Jumaat, 24 Ogos 2018

Parkir Percuma 24 jam memang bermasalah. 8096.


Nanti akan keluar ayat “Kalau nak parkir free jangan tinggal di KL”  (atau  di lain-lain bandar dan bandaraya) “Dok dalam hutan.”

Sampai masanya tiada parkir percuma 24 jam kawasan perumahan di bandar-bandar besar Malaysia. Parkir percuma memberi ruang manusia jadi egois, berlagak, sombong dan lebih gemar memunya sesuka hati petak parkir. Sedangkan tanah parkir tersebut milik pihak berkuasa kerajaan tempatan atau syarikat-syarikat dan perbadanan. 

Sebagai contoh sikap bongkak yang menyusahkan orang lain akan terpadam bila dari jam 08.00 hingga jam 22.00 parkir sejam RM1.00. Dari jam 22.01 hingga jam 07.59 caj RM3.00 dikenakan. Pastikan tanah-tanah lapang milik kerajaan atau pihak individu dan swasta di tinggikan kawasan tepinya atau dipagar bagi mengelak pencerobohan kenderaan yang mahu parkir percuma. Sediakan parkir bertingkat dan parkir untuk kenderaan berat. 

Nak parkir free dok dalam hutan.

Jangan lupa sediakan jawatan makcik dan pakcik parkir. yang akan meronda dan memantau serta menyaman kenderaan saban waktu. Ini bagi memastikan undang-undang parkir dipatuhi, termasuk  tidak menceroboh parkir oku oleh golongan normal tetapi wayer putus. 

Macam berita kat bawah, kalau terjadi di Malaysia, mahu orang besar-besar di sekolah, di pejabat pelajaran lebih memilih parkir terbuka sebab lebih murah. Xnak bayar parkir naik teksi atau pengangkutan awam lain. Wakaka. Hakikatnya ramai suka makan free, dapat parkir free, dapat duit free. Bila sudah lemak, bagai kaduk naik junjung dan jadi lupa daratan atau sebab semuanya free. 

Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah

Agensi |  Diterbitkan pada Mac 27, 2018 17:45 MYT
SINGAPURA: Golongan guru di Singapura perlu membayar kadar parkir bulanan jika mereka mahu meletakkan kenderaan di kawasan sekolah bermula Ogos ini, kata Kementerian Pendidikan republik itu.
Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah
Dalam pengumuman yang mencetus pelbagai reaksi itu, kadar bayaran bulanan parkir kereta di sekolah adalah sebanyak S$75 (RM222) bagi ruang terbuka, manakala S$100 (RM296) bagi yang berbumbung.

Kadar bayaran tahunan pula adalah S$720 (RM2,133) bagi ruang terbuka, manakala S$960 (RM2,844) bagi tempat parkir berbumbung.


Bagi guru yang membawa motosikal pula, kadar bayaran bulanan S$13 (RM38.50) dikenakan bagi ruang terbuka manakala S$14 (RM41.50) bagi kawasan berbumbung. Bayaran tahunan pula adalah S$123 (RM364.50) di ruang terbuka dan S$135 (RM400) bagi kawasan berbumbung.

Kementerian Pendidikan Singapura berkata, kadar yang berbeza akan diperkenalkan bagi penggunaan parkir di luar penggal persekolahan, lapor portal berita Channel NewsAsia.

Kementerian itu juga menyatakan caj yang dikuatkuasakan di seluruh sekolah di republik itu adalah adil untuk guru, selain dilaksanakan untuk ‘memudahkan urusan pentadbiran’.

Ketika pelaksanaan caj parkir itu baru dicadangkan oleh kementerian itu pada tahun 2016, idea tersebut langsung tidak disambut baik oleh guru-guru dan orang awam.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Pritam Singh dari Parti Pekerja menzahirkan pendiriannya menentang polisi baharu itu.

“Sesetengah profesion dan perkhidmatan sektor awam – termasuk guru-guru – mestilah dilihat oleh kerajaan Singapura sebagai golongan yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada pembangunan negara.

“Saya menentang pelaksanaan mengenakan bayaran bagi guru-guru yang membawa kereta atau motosikal,” tegasnya.

Sementara itu, bermula 1 April, Singapura akan mula mengutip bayaran untuk ruang parkir di enam lagi kem dan pangkalan tentera negara itu. Ia adalah keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan republik berkenaan. 


http://www.astroawani.com/berita-dunia/bermula-ogos-guru-di-singapura-wajib-bayar-caj-parkir-kereta-dan-motosikal-di-sekolah-171504
Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah | Astro Awani

Wanita ini tak ada kereta tapi tercegat di petak parkir

Diterbitkan pada: Mac 14, 2018 18:21 (MYT) | Durasi: 1 min, 07 saat
https://youtu.be/2caXlD4mj2Y
http://www.astroawani.com/307b2b7b-1a9e-4c1e-95e5-24f47fdbc46a
Mendapatkan tempat letak kereta kadangkala boleh menjadi satu mimpi ngeri dan tidak mustahil akan berakhir dengan pertelingkahan dengan pemandu lain. Kejadian yang telah berlaku di sebuah tempat letak kereta di Michigan, Amerika Syarikat, melibatkan seorang wanita yang tidak berkereta namun enggan bergerak daripada petak parkir.

http://www.astroawani.com/video-malaysia/wanita-ini-tak-ada-kereta-tapi-tercegat-di-petak-parkir-197390
Wanita ini tak ada kereta tapi tercegat di petak parkir | Astro Awani

Bekas Pengerusi LTAT jelas kedudukan sebenar projek AES diambil alih BN

Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 21:38 MYT
Bekas Pengerusi LTAT jelas kedudukan sebenar projek AES diambil alih BN
Bekas Pengerusi LTAT menjelaskan bahawa kos LTAT melaksanakan projek AES menelan belanja RM428 juta. 
- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini mencadangkan untuk mengambil alih projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada November tahun lepas, kata Presiden, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan bekas Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Menurut Anwar, kos pengambilalihan yang disetujui telah melebihi RM555 juta yang merupakan kos pelaburan asal LTAT untuk mengambil alih projek daripada dua syarikat swasta.


Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar menegaskan bahawa harga pengambilalihan penuh yang dipersetujui bagi projek oleh kerajaan BN, melalui Kementerian Kewangan (MOF), adalah kos pelaburan penuh LTAT, ditambah dengan "pulangan 12 peratus setahun" untuk dua setengah tahun yang dimiliki oleh LTAT.

Berikut adalah kenyataan penuh Tan Sri Anwar:



Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan baru-baru ini berkaitan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Kementerian Pengangkutan dan Persatuan Patriot Kebangsaan berhubung penglibatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam projek AES.

Pada tahun 2014, LTAT telah dijemput oleh Kerajaan terdahulu untuk mengambil alih ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, dua syarikat yang mendapat tawaran untuk membekal, memasang dan menyelenggara 1,093 kamera di lokasi strategik di jalan raya, lebuh raya dan di lampu isyarat di seluruh Malaysia yang dinamakan sebagai projek AES bagi menyokong Jabatan Pengangkutan Jalan di dalam usaha mereka untuk menggalakkan pemanduan berhemah dan mengurangkan kecelakaan di jalan raya. 

Berdasarkan butiran dan maklumat yang diperolehi menerusi Perjanjian Konsesi di antara kedua-dua syarikat berkenaan dan pihak Kerajaan, satu kajian menyeluruh dan penelitian usaha wajar (due diligence) telah dijalankan oleh LTAT. Projek ini didapati berpotensi berdaya maju dengan pulangan “double digit” yang kukuh ke atas pelaburan kepada LTAT di samping dapat membantu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada veteran Angkatan Tentera dan mengurangkan kemalangan dan kecelakaan di jalan raya Malaysia. 

Berdasarkan prosedur-prosedur pelaburan LTAT, cadangan ini telah dibentang dan diluluskan oleh Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah LTAT.  Pada 2015, Kabinet telah meluluskan cadangan pengambilalihan projek AES oleh LTAT dan dalam bulan November 2015 telah meluluskan model kewangan baru termasuk struktur bayaran saman baru bagi projek ini yang dijenamakan semula sebagai AWAS.

Walau bagaimanapun dalam bulan November 2017, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) telah mengambil keputusan untuk mengambil alih projek AES (AWAS) daripada LTAT dan membayar balik semua kos pelaburan LTAT dalam projek  AES termasuk pulangan 12% setahun.

LTAT percaya bahawa projek AWAS (AES) ini adalah satu projek yang baik dan berupaya memain peranan yang positif dalam membantu mengurangkan kemalangan dan kecelakaan jalan raya sepertimana terbukti di dalam kaji selidik yang dijalankan di UK dan USA.  Model kewangan LTAT berupaya juga memastikan situasi menang-menang untuk semua pihak yang terlibat di dalam projek ini. Bagi LTAT, di samping memperolehi pulangan atas pelaburannya yang berpatutan dan berkekalan untuk jangka masa yang panjang, ia juga dapat membantu untuk memberi pekerjaan kepada veteran-veteran angkatan tentera. 

Walau bagaimanapun sekiranya pihak Kerajaan mengambil keputusan untuk hanya membayar wang LTAT bagi pengambilalihan kedua-dua syarikat berkenaan tanpa membayar lain-lain perbelanjaan yang diguna oleh LTAT dalam pengambilalihan kedua-dua syarikat tersebut sehingga kini dan juga pulangan 12% setahun sepertimana yang dipersetujui oleh Kerajaan terdahulu ketika pengambilalihan AES dalam bulan November 2017, ini adalah tidak adil  kepada LTAT dan tidak selaras dengan Perjanjian Konsensi yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.  Keputusan yang saling bertukar bagi projek AES ini oleh kerajaan terdahulu sepatutnya tidak memberi kesan ke atas pulangan kepada LTAT bagi pelaburan yang diambil berasaskan pertimbangan komersial.

Untuk rekod, LTAT telah membayar purata 11.3% dividen setiap tahun kepada ahli-ahlinya yang masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera semenjak 46 tahun yang lalu.  Di samping itu, LTAT juga telah membelanjakan sejumlah RM428.6 juta bagi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk menawarkan biasiswa kepada anak-anak anggota tentera dan veteran, memberi subsidi untuk rumah mampu milik yang dibina dan dijual kepada anggota-anggota angkatan tentera dan veteran, memberi subsidi dalam penjualan barangan pengguna di kedai-kedai PERNAMA dan menyumbang kepada pelbagai program anggota tentera dan veteran.

Syarikat-syarikat LTAT juga terutamanya Kumpulan Boustead telah juga berjaya menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan pembangunan vendor kepada ahli-ahli veteran di dalam sektor-sektor pembinaan, membaik pulih dan penyelenggaraan kapal, peruncitan, hospitaliti (hotel) dan perladangan.

Bekas Pengerusi LTAT jelas kedudukan sebenar projek AES diambil alih BN | Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-pengerusi-ltat-jelas-kedudukan-sebenar-projek-aes-diambil-alih-bn-183750

Tiada ulasan: