Selasa, 21 Ogos 2018

Kehilangan. 8083.


Tuesday, August 21, 2018
Membaca buku Endri persis membaca kisah sendiri
CATATAN PERJALANAN

SEPANJANG penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), ke Kota Kinabalu, Sabah yang memakan masa dua jam setengah kelmarin, (18 Ogos), saya menghabis masa dengan membaca sebuah buku sungguh bermakna dan sangat "menyenjah" jiwa saya. Begitu juga saya rasakan kepada pembaca lain tatkala menatapnya kelak.
Kulit depan buku KKMPK terbitan ITBM.
Buku itu tentu istimewa jika tidak masakan saya boleh menghabiskan sekali memegangnya sahaja. Tebalnya boleh tahan juga, 320 muka surat. Selalunya kalau buku setebal itu saya akan mengambil masa dua atau tiga hari untuk mengkhataminya dengan menatapnya secara serius.

Buku yang dimaksud itu berjudul: "Kehiduapn Kedua - Memoir Penghidap Kanser" tulisan Endri Kurniawati seorang wartawan Tempo Indonesia yang kini sebagai ketua biro di Surabaya. Buku ini adalah kenangan mengerikan dihadapi Endri asal Madura, Surabaya itu yang menghidap kanser payu dara tahap II.

Buku ini diterbitkan di Indonesia dua tahun lepas, tetapi versi yang saya tetapi adalah versi dalam Bahasa Malaysia yang diadaptasikan oleh sdr Nawawee Mohammad dan Dr Djusmalina, terbitan Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM), 2018.

Sebenarnya tentang buku ini sudah lama diberi tahu oleh sdr Nawawee sewaktu beliau ke rumah saya awal 2016, tetapi gagal untuk mendapatkannya di Indonesia. Setiap kali saya ke Jakarta atau Medan saya cuba mencarinya tetapi gagal. Sehinggalah minggu lepas semasa berjumpa dengan Ketua Pengarah Eksekutif ITBM sdr Mohd Khir Ngadiron baharu saya perolehi buku berkenaan.

Buku teman perjalanan.

Menjadi amalan saya jika dalam perjalanan akan membawa apa-apa buku untuk dijadikan teman perjalanan. Bila bermusafir sendirian bukulah teman akrab yang boleh diajak bercakap, menghambat kesunyian. Membaca buku tidak merugikan kerana ia memberi berbagai input dan maklumat baharu.

Seperti saya katakan, buku KKMPK ini benar-benar menarik perhatian saya. Buku ini sangat signifikan dengan saya. Mungkin anda sudah dapat menduganya kenapa? Apabila kita membaca buku yang isinya seiras dengan apa yang kita lalui, atau turut menyentuh naluri diri  hidup kita ia memberangsangkan. Nah, begitu juga dengan buku Endri ini - saya membacanya seperti saya membaca perjalanan hidup saya sendiri dari titik awal ke titik akhirnya. Kan saya juga penghidap kanser.

Endri menulis kisah dan kenangan bagaimana dia menghadapi kanser payudara yang dihidapnya tahun 2012. Beliau memberi gambaran akan kekalutan jiwanya tatkala mengetahui kanser singgah ke atas dirinya. Keresahan, kegusaran, ketakutan, suspen, kepasrahan diluahkan dalam buku itu secara kronologi yang menarik sekali. Membacanya seperti kita berada di belakang Endri disepanjang dia melalui ujian getir kehidupan itu. Kita menjejaki dengan rasa dan imiginasi yang jelas.

Dalam ketakutan dan suspen itu, akhir menemukan kita dengan rasa bahagia dan syukur apabila Endri berjaya melawan kanser dengan kesudahan beliau melalui proses perawatan paling ditakuti yakni kemoterapi. Kemoterapi adalah proses paling ditakuti oleh penghidap kanser dan jalan itu tidak pilihan lain. Risiko dan bahaya melalui proses ini yang saya anggap sebagai bertarik tali dengan maut, boleh dihayati apabila membaca buku tersebut.

Bukan itu sahaja ada banyak titik-titik persamaan saya dengan Endri dalam melayani kanser dan kerenahnya. Endri juga di awal buku ini menceritakan latar belakang keluarganya serta garis mula penglibatan beliau dalam dunia penulis dan kewartawanan.

Sebelum menginjak kaki ke penerbitan agung Tempo Co, beliau terlebih dahulu bekerja di beberapa penerbitan kecil dan akhbar. Ternyata Endri seorang yang rajin, gigih dan komited dengan kerjayanya, hasilnya membawa dirinya ke gerbang penerbitan Tempo yang tidak perlu diceritakan kehebatannya. Selain menjadi wartawan Endri juga menjalani perniagaan batik secara sambilan kemudian bermain saham serta memelihara, menggemukkan lembu. (Feedlot).

Latar belakang dan perjalanan beliau menggapai kejayaan dan cita-cita itu hampir sama dengan apa saya lalui. Sebab itu saya merasakan sebahagian dalam buku itu adalah mengenai saya juga. Saya berada dalam buku Endri dan ini menjadikan saya terlarut dengannya.

Cuma kalau pun beza dari dua sudut sahaja. Endri dalam "melumayakan" hidupnya beliau berniaga dan bermain saham serta menternak lembu. Satu lagi Endri tidak punyai keluarga, suami dan anak-anak. Beliau tidak pernah berkahwin. Itu sahaja beza saya dengan beliau. Perbezaan lain adalah dari jenis kanser, yang kami hidapi. Saya Limpoma (DLBCL) tahap IIb, manakala beliau kanser payudara tahap IIa.

Ternyata buku ini memberi semangat kepada saya. Begitulah penghidap kanser saling sandar menyandar berkongsi maklumat di antara satu sama lain. Penghidap kanser tidak salah kalau dikatakan mereka berkongsi nyawa. Dan bagi saya semangat tambahan lain diperolehi daripada buku ialah untuk menyudahkan penulisan memoir saya tentang hal yang sama. Sebenarnya saya sudah mula menulis buku untuk mengenang dan mengisahkan diri saya dengan kanser sejak tahun 2016. Sudah 10 bab yang ditulis dan sebahagiannya disiarkan dalam blog.

Dan setelah menemui dan membaca buku Endri menjadikan perasaan (fokus) saya yang lebih dominan dalam penulisan buku politik menjadi kacau sedikit. Buku Endri memanggil-manggil saya untuk menyiapkan buku saya yang sudah saya berikan judul: Pintu Ajal Belum Terbuka - Biografi Kesakitan itu. Saya sedikit dilema kini. Buku yang saya terdesak untuk disiapkan kini ialah buku ulasan dan analisa iraum ke 14. Judulnya sudah ada, penulisannya juga sudah bermula.

Jiwa dan keinginan kini bertembung, apakah ingin disiapkan buku biografi kesakitan dengan mengabaikan buku "100 Hari Kerajaan Harapan: Cabaran dan Dugaan?" Inilah masalah penulis proses petukangannya sukar untuk disudahi dan sukar untuk ditelah, apabila kita menulis tanpa bergerak dari agenda khusus. Apa-apa pun selamat menanti kemunculan buku saya. 
[wm.kl.9:04 am 21/08/18]
Glosori:
menyenjah = menarik, meragut.
Posted by mohd sayuti Omar at 10:03:00 AM
https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/membaca-buku-endri-persis-membaca-kisah.html
.: Membaca buku Endri persis membaca kisah sendiri

Dari: 
Foto Mike Goh.
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156439934479799&set=gm.1999485540135955&type=3&theater&ifg=1

Foto Derick Limg.
Macam ini pun ada yang sanggup buat. Iri hati? hasad? dengki? khianat? akhirnya melahirkan fitnah. 
Foto Derick Limg.
Petanda gagal berbuat baik kepada diri sendiri. Nauzubillahminzalik. 
https://www.facebook.com/azmyawang.kelanajaya.1
Foto Tokek Naga.
Setelah itu ada pembelanya dengan menabur dan tokok tambah kepada orang yang difitnah. Ertinya menghalalkan fitnah, bersubahatlah. 
Foto Khairul Norazman Noorasid.

Foto Mohd Sharipuden.

Foto Khairul Norazman Noorasid.

Foto Khairul Norazman Noorasid.
MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ... 

PAS sudah tunai semua janji di Terengganu 

Pemimpin PAS Terengganu masih terus pertahankan pengumuman berhubung "kejayaan" mereka menunaikan lima manifesto PAS Terengganu yang sebelum ini disanggah ketua pemuda AMANAH negeri, Hasbie Muda sebagai cubaan mengelirukan rakyat.

Antara tiga cubaan mengelirukan rakyat oleh PAS Terengganu adalah pemberian air percuma yang seolah-olah satu inisiatif baru.

Sedangkan ia telah dilaksanakan di zaman pentadbiran BN sebelum ini, bahkan lebih meluas ketika itu - iaitu melibatkan lebih 500,000 penerima.

PAS Terengganu juga cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa kejayaan mereka melaksanakan "karnival Kahwin" sedangkan ia adalah program yang berlangsung di zaman BN lagi.

Cuma namanya ditukar daripada "perkahwinan perdana" kepada karnival kahwin.

Kerajaan persekutuan sendiri menukar nama Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), tapi tidaklah terdesak seperti PAS untuk mendakwanya kejayaan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Yang ketiga, menurut Hasbie Muda, adalah apabila mendakwa 7600 peluang pekerjaan sudah wujud di Terengganu walaupun Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sekadar membuat pengumuman berhubung projek Lembah Silika dan jumlah peluang pekerjaan yang disebut itu pun anggaran sahaja.

Tentera maya PAS cuba menggambarkan seolah-olah pentadbiran PAS yang berperanan memajukan industri silika di Terengganu, walau hakikatnya ia telah bermula sejak zaman pentadbiran Ahmad Said lagi.

'Jangan menangguk di air keruh'

Satu-satunya kejayaan PAS di Terengganu adalah berjaya membina pencapaian palsu melalui media sosial, tiada apa yang boleh dikatakan berubah untuk rakyat negeri itu pasca-100 hari pentadbiran baru.

Mereka kitar semula inisiatif lama kerajaan terdahulu dan mendabik dada ia kejayaan mereka.

PAS sepatutnya cermin diri sebelum cuba memberi gred atau menilai prestasi pentadbiran HARAPAN. Sangat janggal untuk mempertikai pentadbiran lain sedangkan pentadbiran sendiri tidak membawa apa-apa perubahan kepada hidup rakyat.

PAS juga wajar berhenti menangguk di air yang keruh dan menjaja kononnya HARAPAN gagal menunaikan janji, kerana hakikatnya pemimpin kerajaan hari ini sedang berusaha sedaya upaya untuk menunaikan tawaran mereka kepada rakyat.

Apatah lagi janji itu mampu mengubah nasib rakyat bukan janji melaksanakan program kitar semula.

click xai=AKAOjstlHpDJNYDvK3WC…
Malaysiakini

LAPORAN KHAS
10 janji dalam 100 hari
Mengesan 10 ikrar HARAPAN yang perlu ditunaikan
2
5
3
MASUK →

PAS menang di Terengganu kerana rakyat menolak pentadbiran Najib. Jika mereka tidak serius membawa perubahan yang memberi kebaikan kepada rakyat, bersedialah untuk mentadbir selama sepenggal saja, seperti apa yang berlaku tidak lama dulu.

MUAMMAR GADDAFI ialah pembaca Malaysiakini.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
https://m.malaysiakini.com/letters/439764
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/pas-sudah-tunai-semua-janji-di.html
PAS sudah tunai semua janji di Terengganu ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Tuesday, 21 August 2018
PAS BAKAL MASUK BN?

Selepas menjalin persefahaman dengan UMNO dalam pilihanraya kecil iaitu Sungai Kandis dan sekarang di Seri Setia, Pas kemudiannya  turut mengorak langkah untuk berbaik sama dengan MCA dan juga MIC.

Dalam pilihanraya kecil Balakong di mana MCA bertanding yang tarikh pengundiannya serentak dengan Seri Setia, PAS secara terbuka menyatakan sokongannya kepada calon parti itu.

Dengan MIC, barisan kepimpinan Pas yang diketuai Hadi Awang pula telah mengadakan perbincangan rasmi dengan kepimpinan baru parti tersebut dan kedua-duanya sepakat menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama.

Bermakna, jika selepas ini ada pilihanraya kecil yang yang kouta bertandingnya dimiliki oleh MIC, Pas tiada masalah lagi untuk turut menyatakan sokongannya terbuka kepada calon parti itu, sama seperti yang dilakukannya kepada MCA di Balakong.

Secara kebetulan, ketiga-tiga parti yang Pas sudah bekerjasama, menyatakan sokongan terbuka dan dekati itu ialah saki baki yang masih tinggal dalam BN sekarang ini.

Sebelum PRU14, BN ada 13 parti komponen di dalamnya, tetapi sebaik ia hilang kuasa, satu demi satu meninggalkannya hingga yang masih setia ketika ini hanyalah UMNO, MCA dan MIC saja.

Adakah dengan berbaik-baik dengan ketiga-tiga parti itu merupakan petunjuk bahawa Pas akan menyertai BN?

Apakah ia mustahil?

Tidak ada yang mustahil dalam politik selagi yang masing-masing kejar ialah kuasa kerana dalam keinginan untuk mengejar kuasa, mereka boleh berpakat dengan sesiapa saja.

Malah, akan sentiasa ada dalil, nas atau bakal dicari hadis-hadis tertentu untuk menghalalkan apa yang mahu dilakukan itu.

Itulah seronoknya bermain politik yang nikmatnya tidak kedapatan jika sekadar menubuhkan persatuan, NGO atau sekadar sembang-sembang politik di kedai kopi.

Tidak kira apa anutan sekali pun parti politik yang terlibat, baik Islam, nasionalis atau apa saja, hukum politiknya adalah sama iaitu kuasa dan demi kuasa, semua perkara jadi boleh belaka.

Di sudut yang lain, sebenarnya juga menyertai BN juga adalah satu-satunya pilihan jika benar Pas mahu menguatkan kedudukan pembangkang selepas era tumbangnya BN pada pilihanraya 9 Mei lalu.

Ini kerana jika Pas terus sendirian dan bertanding atas logonya sendiri, meskipun sekiranya ada persefahaman dengan UMNO, MCA dan MIC atau dengan BN itu sekali pun, keberangkalian terus wujudnya kekeliruan di kalangan pengundi adalah tidak dapat dielakkan.

Lagi pula, jika masih Pas bertanding dengan logo sendiri dan UMNO, MCA serta MIC pula terus menggunakan simbol dacing, ia tidak akan mampu meresahkan, jauh sekali menggerunkan Pakatan Harapan yang kini sudah mula bertanding atas simbol sendiri iaitu HAR🔺PAN.

Lulusnya pendaftaran Pakatan Harapan untuk gabungan itu bersaing secara rasmi dengan BN adalah langkah terbaik ke arah kematangan dan membawa politik negara menuju sistem dua parti yang sebenarnya mampu membawa lebih kebaikan kepada rakyat.

Bersendirian, mewujudkan blok ketiga atau terus dengan Gagasan Sejahtera adalah adalah langkah yang tidak lagi relevan bagi Pas.

Maka, untuk menjayakan sistem dua parti dalam negara ini serta memungkinkan untuk memberi cabaran kepada Pakatan Harapan, Pas tiada pilihan lain selain menyertai BN dan berhenti daripada terus bertanding atas logo bulan. 

(ShahbudinHusin 21/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/pas-bakal-masuk-bn.html
Shahbudin dot com: PAS BAKAL MASUK BN?

GERAKAN keluar BN
MyMetroUtama
Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my

PARTI Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

GERAKAN dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli,” katanya.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.

Mengulas lanjut, keputusan itu selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baru oleh rakyat pasca PRU-14 selain memutuskan bahawa GERAKAN harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

“Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami akan bekerjasama dengan parti, invididu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia,” katanya.

Katanya, GERAKAN sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan GERAKAN itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.
GERAKAN keluar BN
MyMetroUtama
Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@nstp.com.my

PARTI Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti bebas yang konstruktif.

GERAKAN dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini, pemilihan parti di peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara. Ia selaras dengan matlamat kami untuk menyatukan parti dan ahli,” katanya.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN wajar memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan kepercayaan terbaik demi negara dan rakyat.

Mengulas lanjut, keputusan itu selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baru oleh rakyat pasca PRU-14 selain memutuskan bahawa GERAKAN harus melakarkan hala tuju baharu untuk terus kekal dalam perjuangan.

“Kami keluar BN di bawah suasana yang baik, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami akan bekerjasama dengan parti, invididu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan yang sama atas kepentingan nasional untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia,” katanya.

Katanya, GERAKAN sentiasa menjunjung idealisme politik, prestasi dan integriti sebagai aset selain menjadi perintis liberalisme, kepelbagaian kaum dan pragmatisme dalam politik Malaysia sekali gus berusaha memainkan peranan dalam sistem multi-parti yang matang.

Keputusan GERAKAN itu menyaksikan BN kini hanya bertahan dengan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 2:35 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/351049/gerakan-keluar-bn
BERITA TERKINI!

Tuesday, August 21, 2018
Abdullah Sani perlu jelaskan kekeliruannya kepada Dr Mahathir
ULASAN

ANWAR Ibrahim menafikan ada halangan terhadapnya untuk menjadi perdana menteri mengganti Dr Mahathir Mohamad, seperti mana yang dikonsensuskan. Katanya, beliau tidak ada maklumat mengenai perkara itu. Cerita kononnya ada halangan untuk Anwar jadi Perdana Menteri ditimbulkan oleh ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu ceramah kempen team Rafizi Ramli di Seremban baru-baru ini.

Abdullah mendakwa orang yang menjadi dalang di sebalik penghalangan itu ialah Daim Zainuddin. Kenyataan Abdullah Sani itu menjadi kontroversi dan menimbulkan rasa kurang senang apabila beliau turut sama menyebut nama Dr Mahathir. Jika hanya nama Daim diungkit mungkin ia tidak menjadi masalah. 
Abdullah Sani Abdul Hamid.
Daim bukan menjadi idola rakyat seperti Dr Mahathir. Daim hanya menumpang tuah Dr Mahathir sahaja dalam politik hari ini dan cuba menunjukkan dialah mastermind politik Malaysia baharu.

Ekoran itu berlaku tembak menembak di antara sebahagian orang PKR dengan orang Bersatu. Pihak musuh Umno dan Pas apa lagi tidak tertangguh seminit pun untuk melambungkan isu berkenaan untuk kelabaan mereka. 
Dr Mahathir tersinggung dengan dakwaan Abdullah Sani itu sehingga beliau secara tidak langsung meminta “orang” menuduh hal itu (Abdullah Sani) mengemukakan bukti. Sebagai seorang yang berfikir dan bertindak secara praktikal Dr Mahathir mengharap bukti untuk beliau ketahui dan bertindak. Abdullah bagaimana pun tidak mendedahkan bukti sebalik berselindung dengan bersimpang kata Dr Mahathir tahu bukti itu kerana dirinya adalah sebahagian bukti.

Jauh kahsyaf Abdullah Sani membaca makrifat Dr Mahathir. Sikap awal Abdullah Sani itu semacam dia konsiten dengan tuduhannya tanpa menghiraukan balunan daripada pihak lain.

Selebihnya Abdullah Sani memberi hujah, sejarah politik atau chemistery politik di antara Dr Mahathir, Daim dan Anwar, sebahagian daripada bukti apa yang ditunding itu. Apa yang hendak dimaksudkan Abdullah Sani, dakwaan beliau itu berdasarkan kepada sejarah lampau dengan menyedari bahawa segmen dan episod dalam politik sering kali berubah. Memang chemisteri di antara ketiga tokoh itu senantiasa bermain dalam kepala khalayak.

Memang sejarahnya begitu. Dunia semua tahu peristiwa pemecatan Anwar tahun 1998 yang merupakan satu konspirasi politik. Dan orang tahu siapa konspiratornya ketika itu, Daim dan Dr Mahathir disebut. Malahan dalam kasus dan tragedi menimpa Anwar itu nama Daim disebut banyak kali. Bahkan Daim dikatakan orang yang meminta Anwar berundur secara terhormat sebelum Dr Mahathir merekayasa tuduhan untuk menyingkirkan Anwar dengan kasus liwat.

Jadi berdasarkan chemistry itulah Abdullah Sani membuat kenyataan berandaian, ada orang hendak halang Anwar. Kerana tawarih itu juga maka apabila Abdullah menyebut nama Daim dan Dr Mahathir ia cepat tersaul dek akal umum.

Apabila kita menyelam ke dasar politik dalam PKR sekarang ini, nama Daim dan Dr Mahathir itu hanya sengaja dibabitkan sahaja. Yang hendak dituduh dan diserang Abdullah Sani adalah sosok lain. Dia adalah Azmin Ali sebab itu Rafizi diangkat untuk menjadi timbalan presiden. Inilah sasarannya. Daim dan Dr Mahathir hanya watak sampingan sahaja. Azmin ialah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Abdullah Sani. Bagi Abdullah Sani, Azmin dilihat menjadi alat atau sedia menjadi alat bagi menghalang perjalanan Anwar. Hakikat itu ditengok dan diukurkan kepada pemanggungan Azmin dalam mercu koridor politik Dr Mahathir sangat tinggi. Itu.

Ada beberapa perkara “kenasibaikan” diterima Azmin yang tidak disenangi dan dicemburui. Antara perkara yang tidak disenangi dan ia bukan atas kehendak Azmin, ialah pelantikan beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Untuk apa Azmin menerima pelantikan itu sedangkan beliau sudah menjadi MB Selangor. Kesediaan Azmin itulah disuluh sebagai sengaja untuk menggangu emosi Anwar. Tidak cukup dengan dilantik menjadi menteri dilantik pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam Khazanah Nasional. Azmin kini dilihat orang rapat dan berada di bawah dagu Dr Mahathir.

Sementara dalam masa sama, dan ini mengelirukan, umum tidak mengetahui apakah pelantikan Azmin ke jawatan-jawatan itu dirujuk kepada parti atau mendapat restu Anwar Ibrahim selaku Penasihat Umum PKR. Anwar sendiri pula tidak menjelaskan dengan nyata perkara itu. Mustahil kalau Azmin tidak memberi tahu sepatah kepada Anwar hatta dengan pesanan ringkas. Jika tidak ia sangatlah tidak beradab. Orang boleh menganggap Azmin kini sudah berkiblatkan kepada Dr Mahathir dan merusukkan Anwar. 

Apabila tidak ada penjelasan daripada Azmin dan Anwar sendiri maka ia menimbulkan keraguan dan kesangsian. Bertolak dari itulah menyebabkan ada prasangka yang Azmin dijadikan benteng untuk halang Anwar seperti tohmahan Abdullah Sani. Kesalahan dalam hal ini bukan kepada orang yang berprasangka seperti Abdullah Sani itu tetapi Azmin dan Anwar sendiri.

Anwar telah pun meminta Abdullah Sani menulis surat kepada Dr Mahathir, agar menjelaskan keterlanjurannya demi menjernihkan suasana. Cadangan itu sangat baik dan perlu disegerakan. Abdullah Sani tidak perlu menjadi “tengin” untuk mengakui kesilapan. Jelas kenyataan dan dakwaanya itu menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kerajaan PH. Ia dijadikan sumber dan bahan untuk musuh menyerang dan melihat kerajaan Harapan dalam bahaya.

Saya yakin jika Abdullah Sani menulis surat kepada Dr Mahathir menjelaskan kedudukan sebenar atas kekhilafannya, ia diterima oleh Dr Mahathir. PM seorang yang terbuka dan sedia memaafkan atas perkara yang tidak menyentuh prinsipnya. Tahap kesalahan Abdullah Sani dengan apa dilakukan itu tidak seteruk kesalahan dan tahap Najib Razak dengan skandal 1MDB itu yang tidak boleh dimaafkan Dr Mahathir.

Mana tahu selepas Abdullah Sani akan jadi sahabat atau pun ahli parlimen mendapat pujian Dr Mahathir kerana keberaniannya dalam membela sang ketuanya. Dalam suasana Anwar diwara-warakan terancam, hanya Abdullah Sani yang bangkit membela dan mempertahankan Anwar sehingga beliau kini dikutir dan dicubik termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Yang lain sebelum ini senada dengan ahli parlimen Kapar itu sudah mulai menikus dan menyembunyi kepala dengan menjolorkan ekor.


Semoga selepas ini tidak timbul lagi persepi boleh merosakan keadaan apa lagi menyakiti hati Dr Mahathir yang perlu disokong untuk membina negara. Dan Dr Mahathir juga sesekali perlulah membayangkan beliau sedia akur dengan konsensus majlis presiden untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar dalam masa yang telah ditentukan. 

Begitu juga Azmin yang dijadikan umpan untuk memencilkan Anwar dengan Dr Mahathir perlu juga bersikap tegas dan menyatakan pendirian. Azmin perlu lebih menunjukkan concern nya kepada hasrat Anwar yang menjadi hasrat rakyat itu. Walaupun Azmin ada menyimpan benih untuk jadi PM tetapi beliau harus sedar dia kena menerusi Anwar. Anwar adalah junjung kepala Azmin yang tidak akan ke mana kalau Azmin tidak menuruti junjung. Azmin adalah “creeper” (tumbuhan menjalar) dalam politik, manakala Anwar adalah teras atau junjungnya.

Manakala Anwar pula diharap bersabar dan terus berdoa. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Mengejar lembu tempang untuk korban meletihkan kita kerna sesudah ia terjatuh lembu itu tidak afdal lagi untuk dikorbankan kerana cacat. Kita mahukan Anwar jadi PM walaupun hanya satu hari. [wm.kl.11:24 am 21/08/18]


Posted by mohd sayuti Omar at 12:16:00 PM
https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/abdullah-sani-perlu-jelaskan.html
.: Abdullah Sani perlu jelaskan kekeliruannya kepada Dr Mahathir



Tiada ulasan: