegawainya bagi mendapatkan penjelasannya.

at 8/27/2018 01:42:00 PTG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-menyertai-majlis-korban-di.html

Monday, 27 August 2018
ADAKAH RAFIZI SEDANG MENGHALANG ANWAR JADI PERDANA MENTERI?

Baru beberapa hari lepas, Anwar Ibrahim mengingatkan agar jangan ada sesiapa lagi membangkitkan tentang konspirasi untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri, rupa-rupanya ia tetap dijadikan isu lagi.

Walaupun kenyataan beliau itu adalah susulan permohonan maaf yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid kepada Tun Mahathir Mohamad, kefahaman umum ialah saranan Anwar itu tentulah juga ditujukan kepada semua pihak dan kepada sesiapa yang lain.

Ia tidak terkhusus kepada Abdullah Sani saja agar jangan membangkitkannya lagi, walaupun beliau yang sebelum ini kerap mengutarakannya.

Realitinya, dengan Anwar sendiri tidak mahu lagi lagi isu itu dibangkitkan, ia tentulah kerana beliau sedar isu konspirasi itu memang tidak wujud kerana kedudukan beliau sebagai bakal Perdana Menteri adalah merupakan persetujuan dan permuafakatan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Selagi gabungan itu wujud dan PKR sendiri merupakan tunjangnya, adakah munasabah Anwar dapat dihalang daripada menjadi Perdana Menteri?

Sebab itu agak mengejutkan apabila Rafizi Ramli dalam kempennya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR masih lagi terus membangkitkan perkara tersebut.

Dalam usaha mempromosi dirinya, Rafizi meminta anggota PKR memilih seorang timbalan presiden PKR yang tidak bersaing dengan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Bukan kerja politik kita untuk menggulingkan kerjaya politik Anwar dan masa depannya," kata beliau dalam suatu majlis kempen di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Jawatan Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Azmin Ali yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan dalam pemilihan kali ini Rafizi adalah calon yang akan bersaing bagi jawatan itu.
Kenapa Rafizi masih membangkitkan lagi tentang isu konspirasi bagi jawatan Perdana Menteri?

Apakah beliau masih mahu menyuapkan ke mulut ahli-ahli PKR tentang teori konspirasi bahawa Azmin mahu bersaing dengan Anwar?

Benarkah Azmin sedang atau akan bersaing dengan Anwar jika beliau masih kekal sebagai sebagai Timbalan Presiden PKR?

Adakah perkara itu boleh dipercayai oleh ahli-ahli PKR?

Dalam hal ini, apakah Rafizi sebenarnya tiada modal kempen lain untuk bersaing atau untuk mengalahkan Azmin?

Persoalan lain, mengapa Rafizi tidak mematuhi ingatan Anwar yang meminta agar tidak dibangkit lagi persoalan itu?

Untuk apa dibangkitkan lagi jika Anwar sendiri kelihatan yakin tiada apa-apa konspirasi untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri?


Apa yang sedang diusahakan Rafizi sebenarnya - beliau mahu Anwar jadi Perdana Menteri atau sedang menghalang jawatan Perdana Menteri itu jatuh kepada Anwar dengan cara supaya orangramai terus bercakap mengenai konspirasi itu atau lebih dahsyat, mungkin menyebabkan PKR jadi pecah akhirnya? 
(ShahbudinHusin 27/08/2018).
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/adakah-rafizi-sedang-menghalang-anwar.html

Izzah, Saifuddin sokong Rafizi untuk timbalan presiden PKR
Dua pemimpin kanan PKR, seorang menteri persekutuan dan anggota parlimen menyokong Rafizi yang mencabar jawatan timbalan presiden parti itu dengan memberi perhatian keupayaan dan kemahirannya pada majlis sambutan reformasi 20 tahun, anjuran PKR di Pulau Pinang malam tadi.

MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berucap kira-kira 10 minit sebelum meninggalkan majlis di Bayan Baru itu menggesa anggota parti untuk mengundi pimpinan yang setia terhadap parti walaupun tidak memegang jawatan kerajaan.

Manakala, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Abdullah pula merujuk buku ketiga peguam Australia dan Queen's Coulsel, Mark Trowell berjudul "Anwar Returns: The Final Twist," yang memetik ketua umum PKR berkata orang seperti Rafizi sesuai menjadi penggantinya.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata Trowelyang mewawancara Anwar untuk bukunya bertanya: "Apabila anda di penjara, siapa yang akan mengambil alih (kepimpinan)?"

Anwar menjawab,"seseorang seperti Naib Presiden PKR, Mohamed Rafizi Ramli."

"Buku ini yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini (semalam) dan majlis tersebut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa," kata Saifuddin pada majlis yang dipengerusikan exco Pulau Pinang, ADUN Teluk Bahang Abdul Halim Hussein.

Anwar sebut nama Rafizi dua kali

Manakala itu, buku Trowell juga menyentuh skandal 1MDB yang disiasat di beberapa negara lain termasuk Singapura dan Amerika Syarikat kerana pengubahan wang haram.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhadapan tujuh pertuduhan jenayah melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Saifuddin yang baru membaca tulisan Trowell setakat muka surat 47, berkata Anwar telah menyebut nama Rafizi sebanyak dua kali dan tiada nama pemimpin parti itu yang dipetik ketua umumnya yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR itu.

"Jelas Anwar menghargai keupayaan dan kemahiran Rafizi, beliau membuat kerjanya dengan betul dan memberi kesan serta mengubah sokongan rakyat kepada HARAPAN pada pilihan raya 2018 lalu.

"Kami berbangga kerana memiliki aset sebegini dan terpulanglah pada anda untuk memutuskan kedudukannya dalam pemilihan (PKR) ini," katanya.
-malaysiakini

at 8/27/2018 12:28:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/izzah-saifuddin-sokong-rafizi-untuk.html

Hot!! Umno guna banyak wang bantu Pas, tak percaya tunggu perbicaraan di London
2:00 PTG      Pejuang Perubahan
Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan beliau pada majlis sambutan 
Jelajah PH 100 hari di Alor Setar semalam.
https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/08/Mohamad-Sabu-ketika-menyampaikan-ucapan-beliau-pada-majlis-sambutan-Jelajah-PH-100-hari-di-Alor-Setar-semalam..jpg
Selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 baru-baru ini AMANAH telah menerima sokongan yang begitu memberangsangkan apabila begitu banyak penambahan ahli secara mendadak.

Malah ramai yang menyertai AMANAH adalah orang lama dalam Pas kerana mereka sudah tidak yakin setelah parti tersebut mengadakan hubungan intim dengan Umno.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu semasa berucap pada majlis Jelajah Malaysia Baru yang diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

Beliau juga berkata, terdapat bukti yang menunjukkan Umno telah menggunakan wang yang banyak bagi membantu Pas.

“Jika tidak percaya tunggu sahaja perbicaraan di London pada bulan empat akan datang.

“Pilihan raya kecil (PRK) Dun Seti Setia pun Umno kata kena sokong Pas.
Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir semalam di Alor Setar.
https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/08/Mohamad-Sabu-bersama-Perdana-MenteriTun-Mahathir-semalam-di-Alor-Setar..jpg
“PRK Dun Balakong MCA yang tanding, tapi Pas minta sokong MCA pula sedangkan parti tersebut adalah BN,” jelasnya lagi.

Tegas Mohamad lagi, Pakatan Harapan (PH) amat optimis tohmahan yang mendakwa kerajaaan PH tidak mempedulikan orang Melayu sudah mulai terhakis.

“Kerajaan PH akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji 100 hari sepertimana yang dijanjikan.

“Hapus GST sudah pun tercapai dan menjadi realiti setelah ia dihapuskan.

“Bagi menunaikan janji tersebut kita melantik BN yang juga pembangkang sebagai Pengerusi PAC untuk menegur kerajaan sedia ada sekiranya wujud keraguan dalam tadbir urus wang negara,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sebagai kerajaan baru, mempertahankan kedaulatan negara dan membela nasib semua rakyat termasuk menjaga kerajaan dan juga menjaga pembangkang adalah kewajipan utama.

“Dalam kerajaan PH kita juga mengisytiharkan harta pada SPRM dan bukannya kepada Perdana Menteri sepertimana yang diamalkan oleh BN dahulu.
Orang ramai yang hadir dalam program di Dataran Seagate, Alor Setar, semalam.
https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2018/08/Orang-ramai-yang-hadir-dalam-program-di-Dataran-Seagate-Alor-Setar-semalam..jpg
“PM dan TPM pun kena isytihar harta mereka pada SPRM di bawah pentadbiran kerajaan baru PH.

“Lebih serius lagi, apabila Perdana Menteri menyatakan untuk membetulkan keadaan, siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah akan dipecat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Hadir sama dalam program jelajah tersebut ialah Tun Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan PH negeri Kedah.

mdl
https://agendsai.blogspot.com/2018/08/hot-umno-guna-banyak-wang-bantu-pas-tak.html

Bilakah 'pesalah' mahu dibawa ke pengadilan? Prof. Agus Yusoff bidas kerajaan PH
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan kerajaan terlalu lambat bertindak dalam hal mereformasi institusi negara, selepas 100 hari pentadbiran mereka.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, rakyat faham jika tol dan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan.

Katanya, ini kerana kesemua ini memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.

“Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

“Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

“Bilakah reformasi institusi Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Agus menyatakan bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan.

“Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?

“Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan,” katanya.

at 8/27/2018 06:31:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/bilakah-pesalah-mahu-dibawa-ke.html

Monday, August 27, 2018
Pemilihan PKR: Nasib Rafizi Di Tangan JPP

Sama ada Rafizi Ramli dibenarkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) nanti.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti tidak mempunyai sebarang halangan untuk membenarkan beliau bertanding jawatan tersebut.

"Itu kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita kena melihat bagaimana ROS menilai perkara ini.

"Rafizi sepatutnya tidaklah menerima sabitan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding. JPP mungkin ada keputusan," katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan PKR mungkin akan dibekukan pendaftaran sekiranya membenarkan Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Sementara itu, Setiausaha JPP PKR, Ismail Yusoff berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut termasuk

"Selain daripada JPP, turut terlibat dalam menyaring adalah Jawatankuasa Rayuan, Bantahan dan Disiplin (JRBD). Setakat ini isu Rafizi ini tidak dibincangkan.

"Di dalam peruntukan peraturan pemilihan menetapkan mana-mana individu yang terlibat kes-kes mahkamah memang dilarang, melainkan dapat pengecualian.

"Kami akan melihat perkara ini," katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan menyatakan pemegang jawatan hilang kelayakan jika beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih, atau penjara setahun atau lebih.

Bagaimanapun, Seksyen 9(4) memperuntukkan individu yang hilang kelayakan itu boleh meminta pengecualian daripada ROS atas syarat tertentu.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi kerana mendedahkan penyata akaun bank berkaitan anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2012.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad turut dijatuhkan hukuman penjara sama kerana bersubahat dengan Rafizi.

Mereka didapati bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA).

Rafizi masih menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Beliau tidak dapat menyertai pilihan raya umum 9 Mei lalu disebabkan sabitan itu kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen hilang kelayakan selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 lapor AstroAwani


Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, August 27, 2018
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/pemilihan-pkr-nasib-rafizi-di-tangan-jpp.html



.......................

Tiada ulasan: