Jumaat, 10 Ogos 2018

Pra matang - matang - tidak matang. 8005.


Bukan salah ibu mengandung. 

Tetapi itulah penyerlahan hasil didikan keluarga kepada anaknya. Bila ilmu yang merupakan hak Allah Subhanahuwatalla disalah gunakan. Disalah gunakan bila mengenepikan Islam dalam tindak tanduknya. Walau dengan apa cara sekali pun, dalam bidang apa pun, beraktiviti dan sebagainya, Islam adalah teras yang mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dipertikaikan. 

Kadang kala manusia menzahirkan sesuatu dengan cara provokasi. Provokasi sendiri yang meleburkan impian keperibadian tinggi diri seseorang itu sendiri. Hal ini terjadi bila seseorang terikut-ikut dengan emosi yang membentuk egois. 

Provokasinya menzahirkan titik tiada sikap hormat-menghormati, hilang hala tuju matlamat yang mahu dibawa atau diketengahkan dan akhirnya orang lain nampak kelemahan dirinya serta apa yang diperkatakan tidak wajar difikirkan dan dituruti. Maka jadilah seseorang itu tidak matang, lebih-lebih lagi apabila poin pra matang menyisih jauh dari perwatakan dan keperibadian seseorang. 

Isu LGBT: Bahasa Siti Kasim tak matang, kata mufti
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sekali lagi mengajak peguam kontroversi, Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Dulu Puan Siti Kassim telah kita jemput untuk satu majlis dialog terbuka tentang isu Islam di Malaysia. Beliau enggan datang dengan alasan-alasan beliau.

“Padahal, ia satu dialog yang adil selaras dengan semangat Malaysia baharu yang ingin menjadikan dialog matang sebagai pentas penyuburan pemikiran rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar di Facebook.

Menurut beliau, Siti Kasim sekali lagi bising kali ini berkaitan LGBT dan bahasa yang digunakan Siti Kasim sangat tidak matang.

“Hari ini beliau bising lagi pasal LBGT, seakan akan undi beliau dan golongan LGBT sahaja yang menyebabkan kerajaan hari ini memerintah.

“Sangat tidak matang cara bahasa dan gaya yang dipertontonkan. Apatahlagi jika mahu diukur dari nilai budaya timur dan nusantara kita yang santun dan berbudi bahasa. Sangat janggal. Bimbang jika watak seperti itu dilihat oleh anak-anak kita yang masih mentah.” katanya.

Mohd Asri berkata, dialog adalah sesuatu yang adil dilakukan dan selaras dengan semangat Malaysia baru yang ingin menjadikan dialog matang sebagai pentas penyuburan pemikiran rakyat.

Mengulas lanjut, mufti itu berharap ada pihak yang boleh menganjurkan dialog beliau bersama Siti Kassim.

Beliau juga percaya terdapat ramai tokoh ataupun aktivis masyarakat yang boleh dipilih untuk mewakili suara majoriti rakyat yang tidak menerima LGBT.

“Mungkin Ustaz Salman Ali juga masih bersedia untuk dialog tersebut.

“Jika tiada penganjur, kita di Perlis akan menjemput beliau untuk dialog tersebut secara terbuka dan adil,” katanya.

Pada 8 Ogos lalu, selaras dengan tindakan Stiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus yang mengarahkan George Town Festival menurunkan gambar yang menampilkan dua orang aktivis LGBT - Nisha Ayub dan Pang Khee Teik - Siti Kassim juga meminta potretnya diturunkan.

Beliau turut membidas kerajaan Pakatan Harapan yang menurutnya sebagai tidak ada beza dengan kerajaan BN sebelum ini. Malah katanya, rakyat telah mengundi “closet Islamofascists”.

Sambil menyelar mereka yang mengarahkan supaya gambar aktivis LGBT itu diturunkan, peguam itu berkata, pemimpin tidak seharusnya tunduk kepada mereka yang taksub dan fasis.
-malaysiakini
at 8/10/2018 12:30:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/isu-lgbt-bahasa-siti-kasim-tak-matang.html

Jangan Guna Agama Salahkan Mak Nyah — Nisha Ayub
05/01/2018 admin Semasa
Kuala Lumpur: Aktivis mak nyah, Nisha Ayub menyelar hasrat murni kerajaan Terengganu untuk membantu golongan mak nyah kembali kepada kehidupan dan jalan yang lurus.


MALAYSIAKINI.COM
Kursus itu akan memfokuskan bagaimana membantu mereka untuk kembali kepada kehidupan yang sebenar.

Pls Share ... 
Dear Yb Ghazali Taib , please understand that we the Mak Nyah(Transwomen) are NOT the problem but the problem was created to us because of people trying the best to deny our rights to our own identity . :( . This is not the matter of religion but its matter of whether you are inclusive towards your citizen from different diverse backgrounds towards the developments , health and economical point of view.

{ "The Terengganu state government will hold an awareness course for the 'mak nyah' classes throughout the state. State Communications, Multimedia and Special Functions Committee chairman Ghazali Taib said that they will work with the community leaders, such as the Chairman of the Village Development and Security Committee (JKKK), agencies such as the police, the Islamic Religious and Indigenous Peoples Council (MAIDAM) and others identify this group regardless of RACE AND RELIGION " }

-Firstly before they want to hold an awareness or whatever repenting course for the Transwomen community , they need to understand what is TRANSGENDER and the differences of ones Gender Identity , Sexual Organs , Expressions and Sexuality (SOGIE)

- They would also need to look into why is all those previous Corrective approaches did not manage to so called change the community and bring them back to what ever right path ? 

- They need to know that all this kind of correction approaches and trying to change our Gender Identity does not help but create more harms to the community . 

-They need to see how this approaches actually violates our rights as a Human Being such as Article 8 -Equality , Article 10 - our rights to movement , rights and expression , Article 5 - personal liberty and so on ... 

- Why dont they see that all this kind of programs and statements causes more harm and at the same time makes the community to go more underground as they feel discriminated and not accepted to be apart of the society . 

-Dont they understand that the more they are denying the community of their rights towards their existence and more problems that will than emerge due to their own ignorance's . 

- Stop assuming that you can change a person into the mold of your own beliefs or understanding . This is not about a puppet but about a human being .

- They need to see that actually we the community are not the problem but its the system that they created that causes the problems to the community. 

- Try to learn the history of Malaysian Trans people where back than before the 80's where the community could live in within the general society and yet they were still accepted as who they are. Its sad to see that we are actually moving backwards rather than forwards when it comes towards the Trans community . 

- Try to see this matter from an economical and development point of view . Its is just like many other people where we are nt given the space or opportunity when its comes to educations , employments and so on just because we are different from the majority . This is not about using religion or to change our identity .

- Please talk to the community ( Mak Nyah Tulen ) not to people that dont understand us as we are the one that is living in this body .

As im writing this , it makes me so emotional thinking of the future of the Trans community here in Malaysia in the future :( 

Why cant people just stop using religion or personal beliefs towards others ? Stop imposing your rights path or views to dictate others . Stop denying our rights to our own life . Stop mis-representing and stereotyping the community .. 

We Trans People are just people that are also human that have feelings , emotions and dreams just like everyone . We are not a problem nor we dont harm anyone and yet we are discriminated in so may ways just because we are being truthful to ourselves .... 

I hope and pray for 2018 would be a positive year towards the community.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=520258028340229&id=100010681088427

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Encik Ghazali Taib telah mengkhabarkan mengenai kesediaan kerajaan negeri untuk mengadakan pelbagai program termasuklah memberi bantuan bagi memulakan perniagaan kecil untuk membantu golongan mak nyah menjauhi kegiatan pelacuran atau aktiviti yang tidak bermoral.

“Wahai YB Ghazali Taib, cubalah faham bahawa kami Mak Nyah bukanlah masalah tetapi masalah diciptakan kepada kami oleh mereka yang berusaha sedaya upaya untuk menidakkan hak kami terhadap identiti milik kami.”

Mak nyah yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Wanita Berani oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ini juga menempelak pemakaian neraca agama yang dianggap seolah-olah mahu menidakkan hak golongan lelaki yang gemar memakai pakaian wanita ke atas diri mereka sendiri.

Nisha Ayub berkata, “Mengapa orang tidak berhenti menggunakan agama atau kepercayaan-kepercayaan peribadi ke atas orang lain? Berhenti menekan jalan kebenaran atau pendapat anda ke atas orang lain.”

“Berhentilah dari menafikan hak kami ke atas kehidupan kami sendiri.”

Menurutnya lagi, sekiranya kerajaan Terengganu berhasrat untuk meneruskan perancangan mereka, secara tidak langsung ini membawa kepada pelanggaran hak asasi golongan mak nyah seperti beliau.

Beliau berkata, “Mereka perlu melihat kaedah ini sebenarnya mencabul hak kami sebagai manusia seperti Perkara 8 – kesamarataan, Perkara 10 – hak kami untuk berpersatuan, hak dan ekspresi, Perkara 5 – kebebasan diri dan pelbagai lagi.”

Nisha Ayub juga menasihati pihak kerajaan negeri Terengganu agar belajar memahami hakikat bahawa perbezaan jantina bukan hanya ditentukan oleh alat kelamin seseorang semata-mata.

Beliau berkata, “Pertamanya, sebelum mereka mahu mengadakan sebarang kursus kesedaran atau taubat kepada komuniti mak nyah, mereka perlu memahami apakah itu transgender dan perbezaan di antara identiti jantina, organ-organ seks, ekspresi dan seksualiti (SOGIE).”

Beliau juga meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap kegagalan masyarakat Malaysia masa kini untuk menerima golongan mak nyah seadanya tidak seperti pada masa yang lalu di mana mereka diterima dengan baik oleh masyarakat.

Beliau mengeluh, “Cubalah untuk belajar sejarah golongan trans Malaysia sewaktu sebelum tahun 80an di mana komuniti ini boleh hidup di kalangan masyarakat awam dan mereka masih diterima seadanya.”

“Amatlah sedih kerana kita sebenarnya sedang mundur kebelakang dan bukannya maju dalam perihal komuniti trans.”
Sumber: menara.my
http://www.rotipisang.com/semasa/jangan-guna-agama-salahkan-mak-nyah-nisha-ayub/

Siti Kasim hentam Mujahid isu penurunan foto aktivis LGBT
Robin Augustin | August 9, 2018
Menteri Hal-ehwal Islam itu bagaimanapun mempertahankan keutamaannya, dan berkata beliau juga menumpukan perhatian kepada usaha menangani rasuah.
PETALING JAYA: Peguam-aktivis Siti Kasim menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung penurunan foto 2 aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada satu pameran mengetengahkan patriotisme Malaysia.

Siti, yang fotonya merupakan sebahagian daripada pameran itu memberitahu FMT, adalah menyedihkan apabila foto rakyat Malaysia yang mewakili semua kumpulan “diturunkan secara berpilih” kerana moral agama, dan berkata keutamaan Mujahid tidak tepat.

“Apakah yang hendak dilakukannya (Mujahid) bagi memastikan wang di dalam pelbagai agensi agama yang kita ada hari ini tidak lesap?

“Kita belum mendengar tentang langkah yang akan diambil beliau bagi menyekat kepercayaan ekstremis dalam kalangan agensi ini, dan memastikan kepercayaan itu dihapuskan.

Beliau berkata, orang ramai masih belum melupakan pendakwah “ekstremis” di Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Yadim) yang turut terlibat dalam program nyahradikalisasi tahanan.

Walaupun tidak menyebut nama, Siti Kasim merujuk kepada Zamihan Mat Zin, yang dilabelkan sebagai ‘ekstremis” sebelum ini kerana, antara lain, menyokong sebuah kedai dobi mengehadkan pelanggannya kepada orang Islam sahaja.

Siti Kasim berkata, Mujahid sepatutnya memberi tumpuan kepada isu yang kritikal kepada negara, bukannya “campur tangan dalam kebebasan awam”.

Ketika ditanya responsnya berhubung kritikan itu dan gesaan supaya beliau memberi tumpuan kepada isu seperti korupsi, Mujahid memberitahu FMT bahawa ia memang sedang dilakukan.

“Kita tidak boleh melakukan kedua-duanya sekali kerana kita perlu mempertahankan pendirian bahawa LGBT tidak boleh dipromosikan,” kata menteri hal-ehwal Islam itu lagi.

Semalam, foto aktivis LGBT, Pang Khee Teik dan Nisha Ayub diturunkan daripada pameran “Stripes and Strokes” yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Festival George Town yang sedang berlangsung.

Berikutan itu, aktivis masyarakat Datin Marina Mahathir meminta penganjur turut menurunkan fotonya dan berkata beliau bersolidariti dengan 2 aktivis LGBT itu.

Sebelum itu Mujahid mempertahankan arahan penurunan foto terbabit dan berkata ia selari dengan pendirian Putrajaya tidak mempromosi gaya hidup LGBT.


Siti mengesahkan kepada FMT beliau juga meminta penganjur menurunkan fotonya.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/09/siti-kasim-hentam-mujahid-isu-penurunan-foto-aktivis-lgbt/

12a9bb93e99c9b33f65523b5bb044117 xl
SIAPA SITI KASSIM NI YANG MENGELAR ORANG MELAYU 'BODOH'? DIA PULAK BANGSA APA?
RABU, 05 MARCH 2014

PUTRAJAYA 5 Mac - Seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan semasa perhimpunan umat Islam mempertahankan Kalimah Allah di Istana Kehakiman hari ini menggelarkan orang 'Melayu bodoh'.

Siti Kasim yang hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.

Kumpulan NGO sedang bersolat hajat di hadapan Mahkamah di Putrajaya. Rakyat News

Amboi, nak tayang anu tu ke. Isss..Isss...memalukan

"Apa yang mereka buat ini menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan. "Mereka tidak mewakili setiap rakyat di Malaysia kerana masih ramai lagi penduduk di Malaysia yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini," katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman di sini.

Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia. Katanya, tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mengetuai perhimpunan tersebut adalah bahaya dan mengancam keselamatan orang lain.

"Kita tidak mahu timbul perbalahan hanya kerana 'satu perkataan', kenapa umat Islam di Malaysia terlalu 'istimewa', perkataan Allah telah digunakan oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia.

Apa lagi yang si wanita gemok ni tk puas hati? Kata lawyer, betul ke?

"NGO-NGO yang hadir hari ini tidak membawa suara orang-orang melayu dan tindakan mereka ini sebenarnya sangat ganas dan mampu menimbulkan ancaman keselamatan terhadap rakyat di negara ini," ujarnya.

Siti turut mengetuai kumpulan Melayu Islam yang dipercayai turut menyokong tuntutan COMANGO dan telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan.

P/S ~ Apa nak jadi le dengan orang-orang Melayu kita sekarang ni. Langsung tak menghormati agama sendiri. Tengok je le wanita yang bernama Siti Kassim (seperti dalam gambar) yang terang-terang menyokong agama Kristian menggunakan kalimah "Allah'. Dan cuba tengok cara dia berpakaian (perkataan Allah Tuhan Seluruh Alam pada T-shirt yang dia pakai) depan dia punya anu pulak tu. Memalu dan menjijikkan. Terdedah sana, terdedah sini. Apa, dia ingat barang dia baik sangat ke? Dah le gemuk macam apa.....siapa si Siti Kassim ni yang sebenarnya? Apa dia mahu? Ayuh....pihak yang berkenaan, siasat dan tahan wanita ini. Perosak makhlok. Wasallam ~ IBM
http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2014/03/siapa-siti-kassim-ni-yang-mengelar.html

Kenali Siapa Dia Siti Kasim Yang Sebenarnya Dan Apa Perjuangannya….
Kenali Siapa Dia Siti Kasim Yang Sebenarnya Dan Apa Perjuangannya….
NAMA Siti Kasim mula dikenali umum di Malaysia setelah peguam itu acapkali tampil memperjuangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia.

Tetapi masih ramai yang tidak kenal siapa sebenarnya Siti Kasim yang disebut-sebutkan ini? Dari manakah dia dan apakah sebenarnya perjuangannya?

Cerita Siti Kasim ini sebenarnya sudah lama. Pada tahun 2014 lalu, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.

Selain itu juga, Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.

Malahan, ada yang mengatakan bahawa Siti Kasim sebenarnya merupakan anak kepada seorang intelektual kontroversi Dr Kasim Ahmad.

Kasim Ahmad merupakan bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan merupakan perjuang anti hadis di negara kita.

Gerakan Anti-Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kasim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi ‘Hadis : Satu Penilaian Semula’.

Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Kredit - Sayap Hitam Dot Com.
https://babab.net/out/kenali-siapa-dia-siti-kasim-yang-sebenarnya-dan-apa-perjuangannya.html

MASJID ATAU SURAU YANG PATUT PERLUKAN KEBENARAN PENDUDUK SEBAB AZAN 5 KALI SEHARI – PANDANGAN AZIRA AZIZ DIKECAM NETIZEN
Posted by Post Master | Apr 13, 2017 | Setempat |

Mungkin ramai yang tidak mengenali wanita yang dikenali sebagai Azira Aziz. Untuk makluman, Azira merupakan salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan demonstrasi Anti RUU 355 pada Februari lalu di Petaling Jaya.

Terbaru, Azira membuat kenyataan mengenai pembinaan masjid dan surau yang jarak 50 meter dari tempat tinggal penduduk. Bagi Azira, masjid dan surau ini perlu kebenaran sebab ada azan 5 kali sehari.
Pandangan dari Azira tenyata amat mengejutkan. Anda boleh baca beberapa pandangan Azira Aziz kepada berita Kerajaan Negeri Selangor apabila mahu memperketatkan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam dibawah:
Bukan itu saja, Azira juga menyatakan budaya kebencian, pergaduhan dan sikap tak bertoleransi adalah budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Ini semua gara-gara terlalu ramai pelajar Malaysia yang sambung pengajian di sana.

“Mengapa kita terikut sangat budaya Arab?”

Azira Aziz juga mengatakan umat Islam Malaysia terpengaruh dengan budaya Arab yang dibawa masuk oleh tenaga pengajar kebanyakannya graduan dari negara timur tengah.
Tambahnya lagi, Malaysia akan lebih aman jika dari dulu kita limitkan menghantar dan mengambil tenaga pengajar dari rantau Arab.

Sumber asal : OhBulan! & Azira Aziz
Sumber: Ammboi
https://bibiran.com/setempat/masjid-atau-surau-yang-patut-perlukan-kebenaran-penduduk-sebab-azan-5-kali-sehari-pandangan-azira-aziz-dikecam-netizen

SURAT PEMBACA – AKTIVIS SEKULAR BEBAS AZIRA AZIZ SEMAKIN KE LAUT

By Surat Pembaca -  April 16, 2017
Kenalilah Azira Aziz. Seorang aktivis sekular Bebas. Kumpulan pelopor sekularisme dan kebebasan beragama mutlak inilah yang menganjurkan himpunan menentang RUU355 dua bulan lalu.

Ketika himpunan tersebut, kumpulan Bebas sanjungan Azira ini turut menampilkan figura kesayangan puak-puak liberal, tidak lain tidak bukan, Siti Kassim yang terkenal dengan jari tengah dan getarannya. Selain itu, tokoh liberal dan juga ahli baharu DAP, Zaid Ibrahim dan Boo Su-Lyn seorang kolumnis portal liberal Malay Mail Online yang merupakan seorang atheis.

Tetapi, saya hanya mahu berbicara tentang Azira dan kepincangan beliau dalam memahami konteks negara kita.

Beliau menjadi ‘terkenal’ beberapa hari ini kerana Tweet beliau yang mempersoalkan laungan azan yang beliau dakwa perlu juga mendapatkan pandangan atau kebenaran daripada penduduk setempat, khususnya bukan Islam.

Saya tidak tahu apa masalah Azira sehingga mahu menimbulkan rasa tidak puas hati, prasangka atau lebih teruk permusuhan antara agama dan bangsa kerana saya tidak fikir orang bukan Islam kebanyakannya mempunyai keterencatan minda rasional seperti Azira.

Mereka tidak ada masalah seperti Azira. Bahkan, bukankah Azira seorang Muslimah? Mengapa mahu pertikaikan seruan yang menandakan telah masuknya waktu solat? Mengapa mahu meletakkan kesulitan atau kekangan pada seruan yang mengajak kepada ibadah dan kejayaan?

Azira Aziz semakin ke laut.

Isu garis panduan dan piawaian perancangan negeri Selangor berkenaan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam telah dibawa terbang oleh Azira merentas benua ke negara Switzerland, Perancis dan Israel, termasuk Singapura yang dekat sedikit.

Pertama, dia bangkitkan isu Switzerland mengharamkan kubah dan meletakkan had ketinggian bagi masjid.

Bila saya cuba buat carian di Google, tidak terjumpa sumber yang boleh dipercayai yang mendakwa bahawa Switzerland mengharamkan kubah dan meletakkan had ketinggian bagi masjid.

Yang ada pun, berita oleh New York Times bertarikh 29 November 2009 yang mengatakan bahawa Switzerland telah meluluskan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan. Walaupun mereka kononnya melindungi kebebasan beragama, namun dibawah Artikel 72(3) Perlembagaan Switzerland, pindaan tersebut telah menambah peruntukan bahawa pembinaan menara adalah dilarang.

Mereka berpendapat bahawa menara masjid adalah simbolik kepercayaan agama Islam yang tidak selari dengan sistem perundangan negara. Namun, tanpa menara pun, Islam masih boleh berkembang dan azan masih boleh berkumandang. Not a big issue for us.

Jika dibandingkan dengan Malaysia pula, Perlembagaan kita jelas memperuntukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan di bawah Perkara 3. Oleh itu, pembinaan menara masjid tidak menjadi masalah sebagai simbolik kepercayaan penganut agama Islam yang majoriti seperti di Malaysia.

Lagipun, garis panduan rumah-rumah ibadat tersebut bukan secara jelas melarang pembinaan kuil Hindu atau Buddha atau Gereja atau mana-mana bahagian daripada rumah-rumah ibadat tersebut.

Oleh itu, perbandingan oleh Azira ini sama sekali tidak wajar.

Kedua, Azira menyebut berkenaan larangan pemakaian tudung wanita di sekolah awam di Perancis dan Singapura.


Ya, kita berpendapat bahawa larangan tersebut adalah tidak wajar. Memetik kata-kata Theresa May, Perdana Menteri United Kingdom yang membela wanita Muslimah di sana yang ingin memakai hijab, “What a woman wears is a woman’s choice”.

Akan tetapi, isu garis panduan ini bukan berkenaan larangan secara mutlak. Boleh rujuk post sebelum ini berkenaan apa sebenarnya yang didakwa sebagai “deemed discriminatory” di link ini.

Ketiga, Azira membangkitkan berkenaan larangan penggunaan pembesar suara untuk masjid rakyat Palestin. Boleh rujuk ulasan saya yang pertama.

Maka, terbuktilah bahawa Azira Aziz ini tahu mengomel saja. Bahkan, Perlembagaan dan sistem perundangan syariah negara kita pun dia tidak faham, lagi mahu samakan dengan India.

Azira cuba mempertikaikan keperlembagaan Mahkamah Syariah.

Azira ada berkongsi satu artikel di page Facebook beliau yang saya kira cuba untuk membuat perbandingan antara Mahkamah Syariah di Malaysia dan India.

Artikel tersebut melaporkan bahawa Mahkamah Agung India telah mengisytiharkan bahawa Mahkamah Syariah di India adalah tidak sah di sisi undang-undang. Dengan harapan bahawa pengikut Azira di Facebook atau mana-mana pembaca perkongsian beliau akan menggarap satu fahaman bahawa boleh jadi Mahkamah Syariah Malaysia juga adalah tidak sah di sisi undang-undang dan boleh dicabar keperlembagaannya.


Namun kasihan, sama seperti Boo Su-Lyn yang hanya tahu membuat rujukan perundangan tetapi tidak mencuba untuk memahami teks dan konteks rujukan yang dibuat.

Pertama, jika bacaan lanjut dibuat tentang penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Agung India itu, ia sebenarnya tidak mengatakan bahawa Mahkamah Syariah India itu tidak sah di sisi undang-undang.

Bahkan, Mahkamah Agung India mengiktiraf peranan Mahkamah Syariah mereka sebagai salah satu alternatif tidak formal bagi tujuan keadilan kepada pihak-pihak yang merujuk kes mereka kepada Mahkamah Syariah di India.

Kedua, Mahkamah Agung India memutuskan bahawa fatwa yang dibuat oleh Mahkamah Syariah di India itu tidak mempunyai kuasa undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan. Hal ini kerana Mahkamah Syariah di India tidak mempunyai pengiktirafan dari sudut perundangan.

Padahal, sistem perundangan Syariah di India sama sekali tidak sama dengan sistem perundangan Syariah di Malaysia.

Mahkamah Syariah di India mengeluarkan fatwa. Namun di Malaysia, kita mempunyai Majlis Fatwa Kebangsaan atau Pejabat Mufti Negeri  yang mengeluarkan fatwa, ditambah pula dengan satu organisasi berbeza dengan bidang kuasa berbeza iaitu Mahkamah Syariah.

Fatwa boleh dikuatkuasakan setelah ia diwartakan dan kemudiannya mengikat umat Islam, berbeza dengan fatwa di India.

Mahkamah Syariah juga turut diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1A) dan Akta Parlimen iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang hangat ketika ini. Oleh yang demikian, kedudukan Mahkamah Syariah adalah sah di sisi undang-undang bahkan penghakiman Mahkamah Myariah juga boleh dikuatkuasakan.

Ketiga, boleh difahami bahawa Mahkamah Agung mencapai penghakiman sedemikian kerana India merupakan sebuah negara sekular yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan India.

Walaubagaimanapun, Perlembagaan Malaysia langsung tidak menyebut tentang sifat kenegaraan samada sekular atau mendukung sekularisme.
Bahkan, Perlembagaan kita mengandungi Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja sebagai ketua agama Islam, dan Mahkamah Syariah yang punyai bidang kuasa terhadap orang Islam.

Maka, jelaslah bahawa perbandingan yang cuba dibangkitkan oleh Azira adalah pincang sama sekali! Namun, begitu mudah aktivis Bebas ini mengesampingkan perkara-perkara ini demi matlamat kumpulan pendukung sekularisme beliau.

Apa yang jelas adalah, aktivis sekular Bebas Azira Aziz semakin ke laut.

Danial Ariff bin Shaari merupakan pembaca Menara.my dan artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pandangan Menara.my.
https://www.menara.my/aktivis-sekular-bebas-azira-aziz-semakin-ke-laut/

Amaran buat Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu
  admin   13/04/2017
Dengaq sini, aku nak habaq mai!

“Tiada paksaan dalam Islam…..” maksudnya tiada mana-mana orang bukan Muslim atau kafir yang boleh dipaksa untuk menganut Islam. Mereka boleh pilih, nak masuk Islam atau nak kekal dengan agama asal. Sekuat mana pun kuasa kita, kita tidak boleh paksa.

Namun, setelah menganuti Islam, tidak boleh suka-suka hati nak keluar daripada Islam, nak murtad tak tentu hala. Betullah apostasy is not applicable in Islam, not among Muslims.

Ini ajaran Islam. Tertulis jelas. Tiba-tiba Siti Kasim meroyan tak tentu pasal mempersoalkan ni dah kenapa?

Aduiiii memang bikin panas betul.

Seorang lagi ni buat hal jugak. Tak pasal-pasal mempersoalkan laungan azan oleh masjid dan surau perlu mendapat kebenaran penduduk.

Kalau di negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi atau agama majoriti, bolehlah nak letakkan peraturan sebegitu. Logiklah juga dari segi manusiawi.

Malaysia ini negara Islam. Majoriti rakyatnya adalah Muslim. Orang bukan Islam di Malaysia ini tak pertikai hal ini, hang orang Islam pula kecoh-kecoh bagai ni apekehenyer?

Saya tinggal di Australia hampir 8 tahun pun boleh nak melaungkan azan di surau universiti, terutama semasa solat Jumaat dibenarkan menggunakan mikrofon dan speaker sehingga satu bangunan yang ada cafe, computer lab dan sebagainya boleh dengar, tak ada masalah. Tiba-tiba di Malaysia sebuah negara Islam yang sudah sejak dari dulu tak ada apa-apa masalah melaungkan azan, hari ini hang mempersoalkan perlu minta izin penduduk pula? Hang pasaipa?

Inilah masalahnya apabila agama Islam diambil sedikit-sedikit bahagian yang dia suka sahaja. Yang dia tak suka, dia buang-buang ke dalam tong sampah.

Sudahlah ambil sikit, yang sikit itu pula dicarik-carik, dikoyak-koyak dan dipotong-potong lagi sebab nak sesuaikan dengan nafsu manusiawinya.

Selepas itu ditokok-tambah pula dengan logik akal dan kebodohan sendiri supaya sesuai dengan nafsu dan kemahuan tersendiri.

Contohnya wanita perlu bertudung, dikatakan tudung itu budaya Arab (wanita Arab sahaja perlu menutup kepala).

Inilah golongan LIBERAL yang tak sudah-sudah nak menghancurkan Islam sedangkan mereka juga adalah orang Islam sendiri. Nak re-interpret Islam dengan cara menggunakan logik akal mentafsir al-Qur’an dan hadis, tanpa ada pengetahuan dan ilmu yang jelas tentang Islam.

Inilah dua contoh muslim liberal yang makin mendapat nama, pengaruh dan tempat dalam masyarakat Muslim di Malaysia: Siti Kasim dan Azira Aziz. Main ikut sedap sahaja nak ‘buat agama baru’ dengan menafsirkan Islam dengan logik diri sendiri dan mengikut nafsu.

Siti Kasim inilah yang telah mempersoalkan KeEsaan Allah. Kalau tak pernah tahu, boleh Google dan baca. Contoh: http://www.astroawani.com/…/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-s…

Azira Aziz pula merupakan salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, tiba-tiba mengecohkan keadaan dengan mempertikaikan laungan azan. Boleh Google baca. Contoh: https://www.menara.my/azan-5x-sehari-surau-masjid-mesti-da…/

Kenapa saya tulis post ini?

Mai sini nak habaq mai, nak suruh kenal dua perempuan ni.

Supaya masyarakat kita KENAL siapa ‘musuh dalam selimut’ yang ada di Malaysia kita ini. Mereka dan geng-geng liberal mereka sudah tolak selimut dah, sudah tunjuk muka dah, sudah rasa kuat dan berpengaruh dah, sudah rasa besar, mereka nak mencabar segala macam perkara berkaitan Islam.

Jadi, kita kenal mereka dan KITA perlu bersatu membanteras golongan-golongan ini.

Jangan bagi mereka rasa mereka kuat dan boleh buat sesuka hati untuk kucar-kacirkan pemikiran orang Islam di Malaysia.

Biar mereka tahu kita lebih kuat daripada mereka untuk mempertahankan agama Islam ini.

Jom sama-sama kenalpasti mereka dan sama-sama kecam apa yang mereka sedang lakukan.

Dan jom sama-sama kita doa minta Allah SWT beri hidayah dan petunjuk supaya mereka mendalami agama Islam yang benar.

Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu-sekutu, aku nak pesan hang jangan nak berdegil mahu memutar-belitkan Islam dan masyarakat Muslim lagi dan memporak-perandakan situasi, Allah SWT itu lebih hebat daripada hang.

Jangan dok ingat mudah-mudah nak perdayakan masyarakat dengan pemikiran pelik hang tu. Hang jangan ingat hang buat perangai kami akan berdiam diri. Kami akan lawan balik.

Hang ingat hang boleh menang ka? Aku pelangkung kang. Tak payah nak confident sangatlah, confirm hang kalah punya!

Ingat! Kalau tak tahu atau tak faham, kita boleh bimbing. Tetapi kalau sengaja buat tak faham dan mengajak orang lain menjadi buat-buat tak faham juga, kita marahlah.

Dr Syahr Musafir
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
Sumber: https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10154289602660736:0
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
https://www.ismaweb.net/2017/04/13/amaran-buat-siti-kasim-azira-aziz-dan-sekutu/

Nauzubillahminzalik. 

Tiada ulasan: