Sabtu, 18 Ogos 2018

Satu PRK di Johor. Ahmad Maslan setuju kosongkan kerusi Parlimen Pontian? BetuaaaaH. 8065.


Yes! Ahmad Maslan sedia kosongkan Parlimen Pontian, untuk beri laluan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya. Hahahaha. Baru serupa bikin dengan cakap. 
Ahmad Maslan salah seorang darinya? 
Tahniah... BetuaaaaaH amaT!!!
Sepatutnya Berhujah Dengan Fakta Yang Lebih Menyakinkan Bukan Sekadar Tembak Peluru Tabur Lepas Tu Lari 7908
Saturday, 18 August 2018
JIKA BENAR UMNO JUGA MAHU ANWAR JADI PERDANA MENTERI, KENAPA TIDAK PARTI ITU YANG KOSONGKAN KERUSI?

Semakin hari berlalu, walaupun di mulutnya berkata tidak mahu tergesa-gesa, tetapi riak ikan di air jelas memperlihatkan Anwar Ibrahim sudah tidak sabar lagi untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.

Terbaru, beliau menyatakan banyak pihak datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi masing-masing bagi memberinya laluan bertanding sebagai Ahli Parlimen.

"Sejak kembali dari Turki, berpuluh Ahli Parlimen datang jumpa saya dari semua parti dan kita berbeza pendapat semasa pilihanraya, tetapi kita tidak ada permusuhan peribadi," kata beliau.

Beliau seterusnya menyebut, antara Ahli Parlimen yang datang menemuinya dan sedia mengosongkan kerusi itu adalah daripada Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga Kedah.

Beliau sekali lagi mengulangi, ia bukan saja daripada Ahli Parlimen PKR, tetapi merangkumi semua parti.

Perghhh...hebat...

Selain itu, Anwar juga mengatakan keinginannya untuk menjaga Parlimen dan menguruskan sebarang pembaharuan institusi itu meskipun beliau tidak berada dalam kerajaan.

"Biar Tun Mahathir memberi tumpuan dalam mentadbir negara," tambah Anwar yang baru-baru ini disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.
Dalam waktu yang sama, Anwar terus mengulangi kenyataan bahawa beliau buat masa ini tidak mahu tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen.

"Sebaik ada keputusan untuk saya bertanding dan menjadi Ahli Parlimen, saya akan maklumkan terlebih dahulu perkara itu kepada Tun Mahathir," tegas Anwar.

Daripada beberapa kenyataan Anwar kebelakangan ini, sekali imbas memang ia memperlihatkan seperti beliau masih boleh bersabar dan tidak mahu tergesa-gesa untuk menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi jika diteliti gerak langkahnya pula bagai memberi gambaran beliau begitu ingin untuk menggantikan Tun Mahathir secepat mungkin yang boleh.

Selain dilihat kerap menemui pelbagai pihak dalam masyarakat untuk mengukuhkan kedudukannya, gaya kempen yang digerakkan oleh kem Rafizi Ramli dengan menyasarkan kecaman kepada Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali dianggap banyak pihak sebagai tindakan "baling batu sembunyi tangan" oleh Anwar sendiri.

Anwar sendiri tidak menghalang gaya kempen sedemikian rupa, malah tegurannya yang mengingatkan pihak yang bertanding menggunakan etika, tidak memfitnah dan tidak menggunakan kedudukan untuk meraih undi, tidak lebih sekadar teguran biasa-biasa saja.

Yang lebih menarik, UMNO sendiri, meski berbeza parti, turut mahu Anwar cepat-cepat menjadi Perdana Menteri.

Zahid Hamidi sebelum ini secara terbuka menzahirkan keyakinan Pakatan Harapan akan tumbang dan UMNO akan kembali menjadi kerajaan sebelum PRU15.

"Saya baik dengan semua orang, termasuk orang yang baru keluar penjara," katanya yang jelas merujuk kepada Anwar.

Annuar Musa pula menyatakan negara kini memerlukan Anwar sebagai Perdana Menteri bagi memastikan kedudukan Melayu dan Islam tidak terus terancam.

"Hanya Anwar yang mampu memulihkan keadaan, malah sejak dulu lagi perjuangannya cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-Raja dan ummah," tambah Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.

Tidak ketinggalan, Ahmad Maslan juga mahu Anwar cepat-cepat menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.
Berucap di Parlimen, Ahmad berkata, beliau berharap akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi bagi membolehkan pemberian bantuan dan elaun kepada petani dapat disegerakan.

Tidak dipastikan apakah tindakan beberapa pemimpin UMNO begitu beria-ia mahukan Anwar jadi Perdana Menteri itu hanya untuk menyakitkan hati Tun Mahathir atau kerana keyakinan terhadap Presiden PKR itu atau sememangnya ada perjanjian sulit di belakang tabir antara kedua-dua pihak.

Yang peliknya, sementara mereka ghairah melonjakkan nama Anwar itu, mengapakah tidak pernah kedengaran ada pemimpin UMNO mahu Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri?

Tetapi, jika benar UMNO mahukan Anwar cepat-cepat jadi Perdana Menteri, mengapa tidak parti itu saja yang menawarkan satu kerusi Parlimen paling selesa dan selamat untuk ditandingi oleh Presiden PKR dalam waktu terdekat ini?

Kenapa takut untuk mengorbankan satu kerusi demi Anwar, sedangkan beria-ia mahu beliau cepat-cepat jadi Perdana Menteri? 

(ShahbudinHusin 18/08/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 10:43
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/jika-benar-umno-juga-mahu-anwar-jadi.html
Shahbudin dot com: JIKA BENAR UMNO JUGA MAHU ANWAR JADI PERDANA MENTERI, KENAPA TIDAK PARTI ITU YANG KOSONGKAN KERUSI?

Comments:

  1. Tolong bagi tau Mat Nuar....banyak sangat foreplay pun tak bagus juga....boleh hilang keghairahan dan anti climax...at the same time tergopoh- gapah xdan tak sabo- sabo boleh menyebabkan pre- mature ejaculation....maknonyo molopeh layi nak jadi PM. untuk kesekian kalinyo
    ...
    Sebaiknya Mat Nuar duduk diam- diam, pi sembang di kedai kopi jumpa oang-orang kampong serata tempat...berkenalan dan bersembang...jangan sembang bab politik tapi hal biasa- biasa....bila penat pegi surau wirid dan berdoa kpd Allah seiklas hati....jika dikehendakiiNya jadilah kdmu PM...jika tidak memang bukan rezeki kamu..... banyak menyebuk sana sini bikin ramai orang meluat sama kamu....

kítα ѕєmuα tαu вlσg вudín ní pєnчσkσng tєgαr вєrѕαtu tun m, jαdí tαk hαírαn jíkα вαnчαk ѕчαk wαѕαngkα kєpαdα dѕαí. kítα ѕєmuα mαklum dѕαí íkhlαѕ dαlαm kєluαrkαn kαtα2, hαnчα mєrєkα чαng вєrlαínαn ídєσlσgí чαng cαkαp вєrlαkσn. dѕαí tєlαh hαвíѕkαn lєвíh 10 tαhun dαlαm pєnjαrα dєmí pєrjuαngαn untuk rαkчαt. mєrєkα чαng вєrkσkσk mєmвídαѕ dѕαí hαnчα lαh mєrєkα чαng ѕєlαmα íní mєnjαdí pєmєrhαtí dαn tídαk tєrlíвαt dαlαm pєrjuαngαn mєrєdαh wαtєr cαnσn, вєrmαlαm dí lσkαp, dítєrαjαng, díhínα dαn вєrnαcαm2 dugααn dαn ríntαngαn чαng dítєrímα. jαdí ѕєtєlαh mєnjαdí mαlαчѕíα вαru mudαh2αn ѕєmuα вαík umnσ, вn, pαѕ, gєrαkαn αtαu αpα ѕαjα pєgαngαn pσlítík mєrєkα вєвαѕ mєmвuαt kєnчαtααn αѕαlkαn tídαk fítnαh, mєncurí αtαu nєrσmpαk. αdα fαhαm kαh dєngαn kєnчαtααn αku чαng вukαn αhlí mαnα2 pαrtí pσlítík pun.
Nasib anda lah ada gerobok untuk simpan sepatu. Rakyat biasa ha nya ada rak sahaja, kalau tidak, sepatu letak bersepah sahaja di tepi pintu.

Tapi, memang lah "mєrєkα чαng вєrkσkσk mєmвídαѕ dѕαí hαnчα lαh mєrєkα чαng ѕєlαmα íní mєnjαdí pєmєrhαtí dαn tídαk tєrlíвαt dαlαm pєrjuαngαn mєrєdαh wαtєr cαnσn, вєrmαlαm dí lσkαp, dítєrαjαng, díhínα dαn вєrnαcαm2 dugααn dαn ríntαngαn чαng dítєrímα." Sebab mereka rakyat yang patuh kepada undang undang, bertingkah laku dan "berkokok" dengan sederhana.

Dan yang "mєncurí αtαu nєrσmpαk" itu ia lah Najib dan gerombolan nya.

Jangan salah orang, wahai sepatu.

Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong, Seri Setia.

BALAKONG | SERI SETIA | Hari ini adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil(PRK) Balakong dan Seri Setia di Selangor - kira-kira 100 hari selepas PRU14 pada bulan Mei.

Dua kerusi Pakatan Harapan itu menjadi kosong selepas kematian penyandangnya - ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 20 Julai, manakala ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos kerana kanser kolon.

Pencalonan ditetapkan untuk bermula pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 10 pagi.

Proses penamaan calon bagi PRK Balakong di Pejabat Daerah Hulu Langat manakala PRK Seri Setia: Proses penamaan calon di Dewan Sivik, MBPJ

Manakala bendera Pakatan Harapan dikibar secara rasmi buat pertama kali, iringi calon PH di PRK Balakong dan Seri Setia.

PRK Balakong, Calon MCA Tan Chee Teong serah borang pada pukul 9.07 pagi. PRK Seri Setia: MCA catat sejarah buat pertama kali guna logo parti sendiri

Manakala calon DAP, Wong Siew Ki serah borang pada pukul 9.12 pagi. 

Di Seri Setia: Calon PH Halimey Abu Bakar serah borang pencalonan.
-malaysiakini
at 8/18/2018 11:03:00 PG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/bendera-harapan-dikibar-buat-pertama.html
KERENGGA: Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong, Seri Setia.

PRK Seri Setia, Belakong saksi perlawanan satu lawan satu

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu masing-masing antara calon Pakatan Harapan dan PAS dan DAP.

Di Seri Setia ia melibatkan calon HARAPAN, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar, 46, dan calon PAS, yang juga bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, 58.

PRK Balakong pula akan menyaskikanpertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan dan MCA antara Tan Chee Tiong (MCA) dengan Wong Siew Ki (DAP).

Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain membuat pengumuman itu pada pukul 10.37 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) di sini, hari ini.

Mohd Azizi berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon HARAPAN pada pukul 9.10 pagi, manakala daripada calon PAS, pukul 9.15 pagi.

Proses penamaan calon yang berlangsung selama sejam ditutup pada pukul 10 pagi.
- Bernama
at 8/18/2018 11:07:00 PG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/prk-seri-setia-belakong-saksi.html
KERENGGA: PRK Seri Setia, Belakong saksi perlawanan satu lawan satu

PRK Seri Setia: Pemimpin PAS, Umno iringi Dr Halimah
Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Lebih 1000 penyokong dan pemimpin PAS serta Umno mengiringi calon PAS Dr Halimah Ali ke pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ pagi ini.

Pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Islandar Samad dan Idris Ahmad.

Sementara itu, pemimpin Umno yang turut hadir ialah Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri; Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad; Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Lokman Noor Adam serta 100 penyokong.

Calon PAS Dr Halimah tiba di Dewan Sivik MBPJ kira-kira jam 8.30 pagi selepas berarak dari bangunan Maybank.
Sementara itu, calon PKR, Halimey Abu Bakar yang berbaju biru, tiba kira-kira jam 8.45 pagi diiringi antara pemimpian Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Zuraida Kamarudin, Dr Mariah Mahmud, Amirudin Shari, Maria Chin, Tian Chua, Nik Nazmi dan lebih 300 penyokong.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat kanser kolon pada 2 Ogos lalu.

Proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada am 10 pagi tadi. Tidak kelihatan calon daripada parti lain atau pun calon Bebas menyerahkan borang pencalonan mereka.

Pilihan raya kecil kali ini akan menyaksikan bendera PH digunakan buat pertama kali dalam pilihan raya selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan 29,250 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Yusoff HM Haniff yang memperolehi 9,878 undi, calon PAS, Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas, Dr S Vignes (217).

PRK Seri Setia akan diadakan serentak dengan PRK Balakong, di mana hari penamaan calon berlangsung hari ini dan hari mengundi pada 8 September nanti.
at 8/18/2018 11:57:00 PG
KERENGGA: PRK Seri Setia: Pemimpin PAS, Umno iringi Dr Halimah
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/prk-seri-setia-pemimpin-pas-umno-iringi.html

https://babab.net/artikel/umno-penggadai-yang-jahatnya-ramai-tidak-tahu-8061.html
Umno Penggadai Yang Jahatnya Ramai Tidak Tahu 8061


Umno Penggadai Yang Jahatnya Ramai Tidak Tahu 8061

Umno Penggadai Yang Jahatnya Ramai Tidak Tahu 8061

pada 17/8/2018 jumlah : 19 hits
Tuesday April 23 2013Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah Melayu akan ...












Kenapa Umno Benarkan Najib Kempen Prk Soal Johari


Kenapa Umno Benarkan Najib Kempen Prk Soal Johari

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 13 hits
Ketua Umno bahagian Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan keputusan Umno menurunkan Datuk Seri Najib Razak ke Sungai Kandis untuk berkempen dalam pilihan raya kecil yang menyaksikan kekalahan teruk parti itu Foto Bernama Ketua Um...


Umno Selangor Gesa Bincang Libatkan Najib Dalam Kempen Prk


Umno Selangor Gesa Bincang Libatkan Najib Dalam Kempen Prk

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 18 hits
Umno Selangor mencadangkan parti membincangkan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kempen pilihan raya kecil selepas ini selepas kehadirannya menjadi pertikaian ahli Foto BHOnline Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahma...


Why Is Ag S Former Law Firm Representing 1mdb Umno Youth


Why Is Ag S Former Law Firm Representing 1mdb Umno Youth

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 15 hits
Umno Youth has questioned why the former law firm of attorney general Tommy Thomas is representing 1MDB in its claim over the superyacht Equanimity The wing s young lawyers secretariat chairperson Nik Saiful Adli Burhan said this could lead...


Yang Boleh Pulihkan Umno Hanya Ada Dua Anwar Atau Mahathir


Yang Boleh Pulihkan Umno Hanya Ada Dua Anwar Atau Mahathir

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 17 hits
Di dalam umno pun terbahagi dua ada yang nak Anwar ada yang nak Mahathir Pemimpin kanan lebih gemar Anwar kerana banyak yang boleh di kompromi Pemimpin kecil dan akar umbi lebih mahukan Mahathir untuk kembali kepada perjuangan asal PAS hany...


Umno Tolonglah Jangan Buang Masa Lagi Pertahan Najib Anuar Musa


Umno Tolonglah Jangan Buang Masa Lagi Pertahan Najib Anuar Musa

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 121 hits
Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden Datuk Seri Najib Razak Beliau juga menyifatkan Najib yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah salah guna kuasa dan pengubahan wang ha...


19 Ingatan Baik Buat Umno


19 Ingatan Baik Buat Umno

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 27 hits
1 Keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis sangat penting kerana merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 14 yang menyaksikan Umno berkolaborasi dengan Pas PRK ini menyaksikan isu isu yang kita bangkitkan mengenai kegagalan ...


Najib Kini Sejarah Umno Perlu Rehatkannya Dari Kempen Prk


Najib Kini Sejarah Umno Perlu Rehatkannya Dari Kempen Prk

papar berkaitan - pada 9/8/2018 - jumlah : 37 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis sangat penting kerana merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 14 yang menyaksikan Umno berkolaborasi dengan PAS PRK ini menyaksikan isu isu yang kita bangkitkan mengenai kegagalan Pa...


Insulting Umno Charge Prosecution Drops Appeal Against Rafizi S Acquittal


Insulting Umno Charge Prosecution Drops Appeal Against Rafizi S Acquittal

papar berkaitan - pada 8/8/2018 - jumlah : 12 hits
Shah Alam High Court had acquitted Rafizi of the charge on July 13 last year Rafizi Ramli had earlier been charged with intentionally insulting and provoking anger among Umno members through a statement he made four years ago PUTRAJAYA The ...

.....






















Tiada ulasan: