Selasa, 7 Ogos 2018

Hapus cukai eksais, bukan buat kereta baru. 7986.


Rasulullah SAW & para sahabat RA sendiri tak pernah meramal atau mewasiat pengganti mereka. Allah SWT jua tempat kita berserah kerana itu kepunyaan & haq mutlak Sang Yang Maha Kuasa.

Kini Rafizi kembali bersuara: 'Kita janji hapus cukai eksais, bukan buat kereta baru'

Rafizi Ramli menegaskan Pakatan Harapan telah berjanji menghapuskan cukai eksais bagi menurunkan harga kereta, bukan berusaha mewujudkan perusahaan kereta nasional ketiga.

Naib presiden PKR berkata, sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, komitmen menghapuskan duti eksais kereta, yang dilihat mereka sangat membebankan, tidak pernah berubah.

“Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan.

“Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga,” katanya.

Buku Jingga dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, pendahulu Pakatan Harapan, antara PKR, DAP dan PAS.

Tempat PAS kemudian diganti oleh serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam gabungan baru.

Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof, kelmarin berkata, kerajaan sedia melancarkan “projek kereta nasional 3.0” menjelang 2020 seperti dibayangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Redzuan berkata kerajaan percaya langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara dan berpotensi besar.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi menegaskan, cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Beliau justeru membangkitkan sama ada idea untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat.

Berikut tiga persoalan yang dibangkitkan Rafizi:

Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
Badan kerajaan mana yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?

Adakah kerajaan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?

-malaysiakini at 8/06/2018 11:51:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kini-rafizi-kembali-bersuara-kita-janji.html
KERENGGA: Kini Rafizi kembali bersuara: 'Kita janji hapus cukai eksais, bukan buat kereta baru'

Kalau rasa hebat sangat jangan patuh. Kalau patuh memang kamu ahpol tidak bermaruah. 

Monday, August 6, 2018
Tajuddin diberi masa 24 jam tarik balik kenyataan ‘Putrajaya dikuasai Kristian’
Pada 6 Ogos 2018
oleh 
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman digesa supaya menarik balik tuduhan jahat tidak berasas terhadap DAP dan kerajaan dalam masa 24 jam ekoran keceluparannya sewaktu berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Kandis baru-baru ini.

Gesaan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ini dibuat berdasarkan dakwaan jahat pemimpin UMNO itu kononnya ‘Orang Kristian sudah mengambil alih kuasa di Putrajaya’.

“Saya menuntut Tajuddin sebagai pemimpin nasional Umno, untuk menarik balik tuduhan tidak berasas dan berniat jahat terhadap DAP dan pemimpinnya dalam masa 24 jam, atau UMNO mengambil tindakan tatatertib terhadap Tajuddin kerana menggalakkan politik bangsa dan agama berdasarkan pembohongan.

“Sekiranya Tajuddin enggan dan memilih untuk berdegil dalam menyebarkan politik pembohongan terhadap DAP, saya tidak mempunyai pilihan selain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan jenayah terhadapnya,” katanya.

Lip Eng berkata, Tajuddin seharusnya menyertakan bukti-bukti sekiranya tuduhan celupar itu ternyata mempunyai sebarang unsur kebenaran.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen kanan, Tajuddin tidak sepatutnya berbohong dan cuba menanamkan semangat kebencian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya.

Mengulas kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Kandis, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan itu berkata ia merupakan kemenangan moral kepada parti pemerintah.

Keputusan PRK DUN Sg Kandis menyaksikan calon UMNO-BN Datuk Mohd Lokman Noor Adam tewas apabila memperoleh 9,585 undi berbanding 15,427 oleh calon HARAPAN Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

“Keputusan ini mencerminkan rakyat semakin menolak amalan politik kebencian oleh pembangkang. BN tewas di 14 daripada 19 pusat daerah mengundi di Sungai Kandis.

“Antaranya, termasuk di Kampung Jawa, di mana ucapan berbaur kebencian itu dibuat.

“Kemenangan HARAPAN pada PRK Sungai Kandis mencerminkan fakta bahawa pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu, matang dan rasional,” katanya lagi. 

– Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, August 06, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Tajuddin diberi masa 24 jam tarik balik kenyataan ‘Putrajaya dikuasai Kristian’
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/tajuddin-diberi-masa-24-jam-tarik-balik.html

Monday, August 6, 2018
Peniaga berlian Lubnan kesal dalam terpaksa saman Rosmah
Posted By: Pentadbiron: August 06, 2018 Print Email
Peniaga berlian Lubnan kesal dalam terpaksa saman Rosmah
Peniaga berlian Lubnan Samer Halimeh berkata hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor bermula di sebuah acara sosial di Belgravia di London pada 2009.

Menurut Free Malaysia Today, Ketua pegawai eksekutif Samer Halimeh New York itu berkata ketika itu, Rosmah meminta syarikatnya menaja dan mempamerkan barang kemas berlian di sebuah majlis amal di luar negara.

Menurut kenyataan Samer yang dilaporkan Free Malaysia Today, dia berkata syarikatnya kemudian turut membekalkan “barang kemas VIP” untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Dia berkata acara itu berlangsung di London dan kota-kota lain.
Hubungan mereka kemudian semakin rapat sehingga Samer diundang menghadiri majlis perkahwinan anak pasangan itu, Nooryana Najwa pada 2015, kata laporan itu lagi.

“Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar ‘cuba sebelum beli’.

“Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018,” katanya seperti dipetik.
Justeru, kata Samer, dia sedih kerana terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Rosmah selepas barang kemas yang diberikannya itu telah dirampas oleh polis Malaysia dalam siasatan 1MDB.

“Kami sangat kesal dan sedih kerana terpaksa mengambil tindakan mahkamah terhadap Rosmah dalam keadaan sebegini,” katanya seperti dipetik.

Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta.

Global Royalty merupakan salah satu syarikat bawah Samer Halimeh New York.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, August 06, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PENIAGA BERLIAN LUBNAN KESAL DALAM TERPAKSA SAMAN ROSMAH
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/peniaga-berlian-lubnan-kesal-dalam.html

'Malaysia Baru' dari kaca mata Nik Omar
N Faizal Ghazali

Sepanjang dua minggu tempoh kempen PRU ke-14, nama Nik Omar Nik Abdul Aziz menjadi antara yang paling disebut.

Bermula dengan kemunculan dramatiknya di hari penamaan calon di DUN Chempaka, dibawa pusing satu Malaysia untuk berkempen sehinggalah antiklimaks iaitu kekalahannya pada malam 9 Mei.

Sejak itu beliau dilihat agak tenggelam dalam arus politik nasional. Tiada lantikan buatnya dalam mana-mana jawatan dalam kerajaan di saat nama-nama lain mula mengisi kekosongan kedudukan.

Pastinya ramai yang tertanya ke mana langkahnya pada masa ini - masih berada di pentas atau sudah terpinggir di tepi?

Malaysiakini baru-baru ini sekali lagi berkesempatan bertemu dengan anak sulung bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ternyata pengetua Maahad Darul Anuar ini masih memberi sentuhannya dalam membantu kerajaan baru. Berikut adalah wawancara Malaysiakini bersama ustaz Nik Omar.

Malaysiakini: Selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya menumbangkan BN, ustaz dilihat agak terkeluar daripada radar politik negara. Boleh kongsikan perkembangan terbaru?

Nik Omar: Secara asasnya saya kini memberi tumpuan khusus kepada beberapa perkara antaranya memastikan pendidikan di Maahad Darul Anuar berjalan dengan lebik baik. Nak pastikan ada dana dan mampu memenuhi hasrat ayahanda tok guru untuk menjadikan Maahad Darul Anuar sebagai institusi pendidikan yang boleh beri perkhidmatan yang terbaik.

Sekarang ini juga menjadi rutin mingguan saya untuk menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Surau RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) di Tunjong, Kota Bharu.

Malaysiakini: Buat masa ini adakah ustaz ada terlibat sedikit sebanyak dalam pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan?

Nik Omar: Saya terlibat secara tidak langsung untuk membantu terutamanya Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa. Ia dibuat menerusi perbincangan tidak rasmi bersama kawan-kawan yang lain.

Antara soal yang menjadi fokus adalah bagaimana kita nak menggerakkan agenda kementerian melibatkan urusan agama Islam, untuk memastikan gerakan Islam itu dalam kerangka 'rahmatan lil alamin'.

Dalam bentuk pemikiran Islam melalui maqasid syariah, antara tujuan utama Allah turunkan Islam dan melalui bentuk apa yang kita mahu terjemahkan dalam kehidupan rakyat di negara kita. Itu asasnya.

Malaysiakini: Apa pandangan ustaz dengan perjalanan pentadbiran Malaysia selepas lebih dua bulan HARAPAN mentadbir negara?

Nik Omar: Secara peribadi saya tengok ia sudah berada di landasannya, tabiat kita sebagai manusia untuk tidak puas hati dalam mana-mana isu. Jika ada kekurangan, ia tidak semestinya bererti kelemahan sesebuah kerajaan.

Tetapi kerana kita nak yang terbaik, secara umumnya kita boleh sebut berpuas hati. Tetapi secara rinci saya fikir perlu ditingkatkan lagi, khususnya di semua kementerian supaya janji-janji yang kita buat sama ada 100 hari atau janji umum dalam manifesto tetap diusahakan agar ia tertunai.

Semua itu perlu dikembalikan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Supaya rakyat merasai nikmat berada dalam kerajaan baru, itu yang kita nak.

Malaysiakini: Apa isu yang ustaz rasa paling terkesan khususnya selepas peralihan kuasa daripada BN kepada HARAPAN?

Nik Omar: Antaranya berkait dengan cukai, langkah kerajaan menghapuskan GST untuk memperkenalkan SST. Jika dengan GST kutipan kerajaan dikatakan mencecah RM40 bilion setahun, dengan SST ia hanya RM20 bilion. Ia jelas menunjukkan kelebihan SST (kerana tida mencukai rakyat terlalu banyak).

Untuk memastikan kerajaan tidak mengambil cukai itu agak sukar. Tiada kerajaan di dunia tanpa cukai, yang kita mahu cukai yang tidak membebankan rakyat.

Secara mudah kalau nak bandingkan tentulah SST lebih memberi kebaikan. Perbandingan mudahnya adalah jumlah RM40 bilion dan RM20 bilion yang kerajaan ambil daripada rakyat.
at 8/06/2018 05:48:00 PTG
KERENGGA: 'Malaysia Baru' dari kaca mata Nik Omar
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/malaysia-baru-dari-kaca-mata-nik-omar.html

07 August 2018
Guru praktikal berkhalwat dengan pelajar tingkatan 4...
Seorang guru praktikal didenda RM2,700 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat dengan pelajarnya di sebuah hotel murah di bandaraya ini.

Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Kelantan turut berdepan hukuman sebulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan seorang pelajar tingkatan empat yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Manakala pasangannya, dari Seberang Takir, Kuala Nerus, dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun selain diarahkan menjalani enam kali sesi kaunseling bersama Pegawai Agama.

Keputusan dibuat Hakim Mohd Fakhruddin Yusof, manakala kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Muhammad Hafiz Razali.

Mengikut fakta kes, satu serbuan ke atas bilik di sebuah hotel murah di Jalan Kota Lama, di sini, dilakukan kira-kira jam 10.45 malam, pada 11 Januari lalu.

Ketika sampai, didapati pintu utama bilik tertutup rapat sebelum anggota Penguatkuasa Syariah daerah Kuala Terengganu mengetuk beberapa kali sambil memberi salam dan memperkenalkan diri.

Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, pintu utama masih belum dibuka sebelum anggota terlibat terpaksa bertindak memecah pintu tersebut.

Pemeriksaan lanjut di dalam bilik mendapati seorang lelaki sedang berbaring di lantai manakala seorang gadis berada di dalam tandas dipercayai sedang bersembunyi.

Hasil soal siasat, mereka mengaku hanya berdua di dalam bilik itu dan tiada hubungan suami isteri atau mahram. - wowberita.org
Image may contain: one or more people and text
Sapa balun RM7.4 juta duit Iksim...
Audit dalaman terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) mendapati RM7.4 juta daripada RM7.6 juta jumlah peruntukan kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya, kata menteri agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata telah mengarahkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjalankan audit bagi perbelanjaannya, termasuk peruntukan yang diberikan kepada institut itu.

"Daripada RM7.6 juta yang diberikan kepada mereka, RM7.4 juta tidak dimasukkan (unaccounted for). Kami tak dapat bukti ke mana ia dibelanjakan, apa yang dibelanjakan dan berapa jumlahnya.

"Jumlah itu bukan kecil untuk institusi yang menamakan dirinya Iksim," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Hanya RM0.2 juta sahaja yang boleh kami kira, yang ada resit dan bukti transaksi," kata Mujahid lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembekuan peruntukan buat Iksim yang turut disentuhnya ketika menggulung titah diraja hari ini.

Dengan kepincangan audit dalaman itu, katanya lagi, kerajaan mengambil keputusan untuk membeku dana kepada Iksim.

Pada 19 Julai lalu, Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh mengumumkan pembekuan dana Iksim serta langkah kerajaan untuk mengkaji sama ada mengekalkan atau membubarkannya.

Menjawab tuntutan sesetengah pihak agar pembekuan itu ditamatkan, Mujahid berkata ia tidak akan dilakukan selagi ia "berada dalam pentadbiran yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab".

"MAIWP antara yang membiayai Iksim kerana ianya bagus, tetapi malangnya daripada audit dalaman MAIWP mendapati berlaku salah guna kuasa dari sudut pentadbiran kewangan yang tidak bertanggungjawab.

“Dan kita nak MAIWP bertanggungjawab memberikannya dengan syarat ia mesti dilapor dan diaudit,” katanya.

Selain itu, Mujahid berkata kementerian akan menyelesaikan isu bayaran tertunggak kakitangan Iksim.

“Ada pun tadi dia sebut pasal pekerja, kami buat keputusan semua gaji yang tertunggak akan di selesaikan seberapa segera dan sekali gus tidak timbul kami abaikan kebajikan pekerja,” katanya. - mk
Komen Dr Mahathir mengenai kapal layar Equanimity
Equaminity dah diserahkan 
kpd. Malaysia...

Kapal layar mewah 'The Equaminity' yang berharga RM1 bilion, milik ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low, kini dilaporkan  diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Indonesia kepada Kerajaan Malaysia kini memasuki perairan negara jam 6 petang tadi.

Kawalan ketat diberikan pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman semasa pelayaran menempuh jarak sejauh 783 batu nautika.

Kerajaan pula akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat melihat dan meninjau dengan lebih dekat bagaimana Najib Razak menguruskan wang negara dengan ‘membenarkan’ Jho Low membeli kapal berharga RM1 bilion mengikut harga semasa pembelian.

Najib pula bolehlah ‘melawat’ dan bersiar-siar bersama Rosmah Mansor mengimbau kenangan pernah berada di dalam ‘pelayaran ke syurga’ apabila tiba di Pelabuhan Klang jam 3 petang esok.
Image may contain: ocean, outdoor and water
Kerana pada 8 Ogos ini mahkamah akan menantinya pula selepas sempat bermalam di lokap sebagai persediaan untuknya menjadi banduan berprofil tinggi paling dibenci sepanjang zaman.

Syabas dan terima kasih kepada Joko Widodo kerana tidak menghiraukan ‘amaran’ peguam Jho Low kononnya rampasan dan penahanan kapal anak guamnya tidak sah.

Mungkin Tuan Ibrahim Tuan Man boleh berpuas hati tercengang bak melihat perempuan di pantai berbikini bila melihat kapal layar mewah mampu dimiliki di zaman Najib petanda Najib sangat bijak menguruskan wang negara seperti Arul Kanda Kandasamy merembat 1MDB!
Equanimity will be sold to highest bidder after public viewing...

The government intends to ultimately sell the superyacht Equanimity after all necessary paperwork has been done along with a possible public viewing of the luxury vessel, said Finance Minister Lim Guan Eng.

“Attorney-general (Tommy Thomas) will make sure all the papers are in order, all controls are imposed and if possible to make sure that there is a proper inventory of the assets inside.

“And if possible, I hope that the public can also view it. But probably not the entire ship, just a portion (of it),” he told a press conference at the Parliament lobby today.

Following that, Lim said the government would attempt to sell the RM1 billion luxury vessel to the highest bidder.

“As the Finance Ministry, we want to get the best value. So after it has been viewed, the yacht must be sold so the people of the country can get something.

“I don’t know how much (money) we can crawl back but we should try to get as much as possible,” he added.

Meanwhile, Defence Minister Mohamad Sabu also welcomed the entry of the yacht into Malaysian waters and hoped to personally view it.

“I am very proud that a 1MDB asset has come back to Malaysia and we hope that the police and authorities will take action (based on) Malaysian and international law.

“I also want to go and experience the ship because we have never seen such a luxurious ship,” he told members of the press at the Parliament lobby. 

The Equanimity is expected to dock in Malaysia tomorrow.

Lim expects Thomas to issue a statement on what Malaysia intends to with it.

Earlier today, The Star quoted an unnamed source that senior Malaysian marine police officers had been in Batam to receive the vessel, and at least four marine police personnel will accompany the vessel and its crew to Malaysia.

Tycoon Low Taek Jho, or Jho Low, had allegedly bought the RM1 billion vessel through intermediaries using funds misappropriated from 1MDB, according to the US Department of Justice (DOJ).

On Feb 28 this year, Indonesians boarded and seized the vessel off the coast of Bali, sparking a legal battle between Low’s lawyers and Indonesian and US authorities over who should have custody over the vessel.

It is unclear the handover to Malaysia would affect the legal proceedings, particularly those that are still pending in the US.

When asked about this today, Lim seemed unworried.

“All this is possible because of discussions and negotiations with DOJ (with Malaysia).

“Let the AG explain (whether Malaysia will keep the yacht) but I think that (how) the yacht is here speaks for itself,” he said.

Malaysiakini had contacted the DOJ over the weekend regarding the court proceedings in the US, but has yet to receive a response.

The DOJ had sued for the forfeiture of the vessel, as part of a series of 30 civil forfeiture suits to seize properties allegedly linked to the misappropriation of 1MDB that had been channelled through the US financial system.

To date, the case itself is still pending, while the US Central California District Court had granted the US government protective custody over the vessel to bring it back to US waters for sale pending the final disposal of the case.

Jho Low retorts

In an immediate response, Low’s lawyer James F Haggerty reiterated that the handover to Malaysian authorities proved that Mahathir has no interest in the rule of law, and ignores court rulings in the US and Indonesia.

“Mahathir has chosen to bring the asset illegally into a rigged Malaysian system manipulated by a man who only cares about his absolute political rule. It is ultimately justice that suffers.

“Since his election, Mahathir has tried reinventing his public image following the appalling abuses of the rule of law he previously presided over, including the Anwar case and the 1988 judicial crisis.

“The reality is that he has simply continued on as he did during his previous regime and has shown that his only objectives are political: from freezing bank accounts of rival political parties, to public trial-by-media, where guilt is proclaimed before any evidence is presented,” he said in a statement today.

He said the yacht’s registered owner Equanimity Cayman Limited had already filed a claim on the vessel, and have filed further proceedings today in response to the latest development.

However, he did not mention in which jurisdiction the new proceedings have been filed. - mk

Selepas dipamerkan, Equanimity dijual pada pembida tertinggi
Najib pokes fun at 'cartoon' Mat Sabu helming defence portfolio
The Complete Stupidity of Moron Is An Epidemic...

But lets stick to moron first. He said that Defense Minister Mat Sabu is stupid. Well Mat Sabu won in the elections while Moron lost.  That by itself shows who is more stupid. 

Mat Sabu says that only FOUR out of 28 (??) of our Russian jet fighters can fly. This has been the case for many years, for more than FOUR years and I have written about this in this blog before. 

Moron could not keep all the Sukhois and MIGs flying. Why? There is more stupidity involved.

Some people say the Russians refused to supply the spare parts because they want edMalaysia to buy the newer and upgraded  MIGs and Sukhois. This is possible.  We could buy parts from the Indians who manufacture the Sukhois and MIGs under license but again the Indians may also have restrictions on selling parts. 

The other theory is corruption. Money was allocated and spent but the parts never arrived. Someone bought handbags along the way. This is also plausible. 

In short the STUPID has been around screwing things up for sometime.
Giliran Mat Sabu 'balun' Najib
Here is more stupidity. Recall that Suluk attack on Tanduo (Lahad Datu) in Sabah in February 2013. This was a black episode in the defense of the country. The rag tag syabu addicted Suluk's held our territory for about 41 days.

The entire Malaysian defense forces and our Police could not round up or get rid of the Suluks for 41 days. That was gross incompetence by  the Super Moron. 

There was a very sad episode when at least FOUR of our policemen were captured by the Sulus, tortured and murdered including one who was beheaded. 

What many people do not know was that the policemen were first surrounded by the Sulus for more than a day. The version I heard was THREE days. I heard this directly from the Home Minister at that time. The trapped policemen requested help (via sms) but no help came to rescue them. Finally the Suluks caught them and killed them. 

Again that was incompetence of the worst kind. Stupidity.  
Image result for 100 Suluks. killed
They could not even save our own Policemen from being captured INSIDE OUR OWN TERRITORY despite the Policemen asking for help and giving their exact location. 

They were playing politics with the Suluks and also afraid to take the appropriate action. 

Only AFTER the policemen were killed (3rd March 2013) the Moron okayed an air strike against the Suluks on 5th March 2013.  The airstrike killed over 100 Suluks. Their bodies were lying all over the oil palm plantation in Tanduo. 

Even then Moron and gang did not allow any pictures or footage of the airstrikes (and its results) to be made public for fear that the ragtag  Suluks would retaliate.

This was the complete stupidity and cowardice of Super Moron in handling a silly incursion by 235 rag tag Suluks. Imagine if there was a real war. Moron would just hide behind the Hippo's bum. They do not know they are stupid. - ostb
Image may contain: 3 people, people sitting
Anwar Ibrahim dilantik menjadi penaung ketiga Persatuan Alumni Universiti Malaya semalam. Beliau amat terharu dengan penghargaan yang diberikan dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyerahkan watikah perlantikan tersebut kepada beliau. 

Anwar Ibrahim was appointed as the third advisor for the Alumni Association of University of Malaya yesterday. He was moved by the acknowledgement bestowed by the Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah who accorded the appointment to him.

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: text


Sekarang mereka menuntut hak mereka, tapi dipandang hina oleh kapitalis dan kerajaan Islam...
Moga adab dan keluhuran peribadi dijaga dengan baik dan tertib di Dewan Rakyat selaras semangat Malaysia Baharu
Image may contain: 1 person, text

cheers. 
http://alditta.blogspot.com/2018/08/guru-praktikal-berkhalwat-dengan.html

Monday, 6 August 2018
DOA UNTUK MUHYIDDIN

Sejak menjalani pembedahan dan kini dalam proses pemulihan di sebuah hospital di Singapura, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak putus-putus menerima kunjungan mereka yang mengambil berat tentang kesihatannya.
Sehingga ini, antara yang melawat beliau ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, beberapa menteri kabinet dan timbalan menteri serta sebilangan pemimpin Bersatu.
Sementara Muhyiddin sendiri dilihat semakin sihat dan menunjukkan proses pemulihan yang baik, semua yang melawat beliau tentunya berharap serta mendoakannya agar cepat pulih dan dapat  segera kembali menjalankan tugasnya seperti biasa demi negara.
Sebagai menteri kanan dan yang paling berpengalaman, selain Tun Mahathir dalam kabinet sekarang, ketiadaan Muhyiddin tentu saja amat dirasakan serta kembalinya beliau untuk menjalankan tugas sangat-sangat diharapkan.
Selain itu, sesuai dengan Bersatu yang akan mengadakan mesyuarat dan pemilihan buat kali pertama sebelum hujung tahun ini, tentu juga keberadaan beliau tidak kurang pentingnya demi memastikan segala-gala urusan parti berjalan dengan lancar.
Selain Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu yang dilihat tunjang utama, tunjang lain bagi Bersatu pasti saja Muhyiddin selaku Presiden dan salah seorang pengasasnya.
Di bahu beliaulah sebenarnya terletak banyak beban dan tanggungjawab mengenai perjalanan parti yang harus diurus dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Tambahan lagi dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang sibuk dengan pelbagai urusan negara,  pada Muhyiddinlah  harus diberikan kepercayaan serta sokongan yang sebaik-baiknya jika ingin melihat Bersatu benar-benar berjaya dan mampu menjadi parti untuk masa depan dalam negara ini.

Untuk itu, meskipun dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan sekarang, Muhyiddin tetap menzahirkan keprihatinan serta mengambil berat mengenai urusan parti.

Kepada beberapa pemimpin Bersatu yang melawatnya, beliau tetap tidak lupa bertanyakan mengenai hal-hal tertentu berkaitan parti kerana di hatinya tidak lain ialah mahu terus melihat Bersatu ini mampu berperanan dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

Apa pun, sama-sama kita mendoakan agar Muhyiddin segera pulih seperti sediakala dan dapat kembali bertugas demi parti dan negara. 
(ShahbudinHusin 06/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/doa-untuk-muhyiddin.html

.................

Tiada ulasan: