Isnin, 27 Ogos 2018

Orang lain tak betul. 8108.


Hidup ibarat putaran roda... 

HeDI S. MULYANTA PAGE

"Tahukah kau mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari..."

Naluri Membunuh....


Luar biasa, itu kesan setelah melihat film "The Act of Killing" atau "Jagal" oleh Joshua Oppenheimer. Sejarah kelam 1965, memang mulai dikuak pelan tapi pasti. Selama ini tanda tanya selalu meliputi setiap pikiranku tentang peristiwa ini. Dari nenek, orang tuaku sendiri sering terdengar kisah peristiwa pembantaian orang-orang PKI ini juga. Beberapa buku pernah aku baca juga tentang 30S PKI ini, seperti dari John Roosa berjudul "dalih pembunuhan massal", terus tulisan dari Hermawan Sulistya berjudul "Palu Arit di Ladang Tebu".. masih belum menjawab siapasih sebenarnya dalang kerusuhan mematikan ini.

Banyak versi dan terlihat membingungkan kesannya dari beberapa buku yang aku baca, kemudian informasi dari Youtube juga pernah aku sambangi hanya untuk mengetahui bagaimanasih pandangan orang-orang di luar Indonesia dalam memahami kejadian berdarah ini. Informasi dari Al Jazeera berjudul 101 East: Indonesia's Killing Fields, "Shadow Play" yang diproduseri oleh Chris Hilton dan BBC, dan yang terakhir adalah film dokumenter Jagal tetap saja masih menyisakan tanya. Minimnya data, informasi, serta kejadian politis yang lebih dari 30 tahun terpendam, menjadikannya sangat sulit dicari kesimpulannya.












Naluri Membunuh....
http://saheka.blogspot.com/2013/10/naluri-membunuh.html

Siapa wahhabi di sudut diri kita sendiri? Yes or No. 

KESESATAN PUAK WAHHABI
Elias Hj Idris (Berdasarkan kitab2 drp Tokoh Mereka)

1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirimkan orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya. 4/262ج  المحتار رد حاشية و 276 ص الوابله السحب

3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan abangnya, As-Syeikh Sulaiman. 

Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahhab;

pertama فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب

kedua الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية

Begitu juga gurunya turut memberikan amaran, seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.

4) Golongan Wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada aqidah yang kufur ini. Sila rujuk (كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada aqidah yang membawa kekufuran ini.

Rujuk kitab-kitab berikut


موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387

6) Golongan Wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis dalam kitab mereka yang bernama As-Sunnah di muka surat 77.

7) Golongan Wahhabi mengatakan: Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala.
Rujuk kitab 281 و 266 ص التوحيد مجموعة.

8) Golongan Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Iraq dan Mesir. Rujuk kitab 217 ص المجيد فتح

9) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorang pun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. Rujuk kitab mereka التعليق و 260 ص الأرواح حادي على رفع الستار ص 32

10) Golongan Wahhabi mengatakan Siti Hawa
رضي الله عنها adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 muka surat 160.

11) Golongan Wahhabi mencela para sahabat Nabi yang mulia, iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan cap kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar Rayyan lilturath juzuk 2 muka surat 575.

12) Golongan Wahhabi mengatakan: Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah لا اله إلا الله محمد رسول الله Rujuk kitab yang bernama كيف نفهم التوحيد ص16 .

13) Golongan Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatat dalam kitab yang bernama الأربعة المذاهب من معين مذهب باتباع ملزم المسلم هل dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik denganNya” Pengikut Wahhabi berkata, “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik" seperti yang terdapat di dalam kitab الألباني فتاوى351 ص

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya, firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat: 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun pengikut Wahhabi mengatakan sesiapa yang mentakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab فتاوىالألباني ص 523

16) Golongan Wahhabi mengatakan, sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya “Sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 March 9 April 1996 muka surat 10.

17) Golongan Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi saw secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidur-rasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka مهمة فتاوى45 ص 

dan hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidur-rasul seperti yang terdapat di dalam kitab الإنسان صيانة 233 ص 

tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab والدي هذا 123 ص

19) Golongan Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab مهمة فتاوى 32 ص 

20) Golongan Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab فتاوىالألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan, “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah" menurut riwayat Al-Baihaqi. Tetapi puak Wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Golongan Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah saw dan menggalakkan kepada sesiapa yang bersedia bertindak sedemikian. Lihat kitab الساجد تحذير 68 ص

23) Sabda Nabi SAW :


شفاعت له جبت و قبري زار من

“Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya. 

Tetapi puak Wahhabi mengharamkan ziarah kubur Nabi saw seperti di dalam kitab mereka الكبرى الفتاوى 142 ص

24) Sabda Nabi saw,


إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها

"Apabila malam nisfu Sya’ban maka "dirikan malam dan berpuasalah pada siang harinya” Riwayat Ibnu Majah. 

Tetapi puak Wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu Sya’ban seperti yang tercatat di dalam kitab mereka مهمة فتاوى 57 ص

25) Firman Allah SWT 


فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون 

"Maka orang-orangyang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” dalam surah Al-‘A’raaf :157 

Tetapi puak Wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah saw seperti tercatat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda: “Demi diri aku di dalam kekuasaa-Nya, membunuh orang mukmin itu lebih besar dosanya di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie, tetapi puak Wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke Timur Jordan apabila disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2,750 lihat akhbar As-Sofa April 1924.

27) Golongan Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka seperti As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-SheikhMuhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka التبليغ جماعة من التحذير في البليغ القول

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat 


البصير السميع هو و شئ كمثله ليس

“Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu apa pun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” - surah As-Syura:11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk. 

Sebaliknya, puak Wahhabi berkata: ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka بغية المرتاد ص178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka العباد أفعال خلق dan selain keduanya. 

Adapun puak Wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan kepada syirik seperti di dalam kitab mereka, iaitu مهمة فتاوى111 ص

30) Rasulullah saw membenarkan wanita memakai emas seperti mana riwayat Ibnu Majah dan selainnya. 

Tetapi ulama Wahhabi, Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita.
Rujuk kitab الزفاف آداب 132 ص

31) Golongan Wahhabi mengatakan orang yang berpuasa, jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazinya tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Golongan Wahhabi mengatakan onani, iaitu mengeluarkan mani sama ada daripada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puasa seperti yang tersebut di dalam kitab المنه تمام418 ص

33) Golongan Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka آب السادس العدد ذكرى 26 و 25 ص 1991

34) Golongan Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul 'Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka العلمية البحوث

35) Golongan Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan wilayah itu kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka في الأردنية اللواء جريدة و 18 ص الألباني فتاوى7/8/1992

35) Golongan Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka اني كانون 830ى العدد الم1996 

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa 


اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه

Hadith disahihkan oleh At Thobrani dan selainnya. 

Tetapi puak Wahhabi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah saw seperti yang terdapat di dalam kitab mereka التوحيد مجموعة 139 ص

In Syaa Allah... Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yang menghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selain-Nya. Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith seperti mana yang difahami oleh salafunassoleh daripada
Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad saw sehingga kepada kita pada hari ini.

Allahul Musta'aan..

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons)Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir.
Elias Hj Idris: KESESATAN PUAK WAHHABI
http://ikanlepu.blogspot.com/2018/08/kesesatan-puak-wahhabi.html

Mat Sabu: Umno guna banyak wang bantu Pas, tak percaya tunggu perbicaraan di London
MOHD ALI HASHIM 
Selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 baru-baru ini AMANAH telah menerima sokongan yang begitu memberangsangkan apabila begitu banyak penambahan ahli secara mendadak.

Malah ramai yang menyertai AMANAH adalah orang lama dalam Pas kerana mereka sudah tidak yakin setelah parti tersebut mengadakan hubungan intim dengan Umno.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu semasa berucap pada majlis Jelajah Malaysia Baru yang diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

Beliau juga berkata, terdapat bukti yang menunjukkan Umno telah menggunakan wang yang banyak bagi membantu Pas.

“Jika tidak percaya tunggu sahaja perbicaraan di London pada bulan empat akan datang.

“Pilihan raya kecil (PRK) Dun Seti Setia pun Umno kata kena sokong Pas.

Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir semalam di Alor Setar.

“PRK Dun Balakong MCA yang tanding, tapi Pas minta sokong MCA pula sedangkan parti tersebut adalah BN,” jelasnya lagi.

Tegas Mohamad lagi, Pakatan Harapan (PH) amat optimis tohmahan yang mendakwa kerajaaan PH tidak mempedulikan orang Melayu sudah mulai terhakis.

“Kerajaan PH akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji 100 hari sepertimana yang dijanjikan.

“Hapus GST sudah pun tercapai dan menjadi realiti setelah ia dihapuskan.

“Bagi menunaikan janji tersebut kita melantik BN yang juga pembangkang sebagai Pengerusi PAC untuk menegur kerajaan sedia ada sekiranya wujud keraguan dalam tadbir urus wang negara,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sebagai kerajaan baru, mempertahankan kedaulatan negara dan membela nasib semua rakyat termasuk menjaga kerajaan dan juga menjaga pembangkang adalah kewajipan utama.

“Dalam kerajaan PH kita juga mengisytiharkan harta pada SPRM dan bukannya kepada Perdana Menteri sepertimana yang diamalkan oleh BN dahulu.

Orang ramai yang hadir dalam program di Dataran Seagate, Alor Setar, semalam.

“PM dan TPM pun kena isytihar harta mereka pada SPRM di bawah pentadbiran kerajaan baru PH.

“Lebih serius lagi, apabila Perdana Menteri menyatakan untuk membetulkan keadaan, siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah akan dipecat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Hadir sama dalam program jelajah tersebut ialah Tun Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan PH negeri Kedah.
at 8/26/2018 08:37:00 PTG
KERENGGA: Mat Sabu: Umno guna banyak wang bantu Pas, tak percaya tunggu perbicaraan di London
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-umno-guna-banyak-wang-bantu.html

Dah rakyat turunkan lagi masih salah guna hak rakyat. 

Sunday, 26 August 2018
MAT SABU MESTI PASTIKAN ADA YANG DIHUKUM DALAM KES HISHAMMUDDIN GUNA PENGIRING TENTERA

Dalam reaksi awalnya sebelum ini berhubung pendedahan adanya tiga anggota tentera khas masih memberi khidmat kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah mengarahkan agar siasatan dijalankan dengan segera.

Katanya, tindakan sewajarnya juga akan diambil jika terbukti terdapat sebarang pelanggaran kepada peraturan serta amalan sedia ada.

"Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang perlanggaran terhadap peraturan dan amalan sedia ada," kata Mat Sabu melalui laman Twitternya semalam.

Dalam penjelasan Hishammuddin kemudiannya pula, beliau tidak menafikan kebenaran tentang pendedahan adanya tiga anggota tentera khas yang masih berkhidmat dengannya, tetapi mengatakan ia hanya untuk sementara waktu saja.

Hishammuddin mengatakan beliau sudah menawarkan pekerjaaan kepada ketiga-tiga anggota tentera itu untuk terus berkhidmat dengannya di mana jika bersetuju dengan tawarannya, mereka hendaklah berhenti daripada Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta.
Berdasarkan penjelasan bekas Menteri Pertahanan dan sepupu Najib Razak itu, beliau secara nyata mengakui ada  sesuatu yang tidak kena dalam perkhidmatan ketiga-tiga anggota tentera khas berkenaan dengannya.

Persoalan paling utama ialah bagaimanakah tiga anggota tentera itu masih boleh terus berkhidmat dengan Hishammuddin sehingga sekarang?

Apakah sebaik tidak lagi menjadi Menteri Pertahanan, Hishammuddin memang ada memohon untuk menggunakan secara sementara khidmat ketiga-tiga anggota tentera berkenaan?

Siapakah di pihak Angkatan Tentera Malaysia yang meluluskan permohonan tersebut?

Apakah dengan kelulusan menggunakan khidmat secara sementara itu, Hishammuddin kemudiannya terlupa atau buat-buat lupa tentang tempoh masa yang perlu dipatuhinya sehingga terlajak waktunya sampai sekarang?

Mengapa pula setelah tempoh penggunaan tiga anggota tentera khas itu berlalu sampai sekarang, tetapi pihak Angkatan Tentera Malaysia masih lagi berdiam diri mengenainya?

Bukankah Angkatan Tentera Malaysia selalu terikat dengan disiplin yang tinggi, termasuk berkaitan masa?

Jadi, siapa yang bersalah dalam melanggar peraturan dan amalan sedia ada?

Hishammuddin atau ada pihak tertentu dalam Angkatan Tentera Malaysia yang dalam hati mereka masih totok dengan UMNO dan BN?

Jika Hishammuddin masih ada tiga anggota khas tentera berkhidmat dengannya, bagaimana dengan bekas-bekas Menteri Pertahanan sebelum ini?

Lantaran itu, atas nama Malaysia Baru yang lebih telus dan lebih bertanggungjawab, Mat Sabu mesti meneruskan siasatan kes ini, meskipun setelah Hishammuddin tampil dengan penjelasannya.

Siasatan pula wajib dilakukan secara menyeluruh dan jangan sesekali cuba melindungi sesiapa yang didapati curang dan durjana dalam hal ini. 

(ShahbudinHusin 26/08/2018).
Shahbudin dot com: MAT SABU MESTI PASTIKAN ADA YANG DIHUKUM DALAM KES HISHAMMUDDIN GUNA PENGIRING TENTERA
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-mesti-teruskan-siasatan.html

MULUT CIRIT BIRIT INI PERLU DISAMAN.
Mulut cirit birit. Tak perlu kasihan. Teruskan saman sebagai pengajaran kepada individu ini. Minta maaf pun macam main-main.
Syok buat video kemudian viral.Perasaan keluarga, penyokong tak dijaga. Kemudian beri syarat nak jumpa menteri. Lepas itu cerita lain.

Mulut cirit birit ini perlu disaman. | SISI BUKIT
http://sisibukit.blogspot.com/2018/08/mulut-cirit-birit-ini-perlu-disaman.html

Sunday, August 26, 2018
Dua perkara perlu disegerakan kerajaan Harapan
SUSUPAN MINGGU

ADA dua perkara besar yang belum dapat diuruskan oleh kerajaan Harapan di mana dua perkara ini sangat mendesak dan jika ia tidak diberi fokus ianya bakal menyusahkan usaha untuk membina Malaysia baharu yang diimpi-impikan.

Pertama, mewujudkan media massa arus perdana baik elektronik atau cetak untuk menjadi agen penyampai maklumat dan jambatan pentambung kerajaan dengan rakyat sekaligus menjadi propagandis kepada kerajaan Harapan.

Walau negara kini mempunyai dua media arus perdana berbahasa Melayu, Utusan Malaysia dan Berita Harian serta media elektronik TV3, tetapi media itu gagal untuk menjadi media arus perdana  apa lagi bertindak menjadi propagandis kepada kerajaan Harapan. Media berkenaan masih berfungsi menjadi media massa yang mendukung kerajaan dahulu dengan menggunakan kebebasan yang dikecapi kini.

Kerajaan tidak pun memberi apa-apa isyarat agar media berkenaan bergerak mengikut arus seperti mana peranan yang dimainkan media berkenaan dalam kerajaan terdahulu, ini menjadikan media berkenaan bergerak bebas tanpa rasa ada sebarang sekatan. Pemberitaan mereka memual dan mencabar kesabaran kerajaan serta rakyat pendukungnya.

Laporan dibuat oleh media berkenaan masih menampakkan kecenderungan dan simpatis mereka kepada kerajaan terdahulu. Apa yang berlaku dan dilakukan media tersebut berbeza kepada semasa kerajaan kini menjadi pembangkang dahulu dengan bekas kerajaan dahulu menjadi pembangkang kini.

Suasana ini tidak kondusif kepada kerajaan kini yang memerlukan alat untuk menyampaikan dasar dan polisi baharu mereka sesuai dengan aspirasi rakyat. Ketiadaan alat ini boleh membantutkan usaha murni kerajaan.

Justeru kerajaan perlu membentuk media massa arus perdananya sendiri sama ada cuba menguasai saham milik individu atau entiti menguasai media massa berkenaan atau pun menubuhkan media massa baharu. Atau pun sekiranya kerajaan tidak ada kewangan dalam mewujudkan media massa arus perdana mereka, mungkin penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang dirancang sejak lama dahulu boleh disegerakan.

Dengan adanya MMM ia dapat mengawal media massa bersikap adil, terbuka dan penuh profesionalisme yang boleh membantu kerajaan mencapai hasrat dan tujuannya.

Perkara kedua pengemasan agensi-agensi kerajaan. Masih banyak agensi kerajaan dibawah kementerian dilihat masih longgar dan menjadikan agensi berkenaan belum mantap sebagai agensi kerajaan sepatutnya. Kerajaan harus mengenal pasti mana-mana agensi disetiap kementerian yang lemah atau masih longgar agar diperkemaskan segera bagi menjamin agenda kerajaan dipenuhi.

Terdapat beberapa agensi tidak menunjukkan komitmen tinggi kepada kerajaan kerana ia masih diterajui oleh "oknum" (individu atau kumpulan) yang simpati dengan kerajaan dahulu. Terdapat jelas ketua-ketua agensi enggan mematuhi atau memenuhi kehendak kerajaan. Setengahnya hadir ke pejabat ala kadar sahaja tanpa menunjukkan sikap sedia untuk bersama kerajaan. Sikap mereka memerhati dan tidak mahu memberi idea satu sikap tidak membantu kerajaan dan boleh dianggap mensebotaj kerajaan.

Mana-mana ketua agensi yang gagal menunjukkan kerjasama baik, apa lagi yang masih bersimpati dengan kerajaan dahulu sehingga menyebabkan agensi di bawah seliaan mereka kaku tidak menunjukkan semangat Malaysia Baharu perlu diambil tindakan segera tanpa banyak berkompromi.

Janji kerajaan untuk tidak menempatkan aktivis — orang parti politik dalam badan-badan tertentu, mengawasi agensi kerajaan atau syarikat berasaskan kerajaan ia baik, tetapi apabila badan itu gagal berfungsi merealisasikan hasrat kerajaan itu perlu diubah.

Apa yang penting ialah segala dasar dan polisi kerajaan berjalan secara berkesan. Tidak ada makna kerajaan memberi kebebasan bersuara, atau tidak mencampurkan urusan pentadbiran dengan politik, kalau ia jelas merugikan kerajaan kerana cara itu mengsia-siakan mandat yang diberi rakyat.

Perubahan dan pembaharuan yang hendak dipraktikkan kerajaan terutamanya, tidak mahu mencampurkan politik dengan pentadbiran — kuasa awam,  harus dipantau agar ia berkesan dan bukan retorik. Apa dibimbangi sikap yang baik dan demokratik itu jangan sampai memakan diri sendiri. [wm.kl.12:28 pm 26/08/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 12:40:00 PM 
.: Dua perkara perlu disegerakan kerajaan Harapan
http://msomelayu.blogspot.com/2018/08/dua-perkara-yang-perlu-disegerakan-oleh.html

PAS DAN UMNO UUUUUM-MAT SABU.
Kita tunggulah bulan 4 tahun depan berapa banyak UMNO bantu PAS.Sekarang PAS dan UMNO sudah uuuuum.


PAS dan UMNO uuuuum-Mat Sabu. | SISI BUKIT
http://sisibukit.blogspot.com/2018/08/pas-dan-umno-uuuuum-mat-sabu.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Mat Sabu buat kejutan lagi

Pakatan Harapan (PH) akan mendedahkan bukti Pas menerima duit daripada Umno kepada rakyat pada April tahun depan.

Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu berkata, komponen parti itu memiliki bukti bahawa Pas semenangnya mendapat duit dari Umno.

"Pas dengan Umno telah 'cium mulut' antara satu sama lain. Kita ada bukti berkenaan dan ia bakal didedahkan tidak lama lagi. Tunggu perbicaraan di London pada bulan empat tahun hadapan," katanya dalam ucapan di hadapan 3,000 penyokong bersempena Jelajah Malaysia Baharu di Pejabat PH di Dataran Stargate, semalam.

Menurutnya, 'kemesraan' Pas-Umno ini boleh dilihat pada PRK Sungai Kandis di mana Pas tidak bertanding dan memberi sokongan kepada calon Umno.

"Untuk PRK Seri Setia, Umno tidak bertanding dan Pas pula bertanding. Bagi PRK Balakong, BN meletakkan calon MCA untuk menentang PH, Pas bagi sokongan juga kepada MCA," katanya.

Mohamad berkata, pihaknya percaya sokongan diberikan membuktikan dakwaan bahawa Pas sememangnya menjalinkan kerjasama dengan Umno.

Mat Sabu buat kejutan lagi ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-buat-kejutan-lagi.html

Kita jumpa di mahkamah, kata Khalid kepada Wan Asshima
MALAYSIADATELINE
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad akan meneruskan samannya terhadap seorang aktivis Islam yang menuduh beliau meluluskan pesta gay di ibu negara.

Menurut Khalid Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah beliau sebaliknya hanya memohon maaf kerana memalukannya.

“Kita boleh bertemu, kita akan bertemu di mahkamah saya tidak fikir dia tahu bagaimana memohon maaf, saya tidak fikir ia adalah permintaan maaf,” katanya.

Khalid berkata beliau akan menyaman Wan Asshima kerana dilaporkan menuduh beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa, di dalam video pada 17 Ogos lalu yang didakwa meluluskan pesta gay, kononnya menunjukkan bahawa dia tidak menyokong tuntutannya.

Jelas Khalid, Wan Asshima memberitahu pemberita bahawa dia secara peribadi menghubungi Mujahid melalui WhatsApp untuk menyampaikan permintaan maafnya, dan meminta peguam Khalid mengatur pertemuannya secara peribadi untuk meminta maaf kepadanya dan mencari jalan penyelesaian.

“Bukti” poster acara tarian tiga hari yang memaparkan 14 DJ dari 30 Ogos hingga 1 September, yang ditunjukkannya kepada pemberita.

“Dia tidak datang dengan sebarang kenyataan untuk meminta maaf atas fitnahnya itu, dia meminta maaf kerana memalukan saya.

“Saya tidak berasa seperti saya dihina dari kenyataan itu, ia adalah tuduhan tidak berasas; ia adalah fitnah dan orang yang melakukan fitnah adalah orang yang memalukan diri mereka sendiri, “kata Khalid dipetik Malay Mail.

Ahli Parlimen Shah Alam kemudiannya memberi nasihat kepada orang ramai tentang hak kebebasan berucap dengan menjelaskan bahawa mereka yang ingin bersuara harus bersedia dan bertanggungjawab terhadap kemungkinan implikasi yang timbul daripadanya.

“Apabila seseorang mahu mengatakan sesuatu mereka perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap apa yang mereka katakan, hak untuk bebas bercakap tidak bermakna tidak ada tindak balas atau implikasi dari apa yang kita katakan.

“Jika apa yang dikatakan tidak berasas dan hanya kata-kata yang dimaksudkan untuk mencetuskan fitnah dan sebagainya, maka mereka perlu bersedia untuk menghadapi tindak balas,” katanya.

Semalam, Wan Asshima menegaskan dia tidak pernah bermaksud untuk memalukan Khalid, dan pihaknya mempertikaikan soalan apabila menjelaskan dakwaan penglibatannya dalam meluluskan perayaan itu.

Wan Asshima ke balai polis untuk mengadakan sidang media memohon maaf dan menunjukkan gambar tiket satu acara yang diperolehi dari internet, semalam.

Beliau mendakwa acara itu pesta gay tetapi laman web acara tidak lagi boleh diakses dan dia tidak mengetahui lokasi acara itu.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid berkata dia akan menyaman Wan Asshima berhubung tuduhan menyatakan beliau dan Mujahid menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menteri berkata ia tuduhan yang berat dan tidak berasas dan dia mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

Wan Asshima didakwa menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di Facebook baru-baru ini tetapi video itu telah dipadam.
at 8/27/2018 09:23:00 PG 
KERENGGA: Kita jumpa di mahkamah, kata Khalid kepada Wan Asshima
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/homeheadline-kita-jumpa-di-mahkamah.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Hadi Awang 'memperlekeh' golongan belia undi PH
MARANG - Pas melabel kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN dalam PRU14 sebagai ‘kemenangan mentah’ kerana dibantu pengundi bukan Islam dan pengundi muda.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah peratusan mengundi hampir 90 peratus dalam PRU14 dan Harapan mendapat 30 peratus undi daripada bukan Islam serta 30 peratus lagi daripada golongan muda.

Menurutnya, 60 peratus undian tersebut membolehkan mereka menang namun selepas beroleh kejayaan, Harapan menghadapi masalah untuk menunaikan janji mereka.

“Apa yang kita tahu, janji-janji mereka tak boleh dibuat, semata-mata janji untuk menang pilihan raya dan mereka tak jangka kemenangan ini.

“Kemenangan ini kemenangan mentah kerana kemenangan ini berdasarkan 30 peratus pengundi bukan Islam. Ada kira-kira 90 peratus pengundi dalam PRU14.

“Berdasarkan (faktor kemenangan Harapan) kepada pengundi muda, 30 peratus yang tidak tahu perkembangan negara, mereka juga mengundi. 30 (tambah) dengan 30 (peratus) jadi 60 (peratus) maka menanglah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi percaya pergolakan bakal berlaku dalam Harapan terutamanya melibatkan parti komponen kerana perbezaan ideologi dalam kalangan mereka.

“Saya percaya pergolakan akan berlaku dalam Harapan kerana mereka dengan parti komponen berbeza ideologi, berbeza agenda, berbeza manifesto dan berbeza janji,” ujarnya.
Hadi Awang 'memperlekeh' golongan belia undi PH ~ Menconteng Untuk Perubahan™
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/hadi-awang-memperlekeh-golongan-belia.html

Sunday, 26 August 2018
MASALAHNYA NAJIB MASIH LAGI BERSAMA UMNO.....
Dalam cubaan untuk mewajarkan hubungan Pas dengan UMNO dan Najib Razak, Hadi Awang berkata, parti itu juga pernah menerima Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

Beliau mengimbas tindakan Pas menerima Tun Mahathir dan memberinya ruang berceramah atas pentas parti itu selepas dipecat daripada UMNO pada tahun 1969 dahulu.

"Kita menerima dan tidak bersikap negatif dengan sesiapa," tambah Presiden Pas itu lagi.

Sebenarnya tindakan Pas bersabahat dan bekerjasama dengan pemimpin yang pernah dipecat atau keluar daripada UMNO bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Ini kerana selama bertahun-tahun perjuangan Pas ialah untuk mengalahkan UMNO, malah di suatu ketika mahu menggantikan parti itu sebagai pemerintah dan wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu.

Selain dengan Tun Mahathir, Pas juga pernah bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim ketika kedua-dua pemimpin tersebut terpelanting kedudukannya daripada UMNO.

Soalnya, kenapa bekerjasama dengan UMNO setelah parti itu hilang kuasa?

Mengapa juga sedia menerima Najib ketika bekas Perdana Menteri itu masih lagi bersama dengan UMNO?

Apakah perjuangan Pas sekarang untuk menyelamatkan UMNO dan bukan lagi untuk menggantikan UMNO?

Dalam konteks yang lain, Pas juga seharusnya ada fokus lain yang lebih baik daripada berbaik-baik, bekerjasama dan dilihat seperti mahu menyelamatkan UMNO.

Berbanding UMNO yang hanya ada Pahang dan Perlis untuk ditadbir, Pas sebaliknya mempunyai Kelantan dan Terengganu yang lebih baik kedudukannya untuk dibangun dan diberi perhatian sesuai dengan perjuangannya.


Bukankah sebenarnya lebih menguntungkan jika Pas menjalin kerjasama lebih erat dengan Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama dapat membangunkan Kelantan serta Terengganu dengan lebih berkesan lagi?

Untuk apa berbaik-baik dengan UMNO yang sudah hilang kuasa dan Najib yang bakal ke penjara serta merisikokan Kelantan dan Terengganu yang mungkin nantinya terbiar tanpa pembangunan yang sewajarnya?

Dalam jangka panjang pula, tidakkah juga Pas akan lebih baik masa depannya jika UMNO dibiarkan 'mati' begitu saja?

Apa muslihat Pas yang seperti bersungguh-sungguh mahu memberi nyawa dan menghidupkan kembali UMNO ketika ini?

Apakah ia kerana dendam Hadi Awang kepada Amanah? 
(ShahbudinHusin 26/08/2018)
Shahbudin dot com: MASALAHNYA NAJIB MASIH LAGI BERSAMA UMNO.....
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/masalahnya-najib-masih-lagi-bersama-umno.html

tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

27 August 2018
Bekas menteri dulu, semua pakat tunduk cekup telorq...
Petikan sebahagian ucapan beliau di Kedah yang lucu tapi sinis & tajam... 

Ada tuu orang nombor dua parti lama saya...dia bagi kita markah D. Orang ni kalu tak bercakap, orang tak tau kata depa bodo....bila bercakap...konfom bodoh !!

....sebab apa yang kita sebut selama ni betoi...cuma masa Bang Mat habarq dulu ni hampa tak pecaya...la baru nak pecaya iaitu Pas & Umno 💋👩‍❤‍💋‍👩💑👏🏻👏🏻👏🏻"

Umno telah menggunakan wang yang banyak membeli beberapa pemimpin Pas dan akhirnya jadi begini. Kita ada bukti semua...tunggu perbicaraan di London pada bulan empat akan datang."

Image result for Mat Sabu naik Equanimity:
Mat Sabu kongsi pengalaman naik Equanimity...
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini berkongsi pengalamannya ketika melawat kapal layar mewah Equanimity di Pelabuhan Klang.

Kapal layar itu diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia kepada Malaysia kerana didakwa dibeli dari hasil penyelewengan dana 1MDB yang melibatkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

"Saya tengok kapal di luar, tak lah sebesar mana, tapi saya tengok di dalam, alamak, tak boleh kita fikir.

"Ada lif dalam tu, empat tingkat. Ada tempat mandi jakuzi, sauna, dan tempat urut.

"Kemudian ada ruang tempat makan yang besar. Di bilik tidur, ada boleh picit suis, bumbung boleh buka, nampak bulan dan bintang waktu malam," katanya pada hadirin Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha BERSATU di Tapak Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Kata-kata Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu disambut dengan reaksi terkejut hadirin.

Mohamad juga menyorot bahawa kapal layar mewah itu kini akan dilelong selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah. 

"Tak tau siapa nak beli. (Anggota Parlimen Klang) Charles Santiago boleh beli kot, bawa keluarga bersiar-siar," katanya berjenaka.

Dalam ucapannya itu, Mohamad mengakui bahawa kebanyakan menteri HARAPAN tidak mempunyai banyak pengalaman dan akur dengan teguran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan mereka masih bersikap seperti pembangkang. 

"Sebab kita pembangkang 40 tahun, jadi kerajaan rasa pelik."Tapi kita belajar cepat, kerja kuat, kita yakin Malaysia akan kembali gemilang dan cemerlang tak lama lagi," katanya. - mk

What next for unelected 'Jedi Council' of eminent persons... 

Within days of the historic election that ended the Barisan Nasional’s 60-year grip on power in Malaysia, the country’s new leader Mahathir Mohamad set up the Council of Eminent Persons (CEP) – five prominent Malaysians tasked with advising the fledgling government on how to deal with the nation’s most pressing problems within 100 days.

Now the mandate of the body – dubbed by some as Malaysia’s ‘Jedi council’ – is complete and the recommendations are to be presented to Mahathir upon his return from an official visit to China this week. However, the proposals are not for public consumption.

This secrecy – coupled with Mahathir’s statement that the CEP would not be dissolved just yet as there was still need for them – has fuelled debate among the public and opposition members.

“Malaysians have the right to know what the recommendations are and the government’s road map for implementation,” said political analyst James Chin, director of the Asia Institute at the University of Tasmania. “It is normal for these documents to be under the Official Secrets Act for now, as the CEP is an advisory body dealing with the prime minister and with cabinet. But the government must release them, as it is supposedly more transparent than the previous regime.”

Although the specific recommendations are classified, CEP chairman and former finance minister Daim Zainuddin has discussed the key themes into which the council had separated them: governance and institutional reforms; inclusivity; and sustainable economic growth and fiscal reform.

He also touched on the 1Malaysia Development Berhad corruption scandal, saying it was a priority and raising the possibility that more charges would soon be laid. Disgraced former premier Najib Razak has already been charged with abuse of power and alleged money-laundering.

The recommendations also include measures to strengthen the independence of core institutions and enhance their governance framework to end corruption, to address societal imbalance, and to optimise expenditure.
Council of Eminent Persons chairman Daim Zainuddin with Chinese Premier Li Keqiang in Beijing. Photo: EPA
Daim also said the Bumiputera Agenda – the decades-old national effort to give the ethnic Bumiputera majority an economic boost – had been discussed, adding that “we want to get it right this time around”.

However, he emphasised, this agenda was not contradictory to the national agenda of inclusivity and economic wellbeing for all Malaysians.

Concerns such as poverty, inequality, housing affordability, the improvement of child education, and social protection were all raised – issues that prominent economist Prof Rajah Rasiah believes are critical in supporting the transition of Malaysian society to a just and balanced one.

“However, I am not sure if the inclusivity efforts will involve the normative participation of the target groups in policy formulation and implementation until I see it. While the introduction of sustainable development goals by the UN is really important, most initiatives across the world only pursue achievement of indicators with little participative engagement of the masses in collectively shaping their destiny. This is not good,” he said.

Rajah also said the CEP’s focus on sustainable economic growth and fiscal reform was critical, as long as the recommendations provided were sufficiently solid. “Unless something is done we will continue to observe the premature contraction of agriculture and industry.”

The CEP provided a host of suggestions revolving around more effective fiscal policy, strengthening fiscal discipline and accountability, improved debt management, increasing revenue, redesigning tax policy to be more progressive, and optimising expenditure. Rajah believes that these efforts, although relevant and promising, would require the formation of a specialised committee of economists.

“It is important to distinguish foreign debt from public debt, net debt from total debt, debt service, how interest rates affect the different sectors of the economy, how taxes can be used to effectively collect revenue and to improve distribution recognising the fact that there should be a limit to taxation as it raises costs of doing business – competitiveness – and also offers opportunities for abusers: smugglers, shirkers and free riders. Taxation is important to enable the poor and potential innovators to participate productively in society but it has to be implemented effectively to prevent clientelist dissipation of the rents collected.”
However, there are limits to what the CEP can discuss, he believes. Commenting on civil society that Malaysia was still lacking in efforts to reform human rights, Rajah said different committees could address these issues.

Meanwhile, analyst Wong Chin Huat from the Penang Institute think tank raised the issue of the CEP’s future role. Opposition lawmakers have questioned the legality and constitutionality of the advisory panel, and its responsibilities alongside the cabinet.

It has fielded accusations of overstepping its mandate and parties questioning its independence and the separation of powers.

Speculation has been rife over how much power Daim – who served in Mahathir’s administration during his first round as prime minister – had at his disposal.

Annuar Musa, the secretary general of opposition party Umno, has called for the CEP to be dissolved, saying it was “more powerful than the cabinet” given it was empowered to summon ministers to appear before its “elders”.

These include prominent economist Jomo Kwame Sundaram, businessman Robert Kuok, and Zeti Akhtar Aziz, the former governor of Malaysia’s central bank.

“The question is the CEP’s role,” Wong said. “If it’s advisory, and the cabinet makes a final decision on its recommendations, it’s but an extremely influential and well-resourced ‘super think tank’.
“Unelected advisory bodies are normal in democracy. However, if it replaces cabinet to be the actual decision-making body … then it invokes questions of accountability and representation.”

Suaram, a human rights and governance non-governmental organisation, agreed with this take, saying the people had “a right to understand and evaluate” the issues outlined by the CEP.

“Arguing that CEP is unconstitutional or not lawful is purely based on semantics, as there is inherently nothing stopping the government from appointing their officers or advisers,” said programme officer Dobby Chew.

“But if it is to be continued, any extension must be justified and explained by Pakatan Harapan. Especially in light of parliamentary select committees which can be established to hear and engage experts to better understand issues and advise the government.”

Meanwhile, chairperson Daim has assured the public that the CEP members, who were working in a voluntary capacity, have “returned to their normal jobs”.

“Be patient with the government,” he said. “Stay united and let them perform. Let us have unity throughout the country.” - scmp
Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 2 people, people smiling, text


Image may contain: 10 people, people smiling, hat, beard and text


cheers. 
tumpang sekole...?: Bekas menteri dulu, semua pakat tunduk cekup telorq...
https://alditta.blogspot.com/2018/08/bekas-menteri-dulu-semua-pakat-tunduk.html

Dakwaan mengatakan RM9.5 juta dibayar kepada Peguam Shafee. 

Mengulas mengenai tuntutan berkaitan dakwaan mengatakan RM9.5 juta dibayar kepada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa  beliau dalam kes liwat 2, Anwar berkata pihak peguamnya sedang membuat permohonan itu supaya ia dipercepat.

"Saya harap mahkamah tidak akan menangguhkan kes ini. Kami akan mengemukakan rayuan susulan keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan sebelum ini,”katanya.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan Anwar  terhadap kerajaan berkaitan dakwaan mengatakan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Shafee  untuk mendakwa bekas pemimpin pembangkang itu dalam kes liwat 2.

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Anwar bakal ambil tindakan ke atas hakim yang menghakimi kes liwat 2?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakim yang terlibat menjatuhkan hukuman atas dakwaan liwat ke atasnya sebelum ini, kini boleh tidur lena.

Presiden PKR, itu berkata demikian kerana pihaknya tidak berminat mengambil tindakan terhadap hakim-hakim yang membuat keputusan kononnya beliau bersalah atas tuduhan liwat ke atas pembantunya.

Anwar berkata demikian mengulas kenyataan bekas peguamnya S N Nair supaya satu siasatan dibuat terhadap keputusan hakim ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu susulan keputusan Yang di-Peruan Agong membenarkan pengampunan penuh kerana hukuman yang dibuat pihak hakim pada waktu itu wujud “ketidakadilan”.

Sebelum ini, SN Nair berkata hakim yang membuat keputusan pada waktu itu tidak melaksanakan keadilan yang sebenar mengikut undang-undang dan gagal mendukung sumpah kehakiman.

Anwar berkata, walaupun begitu namun segala bentuk ketidakadilan yang berlaku dalam sistem kehakiman sebelum ini  mesti diperbetulkan.

“Saya tidak bermaksud untuk ambil tindakan terhadap hakim yang lalu, mereka boleh tidur lena sekarang.

“Tetapi kezaliman dan ketidakadilan mesti diperbetulkan,” katanya selepas peluncuran buku "Anwar Returns The Final Twist: The Prosecution and Release of Anwar Ibrahim yang ditulis oleh QC Mark Trowell.

Turut hadir, isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wam Azizah Wan Ismail.

Mengulas mengenai tuntutan berkaitan dakwaan mengatakan RM9.5 juta dibayar kepada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwa  beliau dalam kes liwat 2, Anwar berkata pihak peguamnya sedang membuat permohonan itu supaya ia dipercepat.

"Saya harap mahkamah tidak akan menangguhkan kes ini. Kami akan mengemukakan rayuan susulan keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan sebelum ini,”katanya.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutan Anwar  terhadap kerajaan berkaitan dakwaan mengatakan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Shafee  untuk mendakwa bekas pemimpin pembangkang itu dalam kes liwat 2.

Mei lalu sebaik sahaja PH memenangi Putrajaya,  Anwar menerima satu pengampunan penuh untuk sabitan liwatnya dari  Agong dengan tuduhan-tuduhannya dipadamkan dari rekod.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/anwar-bakal-ambil-tindakan-ke-atas.html
Anwar bakal ambil tindakan ke atas hakim yang menghakimi kes liwat 2? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Tiada ulasan: