Jumaat, 10 Ogos 2018

Rebah. 8006.


Saya meminjam nukilan 'sdra A New Dawn for Malaysia'.....

Anggaplah suara-suara sumbang dalam blog ni seumpama bunyi tin milo kosong.. hanya bising aje, tapi takde "substance"... mereka ni masih tak sedar bahawa rakyat majoriti telah memilih PH.. biarkan aje perangai mundur mereka tu, maklumlah masih mentah lagi jadi pembangkang... belum cukup lagi 100hari tu...

bila mereka dah bertahun jadi pembangkang (macam kita dulu), mungkin lepas tu barulah mereka akan sedar bahawa hujahan tak ikut topik dan hujahan "trivial" nih takde sapa nak layan dan takkan diambil serius... buek mengabihkan boreh yo...
Othaman Ahmad10 August 2018 at 20:47
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/apa-lagi-selepas-ini.html

Parti Lebai kantoi (Gambar)
Ahmad Dhuha Sobri
Pas antara yang mendapat nikmat besar daripada International Republican Institute (IRI). Ada pimpinan mereka telah ditaja mengadakan program di Bangkok selama tiga hari dua malam. Tiket kapal terbang, penginapan hotel 5 bintang dan lain-lain telah ditaja sepenuhnya oleh IRI kepada pimpinan Pas untuk mengadakan program bersama mereka....


Pas antara yang mendapat nikmat besar daripada International Republican Institute (IRI). Ada pimpinan mereka telah ditaja mengadakan program di Bangkok selama tiga hari dua malam. Tiket kapal terbang, penginapan hotel 5 bintang dan lain-lain telah ditaja sepenuhnya oleh IRI kepada pimpinan Pas untuk mengadakan program bersama mereka....
facebook Ahmad Dhuha Sobri
at 8/10/2018 08:26:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/iri-parti-lebai-kantoi-gambar.html

PARTI KOMUNIS BANTU CAPAI KEMERDEKAAN
IN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, PKM - ON 8_54 PTG

Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair.
PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan

Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.

Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair.

“Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun.

“Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”

Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan.

Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya.

Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal.

Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya.

“Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan.

“PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”

PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand.

Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair.

Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan.

Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata).

Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi.

Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia”.

artikel asal: PAS: Communist party helped secure Merdeka (Malaysiakini)

Dicatat oleh M.A. di Sabtu, Julai 04, 2009  
https://matamin02.blogspot.com/2018/08/pas-parti-komunis-bantu-capai.html

Bila didedahkan surat rasmi Kerajaan Malaysia menjemput campurtangan CIA dalam PRU 14, senyap sunyi PAS.. Bila dengar kenyataan Presiden IRI peranan mereka di Malaysia.. pujian dia kepada PH.. terus pemimpin PAS terbangun dari tidur.. mata depa jadi cerah sebagaimana nafsu mereka bangkit bila melihat pakaian Pramugari..

IRI ni adalah foundation atau satu gerakan yang menyebarkan kefahaman, Pengukuhan kebebasan dan Demokrasi, bukan sahaja PH, Kerajaan BN dulu pun terlibat terima dana.. takda benda apa pun, PAS suatu ketika dulu pun pernah hadir dalam taklimat IRI ni..

Isu IRI ni samalah mcm dikaitkan oleh UMNO kepada Ds Anwar dulu dengan NED (National Endowment for Democracy) yg pro demokrat, Anwar dikaitkan dalam beberapa Dialog dan perjumpaan dengan mereka.. Ds Anwar dituduh alat Amerika pada ketika itu..

Selain IRI, NED sebelum PRU 14, Open Society Foundation(OSF) yg dikatakan diasaskan oleh Soros, kononnya ada kaitan dgn Yahudi, dikatakan memberi geran kepada Bersih, Majlis Peguam, Malaysiakini dan Merdeka Centre, Sedangkan mereka juga memperjuangkan Rakyat Palestine dan Rohingya..

Ingat, rasanya dulu Al gore pemimpin US juga berperanan memperkukuhkan demokrasi di Palestine.. bila Demokrasi dibuka.. Hamas Menang besar Pilihanraya Palestin tahun 2006.. tidak semua apa yang dilakukan oleh mereka itu salah.. Salahkah kita memperkukuhkan Demokrasi.. ?

PAS hari ni lagi teruk dari UMNO.. Jahat tak bertempat fitnah orang.. Pantang dengar apa saja yg dikaitkan dengan PH, ada jer nak mainkan Sentimen Agama dan Kaum, Puak PAS hari ni.. Lebai2 Bodoh dan Jahat ni lagi teruk dari UMNO..

Apa kata kami pulak kaitkan TG Haji Hadi dengan Agenda Syiah..? Kami pun boleh buktikan Setiap tahun TG Hj Hadi menghadiri muktamar di Tehran, dia adalah Ahli Jawatankuasa dan Pemimpin Gerakan Taqreib baina Mazahib iaitu Organisasi yang menyatukan dan mendekatkan Sunni dan Syiah..

Apa kata kami buat Bodoh dan Politikkan isu mcm PAS buat Sidang Media.. Minta Hj Hadi jelaskan Peranan dia dengan Iran, Dengan Ayatullah Ali Khomeini dan Peranan Hj Hadi dalam menyebarkan fahaman Syiah di Malaysia.. agak-agaknya apa Penyokong PAS rasa? 


Petang tadi Masa aku jumpa kawan aku, Terbaca tajuk depan Harakah.. Tajuk dia Kleptokrat, Kayakan Kroni... Lepas tu kaitkan dengan Pakatan Harapan, Sapa yang jahat Mulut kata macam ni ? dia adalah anak TG Hj Hadi, Ketua Pemuda PAS Pusat si Khalil.. apa Hujjah dia ?

Hujjah Dia sebabnya Tun Mahathir dilantik Pengerusi Khazanah, dan anak Tun dapat kotrak Telekom melalui OPCOM, Sedangkan tawaran tender Telekom tu sejak julai Tahun lepas, Keputusan tender sudah dimuktamadkan bulan April.. OPCOM sendiri dapat Tender ngan Telekom sejak tahun 2000..Jahat nya mulut anak TG Hj Hadi ni fitnah orang, sama macam bapak dia..

Ni nak Bagi tahu, Sejak bila Pengerusi Khazanah ni bukan Perdana Menteri, Sejak Tun tubuh Khazanah memang Khazanah dipengerusi oleh Perdana Menteri.. Dia Syarikat yang diperbadankan dibawah Kementerian Kewangan, Sama lah dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang dipengerusi oleh MB, Begitu juga Terengganu.. Dia badan Pelaburan Kerajaan.. Kalau di Perak ni MB Inc..

Layaklah kedudukan Tun mahathir dalam Khazanah, Dulu masa zaman Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Sapa jadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan ? Bukan menantu Tok Guru Nik Aziz Si Arif Fahmi.. Geng2 Nik Abduh.. masa tu hat Suruh letak jawatan adalah rombongan AJK PAS Pusat diketuai Mat Sabu sebab Arif Fahmi telah merosakkan nama baik Kerjaaan Islam Kelantan..

Masa PAS dalam Kerajaan Selangor dulu, Masih ingat Sapa yang dilantik jadi Pengarah di Perangsang,Syarikat disenarai awam, GLC Negeri Selangor dengan Elaun yang Tinggi.. ? dia adalah Menantu Hj Hadi.. si Din Ayam, apa Kelayakan Dia ?, Dia takda jawatan dalam PAS.. dia hanya Menantu Hj Hadi, Takkan Khalil tak Tahu.. Mengaku pakar Kewangan, padehal Sebelum tu hanya bekerja dengan agensi Insuran dan peniaga Pasar malam..

Sebab Apa dia Dilantik ? Sebab nya CEO Perangsang adalah bekas CEO GLC Terengganu TDM Group, era Hj Hadi jadi MB Terengganu.. Dia adalah Raja Idris abang kepada Raja Petra.. masa Jadi pengarah, Din Ayam pun dapat tawaran Saham lebih Setengah Juta ketika hangat desas desus Pengambilalihan Konsesi Air.. apakah itu Insider Trading ? jadi itu bukan Kroni ?

Itu Belum Cerita Lebai Lebai PAS yang dilantik ke jawatan dan pengerusi GLC Kelantan yang habis Lingkup, Belum cerita Nik Amar jadi pengerusi YIK gadai tanah berpuluh ribu Hektar kepada Syarikat Cina, last2 nak bayar gaji pun tak Mampu..

Belum Cerita Syarikat Perkayuan Kelantan yang Bankrap.. Belum Cerita Pemberian Balak Akdemi Yakin yang dipengerusikan Nik Amar kepada 3 Syarikat yang tuan nya adalah sama....Cerita Skandal Pembelian Stesen Minyak..Belum Cerita adik beradik YB PAS yang dapat tender Balak.. malah ada bekas YB PAS berebut tanah Pemberian Kerajaan di Mahkamah tanpa segan silu....

Kalau Nak Cerita Kleptokrat dan kroni Dalam PAS.. kalau tulis Kitab , dah berapa Jilid dah.. Jadi Tak payah Berlagak Suci.. Yang Heran, Masa terbukti skandal Najib dan 1MDB, takda pula kata Kleptokrat, Tun Mahathir baru seminggu dilantik Pengerusi Khazanah.. dah dituduh Kleptokrat.. Jahatnya Orang PAS punya hasad Dengki dan Fitnah..

Sebelum Anak Hj Hadi si Khalil ni nak Sembang pasal Kleptokrat, Kroni.. Cermin lah Anak menantu Hj Hadi dulu..Bukan jer dalam GLC, dalam Politik habih semua suku sakat ,anak menantu pakat faraid jawatan, termasuk di Dalam harakah yang tulis fitnah pasal Kleptokrat tu.....  :)

Ipoh Mali

A new dawn, a nation reborn
May 10, 2018
Pollsters proved wrong by a tsunami of votes that swept away BN's 60 years of rule, heralding a renewal in national politics.
So, a new day has dawned for Malaysia. The people have spoken: they no longer want the Barisan Nasional (BN) to lead the government; they want a new beginning.

After being under the rule of the BN, and its earlier version the Alliance, for 61 years, the majority of Malaysians have decided they want a new captain at the helm – even if the new captain is an old captain.

Or perhaps because he is the old captain – and, therefore, trusted to effectively bring about a renewal, and strong economic growth.

Voters gave the lie to the predictions of pollsters who said the BN would win, by putting an X where it mattered to tame the unstoppable giant.
Many of my friends will be happy with the result, as they have been hoping for change. One of their main gripes, apart from the rising cost of living, is the abuse of power by the previous government or at least some of those in government and the use of government agencies to stifle dissent.

They said the atmosphere in the nation was becoming too oppressive with many freedoms removed or under threat. Although not all of them are admirers of Dr Mahathir Mohamad, they think he can set the nation on the right course.

Dr Mahathir, who turns 93 in July, will be making history as not only the oldest man to become prime minister of Malaysia but also the first to be prime minister twice. He also becomes the oldest prime minister in the world.

Talking about history, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail is expected to make history too – as Malaysia’s first woman deputy prime minister. This will bring cheer to women in the country and could give a fillip to the fight for greater gender equality.

For Dr Mahathir it is also a personal victory – he wanted to get rid of Najib and he has achieved that.

He has shown that age is just a number, as one of the more popular WhatsApp memes has it. Dr Mahathir, is a shining example of grit and determination. He took in stride all the insults, all the obstacles, all the harassment, and triumphed.

Najib Razak, on the other hand, has to face the ignominy of being the man who led BN to its first ever defeat. He won in Pekan as expected, but not the federal power that he was confident of retaining.

It is almost certain that he will not be leading Umno for long; he has the option of resigning as Umno president or being eased out either in the coming months or at the next Umno assembly.

It is ironic, and surely a personal tragedy for Najib, that he led to defeat the very coalition his father Abdul Razak Hussein formed by getting more parties to join the three-party Alliance in 1974.

Others swept away by the political tsunami are the presidents of the Gerakan, MCA and MIC. Mah Siew Keong, Liow Tiong Lai and Dr S Subramaniam all failed to retain their seats.

Like Umno, the MCA, MIC and Gerakan will undertake an analysis of what went wrong and it is possible that at the end of this analysis, one or two or all three of these leaders may cease to lead their respective parties.

It will also likely take a long time for these parties to make their mark in national politics again.

Parti Sosialis Malaysia lost the only seat it held – Sungai Siput. There will be soul searching here too, and it is possible 2018 will mark the end of PSM.

One of the most happy persons today will be Lim Kit Siang. The DAP finally loses its tag as an opposition party, but this is one tag that the DAP will gladly lose as it now becomes a member of the federal government. After years of trials and tribulations and being jailed for his beliefs, the DAP supremo, or at least his party, will finally get to shape policies and have a say in the direction the nation takes.

I am surprised that PAS, which played spoiler in this election, has done well by retaining Kelantan state, taking Terengganu from the BN and it will likely play kingmaker in Perak. PAS has shown that one group of Malays still finds its message attractive.

However, by voting for PH and rejecting the Umno-PAS friendship, Malaysians in the west coast have given notice that they do not want hardline Islam or hudud. They want a truly moderate nation, not one that is moderate just in slogans.

In fact, I believe, people are fed up of slogans. They want a government that will listen to them, a government that will act on their behalf, a government that will act with their welfare in mind, and not, like the BN, decide what is best for them and arrest the dissenters.

In other words, the people are looking for a renaissance in all areas of national life, they are looking for a new dawn, nothing less. I hope Dr Mahathir and the PH leadership will not disappoint us.

A Kathirasen is Executive Editor at FMT.
* The views expressed are those of the authors and do not necessarily reflect those of FMT.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/05/10/a-new-dawn-a-nation-reborn/
Foto Mohd Hilmi Hilmi.
Mohd Hilmi Hilmi
SITPAH SELVARATNAM, Peguam yg dilantik AG Tommy dalam kes Equanimity. Ada sebab regim BN takut. Terbongkar 1MDB, terbongkarlah JEMADAK, terbongkarlah lebai pelahap 90 juta. Sabar naa. Panjang umur, kita tau.

EDUCATION
1990 - 1991: University of Cambridge, Cambridge
1988 - 1989: Holborn School of Law, London
1985 - 1988: University of Wales, Cardiff (UWIST)

QUALIFICATIONS
2008: Diploma in International Commercial Arbitration from Chartered Institute of Arbitrators, Keble College, Oxford
1990: Advocate & Solicitor of the High Court of Malaya
1989: Degree of Utter Barristerfrom the Honourable Society of Lincoln's Inn
1991: Master of Laws (LLM) from University of Cambridge
Queens’ College, Second Class Honours (Upper Division)
Degree
1988: Bachelor of Laws (LLB) from University of Wales, Cardiff (UWIST), First Class Honours

AWARDS AND SCHOLARSHIPS
1990: British High Commissioner's Awardfrom the Kuok Foundation Scholarship
1988: Maxwell Award for Best Student of the Law Faculty from the University of Wales (UWIST)
1987: Philip E Philip Award for Law of Trusts from the University of Wales (UWIST)

PROFESSIONAL ASSOCIATIONS
1. Member of the ICC International Court of Arbitration since 2018
2. Member of the General and Maritime Panel of Arbitrators of the Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA), now known as the Asian International Arbitration Centre (AIAC).
3. Member of the Singapore International Arbitration Centre (SIAC) Panel of Arbitrators
4. Member of the Singapore Chamber of Maritime Arbitration (SCMA) Panel of Arbitrators.
5. Member of the Hong Kong International Arbitration Centre (HKIAC) Panel of Arbitrators
6. Member of the Emirates Maritime Arbitration Centre (EMAC) Panel of Arbitrators.
7. Member of the London Court of International Arbitration (LCIA) Panel of Arbitrators.
8. Supporting Member of the London Maritime Arbitrators Association (LMAA).
9. President of the International Malaysian Society of Maritime Law (IMSML).
10. Chair of the Shipping and Admiralty Law Committee of the Bar Council.
11. Co-Chair of the International Arbitration Committee of the International Association of Defense Counsel (IADC).
12. Chair of the Maritime Law Committee of the Inter-Pacific Bar Association (IPBA) (2015 – 2017)
13. Chair of the Women Business Lawyers Committee of the Inter-Pacific Bar Association (IPBA) (2009 -2011).
14. Fellow of the Chartered Institute of Arbitrators (CIArb).
15. Fellow of the Malaysian Institute of Arbitrators (MIArb).
16. Accredited Mediator with the Malaysian Mediation Centre (MMC).
17. Member of the ArbitralWomen.
18. Chair of the Maritime Arbitration Working Committee of the Kuala Lumpur Regional Centre of Arbitration (KLRCA) empaneled in August 2011 to consider and recommend facilitative measures to promote maritime arbitration in Malaysia.
19. Member of the Admiralty Court and Maritime Law Reform Taskforce empaneled by the Malaysian Judiciary in October 2010 to consider and facilitate the workings of the Malaysian Admiralty Court and reform of Malaysian maritime laws.
20. Member of the Combined Rules of Court Committee of the Bar Council, to review amendments to the Rules of Court; designated to draft and review the amendments to the Admiralty and Arbitration provisions thereof.
21. Appointed in June 2007 by the Attorney General’s Chambers of Malaysia to the Consultative Committee on the review of the Malaysian Arbitration Act 2005.
22. Member of the Committee established by Maritime Insitute of Malaysia (MIMA) (2004 – 2005) to consider the need for an Admiralty Court in Malaysia.
23. Appointed in March 2000 to the Consultative Committee established by the Securities Commission on asset securitization.
24. Consultant to Danaharta Managers Sdn Bhd, national asset management corporation, at its inception from March to May 1999.

The best part is, she is doing national service. She is not charging the Harapan government a single cent. FOC
Foto Akramin Idrus.
Wednesday, 8 August 2018
MAT SABU TIADA PILIHAN, MELAINKAN MENGEMBALIKAN HAK MEJAR ZAIDI...


Sudah tentu ramai yang terperanjat dan turut berkongsi kecewa dengan nasib yang menimpa Mejar Zaidi Ahmad berhubung keputusan TUDM menolak rayuan berkaitan pemecatannya.

Pada 2013, Mejar Zaidi telah membuat laporan polis tentang penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal dan beliau kemudian dipecat sebagai juruterbang kerana perbuatannya itu.

Pada ketika itu beliau dianggap sebagai hero kerana dilihat berani bertindak berasaskan kebenaran sehingga sanggup merisikokan jawatannya dalam kerajaan demi kebenaran dan rasa sayang kepada negara.

Tindakan kerajaan BN memecatnya ketika itu dianggap zalim dan semata-mata untuk menghalang rakyat atau penjawat awam daripada terus bangki bersuara menyatakan kebenaran.

Jika Mejar Zaidi seorang tidak sayang kepada negara dan lebih mementingkan jawatannya, beliau boleh saja berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa pada ketika mata dan tangannya sendiri melihat penggunaan dakwat yang meragukan ketika pilihanraya 2013 itu.

Tetapi, kenapakah beliau sanggup pergi ke balai polis sedangkan tahu tindakan itu berisiko kepada jawatan dan mengundang bahaya kepada masa depan keluarganya sendiri?

Bermakna, ada sesuatu dalam hati dan jiwa Mejar Zaidi yang harus kita hargai, khususnya oleh kerajaan Pakatan Harapan yang berslogankan Malaysia Baru ini.

Meskipun Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan dilaporkan masih mempertimbangkan rayuan Mejar Zaidi, walaupun permohonannya untuk dikembalikan semula jawatannya atau diberikan pencen sudah ditolak oleh TUDM, hakikatnya kerajaan Malaysia Baru ini tiada pilihan selain menunjukkan pembelaan terhadap bekas juruterbang itu.

Kenapa takut membela Mejar Zaidi? Apakah susah sangat membela rakyat yang teraniaya?

Bukankah tindakan beliau melapor polis itu atas kapasitinya sebagai pengundi dan warganegara?

Apakah ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan bersetuju dengan tindakan BN memecat dan menganiaya Mejar Zaidi sebelum ini?

Jika pada 2013 beliau dianggap hero dan disanjung atas keberaniannya, mengapa setelah kuasa diperolehi, penganiayaan harus diteruskan dan semangat heronya dulu tidak mahu dihargai?

Tidak terlewat untuk mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan, harus diinsafi bahawa semangat yang ditunjukkan oleh Mejar Zaidi pada 2013 itulah sebahagiannya yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat menolak UMNO dan BN pada 9 Mei lalu.

Kepada Mat Sabu yang disanjung ramai dan berani masuk penjara beberapa kali demi perjuangan serta pernah melempar mikrofon ketika belum berkuasa, inilah masanya untuk beliau menunjukkan keprihatinan dan pembelaan kepada rakyat yang teraniaya.

Apakah membela dan mengembalikan hak Mejar Zaidi lebih besar bebannya daripada masuk penjara?

Oleh itu, jangan berlengah lagi untuk membela dan mengembalikan hak yang sewajarnya kepada Mejar Zaidi sebelum kuasa pinjaman sementara ini ditarik balik dalam pilihanraya seterusnya. (ShahbudinHusin 08/08/2018).

10 AUGUST 2018
Najib Gagal Halang Akhbar Siar Cerita Buruk Tentangnya
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya.

Sebaliknya, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.

"Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2018/08/najib-gagal-halang-akhbar-siar-cerita.html

Friday, 10 August 2018
APA LAGI SELEPAS INI? ATAU LEBIH BAIK NAJIB KELUAR UMNO?

Ada yang minta agar Najib disingkirkan daripada UMNO....
Ada pula yang mahu Najib digantung keahliannya....
Bermakna, desakan terhadap Najib tidak lagi sekadar mengatakannya sudah jadi sejarah, beban yang tidak sepatutnya ditanggung oleh UMNO atau parti perlu menjarakkan diri daripadanya, malah lebih daripada itu.

Apa lagi selepas ini?

Atau lebih terpuji jika Najib Razak sekarang ini segera mengambil keputusan keluar terus daripada UMNO? (ShahbudinHusin 10/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/apa-lagi-selepas-ini.html

PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid
  3:21 PTG      Pejuang Perubahan
PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid
Menjadikan Islam model Malaysia sebagai ikutan kepada seluruh dunia Islam adalah matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata keupayaan umat Islam di negara ini mempunyai asas yang kukuh untuk diperkasakan bagi menjadi tauladan kepada orang lain.
“Dua hari lepas saya dikunjungi duta besar Turki dan saya menyatakan kepadanya ingin mempelajari dari negara itu tentang pelbagai kejayaan menguruskan hal ehwal Islam.

“Duta itu menolak cadangan saya kerana katanya Turki lah yang patut belajar dari kita.

“Di Turki katanya hampir semua penduduk adalah Muslim sedangkan kita berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya di majlis dialog bersama menteri di Kota Bharu pada Rabu.

Menurut Dr Mujahid memang wajar umat Islam Malaysia diberi perhatian kerana satu model kita tersendiri jelas berjaya diwujudkan.

“Kita adalah kita, bukan Saudi, bukan Pakistan, bukan Mesir dan bukan Iran,”katanya.
Untuk mengukuhkan kerangka itu kata beliau, pentadbiran baru yang diketuainya akan memperkenalkan “Fiqh Malizi” (Islam Model Malaysia).

“Model ini sama sekali tidak akan mengubah perkara-perkara asas dalam amalan Islam.

“Kita akan terus bersolat, berpuasa, berhaji seperti yang telah ditetapkan tetapi kita mempunyai pendekatan Malaysia berkaitan hubungan dengan non Muslim dan persoalan-persoalan semasa dalam masyarakat.

“Untuk menjayakan misi ini, dua lagi teras iaitu Rahmatan lil ‘alamiin dan Maqasid Syariah akan diguna pakai,” katanya.

Majlis dialog anjuran Prihatin Rakyat Kelantan mendapat sambutan hangat apabila dewan yang memuatkan 200 peserta penuh sesak dan hampir separuh terpaksa berdiri.

Mujahid meluangkan masa hampir dua jam untuk menjawab pelbagai soalan berkaitan kementerian termasuk pendirian kerajaan terhadap golongan LGBT.
mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/ph-akan-jadikan-islam-model-malaysia.html

Friday, August 10, 2018
Krisis tanah Orang Asli timbul akibat pertindihan kepentingan kerajaan, pihak syarikat

Pada 10 Ogos 2018
oleh Hafiz Zainuddin
Pengabaian masyarakat Orang Asli khususnya melibatkan hak tanah adat, pendidikan, kesihatan, peluang ekonomi dan seumpamanya bukan perkara baharu malah dilihat semakin meruncing berikutan pengulangan beberapa insiden.

Kekecohan yang berlaku minggu lalu melibatkan perobohan blockade Kaleeg dekat Pos Tohoi, Gua Musang oleh sekumpulan samseng sebuah syarikat perladangan durian umpamanya jelas menunjukkan komuniti Orang Asli tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, masalah sedemikian timbul ekoran sikap tidak peka kerajaan Kelantan.

“Kerajaan Kelantan tidak peka dengan masalah Orang Asli yang rata-ratanya tinggal di kawasan pedalaman apabila sewenang-wenangnya meluluskan kawasan-kawasan pembalakan, perlombongan dan perladangan dalam wilayah tanah adat kami,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Lebih menghairankan ujarnya keadaan tersebut terus berlarutan walaupun Kerajaan Persekutuan  telah menandatangani deklarasi berhubung Hak Asasi Orang Asal (UNDRIP). Ini katanya termasuk prinsip IMABT (Keizinan Berasaskan Makluman, Awal, Bebas dan Telus) melibatkan tanah Orang Asli.

Mustapa menjelaskan, keadaan bertambah buruk apabila berlakunya pertindihan kepentingan di antara pihak syarikat dan Orang Asli.

“Kegagalan kerajaan, sama ada kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah menyebabkan pertindihan kepentingan di antara pihak syarikat dan Orang Asli.

“Ini yang menyebabkan berlakunya krisis di antara Orang Asli dan pihak syarikat kerana pihak kerajaan negeri gagal mematuhi prinsip IMABT di dalam perkara ini dan Orang Asli merupakan pihak yang berkepenting yang harus dibawa berbincang,” katanya.

Demi kelangsungan hutan dan wilayah adat masyarakat Orang Asli terpelihara, Mustapa menyeru agar kerajaan negeri lebih bijak menjana pendapatan mereka dan tidak hanya bergantung kepada hasil berasaskan sumber hutan.

Tambahan pula, kebergantungan tersebut terbukti tidak mampan kerana setiap ekar tanah yang diteroka memerlukan masa puluhan tahun untuk pulih.

“Seharusnya Kerajaan Negeri mula beralih dari hasil ekonomi berasaskan sumber hutan kepada eko pelancongan, yang mana negeri Kelantan memang kaya dengan flora dan fauna,” katanya selain meminta kerajaan persekutuan menyegerakan pemberian royalti minyak yang boleh menampung perbelanjaan negeri.
“Kerajaan negeri juga seharusnya mengamalkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam UNDRIP terutamanya apabila melibatkan wilayah tanah adat Orang Asli.

“Kami juga menyeru agar Kerajaan Pusat campur tangan di dalam isu ini kerana apa yang menjadi kebimbangan kami sekarang pihak syarikat telah mengunakan komuniti lokal dari kaum Melayu sendiri yang tinggal di Kuala Betis,” katanya lagi. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, August 10, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/krisis-tanah-orang-asli-timbul-akibat.html

Friday, August 10, 2018
BN digantung - Umno
Posted By: Pentadbiron: August 10, 2018
Barisan Nasional (BN) kini digantung sementara untuk meneroka kemungkinan menjalin kerjasama politik lain, kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.

Bekas menteri itu berkata Umno sedang melalui suatu “fasa baru” dan parti-parti komponen BN perlu pragmatik, melihat kemungkinan bekerjasama dengan parti politik lain.

“Kita putuskan parti komponen mesti mengurus parti masing-masing buat masa ini.

“BN pada masa ini perlu digantung untuk sementara waktu. Biar kita cuba pendekatan baru,” kata Annuar kepada The Malaysian Insight.

BN sebelum ini ada 13 parti tetapi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tinggal hanya Umno, MCA dan MIC.

Menurut Annuar, parti komponen BN, termasuk yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), masih ada hubungan baik namun perlu menguruskan hal masing-masing sebelum membina semula pakatan itu.

“Kita perlu sangat pragmatik. Kita tidak boleh bergantung kejayaan lalu, masih mengenang zaman gemilang BN. Kita perlu membuat penilaian yang praktikal,” jelas Annuar.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata “persefahaman tidak bertulis” sebelum ini dalam BN tidak berkesan dan ia menyebabkan gabungan itu kalah dalam pilihan raya lalu.

“Ada persefahaman tidak bertulis tentang kuota (kerusi), menjadikan kita kurang fleksibel dan akhirnya kalah beberapa kerusi.

“Ada hampir 30 kerusi Parlimen yang sepatutnya kira menang kalau kita kerjasama dengan PAS tetapi kita tidak buat.

“Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan kita malah menguntungkan parti baru. Berapa banyak punya rugi sebab jumud? Kita perlu lihat percaturan baru politik,” kata Annuar.

BN menang hanya 79 kerusi tetapi sekarang tinggal 59 selepas wakil rakyatnya lompat parti dan beberapa parti meninggalkan barisan.

Annuar juga mengalu-alukan idea MCA untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya kecil (PRK) Balakong bulan depan.

Kalau itu berlaku, komponen BN yang kanan itu akan mengetepikan konvensyen dengan meninggalkan logo BN.

“Kita alu-alukan. Itu sebahagian daripada ujian utama dan kita mahu lihat kesannya. Kita tidak ada masalah.

“Pada peringkat Umno, kita setuju MCA bertanfing guna logo sendiri. Selepas itu, kalau Umno pun hendak tanding guna logo sendiri, boleh juga,” katanya.

Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata partinya menimbang bertanding dengan logo sendiri dalam PRK Balakong.

Dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini, calon Umno Lokman Noor Adam bertanding dengan logo BN.

BN kalah buat pertama kali dalam sejarah pilhan raya umum Malaysia apabila Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir Mohamad membentuk kerajaan di Putrajaya.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, August 10, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/bn-digantung-umno.html



Wang dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan itu sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST.



Wang dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan itu sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam berkata, daripada keperluan pembayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion yang telah dilaporkan, hanya RM63.5 bilion pembayaran balik GST telah dibayar melalui Tabung Amanah bagi sepanjang tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018.

Katanya, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion.

Dan kemana menghilangnya lagi baki sebanyak RM19.4 bilion selepas kerajaan PH mentadbir malaysia?

Boleh dibaca petikan saya yang dibawa oleh Malaysiakini di bawah.
MALAYSIAKINI.COM
Najib: K'jaan HARAPAN mungkin dah belanja wang GST RM18 bilion

K'jaan HARAPAN mungkin dah belanja wang GST RM18 bilion
Diterbitkan 10 Ogos 2018, 4:39 petang 
Dikemaskini 10 Ogos 2018, 5:11 petang
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin sudah membelanjakan RM18 bilion wang pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Najib berkata, dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa BN merompak wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali.

Ini kerana katanya, seperti kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan.

Dari situ, katanya, dana dibayar ke akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan.

"Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin HARAPAN juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Najib tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kesemua kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

"Oleh kerana kerajaan HARAPAN kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST belum lagi dilaksanakan, kerajaan HARAPAN mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

"Akibatnya, kerajaan HARAPAN mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekali gus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan.

"Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan HARAPAN sendiri," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata beliau bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku bekas Menteri Kewangan.

"Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu.

"Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim Guan Eng kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik," katanya.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 Selasa lalu, Lim mendedahkan audit dalaman Jabatan Kastam mendapati tabung bayaran balik GST kekurangan hampir RM18 bilion.

Baca'Audit dedah salah guna RM18 bilion tabung bayar balik GST'

Beliau mendakwa kerajaan BN memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.


Bagaimanapun, Lim enggan mengaitkan perkara itu dengan Najib, sebaliknya berkata bekas setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pasti "tahu" mengenainya. 

Irwan menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN telah merompak bayaran balik GST dan membuat laporan kepada SPRM pagi ini.

https://www.malaysiakini.com/news/438329?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tiada ulasan: