Rabu, 8 Ogos 2018

Wilayah Tidak Diketahui. 7994.


Walau buruk pada pandangan mata Umno, Pakatan Harapan kekal sebagai Peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dari teranggap sebagai Kerajaan Negeri Pembangkang kepada Geng Kerajaan Persekutuan. Mengapa Umno khususnya masih gagal cucuk jarum untuk menguasai Pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut? Kekuatan Parti Pakatan Harapan atau kelemahan Umno sendiri yang sengaja ditutup-tutupi. Umno sebuah parti bertaraf nasional, benarkah atau sekadar cakap-cakap tepi kerana hal itu jelas ditiadakan oleh perlembagaan parti itu sendiri. 

BERITA»Politik
Rabu, 8 Ogos 2018 | 1:28pm
Pandangan terbuka Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 
Ketua Umno Bahagian Titiwangsa merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. 
DATUK Seri Johari Abdul Ghani. - Foto fail NSTP
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis sangat penting kerana merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan UMNO berkolaborasi dengan PAS.

PRK ini menyaksikan isu-isu yang kita bangkitkan mengenai kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk memenuhi janji-janji mereka, antaranya seperti memansuhkan tol, menetapkan harga minyak RM1.50 seliter dan penangguhan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain janji lagi.

Cuma, apa yang menjadi tanda tanya kepada kita adalah sejauh mana isu-isu yang kita bangkitkan ini menjadi daya tarikan kepada pengundi di Sungai Kandis terutama pengundi-pengundi Melayu yang majoritinya mewakili lebih 70 peratus di situ.

Keputusan PRK ini yang menyaksikan majoriti 5,764 undi diperoleh calon PKR boleh diinterpretasikan dalam pelbagai sudut.

Adakah masyarakat Melayu sudah tidak ambil peduli sama ada sesuatu kerajaan itu menepati janji-janji pilihan raya atau tidak? Ataupunpengundi-pengundi lebih berminat untuk melihat kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan bebas dari isu-isu yang melibatkan korupsi dan salah guna kuasa?

Mungkin juga berita-berita rampasan wang tunai dan barang barang kemas di kediaman bekas perdana menteri menguatkan lagi persepsi korupsi dan salah guna kuasa yang telah ditanam di dalam minda dan jiwa rakyat selama ini?

Meskipun ada penjelasan diberi, persepsi korupsi dan salah guna kuasa ini mungkin masih tebal dan penjelasan yang diberi masih tidak cukup untuk meyakinkan pengundi-pengundi untuk memberikan undi mereka kepada UMNO.

Di PRK Sungai Kandis baru-baru ini kita juga dapat melihat bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, telah berkempen dengan begitu aktif.

Memandangkan kes mahkamah Datuk Seri Najib masih belum lagi dibicarakan dan mengambil kira persepsi korupsi dan pecah amanah yang masih lagi membelenggu beliau, apakah strategi UMNO dalam mengetengahkan Datuk Seri Najib sebagai salah seorang tokoh yang aktif berkempen bagi PRK Sungai Kandis baru-baru ini suatu strategi yang bijak?

Perlukah UMNO merehatkan Datuk Seri Najib dari menyertai kempen-kempen pilihan raya akan datang?

Kita perlu ingat bahawa UMNO bukan berkempen untuk ahli-ahlinya sahaja tetapi kepada pengundi Sungai Kandis yang mana soal persepsi boleh menentukan kalah menang seseorang calon.

Barangkali akan ada yang mengatakan mengapa Datuk Seri Najib perlu direhatkan sedangkan Menteri Kewangan Pakatan Harapan DAP, Lim Guan Eng yang sedang didakwa di mahkamah pun tidak ambil peduli perkara ini. 

Pendirian saya kita tidak perlu mencontohi DAP. 

UMNO mempunyai benchmarknya yang tersendiri dan kita perlu menjadikan ini sebagai suatu titik mula untuk mencipta suatu benchmark baharu yang mana UMNO mengutamakan integriti dan kredibiliti pemimpinnya sebagai agenda yang penting dalam perjuangan.

Kita perlu letakkan benchmark ini kepada setiap pemimpin bagi memulangkan keyakinan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai benchmark yang tinggi mengatasi DAP.

UMNO perlu mengatasi masalah persepsi integriti dan kredibiliti ini jika mahu terus relevan. 


Kita perlu lupakan era terdahulu sebelum PRU-14. UMNO kini sudah pun ada Presiden dan kepimpinan baru. Era Presiden terdahulu sudahpun berlalu menjadi sejarah.

Jika UMNO tidak berubah dan masih berterusan mempertahankannya legasi dan isu-isu yang membawa kepada penolakannya di PRU 14, maka tidak mustahil jika UMNO juga akan menjadi sejarah. 

Contohnya, ramai kalangan kita tidak faham isu 1MDB dan SRC dan sebahagian dari kita tidak faham isu ini secara total. Oleh itu, apabila kita berbahas isu-isu ini di dalam Parlimen, ianya dibuat tanpa mengetahui maklumat yang lengkap dan tepat. Ianya hanya akan menyebabkan pemimpin-pemimpin kita hilang kredibiliti.

Dari segi gabungan UMNO-PAS pula, PRK Sungai Kandis ini menggambarkan bahawa pakatan UMNO-PAS tidak langsung memberi sebarang kesan terhadap kebolehan meraih undi melebihi apa yang UMNO peroleh pada PRU-14.

Sewaktu UMNO, PKR dan PAS bertanding mengikut haluan masing-masing pada PRU-14, UMNO mampu mendapat 11,518 undi, tetapi hari ini selepas pakatan UMNO-PAS berlaku di PRK Sungai Kandis, kita cuma dapat 9,583 undi.

Walau apa sahaja yang kita ‘spin’ untuk ‘menyedapkan’ hati kita, pokok pangkalnya kita telah kalah. Kita kalah dengan jumlah undi yang jauh lebih rendah selepas kita berpakat dengan PAS.

Apakah pakatan UMNO-PAS ini adalah terlalu awal atau pakatan ini merupakan pakatan yang agak sukar untuk diterima sebahagian besar ahli-ahli PAS?

Kempen PAS kepada ahli-ahlinya adalah PAS mesti memilih parti yang lebih kecil kemudaratannya daripada parti yang memudaratkan lebih besar. Kalau inilah landasan prinsip PAS untuk berpakat dengan UMNO, adakah pakatan ini praktikal?

Adakah kita bersedia untuk menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang dari segi persepsinya telah kelihatan tidak amanah, korup dan hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja dalam perjuangan?

Ada maklumat yang disampaikan kepada saya bahawa PAS sememangnya suka UMNO lemah. 

Dalam erti kata lain, di mana sahaja UMNO lemah, PAS akan mendapat keuntungan. Bila UMNO lemah di Kelantan, PAS terus berkuasa selama 6 penggal; bila UMNO lemah di Terengganu, PAS berjaya menguasai kerajaan negeri dan bila UMNO lemah di Kedah, PAS mendapat lebih banyak kerusi pada PRU-14.

Di kawasan-kawasan bandar pula, apabila UMNO lemah, parti-parti PKR dan DAP mendapat keuntungan.

Jadi, UMNO dan BN tidak boleh lemah.

UMNO pernah bersama-sama PAS mempertahankan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, membela nasib etnik Rohingya, pernah bersama PAS dalam isu-isu persoalan agama tetapi ini sahaja belum dapat meyakinkan orang PAS di Sungai Kandis untuk melihat ia sebagai faktor utama untuk mereka memberi undi kepada Umno/BN.

PAS tidak pernah menunjukkan bahawa mereka sanggup duduk di atas pentas yang sama dengan UMNO untuk berkempen seperti mana dilakukan oleh PH - parti DAP, Bersatu, PKR dan Amanah yang bersama-sama di atas pentas semasa berkempen. Ini secara tidak langsung memperlihatkan belum ada lagi persefahaman atau penerimaan kedua-dua parti dari segi mempraktikkan PakatanUMNO-PAS ini secara jujur dan ikhlas.

Sehubungan itu, saya berpandangan UMNO sepatutnya mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah parti nasional dengan tidak sepatutnya bergantung atau terikut dengan rentak parti yang lebih kecil daripada UMNO.

Sebagai sebuah parti nasional kita mestilah mengambil kira bukan sahaja kepentingan orang-orang Melayu tetapi juga kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.

Kalau diperhatikan, ada kalangan pemimpin UMNO kita berucap sehingga mengguris hati perasaan orang-orang bukan Melayu. 

Mereka ini barangkali boleh berbangga dengan menang di kawasan masing-masing tetapi apa gunanya kita menang di kawasan kita sahaja sedangkan ucapan-ucapan sensitif ini yang menyentuh perasaan orang bukan Melayu menyebabkan ramai rakan-rakan seperjuangan UMNO/BN ‘terkorban’ di kawasan bandar dalam pilihan raya yang lepas.

Ada juga kalangan UMNO yang menggunakan isu keagamaan bagi meraih sokongan. 

Apakah benar orang Melayu yang menyokong PKR, orang Melayu yang menyokong Bersatu atau orang Melayu yang menyokong Amanah akan membiarkan sahaja Islam ini diperkotak-katikkan atau UMNO hanya takut pada bayang-bayang sendiri?

Perkara-perkara inilah yang perlu dilihat semula oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan fokus semula kepada asas penubuhan UMNO itu iaitu di samping menjaga kepentingan Melayu yang sememangnya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kita tidak mengecilkan kepentingan dan hak kaum-kaum lain.

Inilah hakikat yang perlu di terima oleh UMNO dan ini jugalah resipi yang diguna pakai oleh pejuang-pejuang UMNO terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini dan ia merupakan resipi yang terbukti berjaya selama 61 tahun. 

Kejayaan BN selama 61 tahun ini adalah kerana orang Cina, India dan kaum-kaum lain merasakan bahawa mereka boleh meletakkan kepercayaan dan kepentingan mereka kepada BN. 

Sebab itu PAS selama berpuluh-puluh tahun tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan kerana mereka tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina, India dan kaum-kaum lain untuk bersetuju dengan ideologi PAS yang tidak bersifat nasional. 

Kalau kita menurunkan taraf kita sebagai parti nasional kepada tahap PAS, maka kita telah mengecilkan perjuangan UMNO ini.

Kalau boleh saya ungkapkan kata-kata seorang ketua bahagian UMNO iaitu: “Syarat kalah bukan semestinya lemah dan syarat menang, bukan semestinya kuat”. Walau apapun, yang pasti untuk menang, kita mestilah kelihatan sebagai parti yang sentiasa menjadi harapan kepada setiap pengundi, tidak kiralah sama ada orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kalau ada dalam kalangan parti-parti komponen dalam BN yang lemah, maka UMNO perlu mencari strategi baru untuk menguatkan mereka kembali.

Saya memohon maaf sekiranya ada rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua bahagian, ahli-ahli Majlis Tertinggi atau para pejuang UMNO yang merasakan bahawa pandangan saya ini mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak. 

Saya hanya mahu UMNO bangkit semula menjadi sebuah parti nasional yang kuat, inklusif, penuh kredibiliti dan berwibawa. 

Saya yakin, apabila parti kita kuat, orang akan mencari kita. Proses memperbaiki parti perlu diteruskan, yang lainnya kita berserah kepada Allah.


Salam Perjuangan
Johari Abdul Ghani
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/08/459409/pandangan-terbuka-johari-abdul-ghani

BERITA»Politik
Sabtu, 27 Ogos 2016 | 10:30pm
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan (dua dari kiri) sambil diperhatikan Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Veteran UMNO Berjasa kepada Datuk Daud Taha ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai (PSP), Bukit Mertajam. - Foto NSTP/Danial Saad

DAP bukan pilihan terbaik tadbir Pulau Pinang

PERMATANG PAUH: Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan pilihan terbaik untuk mentadbir negeri itu memandangkan parti berkenaan gagal menyelesaikan isu-isu berbangkit sepanjang lapan tahun memerintah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata sepanjang tempoh itu, kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menyelesaikan isu berkaitan kesesakan lalu lintas, harga rumah yang tinggi, pencemaran alam sekitar, penambakan laut dan pembangunan lereng bukit.

Beliau berkata, sebelum memenangi pilihan raya umum 2008, DAP berjanji menghentikan penjualan tanah melalui usahasama dengan syarikat swasta dan penambakan laut.

"Dulu dia (Lim Guan Eng) mengkritik parti Gerakan kerana katanya pada waktu itu sebelum mereka menang (pilihan raya umum) 2008 kononnya banyak tanah dijual...jadi mereka minta sokongan pada rakyat Pulau Pinang untuk menghentikan kegiatan menjual tanah dengan mengundi DAP.

"Dulu dia tuduh BN (Barisan Nasional) membuat pembangunan di atas lereng-lereng bukit. Sekarang, selepas jadi ketua menteri kita nak tanya sama ada janji itu dah ditepati atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, DAP perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada mereka telah berjaya menyelesaikan isu-isu dan menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum 2008.

"Kalau belum selesai maknanya mereka gagal. Saya masih melihat dan bercakap dengan rakyat, isu itu masih berleluasa...mereka gagal untuk memenuhi apa yang mereka janjikan," katanya.

Beliau turut mendakwa tindakan kerajaan negeri menjual tanah secara usahasama dengan pihak swasta bukan satu strategi yang baik dalam pentadbiran kerajaan.

"Sebuah kerajaan negeri itu mesti mampu untuk menjana pendapatan bukan dengan menjual hartanya tetapi dengan aktiviti ekonomi pelaburan dan sebagainya," kata beliau.

Sementara itu, UMNO Permatang Pauh meluluskan tanpa bahas usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Usul lain dibawa UMNO Permatang Pauh ialah menolak campur tangan asing di Malaysia, pengemaskinian keahlian anggota UMNO di semua peringkat, menangani keganasan dan memelihara kehormatan wanita serta mempertahankan kesucian agama dan salah guna media sosial. - BERNAMA


DAP bukan pilihan terbaik tadbir Pulau Pinang | Politik | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/node/187335

RENCANA»Komentar
Khamis, 24 Ogos 2017 | 12:01pm
GAMBAR fail, Naib Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang, Oh Tong Keong (tiga dari kiri), bersama jawatan kuasa parti menunjukkan keratan akhbar mengenai kuil dan tokong yang dirobohkan Kerajaan Negeri sedangkan kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti, beroperasi walaupun mendapat bantahan penduduk berikutan memberi kesan buruk terhadap kesihatan dan alam sekitar semasa sidang media di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. - Foto Zuhainy Zulkifli

Tuding BN mainan biasa DAP tutup kelemahan
Oleh H Puvaniten M Helan Govan bhrencana@bh.com.my

Sebelum ini kerajaan Pulau Pinang di bawah kepemimpinan DAP banyak lari daripada tanggungjawabnya serta tidak memberi sebarang justifikasi dalam segala proses pembangunan.

Ia termasuk kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah penggondolan bukit yang berterusan, banjir kilat, bangunan warisan diroboh atau dijual kepada warga asing, rumah mampu milik, tambakan laut dan kesesakan lalu lintas.

Yang turut dipersoalkan, kegagalan kerajaan negeri tunaikan janji dalam manifesto pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan Ke 13.

Tiada tindakan ke atas kilang haram

Kes terbaru yang jadi tumpuan di Pulau Pinang ialah Ketua Menteri berkenaan terus menyalahkan Kerajaan BN dalam kes isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti apabila diserbu SPRM.

Persoalannya, hampir 10 tahun DAP memerintah di Pulau Pinang, mengapa tidak diambil tindakan terhadap kilang haram itu?

Berikutan desakan faktor PRU14, DAP harus berhenti bermain politik dan berhenti menuding jari terhadap BN.

Kredibiliti DAP tercabar apabila isu demi isu ditimbulkan dan penyelesaian DAP ialah menuduh BN untuk setiap kekurangan mereka dalam pembangunan negeri.

Ia langsung tidak masuk akal apabila kerajaan DAP sudah memerintah negeri itu hampir 10 tahun.

Slogan CAT yang sering dilaungkan oleh mereka 'Cekap, Telus dan Akaunbiliti' tidak sedondon dengan yang dicakap. Yang penting, rakyat Pulau Pinang harus didedahkan dengan pencapaian program pembangunan dibuat oleh DAP selama dua penggal.

Maka, ia agak jelas pada rakyat negeri pembangunan mana yang diabaikan oleh mereka dan bukannya BN menjadi kambing hitam untuk setiap isu yang dibangkitkan. Yang terkini ialah isu kilang haram.

Dalam siasatan kilang haram di Sungai Lembu, Penanti jelas menunjukkan mereka mempunyai masalah dalaman tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kesejahteraan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Ini menunjukkan kerajaan DAP mempunyai kelemahan agak ketara dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Apabila penduduk negeri membuat pilihan menukar kerajaan BN pada 2008 kepada kerajaan DAP, apa yang diharapkan mereka adalah perubahan dasar yang kononnya lebih baik. Namun, ia sekadar janji kosong.

Masih perlu guna pendekatan bertimbang rasa

Apakah kerajaan negeri mahu menyatakan selepas sembilan tahun mentadbir, mereka masih gagal mencari jalan penyelesaian menghapuskan kilang haram ini dan masih perlu menggunakan pendekatan bertimbang rasa?

Dalam soal ini, kebajikan siapa yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dilindungi kerajaan DAP Pulau Pinang?

Agak menarik selepas hampir sembilan tahun mentadbir, Guan Eng akhirnya mendakwa akan bertindak ke atas kilang dan struktur haram ini dan memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak menyalahkan kerajaan negeri selepas ini.

DAP harus mengakui kesilapannya iaitu gagal memantau pertumbuhan kilang haram di negeri itu dan tidak harus berdolak dalik.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram yang wujud sebelum 2008 selagi ia tidak mengganggu orang ramai dan lalu lintas.

Kerajaan BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak tergugat dengan mainan politik DAP.

Lawatan Perdana Menteri ke segenap kawasan di Pulau Pinang, terutama ke Permatang Pauh dengan pelbagai lapisan kaum tetap menyambut beliau.

Kehadiran orang ramai pada kenduri rakyat menunjukkan penduduk menerima baik majlis anjuran BN. Perdana Menteri turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan 2.0 Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Penduduk ternyata memilih untuk bersila bersama Perdana Menteri sebagai tanda mereka menerima mana-mana parti yang menunjukkan komitmen kepada mereka.


Penulis adalah Naib Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang
Tuding BN mainan biasa DAP tutup kelemahan | Komentar | Berita Harian
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/08/316822/tuding-bn-mainan-biasa-dap-tutup-kelemahan

Kenapa Anwar perlu segera masuk kabinet
Mohd Nasaie Ismail

ULASAN | Hasrat menulis isu ini sudah beberapa minggu tertangguh dan kebetulan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR.

Sama ada beliau presiden atau tidak, Anwar perlu berada di dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad atas beberapa sebab.

Ketiadaan Anwar dalam kabinet dalam keadaan beliau bebas di luar memimpin PKR dan Pakatan Harapan (HARAPAN) membuka ruang kepada adu domba yang berterusan.

Suka atau tidak, beliau adalah tokoh utama HARAPAN sebaris dengan Mahathir selaku perdana menteri.

Malah namanya disebut sebagai calon perdana menteri selepas Mahathir.

Usaha ataupun sekadar rumus yang didendangkan bahawa Datuk Seri Azmin Ali yang akan menggantikan Mahathir merupakan satu isyarat yang tidak baik yang akan menggangu kestabilan kerajaan baru.

Tambahan, Azmin yang diberikan jawatan menteri kanan dengan pelbagai agensi penting diletakkan dibawah kementerian beliau yang sebelumnya di bawah Kementerian Kewangan ataupun Jabatan Perdana Menteri seolah-olah menghantar isyarat bahawa rumus itu adalah betul.

Walaupun hakikatnya tidak betul.

Dalam masa yang sama, Anwar juga dikatakan sedang mengusahakan pakatan baru dengan Umno dan PAS bagi membentuk kerajaan baru yang akan beliau ketuainya.

Penulis meyakini ia dongeng semata-mata, namun membiarkan Anwar di luar kabinet akan membentuk persepsi ia adalah betul.

Masuknya Anwar ke dalam kabinet akan memadam segala tohmahan yang berlaku.

Perbezaan yang boleh jadi wujud di antara Mahathir dengan Anwar akan selesai di meja mesyuarat mingguan kabinet.

Tidak wujud lagi perbezaan yang dihebahkan kepada media di luar sehingga menampakkan kerajaan baru ini tidak stabil.

Rakyat di luar yang mengundi menolak BN tidak mahu dengar politik dalaman sesama pemimpin negara, tetapi mereka dahagakan perubahan.

Jangan sangka BN yang tewas memberi makna bahawa HARAPAN tidak boleh dikalahkan.

Jika Umno tidak pernah sangka Mahathir boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya yang lalu sehingga buat kali pertamanya BN tumbang, HARAPAN juga tidak boleh menyangka langsung tidak ada gerakan yang sama atau gerakan yang lain yang boleh menumbangkan atau setidaknya menggugat kerajaan mereka.

Jangan pandang enteng kepada pengundi HARAPAN sendiri yang ramainya merupakan golongan yang kritikal dengan kerajaan HARAPAN.

Mereka bukan beku dengan pegangan politik, tetapi cair dan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Oleh itu hiruk-pikuk dalaman HARAPAN bukanlah sesuatu yang mereka hendak dengar.

Anwar sebagai menteri pembangunan luar bandar

Maka Anwar perlu masuk ke dalam dan sama-sama memimpin dengan Mahathir.

Di antara kelompok yang tidak sabar-sabar menanti perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan baru ini ialah masyarakat desa.

Mereka terdiri daripada warga Felda, peserta Felcra, pekebun kecil Risda, Lembaga Kemajuan Tengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), masyarakat kampung di Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya terkesan dengan kos hidup dan jatuhnya harga komuditi seperti sawit dan getah perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pengundi Felda yang berjumlah 1.6 juta orang telah membuat anjakan perubahan dalam pilihan raya yang lalu sehingga BN kehilangan majoriti di 39 daripada 54 parlimen Felda, dengan HARAPAN sahaja menang di 19 parlimen, Parti Warisan Sabah (WARISAN) dua parlimen, PAS di empat parlimen dan BN menang minoriti di 13 parlimen yang bertembung tiga penjuru.

21 kerusi HARAPAN dan WARISAN yang dimenangi di kawasan Felda itu membentuk kemenangan HARAPAN di peringkat pusat.

Mereka tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana sifat pengundinya yang cair kepartian.

Begitu juga dengan masyarakat desa yang lain yang ramai di kalangan mereka hidup di bawah paras kemiskinan.

Maka, Anwar perlu memainkan peranan dalam kabinet bagi menumpukan kepada perubahan dan pembangunan masyarakat desa tersebut.

Ia akan melengkapi tugas perdana menteri yang bergelut untuk memulihkan ekonomi negara yang sangat mencabar ketika ini.

Maka, jika Anwar menyertai kabinet dan menjadi timbalan perdana menteri sewajarnya beliau memegang juga kementerian yang berkaitan sama ada Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau mewujudkan kementerian lain yang akan meletakkan agensi seperti Felda, Felcra, Risda, KESEDAR, KETENGAH, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan agensi pembangunan rakyat desa di Sabah dan Sarawak di bawahnya.

Manakala Yang Berhormat (YB) Rina Harun boleh memegang jawatan di Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat bersesuaian dengan kedudukan beliau.

Begitu juga beliau boleh mengetuai Jawatankuasa Khas Kabinet berkaitan pembangunan masyarakat desa ini yang melibatkan beberapa kementerian seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan lain-lain kementerian yang akan memberi fokus mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat bawahan dalam jangka masa pendek dan panjang.

Mungkin ini dilihat kerja yang tidak popular berbanding kementerian lain yang lebih kanan.

Namun kita boleh merujuk sejarah Tun Razak Hussein dan Tun Ghafar Baba yang memberi fokus khas kepada hal-hal tersebut sehingga ia memberi kesan.

Dalam tempoh hanya beberapa tahun menjadi perdana menteri, Tun Razak telah mengasaskan beberapa institusi penting membangunkan masyarakat desa seperti Felda dan Pertubuhan Peladang.

Anwar lama bermain dengan masyarakat desa semenjak di bangku Universiti Malaya (UM) lagi. Beliau lama dalam kerajaan dan lama juga menjadi pembangkang serta lama dalam penjara.

Moga ia satu ramuan yang baik untuk peka terhadap kehendak masyarakat desa.

Jadikan Morsi sebagai tauladan

Pembangkang ketika ini memainkan isu bangsa, raja dan agama yang tidak dapat tidak, sebilangannya berpunca daripada tindakan tidak cermat seorang dua dalam HARAPAN sendiri.

Kita memahami ia sekadar senjata yang lebih banyak persepsinya daripada kebenaran, namun dibiarkan terus tanpa satu kunci yang kuat akan menatijahkan suasana yang tidak harmoni.

Mungkin ada yang berbeza dengan mengatakan di bawah Malaysia Baru kita tidak boleh melayan lagi isu-isu sebegini.

Tetapi harus diingat perubahan besar yang hendak dilakukan akan tergendala apabila suasana tidak harmoni dibiarkan melanda negara.

Pedoman pemerintahan setahun Presiden Morsi di Mesir patut dijadikan tauladan.

Dikala beliau mengusahakan perubahan, di dalam jentera pentadbiran kerajaan masih dipenuhi penyokong-penyokong kerajaan lama yang melakukan sabotaj secara langsung atau tidak langsung.

Media yang dibiarkan bebas dalam keadaan minda rakyat belum terdidik juga menyumbang kepada suasana yang tidak stabil.

Kerajaan boleh menjawab kerosakan 61 tahun tidak boleh dibaiki dalam masa setahun, tetapi api kemarahan rakyat dibakar oleh media-media yang dibiarkan bebas itu atas nama demokrasi.

Maka di sinilah peranan boleh dimainkan Anwar setidaknya meletakkan seorang tokoh yang dilihat cakna kepada agama dan raja-raja disebelah perdana menteri bagi membuang ketakutan dan kegusaran golongan berkenaan.

Kesimpulannya, kehadiran Anwar dalam kabinet adalah perlu bagi mewujudkan kestabilan kerajaan baru agar perubahan dapat dilakukan tanpa gangguan yang banyak.

Ia tidak harus dilihat atau diusahakan agar kemasukan Anwar ini petanda beliau hendak menggantikan Mahathir dengan segera, tetapi pelengkap kepada kepimpinan sedia ada dan penutup kepada segala adu domba.

MOHD NASAIE ISMAIL merupakan Timbalan Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) serta aktivis Felda dan Felcra.

-malaysiakini
at 8/08/2018 05:28:00 PTG
KERENGGA: Kenapa Anwar perlu segera masuk kabinet
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kenapa-anwar-perlu-segera-masuk-kabinet.html

'Kita londeh Iksim, takkan dia nak kata saya betul'
Shakira Buang

Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan beliau memfitnah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) susulan dakwaan peruntukan RM7.6 juta kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu berkata, beliau tidak akan memberitahu sesuatu jika tidak mempunyai bukti.

"Pastinya bila kita londeh seluar dia, takkan dia nak kata betul saya yang buat," katanya di lobi parlimen hari ini.

Baca: Iksim: Mujahid fitnah dengan 'audit separuh masak'

Mujahid diminta mengulas kenyataan Iksim yang yang menafikan dakwaannya serta mempertikaikan audit dalaman Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sementara itu, Mujahid juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu itu.

"Biar pihak berkuasa yang lakukan siasatan, mereka ada jalan yang baik untuk buat selesaikan masalah ini.

"Tetapi saya bertanggungjawab atas apa yang saya katakan," katanya lagi.

Iksim ditubuhkan hasil kesepakatan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MAIWP dan Majlis agama Islam negeri-negeri, serta perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Penubuhan IKSIM, yang diperbadankan secara rasmi pada 9 Disember 2014, adalah cetusan idea bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia ditubuhkan untuk menjadi institut pemikiran yang bebas khususnya untuk memelihara kedaulatan raja-raja Melayu serta kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan.

Menurut Mujahid, MAIWP antara pihak yang membiayai institut itu.

at 8/08/2018 02:30:00 PTG
KERENGGA: 'Kita londeh Iksim, takkan dia nak kata saya betul'
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kita-londeh-iksim-takkan-dia-nak-kata.html

Wilayah Tidak Diketahui
.

Tiada ulasan: