Rabu, 8 Ogos 2018

Memperbaiki diri perlu diteruskan, yang lainnya kita berserah pada Allah. Aamiin. 7993.


Wednesday, 8 August 2018
MAT SABU TIADA PILIHAN, MELAINKAN MENGEMBALIKAN HAK MEJAR ZAIDI...

Sudah tentu ramai yang terperanjat dan turut berkongsi kecewa dengan nasib yang menimpa Mejar Zaidi Ahmad berhubung keputusan TUDM menolak rayuan berkaitan pemecatannya.

Pada 2013, Mejar Zaidi telah membuat laporan polis tentang penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal dan beliau kemudian dipecat sebagai juruterbang kerana perbuatannya itu.

Pada ketika itu beliau dianggap sebagai hero kerana dilihat berani bertindak berasaskan kebenaran sehingga sanggup merisikokan jawatannya dalam kerajaan demi kebenaran dan rasa sayang kepada negara.

Tindakan kerajaan BN memecatnya ketika itu dianggap zalim dan semata-mata untuk menghalang rakyat atau penjawat awam daripada terus bangkit bersuara menyatakan kebenaran.
Jika Mejar Zaidi seorang tidak sayang kepada negara dan lebih mementingkan jawatannya, beliau boleh saja berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa pada ketika mata dan tangannya sendiri melihat penggunaan dakwat yang meragukan ketika pilihanraya 2013 itu.

Tetapi, kenapakah beliau sanggup pergi ke balai polis sedangkan tahu tindakan itu berisiko kepada jawatan dan mengundang bahaya kepada masa depan keluarganya sendiri?

Bermakna, ada sesuatu dalam hati dan jiwa Mejar Zaidi yang harus kita hargai, khususnya oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang berslogankan Malaysia Baru ini.

Meskipun Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan dilaporkan masih mempertimbangkan rayuan Mejar Zaidi, walaupun permohonannya untuk dikembalikan semula jawatannya atau diberikan pencen sudah ditolak oleh TUDM, hakikatnya  kerajaan Malaysia Baru ini tiada pilihan selain menunjukkan pembelaan terhadap bekas juruterbang itu.

Kenapa takut membela Mejar Zaidi? Apakah susah sangat membela rakyat yang teraniaya?

Bukankah tindakan beliau melapor polis itu atas kapasitinya sebagai pengundi dan warganegara?

Apakah ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan bersetuju dengan tindakan BN memecat dan menganiaya Mejar Zaidi sebelum ini.

Jika pada 2013 beliau dianggap hero dan disanjung atas keberaniannya, mengapa setelah kuasa diperolehi, penganiayaan harus diteruskan dan semangat heronya dulu tidak mahu dihargai?

Tidak terlewat untuk mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan, harus diinsafi bahawa semangat yang ditunjukkan oleh Mejar Zaidi pada 2013 itulah sebahagiannya yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat menolak UMNO dan BN pada 9 Mei lalu.

Kepada Mat Sabu yang disanjung ramai dan berani masuk penjara beberapa kali demi perjuangan serta pernah melempar mikrofon ketika belum berkuasa, inilah masanya untuk beliau  menunjukkan keprihatinan dan pembelaan kepada rakyat yang teraniaya.

Apakah membela dan mengembalikan hak Mejar Zaidi lebih besar bebannya daripada masuk penjara?

Oleh itu, jangan berlengah lagi untuk membela dan mengembalikan hak yang sewajarnya kepada Mejar Zaidi sebelum kuasa pinjaman sementara ini ditarik balik dalam pilihanraya seterusnya. 

(ShahbudinHusin 08/08/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 11:31
Shahbudin dot com: MAT SABU TIADA PILIHAN, MELAINKAN MENGEMBALIKAN HAK MEJAR ZAIDI...
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-tiada-pilihan-melainkan.html

Wednesday, August 8, 2018
Kos selenggara The Equanimity RM 3 juta sebulan
Kos selenggara The Equanimity RM 3 juta sebulan
Kapal mewah ‘Equanimity’ tiba di perairan Malaysia hari ini dan sedang berlabuh di Pelabuhan Klang. –

PELABUHAN KLANG - Kos penyelenggaraan kapal layar mewah, The Equanimity dianggarkan berjumlah RM 3 juta sebulan.

Peguam, Jeremy Joseph berkata, buat masa sekarang kerajaan akan menanggung semua kos penyelenggaraan kapal mewah milik ahli pernigaan, Low Taek Jho (Jho Low).

Menurutnya, siasatan untuk menentukan hak pemilikan kapal pula mungkin mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan.

“Siasatan berhubung pemilikan kapal mungkin ambil masa dalam enam ke sembilan bulan tapi mungkin lebih awal juga.

“Selain dari pemilikan, kita juga bincangkan penyelenggaraan kapal. Agak mahal untuk selenggara kapal itu. Untuk masa sekarang, kerajaan yang akan selenggara.
“Jumlah sebenar tak pasti tapi mungkin dalam RM3 juta tapi itu sekadar anggaran, belum tahu jumlah sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam The Equanimity bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara, di sini, hari ini.

Tambahnya, antara perkara yang akan dibuat selepas ini adalah mencara inisiatif untuk menyelenggara kapal tersebut.

“Selepas ini kita akan cuba cari cara untuk selenggara kapal tersebut. Itu yang kita akan cuba selesaikan terlebih dahulu,” ujarnya.
http://kachipemas.blogspot.com/2018/08/huh-dahsyatt-kos-selenggara-equanimity.html

Wednesday, August 8, 2018
Najib dijangka berdepan tuduhan lagi
Posted By: Pentadbiron: August 08, 2018 
Najib dijangka berdepan tuduhan lagi
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, dijangka didakwa di mahkamah esok atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, untuk menghadapi tiga lagi pertuduhanmembabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

“Beliau akan didakwa dengan tiga pertuduhan tambahan,” kata sumber itu.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pihak mahkamah juga telah meletakkan penghadang dan menyediakan kaunter pendaftaran bagi memudahkan media membuat liputan prosiding sebutan kes dan pendakwaan terhadap Najib. 

– Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 08, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: NAJIB DIJANGKA BERDEPAN TUDUHAN LAGI
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/najib-dijangka-berdepan-tuduhan-lagi_8.html

Dua PRK serentak, 8 September
MyMetroUtama
Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong, pada 8 September ini.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 18 Ogos.

Ia diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood, hari ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat barah usus, pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , Allahyarham Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.

Sementara itu, kerusi DUN Balakong kosong kerana kematian penyandang kerusi DUN berkenaan iaitu mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Tien Chee terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan.

Pada PRU-14, Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 12:56 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/365994/dua-prk-serentak-8-september

Wednesday, August 8, 2018
SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?

1. Tak tahu....
2. Tak tahu....
3. Tak tahu....
4. Tak tahu....
Habis...kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu ketika jadi Perdana Menteri dulu? 

(ShahbudinHusin 07/08/2018)
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, August 08, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/semua-tak-tahu-apa-yang-najib-tahu.html

BERITA»Nasional
Rabu, 8 Ogos 2018 | 9:27am


Najib berhadapan pertuduhan tambahan 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan sebutan kes pecah amanah serta menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC International Sdn Bhd.Bekas perdana menteri itu diiringi dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman, pada jam 8.50 pagi.

 

Beliau yang berkot kelabu senyum dan melambai kepada wartawan dan jurugambar. Ketibaan Najib turut diiringi peguam pemerhati, Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk K Kumaraendran.


Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tiba 10 minit kemudian.


Najib dijangka akan didakwa dengan tiga lagi tuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen pagi ini, kali ini membabitkan kesalahan pengubahan wang haram. Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Sebutan kes pecah amanah dan salah guna jawatan yang dihadapi beliau turut ditetapkan sebutan pada hari ini di Mahkamah Tinggi.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir bagi menghadapi tiga tuduhan mengikut Sesyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah. Mohamad Shahril Badri Saali

BERITA»Kes
Rabu, 8 Ogos 2018 | 9:46am
17 pengawal di JPM akan direman
Oleh Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my
SERAMAI 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) 
dibawa ke Mahkamah Majistret, Putrajaya untuk mohon reman bagi membantu 
siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Seramai 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) tiba di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini untuk ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana.

Mereka tiba di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman kira-kira jam 9.15 pagi dengan sebuah bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, semua mereka ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Difahamkan, mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membabitkan jutaan ringgit.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 dan 18 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP 11 hingga Gred KP 38 berusia antara 31 hingga 51 tahun.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/459318/17-pengawal-di-jpm-akan-direman

Money-laundering charges over RM42m read out to Najib
Published 2 hours ago on 08 August 2018
BY IDA LIM
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur Court Complex, August 8, 2018. — Picture by Shafwan Zaidon
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur Court Complex, August 8, 2018. — Picture by Shafwan Zaidon
KUALA LUMPUR, Aug 8 — Three counts of money-laundering charges were read out to Datuk Seri Najib Razak in the Sessions Court here this morning, the latest criminal charges that the former prime minister has to face.

Najib, 65, is facing these additional charges, on top of his two existing criminal cases of alleged criminal breach of trust and power abuse over RM42 million of funds belonging to 1Malaysia Development Berhad's (1MDB) former subsidiary SRC International Sdn Bhd. 

The three money-laundering counts involve amounts totalling RM42 million; the first count involved RM27 million, the second count involved RM5 million and the third count over a sum of RM10 million.

The charges were read out before Sessions Court judge Azura Alwi, but Najib did not have his plea recorded here.

“I allow the prosecution’s application for this case to be transferred to the High Court, to be mentioned today,” the judge said.

Najib indicated that he understood the charges that were read out to him.

He is expected to enter his plea in the criminal division of the High Court.

The three counts are under Section 4(1) of the Anti-Money-Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2002 (AMLATFPUAA).

The Section 4(1) offence is punishable by a maximum 15-year jail term and a fine of RM5 million or a minimum five times of the value of the unlawful proceeds at the time the offence was committed.

Najib was represented by an eight-member team of lawyers led by Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah while Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria led an 11-man prosecution team from the Attorney-General’s Chambers.

Najib’s family members who were spotted inside the courtroom were his sons Norashman Najib, Mohd Nizar Najib and the latter’s wife Nor Sharmila Shaheen.

Daughter Nooryana Najwa and her Kazakh husband Daniyar Kessikbayev were also seen.

Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor was not sighted inside the courtroom, but her lawyers are holding a watching brief for her.

MORE TO COME
https://www.malaymail.com/s/1660268/money-laundering-charges-read-out-to-najib

BERITA»Nasional
Rabu, 25 Julai 2018 | 6:23pm
'Malaysian Crook' kecohkan Dewan Rakyat
Oleh Rohaniza Idris roha@nstp.com.my
Ramkarpal Singh. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tindakan Ramkarpal Singh (PH-DAP Bukit Gelugor) merujuk laporan media antarabangsa yang menyebut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai 'The Malaysian Crook', mencetuskan kekecohan pada sesi perbahasan pagi di Dewan Rakyat, hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang bingkas bangun membantah kenyataan Ramkarpal dan meminta beliau menarik balik istilah terbabit.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) bangun meminta laluan untuk menyatakan bantahan tetapi tidak diberi oleh Ramkarpal yang mendakwa masanya untuk berbahas adalah terhad.

Tajuddin kemudian berkata: "Saya ingin mencelah je... tarik balik kenyataan itu. Ada berani? Berani ke tidak?"

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Datuk Rashid Hasnon, kemudian meminta Ramkarpal meneruskan perbahasan.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO Bera) pula bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat meminta Ramkarpal menarik balik perkataan 'Malaysian Crook' yang dianggap sangkaan jahat kepada Najib (BN-UMNO Pekan).

Ramkarpal berkeras enggan berbuat demikian atas alasan ia dilaporkan media antarabangsa, sebelum dibidas Tajuddin: "Itu media antarabangsa kenapa nak ikut."

RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) turut bangun meminta Tajuddin tidak mengganggu perbahasan sebelum Rashid mengarahkan semua Ahli Parlimen duduk bagi membolehkan Ramkarpal meneruskan perbahasan.

Bagaimanapun, Tajudin sekali lagi bangun dan mendakwa tindakan Ramkarpal melanggar peraturan Dewan Rakyat manakala kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah dibawa ke mahkamah.

Ramkarpal meneruskan perbahasan dan mencabar Najib menjawab semua tuduhan dilemparkan berkaitan isu 1MDB di Dewan Rakyat, termasuk penularan surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Tindakan Ramkarpal itu sekali lagi dibantah Ahli Parlimen pembangkang dengan Tajuddin mencelah ia hanya andaian.

Bagaimanapun, Ramkarpal berkata, jika benar Najib mengarahkan pegawainya menulis surat kepada CIA, ia adalah kesalahan mengikut Kanun Keseksaan kerana menjejaskan demokrasi berparlimen.

'Malaysian Crook' kecohkan Dewan Rakyat | Nasional | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453797/malaysian-crook-kecohkan-dewan-rakyat
IshqMarjawan

[UPDATE] Semua kes Najib dibicara serentak
MyMetroUtama
Wartawan NSTP\cnews@nstp.com.my

MAHKAMAH Tinggi hari ini, tetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis semalam.

Menurutnya, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memaklumkan tarikh perbicaraan akan ditetapkan selepas itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan oleh Najib menerusi Muhammad Shafee.

Terdahulu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baru dibacakan hari ini dibicarakan bersama dengan pertuduhan sebelum ini.

Mahkamah juga membenarkan Najib mengguna pakai ikat jamin RM1 juta kes sebelum ini.

Di dalam prosiding yang sama, pertuduhan pindaan terhadap tiga kesalahan pecah amanah jenayah dan satu salah guna kuasa dibacakan semula.

Najib bagaimanapun mengekalkan pengakuan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan itu.

Berita berkaitan:
Najib didakwa terima wang haram RM42 juta


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 12:41 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/365992/update-semua-kes-najib-dibicara-serentak

Walau buruk pada pandangan mata Umno, Pakatan Harapan kekal sebagai Peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dari teranggap sebagai Kerajaan Negeri Pembangkang kepada Geng Kerajaan Persekutuan. Mengapa Umno khususnya masih gagal cucuk jarum untuk menguasai Pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut? Kekuatan Parti Pakatan Harapan atau kelemahan Umno sendiri yang sengaja ditutup-tutupi. Umno sebuah parti bertaraf nasional, benarkah atau sekadar cakap-cakap tepi kerana hal itu jelas ditiadakan oleh perlembagaan parti itu sendiri. 

BERITA»Politik
Rabu, 8 Ogos 2018 | 1:28pm
Pandangan terbuka Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ketua Umno Bahagian Titiwangsa merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. 
DATUK Seri Johari Abdul Ghani. - Foto fail NSTP
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis sangat penting kerana merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan UMNO berkolaborasi dengan PAS

PRK ini menyaksikan isu-isu yang kita bangkitkan mengenai kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi janji-janji mereka, antaranya seperti memansuhkan tol, menetapkan harga minyak RM1.50 seliter dan penangguhan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain janji lagi.

Cuma, apa yang menjadi tanda tanya kepada kita adalah sejauh mana isu-isu yang kita bangkitkan ini menjadi daya tarikan kepada pengundi di Sungai Kandis terutama pengundi-pengundi Melayu yang majoritinya mewakili lebih 70 peratus di situ.

Keputusan PRK ini yang menyaksikan majoriti 5,764 undi diperoleh calon PKR boleh diinterpretasikan dalam pelbagai sudut. 

Adakah masyarakat Melayu sudah tidak ambil peduli sama ada sesuatu kerajaan itu menepati janji-janji pilihan raya atau tidak? Ataupun pengundi-pengundi lebih berminat untuk melihat kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan bebas dari isu-isu yang melibatkan korupsi dan salah guna kuasa?

Mungkin juga berita-berita rampasan wang tunai dan barang barang kemas di kediaman bekas perdana menteri menguatkan lagi persepsi korupsi dan salah guna kuasa yang telah ditanam di dalam minda dan jiwa rakyat selama ini? 

Meskipun ada penjelasan diberi, persepsi korupsi dan salah guna kuasa ini mungkin masih tebal dan penjelasan yang diberi masih tidak cukup untuk meyakinkan pengundi-pengundi untuk memberikan undi mereka kepada UMNO.

Di PRK Sungai Kandis baru-baru ini kita juga dapat melihat bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, telah berkempen dengan begitu aktif. 

Memandangkan kes mahkamah Datuk Seri Najib masih belum lagi dibicarakan dan mengambil kira persepsi korupsi dan pecah amanah yang masih lagi membelenggu beliau, apakah strategi UMNO dalam mengetengahkan Datuk Seri Najib sebagai salah seorang tokoh yang aktif berkempen bagi PRK Sungai Kandis baru-baru ini suatu strategi yang bijak? 

Perlukah UMNO merehatkan Datuk Seri Najib dari menyertai kempen-kempen pilihan raya akan datang? 

Kita perlu ingat bahawa UMNO bukan berkempen untuk ahli-ahlinya sahaja tetapi kepada pengundi Sungai Kandis yang mana soal persepsi boleh menentukan kalah menang seseorang calon.

Barangkali akan ada yang mengatakan mengapa Datuk Seri Najib perlu direhatkan sedangkan Menteri Kewangan Pakatan Harapan DAP, Lim Guan Eng yang sedang didakwa di mahkamah pun tidak ambil peduli perkara ini. 

Pendirian saya kita tidak perlu mencontohi DAP. 

UMNO mempunyai benchmarknya yang tersendiri dan kita perlu menjadikan ini sebagai suatu titik mula untuk mencipta suatu benchmark baharu yang mana UMNO mengutamakan integriti dan kredibiliti pemimpinnya sebagai agenda yang penting dalam perjuangan. 

Kita perlu letakkan benchmark ini kepada setiap pemimpin bagi memulangkan keyakinan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai benchmark yang tinggi mengatasi DAP.

UMNO perlu mengatasi masalah persepsi integriti dan kredibiliti ini jika mahu terus relevan. 

Kita perlu lupakan era terdahulu sebelum PRU-14. UMNO kini sudah pun ada Presiden dan kepimpinan baru. Era Presiden terdahulu sudahpun berlalu menjadi sejarah. 

Jika UMNO tidak berubah dan masih berterusan mempertahankannya legasi dan isu-isu yang membawa kepada penolakannya di PRU 14, maka tidak mustahil jika UMNO juga akan menjadi sejarah. 

Contohnya, ramai kalangan kita tidak faham isu 1MDB dan SRC dan sebahagian dari kita tidak faham isu ini secara total. Oleh itu, apabila kita berbahas isu-isu ini di dalam Parlimen, ianya dibuat tanpa mengetahui maklumat yang lengkap dan tepat. Ianya hanya akan menyebabkan pemimpin-pemimpin kita hilang kredibiliti.


Dari segi gabungan UMNO-PAS pula, PRK Sungai Kandis ini menggambarkan bahawa pakatan UMNO-PAS tidak langsung memberi sebarang kesan terhadap kebolehan meraih undi melebihi apa yang UMNO peroleh pada PRU-14. 

Sewaktu UMNO, PKR dan PAS bertanding mengikut haluan masing-masing pada PRU-14, UMNO mampu mendapat 11,518 undi, tetapi hari ini selepas pakatan UMNO-PAS berlaku di PRK Sungai Kandis, kita cuma dapat 9,583 undi. 

Walau apa sahaja yang kita ‘spin’ untuk ‘menyedapkan’ hati kita, pokok pangkalnya kita telah kalah. Kita kalah dengan jumlah undi yang jauh lebih rendah selepas kita berpakat dengan PAS. 

Apakah pakatan UMNO-PAS ini adalah terlalu awal atau pakatan ini merupakan pakatan yang agak sukar untuk diterima sebahagian besar ahli-ahli PAS? 

Kempen PAS kepada ahli-ahlinya adalah PAS mesti memilih parti yang lebih kecil kemudaratannya daripada parti yang memudaratkan lebih besar. Kalau inilah landasan prinsip PAS untuk berpakat dengan UMNO, adakah pakatan ini praktikal? 

Adakah kita bersedia untuk menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang dari segi persepsinya telah kelihatan tidak amanah, korup dan hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja dalam perjuangan?

Ada maklumat yang disampaikan kepada saya bahawa PAS sememangnya suka UMNO lemah. 

Dalam erti kata lain, di mana sahaja UMNO lemah, PAS akan mendapat keuntungan. Bila UMNO lemah di Kelantan, PAS terus berkuasa selama 6 penggal; bila UMNO lemah di Terengganu, PAS berjaya menguasai kerajaan negeri dan bila UMNO lemah di Kedah, PAS mendapat lebih banyak kerusi pada PRU-14. 

Di kawasan-kawasan bandar pula, apabila UMNO lemah, parti-parti PKR dan DAP mendapat keuntungan. 

Jadi, UMNO dan BN tidak boleh lemah.

UMNO pernah bersama-sama PAS mempertahankan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, membela nasib etnik Rohingya, pernah bersama PAS dalam isu-isu persoalan agama tetapi ini sahaja belum dapat meyakinkan orang PAS di Sungai Kandis untuk melihat ia sebagai faktor utama untuk mereka memberi undi kepada Umno/BN.

PAS tidak pernah menunjukkan bahawa mereka sanggup duduk di atas pentas yang sama dengan UMNO untuk berkempen seperti mana dilakukan oleh PH - parti DAP, Bersatu, PKR dan Amanah yang bersama-sama di atas pentas semasa berkempen. Ini secara tidak langsung memperlihatkan belum ada lagi persefahaman atau penerimaan kedua-dua parti dari segi mempraktikkan Pakatan UMNO-PAS ini secara jujur dan ikhlas.

Sehubungan itu, saya berpandangan UMNO sepatutnya mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah parti nasional dengan tidak sepatutnya bergantung atau terikut dengan rentak parti yang lebih kecil daripada UMNO

Sebagai sebuah parti nasional kita mestilah mengambil kira bukan sahaja kepentingan orang-orang Melayu tetapi juga kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

Kalau diperhatikan, ada kalangan pemimpin UMNO kita berucap sehingga mengguris hati perasaan orang-orang bukan Melayu. 

Mereka ini barangkali boleh berbangga dengan menang di kawasan masing-masing tetapi apa gunanya kita menang di kawasan kita sahaja sedangkan ucapan-ucapan sensitif ini yang menyentuh perasaan orang bukan Melayu menyebabkan ramai rakan-rakan seperjuangan UMNO/BN ‘terkorban’ di kawasan bandar dalam pilihan raya yang lepas.

Ada juga kalangan UMNO yang menggunakan isu keagamaan bagi meraih sokongan. 

Apakah benar orang Melayu yang menyokong PKR, orang Melayu yang menyokong Bersatu atau orang Melayu yang menyokong Amanah akan membiarkan sahaja Islam ini diperkotak-katikkan atau UMNO hanya takut pada bayang-bayang sendiri?

Perkara-perkara inilah yang perlu dilihat semula oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan fokus semula kepada asas penubuhan UMNO itu iaitu di samping menjaga kepentingan Melayu yang sememangnya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita tidak mengecilkan kepentingan dan hak kaum-kaum lain. 

Inilah hakikat yang perlu di terima oleh UMNO dan ini jugalah resipi yang diguna pakai oleh pejuang-pejuang UMNO terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini dan ia merupakan resipi yang terbukti berjaya selama 61 tahun. 

Kejayaan BN selama 61 tahun ini adalah kerana orang Cina, India dan kaum-kaum lain merasakan bahawa mereka boleh meletakkan kepercayaan dan kepentingan mereka kepada BN. 

Sebab itu PAS selama berpuluh-puluh tahun tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan kerana mereka tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina, India dan kaum-kaum lain untuk bersetuju dengan ideologi PAS yang tidak bersifat nasional. 

Kalau kita menurunkan taraf kita sebagai parti nasional kepada tahap PAS, maka kita telah mengecilkan perjuangan UMNO ini.

Kalau boleh saya ungkapkan kata-kata seorang ketua bahagian UMNO iaitu: “Syarat kalah bukan semestinya lemah dan syarat menang, bukan semestinya kuat”. Walau apapun, yang pasti untuk menang, kita mestilah kelihatan sebagai parti yang sentiasa menjadi harapan kepada setiap pengundi, tidak kiralah sama ada orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kalau ada dalam kalangan parti-parti komponen dalam BN yang lemah, maka UMNO perlu mencari strategi baru untuk menguatkan mereka kembali.

Saya memohon maaf sekiranya ada rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Majlis Tertinggi atau para pejuang UMNO yang merasakan bahawa pandangan saya ini mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak. 

Saya hanya mahu UMNO bangkit semula menjadi sebuah parti nasional yang kuat, inklusif, penuh kredibiliti dan berwibawa. 

Saya yakin, apabila parti kita kuat, orang akan mencari kita. Proses memperbaiki parti perlu diteruskan, yang lainnya kita berserah kepada Allah.

Salam Perjuangan
Johari Abdul Ghani
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/08/459409/pandangan-terbuka-johari-abdul-ghani

BERITA»Politik
Sabtu, 27 Ogos 2016 | 10:30pm
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan (dua dari kiri) sambil diperhatikan Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Veteran UMNO Berjasa kepada Datuk Daud Taha ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai (PSP), Bukit Mertajam. - Foto NSTP/Danial Saad

DAP bukan pilihan terbaik tadbir Pulau Pinang

PERMATANG PAUH: Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan pilihan terbaik untuk mentadbir negeri itu memandangkan parti berkenaan gagal menyelesaikan isu-isu berbangkit sepanjang lapan tahun memerintah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata sepanjang tempoh itu, kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menyelesaikan isu berkaitan kesesakan lalu lintas, harga rumah yang tinggi, pencemaran alam sekitar, penambakan laut dan pembangunan lereng bukit.

Beliau berkata, sebelum memenangi pilihan raya umum 2008, DAP berjanji menghentikan penjualan tanah melalui usahasama dengan syarikat swasta dan penambakan laut.

"Dulu dia (Lim Guan Eng) mengkritik parti Gerakan kerana katanya pada waktu itu sebelum mereka menang (pilihan raya umum) 2008 kononnya banyak tanah dijual...jadi mereka minta sokongan pada rakyat Pulau Pinang untuk menghentikan kegiatan menjual tanah dengan mengundi DAP.

"Dulu dia tuduh BN (Barisan Nasional) membuat pembangunan di atas lereng-lereng bukit. Sekarang, selepas jadi ketua menteri kita nak tanya sama ada janji itu dah ditepati atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, DAP perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada mereka telah berjaya menyelesaikan isu-isu dan menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum 2008.

"Kalau belum selesai maknanya mereka gagal. Saya masih melihat dan bercakap dengan rakyat, isu itu masih berleluasa...mereka gagal untuk memenuhi apa yang mereka janjikan," katanya.

Beliau turut mendakwa tindakan kerajaan negeri menjual tanah secara usahasama dengan pihak swasta bukan satu strategi yang baik dalam pentadbiran kerajaan.

"Sebuah kerajaan negeri itu mesti mampu untuk menjana pendapatan bukan dengan menjual hartanya tetapi dengan aktiviti ekonomi pelaburan dan sebagainya," kata beliau.

Sementara itu, UMNO Permatang Pauh meluluskan tanpa bahas usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Usul lain dibawa UMNO Permatang Pauh ialah menolak campur tangan asing di Malaysia, pengemaskinian keahlian anggota UMNO di semua peringkat, menangani keganasan dan memelihara kehormatan wanita serta mempertahankan kesucian agama dan salah guna media sosial. - BERNAMA

DAP bukan pilihan terbaik tadbir Pulau Pinang | Politik | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/node/187335

RENCANA»Komentar
Khamis, 24 Ogos 2017 | 12:01pm
GAMBAR fail, Naib Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang, Oh Tong Keong (tiga dari kiri), bersama jawatan kuasa parti menunjukkan keratan akhbar mengenai kuil dan tokong yang dirobohkan Kerajaan Negeri sedangkan kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti, beroperasi walaupun mendapat bantahan penduduk berikutan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan alam sekitar semasa sidang media di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. - Foto Zuhainy Zulkifli

Tuding BN mainan biasa DAP tutup kelemahan
Oleh H Puvaniten M Helan Govan bhrencana@bh.com.my

Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang di bawah kepemimpinan DAP banyak lari daripada tanggungjawabnya serta tidak memberi sebarang justifikasi dalam segala proses pembangunan.

Ia termasuk kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah penggondolan bukit yang berterusan, banjir kilat, bangunan warisan diroboh atau dijual kepada warga asing, rumah mampu milik, tambakan laut dan kesesakan lalu lintas.

Yang turut dipersoalkan, kegagalan kerajaan negeri tunaikan janji dalam manifesto pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke 13.

Tiada tindakan ke atas kilang haram

Kes terbaru yang jadi tumpuan di Pulau Pinang ialah Ketua Menteri berkenaan terus menyalahkan Kerajaan BN dalam kes isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti apabila diserbu SPRM.

Persoalannya, hampir 10 tahun DAP memerintah di Pulau Pinang, mengapa tidak diambil tindakan terhadap kilang haram itu?

Berikutan desakan faktor PRU14, DAP harus berhenti bermain politik dan berhenti menuding jari terhadap BN.

Kredibiliti DAP tercabar apabila isu demi isu ditimbulkan dan penyelesaian DAP ialah menuduh BN untuk setiap kekurangan mereka dalam pembangunan negeri.

Ia langsung tidak masuk akal apabila kerajaan DAP sudah memerintah negeri itu hampir 10 tahun.

Slogan CAT yang sering dilaungkan oleh mereka 'Cekap, Telus dan Akaunbiliti' tidak sedondon dengan yang dicakap. Yang penting, rakyat Pulau Pinang harus didedahkan dengan pencapaian program pembangunan dibuat oleh DAP selama dua penggal.

Maka, ia agak jelas pada rakyat negeri pembangunan mana yang diabaikan oleh mereka dan bukannya BN menjadi kambing hitam untuk setiap isu yang dibangkitkan. Yang terkini ialah isu kilang haram.

Dalam siasatan kilang haram di Sungai Lembu, Penanti jelas menunjukkan mereka mempunyai masalah dalaman tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kesejahteraan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Ini menunjukkan kerajaan DAP mempunyai kelemahan agak ketara dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Apabila penduduk negeri membuat pilihan menukar kerajaan BN pada 2008 kepada kerajaan DAP, apa yang diharapkan mereka adalah perubahan dasar yang kononnya lebih baik. Namun, ia sekadar janji kosong.

Masih perlu guna pendekatan bertimbang rasa

Apakah kerajaan negeri mahu menyatakan selepas sembilan tahun mentadbir, mereka masih gagal mencari jalan penyelesaian menghapuskan kilang haram ini dan masih perlu menggunakan pendekatan bertimbang rasa?

Dalam soal ini, kebajikan siapa yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dilindungi kerajaan DAP Pulau Pinang?

Agak menarik selepas hampir sembilan tahun mentadbir, Guan Eng akhirnya mendakwa akan bertindak ke atas kilang dan struktur haram ini dan memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak menyalahkan kerajaan negeri selepas ini.

DAP harus mengakui kesilapannya iaitu gagal memantau pertumbuhan kilang haram di negeri itu dan tidak harus berdolak dalik.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram yang wujud sebelum 2008 selagi ia tidak mengganggu orang ramai dan lalu lintas.

Kerajaan BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak tergugat dengan mainan politik DAP.

Lawatan Perdana Menteri ke segenap kawasan di Pulau Pinang, terutama ke Permatang Pauh dengan pelbagai lapisan kaum tetap menyambut beliau.

Kehadiran orang ramai pada kenduri rakyat menunjukkan penduduk menerima baik majlis anjuran BN. Perdana Menteri turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Penduduk ternyata memilih untuk bersila bersama Perdana Menteri sebagai tanda mereka menerima mana-mana parti yang menunjukkan komitmen kepada mereka.

Penulis adalah Naib Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang
Tuding BN mainan biasa DAP tutup kelemahan | Komentar | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/316822/tuding-bn-mainan-biasa-dap-tutup-kelemahan


Tiada ulasan: