Sabtu, 4 Ogos 2018

Dari yang suka tidak suka dan yang xsuka dari suka. 7974.


Nama Malaysia sudah ada dalam peta Sepanyol pada kurun ke 16
Sejarah nama negara kamu
Dr Muhaimin Sulam
Sejarah nama negara kamu
Nama Malaysia sudah ada dalam peta Sepanyol pada kurun ke-16
MALAYSIAKINI.COM
Foto Tanah Melayu - Malaysia.
Saya memang bukan sejarawan untuk selayaknya menulis sejarah. Saya juga bukan guru atau pensyarah Sejarah.

Namun, saya minat belajar Sejarah kerana guru saya mengajarkan makna sejarah.

Guru Sejarah saya tidak ajar silibus Sejarah untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Kesedaran terhadap sejarah itu sangat penting agar sejarah buruk dapat dielakkan, dan sebaliknya mana-mana yang baik dan gemilang boleh diulang.

Apa yang tertulis di sini bukanlah sesuatu yang baru. Tulisan ini hanyalah sebahagian daripada beberapa kepilan pengetahuan dan kesedaran sejarah negara kamu yang kerap kali diulang tayang.

Mungkin masih ada yang terlepas pandang atau baru menyedari. Tidak salah menyedarkan sesuatu yang hampir dilupai atau memang dilupakan.
Foto Tanah Melayu - Malaysia.
Malaysia ini negara kita. Saya, kamu dan dia adalah sama. Semuanya ialah penghuni negara bertuah dan merdeka ini. Nama negara saya, kamu dan dia ialah Malaysia.

Dalam buku-buku Sejarah - dari sekolah rendah hingga ke universiti, Malaysia adalah nama rasmi kepada Persekutuan Malaysia yang mengandungi sembilan negeri di Semanjung Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Teliti dokumen dan artifak
Foto Tanah Melayu - Malaysia.
Kesemua negeri itu bersetuju untuk bersekutu membentuk sebuah negara merdeka pada 16 September 1963. Namun dua tahun selepasnya Singapura memilih untuk meninggalkan persekutuan itu.

Nama Malaysia terus kekal walaupun Singapura tidak lagi bersama. Sebelum itu, secara umumnya negeri-negeri di Semenangjung Malaya dikenali Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, atau Tanah Melayu. Istilah Malaya ialah ungkapan bahasa Inggeris.
Rata-rata menganggap nama Malaysia hanya muncul pada 1963 sempena penubuhan persekutuan yang ditentang oleh Sukarno dan Macapagal itu. Sukarno dan Macapagal waktu itu naik berang dengan idea gagasan Malaysia.

Gagasan ini akan menelan wilayah mereka. Sukarno sanggup mengisytihar ‘Ganyang Malaysia’. Sebenarnya ada sejarah di sebelah istilah Malaysia itu sendiri.

Biarlah saya terangkan dalam bentuk pensejarahan sebelum membuat analisis mengenai proses pembinaan semula makna nama negara ini.

Saya kira, persoalan makna negara lebih penting kerana pensejarahan itu sendiri diasaskan dengan pemikiran yang wujud semasa itu.

Penganalisisan secara kontekstual sangat penting bagi mendapat rumusan yang lebih adil dan tepat. Tiada cara lain bagi memahami konteks semasa melainkan dengan meneliti dokumen-dokumen ataupun artifak yang wujud ketika itu.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie, beliaulah yang mencadangkan nama Malaysia sebagai untuk persekutuan baru itu.

Ketika itu beliau ialah seorang daripada empat anggota Suruhanjaya Cobbold yang terbabit secara langsung dalam penubuhan Persekutuan Malaysia.

Perakam sosiobudaya semasa

Namun beliau tidak menghuraikan lanjut latar belakang pemilihan nama tersebut.

Nama 'Malaysia' pernah dijadikan pilihan oleh Perikatan sebelum merdeka, tetapi menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, MCA mahukan nama negara merdeka itu disebut sebagai Malaya. Hal ini ada dicatat dalam buku berjudul Malaya tulisan AJ Stockwell.

Buku itu saya beli semasa berforum dengan Tawfik anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Restoran Pelita berhampiran KLCC pada 2013.

Ini bermakna Tunku mempunyai idea awal tentang nama Malaysia sebelum penubuhannya pada 1963

Tentu ada latar belakang yang menyebabkan Tunku ataupun Ghazali Shafei terfikirkan nama Malaysia. Ia sudah wujud lebih awal lagi.

Seawal yang dapat dikesan setakat ini, nama Malaysia telah ada dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatat dalam peta Sepanyol kurun ke-16.

Pada tulisan akan datang saya akan kisahkan lebih lanjut mengenai hal ini berdasarkan rujukan daripada tulisan-tulisan orang Barat berupa buku catatan, jurnal dan juga peta-peta.

Mereka bukan sekadar pengembara, pengkaji atau pegawai yang datang bertugas di sini, tetapi bertindak sebagai perakam sosiobudaya semasa untuk masa hadapan.

DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas penulis buku serta esei.

Perjuangan Sejati - Siaran
https://www.facebook.com/Perjuangan.Sejati/posts/1930157070378807




Apakah gelaran untuk anggota keselamatan yg terkorban ketika bertempur menentang Pengganas Parti Komunis Malaya sekiranya Pengganas Parti Komunis Malaya diangkat menjadi Pejuang Negara...

Al Fatehah dan Takziah kepada wira negara yg terkorban menentang Pengganas Parti Komunis Malaya...

Allahyarham Konstabel Faridon Abd. Ghani yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Selamat Sawadi Salam, Thailand pada 19 Julai 1971; Koperal Bujang Sintal (Ops Paradom, Sibu, Sarawak, 26 Mei 1973); Koperal Lee Han Cheong (Ops Nuasa, Sungai Siput, Perak, 24 Julai 1973) dan Koperal Wong Poi Hoi (Ops di Sarawak, 26 Julai 1973).

Seramai lapan anggota terkorban dalam pertempuran Ops Ukur, Sadau, Thailand pada 18 Jun 1975.

Mereka ialah Konstabel Suparman Nasron, Konstabel Mohd. Zahid Jumangat, Konstabel Maduain Wahab, Konstabel Abu Nordin Ibrahim, Konstabel Mohd. Nor Tumin, Konstabel Alizar Serunan, Konstabel Maan Ahmad Siraj dan Konstabel Saian Sauman.

Dua anggota, Konstabel Abd. Hamid Mohamad dan Konstabel Mohd. Yusof Abd. Rahman turut terkorban dalam serangan di Pangkalan Kem Briged Tengah PGA, Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak), Kuala Lumpur pada 3 September 1975 manakala Konstabel Ahmad Yassin terbunuh dalam Ops Ulu Rening, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 16 September 1979.

#PerjuanganTelahBermula
#AkuAdalahAkuTanah Melayu - Malaysia - Siaran
https://www.facebook.com/TanahMelayuMalaysia/photos/pcb.1816866355073937/1816866258407280/?type=3&theater




Tanah Melayu - Malaysia berkongsi siaran Roslan Ambri.




Roslan Ambri

#TERASA_SEPERTI_DARAH_DAN_NYAWA_DIINJAK

Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu2 lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat2 polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!

18. Pujian2 sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

19. Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja2 Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja2 Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar2 komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?

20. Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.

21. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

22. Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara.

23. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

24. Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah2 diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.

25. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!

Nauzubillahi min zalik!

Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

#NegaraKu
- Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir


Foto Jebat Kembali.

Foto Jebat Kembali.
Jebat Kembali menambah 2 foto baharu
Tahu kah semua Rakyat Tanah Melayu...
Tahu kah semua Rakyat Raja Melayu...

Ketua Polis Perak turut menjadi mangsa pembunuhan yg dilakukan oleh Pengganas Parti Komunis Malaya...

Tan Sri Khoo Chong Kong (DCP G/4218) adalah Ketua Polis Perak. Beliau telah ditembak mati oleh dua pengganas komunis di Ipoh pada 1975...

Pada 13 November 1975, iaitu pada waktu lepas makan tengah hari Khoo Chong Kong telah mati ditembak oleh dua orang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menunggang motosikal, di garisan lampu isyarat simpang Fair Park dengan Jalan Anderson, dalam bandar Ipoh, Perak. Turut terbunuh, pengiringnya, Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu keretanya...

#PerjuanganTelahBermula
#AkuAdalahAku



1974 Ketua Polis Negara DiTembak Mati oleh Pengganas Parti Komunis Malaya...

Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara Malaysia dikejutkan dengan berita yang penuh tragis. Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ketiga itu telah ditembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun Perak. Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya.

20170831_142956

Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus.

Dua penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman...

Adakah selepas 17 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Pengganas Parti Komunis Malaya masih berjuang untuk negara...

#PerjuanganTelahBermula
#AkuAdalahAku


Saya bukan macam Lokman banyak harta, kata Zawawi
3 Ogs 2018
SG KANDIS | Calon PKR nafi tuduhan bahawa beliau melakukan rasuah pilihan raya.
MALAYSIAKINI.COM
SG KANDIS | Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mencabar Datuk Lokman Noor Adam supaya membuktikan dakwaan bahawa pihaknya menggunakan politik wang untuk meraih sokongan pengundi.

Mohd Zawawi berkata calon BN itu perlu memastikan dakwaan yang dilemparkannya itu bukan cerita kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut.

“Saya bukannya macam dia (Lokman Noor), saya orang kecil tidak banyak harta. Saya berpegang pada prinsip bebas rasuah dan politik wang serta perkara lain yang sewaktu dengannya.

“Sila buktikan dakwaan itu dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk beri kerjasama kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam sidang media bersempena hari terakhir kempen PRK itu di Shah Alam, hari ini.

Lokman Noor semalam menggesa SPR dan SPRM memantau kempen jentera PKR pada saat-saat terakhir kempen PRK itu kerana mendakwa PKR menggunakan taktik kotor termasuk politik wang.

Mohd Zawawi dalam pada itu mengulangi ikrarnya untuk memberi komitmen dan bekerja sepenuh hati sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Sungai Kandis.

Jelas beliau, perkara pertama yang akan dilakukan sebaik sahaja diberi mandat nanti adalah menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat di Bandar Puteri, Klang, yang bertujuan memudahkan beliau berhubung dengan pengundi di kawasan DUN itu.

"Buat masa ini, kita masih mempunyai pejabat di Kota Kemuning tetapi bercadang berpindah ke kawasan baharu. Saya mahu pusat khidmat ini dibuka supaya memudahkan rakyat berkongsi masalah dan aduan yang mereka hadapi.
"Malah, saya dan keluarga akan terus menetap di kediaman asal kami di Jalan Kebun supaya tidak berada jauh dari pengundi. Saya percaya pemimpin harus sentiasa berada di sisi rakyat dalam susah dan senang,” katanya.

Mohd Zawawi dalam pada itu turut merayu supaya semua pemilih berdaftar di DUN Sungai Kandis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi esok dan memilih beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Selain Lokman Noor, Mohd Zawawi bakal berdepan calon Bebas K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

- Bernama

Laporan: Polis rampas 27 van Umno Johor
3 Ogs 2018
Pihak polis merampas 27 buah van Skuad Sayang Umno Johor semalam, menurut laporan media tempatan.
Van yang sering digunakan Wanita Umno bagi program masyarakat itu disita polis untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001, kata laporan Malay Mail hari ini.
Laporan itu juga menyebut pihak polis bertindak atas perintah mahkamah dan van yang diedarkan ke 26 bahagian Umno, termasuk ke ibu pejabat parti negeri diserahkan kepada pihak berkuasa semalam.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohamad mengesahkan hal itu, petik laporan itu.
Hasni berkata Umno Johor diberikan notis penyitaan itu semalam untuk menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis di bawah AMLA 2001 dan setakat ini bekerjasama menyerahkan van berkenaann
Bagaimanapun, Hasni dilaporkan tidak boleh mengesahkan jika rampasan itu berkaitan dengan siasatan terhadap 1MDB, SRC International atau bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kejadian itu tidak akan melemahkan semangat parti itu di Johor, kata Hasni, petik Malay Mail.
Menurut Hasni lagi, beliau berharap rampasan itu bukan satu bentuk pembalasan dendam politik.
Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan. Difahamkan operasi tersebut dijalankan pasukan Bukit Aman.

Kenderaan "Skuad Sayang" itu disita untuk bantu siasatan pengubahan wang haram, kata polis yang bertindak atas perintah mahkamah.
MALAYSIAKINI.COM
TUDM tak cukup bajet senggara Sukhoi
3 Ogs 2018
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil memberi penjelasan mengenai kondisi tidak berapa baik jet pejuang Sukhoi Su-30MKM seperti mana yang dimaklumkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu minggu lalu.
"Kadar kebaikan pesawat Sukhoi Su-30MKM yang rendah sebagaimana dimaklumkan YB menteri pertahanan adalah diakibatkan dua perkara pokok iaitu yang pertama peruntukan belanja operasi dan keduanya adalah keperluan rawatan mandatori pesawat pada jangka hayat 10 tahun," kata kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM hari ini.
Kenyataan itu menyebut hal berkenaan berpunca daripada kekurangan peruntukan belanja operasi untuk TUDM.
"Sejak tahun 2007 belanja operasi yang diperuntukkan kepada TUDM setiap tahun adalah secara puratanya jauh lebih rendah dan tidak mencukupi
"Ini telah mengekang perbelanjaan selenggara yang diperlukan untuk membiayai keseluruhan dokongan logistik bagi pengoperasian kesemua 18 jet pejuang Su-30MKM tersebut.
"Keadaan ini menyebabkan TUDM terpaksa selenggara pesawat secara berhemah berdasarkan bajet diterima," kata TUDM.
Pertambahan kos ke Rusia
Menurut kenyataan itu lagi TUDM memiliki 12 pesawat Su-30MKM yang telah mencapai hayat 10 tahun dan sedang menanti untuk proses penyenggaraan serta terdapat enam lagi jet pejuang itu yang belum mencapai jangka hayat 10 tahun tersebut.
TUDM juga berkata pemeriksaan dan senggaraan kepada kerangka, komponen dan sistem pesawat secara terperinci mensyaratkan jet pejuang itu perlu dihantar ke Rusia selepas jangka hayat 10 tahun akan melibatkan pertambahan kos.
"Tempoh 10 tahun adalah dicadangkan pihak pembuat asal pesawat (Original Equipment Manufacturer/OEM), namun kos tersebut terlalu tinggi dan di luar kemampuan bajet TUDM.
"Tambahan pula pelaksanaan rawatan memerlukan pesawat dihantar ke premis OEM di Rusia, yang melibatkan pertambahan kos dan masa.
“Bagi menjimatkan kos, TUDM menggunakan kepakaran sedia ada dengan kerjasama pintar pihak TUDM dan Maintenance Repair Organisation tempatan serta beberapa pemain industri tempatan yang lain," kata kenyataan TUDM itu.

12 jet pejuang sedang tunggu proses penyenggaraan, jelas TUDM ulas menteri kata, pesawat itu tidak berada dalam keadaan baik.
MALAYSIAKINI.COM
Sekarang boleh bincang 1MDB, 2.6 bilion di Parlimen, Najib sila duduk jangan lari
By Sidrah - 2018-08-03
Speakar Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik larangan perbincangan isu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto The Star
oleh Shahbudin Husin
Sejak dua tahun lalu, Najib Razak mungkin dilihat berjaya menghalang soalan-soalan berkaitan 1MDB daripada ditanyakan di Parlimen, khususnya kepada beliau atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan tersebut.
Melalui kuasa Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia ketika itu, telah dikuatkuasakan larangan tiada soalan berkaitan 1MDB boleh dikemukakan di Parlimen atas alasan ada saman tertentu dan penyiasatan sedang berjalan dan jika dibenarkan ia kononnya dianggap menghina mahkamah serta mengganggu proses siasatan.
Sejak itu, semua soalan berkaitan syarikat pelaburan paling bermasalah itu berjaya dikekang dan sekaligus menyelamatkan Najib daripada menjawabnya, meskipun pelbagai isu dan pendedahan dilakukan oleh media-media antarabangsa.
Bagaimanapun, dengan tumbangnya regim Najib dan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, halangan itu kini sudah tiada lagi.
Speakar baru Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik larangan itu yang berkuatkuasa semalam.
Dengannya, sekarang ini semua Ahli Parlimen boleh bertanyakan apa saja soalan mengenai 1MDB sama ada untuk dijawab oleh pihak kerajaan atau diperjelaskan oleh Najib yang beralih tempat di barisan pembangkang.
Maka, pesanan untuk Najib – sila hadir setiap hari Parlimen mulai hari dan sessi yang seterusnya, duduk di kerusinya untuk sedia menjawab apa jua pertanyaan tentang 1MDB serta jangan sesekali cuba melarikan diri.
Haaa….tepukkk!!

Speakar Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik larangan perbincangan isu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto The Star oleh Shahbudin Husin Sejak dua tahun lalu, Najib Razak mungkin dilihat berjaya menghalang soal...
MALAYSIASTYLONEWS.COM
Perjuangan Sejati Kit Siang selar Najib, Umno berhubung dakwaan komunis
3 Ogs 2018


Lim Kit Siang hari ini meminta rakyat supaya lebih berhati-hati dan menentang amalan menakut-nakutkan, kebencian dan pembohongan selepas pilihan raya umum ke-14.

Pemimpin veteran DAP itu berkata keadaan tersebut menjadi lebih bahaya apabila amalan politik pelampau kaum dan agama turut dilemparkan bersama.

Dalam satu kenyataan media petang ini, Lim berkata beliau ditunjukkan mesej Whatsapp yang menuduhnya sebagai seorang komunis yang sedang diedarkan.

Beliau juga berkongsi petikan mesej, yang berbunyi: “Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapa dia di tahun 1957. Mereka dapat ehsan dari orang-orang Melayu di Batu Pahat Johor.

“Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun. Mula-mula bapa Lim Kit Siang cuma ternak ayam je, tapi kemudian ternak babi pula. Lee Kuan Yew bersekolah di Batu Pahat. Lee Kuan Yew guru Lim Kit Siang di dalam fahaman Komunis dan Yahudi.

“Darurat di Malaya bermula dari tahun 1948 dan berakhir pada 1960. Selepas tentera British meninggalkan Malaya (sebelum merdeka) komunis semakin bermaharajalela selama 12 hari. Batu Pahat pada masa tu jadi pusat pengganas komunis.

“Rumah bapa Lim Kit Siang jadi pusat komunis dan mereka banyak bunuh orang-orang Melayu bunuh askar-askar Melayu. Masa umur Lim Kit Kat (sic) 18 tahun di tahun 1960 dia dah pakai uniform komunis.”

Lim berkata terdapat banyak pembohongan dalam nesej berkenaan yang dilabelkannya sebagai toksik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyelar Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa bekas perdana menteri itu bersama pemimpin Umno dan tentera siber yang sedang menjalankan agenda politik baru.

Dakwanya , mereka yang berkenaan sedang “psycho-ed” diri sendiri untuk mempercayai bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan bertahan sebelum tempoh penuh mereka berakhir, sehingga membuka laluan untuk Umno dan BN kembali ke Putrajaya.

[Baca berita penuh]

https://www.malaysiakini.com/news/437287
Uruskan
Melayu Deli Darah Melayu
(((( viral sejarah))))))
MIGRASI ORANG INDIA KE TANAH MELAYU
ASAL-USUL DAN PERKEMBANGAN ORANG INDIA.
Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-­pedagang India dan golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”.
Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti kopi dan getah.
Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000 orang dan meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu, dan Sikh.
Seperti orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan orang India tinggal di kawasan ladang atau estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya menetap di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.
CARA KEMASUKAN BURUH INDIA
Imigran India datang ke Tanah Melayu melalui dua cara, iaitu sistem buruh kontrak dan Sistem Kangani.
SISTEM BURUH KONTRAK
Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada seorang ejen di India. Ejen tersebut akan pergi ke kampung-kampung bagi mendapatkan buruh-buruh India yang ingin datang bekerja di Tanah Melayu. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pemilik ladang yang membuat pesanan. Di Tanah Melayu, mereka dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang telah tetapkan oleh majikan masing-­masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan.
Di bawah sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari dengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kira-kira 250,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini.
SISTEM KANGANI
Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun 1938 kerana berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932. Menurut Sistem Kangani, majikan akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Di India, Kangani itu akan kembali ke kampung halamannya. Di sana beliau akan berusaha mengumpulkan saudara mara, sahabat handai dan penduduk kampung yang ingin bekerja dan berhijrah ke Tanah Melayu dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kangani. Melalui sistem ini seramai 300,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga tahun 1938.
SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN ORANG INDIA KE TANAH MELAYU.
1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK
Kepincangan dan kesengsaraan hidup telah mendorong penghijrahan orang India ke Tanah Melayu bagi memulakan penghidupan baru. India menghadapi masalah kepadatan penduduk yang tinggi, sedangkan keluasan kawasan pertanian tidak bertambah. Ini telah menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi akibat kekurangan kawasan pertanian. Akibatnya wujud masalah kemiskinan dan kebuluran di kalangan penduduk India. Pada tahun 1845, jumlah penduduk India ialah 130 juta orang dan meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941.
2. BENCANA ALAM
Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau turut merumitkan keadaan. Pada tahun 1840-an, kawasan di Selatan India mengalami masalah kemarau yang berpanjangan. Keadaan ini telah menjejaskan pengeluaran makanan. Kadar kematian meningkat akibat masalah kebuluran dan merebaknya wabak penyakit. Di samping itu, ramai petani di India menghadapi masalah kehilangan tanah pertanian kerana terpaksa menggadaikan tanah untuk membayar cukai kepada Kerajaan Inggeris yang tinggi dan menjelaskan hutang kepada peminjam wang.
3. AMALAN SISTEM KASTA
Amalan sistem kasta yang membezakan darjat seseorang individu turut menjejaskan mobiliti sosial dan ekonomi. Orang India dari kasta bawahan dipandang hina dan tersisih dari masyarakat. Oleh itu, mereka telah memulakan penghijrahan ke Tanah Melayu bagi memperbaiki maruah diri. Pada tahun 1931, satu per tiga daripada jumlah buruh India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiri dari kasta rendah.
4. PERKEMBANGAN TANAMAN DAGANGAN IAITU PERUSAHAAN GETAH
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di Eropah, getah diperlukan dengan banyak dalam perusahaan automobil bagi menghasilkan tayar kereta dan getah juga dijadikan bahan penebat elektrik dalam perusahaan elektronik. Pada awal abad ke-20, keperluan tenaga buruh dalam sektor perladangan getah adalah tinggi kerana orang Melayu tidak berminat bekerja di estet-estet getah. Sebaliknya, mereka menumpukan perhatian terhadap tanaman padi.
Penghijrahan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku antara tahun 1911 hingga tahun 1921. Pada masa itu, harga getah melambung tinggi. Oleh itu, kawasan tanaman getah telah ditambah dengan banyaknya. Pada tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20,250 hektar. Jumlahnya meningkat melebihi lima kali ganda pada tahun 1938 iaitu seluas 1.3 hektar. Justeru itu, tenaga buruh India diperlukan dengan banyak selaras dengan pertambahan keluasan ladang atau estet getah. Pada tahun 1911, imigran India di Tanah Melayu berjumlah 270 ribu orang. Jumlahnya meningkat kepada 470 ribu orang pada tahun 1921.
5. DASAR KERAJAAN INGGERIS
Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu menggalakkan kedatangan imigran India ke Tanah Melayu. Buruh-buruh dari India bersedia untuk bekerja di ladang-ladang getah dengan bayaran gaji yang rendah. Di samping itu, mereka juga diperlukan untuk menjadi buruh bagi membina jalan raya dan jalan kereta api sebagai langkah memantapkan penguasaan ekonomi pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.
Sementara itu, orang Punjabi (Sikh) telah dibawa masuk oleh Inggeris untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Golongan yang berpendidikan tinggi digalakkan datang untuk berkhidmat dengan kerja-kerja pengkeranian dan teknikal. Bagi menggalakkan kedatangan orang-orang India, Kerajaan Inggeris telah menyediakan bantuan bagi membiayai kos perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Antara tahun 1887 hingga tahun 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi menanggung kos perjalanan buruh India menggunakan kapal stim.
Kamarolzaman Bin Haron menambah 2 foto baharu
Runtuhnya kerajaan melayu melaka akibat khianat si Kitol, Kiamat nya dunia apabila munculnya Si Dajjal. Hari ini Si Kitol dan Si Dajjal telah muncul serentak dan akibah pertama nya maka runtuh lah sebuah negara bangsa leluhur dan satu2nya kuasa MELAYU yg terakhir.
Nota : Gambar sekadar hiasan
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) telah menambah 234 foto baharu pada album: HARI PAHLAWAN KENANG JASA PERWIRA NEGARA.
HARI PAHLAWAN KENANG JASA PERWIRA NEGARA
Putrajaya, 31 Julai 2018 – Tanggal 31 Julai merupakan tarikh keramat dimana negara menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati jasa, perjuangan dan pengorbanan perwira seluruh tanah air yang telah berjuang demi kemakmuran serta kedaulatan negara.
Istiadat yang diadakan setiap tahun itu telah dianjurkan secara bergilir di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak dari tahun 1968 lagi dan pada tahun ini, ATM dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur majlis yang penuh bersejarah itu.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan untuk mencemar duli menyempurnakan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan bagi tahun 2018 di Dataran Pahlawan Negara, di sini, pagi tadi.
Istiadat dimulakan dengan tiupan 'paluan akhir' atau lebih dikenali sebagai ‘Last Post’ dengan Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik menghormati para prajurit negara yang telah terkorban.
Bacaan sajak bertajuk 'Pahlawanku' yang disampaikan oleh ASP Rahimi Hamzah daripada PDRM bergandingan dengan Mejar Norhayati Muhd Yusoff dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diiringi alunan violin oleh Lans Koperal Alif Azfar dari Cawangan Pancaragam PDRM telah berjaya memukau penonton yang hadir.
Para jemputan yang hadir turut dipersembahkan dengan pentomen khas oleh ATM yang mengisahkan semula keberanian Kapten Mohana Chandran Velayuthan yang terkorban menentang pengganas komunis semasa OPS IBLIS pada 13 Jun 1971 di kawasan hutan simpan Ulu Kinta, Perak.
Sejurus selesai persembahan, majlis diteruskan dengan tiupan 'Paluan Fajar' yang mana memperlihatkan Jalur Gemilang dinaikkan semula sebagai simbolik menaikkan semula semangat prajurit negara untuk bangkit mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Dataran Pahlawan Negara turut bergema dengan laungan semangat ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh warga PDRM dan ATM yang mengambil bahagian dalam perbarisan termasuk para veteran yang telah bersara.
Istiadat berakhir dengan acara ‘Hormat Diraja’ sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Terdahulu, turut diadakan semalam adalah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan yang berlangsung di Masjid Khalid Al-Walid Ministry of Defence (MINDEF), Kuala Lumpur.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Menteri Kabinet, tetamu jemputan, pegawai-pegawai kanan PDRM dan ATM serta rakan media.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
DOKU DRAMA: LEGASI 69 KOMANDO
Mengisahkan tentang semangat kepahlawanan lima anak muda kampung yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta amat berbeza yang bernama Hamzah Hashim, Apot a/k Saad, Zabri Abd Hamid, Hasyim Jaabar dan Ahmad WT.
Mereka berlima kemudiannya telah menyahut cabaran untuk menyertai unit baharu dalam pertahanan negara pada tahun 1969 yang dikenali dengan nama VAT 69.
Untuk menyertai unit elit tersebut, mereka dikehendaki melalui satu sesi pemilihan yang amat getir. Dalam setiap episod siarannya, rancangan ini akan memaparkan kesungguhan anak-anak muda ini meninggalkan keluarga di kampung demi hasrat untuk berbakti untuk negara.
Saksikan lakonan Mohd Syafie Naswip, Hariri Abdul Jalil, Along Eyzendy, Adam Shah, Hafizuddin Md Jasmani, Hafidz Razif, Ahmad Fahim, Abdul Rahman Ayob.
Jom saksikan episod-episod doku drama #Legasi69Komando di pautan https://myklik.rtm.gov.my/programs/Legasi_69_Komando
“PENGKHIANAT BANGSA INI HARUS DIHUKUM : LUCUT STATUS KERAKYATAN”
#HukumFadiah : wanita ini patut dihukum kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh dia sangat jelas dan terang-terangan, menggunakan slogan atau perjudikan kebebesan bersuara sebagai alat untuk dia mendapatkan pelepasan dengan mengkritik raja-raja secara kritis yang menyebabkan rakyat membenci pada raja-raja melayu.
#Komunis : Dia dengan jelas memperlekehkan perjuangan askar-askar melayu yang dahulunya korban perjuangkan tanah air, diseksa, dibunuh, dirogol oleh komunis pejuang terdahulu.
Tetapi wanita ini menidakkan setiap apa yang diperjuangkan panglima melayu kita dulu, dia mengangkat perjuangan PKM, dengan mengatakan mempunyai kesalahan sejarah didalam buku teks anak-anak di sekolah.
Berusaha mengangkat perjuangan komunis dengan menanam ideologi komunis melalui mata pelajaran anak-anak di sekolah.
Jadi saya mohon dan mengajak sahabat-sahabat untuk menentang ideologi songsang yang dibawa oleh wanita perosak ini.
Saya mengajak untuk kita mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan Fadiah Nadwa Fikri (Pejuang Komunis) ini.
#HukumFadiah
Credit to Tun Fatimah

Usah cabar kuasa Ilahi
Rabu, 1 Ogos 2018
Fadly Samsudin
Sebagaimana kita ketahui, kaum Nabi Luth ditimpa azab serta penghinaan daripada Allah SWT akibat keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.
Dalam kisah Nabi Luth, selepas matahari terbit tibalah seksaan Allah SWT dengan menurunkan hujan batu daripada tanah liat yang panas serta gegaran yang kuat sehingga kota itu musnah terbalik.
Kisah itu perlu dijadikan iktibar bukan hanya buat golongan homoseksual semata-mata, malah apa saja bentuk dorongan seksual songsang lain termasuk pengamal gaya hidup lesbian, biseksual dan transgender perlu berasa gerun dengan ancaman azab yang cukup dahsyat itu.
Berdasarkan perkembangan masyarakat hari ini, kita berasa sangat bimbang kerana ada yang semakin berani mencabar untuk terus mengamalkan budaya yang bertentangan dengan nilai moral sebagai manusia itu.
Kisah mengenai kemusnahan kaum Nabi Luth itu dinyatakan dengan jelas dalam Surah al-Hijr.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggemparkan bumi ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu daripada tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Luth yang dibinasakan itu terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Hijr, ayat 73-77)
Bandar yang didiami kaum Nabi Luth digelar Sadom. Sehingga ke hari ini, kesan bala itu masih dapat dilihat sekiranya berpeluang pergi ke Jordan.
Seorang ahli arkeologi dari Jerman, Werner Keller yang membuat kajian di Laut Mati menyatakan, kawasan itu bukan tasik biasa tetapi ia terbentuk hasil malapetaka besar yang menimpa.
Di dalam al-Quran menyatakan, Allah SWT perintahkan Malaikat Jibril ‘jerkah’ mereka pada waktu subuh. Jerkahan Jibril ketika itu menjadi satu azab buat kaum Luth.
Tidak takutkah kita sekiranya bala seumpama itu atau lebih dahsyat lagi menimpa seandainya perilaku jijik itu terus berlaku dalam masyarakat kita?
Kita bimbang bala itu hadir tanpa sempat kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Golongan songsang itu sebenarnya semakin menjadi-jadi kerana komuniti mereka semakin ramai, malah ada segelintir pihak mempertahankannya.
Selain itu, slogan yang sering dilaungkan menyatakan kecenderungan mereka itu adalah hak asasi yang perlu dihormati dan diiktiraf.
Begitulah keadaannya apabila nafsu sudah menguasai diri, hilanglah perasaan malu walaupun perbuatan yang dilakukan itu jijik dan terkutuk!
Semua itu adalah budaya kebebasan yang kini ada yang diamalkan di negara Barat. Sebenarnya, tiada satu agama pun membenarkan aktiviti atau hak untuk menikmati hubungan sejenis.
Seks sebenarnya adalah cabang kehidupan yang diiktiraf Islam dan ia dikira ibadat bagi memenuhi tuntutan antara pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.
Perkahwinan antara lelaki dan perempuan antara nikmat tertinggi Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya mereka dapat mengecapi kebahagiaan bersama pasangannya.
Selain azab menimpa kaum Nabi Luth, satu kejadian turut menimpa sebuah kota purba terkemuka dalam Empayar Rom di Itali dikenali Kota Pompeii.
Satu kejadian dahsyat melanda apabila keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam abu gunung berapi.
Pada 1594, ketika kerja menggali di kaki gunung berapi Vesuvius itu dijalankan, mereka menemui artifak serta puluhan tubuh manusia yang keras menjadi batu.
Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat pelacuran dan aktiviti seks bebas.
Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.
Penulis wartawan Harian Metro


Usah dibunuh Utusan Malaysia
3 Ogs 2018
ULASAN | Selaku media perdana, Utusan berhak memainkan peranannya dalam melaporkan penyelewengan.
MALAYSIAKINI.COM
ULASAN | Kenyataan Perdana Menteri terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran laporannya yang menghentam kerajaan adalah amat dikesali.

Ia ibarat menyimbah garam di luka apabila kenyataan Dr Mahathir itu dikeluarkan ekoran arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberhentikan serta merta langganan akhbar Utusan Malaysia di bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah kementerian itu.

Kenyataan dan arahan itu amat tidak wajar kerana ia secara langsung memberi kesan negatif kepada keluhuran perlembagaan negara yang menjunjung kebebasan akhbar serta kebebasan bersuara dan menyatakan perkara-perkara kebenaran.

Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan negara jelas memberikan pencerahan tentang kebebasan itu dan itu turut dihuraikan dengan teliti menerusi Fasal (2), (3) dan (4) perkara yang sama.

Apatah lagi semua itu berlaku dalam suasana kepimpinan negara yang baru memegang tampuk pemerintahan negara serta berlandaskan sokongan serta keyakinan rakyat untuk institusi dan kebebasan pihak media terus direkayasa dan berkembang pesat.

Malangnya harapan itu meleset dalam tempoh kurang 100 hari pemerintahan kerajaan hari ini.

Kenyataan perdana menteri dan tindakan oleh KPM tidak wajar berlaku kerana ia mengancam kebebasan pengamal media daripada terus berkhidmat dengan kebebasan seperti mana yang dilaungkan semenjak sebelum merdeka.

Malah kebebasan akhbar itu jelas terpancar menerusi segala ruang lingkup perundangan yang membenarkannya beroperasi tanpa rasa takut atau memihak without fear or favour.

Selaku media perdana, Utusan Malaysia berhak memainkan peranannya dalam melaporkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang melibatkan dalam apa jua organisasi mahupun individu.

Malah, ia turut berperanan menggalakkan tata kelola kerajaan dan agensinya untuk sentiasa melaksanakan polisi-polisi yang terbaik demi manfaat para pemegang taruhnya.

Kedua, kenyataan dan tindakan itu juga langsung tidak menggambarkan besarnya jiwa dan roh yang dimilikinya kedua-duanya.

Ironinya kerana perdana menteri dan kementerian seperti KPM sepatutnya tegar dalam meniup semangat dan mendidik jiwa-jiwa insan dalam membangunkan sebuah negara bangsa.

Mana mungkin terbinanya tamadun yang hebat jika soal kebebasan akhbar pun tidak mampu ditangani dengan sebaiknya.

Ketiga, jika soal perbezaan ideologi politik yang menjadi sandaran bagi keputusan yang dibuat, perdana menteri dan agensi kerajaan seharusnya bersikap adil dengan bertindak sedemikian rupa ke atas media lain.

Ia perlu mengekang seluruh rakyat daripada menelusuri segala maklumat yang disajikan pihak media dari segenap saluran.

Sekiranya tindakan sedemikian diambil, maka sudah tentu negara akan mundur beberapa abad ke belakang.

Keempat, dalam era ledakan maklumat kita seharusnya membuka seluas-luas peluang untuk rakyat menerobos ruang di depan mata dalam mengejar ilmu dari perspektif berbeza.

Ini termasuk membenarkan mereka untuk membaca dan menimba naratif berbeza dari sebuah penerbitan akhbar.

Akhbar Utusan Malaysia merupakan penerbitan media perdana yang telah banyak berjasa dalam pembangunan negara.

Ia turut memainkan peranan penting dalam setiap lipatan sejarah tanahair dengan memberikan laporan tepat dan tuntas. Seluruh warga akhbar itu amat arif dan akur tentang keluhuran Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan negara.

Jika "credentials" semapan itupun boleh dikesampingkan KPM, apatah lagi yang sewaktu dengannya.

Kelima, dalam suasana ekonomi yang tidak menentu serta perubahan landskap politik negara, KPM perlu lebih manusiawi dalam menjalankan peranannya.

Tentunya tindakan pemberhentian sedemikian rupa bakal menjejaskan sekian ramai pengamal media dan keluarga mereka.

Jika dendam kesumat yang menjadi garis pandu bagi Perdana Menteri dan KPM dalam mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, percayalah kelak karma akan menimpa si pembuat di kemudian hari.

Justeru, saya menggesa agar kenyataan dan keputusan tersebut ditarik semula.

Perdana menteri dan KPM seharusnya berjiwa besar dan menjadi pelopor kepada meningkatkan kebebasan media menerusi kerencaman sumber ilmu.

Usah dibunuh Utusan Malaysia!
NOR AZMAN HASBULLAH Ialah ketua penerangan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).
Perjuangan Sejati - Siaran
https://www.facebook.com/Perjuangan.Sejati/posts/1931365700257944

The Malays Ethnicity have the second oldest mtDNA in the world.
Zaharah pointed out that based on scientific evidence, the Malay set of mtDNA is 63,000 years old. — Picture by Azneal Ishak
KUALA LUMPUR, Aug 2 — The Malays have the second oldest set of mitochondrial DNA (mtDNA) in the world, second only to the Africans and making the ethnicity the second oldest in the world, writer and historian Zaharah Sulaiman told a forum today
Speaking at “The Origins of the Malay” forum organised by the Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), Zaharah said roughly 60,000 to 75,000 years ago, there was a migration by some of the shortest people from humanity’s cradle in Africa to Sundaland, which is now known as Southeast Asia.
“The study conducted by the Human Genome Organisation (Hugo) that was published in 2013 showed that the ancestors of the Malay people, the Semang and Senoi, migrated to the ancient kingdom of Champa that is now located in parts of Vietnam and Cambodia.
“Their ancestors were the first African tribes that migrated to the lands around Saudi Arabia and the Middle East.
“From Semang and Senoi came the rest of the ethnic tribes including the indigenous peoples such as the orang Asli, Iban, Dayaks and so on. In fact, the Malays’ closest ancestor is the Jakun tribe. So for politicians, regardless of which party to say that the Malays are migrants, that is not true,” said Zaharah.
The academic then pointed out that based on scientific evidence, the Malay set of mtDNA is 63,000 years old when compared to the Chinese mtDNA that is 43,000 years old. The youngest set of mtDNA in the world belongs to the South American civilisation at 10,000 years old.
She was positing a theory first put up by Professor Stephen Oppenheimer of the School of Anthropology and Museum Archeology of the University of Oxford.
Oppenheimer’s work on genetics, particularly on the mtDNA — which is the science of tracing genetic material through the maternal lineage — was first proposed in his 1998 book titled Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia.
It was also the first time the “Out of Sundaland” theory, in which ethnic Malay tribes were a part of one of the world’s ancient civilisations, was proposed.
Zaharah elaborated further saying that some of the Malay tribes residing in Champa and the Phillippine islands later moved northward to settle China and later establishing the Chinese civilisation.
However, she said this did not make the Chinese people an offshoot of the Malay tribes.
“It takes tens and thousands of years for an ethinicity, for a civilisation or a race to evolve. The roots of the Greeks also came from the settlers in Champa but it does not make them Malays,” she explained.
Zaharah added that the original Malay script — the Rejang Script— is an offshoot of Sanskrit and that Sanskrit first came to Sundaland before it reached the Indian subcontinent.
She explained that Sanskrit was actually an Indo-Aryan script and language originating from Persia (modern day Iran) and the Arabian peninsula.
“Since the Indians had studied Sanskrit extensively, people thought the language originated from there and the Malays borrowed many words from Sanskrit. I believe it is the other way around. Sanskrit came to Sundaland first before it reached India.
“Look at Kemboja (modern day Cambodia), the word Kemboja is Persian because they settled from a land known as Kembojas in modern day Iran. They settled there and intermingled with the Malay tribes there first before heading to India,” said Zaharah.
The historian also said she plans on approaching the government hoping to revise Malaysian history so it will be more accurate in light of the recent findings.
BUKTI KEKEJAMAN KOMUNIS DAHULU....!!
BAGAIMANA PULAK SEKARANG INI.... ??
U/P - FOTO HANYA HIASAN
SIARAN ULANGAN
Sejarah Tanah Melayu sedang bersama Raa'syid Ridhoi dan 8 yang lain.
*** Dipetik dari Daeng Andika ***
Aku perasan tk ada pemetaan khusus utk dialek2 bahasa Melayu di semenanjung, ide pemetaan ini dtg dari Nama Tidak Sah dulu yg pernah bg idea kalau buat peta dialek2 di semenanjung menarik juga, jd aku pun rajin buat ha3. Pemetaan ini dialek Melayu je ye, dialek bermaksud: masih dlm keluarga bahasa sama cuma dipertuturkan berbeza sikit di setengah kawasan, kalau bahasa jawa ke, bugis ke, tu dh bkn dialek melayu dh, tp bahasa yg berbeza.
Ok tanpa membuang masa:
12 DIALEK BAHASA MELAYU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU (TANAH BESAR).
Semenanjung Tanah Melayu atau Tanah Besar mempunyai 12 dialek Bahasa Melayu secara rasmi digunakan. Artikel ini merujuk kpd dialek Bahasa Melayu Semenanjung sahaja, bukan bahasa2 peribumi Bumiputera di Semenanjung seperti Bahasa Tumbro / Namron (Siam), Bahasa Jawa (Jowo), Bahasa Bugis (Ugik), Bahasa Kampar, Bahasa Mendahiling, Bahasa Banjar, Bahasa Kerinchi, Bahasa Bawean (Phebian / Boyan), Bahasa Rawa (Rao), Bahasa Minangkabau, Bahasa Madura (Madureh), Bahasa Aceh, Bahasa Mahmeri, Bahasa Seletar, Bahasa Urak Lawoi, Bahasa Urak Kanaq, Bahasa Jah-Hut, Bahasa Sakai, Bahasa Jakun, Bahasa Orang Laut & Bahasa Che Wong yg dipertuturkan di setengah kawasan2 Semenanjung. Bahasa2 yg tersenarai itu bukan lah Bahasa Melayu, namun serumpun dgn Bahasa Melayu.
Pemetaan ini khususnya utk memperkenalkan & mengumpul maklumat Bahasa2 Dialek Melayu di Semenanjung. Bahasa2 Dialek Melayu di Sumatera tidak dimasukkan sekali dlm peta sbb di sana terdapat lebih byk variasi Bahasa Melayu dan jika dimasukkan nnt dh jadi cerita lain dh, terlalu byk. Hanya Riau sahaja yg dimasukkan dlm pemetaan sbb ia sama dgn dialek Melayu yg dipertuturkan di Johor & Selangor. Ada beberapa dialek Melayu Semenanjung yg kurang diberi pendedahan umum & aku yakin, ramai yg tk tahu kewujudan dialek2 tersebut iaitu dialek Melayu Reman, dialek Melayu Hulu Terengganu dan 3 dialek Melayu Pahang yg sering disalah ertikan sama dgn dialek Terengganu atau Kelantan. Diharap dgn pemetaan ini, dpt bersama2 kita lestarikan dialek2 ini semua agar ia tidak pupus ditelan masa.
Kalau diperhatikan kewujudan perkataan Dialect Continuum di dlm artikel ini. Dialect Continuum bermaksud dialek yg berterusan di antara kawasan A dan kawasan B, akibat percampuran kawasan A dan kawasan B, mereka telah menciptakan sejenis dialek baru yg merupakan campuran dari dialek A dan dialek B. Itu yg dinamakan Dialect Continuum.
1. Dialek Melayu Kedah (atau juga dipanggil dialek Utagha)
- Secara dasarnya dipertuturkan oleh keturunan Melayu Kedah dari Tanah Sari (hari ini sebahagian dari Myanmar. Bahasa Burma: Thanitharyi. Bahasa Inggeris: Tenasserim. Bahasa Thai: Tanao Sri) sehingga ke daerah Manjung, Perak.
- Dikembangkan oleh Kerajaan Kedah dan merupakan bekas wilayah Kedah yakni Tanah Sari & pantai barat Thailand seperti Satun (Melayu: Setul), Trang (Melayu: Terang), Krabi (Melayu: Ghairabi), Phuket (Melayu: Bukit), Ranong (Melayu: Renong), wilayah2 ini jatuh ke kekuasaan Thai & Burma menjelang kurun ke-18 namun tinggalan Bahasa Melayu Kedah masih wujud namun telah bercampur gaul dgn Bahasa Thai, sebilangan besar keturunan Melayu Kedah di pantai barat Thailand juga telah kehilangan lidah Bahasa Melayu namun masih ada yg menuturkan dlm bilangan kecil. Dialek ini masih kuat dipertuturkan di Tanah Sari disebabkan kerajaan Myanmar yg lemah dlm pentadbiran, ada antara Melayu Kedah di Tanah Sari juga tidak tahu menggunakan Bahasa Myanmar dan hanya tahu berbahasa Melayu Kedah, berbeza situasi dgn di Thailand di mana telah dijalankan proses asimilasi Thai yg membuatkan orang Melayu Kedah di sana byk kehilangan lidah Kedah dan lebih menggunakan Bahasa Thai.
- Dialek Kedah yg dipertuturkan di Perak merupakan dialect continuum & bukan 100% dialek Kedah, merupakan dialek Kedah yg dicampurkan dgn dialek Perak. Beberapa kosakata Kedah telah digunakan secara meluas tetapi disebut dgn cara sebutan Perak (menggunakan E Pepet). Cth: “Depe pi mana tadi hang nampak dak depe tadi?” Perkara ini terjadi kerana pantai Perak byk dihuni oleh orang Kedah, ada antaranya telah menyerap dgn dialek Perak, tp ada juga yg masih tegar menggunakan dialek Kedah asli terutama golongan veteran. *Perak bahagian ini tidak pernah di bawah kekuasaan Kesultanan Kedah.
- Dialek Melayu Kedah juga terkenal dgn sebutan bakunya dan menambah akhiran sebutan menjadi Q.
2. Dialek Melayu Reman (atau juga dipanggil Dialek Melayu Baling, Sik, Gerik atau Dialek Hulu Kedah, Dialek Hulu Perak)
- Dialek ini pada asalnya merupakan Bahasa rasmi kerajaan Reman, sebuah Kerajaan Melayu di daerah Yala, Thailand hari ini yg telah dimusnahkan oleh Dinasti Chakri pada kurun ke-19. Kerajaan Reman suatu ketika dulu adalah kerajaan anak kepada Kerajaan Patani. Wilayah Kerajaan Reman asalnya meliputi Yala, Sik, Baling, Padang Terap, Selama & Gerik.
- Sebagai kerajaan anak kepada Patani, dialek yg dipertuturkan tidak banyak bezanya dengan dialek Melayu Patani, namun disebabkan lokasinya yg terletak di antara negeri Kedah & Patani membuatkan dialek ini mempunyai elemen kedua dua dialek negeri tersebut.
- Senang dikatakan, dialek Melayu Reman ini juga sebenarnya merupakan dialek continuum kepada dialek Melayu Kedah & dialek Melayu Patani. Banyak kosakata dialek Melayu Reman merupakan kosakata Patani tapi disebut dengan cara Kedah iaitu sebutan baku, contohnya “Demo” (Awak) di Patani disebut sebagai “Dema” (Awak) di dialek Melayu Reman.
- Dialek Melayu Reman kurang popular di Malaysia dan wajar diberi pendedahan agar dialek ini tidak terhapus digantikan dgn penggunaan dialek Melayu Kedah atau Patani / Kelantan yg lebih dominan dan popular.
3. Dialek Melayu Patani (atau juga dipanggil Dialek Melayu Kelantan / Kelate atau Bahasa Yawi di Thailand)
- Dialek ini dipertuturkan di daerah Patani, Narathiwat di Thailand hari ini, negeri Kelantan & daerah Besut di Terengganu.
- Dialek ini merupakan Bahasa rasmi orang Melayu Patani di Thailand dan diberi gelaran sebagai Basa Yawi (Jawi). Di Malaysia ia dikenali sebagai Dialek Melayu Kelantan. Suatu masa dahulu, Kelantan & Patani adalah sebuah negeri yg satu. Kelantan seperti juga Reman, merupakan negeri anak kepada Patani.
- Dialek Melayu Patani dikenali dgn penggunaan E talingnya. Setiap perkataan Melayu yg berserta akhiran LAN atau KAN akan diubah menjadi E taling di dialek Patani, manakala perkataan Melayu yg akhiran A akan diubah menjadi O, perkataan Melayu yg berakhiran huruf mati T akan ditebalkan menjadi K.
- Dialek Melayu Patani masih kuat dipertuturkan kerana sikap orang Patani & Kelantan yg masih kuat berpegang pada dialek asli mereka, 1 sikap yg baik demi menjaga dialek mereka daripada pupus.
4. Dialek Melayu Perak (atau juga dipanggil Dialek Peghak atau Melayu Perak Selatan)
- Dialek ini dipertuturkan di kawasan Perak Selatan & merupakan 1 1 nya dialek Perak asli jadi wajar diberi gelaran Dialek Melayu Perak sahaja.
- Dialek ini menjadi dialek lingua franca atau pemersatu bagi etnik2 peribumi di Perak Selatan yg terdiri dari pelbagai etnik Bahasa berbeza antaranya Jawa, Melayu, Banjar, Bugis, Mendailing, Rawa, Kampar & Kerinchi. Etnik2 ini banyak berpindah ke Perak Selatan selepas era perang Klang (Perang Saudara Selangor 1860an).
- Dialek ini menggunakan byk E Pepet dlm sebutan, setiap yg berakhiran A akan disebut E pepet. Dialek ini juga terkenal dgn sebutan R yg ditebalkan menjadi Ghrau maka kebanyakkan penutur asli Melayu Perak akan biasanya mengalami kesukaran utk menyebut huruf dgn huruf R dgn betul. Cthnya Rokok akan menjadi Ghokok. Rambut akan menjadi Ghambut. Namun pelat ini tidak se-ketara orang Melayu Sarawak, Pontianak kerana orang Melayu Perak mudah mengikut lenggok Bahasa / dialek tempatan apabila beliau merantau.
- Disebabkan sikap mudah mengikut lenggok orang itu, dialek Melayu Perak juga mengalami kemunduran, byk kawasan2 yg asalnya bertutur dialek Melayu Perak cthnya di Perak Hilir di antara sempadan Manjung & Telok Intan telah berubah menggunakan dialek Melayu Kedah.
5. Dialek Melayu Hulu Pahang (atau juga dipanggil Dialek Raub, Lipis)
- Dialek ini dipertuturkan di daerah Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Bentong & Cameron Highlands
- Dialek ini sebenarnya merupakan dialect continuum dialek Melayu Perak & dialek Melayu Reman / Patani. Ia juga sering disalah ertikan dgn dialek Melayu Perak akibat bunyinya yg hampir sama.
- Seperti juga Dialek Perak, dialek Melayu Hulu Pahang juga menggunakan E Pepet utk akhiran A.
- Dialek ini mengalami kemunduran akibat sikap penutur aslinya yg mudah mengikut lenggok dialek lain. Di daerah Bentong contohnya amat susah nak jumpa penutur dialek ini malah banyak yg menutur dialek Johor-Riau Selangor mungkin disebabkan lokasinya yg hampir dgn daerah Gombak, Selangor.
- Daerah Merapoh iaitu daerah sempadan antara Kuala Lipis (Hulu Pahang) dgn Gua Musang (Kelantan) juga lebih byk menggunakan dialek Patani (Kelantan) berbanding dialek Hulu Pahang.
6. Dialek Melayu Hilir Pahang (atau juga dipanggil Dialek Temerloh, Maran)
- Dialek ini dipertuturkan di daerah Temerloh, Maran & Bera.
- Dialek ini sama juga seperti dialek Hulu Pahang Cuma mempunyai beberapa kosakata berbeza.
- Seperti juga dialek Hulu Pahang, dialek ini juga mengalami kemunduran.
7. Dialek Melayu Kuala Pahang (atau juga dipanggil Dialek asli Kuantan, Pekan, Rompin)
- Dialek ini dipertuturkan di daerah Kuantan (kawasan pedalaman), Maran & Bera.
- Seperti juga dialek Hilir Pahang & Hulu Pahang, tidak banyak beza Cuma mempunyai beberapa beza kosakata dan disebut berlainan sedikit.
- Seperti juga dialek Hilir & Hulu Pahang, dialek ini juga mengalami kemunduran, antara sebabnya adalah penyerapan dialek Kuala Terengganu yg banyak malah kebanyakkan penutur Kuala Pahang telah kini menggunakan dialek Kuala Terengganu (terutama generasi muda).
8. Dialek Melayu Hulu Terengganu (atau juga dikenali Dialek Kuala Berang)
- Dialek ini dipertuturkan di daerah Hulu Terengganu & sedikit di Setiu.
- Dialek ini dipercayai dialek Bahasa Melayu tertua di Semenanjung. Dialek ini juga menurut beberapa sarjana berkemungkinan besar merupakan Bahasa Proto-Malayan, banyak sebutan di dalam dialek Hulu Terengganu kedengaran purba seperti contoh “Larai” (Lari), “Akaw” (Aku), “Jagaung” (Jagung), “Balaik” (Balik). Sebutan begini sangat tipikal dalam bahasa2 purba Austronesia yg masih dituturkan di beberapa kawasan seperti di Borneo Utara, Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan & Gugusan Kepulauan Barat Thailand (Bahasa Moken).
- Dialek ini juga mengalami kemunduran akibat kurang popular, kebanyakkan kawasan asli dialek Hulu Terengganu juga telah digantikan penggunaan dialek Kuala Terengganu yg lebih dikenali umum & dominan.
9. Dialek Melayu Kuala Terengganu (atau juga dikenali Dialek Teganu / Marang)
- Dialek ini dipertuturkan di sepanjang pantai Terengganu sebab itu digelar sebagai dialek Kuala Terengganu, kecuali daerah Besut & jajahan takluknya (Pulau Perhentian) hinggalah ke pantai Pahang & Mersing di Johor. Pantai Pahang & Mersing Johor menggunakan dialek Kuala Terengganu disebabkan jumlah bilangan kedatangan orang Terengganu ke kawasan tersebut.
- Dialek ini terkenal dengan penggunaan huruf G yg banyak. Dari segi kosakata dialek ini sebenarnya tidak banyak bezanya dengan dialek Melayu Patani / Kelantan cuma cara penyebutan sahaja diubahsuai. Segala yg berakhiran E taling di Melayu Patani diubah menjadi NG di Kuala Terengganu manakala segala yg berakhiran O di Melayu diubah menjadi E pepet di Kuala Terengganu.
- Dialek ini dipercayai dikembangkan oleh orang Bugis dari Sulawesi Selatan akibat penggunaan G yg iras digunakan secara mendadak serta pengubahsuaian akhiran T menjadi K namun bukti kukuh tidak ada setakat ini walaupun beberapa perkara boleh diambil kira antaranya cara hidup orang Kuala Terengganu yg sinonim dgn laut (iras dgn cara hidup orang Bugis), makanan tradisi orang Terengganu iaitu Nasi Dagang yg dipercayai berasal dari Burasak (makanan tradisi orang Bugis) & akhir sekali sejarah pembukaan daerah2 di Terengganu antaranya daerah Setiu yg dibuka oleh seorang pendekar berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan bernama Tok Setiu.
10. Dialek Melayu Johor-Riau Selangor (atau juga dikenali Dialek KL, Dialek Melayu Riau)
- Dialek Melayu Johor-Riau Selangor merupakan dialek yg sangat penting yang dijadikan standard / asas buat Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura. Dialek ini diangkat berkat Kepulauan Riau yg pernah menjadi pusat penting perkembangan Bahasa Melayu selepas ia dimodenkan oleh Almarhum Raja Ali Haji, seorang penulis / bapa Bahasa Melayu berketurunan Bugis.
- Dialek ini terkenal dgn sebutan E pepet di setiap perkataan yg berakhiran A.
- Sering dipanggil oleh orang Malaysia sebagai “loghat KL” sebenarnya nama betulnya adalah Dialek Johor-Riau Selangor kerana ia digunakan 3 negeri ini sejak zaman sebelum wujudnya Kuala Lumpur jadi tk wajar KL pula yg dapat nama. Johor-Riau & Selangor sebelum 1760 adalah 1 negeri yg sama, budaya 3 negeri ini sering bertukar-tukar jadi tk hairan dialek ini masih kuat dipertuturkan di 3 negeri ini.
11. Dialek Melayu Melaka
- Dialek ini dikenali dgn sebutan yg byk menggunakan huruf U di akhirannya. Segala yg berakhiran R akan diubah menjadi U, cth: Pagar menjadi Pagau, Ular menjadi Ulau.
- Dialek Melaka sbnrnya sangat kaya dgn kosakata tersendiri namun kurang dikenali.
- Juga dikenali sebagai dialek paling kasar di Malaysia, byk perkataan2 cacian atau makian di Bahasa Melayu dipercayai berasal dari dialek Melaka.
- Seperti dialek Johor-Riau Selangor, dialek ini juga mengubah sebutan akhiran A menjadi E pepet namun disebut dgn intonasi lebih panjang. Cth: Ape dieeee.
- Dituturkan juga di kawasan Muar, Johor.
12. Dialek Melayu Negeri Sembilan (Dialek Nogori / Melayu Minangkabau)
- Dialek ini tercipta hasil percampuran orang Minangkabau dengan masyarakat Melayu setempat. Negeri Sembilan adalah negeri yg didominasi oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Dialek ini merupakan creole atau pidgin Melayu / Minangkabau, yg bermakna ia asasnya masih Bahasa Melayu Cuma disebut cara Minangkabau.
- Dialek ini dipertuturkan di kawasan pedalaman Negeri Sembilan khususnya daerah2 yg masih kuat beradat Minangkabau, setengah kawasan masih menuturkan Bahasa Minangkabau dan dialek ini sebagai Bahasa pemersatu.
- Dialek ini dikenali dgn penggunaan huruf O yg byk.
- Dialek ini diambang kemunduran juga akibat byk kawasan2 bandar telah didiami orang bkn negeri Sembilan & penduduk asal mudah mengikut lenggok dialek orang luar.
Edisi Pencerahan : Peristiwa Berdarah Kampung Memali 1985...
Ramai rakyat Malaysia masih tidak tahu perkara sebenar peristiwa ini dan telah diputar-belitkan untuk menyalahkan Tun M...
Disini saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas isi kandungan Kertas Putih Parlimen yang telah dibentangkan dan di siasat pada tahun 1986 di dalam dewan parlimen dimana kisah ini bermula sejak tahun 1981 dan berlarutan hingga tahun 1985...
1) Tarikh : 17 April 1981
Lokasi : Banggol Peradong, Terengganu
Hadi Awang telah menyampaikan amanat berunsur jihad dan syahid yang berbunyi begini :
"Jadi percayalah tuan-tuan yang kita menentang umno bukan kerana namanya UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah. Mengekalkan undang-undang kafir. Mengekalkan undang-undang jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba melawan mereka. Percayalah saudara-saudara ssekalian perjuangan kita adalah jihad. Ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini. Kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah mati Islam. Mati kita adalah mati Islam. Adakah kita takut mati syahid"...
Selepas itu "amanat" ini disebarkan dalam pelbagai bentuk ceramah diluar terengganu sehingga tahun 1984...
Hasutan dalam ceramah sekitar tahun 1984 mengajak ahli PAS memulaukan orang-orang umno dan MENENTANG DENGAN PEDANG serta mengeluarkan kenyataan bahawa SYURGA TERLETAK PADA PEDANG...
2) Tarikh : tahun 1984
Lokasi : Kampung Memali, Baling, Kedah
Dipendekan rumusan ini, Seorang pemimpin di Baling bernama Ibrahim Bin Mahmood (Ibrahim Libya @ Man Libya) telah merancang untuk menawan Balai Polis Baling, merampas senjata dan menawan pemimpin UMNO, JKK Kampung serta wakil rakyat. Selepas itu menawan negeri-negeri lain dan mengistiharkan sebagai Negara Pemerintahan Islam. Pergerakan mereka berlarutan sehingga tahun 1985...
3) Tarikh : tahun 1985
Lokasi : Kampung Memali, Baling, Kedah
Pihak polis telah meminta Ibrahim Libya serah diri sejak tahun 1984, Tetapi beliau enggan dan menyerang sepasukan polis di balai polis Baling dan mencederakan pihak polis. semasa serbuan tanpan Ibrahim Libya, pengikutnya menyerang dengan senjata tajam serta senjata api menyebabkan kematian 4 orang anggota polis. Sejurus selepas itu, pihak polis terpaksa bertempur dan mengakibatkan kematian 14 orang termasuk Ibrahim Libya.
Kesimpulan :
Tun M berada di China ketika serbuan itu dan pihak polis menjalankan kewajipan mereka demi keselamatan negara. Sekiranya Tun M ada sekalipun keselamatan negara perlu juga dijaga...
Sumber : Kertas Putih Parlimen - Memali (1986)
Rujukan link - Untuk pengetahuan tuan2 semua... sy letakkan sekali link untuk download kertas putih peristiwa memali dalam bentuk pdf... tuan2 boleh download dan baca untuk rujukan tuan2 dan puan2...
SEMENANJUNG TANAH MELAYU
Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.
Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.
Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.
nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.
Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu.
Foto - Peta asal Semenanjung Tanah Melayu, Regimen Askar Mrlayu Diraja (RAMD), UMNO dan Pertubuhan dibelakang Admin.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

Foto Tanah Melayu - Malaysia.

MALAYSIAN 61st. INDEPENDENT DAY - 31st. August 2018
OGO31
31 Ogo - 14 SepDataran Merdeka,Kuala LumpurKuala Lumpur
Anda telah mendaftar masuk ke Dataran Merdeka,Kual

MD Badsha Alamgir
"Pejuang Kemerdekaan Yang Tak Didendang"
"Kisah Benar Syekh Mahmud Nasri Osmani Berhadapan Dengan Ketua Komunis Ching Peng"
Antara Tokoh Ulamak yang mungkin tak di ketahui Orang Awam namun dianggap banyak berjasa di Negeri Kedah khususnya di Zaman Keganasan Komunis adalah Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani..
Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Tokoh Ulamak yang telah banyak membantu Sultan Kedah ketika itu Almarhum Sultan Badlishah ketika Baginda diugut oleh Komunis ketika itu
Ketika itu Baginda berada bersama dengan Tuan Guru Syekh Yahya Toha,Kg Pisang,Kupang.
Komunis telah bertindak menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Residennya Tuan Adams,di bawa ke Kem Komunis di Kampung Dalam Wang,Bawah Gunung Baling,menggali lubang untuk menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam hidup-hidup untuk memaksa Baginda Tuanku menyerah diri,lalu Baginda memohon pertolongan Tuan Guru HajiYahya Toha untuk menyelamatkannya.
Tuan Guru Haji Yahya Toha (Guru Agama Sultan Kedah)segera menubuhkan pasukan Penyelamat di Ketuai sendiri oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani bersama 125 Orang yang lain.
Namun dikatakan hanya 3 Orang Anggota Pasukan Penyelamat yang berjaya tiba menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.
Mengikut Riwayat sebenar 3 Orang berjaya tiba tersebut adalah :
1.Syekh Mahmud Nasri Osmani
2.Tuan Haji Ahmad Bok Bak
3.Tuan Haji Daud Bongor
Semasa tiba di Kem itu Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams telah diikat Badannya dengan Tali dan sedang diseksa didalam lubang Kubur oleh 600 Anggota Komunis yang lengkap dengan Senjata Api,manakala Pasukan Penyelamat itu tiba dengan Tangan Kosong.
Ketika sampai mereka segera mengangkat keluar dan membuka ikatan Tali pada badan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.
Mereka memaklumkan kepada Ketua Komunis iaitu Ching Peng untuk membawa pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams pulang.
Ching Peng memberi isyarat dengan mengangguk kepala lalu mereka terus beredar pulang,namun setelah mereka berjalan hingga 30 Meter pihak Komunis telah bertindak menembak mereka semua dari belakang,Tembakan itu berterusan hampir 60 minit lamanya,namun atas izin Allah Pasukan Penyelamat yang diketuai Syekh Mahmud Nasri telah terselamat malah tiada satu Peluru pun yang dapat mengenai Tubuh Badan mereka..peristiwa ini boleh dianggap sebagai satu Maunah dan Karamah yang diberikan pada Orang yang terpilih sahaja..
Peristiwa aneh tersebut menyebabkan Pasukan Komunis yang diketuai Ching Peng menjadi agak terkejut dan terpingga-pinga kerana jumlah mereka yang seramai 600 Orang tidak dapat menembak secara Tepat pun terhadap pasukan penyelamat tersebut.
Akhirnya Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams berjaya dibawa oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani mereka kemudian diserah kepada Baginda Tuanku Sultan Badlishah yang telah menunggu mereka bersama dengan Tuan Guru Haji Yahya Toha di Kampung Charok Bemban,Kupang Kedah .
Untuk tidak melupai kisah tersebut dan ditempat itu sekarang Kerajaan telah membangunkan sebuah Sekolah iaitu SMK Syed Abu Bakar,Baling sekarang ini..
Selepas peristiwa itu pihak Komunis telah mengaku kalah..Manakala Baginda Tuanku Sultan Badlishah telah menerima Talqin Syahadah dengan menjadi anak Murid kepada Syekh Mahmud Nasri Osmani..
Nota :
Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Anak Murid kepada Ulamak terkenal di Kelantan iaitu Syekh Ahmad Yusof@Tok Kenali,beliau juga adalah Pengasas kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia
Walahualam,
Hamba Fakir
"Islam Melayu,Melayu Islam"
C&P

Ada faham...!!

Abdul MalikIshak Bin Madihi sedang bersama Alan Ridzuan Radin dan 98 yang lain.
Kekejaman pengganas komunis
01 Ogos 2018 3:00 AM
PERSEMBAHAN pentomin Op Iblis 1971 yang memaparkan kekejaman pengganas komunis terhadap Orang Asli pada Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ Shaifudin Mohd Nor
12,000 orang dibunuh ( KES 1 )
KUALA LUMPUR 31 Julai– Sesiapa sahaja yang menentang komunis, walaupun tidak bersenjata akan dibunuh hingga angka kematian termasuk anggota pasukan ke­selamatan dan orang awam mence­cah 12,000 orang.
Itu yang dikongsikan oleh bekas Timbalan Pegawai Turus Operasi Pasukan F, Cawangan Khas E3M, Bukit Aman, Kamarudin Hashim mengenai kekejaman komunis terhadap rakyat dan pasukan keselamatan.
“Kekejaman mereka memang tidak boleh diterima akal dan sesiapa sahaja yang bersimpati dengan komunis adalah orang yang tidak sedar diri.
“Komunis tidak membuat apa pun untuk kemerdekaan negara, sebaliknya mereka menentang negara dan membunuh pasukan keselamatan hanya kerana mahukan kuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Kamarudin, dia sendiri melihat ba­gai­­mana ang­­gotan­ya dibunuh hingga terburai perut, dibakar dan pelbagai lagi ke­kejaman lain.
Jelasnya, pa­­sukan kese­la­ma­tan berjuang selama 20 tahun untuk menghapuskan komunis dan menjadi negara pertama yang menamatkan perjuangan bersenjata komunis.
“Pasukan keselamatan berkorban bermacam-macam untuk menangkap dan menghapuskan komunis sehingga ke akar umbi.
“Kalau betul mereka nak ubah sejarah, tambah sejarah perjuangan polis untuk kebebasan rakyat dan bukan me­ngangkat perjuangan komunis yang penuh dengan kekejaman,” jelasnya.
Kampung dibakar ( KES 2 )
KUALA LUMPUR 31 Julai – Sudah­lah ditembak hingga mati, mayat itu kemudian dipotong kemaluannya dan disumbat ke dalam mulut.
Itulah antara kekejaman komunis terhadap anggota polis yang masih ke­kal dalam ingatan bekas Pegawai Ope­rasi Pa­sukan F, Cawangan Khas E3 (M) Bukit Aman, Abdul Kalam Suhaimi.
“Ada juga kes di Serendah, Selangor, habis satu kampung dibakar hanya kerana menentang komunis. Tanaman orang kampung ditebang dan kereta api pula dibom hingga terbabas daripada landasan, sekali gus menyekat pergerakan rakyat ketika itu.
“Kekejaman tanpa perikemanusiaan ini dilakukan oleh komunis, jadi buat apa kita hendak iktiraf perjuangan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Kalam, sewaktu zaman komunis, hendak pergi ke Raub, Pahang dari Kuala Lumpur pun mengambil masa yang cukup lama disebabkan terlalu banyak sekatan jalan.
Pada waktu itu jelasnya, jangan bermimpilah nak makan durian, apatah lagi hendak berjalan-jalan hingga ke kawasan sempadan negara.
“Sebab itu, mereka yang melalui zaman komunis pasti tidak akan menyokong mereka kerana kekejaman yang dilakukan,” jelasnya.
Tidak berperikemanusiaan ( KES 3 )
PUTRAJAYA 31 Julai – Pengganas komunis pimpinan Chin Peng disifatkan sebagai sebuah pasukan yang sa­ngat ganas se­­hingga sanggup menyeksa serta membunuh orang tanpa berperikemanusiaan.
Bekas pegawai tentera yang terlibat dalam Operasi Iblis pada tahun 1971, Lef­tenan Kolonel (B) Harbans Singh berkata, terdapat banyak perwira-perwira negara yang diperlakukan dengan kejam oleh pengganas komunis.
Sehubungan itu katanya, sebarang cadangan untuk memasukkan fakta pergerakan pengganas-pengganas tersebut ke dalam buku teks Sejarah perlu ditolak sama sekali oleh semua pihak.
“Mereka sangat ganas.... Kalau anda tengok, selepas peristiwa melibatkan Operasi Iblis ini, ada satu peristiwa di Gubir, Kedah di mana mereka membuat serang hendap dan membunuh pegawai dengan mela­kukan bermacam-macam keganasan.
“Mereka memotong (disfigured) muka­nya dan memotong buah zakar mereka. Jadi bagaimana kita hendak iktiraf perge­rakan komunis? K­a­lau mereka fikir untuk negara, takkanlah mereka buat begitu?” katanya.
Menurutnya, beliau tidak boleh me­nerima langsung sebarang cadangan untuk mengiktiraf pengganas komunis kerana terdapat banyak anggota tentera telah maut dan cacat akibat kekejaman pengganas-pengganas terbabit.
“Saya selama 27 tahun berkhidmat sebagai renjer. Saya keluar masuk hutan, saya pun tidak tengok anak saya membesar. Semua ini demi kedaulatan negara dan menentang komunis. Ada dalam satu tahun sembilan bulan saya masuk hutan, justeru, susah hendak terima komunis sebagai perwira,” katanya.


KANGAR, 31 Julai - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Perlis menegaskan, pihak komunis akan selamanya kekal sebagai pengganas dan tidak…
UMNO-ONLINE.MY



-0:04
159 Paparan
1Malay berada di Kuala Lumpur.
*PENGKHIANAT! JANGAN KAU GANGGU GUGAT SULTAN DAN RAJA TANAH MELAYU!*
Kerajaan Mahathir sekali menggemparkan Tanah air. Individu didikan ideologi “Mahathirisme” telah berani muncul melontarkan pendapat yang boleh menganggu gugat perlembagaan Malaysia.
Semalam, peguam dan aktivis Pakatan Harapan (PH), Fadiah Nadwa Fikri mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi Negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.
Pengkhianat ini berkata demikian setelah mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dikala Mahathir Mohamad mempunyai hubungan tegang dengan institusi diraja.
Untuk makluman, pengkhianat berjantina betina ini merupakan peguam hak asasi manusia dan juga merupakan pelopor gerakan Malaysia Muda.
Diingat kan kembali kepada rakyat Malaysia yang lupa diri akibat terbuai kemenangan kerajaan Malaysia Baharu yang kononnya wira rakyat, disini kami huraikan satu persatu mengikut point supaya otak-otak benak dan bebal kamu semua akan terusik lalu tersedar.
1) Malaysia terdiri daripada 9 buah negeri yang diperintah oleh Raja (Sultan) iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, dan Perak.
4 buah negeri diperintah oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
2) Raja berperanan sebagai Ketua Negeri di dibawah Perlembagaan Negeri pada masa kini. Sistem Kerajaan di negara kita dibahagikan kepada 13 buah kerajaan negeri dan sebuah kerajaan pusat kerana Malaysia merupakan sebuah Negara Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri.
Di petik dari perenggan 58 Suruhanjaya Reid: “Yang di-Pertuan Besar akan menjadi ketua negeri, tetapi dia mesti menjadi seorang pemerintah yang berperlembagaan. Beliau mesti bertindak atas nasihat menteri dalam segala perkara berkaitan dengan kuasa eksekutif. Beliau akan menjadi simbol perpaduan negara”
3) Sistem raja berperlembagaan dan keberadaan kuasa mencerminkan kelangsungan perjanjian antara raja dan rakyat. Ia juga merupakan inti sari pewarnaan sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Raja adalah sebagai pembela keadilan bagi rakyat sekiranya ahli politik atau Kerajaan Persekutuan menindas rakyat. Perjanjian antara raja dan rakyat ini menepati beberapa inti pati perlembagaan (constitutionalism).
4) Sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri menggariskan prinsip-prinsip yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah mengakibatkan perubahan besar kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Malaysia perlu meneruskan demokrasi beraja, bukan demokrasi republik yang memberi kuasa mutlak kepada Orang politik.
5) Selain daripada itu raja-raja juga menjadi harapan rakyat bagi tujuan keadilan dalam segala macam urusan pentadbiran negara. Dalam sumpah jawatannya, Yang di-Pertuan Agong, sebagai institusi yang mempunyai kuasa budi bicara dalam menjalankan mesyuarat Majlis Raja-Raja. Baginda telah mengambil tanggungjawab untuk memerintah dengan adil. Walaupun fungsi Majlis Raja-Raja dalam hal berkaitan dasar dan pentadbiran negara hanya atas dasar mendengan nasihat, Majlis Raja-Raja mempunyai hak untuk boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara.
6) Krisis perlembagaan Malaysia yang pertama dalam tahun 1983 (mengenai fungsi Yang di-Pertuan Agong memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ia menjadi akta (lihat Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan) sebenarnya tidak sepatutnya berlaku, krisis ini memperlihatkan Mahathir sebenarnya memang mempunyai misi memusnahkan hireaki Raja Melayu di Malaysia.
7) Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berperlembagaan. Kedua, Majlis Raja-Raja bukanlah Badan Eksekutif (“Executive”), Badan Perundangan (“Legislature”) atau Badan Kehakiman(“Judiciary”), tiga badan Kerajaan yang berkuasa membuat keputusan dalam bidang kuasa masing-masing tertakluk kepada pembahagian kuasa (“separation of powers”).
Dengan semua yang kami bentangkan ini, adalah diingatkan bahawa sekiranya Kesultanan dan Institusi Diraja runtuh di Malaysia, maka hak orang Melayu tiada lagi pembela. Orang Melayu bakal merempat dan tunduk sujud di tanah tumpah darahnya sendiri.
*JANGAN GANGGU GUGAT KESULTANAN DAN RAJA MELAYU WAHAI PETULANG YANG BANGSAT!!*
*DAULAT TUANKU ! *DAULAT TUANKU ! *DAULAT TUANKU!*
SM - CUBA FAHAMI SIAPA ITU KARL MARX?
APA YANG SITI KASSIM PERJUANGKAN?
CREDIT TO Sentral Media

GEGAR Rakyat
Dahulu moyang kita berjuang melawan penjajah demi mempertahankan tanah tumpah darahnya; Tanah Melayu.
Hari ini anak cicit moyang itu perjuang melawan bangsa sendiri yang setia membela bangsa lain di negaranya ini; Malaysia.
Kita bukan memusuhi kaum lain. Kita menerima dengan hati yang terbuka demi berkongsi kehidupan bersama di tanah bertuah ini.
Tetapi apabila kedaulatan kita di cabar, ketuanan kita di permainkan. Hak pribumi di pertikai.
Bangunlah Melayu, bersatulah dari pepecahan. Berjuang seperti para moyang dan pertahankan tanah air ini; Tanah Melayu (Malaysia).

Sayur Sayuran an ann menambah 13 foto baharu
Penat nenek moyang lawan komunis.. Kena sembelih kena rebus kena bakar.. Mereka jaga maruah anak isteri supaya boleh kembangkan generasi yang bermaruah.
Mereka tak mintak dibayar pun utk balas jasa perjuangan mereka.
Cuma suruh menjaga maruah bangsa dan agama saja.
Siap wariskan keturunan dan tanah lagi.
Tup tup cucu cicit bangun harini suruh mengiktiraf perjuangan komunis dalam kemerdekaan Negara. Menilai semula tujuan tindakan komunis. Walaupun fail sejarah masa SPM pun janganlah sampai nak menggubal sejarah ikut kepala korg sendiri.
Kau pijak maruah kau, kau sanjung dan dukong maruah bangsa yang membunuh keturunan kau dulu.
Korang makan apa sampai jadi macam ni?

Syahril A. Kadir menambah 3 foto baharuIkuti
SAYA TAK PERLU MINTA MAAF - CHIN PENG
Aku sempat menemubual Chin Peng secara eksklusif dalam satu pertemuan sulit di Hadyai, Thailand tidak lama sebelum dia mati. Pertemuan itu berlangsung di Hotel Lee Garden, tempat yg sama waktu PKM menandatangani perjanjian damai dengan Malaysia pada tahun 1989 dulu.
Dan ini ayat yang dia kata padaku dan akan aku ingat sampai bila-bila. Aku tanya pada dia, U tak nak minta maaf ke pada anggota-anggota keselamatan kami yang kamu bunuh?
"Saya tak perlu minta maaf. Dalam perang kalau kita tak membunuh, kita yang akan dibunuh!"
Pada golongan yang nak sangat negara menyanjung perjuangan komunis pasca 'Malaysia Baru' ni, tahukah korang, sepanjang 12 tahun era darurat iaitu dari tahun 1948 hingga 1960, seramai 4,425 orang anggota pasukan keselamatan telah terkorban dan cedera angkara kezaliman PKM.
Daripada jumlah itu, seramai 1,346 anggota polis terbunuh dan 1,601 cedera. Jumlah anggota polis yang meninggal dunia ini merupakan 72.2% daripada jumlah keseluruhan ahli pasukan keselamatan yang terkorban iaitu seramai 1,865 orang.
'Arkitek' kepada segala kejadian tersebut tak lain dan tak bukan adalah Chin Peng sendiri.
Selamat 'menulis semula' buku sejarah. Pasti Chin Peng orang paling gembira ketika ini kalau dia masih hidup!

Baha Taha menambah 6 foto baharu — bersama Neezam Perkasa dan 47 yang lain di Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru.
JEMPUTAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR !!
PROGRAM : - HIMPUNAN KEBANGKITAN UMMAH- #HKU
JAM : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH : 28 JULAI 2018 ( SABTU )
VENUE : PADANG KELAB SULTAN SULAIMAN, KG. BHARU, KUALA LUMPUR.
KENYATAAN MEDIA
KEPADA RAKYAT MALAYSIA !!
MERUJUK INFOGRAFIK YB KHALID SAMAD - MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN :
KENAPA YB KHALID SAMAD ?? RASA TERANCAM KE ?? LUPAKAH PERBUATAN YB DIDALAM BERSIH 5 PADA 19 NOVEMBER 2016 ?? MUNGKIN JUGA DIDALAM BERSIH 4 SEBELUM ITU..!! ADAKAH YB SUDAH BUTA DAN TULI AKAN PROGRAM YANG DIADAKAN IAITU #EXHIBITION OF THE MALAYAN EMERGENCY YANG SEDANG BERLANGSUNG DARI 27 - 29 JULAI 2018 DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA SELANGOR / WP ??
HANYA HIMPUNAN UMMAH UNTUK MENUNJUKKAN SOLIDARITI KEBANGKITAN UMMAH YANG MENENTANG KEBATILAN KERAJAAN PH YANG MENEKAN DAN MENIPU RAKYAT SEPANJANG 80 HARI ESOK PEMERINTAHANNYA. RAKYAT BERHIMPUN SECARA AMAN DAN MELUAHKAN RASA TIDAK PUASHATI AKIBAT KEBOBROKAN DAN KEDANGKALAN KERAJAAN PIMPINAN PERDANA MENTERI YANG MEMBIARKAN PELBAGAI PERLANGGARAN KUASA OLEH KABINET MENTERI DAN CEP YANG MENIDAKKAN KEHENDAK RAKYAT SELAMA INI SEJAK 10 MEI 2018 !!
APAKAH JANJI JANJI MANIFESTO PH HANYALAH RETORIK DAN GULA GULA KEPADA RAKYAT !! KONON DIDALAM 100 HARI AKAN MELAKSANAKAN 10 JANJI TERMASUK MENURUNKAN HARGA MINYAK, MENGHAPUSKAN GST DAN PELBAGAI JANJI LAGI YANG RAKYAT SUDAH BERASA SANGAT JELAK DAN MUAK WALAUPUN MASIH BERBAKI 20 HARI UNTUK MELAKSANAKANNYA !!
INSTITUSI MELAYU DAN ISLAM DIPERKOTAKKATIKKAN, HAK KETUANAN MELAYU DIPERLECEHKAN, HAK AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN DIPERTIKAIKAN, RAJA RAJA MELAYU DIHINA DAN PELBAGAI LAGI DAKYAH DAN FITNAH DILEMPARKAN !!
WAHAI RAKYAT MALAYSIA !!
TOLONG HORMATI DAN JANGAN SESEKALI MENGGANGGU APA YANG TELAH ELOK TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN MALAYSIA !! JANGAN HILANG IDENTITI SEBAGAI WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB !! TERUTAMA KAUM KAUM KETURUNAN PENDATANG IMIGRAN YANG DIBAWA OLEH PENJAJAH BRITISH YANG MENGAMALKAN SISTEM PECAH DAN PERINTAH !! SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SESUNGGUHNYA RAKYAT MALAYSIA TELAH TAWARKAN SUATU PERJANJIAN HAK MEREKA IAITU 'KONTRAK SOSIAL' YANG PATUT DIPATUHI DAN DIHORMATI DAN BUKAN UNTUK DILANGGAR ATAU DICABAR ??!!. DITAMBAH 4 PERKAYPRA YANG TELAH TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN APA LAGI DIPERSOALKAN ??
MENJELANG KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 PADA 31 OGOS 2018 INI, DIHARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA JANGAN LAGI MENIMBULKAN LAGI WAIMA DI DALAM PARLIMEN SEKALIPUN, APA APA YANG MENGGURIS HATI RAKYAT MELAYU ISLAM DAN APA APA JUA HAK HAK YANG DILINDUNGI OLEH UNDANG UNDANG DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. KITA TIDAK MAHU LAGI MELIHAT BARISAN KABINET DAN AHLI AHLI DEWAN RAKYAT DEWAN NEGARA JUGA DEWAN UNDANGAN NEGERI MENCUBA LAGI MENGUBAH APA YANG TELAH TERBAIK TERMAKTUB DIDALAM SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA SEJAK 61 TAHUN YANG LALU.
AWAS PETUALANG !!
AWAS PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA !!
RAKYAT AKAN TERUS BANGKIT !!
MENYUARAKAN KETIDAKADILAN SOSIAL MAHUPUN POLITIK !!
BEGITU JUGA PEMBAHAGIAN KEKAYAAN NEGARA !!
JANGAN UBAH SISTEM PELAJARAN KAMI..!!
JANGAN GANGGU AGAMA KAMI.....
KAMI TIDAK PERNAH GANGGU KAMU !!
AKIBAT TERBAKARNYA KELAMBU NANTI AKIBAT NYAMUK YANG PUNYA ANGKARA !!
SALAM PERJUANGAN...!!
ALLAHUAKBAR !!
PESANAN IKHLAS,
BAHA TAHA
AKTIVIS NGO & MEDIA SOSIAL NASIONAL
PRESIDEN
Persekutuan Melayu Bugis SeMalaysia - #BUGIS
Pertubuhan Ikatan Dergahayu Menjunjung Duli - 1DMD
Gabungan NGO NGO Wawasan Malaysia - #Wawasan2020
Gerakan NGO NGO Malaysia - #GengMalaysia
SUA
Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia - GNGMM
Gabungan NGO Usahawan Selangor - GNUS
Pertubuhan Biru Ber1 ABATA Malaysia - BER1 ABATA
Pertubuhan Solidariti Melayu Bandar Selangor - Solid - Abang Is Fanpage
Pertubuhan Inspirasi Kemanusiaan Sejagat Malaysia - Pingat
Pertubuhan Inovasi Kreatif Malaysia - Inovatif
PERTUBUHAN SINAR CAHAYA MALAYSIA (CAHAYA) PPM - 021 - 14 - 07032017
Pertubuhan UntukMu Malaysia - 4UMalaysia
#PersatuanKeluargaMA - PEKEMA
Sekretariat
PERTUBUHAN GAGASAN KREATIF MALAYSIA-GKM - #Solidarity4DSN/#BNG/MyKMU
Selamatkan Selangor - Gerakan NGO2 Selangor-#gengselangor
Malaysian Keyboard Warriors - MKW
Malaysian Red Army - CyberWarrior
DLL. ORGANISASI

APA KATA SOROS MENGENAI MAHATHIR....
Sebelum lebih jauh menuduh menfitnah DSN, apa kata saudara baca Soros tulis apa psl madey dlm Bangkok Post dulu..yg ni madey sekat di negara kita masa tu..baca ya?
Wednesday, May 23, 2012
Mahathir - Perdana Menteri Ke2 Paling Rasuah Di Dunia!
Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar ‘visi’ Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkayakan vendor yang dipilih di sepanjang pemerintahannya, semua dibayar oleh wang pembayar cukai atau rakyat.
Korupsi Mahathir berdasarkan
MAKLUMBALAS SOROS KEPADA MAHATHIR '
- Diadaptasi dari Bangkok Post (Tidak diterbitkan di Malaysia)
''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.
Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.
Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter. Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.
Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD. Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.
Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.
Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?
Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja. Begitu juga kebodohan. Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.
Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.
Dan jambatan di seberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda. Anda memanggil saya penyangak. Bagaimana penyangak boleh mendapatkan begitu banyak wang.
Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.
Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu andalah sebenarnya penyangak. Sekarang anda tahu sudah terlambat untuk menyesal.
Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil
Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat, di UK sebagai perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.
Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia.
Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang.
Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.
Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang Rasuah. Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM atau Mulut Tempayan antarabangsa. Di Jepun mereka memanggil anda si otak kecil.
Di pulau-pulau Pasifik, di panggil Santa Claus kerana memberi nasihat kiri dan kanan. Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda burung nuri kerana seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya. Di Manila Marcos yang masih hidup.
Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.
Begitu hebat senarai salah laku anda.
Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak dimonopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.
EAEC anda benar-benar mendapat sokongan malah di Asia sendiri. Dialog Selatan-Selatan Anda juga menemui nasib yang sama dan apa pula kisahnya dengan Jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sumatera yang merentasi sepanjang 20 kilometer laluan perkapalan Antarabangsa?
Bagaimana seseorang menjadi sebegitu gila? Malah Jepun sekalipun tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kebodohan ini seolah-olah lahir dari seorang individu sahaja iaitu kamu.
Koridor Raya Multimedia atau MSC yang merupakan konsep bodoh di Amerika Syarikat kerana kami rakyat Amerika telah lama mengetahui perkara itu lama sebelumnya. Walaupun boleh menjana wang, kita masih boleh meniru konsep ini bukan?
Mengapa anda mahu membelanjakan wang hasil titik peluh untuk projek sia-sia? Ia akan menjadi seperti projek Bakun, terbengkalai dan menjadi satu lagi gajah putih.
Saya selalu berkata ahli-ahli politik tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan. Setiap menteri anda juga adalah ahli perniagaan dan hampir semuanya sedang sibuk menambah harta.
Lihatlah Rafidah Aziz, yang dituduh menjual beribu-ribu Permit Import (AP) untuk setiap kereta bernilai 20-30 ribu ringgit Malaysia. Mengapa kerajaan anda tidak menjualnya supaya boleh mendapat wang? Dia telah memperolehi berjuta-juta saham yang untuk Bumiputera secara percuma sebelum dia bersetuju untuk menyenaraikan mereka.
Lihatlah Selangor, bekas Ketua Menteri yang mengumpulkan berjuta-juta untuk meluluskan bangunan tinggi daripada ahli perniagaan.
Dia mempunyai harta berbilion-bilion ringgit. Malangnya dia ditangkap dengan beberapa juta wang saku di Australia. Setiap ketua menteri menganugerahkan projek tidak berguna kepada kroninya kemudian mengumpul gaji rahsia di sebelah.
Lembaga Pembangunan Tanah dan Lembaga Pembangunan Ekonomi digunakan untuk menyelamatkan kerugian yang dialami oleh ahli-ahli politik .Keuntungan menjadi hak mereka, kerugian akan ditanggung badan-badan Kerajaan.
Bagaimana merapatkan jurang rakyat miskin apabila setiap projek disambar oleh ahli-ahli politik? Bagaimana negara anda boleh keluar daripada belenggu kemiskinan jika berbilion-bilion wang rasuah dibawa keluar dari negara ini. Lihatlah Ketua Menteri Sarawak yang menjual konsesi balak bernilai berbilion ringgit di bawah meja?
Dia menjual setiap bidang tanah kerajaan kepada setiap pengusaha tanpa tender, menggunakan syarikat-syarikat sendiri untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lumayan, menjual tandatangan kelulusan bagi bayaran ' anda bayar saya luluskan '.
Dia mempunyai 8 bilion USD tersimpan di luar negara. Beribu-ribu ekar tanah diberikan kepada satu atau dua syarikat manakala beribu-ribu orang miskin masih tinggal di rumah usang yang akan roboh, tiada air bekalan air bersih dan berak ke dalam sungai .
Beribu-ribu ekar tanah dijual kepada syarikat untuk perladangan manakala orang asli tidak mempunyai walaupun satu ekar diatas nama mereka. Dia menjual pasir berhampiran pantai untuk satu syarikat dan kemudian meminta kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk melindungi pantai untuk mengelak hakisan berlaku.
Dia kehilangan 300 juta wang kerajaan Sarawak apabila cuba mengeluarkan cip komputer. Dia telah membina pelabuhan di utara bandar di Sarawak di dalam air yang begitu cetek sehinggakan ia perlu pengorekan pada setiap tahun.
Perdana Menteri yang membina lebuh raya tanpa tender, kroni akan mendapat kesepakatan untuk menaikkan harga dua kali ganda.
Landasan lapangan terbang Langkawi anda telah dibina dua kali ganda kos oleh syarikat anda sendiri, Ekran. Negara Malaysia telah hilang sekurang-kurangnya 30 bilion pada 10 tahun terakhir pemerintahan penuh rasuah anda.
Satu bilion hilang dari pembelian pesawat perang Skyhawk hantu yang tidak seorang pun pernah lihat, adakah kapal-kapal ini masih di padang pasir Nevada, Amerika Syarikat?
3 bilion hilang dari skandal timah London, anda fikir anda boleh menawan pasaran timah di London tanpa mengetahui Amerika mempunyai stok simpanan yang banyak?
Kebodohan yang paling nyata. 6 bilion kilang keluli Perwaja , tiada siapa pun tahu ke mana wang itu pergi, skandal 3 bilion bank Bumiputra apabila George Tan menyogok semua pegawai bank untuk memberi pinjaman wang.
Kehilangan 6 bilion pertukaran wang asing oleh Bank Negara, si bodoh tidak akan tahu menjaga wangnya dan 6 bilion untuk membina tiga bangunan tertinggi di dunia, yang dibina oleh Jepun dan Korea dan perabot yang diimport dari Perancis dan bukan Malaysia,
dan 1 bilion hilang dari pembelian kapal perang British termasuk yuran yang dibayar kepada broker dan di bawah meja . Tambah 10 bilion yang anda curi dan 5 bilion yang diambil oleh para menteri.
PM kedua yang paling korup di dunia?
Pada tahun 1997 mesyuarat Dunia Wartawan mengundi Dr Mahathir Perdana sebagai Menteri Dekad Ini. Ia kedengaran aneh kepada semua sehinggalah ia diketahui bahawa orang-orang yang mengundi menentangnya diancam oleh pegawai Hasil akan pekerjaan mereka.
Di New York Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 yang mesyuarat, telah mengenalpasti Perdana Menteri yang paling korup dekad itu adalah Presiden Suharto dan kedua, Dr Mahathir, Sebenarnya Dr Mahathir patut mengambil tempat pertama tetapi rasuah di Indonesia telah memungkinkannya mendapat penghormatan ini.
Lima puluh ribu pelajar tempatan tidak diberi tempat di universiti di Malaysia tetapi cukup baik untuk mengisi tempat-tempat di luar negara menyebabkan Negara kehilangan berbilion-bilion dolar. British dan Australia berfikir kenapa begitu bodoh?
Pelajar terbaik anda dihantar ke luar negara meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama seperti dalam di kebanyakkan negara yang terbaik adalah berada di universiti tempatan dan yang ditolak dihantar ke luar negara. Seorang pelajar belajar universiti di Hong Kong yang jauh lebih berprestij berbanding rakan dari mana-mana universiti di Australia.
Anda telah telah dijajah oleh British begitu lama sehingga anda tidak boleh mendidik rakyat kamu sendiri. Di Hong Kong atau Singapura, kurang daripada 5% pelajar meneruskan pengajian di luar negara. Semua wang dijimatkan.
Negara anda dapat menjimatkan berbilion-bilion jika setiap pelajar di luar negara dipanggil semula ke universiti tempatan, dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup negara. Rakyat kamu masih berjalan tanpa kasut, tanpa tanah ladang, tanpa rumah, mandi di sungai dan berak ke dalam lubang di dalam tanah, tanpa air dan elektrik.
Bandar anda merupakan hutan konkrit tanpa tanaman dan kawasan lapang. KL dipenuhi dengan kesesakan lalu lintas. Namun anda masih terus membina bangunan tinggi. Kamu perlu turun dari langit dan berhenti berkhayal dan tegas meletakkan kaki anda di atas tanah.
Sekolah anda sempit dengan 500 orang pelajar dalam satu ekar dan beribu-ribu ekar diberi percuma kepada sesetengah ahli politik yang meninggalkan tanah mereka terbiar. Taman-taman anda sedang diambil oleh ahli-ahli politik untuk membina rumah kedai dan setiap menteri kabinet adalah seorang ahli perniagaan yang membina jalan raya hanya untuk tanah kroni-kroni mereka. Siapa si penyangak?
Moronic?
Rakyat Malaysia berdoa, "Ya Tuhan, kami bersyukur kerana dianugerahkan kayu balak, minyak dan tumbuhan, tetapi kemudian iblis dalam bentuk Mahathir yang tanpa otak dihantar kepada kami dan lihat, kami kembali seperti dahulu lagi.
Jadi, ambillah Dr Mahathir untuk kembali ke neraka dan kami akan hidup dengan aman. Di China hukuman menggelapkan 1000 dollars adalah ditembak. Dengan 8 bilion yang anda telah curi, anda akan ditembak 80 ribu kali. Sekarang anda mengetuai kempen anti-rasuah. Kita semua tahu apa yang pernah anda lakukan.
Lihatlah diri anda di cermin. kamu akan melihat betapa teruknya kamu.
Kemudian gunakan tangan kiri anda untuk menggari tangan kanan sendiri.
Anda telah meletakkan pemimpin pembangkang dan anaknya di dalam penjara apabila mereka berkata di parlimen anda adalah PM terkaya di dunia. dan rakan sekerjanya, Karpal Singh selama 2 tahun.
Jadi, adakah saya akan mendapat ganjaran atau wang sogokan sekiranya sekarang saya katakan anda adalah PM paling daif di dunia ini?
3 orang anak anda duduk di atas lembaga pengarah lebih daripada 200 syarikat. Adakah mereka di didik di sekolah Harvard perniagaan untuk memperolehi kelebihan ini? Atau adakah ia kes anda tidak kenal saya, anda tidak boleh berniaga di Malaysia?
Berbilion ringgit wang Kumpulan Simpanan Pekerja dan Petronas serta dana awam digunakan untuk menyelamatkan anak-anak kamu yang mengalami kerugian apabila melabur dalam setiap yang anda fikir boleh menjana wang.
Sungguh tidak beretika dan rasuah. Setiap ahli politik anda sedang mengetuai berpuluh-puluh syarikat yang membuat beribu-ribu duit tanpa sebarang usaha, meminjamkan nama VIP mereka untuk meminjam berjuta-juta dari bank-bank tempatan tanpa cagaran.
Sekarang ia menjadi pinjaman tidak berbayar.
Sekarang anda mahu 20 juta rakyat Malaysia mengorbankan kebodohan untuk seorang lelaki?
Mengapa si bodoh tidak meletak jawatan dan mengakui dia mensia-siakan dan membolot wang yang paling banyak. saya boleh mengajar anda bagaimana meletakkan ekonomi anda di landasan yang betul tetapi pertama anda mesti meminta maaf kepada rakyat Malaysia.
- George Soros.

Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar ‘visi’ Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkay...
LAKSAMANABUKITBINTANG.BLOGSPOT.COM

Baha Taha menambah 30 foto baharu — bersama Aasia Qaulalhaq Aasia Qaulalhaqdan 12 yang lain di Tanah Melayu - Malaysia.
MEREKA...??
SIAPAKAH MEREKA YANG CUBA MEROSAK INSTITUSI PERSEKUTUAN TANAHAIR...!!??
AWAS !! MUKA MUKA PEROSAK NEGARA. !!
RAKYAT HARUS BIJAK MENILAIKAN MEREKA MEREKA INI...!!
KENAPA KRISTIAN @EVANGELIST SUDAH MULA MENJARAH NEGARA..!!
SEMUA YANG DILANTIK ADALAH ORANG MEREKA ...!!
PEGUAM NEGARA, KETUA HAKIM NEGARA DAN SIAPA LAGI..??
KENAPA BUKAN MELAYU DAN ISLAM ??
MEREKA YANG JOLOK SARANG TEBUAN..!!
MEREKA YANG CUBA MENCABAR AGAMA ISLAM...!!
MEREKA CUBA MELETAKKAN KETUANAN SEBAGAI SESUATU YANG SECOND CLASS !!
MEREKA YANG TIDAK MENGHORMATI RAJA RAJA MELAYU ??
MEREKA TIDAK MENGHORMATI INSTITUSI ISLAM SEPERTI JAKIM DAN SEKOLAH TAHFIZ..!!
MEREKA MAHU MEMBUNUH PENGARUH PIMPINAN KITA..!!
MEREKA MENYELONGKAR, MENCEROBOH, MENJARAH HAK TANPA PRIHATIN..!!
MEREKA MENGAIBKAN, MENEROBOS KEHORMATAN TANPA BELAS KASIHAN..!!
MEREKA MAHU MENIDAKKAN YANG SEDIA BERKHIDMAT SEBELUMNYA INI..!!
MEREKA MAHU MENGANGKAT MAKSIAT DAN KEBATILAN SEBAGAI HAK ASASI..!!
MEREKA MAHU MENEGAKKAN KEBENARAN LGBT..!!
MEREKA MAHU KEBEBASAN BERAGAMA PADA UMUR 18 TAHUN DAN SEBAGAINYA ...!!
MEREKA MAHU KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA DAN SAMA RATA ..!!
MEREKA MAHU MENGUASAI EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA..!!
MEREKA YANG AKAN MENJARAH DAN MENJAJAH NEGARA INI KALAU DIBIARKAN..!!
MAKA BANGKITLAH BANGSAKU, SELAMATKANLAH AGAMA DAN TANAHAIRMU...!!
JANGAN AMBIL TIDAK PEDULI LAGI...SIKAP TIDAK APA LAGI..!!
JANGAN BIARKAN NODA, DOSA MENYELITUPI TADBIR URUS NEGARA..!!
AMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN..!!
BUKAN MEREKA YANG KITA MAHUKAN..!!
BUKAN KEHORMATAN RAKA, KETUANAN BANGSA YANG MEREKA PERTAHANKAN...!!
BUKAN KEADILAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI YANG MEREKA PERJUANGKAN..!!
BUKAN KITA YANG DIPERHATIKAN..!!
BUKAN ABATA YANG AKHIRANNYA..!!
BUKAN AKHIRAT MATLAMAT YANG MEREKA CARI..!!
SUBHANALLAH...WALALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR..!!
AMIN....
SIAPA 'MEREKA' YANG SEBENARNYA...??
CORETAN PAGI....
NUKILAN
BAHA TAHA
AKTIVIS NASIONALIS NGO & MEDIA SOSIAL

Anak Muda Menyesal Undi PH Kerana Ditipu Hidup Hidup - Hancurkan PHmenambah 6 foto baharu — di Parlimen Malaysia.
UNDI TIDAK PERCAYA PARLIMEN KE 14
MISSION UPDATES - UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) DAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI KETUA WHIP KERAJAAN MALAYSIA MERANGKAP PERDANA MENTERI MALAYSIA.
VISION UPDATES - PEMBUBARAN PARLIMEN KE 14. MOHON PILIHANRAYA UMUM KE 15 DIADAKAN.
Seperti Peruntukan berikut :-
*VOTE OF NO CONFIDENCE yg bermaksud UNDI TIDAK PERCAYA.*
Artikel 55(4) dgn jelas mengatakan bahawa parlimen wajib bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pembubarannya. Ini bermakna pilihanraya wajib dijalankan selepas pembubaran parlimen dan parlimen wajib bersidang selepas itu tidak lewat daripada selepas 120 hari daripada tarikh selepas pembubaran parlimen.
Perdana Menteri sama ada PM baru atau yang lama wajib berdepan dengan sidang dewan buat pertama kali selepas pilihanraya. Jika PM baru atau kerajaan baru itu didapati tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti menunaikan janji 100 hari selepas pemerintahan, kemudian mendatangkan kemudaratan terhadap kedudukan hak istimewa Orang Melayu, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Raja-raja Melayu sebagai ketua negeri/negara boleh disingkirkan melalui VOTE OF NO CONFIDENCE (Undi Tidak Percaya).
Undi tidak percaya boleh dibuat untuk menukar Perdana Menter dan undi tidak percaya kepada kerajaan juga boleh dibuat untuk parlimen dibubar dan ini membolehkan pilihanraya kedua dilaksanakan.
SOP - DENGAN 54 KERUSI BLOK PEMBANGKANG BARISAN NASIONAL DAN BLOK BLOK PEMBANGKANG YANG LAIN YANG TERDIRI BLOK PAS - 18, GPS - 15, BLOK SABAH - 9 JUGA BLOK BEBAS SERTA LAIN LAIN AHLI PARLIMEN YANG MEMUNGKINKAN UNDI TIDAK PERCAYA INI BOLEH DIJALANKAN PADA PENGGAL PERTAMA SESSI PARLIMEN KE 14 YANG AKAN BERMULA PADA 16 JULAI 2018. PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN KE 14 INI YANG AKAN DIRASMIKAN KE BAWAH DYMM YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD KE V.
MISI DAN VISI INI ADALAH SEMATA MATA DIPERINGKAT CADANGAN. TERPULANG KEPADA PERUNTUKAN DIBAWAH AKTA PARLIMEN DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. CADANGAN INI BERGANTUNG KRPADA UNDIAN SULIT AHLI AHLI PARLIMEN YANG TELAH TERPILIH RAKYAT MELALUI SUATU PILIHANRAYA UMUM YANG SAH IAITU PRU 14 PADA 9 MEI 2018 YANG LALU. JUGA KEPADA PERUNTUKAN KUATKUASA KE BAWAH PERKENAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG.
RAKYAT MOHON MEMBENTANGKAN.
SEKIAN, KAMI MOHON MENCADANG.
RAKYAT MALAYSIA
9 JULAI 2018
EDITED



-1:51
491 Paparan
Baha Taha sedang menghadiri Pemilihan Peringkat Bahagian dan MKT UMNO 2018 bersama Baha dan 2 yang lain di Merdeka Hall,Putra World Trade Centre (PWTC),KL.
ASSLAMUALAIKUM
SALAM PERJUANGAN
CALON PRESIDEN UMNO NO. 03
DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
HIERAKI PERJALANAN DS ZAHID HAMIDI DI DALAM UMNO BERMULA PADA TAHUN 1990 APABILA DIPILIH SEBAGAI EXCO PEMUDA DAN DILANTIK SEBAGAI KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DS NAJIB TUN RAZAK YANG JUGA KETUA PEMUDA UMNO. DIPILIH SEBAGAI NAIB KETUA PEMUDA PADA TAHUN 1993. BERJAYA MEMENANGI JAWATAN KETUA PEMUDA PADA TAHUN 1996 MENGGANTIKAN PEMANGKU KETUA PEMUDA DATO' SERI NAZRI AZIZ.
SEBAGAI PEJUANG SEJATI UMNO WADAH KEBANGSAAN MELAYU DI MALAYSIA...PERNAH MERINGKUK DI BAWAH ISA SEMASA PM KE 4.JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO PUN DILUCUTKAN PADA TAHUN 1999. KEMUDIAN BERTANDING AHLI MKT DAN BERJAYA MENDUDUKI NO 1 DENGAN UNDIAN PALING TINGGI PADA TAHUN 2009. NAMUN DITERUSKAN TANGGA HINGGA MENITI KE TANGGA NAIB PRESIDEN PADA 2013. SETERUSNYA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PADA TAHUN 2016 SERTA MEMANGKU JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO. SETERUSNYA HINGGA PASCA PRU 14 YANG LALU DIAMANAHKAN JAWATAN PEMANGKU PRESIDEN UMNO DAN PEMANGKU PENGERUSI BN APABILA DS NAJIB TUN RAZAK MELEPAS JAWATAN PADA 12 MEI 2018 YANG LALU.
APABILA KERAJAAN PUSAT BERTUKAR TANGAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH), TERJADI PERTIKAIAN BAHAWA UMNO MAHU DIBUBARKAN JIKA GAGAL MELAKUKAN PEMILIHAN UMNO SEGERA AKIBAT KEKANGAN PERTURAN ROS WALAUPUN TEMPOH UNTUK MENJALANKAN PEMILIHAN TELAH DILULUSKAN HINGGA 19 MAC 2019. MAKA, SELEPAS SEMUA CAWANGAN CAWANGAN UMNO SELESAI MENJALANI MESYUARAT SEHINGGA AKHIR BULAN MEI YANG LALU, MAKA TELAH DITETAPKAN PADA 19 JUN PEMILIHAN SAYAP UMNO. PEMILIHAN BAHAGIAN DAN MKT UMNO PULA TELAH DITETAPKAN PADA 30 JUN 2018.
SECARA LANGSUNGNYA YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI YANG MEMANGKU JAWATAN PRESIDEN UMNO TELAH BERJAYA MEMIMPIN MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO (MKT) UNTUK MENYELESAIKAN PENGURUSAN MESYUARAT TAHUNAN DAN PEMILIHAN CAWANGAN UMNO YANG BERJUMLAH LEBIH 16,000 CAWANGAN DENGAN JAYANYA SAMBIL DIKELOLAKAN OLEH SETIAUSAHA AGUNG UMNO BERSAMA JAWATAN KUASA YANG DITUGASKAN.
MAKA DENGAN INI JUGA, DS ZAHID TELAH BERJAYA MEMIMPIN HINGGA SELESAI PEMILIHAN SAYAP UMNO IAITU WANITA, PEMUDA DAN PUTERI YANG BERJAYA DIURUSKAN PADA 19 JUN YANG LALU. MAKA AKHIRNYA TELAH TIBA MASANYA UNTUK DIADAKAN PEMILIHAN DI PERINGKAT BAHAGIAN UMNO YANG BERJUMLAH 191 BAHAGIAN DI SELURUH NEGARA SERENTAK DENGAN PEMILIHAN DI PERINGKAT MAJLIS KERTA TETTINGHI DARI PENGERUSI TETAP DAN TIMBALANNYA, PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, NAIB NAIB PRESIDEN DAN AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI (MKT) UNTUK 25 ORANG CALON YANG BARU. JUMLAH PERWAKILAN UMNO KESEMUANYA BERJUMKAH 164,000 ORANG YANG AKAN MEMILIH PADA 30 JUN YANG AKAN DATANG INI. INI JUGA ADALAH SUATU KEJAYAAN DIBAWAH PIMPINAN DS ZAHID APABILA SEMUA JAWATAN TERTINGGI ADALAH TERBUKA UNTUK SEMUA AHLI MENGIKUT SYARAT SYARAT KELAYAKANNYA.
MAKA, PEMILIHAN KALI INI ADALAH PEMILIHAN YANG PALING TERBUKA DAN PALING RAMAI PENCALONANNYA. KEJAYAAN PIMPINAN DS ZAHID MENUNJUKKAN AMALAN KETERBUKAAN DEMOKRASI MASIH UTUH DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO. SEMANGAT UNTUK MEMULIHKAN UMNO MASIH KUAT DAN MENEBAL DIKALANGAN AHLI UMNO ITU SENDIRI.
OLEH KERANA ITU, NAMPAKNYA PIHAK KERAJAAN PH MULA BERASA KURANG SELESA DAN TELAH MENGARAHKAN SPRM UNTUK MEMBEKUKAN AKAUN BANK UMNO PUSAT, UMNO SELANGOR DAN UMNO JOHOR BERMULA SEMALAM AKIBAT DIKAITKAN DENGAN KES 1MDB YANG SEBENARNYA TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN UMNO. SUATU LAGI LANGKAH BERTENANG YANG DIAMBIL OLEH DS ZAHID HAMIDI DENGAN MENYATAKAN BAHAWA UMNO AKAN AKUR DAN MENUNTUT KEADILAN DIBAWAH 'RULE OF LAW' SEBAGAIMANA TERTAKLUK JUGA AKTA PERTUBUHAN YANG SEPATUTNYA DIDAHULUKAN DENGAN NOTIS AWALAN SEBELUM DIAMBIL SEBARANG TINDAKAN OLEH PIHAK BERKUASA KE ATAS UMNO.
KINI DS AHMAD ZAHID HAMIDI MENYERAHKAN NASIBNYA KEPADA LEBIH 164,000 ORANG PERWAKILAN UMNO DI 191 BAHAGIAN, UNTUK MENENTUKAN KEDUDUKAN PRESIDEN UMNO DENGAN PENUH HARAPAN DAN TAWADDUK UNTUK DIBERI PENILAIAN AKAN SEGALA KHIDMAT BAKTI DAN JASANYA SELAMA INI LEBIH KURANG 30 TAHUN PENGALAMANNYA DIBAWAH UMNO.
INSYALLAH, SETIA DAN WALA' DS AHMAD ZAHID HAMIDI KEPADA UMNO SELAMA INI AKAN DITERJEMAHKAN DENGAN UNDIAN DI SETIAP BAHAGIAN UMNO DAN AKAN DIBUAT KIRAAN DI UMNO PUSAT PADA HARI YANG SAMA PADA 30 JUN 2018.
SEMOGA UMNO AKAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ANAK BAGAN DATUK, PERAK INI UNTUK DIGALAS BAGI JAWATAN PEMIMPIN NO. 1 UMNO SEBAGAI PRESIDEN.
BERI UNDI ANDA KEPADA CALON NO. 03....
DS AHMAD ZAHID HAMIDI
TERIMA KASIH, WASALLAM.
OLEH -
BAHA TAHA
29 JUN 2018


Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, Tun Haji Abdul Razak bin YDH Dato' Hussein mengiringi KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar menghadiri Majlis...
PANCAPERSADA.BLOGSPOT.COM

Pertubuhan Sinar Cahaya Malaysia - CAHAYA
Sukarkah memahami ketuanan Melayu?
Konsep ketuanan Melayu dan kontrak sosial merupakan konsep yang telah lama menjadi sasaran sebilangan pemimpin dan parti politik di Malaysia untuk diperdebat. Polemik mengenai konsep ini memberi petunjuk, pertama kurangnya pemahaman sebilangan rakyat Malaysia tentang konsep berkenaan.
Kedua, kurangnya usaha untuk memberi kefahaman kepada seluruh rakyat tentang konsep tersebut. Ketiga, salah faham tentang konsep itu dan keempat salahnya usaha untuk menerangkan konsep tersebut.
Tiada kamus yang mendefinisikan terma 'Ketuanan Melayu.' Namun, berdasarkan pemahaman umum, terma tersebut jika diertikan secara harfiah atau literal merujuk kepada 'dominasi bangsa Melayu' (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Malay Supremacy atau Malay Dominance). Ia merupakan elemen paling penting dan paling asas dalam apa yang dipanggil 'kontrak sosial.'
Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.
Hubungan ini tidak berbentuk feudalisme di mana melalui hak kelahiran, bangsa Melayu menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba atau orang suruhan.
Ringkasnya, ia merujuk kepada satu bentuk manifestasi hubungan simbiosis, walaupun tidak sama rata, tetapi tetap memberikan faedah dua hala.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara, terma ketuanan Melayu - dalam perspektif hubungan pelbagai kaum bermaksud satu keadaan di mana bangsa Melayu merupakan pemegang kuasa dan penerima hak istimewa utama dalam pemerintahan, pentadbiran dan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.
Perbincangan konsep ketuanan Melayu dan kenegaraan Malaysia memerlukan pemahaman
empat perkara asas berikut:
1. Timbal Balas (Quid Pro Quo)
Dari segi sejarahnya, Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan kawasan geografi yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu. Kehadiran pemastautin bangsa lain bermula pada era penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun-20. Ketika ini British membawa masuk ramai tenaga buruh asing seperti rakyat China dan India untuk menampung kekurangan pekerja dalam industri perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, ramai daripada buruh ini diberi pilihan sama ada untuk terus menetap di Malaya atau kembali ke negara asal mereka. Ramai yang memilih untuk tinggal di sini. Tidak kurang juga yang memilih untuk kembali.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22). Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.
Aturan timbal balas atau quid pro quo penerimaan syarat-syarat ini dikenali sebagai 'kontrak sosial.' Kontrak inilah yang dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan penubuhannya sebagai sebuah negara. Kontrak ini turut dipanjangkan kepada penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang membabitkan status dan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
2. Artikel 153
Secara ringkas artikel ini menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara Malaysia, untuk melindungi kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan penduduk asal Sabah dan Sarawak (secara kolektif dipanggil bumiputera) dalam hal ehwal seperti perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, latihan, kemudahan dan perniagaan tanpa menjejaskan peluang dan hak kaum lain.
Artikel 153, di samping status Yang di-Pertuan Agong itu sendiri sebagai orang Melayu dan Raja Melayu adalah asas kepada kemutlakan ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Pemaktuban Artikel 153 ini sama sekali tidak menjadikan kaum bukan Melayu warganegara kelas kedua. Salah faham mengenai Artikel ini, jika ada, sebenarnya adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan demi mencapai cita-cita politik dan peribadi songsang.
3. Kehilangan Singapura
Singapura diterima masuk ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sebelum ia kemudiannya disingkir pada 9 Ogos 1965. Kemasukan Singapura menyebabkan populasi kaum Cina meningkat sehingga 35.7 peratus berbanding kaum Melayu iaitu 38.4 peratus (In-Won Hwang, Personalized Politics; The Malaysian State Under Mahathir, ISEAS, Singapore, 2003, pg.54).
Dominasi kaum Cina dan pengenalan polisi bukan pro-Melayu di Singapura mendorong kepada meletusnya beberapa rusuhan kaum di pulau tersebut. Ketidakstabilan Singapura akhirnya mendorong kepada penyingkirannya daripada Persekutuan Malaysia.
Episod rusuhan kaum di Singapura dan kesanggupan Kerajaan Malaysia untuk kehilangan sebuah 'tanah Melayu' merupakan sesuatu yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan. Demi keharmonian dan keamanan Malaysia keseluruhannya, kepentingan penduduk asal dan pulau Singapura terpaksa 'diketepikan.'
Bagi kebanyakan orang Melayu, episod Singapura adalah lambang kegagalan ketuanan Melayu. Justeru, ini juga adalah antara faktor utama sehingga kini, mengapa orang Melayu begitu sensitif apabila konsep ketuanan Melayu dipersoalkan.
Agenda
4. Malaysian Malaysia
Democratic Action Party (DAP) antara lain, meneruskan agenda Malaysian Malaysia (selepas pengharaman PAP di Malaysia) secara terbuka ke seluruh negara. Kempen berkaitan agenda ini menjadi amat popular terutama menjelang pilihan raya tahun 1969. Keputusan pilihan raya 1969 yang tidak memihak kepada Kerajaan Perikatan (kehilangan Pulau Pinang, Perak dan Kelantan dan 2/3 majoriti di Parlimen) memburukkan lagi suasana. Ketidaktentuan keadaan politik semasa akhirnya menyebabkan terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Rusuhan tersebut menyebabkan Kerajaan Malaysia memperkenalkan beberapa polisi affirmative yang merupakan sebahagian daripada usaha melindungi agenda atau konsep ketuanan Melayu. Antaranya ialah pindaan Perlembagaan yang mengharamkan sebarang perdebatan (termasuk dalam Parlimen) ke atas hak dan kedudukan istimewa bumiputera, penambahan skop dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pemaktuban kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan.
Langkah sosio-ekonomi yang paling utama pasca tragedi 13 Mei yang dilancarkan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan, memansuhkan penyamaan identiti kaum dengan peranan ekonomi, merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan meluaskan kek ekonomi.
Antara Kesamarataan dan Keadilan
Salah faham tentang ketuanan Melayu berpunca daripada pemahaman serong bahawa orang Melayu, melalui hak kelahirannya sebagai bangsa Melayu mesti dianggap dan dilayan sebagai tuan dan di mana orang bukan Melayu pula adalah sebagai hamba. Fahaman ini adalah kefahaman sesat.
Memahami konsep ketuanan Melayu sebenarnya adalah mudah. Ia mendokong gagasan bahawa hak-hak dan status kaum Melayu sebagai penduduk asal Malaysia mesti sentiasa dilindungi melalui cara yang adil dan saksama; tanpa menghalang hak kaum bukan Melayu. Ia menjamin bahawa tanah-tanah orang Melayu tidak akan dirampas untuk diberikan kepada orang lain yang tidak bertanah semata-mata atas dasar dan hak sama rata sebagai warganegara Malaysia.
Ia juga menjamin bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi negara Malaysia tidak akan ditidakkan.
Ia sekali gus mengesahkan bahawa kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu tidak sesekali disisihkan.
Teras politiking sesetengah parti di negara ini mengunjurkan kesamarataan hak rakyat Malaysia. Namun kesamarataan tidak semestinya membawa kepada keadilan. Sesungguhnya, keadilan adalah lebih penting daripada kesamarataan.
Semua agama menganjurkan bahawa keadilan adalah tunjang kehidupan. Dalam Islam, keadilan ditakrifkan sebagai usaha meletakkan sesuatu pada tempatnya atau pada haknya. Sebab itu zakat hanya diberi kepada orang miskin. Justeru, biasiswa pendidikan hanya layak untuk pelajar miskin. Kerana itu cukai pendapatan hanya dibayar oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.
Polisi pemberian biasiswa pendidikan kepada pelajar kurang mampu atau miskin mencerminkan polisi yang adil meskipun tidak sama rata. Di Malaysia, kaum Melayu dan bumiputera adalah kaum yang paling miskin. Lantas, adalah adil melihat orang Melayu sebagai penerima terbesar biasiswa tersebut.
Harus diingat bahawa dasar pemberian biasiswa ini sama sekali tidak menafikan hak kaum bukan Melayu yang juga miskin dan berhak. Contohnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada masa kini dinisbahkan pada 55:45 di mana kaum Melayu (yang majoritinya miskin) diperuntukkan 55 peratus biasiswa manakala bukan Melayu (yang majoritinya mampu) mendapat 45 peratus.
Kelangsungan ketuanan Melayu.
Polemik mengenai ketuanan Melayu sebenarnya mempunyai beberapa agenda tersusun. Antaranya pertama, penguasaan politik oleh gagasan yang menolak ketuanan Melayu. Kedua, penyingkiran parti politik yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan ketiga, pindaan Perlembagaan untuk mewujudkan 'ketuanan Rakyat' atau Malaysian Malaysia.
Ada banyak sebab mengapa usaha menghapuskan ketuanan Melayu ini wajar ditentang. Antaranya, sistem politik Malaysia adalah berteraskan kepada sistem Parlimen Beraja (Constitutional Monarchy) di mana Raja atau Sultan merupakan tulang belakang penubuhan Malaysia. Agong sebagai Ketua Negara Malaysia dan Ketua Perlembagaan Malaysia yang terdiri daripada Sultan atau Raja Melayu.
Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara adalah diasaskan kepada konsep ketuanan Melayu - yang mana Raja atau Sultan Melayu adalah 'Ketua' atau 'Tuan' kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Usaha menidakkan atau menggantikan ketuanan Melayu dengan sesuatu yang lain akan membabitkan pindaan Perlembagaan keseluruhannya, jika bukan pembentukan perlembagaan baru. Ia seperti menubuhkan sebuah negara baru.
Usaha ke arah ini tidak mudah. Banyak masalah dan 'bencana politik' dapat dielakkan dengan cara memahami dan seterusnya mengakui bahawa ketuanan Melayu (terutama sekali sejak tahun 1969) telah menjadi tonggak pemerintahan Malaysia yang berjaya menyusun atur dengan baik fabrik sosial, politik dan ekonomi negara ini.
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang sangat mustahak. Malaysia mesti tidak menghadapi satu lagi tragedi '13 Mei.' Caranya mudah, rakyat Malaysia mesti faham konsep ketuanan Melayu.

Jas Salleh menambah 3 foto baharuIkuti
#Bismillah #Silanguntingunongberangkat ﻻ ENTER #KomatJelebo ALKESAH TANAH MELAYU Selamat 8 Syawal & Sila Meninggal Cepat2 Haters, Skeptis, Pengadu Domba, Penghasut, Penghasad Dengki, Pemfitnah, Provokator, Penyekat Rezeki, Penghisap Darah, Batu Api, Tukang Ramal, Tukang Nujom, Tukang karot, Tukang Karang Cerita/Berita Palsu & Self Appointed Spy FB. Jangan jadi Manusia Berhati Iblis.Jadilah Manusia Berhati Malaikat. Ajal Maut tak kenal pangkat derajad usia tempat & masa. Kepada pengikut penyokong & rerakan aura OHSEM anda meningkat berganda2 berbanding semalam. Dipermudahkan urusan dan perolehi rezeki baik baik.Yang Tersurat Tersirat Tersorok 2018 Melintang Patah Membujor Lalu.Berpantang Maut Sebelom Ajal.Berani Buat Berani Tanggong Buat Betol Dapat Rahmat Buat Jahat Dapat Laknat. #PangkahPakuPaciKunciMati #DemeKeneKomatJelebo

Baha menambah foto dan video — bersama Aasia Qaulalhaq Aasia Qaulalhaq dan 9 yang lain di Putra World Trade Centre.
Dari WhatsApp
*MT HARUS MENOLAK PERLETAKAN JAWATAN NAJIB RAZAK*
01: *Keputusan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melepaskan jawatan Presiden UMNO semalam memang telah dijangka berikutan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu*.
02: MAJLIS TERTINGGI UMNO yang akan bermesyuarat nanti tidak sewajarnya menerima perletakan jawatan tersebut. Najib Razak harus diminta mengekalkan jawatan sehingga pemilihan akan datang.
03: *Najib Razak tidak wajar meninggalkan kapal ketika ia terumbang-ambing berhadapan dengan serangan Tun Mahathir untuk mencuri ahli Parlimen UMNO masuk ke Parti Bersatu Pribumi Malaysia*.
04: Beliau harus mengambil tanggungjawab kekalahan ini dengan menyusun dan menguruskan semula parti keramat ini sehingga kukuh dari segi organisasi dan keahlian sebelum menyerahkan kepada sesiapa yang dipilih oleh Pemilihan UMNO, Oktober ini.
05: *Selain itu Mohd Najib perlu kekal Presiden UMNO sehingga pemilihan akan datang bagi membuka peluang dan ruang demokrasi yang lebih luas dalam pemilihan Presiden UMNO*.
06: Jika MT menerima perletakan jawatan Najib Razak, Timbalan Presiden akan memangku jawatan Presiden. Ini akan memberi kelebihan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan tidak adil kepada calon-calon lain.
07: *Lagi pun Ahmad Zahid bukanlah Timbalan Presiden yang dipilih. Beliau hanya Naib Presiden yang memangku jawatan Timbalan Presiden. Apakah sekarang masuk akal untuk menaikkan beliau sehingga ke jawatan Presiden melalui jalan belakang dan memberi kelebihan kepada beliau untuk bertanding sebagai Presiden UMNO?*
08: UMNO sudah kalah, lalu kita mahukan satu perubahan paradigma yang membolehkan pemilihan kali ini lebih adil dan telus. Salah satunya ialah tidak memberi kuasa kepada Ahmad Zahid sebelum beliau mendapat mandat ahli UMNO.
09: *Saya percaya Ahmad Zahid akan menang jawatan Presiden UMNO hatta jika menentang Najib Razak sendiri. Namun beliau harus membuktikannya dalam pemilihan bukan melalui jalan belakang*.
10: Untuk Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu muhasabah diri di mana kelemahan Pemuda UMNO sehingga gagal menarik sokongan pengundi muda. Program-program KJ seperti Fit Malaysia bercorak populis semata-mata tanpa proses indoktrinasi sayang kerajaan dan BN. Persatuan belia di bawah KJ telah nyawa ikan, PLKN hidup segan mati tidak mahu. Hasilnya, kita hilang kekuatan di peringkat pengundi muda.
11: *Ketua Wanita juga usah bersandiwara lagi. Laporan Jalinan Rakyat beliau penuh kepalsuan dan langsung tidak menepati keputusan pilihan raya umum lalu. Berjuta telah dihabiskan untuk Jalinan Rakyat, tetapi keputusan pilihan raya lalu berbeza sama sekali dari kajian Wanita UMNO. Bersaralah Shahrizat*.
12, Hakikatnya kita kalah bukan sekadar isu nasional tetapi juga kerana hal dalam parti. Jentera Pemuda dan Wanita langsung tidak menunjukkan kesungguhan untuk menang. Wang pengundi luar banyak tidak sampai, elaun jentera juga dipotong dari asal.
13: *Akhirnya kita dapat kekalahan paling memalukan dan dengan mudah kita meletak beban tersebut atas kepala Najib Razak seorang. Pun begitu Najib Razak perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu*.
14: Pedulikan suara di luar kerana kita tidak akan bertanding pilihan raya esok. Mengukuhkan parti lebih pengting dari mendengar komen musuh kita. Najib akan dilihat tidak bertanggungjawab jika meninggalkan parti hari ini dan menutup peluang demokrasi terbesar dalam UMNO Oktober ini.
_*AHLI UMNO SAMPAI MATI*_

Baha sedang bersama Aasia Qaulalhaq Aasia Qaulalhaq dan 9 yang lain di Persekutuan Melayu Bugis SeMalaysia - #BUGIS.
Awas !!
UNDI PKR = UNDI DAP !!!
HANCURKAN PROPAGANDA DAP !!
JANGAN GADAIKAN MASA HADAPAN ANDA !!!
UNDI BN = ANDA SELAMAT..!!



-0:26
254,624 Paparan
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
30 April
Nampaknya ada juga pihak yang cuba memfitnah saya melalui tularan video ini dengan menuduh saya memeluk perempuan bukan mahram ketika selesai Penamaan Calun P028 Parlimen Pasir Puteh kelmarin. Di sini ingin saya tegaskan wanita pertama yang saya peluk itu adalah ibu saya sendiri disusuli kakak-kakak dan adik-adik perempuan saya sendiri yang sanggup balik ke Kelantan semata-mata mahu menzahirkan sokongan moral kepada saya dalam PRU 14 ini. #semaksebelumsebar#tabayyunsebelummuflisakhirat

Mohammad Ridzwan menambah 2 foto dan video.Ikuti
Pesan PM Najib
Mahathir adalah pelakon No 1 menipu
Berapa ramai setuju?
1. Setuju
2. Tak setuju



-0:01

242 Paparan
Juae Pm ke PERPADUAN MELAYU ISLAM MALAYSIA
Demi ugamaku islam
Demi negaraku Malaysia trcinta
Demi kehamonian dan kemakmuran kehidupan rakyat di negara ini..
Aku rela bersama2 BN....
Ayuh bangkit bersama2 BN...
Ayuh bersama kita pertahankan nikmat yg kita kecapi Sekarang agar ianya dapat diwarisi oleh anak2 dan cucu2 kita akan datang....
Ayuh berjuanglah utk kemenengan BN...
Berpatah arang berkerat rotan....
Biar putih mata jangan putih tulang...
Ayuhlah...
Sokong BN...


Tiada ulasan: