Jumaat, 10 Ogos 2018

Kain cet - penghinaan dan perlekehan seseorang. 8004.


Singapura jadikan Johor ‘tong sampah’ buang sisa arsenik, dakwa Adun Senggarang
Malaysia Dateline
AMNI JAGAT
Khairuddin A Rahim (kiri) sedang menunjukkan kawasan di mana sisa arsenik di lupuskan.
Negeri Johor bernasib malang apabila negeri yang berdekatan dengan negara Singapura ini dakwaan menjadi tempat pembuangan sisa arsenik dari negara tersebut.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A Rahim yang menjelaskan terdapatnya kegiatan pembuangan sisa arsenik di Sungai Tiram Johor.

Khairuddin yang merupakan Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mendakwa kegiatan itu datang dari negara jiran Singapura.

“Sebanyak 2000 tan metrik sisa berjadual itu dibawa masuk dan dibuang ke Johor setiap bulan. Ini mendatangkan mudarat kepada rakyat di negeri ini yang terpaksa berhadapan dengan perkara itu.

“Keistimewaan apakah yang dimilki dari negara jiran tersebut yang menjadikan Johor sebagai tong sampah dan tempat pembuangan sisa dari mereka?

“Ini sangat serius dan perkara ini telah berlarutan lama dari pemerintahan sebelum ini. Ia perlu dibendung segera agar perkara sebegini dapat dihentikan,” ujar Khairuddin ketika dihubungi.
Khairuddin A Rahim (kiri) menunjukkan tempat pelupusan yang tidak boleh dimasuki.
Sehubungan dengan itu, Khairuddin akan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib untuk menyiasat akan perkara tersebut.

“Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kerana pihak kami mendapat laporan terdapatnya kegiatan rasuah yang berlaku.

“Selain itu, dalam sidang Dewan Negeri Johor yang bakal berlangsung pada 9 Ogos 2018 akan datang, perkara ini akan dibangkitkan agar pihak kerajaan mengambil maklum akan perkara ini,” katanya.

Beliau juga akan membawa perkara tersebut ke peringkat nasional sekiranya perkara yang berlaku ini membabitkan keharmonian di antara kedua buah negara, Malaysia dan Singapura.
at 8/10/2018 10:34:00 PG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/singapura-jadikan-johor-tong-sampah.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
UMNO tak perlu pertahankan saya - Najib

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, parti itu tidak perlu mempertahankan dirinya kerana beliau berupaya mempertahankan diri sendiri dalam melalui keadaan sekarang.

Katanya, segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap dirinya, bukan UMNO. Justeru, adalah tidak adil untuk UMNO menanggung beban.

“UMNO tidak perlu mempertahankan saya terhadap fitnah yang dilemparkan ini. Melalui perbicaraan yang adil, saya yakin dapat mempertahankan diri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau sebentar tadi.

Pagi tadi Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM42 juta menerusi akaun peribadinya.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil kegiatan haram atau RM5 juta, atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Najib, yang melahirkan rasa yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan ke atas dirinya, sebaliknya menegaskan kesalahan dilakukan hanyalah kerana beliau cuba melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang berjaya membawa Malaysia hampir meraih status ekonomi maju dan menikmati ketenteraman serta keamanan sejak Merdeka, jasa UMNO kepada negara tidak boleh dinafikan begitu saja.

Katanya, perjuangan parti berniat baik dan beliau akan terus menjadi ahli UMNO yang setia serta bersedia untuk menghulurkan bantuan jika parti memerlukan, malah akan terus bersuara terhadap apa-apa isu yang menjejaskan rakyat mahu pun negara.

“Saya berhak menggunakan kebebasan bersuara saya dan berhak mempertahankan diri jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadap saya atau kerajaan BN lalu,” katanya yang menjelaskan sebagai Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen, beliau memiliki pengalaman dan pengetahuan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan lalu.

Najib turut mempertahankan tindakan turun berkempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis minggu lalu, dengan menyifatkannya sebagai menunaikan permintaan Datuk Lokman Noor Adam, yang meminta bantuan beliau.

Lebih-lebih lagi katanya, ia adalah satu tugas yang berat bagi kerusi berkenaan, kerana PKR adalah penyandang dengan majoriti besar pada pilihanraya lalu.

“Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi presiden UMNO lagi, kepimpinan UMNO baharu perlu diberi kepercayaan dan ruang untuk buktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Najib turut memuji Lokman dan pasukannya kerana melakukan yang terbaik bagi PRK Sungai Kandis.

Pada PRK Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi berbanding majoriti 12,480 pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/umno-tak-perlu-pertahankan-saya-najib.html

Ini isi surat Musa kepada Speaker Dun Sabah
KOTA KINABALU - Tan Sri Musa Aman malam ini mengumumkan kandungan suratnya bertarikh 30 Julai yang dialamatkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah susulan laporan berita dalam media portal arus perdana mengenai tempoh akhir untuk beliau dan anaknya, Yamani Hafez mengangkat sumpah jawatan, masing-masing sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli Parlimen Persekutuan.

Tengku Fuad Tengku Ahmad yang juga Peguam Utama Musa berkata anak guamnya dalam surat itu memberitahu Speaker bahawa beliau sedang menjalani siri rawatan perubatan dan ujian dan telah dimasukkan ke hospital dan oleh itu, adalah tidak selamat dan boleh menjejaskan kesihatannya jika beliau melakukan perjalanan.

Menurut Tengku Fuad, dalam surat tersebut, Musa juga memaklumkan kepada bahawa beliau sedang menunggu keputusan pelbagai ujian perubatan, diagnosis, serta prognosis masa depannya berkaitan keadaannya untuk menentukan terlebih dahulu, keperluan perubatannya dan yang kedua bila yang ia mungkin selamat untuk beliau melakukan perjalanan yang mengambil masa lama untuk kembali ke Sabah.

“Secara khusus, doktor Tan Sri harus menentukan cara terbaik untuk merancang rawatannya pada masa depan selain membuat perancangan untuk penjagaan kesihatan apabila beliau kembali ke Sabah.

Dokumen yang menyokong keadaan perubatan serius Tan Sri telah dikemukakan kepada Speaker untuk pertimbangannya.

“Pada masa ini, Tan Sri Musa, atas nasihat doktor perubatannya, telah membayangkan bahawa beliau tidak dapat dari segi fizikal untuk melakukan perjalanan dan bahawa sebarang perjalanan boleh memudaratkan kesihatannya. Oleh itu, Tan Sri Musa telah menyatakan rasa kesal yang mendalam bahawa beliau mungkin tidak dapat secara fizikal berada di Sabah untuk upacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Undangan Negeri,” kata Tengku Fuad dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Fuad berkata anak guamnya dalam surat itu telah memohon daripada Speaker keizinan khas dan lanjutan masa untuk mengangkat sumpah jawatan atas sebab-sebab perubatan dengan budi bicara mutlak untuk memberikannya terletak pada Speaker.

Tengku Fuad berkata dalam surat tersebut, Speaker telah dimaklumkan sepenuhnya tentang keadaan perubatan serius Tan Sri Musa.

Seterusnya, kata Tengku Fuad, Tan Sri Musa telah memberi jaminan untuk memaklumkan kepada Speaker mengenai perkembangan kesihatannya dan juga telah menawarkan untuk memberikan laporan perubatan lengkap kepada Speaker sekiranya ia memerlukan.

“Tan Sri Musa mengambil kesemapatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan supaya beliau segera sembuh. Tan Sri Musa juga memberi jaminan kepada semua bahawa beliau akan kembali tidak lama lagi dan bahawa beliau akan dan layak menduduki jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah secara sah di sisi undang-undang,” kata Tengku Fuad. 
-Bernama
at 8/10/2018 09:30:00 PG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/ini-isi-surat-musa-kepada-speaker-dun.html

SUKAN»Lain-lain (Sukan)
Jumaat, 10 Ogos 2018 | 10:15am
PM mahu kontinjen Sukan Asia negara ulangi kegemilangan
Oleh Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kontinjen Sukan Asia 2018 negara mampu mengulangi kedudukan berada dalam kelompok 10 terbaik bagi temasya kali ini sebagaimana dicapai pada Sukan Asia Guangzhou, China pada 2010.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak mengapa kontinjen negara tidak boleh mengulangi kegemilangan berkenaan kali ini atau melakukan lebih baik.

"Saya yakin kontinjen kali ini amat berkemampuan untuk mencatatkan kejayaan yang Iebih bermakna, insyaAllah.
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama atlet selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
"Ini kerana kita juga mempunyai atlet-atlet bertaraf dunia seperti Al Jufferi Jamari (silat), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Wong Weng Soon (Wushu) dan tidak kurang hebatnya pasukan boling wanita dan skuad hoki lelaki kita," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Sukan Asia 2018 di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong; Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Hadir sama, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, dan Chef de Mission Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama atlet selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018 di Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Edisi yang berlangsung di Jakarta dan Palembang itu bakal membuka tirai saingan mulai 18 Ogos hingga 2 September ini.

Pada edisi kali ini, kontinjen negara akan diwakili 426 atlet dan 147 pegawai dengan atlet negara akan bertanding dalam 35 daripada 40 jenis sukan.

Bagi temasya di Guangzhou, kontinjen negara membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa dan berada pada di tempat ke 10 daripada 45 negara.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/08/460172/pm-mahu-kontinjen-sukan-asia-negara-ulangi-kegemilangan

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
CD apa yang diberi pada Najib?
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat permohonan di mahkamah esok untuk mendapatkan dokumen perbicaraan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Dokumen berkenaan sebelum ini diserahkan kepada pihak pendakwaan dalam bentuk cakera padat (CD).

Sumber berkata, pasukan peguam bela melihat perkara itu secara serius apabila mereka hanya dibekalkan CD yang didakwa mengandungi dokumen perbicaraan semalam.

Mereka berkata demikian selepas pasukan pendakwaan yang diketuai Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria memberikan "alasan" di mahkamah bahawa dokumen berkenaan belum siap.

"Seorang anggota pasukan pendakwaan telah menyerahkan CD yang ditandakan dengan huruf 'A' kepada pasukan peguam bela semalam.

"Terdahulu di mahkamah, mereka mendakwa dokumen itu belum siap," kata sumber.

Sumber terbabit juga menyatakan penyerahan dokumen dalam bentuk CD itu bukan amalan biasa dan jelas adalah 'salah'.

"Ia sepatutnya dalam bentuk dokumen yang mesti disediakan mengikut indeks yang mesti ditandatangani oleh penerima. Dokumen mestilah dalam bentuk hard copy," katanya sambil menambah Najib juga bingung dengan penyerahan CD berkenaan.

Sumber itu berkata pasukan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bimbang dokumen-dokumen dalam CD itu mungkin tidak lengkap dan akan melambatkan persediaan mereka.

"Mereka perlu melihat dokumen-dokumen lengkap supaya mereka dapat menilai betapa kuatnya kes ini, dan ini termasuk melihat bagaimana saksi-saksi itu boleh dipercayai."
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/cd-apa-yang-diberi-pada-najib.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
'RM18 bilion itu tidak hilang tapi...' dedah Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa kutipan RM18 bilion bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga, tidak hilang.

Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, wang terbabit dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan.

“Jika wang itu dibelanjakan untuk tujuan yang tidak mematuhi peraturan atau ‘treasury instruction’ (arahan Perbendaharaan), itu baru namanya kecurian.

“Jika wang itu dibelanjakan untuk pelbagai projek melalui bajet atau cabang bajet, maka peruntukan tambahan perlu dikemukakan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

“Bagaimanapun, jangan menuduh untuk memberi persepsi semuanya kesalahan kerajaan lalu kerana kerajaan dulu juga didukung oleh pegawai Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Guan Eng sekali lagi membangkitkannya di Dewan Rakyat semalam dan dilaporkan berkata, audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.

Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 bilion (35 peratus) 2017; RM2.8 bilion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.

Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, sekali gus memperlihatkan kekurangan kira-kira RM18 bilion.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/rm18-bilion-itu-tidak-hilang-tapi-dedah.html

Marina tergamam baca surat terbuka Dr. Nur IIyani
Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir
1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.

8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!
Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018-
at 8/10/2018 08:32:00 PG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/marina-tergamam-baca-surat-terbuka-dr.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Anuar Musa masih 'takut' dengan Najib?
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa telah menjelaskan kenyataannya dalam sebuah portal berita berhubung bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber parti itu berkata Anggota Parlimen Ketereh itu bertemu Najib di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

"Najib jelas kecewa dengan Annuar (kerana artikel itu) tetapi dia memberikan penjelasan mengenai versi yang 'betul' kepada Najib," katanya.

Ketika dihubungi, Annuar mendakwa The Malaysian Insight - yang memetik beliau sebagai berkata bahawa bekas perdana menteri itu merupakan beban yang tidak boleh lagi dipikul Umno - telah memutarbelitkan kenyataannya.

Annuar berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dengan portal berita berkenaan, yang kemudian bersetuju untuk membuat pembetulan.

Bagaimanapun, Annuar enggan mendedahkan bahagian mana dalam tembubual itu telah diambil di luar konteks kerana tidak mahu terlibat dalam polemik berkenaan.

"Saya tidak ragu-ragu untuk bekerjasama dengan media (memberikan temubual) tetapi saya berharap mereka mematuhi etika tertentu - tidak lebih, tidak kurang," katanya.

Annuar mendakwa artikel tersebut mengandungi perkataan seperti "serangan" yang tidak disebutkan semasa wawancara tersebut.

Dalam artikel itu, beliau juga dipetik sebagai berkata Umno tidak sepatutnya membuang masa mempertahankan Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/anuar-musa-masih-takut-dengan-najib.html

Jadi siapa punya duit RM3.5 juta di PMO?
Hariz Mohd
Tidak ada mana-mana pihak tampil membuat tuntutan terhadap wang tunai RM3.5 juta yang didakwa dicuri daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) oleh seramai 17 pengawal keselamatan pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sumber memberitahu Malaysiakini, sehingga kini tiada laporan dibuat kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kehilangan wang tunai berkenaan.

Perkara itu turut disahkan oleh polis Putrajaya dan SPRM ketika dihubungi hari ini.

"Tiada laporan mengenai wang yang dicuri itu atau apa-apa pun. Pihak berkuasa hanya mula menyiasat pengawal keselamatan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kemewahan mereka," kata seorang sumber.

Satu lagi sumber mengatakan maklumat itu merupakan sebab mengapa SPRM mengambil alih kes itu dan bukannya polis seperti kebiasan dalam mana-mana kes kecurian atau pecah masuk.

"Itulah sebabnya apabila kes itu dibuka, pihak berkuasa melihatnya sebagai kes rasuah," kata sumber itu.

Seramai 17 petugas keselamatan sebelum ini ditahan reman oleh SPRM kerana didakwa mengambil wang tunai berjumlah RM3.5 juta.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mengambil wang itu - yang dikatakan SPRM merupakan sebahagian dana pilihan raya Umno- selepas mengetahui "kekalahan BN dalam PRU"

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan memberitahu Malaysiakini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kecurian atau rompakan wang RM3.5 juta daripada PMO.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan yang dibuat dengan kami (polis). Mungkin mereka (pemilik wang tunai) melaporkannya kepada SPRM kerana suruhanjaya itu menjalankan siasatan. Cuba semak dengan mereka," katanya.

Kereta, motosikal disita

Malaysiakini kemudian menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengatakan tiada siapa datang ke agensi itu untuk menuntut wang tunai berkenaan.

Ketika ditanya, beliau juga mengesahkan SPRM memulakan siasatan berdasarkan maklumat mengenai pengawal-pengawal keselamatan berkenaan yang dikatakan mempamerkan kemewahan secara tiba-tiba.

Azam, bagaimanapu enggan mendedahkan butiran lanjut dan mengatakan kes itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, SPRM telah merampas banyak barangan berharga dan aset daripada 17 suspek, termasuk kenderaan mewah.

Menurut sumber, SPRM merampas antara lain kereta Volkswagen GTI, tiga kereta Honda, Perodua Alza dan dua motosikal.

SPRM juga setakat ini telah menyita lima kereta dan 11 motosikal.

Mereka juga merampas sejumlah besar barang kemas, 11 telefon bimbit, dan pelbagai peralatan elektrik.

Azam berkata suruhanjaya itu masih mengira nilai semua barangan dan sedang mengumpulkan bukti.
-malaysiakini
at 8/09/2018 11:31:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/jadi-siapa-punya-duit-rm35-juta-di-pmo.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Rafizi dakwa Azmin mahu berpakat dengan PAS
Di tengah kehangatan bahang pemilihan PKR, naib presiden parti itu, Rafizi Ramli, mendakwa pesaingnya untuk jawatan timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Selain Azmin, Rafizi turut menamakan dua lagi pemimpin kanan PKR iaitu ketua wanitanya, Zuraida Kamaruddin dan seorang lagi naib presiden, Tian Chua.

Kata Rafizi mereka menyokong kerjasama PKR dengan PAS bagi mengelakkan Pakatan Harapan (HARAPAN) berdepan dengan pertembungan tiga penjuru.

Pendedahan itu dibuat Rafizi selepas tinjauan kaji selidik menerusi telefon dijalankan pihaknya kepada ahli PKR menerima kritikan daripada penyokong Azmin.

"Pasukan saya di Invoke bertanggungjawab menjalankan kaji selidik dan memprofil pengundi-pengundi sepanjang kempen PRU ke-14 yang lepas.

"Antara lain, saya bertegas sejak awal bahawa pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS akan memberi kemenangan kepada PKR/Pakatan Harapan, walaupun saingan saya Datuk Seri Azmin Ali menentang kerjasama dengan Pakatan Harapan dan mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru melalui kerjasama politik dengan PAS.

"Oleh kerana Invoke mempunyai data pengundi yang membolehkan kami membuat kajianlah, maka saya dan sahabat-sahabat berjaya meyakinkan pimpinan untuk meneruskan pertandingan tiga penjuru, walaupun pimpinan lain seperti Datuk Seri Azmin, saudara Tian Chua, saudari Zuraida mahu meneruskan kerjasama dengan PAS," kata Rafizi.

Pada pemilihan PKR yang dijadual bermula 14 September depan, Rafizi akan mencabar Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR yang kini disandang menteri hal ehwal ekonomi itu.

Manakala Zuraida akan bertanding merebut jawatan naib presiden dan Tian pula akan mempertahankan jawatannya - juga sebagai naib presiden PKR.

Kedua-dua Zuraida dan Tian dilihat berada dalam kem Azmin.

Pada pilihan raya umum lalu, HARAPAN yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya menumbangkan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun.

PAS pula bersendirian membentuk gabungan yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera, memenangi dua negeri di Kelantan dan Terengganu.

Menurut Rafizi, tidak ada pihak daripada kalangan pimpinan PKR atau HARAPAN sebelum ini menuduh beliau serta Invoke melanggar undang-undang.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/rafizi-dakwa-azmin-mahu-berpakat-dengan.html
https://www.facebook.com/events/1910937828944239/?active_tab=discussion

Tiada ulasan: