Sabtu, 18 Ogos 2018

ISLAM teratas dalam segala segi tindak tanduk manusia bernama MUSLIM. 8064.


Obama pun pernah Najib perdayakan? 

Malang bila seorang Muslim berpolitik atau cuit-cuit politik, mengenepikan ISLAM sebagai teras hidupnya.

ISLAM teratas dalam segala segi tindak tanduk manusia bernama MUSLIM.

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.”

Akibatnya bila berpidato, bila berblog, bila menghujahkan pendapat sama ada secara lisan atau bertulis, terhemburlah kata nesta, maki hamun, hina menghina, mewar-warkan ghaibah/aib serta bersubahat dengan hal yang sedemikian rupa. Nauzubillah.

Itulah yang diinginkan terjadi oleh pengasas demokrasi. Pokok penting demokrasi ialah Agama (Islam) tidak boleh dicampur adukan dengan politik. Akhirnya itulah yang terjadi manusia semakin rakus dengan politik kerana tidak pernah memikirkan (Agaknyalah) Mahkamah Allah. Tulisan-tulisan, aksi serta tanda lucah ahli politik dan kata-kata kesat, itulah bakan menjadi saksi di alam kubur dan di Alam Akhirat kelak. Astagfirullah.

Bekas duta: Obama terpedaya janji exPM

Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John Malott.

"Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.

"Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinelsemalam.

Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun lepas.

Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.

Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya disalurkan melalui pegawai pertengahan.

Kata Malott, pegawai-pegawai Amerika Syarikat memberitahunya yang Obama "menyenangi" Najib dan presiden Amerika itu gembira meluangkan masa bertemu dan berbual dengan Najib.

Jelasnya lagi, akhbar New York Times melakukan pemerhatian tepat apabila menyifatkan perlawanan persahabatan golf Obama dan Najib di Hawaii pada Disember tahun lalu sebagai istimewa.

Jarang-jarang sekali pemimpin dunia lain menikmati tahap hubungan sedemikian rupa dengan presiden US, katanya.
 Malaysiakini.

Link: (atsixty-zakriali.blogspot.com
***

SEBELUM TUN MAHATHIR MOHON KERAJAAN SEKARANG DISIASAT, ADALAH LEBIH AFDAL MOHON KERAJAAN SIASAT DULU SEGALA PERTUDUHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP PEMERINTAHANNYA SELAMA 22 TAHUN????

Mantan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengisytiharkan perang terbuka terhadap kerajaan UMNO/BN Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menerusi penulisan di laman blognya,  chedet.cc, dengan pelbagai serangan terutamanya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana beliau berasa ia tidak mengapa dan menjadi kesalahan  untuk bertanya banyak soalan berdasarkan apa yang orang lain yang memperkatakan sebagai urusan yang penuh dengan keraguan oleh 1MDB dan Najib, mungkin sudah tiba masanya untuk dia juga menjawab begitu banyak tuntutan rasuah dibuat terhadapnya.


Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - pengurus dana antarabangsa George Soros - yang mengariskan senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.


Soros telah memberikan alasan dan hujah yang amat jelas dan terang terhadap Dr M... antaranya:-


“Your 3 sons are worth US$8 billion. Where do they get this money? Of course, corruption.

“You are known as the Marcos of Malaysia, having enriched yourself to the tune of billions.

“You have more foolishness than most people would believe. Billions are used to build two high rise Petronas buildings that benefit nobody. They now stand tall, a symbol of stupidity and irresponsibility.

“What is this reclamation of 10 islands off Kedah? Totally absurd and stupid. Of course, your benefit is 20%.”

“And the bridge across from Malacca to Sumatra across international waters? Why not build a bridge to the moon? I am sure you still can get your 20%.

“You called me a moron. How can a moron make so much money? By allowing short-selling and borrowing millions of shares from your banks, we fund managers made millions out of your inexperience and poor regulations.

“You lose all Malaysians’ money, therefore you are the moron.”


Dan kemudiannya Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura.


Wartawan Australia, yang telah menetap di Asia selama lebih 40 tahun itu , telah menulis di dalam buku beliau pada tahun 2009,  "Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", bahawa Dr M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.


Wain menulis bahawa sebahagian besar daripada penipuan, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harga timah antarabangsa dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global, berlaku pada 1980-an.


Wain juga menulis bahawa Dr M menggunakan dana rahsia dengan hasrat untuk menjadikan parti UMNO sebuah konglomerat raksasa dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi negara.

Semua ini adalah tuduhan yang serius yang perlu dijawab oleh Dr M, yang setakat ini hanya menolak mereka dengan penafian kosong.

Sejak beliau menjangkakan pentadbiran sekarang perlu dilihat bersih dengan jawapan terperinci untuk apa yang terjadi dengan 1MDB ... Soalan bernilai 1 billion ringgit ... Adakah Dr M amat bersedia bersedia untuk diperlakukan perkara yang sama bagi tuduhan masih belum jelas terhadap dirinya?

Jika bersungguh dan bersedia apa kata dirinya membuat pengistiharan agar kerajaan tubuh suatu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat segala bentuk tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya selama beliau memerintah negara selama 22 tahun sehingga menerima pelbagai jolokan seperti Mahazalim dan Mahafiraun oleh para pengkritiknya.

Tunjukan suatu teladan yang boleh rakyat rasa kesungguhan berniat kononnya mau kerajaan yang melakukan penyelewengan dihukum.

Jadikan slogan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" yang pernah menjadi salah satu dari puluhan slogan semasa pemerintahannya menjadi realiti dan di pratikkan.

Beranikah Tun M sambut akan cabaran ini???????? (omakkau.blogspot.com
***

GAMBAR TAHANAN YANG DISEKSA SEHINGGA MATI OLEH REGIM ASSAD

Gambar sebahagian dari 11 ribu tahanan yang diseksa sehingga mati oleh regim Assad. Sungguh kejam!!!














Sumber: google
http://scriptersnews.blogspot.com/2015/03/gambar-tahanan-yang-diseksa-sehingga.html

***

Mahathir Buat Kejutan Lagi..


Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya siasatan dan audit forensik dijalankan terhadap syarikat yang sarat menanggung hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Blognya, chedet.cc kini tertera kod 403 yang lazimnya bermakna tidak dibenarkan memasuki pelayan web.

Di laman utama turut tertera 'akaun ini digantung'.

Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh polis dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.

Putrajaya pada minggu ini mengesahkan memberi RM950 juta dalam bentuk 'standby credit' kepada syarikat pelaburan strategik negara itu untuk menyelesaikan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

Difahamkan akaun itu tidak boleh diakses sejak 4.30 petang tadi.

Tahun lalu, Facebook dilaporkan menghalang blog chedet.cc milik Dr Mahathir, dipercayai berikutan kritikan hebatnya terhadap Yahudi dalam satu daripada postingnya.   

Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Sementara itu Star Online hari ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia ada kena mengena dengan laman web itu dinafikan akses.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata: Setahu saya, kami tidak ada kena mengena dengan perkara ini. Saya cadangkan anda periksa dengan pemilik blog mengapa laman sesawang itu tidak boleh dibuka.”

Kiriman terakhir Dr Mahathir tulis hari ini ialah mengenai perlunya siasatan forensik polis dijalankan atas tuduhan terhadap 1MDB dan mereka yang terbabit dengannya.

Dr Mahathir berkata “sekadar audit saja” tidak cukup dan jika tiada tindakan diambil, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan merosot. Blog chedet.cc milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses.

Kiriman itu, teksnya disalin semula, dan kini dikongsi di laman akaun Facebook atas nama Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad". Setakat ini, kiriman itu menerima 800 ‘likes’ dan dikongsi lebih 700 kali.

Akaun Facebook yang sama juga dalam satu kiriman lain tidak lama selepas itu berkata blog Dr Mahathir digantung.

"Tiba-tiba chedet.cc tak boleh buka…ada yang panas ke?"

Post mengenai penggantungan blog berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook lain.

“Mereka boleh gantung ikut suka mereka, tetapi sekarang dunia digital. Pasti ada rekod di mana-mana,” kata seorang pengguna.

"1MDB ni kes mahkamah ke?kalu bkn nape suspended blog tu...mana kebebasan bersuara," kata seorang lagi pengguna, sementara ada juga mempersoalkan jika bekas perdana menteri itu kini jadi alat pihak pembangkang untuk mengkritik Putrajaya.

Kira-kira bermula jam 7 malam tadi, blog chedet.cc sudah boleh diakses semula secara sekali-sekala. (Addin) - (atsixty-zakriali.blogspot.com)
***

SAYA TIDAK AKAN LINDUNGI SEBARANG KESALAHAN, DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AKAN TETAP DI PERTAHANKAN TEGAS NAJIB.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak akan melindungi sebarang kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari, bermula hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

“Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.

“Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita buat cara telus.

“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan,” katanya pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata, kerajaan pusat terlebih dahulu perlu menunggu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion, bagi merangsang ekonomi di utara tanah air itu.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri, supaya kerajaan pusat menukar pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini, kepada geran.

“Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman), saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” kata Najib.

Najib juga dilihat tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan.

Buktinya apabila beliau sendiri mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB dalam kadar segera.

Begitu juga dengan Felda yang kini sedang disiasat SPRM. Penyiasatan SPRM terhadap Felda membuatkan Isa Samad seperti cacing kepanasan. Kerana ianya turut melibatkan anak lelaki beliau. Difahamkan Isa berang apabila Najib tidak melayan permintaannya agar SPRM tutup mata.

Kini Isa cuba mengambil kesempatan menumpang sekaki serangan terhadap Najib bersama-sama pembangkang dan Tun Mahathir. Dikatakan Isa telah mengarahkan pegawai beliau, Zahid Mat Arip untuk memulakan serangan terhadap Najib dan Rosmah.

Kini sudah pun menjadi (rahsia) umum yang Zahid Mat Arip telah pun memulakan kerja memburuk-memburukan  PM dan isteri. (omakkau.blogspot.com 
***

Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal

Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100 peguam, yang digelar G100, gagal.

Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.

Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.

Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.

“Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.

“Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100,” katanya.

AGM Majlis Peguam berlangsung tertutup dan hanya untuk peguam sahaja.

Kira-kira 100 peguam pada 21 Februari mendesak Leong menarik balik kenyataan dan memohon maaf terbuka berhubung sabitan kes Liwat II.

Rungutan ahli-ahli berkenaan berhubung kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.

Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar "dianiaya" dan bukannya "didakwa". (atsixty-zakriali.blogspot.com)

My Dashboard. 
Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah melainkan Allah







Tiada ulasan: