Isnin, 27 Ogos 2018

Pramoedya Ananta Toer tidak pernah mendapat penghargaan dari kerajaan Indonesia sehingga akhir hayatnya. 8110.


Berburu ke padang datar dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi. 

Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Dari Wikiquote bahasa Indonesia, koleksi kutipan bebas.

Lengkapnya adalah:

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

Ertinya:

Jika melakukan sesuatu tidak boleh tanggung-tanggung/setengah-setengah

Lihat pula


https://id.wikiquote.org/wiki/Berguru_ke_padang_datar,_dapat_rusa_belang_kaki

GAMBAR-GAMBAR: KELUARGA GERILYABerikut ialah contoh novel Keluarga Gerilya: 

LATAR BELAKANG PRAMOEDYA ANANTA TOER

Pramoedya Ananta Toer dilahirkan di Blora, Jawa Tengah, Indonesia pada tahun 1925 dan meninggal dunia pada tahun 2006 ketika berumur 81 tahun. 

Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ayahnya ialah seorang guru dan ibunya pula berniaga nasi. 

Beliau merupakan seorang wartawan lama dan pernah terlibat dalam politik berhaluan kiri. Hampir separuh masa hidupnya dihabiskan dipenjara. 

Beliau pernah menjalani hukuman penjara dari tahun 1947-1949 di kem penjara Belanda atas kesalahan aktiviti anti kolonial. Kemudian dia menulis beberapa novel dan cerita semasa pendudukan Jepun dan semasa dan selepas pemerintahan Belanda. 

Apabila Suharto merampas kuasa pada tahun 1965, Pramoedya sekali lagi ditangkap dan dipenjarakan selama 14 tahun. Aktiviti penulisannya turut disekat. Selepas dibebasan dari tahanan pada tahun 1979, Pramoedya hidup di bawah tahanan rumah selama 13 tahun. 

Meskipun pernah menjadi tahanan, namun itu tidak membataskan beliau untuk menjadi salah seorang penulis sastera terbaik di Indonesia. Beliau telah menghasilkan lebih dari 50 karya dan diterjemahkan ke dalam lebih dari 41 bahasa asing. Antara karya beliau yang popular seperti Keluarga Gerilya, Gadis dari Pantai, The Fugutive dan sebagainya.

Beliau banyak mendapat anugerah pada peringkat antarabangsa seperti anugerah The PEN Freedom – to write Award pada tahun 1988, Ramon Magsaysay Award pada tahun 1995, Fukuoka Culture Grand Price, Jepun pada tahun 2000 dan The Norwegian Authours Union pada tahun 2003. 

Meskipun mendapat anugerah yang banyak pada peringkat antarabangsa, namun beliau tidak pernah mendapat penghargaan dari kerajaan Indonesia.

Posted  by 
LATAR BELAKANG PRAMOEDYA ANANTA TOER | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/latar-belakang-pramoedya-ananta-toer.html

Posted 21st May 2016 by Jom Membaca
GAMBAR-GAMBAR: KELUARGA GERILYA | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/blog-post.html

Rujuk terus ke: 
SLIDE: KELUARGA GERILYA
SLIDE: KELUARGA GERILYA | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/keluarga-gerilya.html


NILAI ILMU DALAM KELUARGA GERILYA

8.1 Konsep Nilai Ilmu

Menurut Robiah K. Hamzah (2011), nilai merupakan satu peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut. 

Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Idris (2016), menyatakan bahawa ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat.

Berdasarkan kepada penyataan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa nilai ilmu ini berkait rapat dengan ketinggian sesuatu ilmu yang bersifat positif pada pandangan masyarakat. Nilai ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan menjadi sumber pengetahuan yang bersifat positif  kepada sesuatu masyarakat tersebut.

8.2 Ilmu Keagamaan

Ilmu keagamaan yang ditonjolkan dalam ini adalah ilmu keagaman berunsur Islam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), agama Islam bermaksud agama yang mempunyai beberapa rukun dan ajaran- ajaran tertentu yang secara khusus diturunkan oleh Allah. Berikut merupakan contoh petikan yang menunjukkan ilmu ibadat yang berkaitan dengan agama Islam.

Sabar Sa’aman berdiri di depan kaleng air cebok. Perlahan ia membongkoki kaleng itu mengambil air wudu’. Kemudian ia menghadap ke pusat dunia Islam dan mengembangkan kedua tangannya di samping kedua kupingnya. Akhirnya ia melompat di Bale dan bersembahyang. (Keluarga Gerilya, 1970: 130)

Berdasarkan kepada petikan di atas, dalam karya Keluarga Gerilya ini digambarkan Sa’aman sebagai orang Islam yang patuh kepada agama. Meskipun Sa’aman di tahan di dalam penjara, dia tidak lupa untuk menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam. Hal ini menunjukkan bahawa sebagai umat Islam, solat fardhu 5 waktu sehari tidak boleh ditinggalkan. Sebagai pembaca ianya secara tidak langsung memberikan keinsafan, membayangkan Sa’aman dalam kepayahan menunaikan solat di dalam penjara.

8.3 Nilai Ilmu Penulisan

Keluarga Gerilya ini memaparkan latar masa pada zaman pra- kemerdekaan Indonesia. Pada zaman awal kemerdekaan Indonesia taraf pendidikan golongan rakyat Indonesia masih lagi berada pada tahap rendah. Golongan yang tidak pandai menulis dan membaca masih lagi ramai. Walau bagaimanapun dalam karya ini digambarkan Sa’aman pandai menulis. Menurut Andri Wicaksono (2014), menulis ialah suatu ketrampilan berbahasa yang dipergunakan untuk berkomunikasi secara tidak langsung, tidak secara tatap muka dengan orang lain. Berikut merupakan petikan ayat yang memgambarkan Sa’aman sedang menulis.

Nampak sekarang muka pesakitan itu terlalu murung. Malas ia turun dari balenya dan berlutut lama-lama. Kemudian mukanya diletakkan lemas di bale. Waktu berkejar-kejaran. Detik bergantik detik dan berganti minit. dan setelah satu jam ia berbuat demikian baru ia bergerak malas. Diambilnya buku dan pena. Dibukanya sumbat botol tinta. Kemudian ia menulis- menulis terus. (Keluarga Gerilya, 1970: 170)

Berdasarkan kepada petikan diatas, digambarkan Sa’aman sebagai seorang yang mempunyai kebolehan menulis. Walaupun sebelum ini Sa’aman hanyalah bekerja sebagai penarik beca, namun ia tidak buta huruf. Ketika di dalam penjara tersebut, Sa’aman telah ditawarkan oleh pegawai penjara untuk menulis surat kepada ahli keluarganya.

8.4 Ilmu Perniagaan

Menurut Shanti Subramaniam & Mah Boon Kiet (2008), perniagaan membawa maksud aktiviti jual beli barang dan penyediaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarkat dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Dalam karya Keluarga Gerilya ini turut ada diselitkan sedikit ilmu perniagaan. Berikut merupakan petikan contoh yang memperlihatkan tentang ilmu perniagaan yang diterangkan oleh Sa’aman kepada adiknya.

Beranikan dirimu dengan berjualan rokok di pinggir jalan yang ramai. Keuntungannya boleh kau simpan dan  kau pergunakan untuk membayar sekolah dan membeli keperluanmu sendiri. Banyak anak- anak kecil berjualan Koran di pinggir- pinggir jalan, dan kadang- kadang juga mereka memburu-buru taksi dan menawarkan dagangannya. (Keluarga Gerilya, 1970: 218)

Berdasarkan kepada petikan di atas, Sa’aman telah mengajarkan kepada adiknya iaitu Hassan untuk berniaga secara kecil- kecilan bagi mendapatkan duit untuk menampung kehidupan mendatang. Walaupun sekadar pesanan melalui surat, Sa’aman berjaya menerangkan cara untuk adiknya mencari duit tambahan melalui cara berniaga secara kecil- kecilan. Di sini memperlihatkan kesusahan hidup sehinggakan seorang budak kecil disuruh oleh abangnya untuk berniaga secara kecil- kecilan.

8.5 Ilmu Sains

Dalam sistem pendidikan di Indonesia, ilmu sains dikenali sebagai ilmu alam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sains bermaksud ilmu pengetahuan yang yang teratur atau sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Dalam karya Keluarga Gerilya ini terdapat situasi yang memperlihatkan ilmu sains atau ilmu alam tersebut. Berikut merupakan contoh petikan.

Salami menunjukkan bukunya. “Ilmu alam,” katanya. “He- terlalu cepat engkau belajar. Ini bukan pelajaranmu. Ini pelajaran anak kelas enam atau tujuh. Engkau baru kelas lima. Tapi biarlah. Mana?” “Ini” Salami menudingkan telunjuknya pada tengah- tengah lembaran. “Ini, Kak Amah. Mengapa tembaga lebih gampang dilalui listrik daripada besi?” “kerana tenaga pelawan besi lebih besar daripada tembaga.” (Keluarga Gerilya, 1970: 83)

Berdasarkan kepada petikan di atas, Salami digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sifat ingin tahu di mana meskipun tajuk pelajaran tersebut tidak sepatutnya dipelajari lagi sebagai budak kelas lima. Salami telah bertanya kepada kakaknya iaitu Salamah berkenaan mengapa tembaga pengalir eletrik yang lebih baik daripada besi. Sebagai seorang kakak yang baik dan bertanggungjawab, Salamah telah menjawab pertanyaan tersebut dengan jawapan yang menyakinkan. Sesuatu ilmu itu tidak mengenal usia untuk dipelajari. 

8.6 Ilmu Firasat

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda- tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan dan nasib orang.

“He Kosim,” panggil Kopral Canimim, “adalah masuk akalmu? Adakah orang yang akan gugur itu kelihatan tanda- tandanya –atau merasa sebelumnya?”.“kadang-kadang. Jarang sekali.“Yusuf,” perajurit Akhmad menyusulkan suaranya, “waktu mau mati –bapa ingat bukan? Yusuf peranakan China Depok?” “maksudmu yang tertembak mati waktu main-main sama Dullah?” “Itu dia,” kata Ahmad. “Yang sipit itu! Dia itu, ada juga tanda-tandanya waktu hampir mati. Sebentar dia murung. Sebentar dia gembira seperti pemuda terbalas cinta pertamanya. Sebentar lagi murung sambil menyanyikan lagu “Selamat tinggal, Ibunda”, lamat-lamat. Kemudian dia mati konyol-tertembak waktu bercanda. (Keluarga Gerilya, 1970: 43)

Berdasarkan kepada petikan di atas, watak Kosim memberitahu tanda-tanda sebelum mati Yusuf peranakan China Depok kepada Kopral Canimim. Tanda –tanda sebelum Yusuf peranakan China Depok mati memperlihatkan perangainya yang bukan seperti kebiasaanya. Sememangnya benar, sebelum seseorang itu mati akan memperlihatkan tanda kematian. Walau bagaimanpun tidak semua orang akan sedar akan tanda- tanda kematian tersebut. Hal ini secara tidak langsung memberikan keinsafan kepada pembaca agar sentiasa beringat akan tentang kematian.

Posted 8th May 2016 by Mohd Ismail
NILAI ILMU DALAM KELUARGA GERILYA | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/nilai-ilmu-dalam-keluarga-gerilya.html
CIRI- CIRI ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN DALAM KELUARGA GERILYA

Sastera merupakan hasil penciptaan seni kreatif yang menggunakan medium bahasa untuk menyampaikan maksud dan tujuannya. Keadaan ini disokong oleh beberapa elemen teknik untuk membentuk kekuatan sesuatu karya. Karya yang tercipta menjadi tapan pembaca yang mewujudkan sesuatu dialog, iaitu dialog antara pengarang dengan pembaca, dialog dalam diri pembaca sendiri, dan dialog dalam kumpulan yang lebih besar sehingga membentuk pemikiran serta budaya. Sesebuah karya yang menarik adalah karya yang mempunyai teknik kepengarangan yang mampu menarik minat pembaca. Teknik kepengarangan juga merujuk kebijaksanaan pengarang dalam menyampaikan cerita-cerita sesebuah karya.

Menurut Haji Rashid Hj. Md Idris et al, kepengarangan merujuk kepada aspek keperibadian yang dicapai oleh seseorang pengarang. Seorang pengarang perlu mempunyai pengalaman artistik dan berharga. Hal ini demikian kerana akan mempengaruhi daya kreativiti seorang pengarang. Kebiasaannya, pengalaman yang diperolehi oleh pengarang dikutip melalui bayangan, ingatan, kenangan, kutipan pengaruh, pembacaan, pemerhatian, pengamatan kajian dan penyelidikan yang bersifat konseptual dan kontekstualan.

Selain itu, apabila membicarakan sesebuah karya sastera, konsep estetikadalam karya yang dicipta tidak pernah diketepikan. Estetik atau keindahan dalam sesebuah karya sastera hanya ditemui melalui penilaian dan penghayatan. Secara umumnya, estetika merujuk kepada aspek keindahan iaitu terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan dalam sesebuah karya. Cabang yang membahaskan keindahan ini menyatakan cara sesuatu keindahan itu terbentuk dan memberi rasa kepada pembaca. Menurut Rahman Shaari (2001:28), estetika bermaksud nilai keindahan dalam sesebuah karya sastera. Nilai yang dimaksudkan berkaitan dengan perasaan manusia dan subjektif sifatnya.

Estetika atau keindahan merupakan suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Keindahan ialah daya tarikan dalam karya sastera terhadap susunan unsur struktur yang harmonis memiliki perasaan, pemikiran dan sebagainya yang juga memberi kesan mengagumkan, menyedihkan dan kesan memeranjatkan. Berdasarkan novel Keluarga Gerilya unsur estetika dan kepengarangan digunakan oleh pengarang adalah untuk membantu penghuraian jalan cerita yang lebih menarik dan memberikan suatu keindahan serta keseronokan. Ciri-ciri estetika dan kepengarangan yang terdapat dalam novel Keluarga Gerilya adalah seperti yang berikut:

7.1 Olahan Jalan Cerita

Jalan cerita juga dikenali sebagai plot. Menurut Naffi Mat (2006: 63), plot ialah jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita yang mempunyai sebab dan akibat. Kebijaksanaa pengarang novel ini mengolah jalan cerita sehingga kelihatan menarik dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca. Pramoedya bijak mengolah jalan cerita dengan mewujudkan hubung kait dengan pengalaman kehidupan sebenar, iaitu yang benar-benar berlaku pada masa itu. Plot dalam novel Keluarga Gerilya dihuraikan dengan baik mengikut kornologi, iaitu bermula kisah tragis yang berlaku dalam sesebuah keluarga pejuang sanggup yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan. Korban nyawa, korban masa depan, korban ayah, dan korban semuanya. Contoh dalam novel Keluarga Gerilya, ayah dibunuh kerana menjadi tali barut Belanda. Ibu kehilangan akal kerana mengenangkan nasib anak-anak. Anak-anak lelaki semuanya berjuang menyertai revolusi kemerdekaan. Anak perempuan pula tidak bersekolah dan mencari kerja kerana hidup menderita kehilangan sumber pencarian.

7.2 Pengalaman Sebenar

Penulisan novel Keluarga Gerilya ini berkisarkan kisah hidup dan pengalaman sebenar pengarang sendiri. Oleh sebab itu, hasil penulisan beliau lebih bersifat nyata, hidup dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Tulisan yang digarapkan oleh pengarang banyak menyentuh perasaan bukan sahaj kepada pengarang, malah kepada pembaca itu sendiri. Kemungkinan hal ini disebabkan oleh pengalaman pengarang sendiri yang sudah berkali-kali dipenjarakan. Setiap patah hasil tulisan yang disusun lebih banyak menceritakan perkara yang betul-betul berlaku paza zaman beliau. Oleh itu, penceritaan yang dihasilkan dapat memberikan keindahan epada jalan cerita ini. Contohnya, pengarang menggambarkan kehidupan di bawah penguasaan penjajah dan kehidupan pada zaman peperangan.

7.3 Menggambarkan Seorang Pengarang yang Kuat dan Tabah

Novel Keluarga Gerilya yang dihasilkan oleh pengarang ini jelas menggambarkan keutuhan dirinya sendiri dalam keadaan yang dihadapinya. Hal ini demikian dapat dilihat melalui gambaran watak utama yang dinamakan Sa’aman untuk menggambarkan perwatakan sahabat karibnya sendiri, iaitu Wahab. Pengarang juga kuat dan tabah dalam memerihalkan dan mengulas satu persatu perwatakan Wahab dalam gambaran Sa’aman berserta dengan segala kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh mereka sepanjang hidup bersama.

Mereka selalu bersama dalam apa jua yang dilakukan. Sehinggalah Wahab akhirnya dihukum mati oleh Belanda. Keadaan ini benarbenar menguji kekuatan dan ketabahan beliau untuk mendepani harihari yang berlalu. Kehilangan orang yang tersayang betulbetul mencabar tahap kemanusiaannya sehingga beliau banyak mengurungkan diri. Kehidupannya seolaholah terhenti kerana tunjang kekuatannya sudah tiada lagi di sisinya. Sepanjang tempoh berkurung itu, pengarang banyak menulis mengenai Wahab, dan empat minggu berikutnya, maka terhasillah ‘Keluarga Gerilya’ ini.

7.4 Penggunaan Unsur­Unsur ‘Tricky’

‘Tricky’ didefinisikan sebagai helah atau pedaya. Pengarang memperlihatkan susunan perkataan yang cukup indah dan terperinci untuk setiap babak yang dihasilkan. Kematangan dalam mengolah sesuatu plot atau jalan cerita menjadikan karya­karya Pramoedya sangat unik dan berkesan kepada pembaca sehingga sukar untuk mencari kekurangan dalam pengolahan idea beliau. Begitu juga dengan cerita yang dikarang oleh pengarang ini melalui watak si ibu, iaitu Amilah yang pada permulaan cerita tidak dapat dikesan tentang ketidakwarasannya.

Selain itu, unsur ‘tricky’ ini juga hadir dalam cerita mengenai baju kebaya Salamah, iaitu anak perempuan sulung Amilah yang dikatakan hilang apabila Salamah meletakkan bajunya di penjuru katil sebelum dia ke bilik air untuk membersihkan diri. Baju tersebut dikatakan hilang apabila dijual oleh ibunya, Amilah kerana ingin membeli peralatan dapur bagi measak lauk kesukaan anak kesayangannya, Sa’aman. Selain itu, terdapat juga unsur­unsur ‘tricky’ yang digunakan oleh pengarang dalam bahagian­bahagian yang lain.

Teknik kepengarangan yang begitu unik dan indah inilah menjadikan jalan cerita ini kelihatan indah dan menimbulkan tanda tanya dalam diri pembaca akan situasi yang bakal terjadi selepas itu. Keupayaan dan keistimewaan hasil penulisan yang dimiliki oleh pengarang ini, iaitu Pak Pram jarang­jarang dimiliki oleh pengarang lain. Keadaan inilah yang telah menjadikan karya Pak Pram mendapat perhatian daripada ramai pembaca.

7.5 Memasukkan Nilai Keagamaan

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa nilai keagamaan sangat penting dalam kehidupan ini. Agama dapat dijadikan landasan yang baik dalam kehidupan manusia. Walaupun di permulaan cerita ini sudah diceritakan betapa hinanya watak yang ditonjolkan oleh si ibu, iaitu Amilah yang garang terhadap anak-anak dan pernah menjadi perempuan tangsi. Namun, di suatu sudut yang lain, pengarang tidak terlupa memasukkan nilai keagamaan dalam jalan cerita ini. Hal ini dapat dilihat melalui watak Sa’aman yang bertanggungjawab terhadap adik­adiknya dan tidak terlupa untuk memohon pertolongan daripada Tuhan. Selain itu, dalam cerita ini juga diceritakan tentang watak Canimin dan Kartiman yang selalu memohon doa daripada Tuhan atas segala dosa­dosa mereka. Situasi ini dapat dilihat melalui contoh petikan berikut:

“­dan bila aku kembali kepada Mu, “Kartiman menyambung permohonannya, seakanakan Tuhan betul­betul ada didepannya, “dan bila Engkau tak sudi mengampuni makhlukMu ini, aku rela juga bila jiwaku tinggal terliputi dan terperciki darah musuh yangku binasakan…. (Keluarga Gerilya, 1977: 38)

7.6 Gaya Bahasa

Pengarang juga turut menggunakan beberapa contoh unsur bahasa yang indah-indah dalam setiap perincian huraiannya. Antara contoh seni bahasa yang sering digunakan dalam teks penulisan ialah metafora, personifikasi, simile, hiperbola, simbolik, repetisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini digunakan dalam teks penulisan bagi menimbulkan keindahan dan kepelbagaian maksud cerita yang cuba disampaikan oleh pengarang. Dalam novel Keluarga Gerilya, terdapat juga beberapa penggunaan bahasa yang indah bagi memberi keindahan kepada jalan cerita novel ini. Antaranya ialah:

7.6.1 Hiperbola

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih­lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Hiperbola mampu menekankan sesebuah penerangan dengan lebih mendalam. Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam novel ini ialah:

“Engkau kan ada Lee Enfield?” terdengar kopral itu memberanikan. “Baik ­baik sekali! Aku suka kalau adikku sendiri yang memecahkan tempurung otakku. Aku toh sudah tercat, Maman!.” (Keluarga Gerilya, 1977: 37)

7.6.2 Anafora

Menurut Corbett dan Connors dalam buku Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris (2012) juga, anafora merujuk kepada pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa yang berurutan. Contohnya seperti berikut :

“Malam sudah sepi sekarang. Bulan tidak timbul. Dan harapan pun tidak menyala. Harapan telah lama mati dari keluarga manusia itu. Dan sekiranya masih ada, maka itu adalah harapan yang membuta­tuli. Dan tak ada kabar yang datang...” (Keluarga Gerilya, 1977: 81)

7.6.3 Simile

Simile merujuk kepada perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang menggunakan unsur­unsur perlambangan dan ditandai dengan bak, laksana, seperti, bagai, umpama, macam dan sebagainya. Sebagai contohnya dapat dilihat dalam contoh petikan berikut:

Kemudian ia diam lagi dan mulutnya berkecumik seperti berkata­kata pada Sa’aman (Keluarga Gerilya, 1977: 80)

7.6.4 Metafora

Metafora pula merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata­kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya. Metafora ialah perbandingan yang menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak Misalnya ialah:

“Kadang­kadang aku merasa kesepian dan ketakutan pada malam dan pada hari depan kalau aku toh harus mati di bawah langit putih dan taka da azan meniupi kupingku.” (Keluarga Gerilya, 1977:  92)

“Terutama kalau hujan kecil turun, dan dingin – aku rasa tangan maut sudah meraba kakiku.” (Keluarga Gerilya, 1977: 93)

7.6.5 Personifikasi

Personifikasi dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. Personifikasi membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada daripada segi perasaan, perwatakan, atau tindaktanduk kepada benda­benda mati, binatang, idea, atau hal­hal yang abstrak. Tamsilannya dapat dilihat melalui petikan di bawah:

“Tenang dan aman api dapur menjilati pantat periuk nasi.” (Keluarga Gerilya, 1977: 81)

7.6.6 Sinkof

Sinkof boleh didefinisikan sebagai penyingkatan sesuatu perkataan. Contoh penggunaan sinkof dalam novel ini, tak, saja, ku, yang sepatutnya tidak, sahaja, kakak, aku. Contohnya ialah:

“Jadi tak belanja kita sekarang, kak?” “Belajarlah saja.” Kertas tulisku sudah habis.” “Baca saja. Tak usah menulis.” (Keluarga Gerilya, 1977: 80)

Posted 7th May 2016 by Mohd Ismail
CIRI- CIRI ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN DALAM KELUARGA GERILYA | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/ciri-ciri-estetika-dan-kepengarangan.html

NILAI BUDAYA DALAM KELUARGA GERILYA
Konsep Budaya

Budaya merupakan suatu cara hidup dalam sesuatu kelompok masyarakat yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Perkataan budaya ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Budayyah. Perkataan Budayyah ini jamak kepada perkataan Buddhi yang membawa maksud akal manusia atau budi pekerti. Jika dilihat dari sudut etimologinya pula, perkataan budaya ini berasal daripada akar kata iaitu budi dan juga daya. Budi ini membawa maksud sinar atau cahaya yang terdapat dalam batin manusia dan daya pula berkait rapat dengan upaya atau usaha yang mendorong manusia untuk bergerak berdasarkan budinya. Dalam bahasa Inggeris pula, budaya boleh dirujuk sebagai culture. Perkataan culture ini berasal daripada perkataan latin iaitu colore yang membawa maksud menanam atau menyedia dan juga mengerjakan tanah.

Budaya sesuatu masyarakat itu lahir daripada masyarakat itu sendiri dan akan diwarisi oleh generasi akan datang. Tambahan pula, budaya ini beoleh merangkumi dalam bidang politik, adat, bahasa, pakaian, dan juga agama. Sesuatu budaya dalam masyarakat tidak mudah sama dengan budaya dalam budaya yang ada dalam masyarakat yang lain. Selain daripada peraturan, budaya juga merupakan suatu perkara yang turut diamalkan dan juga merupakan keperluan hidup bagi sesuatu kelompok masyarakat.

Dapat disimpulkan disini bahawa budaya itu merupakan cara hidup yang melambangkan sesuatu kelompok masyarakat yang sudah menjadi kebiasaan dalam amalan rohani dan jasmani masyarakat tersebut. Nilai budaya pula merupakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesuatu budaya masyarakat tersebut.

6.2 Konsep Pandangan Hidup

Pandangan hidup secara khusus dapat dikatakan sebagai pandangan hidup alam daripada pelbagai aspek yang mempunyai sistem nilai tersendiri. Pandangan hidup ini juga merupakan suatu pendapat atau pertimbangan yang akan dijadikan sebagai pegangan, arahan, pentunjuk hidup atau pedoman dengan tujuan untuk membimbing kehidupan jasmani serta rohani manusia. Pandangan hidup ini juga merupakan hasil pemikiran manusia itu sendiri berdasarkan sejarah yang dilalui.

Jika dilihat pada pandangan sarjana Islam itu sendiri iaitu Syed Naquib al-Attas (1972), Islam merupakan sumber bagi pegangan hidup yang turut merangkumi perihal dunia serta akhirat. Maksudnya disini, jika pada perspekstif Islam, pandangan hidup ini meruapakan suatu pandangan mengenai realiti ataupun hakikat yang dilihat dari mata hati manusia tentang kewujudan seluruh alam ini.

Selain itu juga, pandangan hidup juga terbahagi kepada tiga iaitu pandangan hidup yang berpandukan agama, pandangan hidup berasaskan ideologi dan juga pandangan hidup daripada renungan. Pandangan hidup berasaskan agama ini merupakan pandangan hidup tentang mutlaknya sesuatu kebenaran. Manakala, pandangan hidup berkenaan dengan ideologi pula ialah pandangan hidup yang berikaitan dengan norma dan juga budaya manakala pandangan hidup daripada renungan ini merupakan pandangan hidup yang mempunyai kaitan relatif dengan kebenaran.

Secara keseluruhannya, nilai budaya mempunyai perkaitan dengan pandangan hidup. Hal ini dapat dilihat dan dibukti oleh masyarakat pada zaman dahulu terutamanya yang berkaitan dengan adat. Berdasarkan novel “Keluarga Gerilya” ini, pelbagai gambaran tentang nilai budaya dan juga pandangan hidup telah ditonjolkan. Malah pelbagai perkara yang boleh diambil sebagai pedoman dan iktibar berdasarkan karya “Keluarga Gerilya” ini.

6.3 Nilai budaya dan pandangan hidup yang terdapat dalam Keluarga Gerilya.

Antara nilai budaya yang terkandung di dalam novel “Keluarga Gerilya” ini adalah nilai pengorbanan. Pandangan hidup masyarakat yang terdapat dalam “Keluarga Gerilya” ini lebih mementingkan masyarakat dan juga negara berbanding dengan mementingkan diri sendiri. Hal ini kerana, nilai pengorbanan ini yang dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Di samping itu juga, perkara yang turut disampaikan oleh penulis dengan karya ini adlaah gambaran semangat masyarakat Indonesia yang sanggup berjuang terutamanya dalam perjuangan revolusi. Jika dilihat dalam novel ini, gambaran watak Sa’aman yang merupakan seorang pejuang dan pelopor dimana beliau mengadakan gerakan bawah tanah sejak aksi polis yang pertama. Namun begitu, beliau akhirnya telah ditangkap oleh polis Belanda. Kesan daripada itu, keluarga Sa’aman seperti ibu dan adiknya menderita dengan ketiadaan Sa’aman kerana beliau merupakan tunjang keluarganya. Canimin dan Kartiman merupakan adik kepada Sa’aman. Mereka merupaka perajurit Gerilya di barisan hadapan. Mereka juga telah bertindak untuk membunuh bapa mereka sendiri kerana telah mengkhianati dan menghalang perjuangan masyarakat ketika itu untuk merdeka. Penderitaan keluarga Sa’aman bukan berhenti sampai disitu apabila ibunya sendiri telah memaparkan gejala sakit jiwa. Setelah itu, adik-adik Sa’aman tadi telah mati dan Sa’aman juga telah dijatuhkan hukuman mati juga.Nilai seterusnya ialah nilai kemanusiaan. Nilai ini dipaparkan pada watak-watak yang terdapat dalam “Keluarga Gerilya” itu sendiri. Jika dilhat pada pandangan hidup masyarakat, buat baik akan dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, watak Sa’aman itu sendiri. Jika dilihat pada sudut peribadinya, beliau telah menunjukkan kemuliaan hati beliau sebagai seorang insan dan ini telah diakui sendiri oleh salah seroang perajurit Gerilya itu sendiri. Contohnya: 

“... Sudah lama aku bergaul dengan Kak Aman, setidak-tidaknya aku kena pengaruhnya. Dan dia begitu baik. dan dia banyak berfikir...” (Keluarga Gerilya, 1977: 30)

Malah, kebaikkannya juga turut diakui oleh jiran-jirannya sendiri. Contohnya adalah seperti berikut.

“Kasihan, nak Aman’ kata tetangga, ... ‘dia anak baik-baik...”. (Keluarga Gerilya, 1977: 141)

Walau bagaimanapun, terdapat juga nilai kemanusiaan yang turut dilanggar oleh Sa’aman iaitu dengan penglibatan beliau dalam membunuh ayah tirinya sendiri, Kopral Paijin Bin Suto. Beliau terpaksa melakukan perkara tersebut bukan untuk kepentingan sendiri tetapi dengan bertujuan untuk mengelakkan kekejaman terus berlaku dalam masyarakat. Sa’aman menyesal dengan perbuatan sendiri, namun begitu, beliau merasakan perkara tersebut perlu dilakukan untuk bangsanya sendiri.

Nilai lain yang turut dipaparkan dalam novel “Keluarga Gerilya” ini adalah nilai ketabahan. Nilai ini ditunjukkan oleh masyarakat ketika itu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan juga dugaan yang menimpa. Pada pandangan hidup dalam konteks agama, sabar itu merupakan seprauh daripada iman. Tabah dan sabar merupakan perkara yang saling berhubung kait antara satu sama lain.  Kekuatan rohani merupakan salah satu pendorong yang menyebabkan masyarakat ketika itu tabah dalam kehidupan mereka. Jika dilihat pada watak Sa’aman, pembaca dapat melihat dan menilai ketabahan dan kekuatan yang telah dipaparkan pada watak beliau. Selain itu juga, pembaca juga dapat merasai penderitaan yang dialami oleh masyarakat ketika itu seperti keluarga Sa’aman itu sendiri. Kehidupan Sa’aman yang ditawan dan dipenjarakan menunjukkan kekuatan dan ketabahan insan yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Sa’aman juga berasa bebas walaupun jasadnya dipenjarakan. Beliau juga berasa tenang tabah dan tenang dalam menanti hukuman mati yang bakal menimpanya. Ini menunjukkan kekuatan rohani seorang insan dalam memperjuangkan sesuatu.

Pentingnya ilmu juga menjadi salah satu nilai yang dipaparkan oleh masyarakat dalam “Keluarga Gerilya”. Pada pandangan hidup masyarakat, menuntut ilmu itu biarlah sampai ke menara gading. Sa’aman merupakan seorang abang yang turut mementingkan ilmu. Beliau telah menasihati adik-adiknya sendiri dengan menghantar surat kepada mereka yang menyatakan: 

“... Yang penting dalam hidupmu, adik-adik ku, bukanlah didikan yang kau terima dari orang. Ini harus kau ingat-ingat! Yang penting ialah didikan yang diberikan oleh fikiranmu sendiri yang waras pada dirimu ...” (Keluarga Gerilya, 1977: 212)

Di samping itu juga, sebagai seorang ibu yang ingin melihat anak-anaknya membesar dengan baik, ibunya juga turut menyatakan kepada adik-adiknya bahawa: 

“... Dan kelak, didiklah anakmu sebagaimana anak manusia harus dididik. Ibu adalah alam tersendiri buat manusia...” (Keluarga Gerilya, 1977:  214)

Perkara ini memaparkan betapa pentingnya ilmu itu sendiri dalam masyarakat dan juga dalam kehidupan manusia. Dengan adanya ilmu, kehidupan seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik. 

Nilai budaya yang berikutnya merupakan semangat perjuangan dan cintakan tanah air dalam menentang penjajah. Jika dilihat pada pandangan hidup masyarakat dalam konteks peribahasa, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Ini saling berhubung kait dengan masyarakat yang dipaparkan pada Keluarga Gerilya. Watak Sa’aman ditonjolkan pegarang dengan memaparkan rasa cinta taah air serta keingingan untuk bebas daripada penjajah Belanda. Sa’aman merupakan seorang yang sanggup membunuh ayah tirinya sendiri dengan tujuan untuk bebas daripada belenggu penjajah dan beliau akhirnya dipenjarakan. Walapaun dipenjarakan, semangat perjuangan dan cintakan tanah air yang ditunjukan oleh watak Sa’aman adalah tinggi. Selain itu juga, watak Salamah yang merupakan seorang gadis sunti berusia 19 tahun juga telah mengambil peranan abangnya untuk membantu keluargnya sendiri. Kartiman pula,seorang yang pemarah juga dan tidak dapat mengawal emosinya turut melibatkan diri dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Kartiman yang telah membak bapanya sendiri. Watak Canimin yang merupakan abang kepada Kartiman telah cacat dibahagian mukanya ketika pertempuran yang berlaku di Madiun. Kesemua watak ini menunjukkan perjuangan mereka dalam menuntut kebebasan tanah air.

Bagi Sa’amaan yang merupakan seorang pejuang, beliau menyatakan matlamat beliau: 

“... Apabila orang telah tekad berjuang, berjuang untuk tanahairnya dik Imah, dia sudah bersumpah. Dia sudah tekan kontrak pada tanahairnya...’ Sa’aman meneruskan lagi luahan hatinya;... “Semua orang yang benar-benar bermaksud berjuang, ya mereka itu sudah bersedia... bersumpah menyerahkan jiwa dan raganya...” (Keluarga Gerilya, 1977:  133)  

Nilai budaya yang berikutnya merupakan tanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Pandangan hidup masyarakat ketika itu adalah dengan memliki rasa tanggungjawab dalam diri dengan tujuan untuk membebaskan tanah air berbanding dengan kesenangan peribadi. Perkara ini dipaparkan oleh Sa’aman sendiri. Contohnya adalah seperti berikut.

“orang berjuang untuk membebaskan tanah air dan bangsanya dari diperbudakkan adalah sesungguhnya lebih suci daripada orang yang belum pernah berdosa selama hidupnya, malah lebih suci daripada orang yang pulang naik haji dengan serban setebal gendang, juga lebih suci daripada orang yang seumur hidupnya hanya bersembahyang kerjanya. Kerana mereka itu mencari syurga hanya untuk dirinya sendiri, tetapi orang berjuang adalah menyediakan syurga untuk berpuluh juta manusia bangsanya”.

Dengan rasa tanggungjawab inilah beliau telah membunuh seramai lebih daripada 56 orang askar penjajah dan beliau telah menerima perkara tersebut dengan berlapang dada. Beliau rela untuk dihukum mati kerana telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pejuang dalam membebaskan tanah ari beliau. Sa’aman turut menyatakan suara isi hatinya sediri seperti berikut:

“... Dosaku banyak. Lebih dari lima puluh ku bunuh – ku hancurkan sumber penghasilan keluarganya. Tapi kerana aku merasa bertanggungjawab atas segala perbuatanku – atas segala dosaku, aku serahkan  semuanya itu kembali kepada Tuhan”. (Keluarga Gerilya, 1977:  130) 

Nilai budaya seterusnya yang dipaparkan oleh pengarang dalan novel ini adalah budaya menghormati orang yang lebih tua. Ibu bapa merupakan kedua-dua orang tua yang harus dihormati dan ditaati. Pandangan hidup masyarakat itu sendiri yang meletakkan ibu bapa dalam kedudukan yang paling tinggi dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Begitu juga yang dipaparkan dalam novel ini dimana Sa’aman seorang anak yang menghormati orang tuanya iaitu Amilah, ibunya. Beliau turut menasihati adik-adiknya juga supaya menghormatinya ibu mereka. Hal ini kerana, walaupun ibu mereka agak garang, tetapi sebagai seorang anak, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

“Mak, katanya, “Kak Aman bilang padaku, bahawa aku harus menghormati dan menghargai orang tua – menghormati dan menyayangi emak. (Keluarga Gerilya, 1977: 10)

“Dan kata Aman selanjutnya,” ia menyambung bisikannya mengulangi kata-kata Sa’aman, ‘aku tahu juga, engkau akan mendapat kesulitan dari emak. Tapi, jangan takut Amah, semua harus kau kerjakan. Engkau dan Imah. Dan jangan lupa – hormati dan hargai selalu emaknya yang sudah tua itu. Jangan sakiti hatinya.” (Keluarga Gerilya, 1977:  15)

Posted 6th May 2016 by Mohd Ismail
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/nilai-budaya-dalam-keluarga-gerilya.html

PEMIKIRAN DALAM KELUARGA GERILYA

Pemikiran dalam karya bermaksud subjek yang dibawakan oleh pengarang (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 69). Pemikiran bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya.

Pemikiran pertama ialah ketaatan seorang anak terhadap ibunya. Ketaatan seorang anak, iaitu Salamah terhadap ibunya. Salamah selalu menjaga hati ibu dan tidak sanggup menyakitkan hati ibu walaupun ibunya menghalang dia bekerja. Berikut ialah situasi Salamah menasihati ibunya;

“Mak,” katanya, “Kak Aman bilang padaku, bahawa aku harus menghormati dan menghargai orang tua, menghormati dan menghargai emak. Mak, kalau bukan anak-anakmu sendiri yang berbuat begitu, siapakah yang akan berbuat begitu” (Keluarga Gerilya, 1977: 10)

Pemikiran kedua ialah patriotisme atau cinta akan tanah air. Keluarga Gerilya ialah novel yang ditulis semasa revolusi nasional. Pada masa itu, kebanyakan remaja sanggup berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan demi tanah airnya. Namun, watak utama, Sa’aman merupakan salah satu orang muda yang cinta akan tanah airnya dan sanggup berkorban demi tanah airnya.

“Aku tahu, dik Imah,” kata mas Darsono lemah. “Dengarlah dulu.” Kemudian suara mas Darsono jadi murung dan berat dan gelap: “Apabila orang telah bertekat berjuang, berjuang untuk tanahairnya – dik Imah – dia sudah bersumpah. Dia sudah teken kontrak pada tanahairnya.

“Semua orang yang benar-benar bermaksud berjuang, ya, mereka itu sudah bersedia.”
(Keluarga Gerilya, 1977: 135)

Pemikiran ketiga ialah mengakui kesalahan dan berdosa. Dalam bab ke-6, Sa’aman mengaku kesalahan dan meminta maaf dengan Tuhan kerana telah mengkhianati Katamsi. Berikut yang petikan yang menunjukkan kesesalannya;

“Bapak,” katanya lagi, “tiga setengah bulan yang lalu ya, kira-kira sebegitulah aku telah mengkhianati seorang lagi. Dan itulah pengkhianatanku yang penghabisan. Tuhan aku takkana berbuat begitu lagi. Ya aku berdosa, jadilah ini yang penghabisan. Ya ampun, aku tak mau lagi. Aku sudah melihat sekarang, orang-orang perjuangan itu dengan tersenyum menerima hukuman matinya. (Keluarga Gerilya, 1977: 125)

Pemikiran seterusnya ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Novel ini telah banyak menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang sangat kuat. Amilah, ibu kepada Sa’aman tidak berhenti-henti mencari anaknya, menangis kerana kehilangan anaknya sehingga menjadi tidak waras.

“Anakku Aman Sa’aman, anakku. Mengapa engkau tak boleh pulang? Mengapa tak boleh ku ambil sendiri? Engkau anakku sendiri. Aku sendiri yang melahirkan engkau di Kotaraja. Bukan orang lain aku sendiri  sunggug mati, aku berani bersumpah. Mengapa Amah?”

Kemudian suaranya berubah jadi tangis nenek-nenek sungguh-sungguh:

“Anakku! Anakku! Aku sendiri yang melahirkan engkau. Engkau diambil orang begitu saja. Aku tak boleh tahu di mana. Dan taka da orang yang mau menunjukkan engkau ada di mana. Aman- Amanku- Aman- Aman- di mana, emgkau?”

(Keluarga Gerilya, 1977: 106)

5.0 Falsafah Dalam Keluarga Gerilya

Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertnggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 179). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 406), falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafah ialah sesuatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 180).

5.1 Falsafah Agama

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 14), agama ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Dalam novel Keluarga Gerilya, telah menggambarkan pegangan agama yang cukup kuat. Berikut ialah petikan yang menunjukkan penganut agama yang meminta maaf dengan Tuhan setelah melakukan kesalahan;

“Sejak itu,” sambung suara itu lembut, ‘aku jadi penjahat betul-betul.”

“Tahukah isterimu tentang pekertimu itu?” tanya Sa’aman.

“Demi Allah dia tak tahu. Dan moga-moga dia tak tahu sampai matinya. Aku cinta padanya. Sungguh. Moga-moga dia tak mendengar kabar kejahatanku. Aku takut dia bersedih hati.”

(Keluarga Gerilya, 1977: 119)

“Bapak,” katanya lagi, “tiga setengah bulan yang lalu ya, kira-kira sebegitulah aku telah mengkhianati seorang lagi. Dan itulah pengkhianatanku yang penghabisan. Tuhan aku takkan berbuat begitu lagi. Ya aku berdosa, jadilah ini yang penghabisan. Ya ampun, aku tak mau lagi. Aku sudah melihat sekarang, orang-orang perjuangan itu dengan tersenyum menerima hukuman matinya. (Keluarga Gerilya, 1977: 125) 

Selepas melakukan kesalahan, Sa’aman yang berdosa dan mengakui kesalahan. Dan dia tetap mematuhi perintah Tuhan. Pengarang ingin memaparkan Allah sebagai pengajar hamba yang melakukan kesalahan, apabila hamba melakukan kesalahan, mesti berdosa dan minta ampun dengan Tuhan. Pengarang juga ingin menggambarkan kepentingan seorang penganut agama yang taat kepada perintah Tuhan, dia harus mengetahui ilmu keagamaan dan nilai moral dalam kehidupan. 

5.2 Falsafah Logik 

Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris (2016: 180), logik ialah pemikiran yang rasional, taakulan, dan sebab musabab. Keluarga Gerilya telah menggambarkan watak utama, iaitu Sa’aman yang berfikiran rasional walaupun dihukum mati. Sa’aman menganggap bahawa semua ini takdir Tuhan, dan dosanya akan menguntungkan perjuangan. Berikut ialah contohnya: 

“Kalau aku mati,” katanya lagi dengan suara lebih murung, “adalah sudah nasibku. Biarlah aku mati muda. Aku baru berumur dua puluh empat tahun. Dan tahun depan aku dua puluh lima. Tapi mengapa aku takut mati? Seperempat abad kurang sedikit aku telah hidup di dunia ini. Biarlah. Rupa-rupanya sudah takdir tuhan. Namun yakinlah aku: segala dosa yang sudah ku jalankan itu dosa perseorangan yang akan menguntungkan perjuangan. Aku sendiri tidak tahu betapa besar-kecilnya keuntungan itu, namun sudah ku hancurkan hampir-hampir satu seksi serdadu. Jiwa-ragaku telah ku gadaikan pada perjuangan.” (Keluarga Gerilya, 1977: 114) 

Pengarang menggunakan falsafah logik untuk menggambarkan Sa’aman seorang tidak takut mati, kerana segala perbuatan dia adalah berjuang untuk tanah airnya. Pengarang juga ingin memaparkan tanah air dan ahli keluarga merupakan punca utama untuk berkorban, dan mempertahankan tanah air. 

5.3 Falsafah Pendidikan 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 350), pendidikan ialah ilmu didik, ilmu mendidik atau pengetahuan mendidik. Dalam novel ini, keluarga Sa’aman masih amat mementingkan pendidikan. Adik Sa’aman juga sangat rajin membuat latihan perhitungan manakala Sa’aman juga menemai dan mangajar adiknya membuat latihan. 

“Engkau selamanya lemah dalam hitungan, Mimi.”
“Ini, kak. Kalau tiap meter bias ditanami enam batang jagung. Kalau lebarnya lading satu kilometre, panjangnya tiga seperempat kilometre, kalua ada kali yang lebarnya empat puluh meter, membujur lurus dari lebar yang satu ke lebar yang lain. Berapa juga pohon jagung boleh ditanam di lading itu?”

“Engkau terlalu cepat belajar, Mimi. Ini bukan pelajaran anak kelas lima. Sudah bias semuakah engkau pelajaran-pelajaran yang lain?” (Keluarga Gerilya, 1977: 85) 

Pengarang Keluarga Gerilya telah memaparkan semangat ingin belajar tetap menjadikan keperluan pada zaman revolusi itu, dan kepercayaan kepada pendidikan merupakan jalan kejayaan. Walaupun keluarga Sa’aman miskin, pendidikan tidak dilupai, mereka percaya pendidikan dapat mengubah masa depan mereka. Kata-kata hikmat: “Miskin, tidak miskin pendidikan”

5.4 Falsafah Etika 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 401), etika ialah ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral. Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 180). Etika merupakan ilmu tentang nilai dan tidak berkaitan dengan fakta tetapi tentang nilai dan tidak berkaitan dengan sifat manusia tetapi tentang ideanya (Mana Sikana 1996: 9). Etika juga ialah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian (Mana Sikana 1996: 11). 

Dalam Keluarga Gerilya, etika telah ditunjukkan oleh Kasdan apabila dia berjumpa dengan ibu Sa’aman, iaitu Amilah. Kasdan telah menunjukkan sikap yang menghormati orang tua dan sopan semasa bertutur. Contoh petikan adalah seperti yang berikut: 

Tamu itu mengikuti tarikan Amilah tua. Perlahan ia masuk. Dan perlahan jua ia duduk di kerusi yang satu-satunya itu. Dengan sikap kehormat dan ketuan-tuanan, tamu itu mengawasi kelilingnya sebentar saja. Kemudian sopan, kemudian memandang padanya dan berkata lembut. (Keluarga Gerilya, 1977: 55-56) 

Keluarga Gerilya telah memaparkan sifat hormat-menghormati tidak diketepikan oleh seorang sarjana. Pengarang juga ingin menunjukkan bahawa kuasa dan pangkat tidak menentukan nilai moral atau kelakuan seseorang. 

5.5 Falsafah Politik 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1223), politik ialah ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan. Politik ialah aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara (Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah Mohd Rashid Md. Idris 2016: 180). 

Dalam karya ini, semangat patriotisme menjadikan semangat yang sangat kuat, seseorang remaja yang ingin mempertahankan tanah airnya. 

“Ya, dik Imah dan mas Aman adalah seorang di antara beribu-ribu pemuda yang bertekad demikian pula. Mas Aman adalah seorang di antara mereka yang bersumpah akan menyerahkan jiwa raganya untuk tanah air dan bangsanya. Mas Aman rela.” (Keluarga Gerilya, 1977: 136) 

Keluarga Gerilya banyak menunjukkan pengorbanan seseorang demi tanah air terutamanya Sa’aman. Pengarang ingin memaparkan pengorbanan ialah satu tanda cinta kepada tanah air. Sa’aman turut menggambarkan semangat cinta tanah airnya yang sangat kuat sehingga sanggup membunuh ayah tirinya yang membelot dan berkhidmat untuk pihak musuh. 

Posted  by 
PEMIKIRAN DALAM KELUARGA GERILYA | BMS 3022 Karya Agung Melayu (Kumpulan 7) Sesi 2015/2016
http://karyaagung2016.blogspot.com/2016/05/pemikiran-dalam-keluarga-gerilya.html

... 

Tiada ulasan: