Jumaat, 10 Ogos 2018

Kisah Mantan PM ke 6. 8007.


Sebenarnya kalau penguasa itu sentiasa bagus dengan Allah Subhanahuwatalla., nama seseorang itu tidak akan dicemari, walau pun setelah kehilangan kuasa. Malah lebih malang lagi, mantan itu tidak pernah kenal erti diam

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Najib gagal di Mahkamah
Permohonan perintah larangan kes Najib ditolak

DATUK Seri Najib Razak gagal dalam permohonan untuk mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membicarakan merit kes pecah amanah dan salah guna kedudukan yang dihadapinya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa permohonan bekas Perdana Menteri berkenaan tidak wajar. 

“Walaupun mahkamah mungkin mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah larangan itu, namun dalam kes ini perlu ditentukan sama ada terdapat risiko prejudis terhadap perbicaraan yang adil dan proses keadilan. 

“Dan oleh itu kesimpulan yang dapat saya buat ialah permohonan ini tidak berjaya kerana undang-undang penghinaan mahkamah dan fitnah sedia ada sudah cukup untuk mengendalikan risiko prejudis atau campur tangan dalam sistem keadilan jenayah,” katanya. 

Beliau memutuskan bahawa sekatan tambahan kepada undang-undang menghina mahkamah hanya boleh diberikan di dalam kes tertentu sahaja di mana risiko berlakunya prejudis adalah sangat tinggi dan jelas. 

“Jika terma tertentu di dalam permohonan hari ini dibenarkan, ia akan menceroboh hak kebebasan bersuara mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. 

“Oleh itu saya menolak permohonan ini,” katanya. 

Sementara itu, peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan Muhammad Shafee. Beliau membuat permohonan itu atas alasan untuk mengelakkan kenyataan yang tidak adil terhadap anak guamnya.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/najib-gagal-di-mahkamah.html

Friday, 10 August 2018
APA LAGI SELEPAS INI? ATAU LEBIH BAIK NAJIB KELUAR UMNO?

Ada yang minta agar Najib disingkirkan daripada UMNO....
Ada pula yang mahu Najib digantung keahliannya....
Bermakna, desakan terhadap Najib tidak lagi sekadar mengatakannya sudah jadi sejarah, beban yang tidak sepatutnya ditanggung oleh UMNO atau parti perlu menjarakkan diri daripadanya, malah lebih daripada itu.

Apa lagi selepas ini?

Atau lebih terpuji jika Najib Razak sekarang ini segera mengambil keputusan keluar terus daripada UMNO? (ShahbudinHusin 10/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/apa-lagi-selepas-ini.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Lambat lagi nak tunggu Najib kena penjara
Perbicaraan kes Najib ditetapkan tahun depan

Perbicaraan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditetapkan selama 33 hari bermula 12 Februari tahun depan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan.

Mahkamah menetapkan 12 sehingga 28 Februari tahun depan dan 4 sehingga 29 Mac tahun depan untuk perbicaraan.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan 4 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memanggil 50 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan nanti.

Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi dengan diiringi dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Najib yang memakai kemeja putih dan kot belang berwarna hitam kelihatan tenang memasuki kandang tertuduh.

Ketika prosiding di sebelah pagi, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membangkitkan beberapa isu antaranya berhubung tindakan pasukan pendakwaan yang memberikan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan dalam bentuk cakera padat (CD).

“Dokumen seharusnya diberikan dalam bentuk asal dan bukannya dalam bentuk CD.

“Pasukan pembelaan menghabiskan banyak masa di hadapan mesin pencetak untuk mencetak semua dokumen yang terkandung dalam CD. Ia membabitkan 3,500 muka surat dan kami tidak berpeluang untuk meneliti kesemuanya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan, tiada sebarang halangan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen dalam bentuk CD.

“Malah, ia juga dilakukan dalam kes membabitkan Lim Guan Eng. Dokumen dalam bentuk asal akan dikemukakan pada perbicaraan yang akan dijadikan sebahagian bukti dan bukannya CD,” katanya.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/lambat-lagi-nak-tunggu-najib-kena.html

K'jaan HARAPAN mungkin dah belanja wang GST RM18 bilion
Diterbitkan 10 Ogos 2018, 4:39 petang 
Dikemaskini 10 Ogos 2018, 5:11 petang
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin sudah membelanjakan RM18 bilion wang pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa BN merompak wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali.

Ini kerana katanya, seperti kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan.

Dari situ, katanya, dana dibayar ke akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan.

"Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin HARAPAN juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Najib tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kesemua kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

"Oleh kerana kerajaan HARAPAN kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST belum lagi dilaksanakan, kerajaan HARAPAN mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

"Akibatnya, kerajaan HARAPAN mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekali gus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan.

"Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan HARAPAN sendiri," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata beliau bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku bekas Menteri Kewangan.

"Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu.

"Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim Guan Eng kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik," katanya.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 Selasa lalu, Lim mendedahkan audit dalaman Jabatan Kastam mendapati tabung bayaran balik GST kekurangan hampir RM18 bilion.

Baca'Audit dedah salah guna RM18 bilion tabung bayar balik GST'

Beliau mendakwa kerajaan BN memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

Bagaimanapun, Lim enggan mengaitkan perkara itu dengan Najib, sebaliknya berkata bekas setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pasti "tahu" mengenainya. 

Irwan menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN telah merompak bayaran balik GST dan membuat laporan kepada SPRM pagi ini.

https://www.malaysiakini.com/news/438329?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

10 AUGUST 2018
Najib Gagal Halang Akhbar Siar Cerita Buruk Tentangnya
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya.

Sebaliknya, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.

"Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2018/08/najib-gagal-halang-akhbar-siar-cerita.html
Foto Srikandi Malaya.
Time senang:
Annuar Musa : TunM ibarat kereta antik di litar
Johari Ghani : pelan rasionalisasi IMDB bukti najib bijak kewangan
Khaled Nordin : kita umno di johor tetap walak pd umno pusat
KJ : Najib boleh memerintah 1000 tahun lagi.
Nazri : Tun baling gelas pun tak pecah.
Salleh Keruak : Kami boleh hapuskan legasi tun dalam sekelip mata
Rahman dahlan : Tun ke kem pembangkang sgt menjijikan
Shahrizat makcik lembu : Lim Kit Siang jadi PM jika pakatan menang
Prof Kangkung : Tun tak layak jadi PM sbb tua kerepot
Hadi bawang : PAS akan jadi kingmaker selepas pru14
Time susah:
Annuar Musa : pertahan najib cuma buang masa dan kerja sia2
Johari : Najib turun berkempen Sg Kandis menjadi kudis pada kekalahan
Khaled : mustahil reform UMNO jika najib masih hidup
KJ : Humban perompak GST ke penjara
Nazri : Tun M ibarat ayah kepada saya dan smua rkyt.
Salleh :krik krik
Rahman : krikk krikk
Makcik lembu : Umum bersara terus dan white flag resign dari pentas politik.
Prof kangkung : Harapan perlu menang tanpa bertanding di sg kandis.
Hadi bawang : "Saya akui yg jadi kingmaker adalah tun dan bukan saya, kerana dgn kerusi ppbm yg sedikit pun, tunM mampu jadi PM" ketika temubual di astro awani.
Haha..😁😁😁
Copy from Shahrudin Misran
BERITA»Kes
Khamis, 9 Ogos 2018 | 8:54pm





SPRM sita RM1 juta, 16 kenderaan daripada 17 pengawal JPM

Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah hampir RM1 juta bersama 16 kenderaan serta pelbagai barangan kemas disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil siasatan terhadap 17 pegawai keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Aset dan wang tunai itu difahamkan hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang dipercayai diambil mereka daripada pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, aset yang disita SPRM setakat ini ialah wang tunai berjumlah RM978,800; lima buah kereta; 11 buah motosikal; lima bentuk cincin; seutas gelang; empat utas rantai; 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Lima kereta disita itu terdiri daripada Volkswagen Golf GTI; tiga buah Honda dan sebuah Perodua Alza, manakala 11 motosikal adalah model Yamaha dan Honda.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika mengesahkan penyitaan itu, berkata pasukan penyiasat masih berusaha mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, SPRM sedang membuat penilaian keseluruhan aset yang disita itu daripada semua.

Media sebelum ini melaporkan 17 anggota keselamatan didakwa mengambil wang terbabit daripada pejabat Najib selepas mengetahui Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wang yang dilaporkan tidak disimpan dalam peti keselamatan itu, dikatakan adalah sebahagian daripada dana pilihan raya UMNO.

Anggota keselamatan terbabit dipercayai sebahagian daripada pasukan bertugas pada malam PRU-14 lalu, untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

Semalam, SPRM mendapatkan perintah tahanan reman lima hari terhadap suspek berusia antara 31 hingga 51 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/460039/sprm-sita-rm1-juta-16-kenderaan-daripada-17-pengawal-jpm

.

Tiada ulasan: